P. 1
Tesis Individu

Tesis Individu

|Views: 505|Likes:
Published by mac6168

More info:

Published by: mac6168 on Oct 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/22/2013

pdf

text

original

PEMANTAUAN PENDEKATAN KOLABORATIF PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALUMPANG, ULU BERNAM, SELANGOR

MUHAMAD SHAHADAN BIN SHARIPUDDIN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1

PEMANTAUAN PENDEKATAN KOLABORATIF PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALUMPANG, ULU BERNAM, SELANGOR

MUHAMAD SHAHADAN BIN SHARIPUDDIN 850812-05-5121

Laporan cadangan penyelidikan ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kemahiran Hidup/Teknikal

Fakulti Seni dan Muzik Jabatan Teknik dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris

MAC, 2010

2

PENGHARGAAN
Syukur ke Hadrat Allah Subhanahuwata’ala kerana dengan limpah kurniaNya , saya berjaya jua menyiapkan proposal kajian bagi Penyelidikan Ilmiah di bawah tajuk yang telah dipilih oleh saya sendiri dengan bantuan penyelia iaitu Pemantauan Pendekatan Kolaboratif Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang, Ulu Bernam, Selangor. Proposal kajian ini merupakan suatu dedikasi dan komitmen serta kefahaman saya bagi subjek Penyelidikan Ilmiah. Saya berharap segala apa yang terkandung di dalam isi proposal ini dapat dijadikan manfaat dan dijadikan rujukan pada masa hadapan. Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah saya iaitu Prof. Dr. Supli Effendi Rahim serta penyelia Prof. Madya Dr. Mohamad atas segala tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses menyiapkan proposal kajian ini. Manakala untuk teman-teman seperjuangan juga diucapkan terima kasih di atas komitmen yang padu yang telah diberikan sepanjang menyiapkan proposal ini pada masa dan waktu yang telah ditetapkan . Akhir sekali , terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Sekian ,Wabillah hitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.

3

4 . “Pengorbanan dan kesetiaan kalian menjadi sumber ilham ku” Jasamu takkan ku lupa selamanya.DEDIKASI “Untuk keluarga tersayang dan sahabat handai yang disanjungi.

8 7 7 8 8 8 Definisi termenologi 1.1 Pengenalan 1 2 4 5 5 6 7 7 MUKA SURAT 1.3 Mata pelajaran Kemahiran Hidup 2.6 Kepentingan kajian 1.3.2 1.5 Objektif kajian 1.2 Latar belakang masalah 1.2 Kepimpinan 2.4 1.8.8. ii iii iv BAB 1 PERKARA PENDAHULUAN 1.ISI KANDUNGAN JUDUL PENGHARGAAN DEDIKASI i.7 Batasan kajian 1.5 Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Pendekatan Kolaboratif Kemahiran Hidup 2 SOROTAN LITERATUR 2.3 Penyataan masalah 1.8.1 Pendahuluan 9 9 11 12 2.8.3 1.1 1.1 Bahagian teras 2.3.8.2 Bahagian Elektif 5 .4 Persoalan kajian 1.

7 Analisa data 25 28 6 .6 Prosedur kajian 3.3 Sampel kajian 3.1 Pengenalan 21 21 22 22 24 24 24 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 3.6 19 20 Keselamatan 2.12 Kemahiran Hidup tugas panel KHB 13 2.5.2 Rekabentuk kajian 3.5 Penguruan dan organisasi 2.7 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 bengkel Senarai Penutup 2.4 Instrumen kajian 3.4 13 16 Peranan guru di 2.5 Kajian rintis 3.

Pendekatan Kolaboratif bermaksud pemaufakatan. pelajar perlulah mempraktikkan segala kemahiran yang ada di dalam 7 . boleh melahirkan pelajar yang positif. amali bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup tetap berjalan. Struktur dan bentuk organisasi yang berbeza-beza dari segi dalaman atau luaran. Sebagai contoh seorang guru mestilah faham bahawa pengendalian dan pengurusan bengkel kemahiran hidup yang betul dan teratur sebelum memulakan dan selepas menamatkan kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Perdagangan dan Keusahawanan serta Reka cipta yang menjadi komponen teras dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan.BAB 1 PENDAHULUAN 1. Dari segi praktikalnya. Setiap pelajar yang mempelajari subjek Kemahiran Hidup dikehendaki mempratikkan Kemahiran Manipulatif.1 Pengenalan Pusat bagi amali pengajaran dan pembelajaran subjek kemahiran hidup adalah bengkel kemahiran hidup. kekitaan dan kerjasama yang ikhlas dan terbuka oleh setiap individu yang terlibat. Pengurusan makmal KHB secara kolaboratif ini bermakna semua guru-guru Kemahiran Hidup hendaklah bekerjasama dalam menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dan setiap guru sentiasa faham tentang konsep pengurusan dan pengendalian setiap makmal (KPM 1996). Langkah-langkah mengelak kemalangan yang diaplikasikan dengan teratur melalui penyusunan.

Mata pelajaran ini lebih menekankan aspek kemahiran dalam kehidupan seharian. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar sentiasa bergerak mengikut kesesuaian. Secara fizikal bilik-bilik dan bengkel Kemahiran Manipulatif. memasang.subjek-subjek berkenaan melalui ruang yang kondusif (bengkel kemahiran hidup) disamping memerlukan kelengkapan alat dan bahan-bahan yang bersesuaian. mengurusniaga barang. kesedaran ekonomi dan pengurusan diri (PPK 1992). Berbanding dengan mata pelajaran yang terdahulu Kemahiran Hidup Bersepadu berkonsepkan penyatuan dalam semua mata pelajaran teknikal gabungan keempat-empat pilihan. menyelenggara. menternak. Dengan ini pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknik dan Vokasional telah menyarankan agar guru-guru Kemahiran Hidup dapat mengamalkan pengurusan bengkel KHB ini melalui pendekatan kolaboratif. Pertanian dan Ekonomi Rumah Tangga (KPM. memasak dan menjahit (kemahiran Teknikal) amatlah berguna bagi kegunaan kehidupan seharian mereka. bahkan kerap berlaku peralatan dan juga bahan-bahan terpaksa beralih daripada satu makmal ke satu makmal yang lain (Laporan PPK 2005). Asas kemahiran yang diberikan kepada pelajar ini seperti membuka. 1. Hasil kerja tangan yang di lakukan 8 . Sains Pertanian dan Perdagangan telah diganti selaras dengan perubahan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) iaitu Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian telah yang wujud di sekolah pada masa ini berjauhan dan berasingan antara satu sama lain. Sains Rumah Tangga. membaiki kerosakan kecil. menanam.1991) Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah menengah tingkatan 1-3 berhasrat memupuk celik teknologi. Perdagangan dan Keusahawan. Ini bagi mempastikan agar pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dapat dilakukan dengan lebih sistematik agar pengajaran dan pembelajaran subjek ini menghasilkan impak yang optimum (PPK 2005). iaitu Kemahiran Teknologi.2 Latar Belakang Masalah Bermula tahun 1991. pilihan mata pelajaran Seni Perusahaan.

9% waktu mengajar terlalu banyak dan 93. Menutut PPK lagi pelbagai masalah timbul apabila 66. Beban tugas guru bertambah dimana tahap pengurusan harus ditingkatkan dan tidak boleh ditahap lama. Masalah pengurusan bengkel merupakan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup.6% menyatakan kemudahan dan penyesuaian makmal perlu dikemaskini. 61. 88. Ketua Panitia haruslah melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dengan penuh rasa tanggungjawab dengan sentiasa membantu guru-guru yang kurang berkemahiran ini dengan sentiasa peka 9 . elektrik dan elektronik.8% responden bersetuju bahawa bengkel harus diselenggara dengan kemas dan tersusun. dan bilik lukisan teknik secara optimum. Satu kajian Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). 96. Suasana pembelajaran untuk aktiviti ini haruslah sentiasa berkeadaan baik supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin.9% menyatakan alatan tak mencukupi menyebabkan kerja amali tidak dapat dijalankan mengikut jadual. Oleh itu. Perbezaan latar belakang guru yang mengajar kemahiran hidup juga mempengaruhi mutu pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Menurut Suhaimi (1995) Guru yang telah lama berkhidmat mempunyai kepakaran dalam pengurusan makmal Kemahiran Hidup berbanding guru yang baru berkhidmat. berkesan dan mencapai matlamat. Untuk mengelakkan berlakunya masalah penyenggaraan ketika berada di bengkel. guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup mempunyai peluang menggunakan bengkel-bengkel yang terdapat di sekolah seperti bengkel kerja kayu. guru-guru perlulah mengetahui cara pengendalian bengkel dengan sempurna agar kerjasama di antara guruguru yang lain dapat berjalan dengan baik. Perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu memberi kesan kepada keadaan di bengkel dan tugas guru.oleh tangan (hands on) dan kemahiran diri mampu mencipta hasil (produk) yang baru atau inovasi dari produk sedia ada yang boleh digunakan oleh orang ramai.7% alatan tidak mencukupi. Setiap guru Kemahiran Hidup mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik.

Guru-guru saling bertelagah dan menuduh antara satu sama lain. Guru KH yang lain tidak menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dengan sempurna selepas mereka gunakan.3 Penyataan Masalah Pendekatan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang digunakan sebelum ini merupakan kaedah yang kurang praktik dan tidak sesuai kerana guru hanya melakukan pengurusan pada bengkel tertentu sahaja.dan mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Namun. Maka satu sistem pengurusan makmal Kemahiran Hidup pendekatan kolaboratif telah diperkenalkan bagi mengatasi segala permasalahan yang berlaku dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Menurut Ramlah Hamzah (1993) dalam jurnal tulisannya. 1. serta prosedur menggunakan makmal Kemahiran Hidup dengan lebih teratur dan berkesan. keadaan ini telah menimbulkan masalah terutama bagi guru-guru yang kurang arif terhadap makmalmakmal yang lain. kekitaan serta kerjasama yang ikhlas dan terbuka oleh setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak. daerah ataupun sekolah. sebahagian besar guru telah diberi pendedahan melalui kursus dan seminar samada diperingkat negeri. Pengurusan Bengkel Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif ini mula dilaksanakan pada tahun 1996. Pendekatan kolaboratif ini mengutamakan ciri-ciri permuafakatan. Sistem ini mengutamakan pengurusan stok barang/bahan. pelaksanaannya masih menjadi persoalan kepada guru sama ada melaksanakannya dengan baik ataupun sebaliknya. Kebanyakan guru-guru masih kurang faham tentang 10 . Hal ini menyebabkan Jabatan Pendidikan Teknik perlu merancang satu program pengurusan bengkel Kemahiran Hidup supaya guru-guru tidak lagi bersengketa dan sering bermasam muka antara satu sama lain melalui Pengurusan Bengkel Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif . Di sekolah. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pertembungan penggunaan bengkel Kemahiran Hidup dengan sistem pengurusan yang tidak teratur terutama jadual kelas harian.

pemantauan oleh pihak-pihak terbabit dan penyediaan bukubuku rekod penyelenggaraan. pentadbir PPD dan JPN membuat pemantauan terhadap bengkel Kemahiran Hidup dari masa ke semasa? Apakah kekerapan mesyuarat guru-guru diadakan bagi membincang dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru? Apakah persepsi pelajar terhadap pengurusan bengkel yang disediakan oleh guru mereka? 1. ketua panatia dan guru-guru lain dalam melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif? 2. objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan meninjau aspek ciri-ciri berikut:1. Sejauh manakah kekerapan guru-guru. pihak pentadbiran. 11 .bagaimana untuk melaksanakan dan mendapat kerjasama penuh dengan guru-guru yang lain.5. 4. 3. beberapa persoalan boleh dikaji seperti:1. Oleh itu satu kajian berkaitan dengan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Melalui Pendekatan Kolaboratif Di Sekolah perlu dilaksanakan dengan kajian akan menyentuh aspek-aspek kerjasama antara guru-guru KH.4 Persoalan Kajian Berdasarkan masalah-masalah yang dikemukakan. Apakah tahap kerjasama antara guru-guru Kemahiran Hidup. 1. kekerapan mengadakan mesyuarat oleh Panatia KH. Ketua Panitia dan Pihak pentadbir sekolah memberikan kerjasama semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif.1 Mengenalpasti samada guru-guru.5 Objektif Kajian Berdasarkan penyataan yang telah ditimbulkan.

Selain itu juga.. pihak pentadbir sekolah dan Penyelaras Teknik dan Vokasional Daerah untuk merangka satu pendekatan yang lebih berkesan bagi membantu guru-guru yang kurang pengetahuan dan pengalaman atau guru yang kurang memberi kerjasama ini untuk melaksanakan pengurusan bengkel pendekatan kolaboratif secara lebih berkesan dan sistematik.5. didapati guru semakin hari semakin kurang mengamalkannya.6 Kepentingan kajian Kajian adalah mengenai persoalan adakah guru-guru melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran hidup pendekatan kolaboratif di sekolah dirasakan penting kerana setelah hampir 10 tahun arahan perlaksanannya dijalankan. 1. 12 .5.4 Mengenalpasti setakat mana guru menyediakan dan mengemaskini penyelenggaraan bengkel Kemahiran Hidup untuk kegunaan pelajar.1.5. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya pengetahuan dan pengalaman guru dalam proses pelaksanaannya atau kurangnya kerjasama dari guru-guru Kemahiran Hidup yang lain. 1. Ketua Panitia dan pihak pentadbir sekolah. ketua Panitia dan pihak pentadbir mengadakan pemantauan semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif.2 Mengenalpasti sekerap mana guru-guru. adalah diharapkan laporan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bahagian perancangan dan Penyelidikan KPM untuk merancang dasar dan program peningkatan profesionalisma terutama dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang berkesan dan kondusif. Melalui kajian ini diharap dapat membantu guru-guru.3 Mengenalpasti samada guru mengadakan mesyuarat yang ditetapkan semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif 1.

1992) 13 . Menurut Rashid (1995) mendefinisikan pengurusan sebagai mengurus manusia. Ianya adalah berkaitan dengan perihal menguruskan makmal dan guru Kemahiran Hidup.7 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang di daerah Ulu Bernam. badan. organisasi dan negara dimana ianya adalah kerja yang khusus yang hanya diketahui oleh manusia yang terlatih dalam sesuatu bidang berkaitan.8. 1.8. Pelbagai elektif instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah set soal selidik.1 Pengurusan Menurut istilah kamus dewan (2001) adalah suatu perihal (kerja dan sebagainya) dalam menguruskan sesuatu perihal mengurus (syarikat. asset.2 Bengkel Kemahiran Hidup Bengkel ialah sebuah tempat. namun kesimpulannya sedikit sebanyak dapat menggambarkan keadaan di sekolah pada amnya. 1. 1. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan terdapat peralatan dan bahan-bahan di dalamnya. perniagaan dan sebagainya).8 Definisi Termenologi Definasi istilah adalah berhubung dengan istilah yang digunakan dalam kajian yang hendak dijalankan.1. Responden adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajar-pelajar Kemahiran Hidup Tingkatan 3. Walaupun kajian ini melibatkan satu tempat kajian. Terdapat ruang-ruang khas untuk pengajaran dan pembelajaran dan ruangruang ini hendaklah dilengkapi dengan keperluan minimum pengajaran dan pembelajaran. (Kementerian Pendidikan Malaysia. ruang atau bilik yang digunakan untuk melakukan ujikaji atau aktiviti kerja amali. Selangor sebagai sampel. Ini bertujuan mengelakkan diri memahami kajian dan persepsi yang berbeza sepertimana yang dikehendaki dalam sesuatu kajian.

usaha sama. konsep perkongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yang membawa kebaikan bersama.5 Kemahiran Hidup Mata pelajaran yang mengandungi beberapa komponen teras iaitu Kemahiran manipulatif. 1. Ekonomi Rumah Tangga dan sains Pertanian. antara guru dengan pentadbir.8. Kolaboratif merupakan sistem pemuafakatan yang harus dibina sebelum membina tujuan kajian tindakan atau harus dibina dalam proses menjalankan kajian tindakan.1. Perdagangan. Kolaboratif bermaksud bekerja dalam pasukan. Ekonomi Rumah Tangga. antara guru dengan pelajar.4 Kolaboratif Kolaboratif membawa maksud muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain. 14 . 1.8. antara pentadbir dengan institusi dan sebagainya.3 Pendekatan Pendekatan diistilahkan sebagai keadah atau cara yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas. mempunyai hubungan dua hala.8. Pertanian dan Kekeluargaan serta tiga komponen elektif iaitu Kemahiran Manipulatif Tambahan.

mata pelajaran Kemahiran Hidup dan diikuti dengan bengkel Kemahiran Hidup. Pemimpin merupakan seorang yang memainkan peranan yang besar dalam sesebuah organisasi. yang bersifat non-linear. ekonomi mahupun kerohanian. masyarakat.BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2. Seterusnya penjelasan tentang tanggungjawab guru di bengkel Kemahiran Hidup. pendidikan. dan lateral yang menggunakan budaya “reflective rationality” dan yang “unreasonable” . politik. 15 .2 Kepimpinan Kepimpinan merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. keselamatan. Penyelidik akan menjelaskan tentang kepimpinan. rutin dan “reasonable” kepada yang lain. pengurusan organisasi dan organisasi bengkel Kemahiran Hidup. Kepimpinan dapat mengenalpasti hal ehwal keluarga. Menurut Ab. Kepimpinan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia sama ada dalam soal-soal sosial. organisasi. Menurut Wan Zahid Nordin (2003) “Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas kita yang lazim.1 Pendahuluan Dalam bab ini penyelidik akan membuat sorotan tentang pengurusan matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah. dan termasuklah di dunia. Aziz (2000) pula pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang peka kepada tuntutan perubahan samada perubahan dalaman yang didalam kawalannya atau perubahan yang diluar kawalan mereka. Pemimpin yang sentiasa membawa perubahan yang baik kepada kehidupan manusia amat wajar diteladani . 2. yang inovatif dan imaginatif.

Kepimpinan ialah kebolehan. Perjuangan pemimpin yang berani bijaksana menjadi intipati lagenda dan mitos. keberkesanan dan kewibawaan seseorang pemimpin menggerakkan organisasi. berdisiplin. 2. Seseorang pempimpin seharusnya memiliki segala idea yang kreatif atau wawasan agung bagi menjana organisasi. penyayang. Pemimpin membawa erti keupayaan memimpin dankepimpinan pula ialah keupayaan sebagai pemimpin atau daya seorang pemimpin (Kamus Dewan 2001).. kerja berpasukan. kepimpinan boleh didefinasikan sebagai setiap tindakan yang merupakan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat.2.2. hidup sihat. Pimpin bererti bimbing. pilitik. Dalam sudut yang lain . pandu dan tunjuk. Memimpin memberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan-jalan menuju ke sesuatu tempat.2. Pemimpin merupakan individu yang menjadi ketua dan penggerak dalam sesebuah organisasi. mendalam dan terkini.Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan yang diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat. ikhlas). agama dan sosial. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan menurut Ahmad Athory Hussin (1991) ialah :2.2 Memiliki ilmu pengetahuan yang luas. ”Kepimpinan” ialah perkataan terbitan daripada ”pimpin”. semasa melaksanakan pemulihan atau membuat keputusan. 2. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tertentu seperti tentera. 16 . berkebolehan menterjemah wawasan menjadi pelan tindakan yang praktikal dan fleksibel. 2.3 Mengamalkan budaya beretika (perpaduan.4 Mahir berkomunikasi dengan berkesan. jujur.2. Pemimpin perlu bertindak apabila berhadapan dengan masalah. kecekapan. Pemimpin perlu bertindak secara proaktif bagi menggerak dan merangsang orang lain untuk bertindak. yang memerintah dan mengarah.1 Mempunyai wawasan organisasinya. bersopan santun.

Sains Pertanian. tindakan dan ganjaran. seharusnya mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul untuk membimbing ahli-ahlinya ke arah kesempurnaan dan keunggulan diri.2. Perdagangan dan Keusahawanan). daya tahan. 2. Kepimpinan merupakan tingkah laku bertumpu bagi mancari jalan penyelesaian masalah dan bagi mencari jalan iaitu melaksanakan sesuatu program atau tugasan bertujuan untuk menangangi matlamat organisasi itu. (1993) organisasi yang berkesan adalah bergantung pada gaya kepimpinan ketuanya.2. Mereka perlu bersifat fleksibel semasa berurusan dengan personaliti yang berbeza yang mana perkara ini selaras dengan konsep Parlov yang mengaitkan stimulus.6 Produktif .7 Cekap menggunakan segala sumber yang ada dengan optimum. pemimpin harus mempunyai karisma yang cukup kuat di kalangan pengikut dan kumpulannya. 2.2.8 Sentiasa memantau dan menilai perkembangan setiap program dan organisasi. Pendidik dan pemimpin yang baik yakin akan kebolehan dalam melaksanakan tugas-tugas disamping memberi bimbingan serta penyediaan yang wajar kepada orang yang dipimpin. Guru yang dipertanggungjawabkan hendaklah menggunakan segala pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan sesuatu organisasi itu dengan memberi manafaat kepada pelajar dan organisasi.9 Memiliki gaya kepimpinan. daya juang.2. 2. 2.2.5 Memiliki budaya jati diri (daya saing.2. Seorang guru Kemahiran Hidup haruslah mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin untuk menguruskan bengkel yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ekonomi Rumah Tangga. Sehubungan dengan itu. Menurut Hussein.3 Matapelajaran Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup ialah satu mata pelajaran baru dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah bagi menggantikan mata pelajaran Aneka Jurusan (Seni Perusahaan. 2. Sebagai guru. daya saring.mementingkan peningkatan yang berterusan. daya tekal). Kemahiran hidup adalah kemahiran-kemahiran asas yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk 17 .

kemahiran hidup merupakan komponen asas kepada pendidikan vokasional dan teknologi. 2. Dalam melaksanakan semua mata pelajaran ini. Satu kemahiran asas untuk menjalankan aktiviti urusan harian dan keusahawanan.3. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Perdagangan dan Pertanian. Mata pelajaran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar seberapa banyak yang boleh bidang kemahiran agar kemahiran yang dipelajari itu dapat digunakan oleh pelajar untuk kehidupan seharian seperti membaik pulih perkara yang mudah di rumah mereka.2 Bahagian Elektif Bahagian ini mengandungi 4 komponen iaiti Kemahiran Teknikal.3. Dalam Kemahiran Hidup. Pelajar dikehendaki memilih salah satu daripada 4 komponen yang dipelajar ditingkatan 1 hingga 3. Ekonomi Rumah Tangga. semua pelajar akan menggunakan bengkel untuk menjalankan amali dan guru-guru dari elektif lain juga akan menggunakan bengkel yang sama bagi proses pengajaran dan pembelajaran. 18 . (Pusat Perkembangan Kurikulum.membolehkan mereka bertindak mengendalikan hidup secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah.1 Bahagian Teras Bahagian ini mengandungi 2 komponen iaitu Kemahiran Manipulatif dan Perdagangan. 2. 2003). Bahagian teras wajib dipelajari oleh semua pelajar. ia merujuk kepada kecekapan yang seharusnya diperolehi oleh pelajar tersebut. Kemahiran asas yang dibekalkan untuk membolehkan seseorang bertindak mengendalikan hidup dengan cara produktif dalam dunia teknik dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah.

Peranan guru Kemahiran Hidup adalah lebih berat jika dibandingkan dengan guru-guru yang lain.5 Pengurusan dan Organisasi Sesebuah organisasi sama ada yang bercorak perniagaan atau perkhidmatan mestilah mempunyai matlamat yang tersendiri. bertanggungjawab. berdedikasi. 2. 1994). Matlamat sesebuah organisasi bengkel Kemahiran Hidup adalah untuk kepentingan pelajar 19 . organisasi tersebut berfungsi untuk mencapai matlamat ini. Guru Kemahiran Hidup bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada pelajar tetapi bertanggungjawab mengelola kemudahan dan keadaan fizikal sekelilingnya. berdisplin. Bengkel Kemahiran Hidup misalnya adalah sebuah organisasi formal yang diwujudkan untuk pengurusan. Selain mengajar. adil. Pengajar adalah individu yang memberi panduan. Jesteru itu. Pencapaian matlamat organisasi pula bergantung pada banyak faktor.2. berdaya usaha dan berperibadi mulia. Faktor ini boleh ditinjau dari segi input .4 Peranan Guru di Bengkel Kemahiran Hidup Guru atau pendidik sering dikaitkan pengajar kepada murid di sekolah. bimbingan serta tunjuk ajar kepada seseorang atau sekumpulan manusia (Kamaruddin. Pengurus-pengurus bengkel juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap bengkel yang akan digunakan sentiasa dilengkapi dengan bahan dan peralatan yang dijamin keselamatannya. Seorang pendidik itu itu mesti mampu memenuhi beberapa ciri seperti amanah. Oleh yang demikian guru perlu peka akan perubahan sekeliling dan sentiasa membimbing pelajar-pelajar untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran serta sentiasa mengamalkan peraturan dan keselamatan semasa bekerja menggunakan bengkel Kemahiran Hidup. output dan alam sekitar sesebuah organisasi. guru Kemahiran Hidup dikehendaki menyelenggara segala pekakasan dan peralatan di dalam bengkel selepas dan sebelum menggunakannya.

guru haruslah menyusun satu organisasi yang mampu mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. organisasi meliputi satu atau lebih pusat kuasa yang menepatkan matlamat memperuntukan sumber-sumber mengarah kepada kemajuan. guru ini bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti mengurus.Dalam pengurusan sebuah bengkel Kemahiran Hidup. Dalam organisasi bengkel Kemahiran Hidup. Ketua Panatia adalah satu jawatan yang dipilih mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak sekolah. mentadbir dan mengendalikan mesyuarat. 20 . Pembinaan organisasi yang mantap dan berkesan dapat menguruskan segala aktiviti dengan lancar dan menepati apa yang dikhendaki. Ketua Panatia adalah orang penting untuk mencapai matlamat pengurusan. Sebagai Ketua Panatia. Menurut Ahmad Hussein (1993) mengurus sebagai teknik atau cara menjalankan pentadbiran bagi menjayakan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Menurut Kamaruddin (1994).

PENGETUA GURU KANAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KETUA PANITIA PENYELARAS BENGKEL GURU KHB KERJA KAYU ELEKTRIK/ ELEKTRONIK KERJA PAIP/ ENJIN PERTANIAN / PERKEBUNAN JAHITAN MASAKAN PEMBANTU BENGKEL Jadual 2.1 : Carta Organisasi Panitia KHB 21 .

2.1 Senarai Tugas Panel KHB 2.1.1 TUGAS PENGETUA 2.4 Bertanggungjawab mengenalpasti tindakan yang perlu diambil sewaktu kecemasan 2.1.5.1.5.4 Menentukan penggunaan ABM digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran 2.5.2 TUGAS GURU KANAN MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 2.2.2 Bertanggngjawab menentukan peraturan dan keselamatan dan peraturan di kemaskini dan dipatuhi 2.2 2.1.1.1.5.2.5.5.1.1. terhadap pembangunan fizikal dan 2.1. 22 .3 TUGAS KETUA PANITIA 2.3 Bertanggungjawab mempastikan kemalangan yang berlaku diambil tindakan segera 2.1.5.1.5.2.5.5 Mempastikan peruntukan KHB digunakan sewajarnya.1.5.1.1 Bertanggungjawab membantu guru Kanan Mata pelajaran mengenai aspek-aspek pengurusan dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup.1.1.1.1.1.5.5.3.3 Menyusun jadual penggunaan makmal Bertanggungjawab mesyuarat 2.5.1.2.1 Bertanggungjawab keselamatan bengkel 2.1 Bertanggungjawab dan mempastikan pengurusan organisasi bengkel berjalan dengan sempurna.5.5. 2.5 Merancang dan mempastikan guru di kursus dalaman mengadakan dan mempengerusikan 2.2.

1 Bertanggungjawab membantu penyelaras dalam perlaksanaan pengajaran dan pengajaran 2.5.5.5.1 Membantu penyelaras KHB dan penyelaras bengkel secara langsung bagi mempastikan kelancaran organisasi pengurusan bengkel dan proses pengajaran dan pengajaran 2.1.6.5.1.2.1.4 2.5.3.5.6.6. 23 .5.1.4 Merancang program belanjawan tahunan Menyelaras penggunaan bengkel setiap elektif berjalan lancar Bertanggungjawab menyelaras stok dan mempastikan sentiasa dikemaskini 2.5 2.1.4.6.5.1.4 Mengemaskini stok 2.5 TUGAS GURU KHB 2.1.6.1.5.4.3 2.2 2.4 TUGAS PENYELARAS BENGKEL 2.5.1.3.2 2. bahan pelajar di dalam bengkel 2.1.5.5.4.5.2 Bertanggungjawab mempastikan keselamatan alatan.6 TUGAS PEMBANTU BENGKEL 2.4.1.5.5.3 Bertanggungjawab terhadap penyusunan dan penyelenggaraan alatan dan bahan dalam unit dilaksanakan 2.5.6.3 2.1.1.5.5.1.1.3.1.1 2.1.6 Menyemak stok dan iventori Menyediakan alatan dan bahan pembelajaran dan pengajaran Menyelenggara dan membaik pulih alatan Merekod keluar masuk alatan Mempastikan keselamatan dan kebersihan bengkel Mempastikan alatan mencukupi sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran.

Beliau percaya bahawa sesuatu idea berlandaskan kepada faktor yang kukuh. Taylor (1991) keberkesanan pengurusan terhasil apabila manusia mengikut kehendak seseorang melalui cara terbaik dan termurah. bekalan pejabat harus dikemaskini mengikut saranan Perkeliling Perbendaharaan bil. hasil daripada percubaan yang cermat oleh pengurusan bengkel yang cekap dan kolaboratif dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru khasnya guru Kemahiran Hidup. bahan dan ruang pembelajaran yang lebih berkesan dan teratur perlulah diadakan bagi mempastikan pengajaran dan pembelajaranberada dalam optimum. 24 . (2002) sistem pengelolaan dan pengurusan alatan. baik serta pengurusan yang baik akan memberikan hasil produk yang bertanggungjawab serta berdedikasi. inventori. harta modal. Menurut Rozita Ismail.Berdasarkan carta organisasi dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Sehubungan itu kaedah seperti pengurusan kolaboratif. Menurut Fredeck W. Oleh itu keperluan mengadakan bengkel yang kondusif membolehkan pelajar mendapat asuhan yang sempurna disamping suasana pendidikan yang lengkap dan bermanafaat serta selamat. Walaupun ketua mempunyai kuasa membuat keputusan tetapi teori pengurusan moden lebih menekankan ikut keadaan dan kerja berpasukan dalam menyelesaikan masalah. struktur organisasi adalah tentang bagaimana segala tanggungjawab ditentukan dan dipelbagaikan. Ini menunjukkan suasana yang selamat. ianya tidaklah bergantung kepada tugas-tugas yang diberikan. 2/1991 Menurut JPNJ (1995) (Megat Hashim 1997) mengatakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup dan kelengkapannya yang licin dan berkesan akan melahirkan pelajar yang mencintai ilmu dan bertanggungjawab. Menurut Wan Azmi Ramli (1990).

pengelolaan dan penyelenggaraan bengkel sekolah dan kelengkapan perlulah mencerminkan satu tahap keselamatan yang tinggi sepanjang waktu. Guru perlu menyediakan langkah-langkah keselamatan seperti ”Utamakan Keselamatan” atau ” Berhati-hati Semasa Berkerja” pada dinding bengkel atau menggunakan carta keselamatan yang sesuai. sebahagian besar daripada kepatuhan langkahlangkah keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua. 25 . Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohaidin Othman (1995) mendapati susun atur makmal yang tidak baik mengganggu tumpuan semasa menjalankan kerja-kerja amali. Guru dan pelajar yang menjadi pengguna mesti sentiasa peka kepada aspek ini. penerimaan terhadap tugas dan kesedaran terhadap peraturan akan dapat menentukan selamat atau tidaknya sesuatu aktiviti itu. membimbing dan menyuruh pelajarnya membina sikap yang diingini. Selain daripada itu keselamatan mestilah disatu padukan dalam setiap kali pengajaran teori dan amali dijalankan. 1992). Oleh itu langkah-langkah mencegah kemalangan haruslah difahami dan diterapkan setiap kali menjalankan kerja-kerja amali dan penggunaan bengkel Kemahiran Hidup. Pelajar yang sentiasa didedah dan ditekankan dengan peraturan mudah mengikut peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup. Untuk menimbulkan sikap ini.2. Crow and Crow (1980) mengatakan bahwa guru sepatutnya boleh mengerah. Kesedaran tentang betapa pentingnya keselamatan dalam makmal patut ada dan ditanam didalam jiwa pengguna (Azhari.6 Keselamatan Aspek keselamatan adalah penting apabila berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Menurut Hassan (1997). Salah satu daripada tujuan utama bagi sebarang rancangan amali ialah untuk membina sikap yang diingini termasuk kesedaran terhadap keselamatan diri. Kemungkinan kemalangan wujud dalam melaksanakan kerja-kerja amali.

26 . emosi. Sikap tolong menolong antara guru Kemahiran Hidup semasa mengendalikan pengurusan bengkel secara kolaboratif mampu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani.7 Penutup Makmal yang cemerlang haruslah mempunyai pengurusan dan organisasi yang baik dan sistematik untuk mencapai matlamat tertentu.2. Aspek kerjasama atau kolaboratif amatlah penting dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup bagi mempastikan pengurusan dapat dilaksanakan bagi mewujudkan bengkel Kemahiran Hidup yang kondusif dan dan selesa. rohani dan daya intelek. Sebagai guru yang menjalankan kerja-kerja amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mempunyai pengetahuan tentang pengurusan dan penyelenggaraan di bengkel Kemahiran Hidup. Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah adalah satu institusi kecil dalam kawasan sekolah yang memerlukan pengurusan yang berkesan.

1 Pengenalan Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengumpul maklumat yang terperinci mengenai pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif. 3. Kaedah soal selidik akan dijalankan untuk mendapatkan maklum balas mengenai sejauh mana perlaksanaan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif di sekolah telah dipilih. instrumen kajian. Selangor. kajian rintis dan analisis data. 27 . Di dalam bab ini beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan iaitu rekabentuk kajian. sampel kajian. dari segi pengurusan.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan dalam bentuk soal selidik yang akan diedarkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sebuah sekolah menengah kebangsaan Kalumpang di daerah Ulu Bernam. pengajaran dan pembelajaran.BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3. Selain itu kajian ini juga akan membincangkan pendapat pelajar dan amalan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup.

Aspek-aspeknya ialah untuk meninjau pendapat pelajar Kemahiran Hidup tentang sejauh mana perlaksanaan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif yang disediakan oleh sekolah menengah itu. sesuai dengan bilangan sekolah yang dipilih. Ia juga dapat menjimatkan kos dalam mengumpulkan maklumat yang diperlukan. cara ini berupaya mendapatkan data-data dengan lebih mudah dan banyak. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang digunakan untuk mengisi maklumat peribadi responden. Skala ini adalah seperti: 28 . Jumlah populasi dalam kajian ini ialah 50 orang. 3. Selangor. Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang bantuan penuh kerajaan di daerah Ulu Bernam. Jadi sampel yang diperlukan ialah 30 orang.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian untuk kajian ini adalah dalam bentuk soal selidik. Selain dari itu.3. Bahagian B pula terdiri dari 30 soalan yang berbentuk skala likert 5 mata yang digunakan untuk mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan kajian. Pemilihan soal selidik sebagai instrumen kajian adalah kerana soal selidik dapat memberikan respon yang lebih tepat kerana responden tidak berhadapan dengan pengkaji semasa menjawab soalan soal selidik tersebut. Soalan soal selidik ini menggunakan skala likert 5 mata untuk memperolehi respon dalam bahagian B.3 Sampel kajian Sampel kajian adalah mengikut kaedah seluruh populasi.

3.Skor 5 Skor 4 Skor 3 Skor 2 Skor 1 Amat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Amat Tidak Setuju (AS) (S) (TP) (TS) - Positif Positif Berkecuali Negatif Negatif (ATS) Jadual 3. 4 dan 5. Ini dapat ditunjukkan seperti jadual di bawah: Skor Pernyataan Amat Setuju (AS) Setuju (S) Tidak Pasti (TP) Tidak Setuju (TS) Amat Tidak Setuju (ATS) Pernyataan Keseluruhan Setuju (S) Setuju (S) Berkecuali (B) Tidak Setuju (TS) Tidak Setuju (TS) 5 4 3 2 1 Jadual 3. 3. Ini bertujuan untuk mengelakkan responden daripada terpengaruh dengan objektif kajian. 2.1: Skala Likert 5 Mata Sebanyak 30 salinan soal selidik disediakan untuk diedarkan kepada guru-guru termasuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah yang dipilih melalui Ketua Panitia sekolah tersebut.5 Kajian Rintis 29 . Hasil dapatan nanti dikira dalam peratusan bagi setiap jawapan skala 1. Setiap item tidak disatukan dalam satu kumpulan.2: Skor dan Penyataan yang diberi. Sementara skala tidak pasti di kategorikan sebagai berkecuali. Skor setuju dan amat setuju digabungkan menjadi setuju sahaja. Begitu juga dengan tidak setuju dan amat tidak setuju menjadi tidak setuju.

Masa untuk menjawab soalan ini adalah tidak ditetapkan.3 3. Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang guru dan 26 pelajar Tingkatan 3 dari sekolah menengah kebangsaan yang terlibat. Pengkaji akan mengutip semula set soal selidik daripada Ketua Panitia. Kajian ini dijalankan dengan mengedar set soal selidik kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup serta pelajar-pelajar di sekolah berkenaan melalui Ketua Panitia Kemahiran Hidup. Kertas cadangan projek telah dilampirkan bersama permohonan untuk mendapatkan kebenaran.2 3. Untuk mendapatkan min setiap soalan jumlah skor soalan dicampur dan kemudiannya dibahagi dengan keseluruhan jumlah soalan di dalam setiap item untuk mendapatkan min rendah.6.6. Nilai peratusan. BIBLIOGRAFI 30 . di antaranya ialah meminta kebenaran daripada Jabatan Teknik dan Vokasional (UPSI). Data akan dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel.Kajian rintis telah dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan soalan. Mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Teknik dan Vokasional (UPSI) Mendapatkan kelulusan daripada Fakulti Seni dan Muzik (UPSI) Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua sekolah berkenaan. 3. 3. sederhana dan tinggi. 3.6 Prosedur Kajian Untuk menjalankan kajian ini beberapa prosedur-prosedur telah digunakan.4 Mendapatkan kelulusan dari penyelia projek.7 Analisis Data Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis untuk menentukan hasil kajian.1 3.6. Fakulti Seni dan Muzik (UPSI) serta Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang untuk menjalankan kajian ini.6. min dan mod akan dihuraikan dalam bentuk jadual.

01 Abd. “Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah”.Ahmad Athory Hussin (1991). “Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan”. Institut Aminudin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia. Jilid 08. JPNJ (1996). Jurnal Pengurusan Dan Kepemimpinan Pendidikan. Cetakan Pertama: Kuala Lumpur. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Hussein Mahmood (1993). Tesis Sarjana Muda. “Kolaboratif Dalam Pengurusan”. Hamid Abu Bakar (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad Sabu. “Kepimpinan dan Keselesaan Sekolah”. “Pengurusan Organisasi”. Jaafar Abdullah (2001). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. “Pengurusan Industri”. UTM. Hassan Salim (1997). 31 . Johor Bahru: JJ Computer Publication Crow and Crow (1980). Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (1998). Bil. Edisi Pertama: Kuala Lumpur. Amran Zakaria (1997) “Keupayaan Guru Kemahiran Hidup Dalam Pengurusan Bengkel dan Penyelenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kawasan Teluk Intan”. Bhd. “Pengurusan Makmal Pendekatan Kolaboratif”. Azhari Md Salleh (1992). “ Amalan Pengurusan Mesyuarat Berkesan: Satu Kajian Di Daerah Hilir Perak”. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Sarjana. Bahagian Teknik dan Vokasional.

Ramlah Hamzah (1993). Megat Hashim Megat Yaakob (1997). UTM. Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). 32 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Skudai (Terjemahan) Kamus Dewan. “Organisasi Dan Pengurusan Bengkel Monograf. “Tinjauan Amalan Keselamatan Mesin dan Alat-alat Tangan di Bengkel Kemahiran Manipulatif dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Kangar”. “Kemampuan Guru Dalam Melaksanakan Bengkel KH: Satu tinjauan Dikalangan Guru-guru Program Khas Pengsiswazahan Guru”.” Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.” Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Bil 9. UTM. m/s 51-69. Sidin dan Rohana Hamzah(2001). Putra Jaya.” Kementerian Pelajaran Malaysia. “Keadah Penyelidikan Pendidikan”.” Jurnal Pendidikan Guru – Mencetus Pembangunan Minda.Kamarudin Basir(1996) “Cara Membina Pendidikan Vokasional Berasaskan Kecekapan. Tesis Sarjana Muda Mohd Najib Konting (1990 ). “Kesan Perubahan Mata Pelajaran Elektif Seni Perusahaan kepada Mata pelajaran Kemahiran Hidup Terhadap Pengurusan Alatan dan Kelengkapan”. “Persepsi Dan Masalah Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. “ Laporan Pemantauan Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tahun 2005. Edisi Baru (2001). Tesis Sarjana Muda Mohaidin Othman (1995). UTM. Dewan Bahasa dan Pustaka. Rozita Ismail (2002). Tesis Sarjana Muda Sanusi Mohd.

” Kuala Lumpur: Art Printing Work Sdn. “Falsafah Pendidikan. 33 .Sharifah Alwiah Al – Sagoff (1984). “Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian.” Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Bhd: Wan Zahid (1993).

Ketua Panatia 6. Ijazah 2. Kelulusan Iktisas 1. 20 hingga 30 tahun 2. Lama Mengajar 1. 1 hingga 5 tahun 2. Melebihi 15 tahun 5. Pernah menghadiri kursus pengurusan bengkel Kemahiran Hidup 1. Lelaki 2. 40 hingga 50 tahun 4. Jawatan Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 1. 30 hingga 40 tahun 3. Guru Ganti/Sandaran 3. Jantina 1. 11 hingga 15 tahun 4. BAHAGIAN A : MAKLUMAT GURU Arahan : Sila tandakan ( √ ) untuk jawapan yang berkenaan pada ruang yang disediakan 1. Pernah 2. Umur 1. Tidak Pernah 34 .LAMPIRAN SOALAN SOAL SELIDIK. Guru Biasa 2.. 6 hingga 10 tahun 3. Melebihi 51 tahun 4. Perempuan 2.

Lain-lain 5. Perempuan 2. Pengawas Sekolah 2. Lain-lain 4. Gred C 4. India 4. Ketua Kelas 4. Jawatan Yang Disandang Di Dalam Sekolah 1. Pengawas Perpustakaan 3.BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR Arahan : Sila tandakan ( √ ) untuk jawapan yang berkenaan pada ruang yang disediakan 1. Bendahari atau Setiausaha Kelas/Persatuan/Kelab 35 . Agama 1. Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 1. Hindu 3. Gred B 3. Cina 3. Kristian 4. Jantina 1. Gred A 2. Melayu 2. Lain-lain 3. Bangsa 1. Islam 2. Lelaki 2.

Setuju (S) 3.BAHAGIAN B : MAKLUMAT GURU Sila baca penyataan berikut dengan teliti dan bulatkan pada petak yang disediakan mengikut tahap persetujuan yang sesuai dengan diri anda sepertimana berikut :1. kolaboratif Saya berupaya menyediakan segala keperluan di dalam 5 bengkel yang ditugaskan seperti alatan. mesyuarat SS berkenaan 5 S TP TS 4 3 2 STS 1 pengurusan bengkel KH pendekatan kolaboratif ini 36 . Pihak pentadbir sekolah saya sentiasa memberi kerjasama 5 dengan pihak pengurusan dalam menguruskan bengkel KH. Sangat Tidak Setuju (STS) 5 4 3 3 2 1 Item 1. PENYATAAN SS Saya mengemas dan membersihkan bengkel setelah 5 selesai menggunakan bengkel Kemahiran Hidup S TP TS 4 3 2 STS 1 2. Guru-guru 4 3 2 1 6. bahan. Saya berpuas hati setelah melaksanakan tugas yang 5 diarahkan semasa berada di bengkel KH. 4 3 2 1 Item PERNYATAAN Ketua Panatia mengadakan 8. 5 4 3 2 1 3. 4 3 2 1 4. Sangat Setuju (SS) 2. Tidak pasti (TP) 4. ABM dan carta keselamatan. sebulan sekali. Tidak Setuju (TS) 5. Kemahiran Hidup yang lain memberi 5 4 3 2 1 kerjasama semasa menguruskan bengkel KH secara 7. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan bengkel KH secara kolarboratif ini adalah tanggungjawab semua guru KH. Semua guru KH memberikan kerjasama semasa 5 4 3 2 1 menguruskan bengkel KH 5.

9. Peruntukan perkapita pelajar yang berlebihan digunakan untuk menguruskan keperluan bengkel KHB dan 4 3 2 1 13 5 4 3 2 1 14 15 dibincangkan dalam mesyuarat. Saya selalu menyemak rekod stok bekalan dan alatan 5 pada setiap hujung tahun. saya diberikan penerangan 5 yang jelas mengenai tatacara pengurusan bengkel Semasa mesyuarat Panatia. Rekod penyelenggaraan bengkel KH di sekolah saya 5 lengkap dan sentiasa dikemaskini.5 guru yang ingin menggunakan bengkel KH Panatia Kemahiran Hidup sekolah anda menyediakan 5 jadual pemantauan bengkel KH Saya yakin melalui pemantauan pihak tertentu 5 SS 4 4 4 S 3 3 3 TP 2 2 2 TS 1 1 1 STS 1 1 1 1 memudahkan saya melakukan kerja-kerja amali Item PERNYATAAN Saya mengisi borang permohonan penyediaan alatan dan 20 5 5 4 4 4 4 3 3 3 3 2 2 2 2 21 22 23 bahan 5 hari sebelum tarikh digunakan Rekod penggunaan bengkel KH dipatuhi oleh guru-guru KHB yang lain. Pihak pentadbir kerapkali memantau perkembangan 5 pengurusan bengkel KH pendekatan kolarboratif. 10 Semasa mesyuarat Panatia. Hasil daripada pemantauan pihak PPD dan JPN mereka 5 berpuashati dengan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup di sekolah saya 4 4 3 3 2 2 1 1 16 4 3 2 1 17 18 19 Jadual penggunaan bengkel selalu dipantau oleh guru. 37 . Pihak JPN ada menghantar wakilnya ke sekolah saya bagi 5 memantau perkembangan pengurusan bengkel KHB pendekatan kolaboratif sekurang-kurangnya setahun sekali. saya diberikan tugas untuk 5 menguruskan bengkel tertentu dan saya melaksanakannya dengan jujur Sekolah saya ada mengadakan mesyuarat yang kerap 4 4 3 3 2 2 1 1 11 5 4 3 2 1 bagi membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan 12 bengkel KH Mengadakan mesyuarat yang kerap memberikan kesan 5 yang baik terhadap perlaksanaan pengurusan bengkel KHB.

24 Di bengkel KH sekolah saya mempunyai 5 jenis buku rekod penyelenggaraan 5 4 3 2 1 BAHAGIAN B : MAKLUMAT PELAJAR Sila baca penyataan berikut dengan teliti dan bulatkan pada petak yang disediakan mengikut tahap persetujuan yang sesuai dengan diri anda sepertimana berikut :1. Setuju (S) 3. Sangat Tidak Setuju (STS) 5 4 3 3 2 1 38 . Tidak pasti (TP) 4. Tidak Setuju (TS) 5. Sangat Setuju (SS) 2.

dan carta keselamatan. Guru mengemas dan membersihkan bengkel setelah anda selesai menggunakan bengkel Kemahiran Hidup 2. Sekolah saya ada mengadakan menyuarat dengan SS 5 S 4 TP TS STS 3 2 1 5 5 5 5 4 4 4 4 3 3 3 3 2 2 2 2 1 1 1 1 6. nota subjek. Guru melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan bengkel KH Saya berpuas hati melihat guru melaksanakan tugas mereka semasa berada di bengkel KH. 3.Item PENYATAAN 1. 5. Semua guru KH yang lain memberikan kerjasama semasa menguruskan bengkel KH Pihak pentadbir sekolah saya sentiasa memberi kerjasama dengan pihak pengurusan dalam menguruskan bengkel KH. Guru berupaya menyediakan segala keperluan di dalam bengkel yang ditugaskan seperti alatan. 5 4 3 2 1 pelajar bagi membincangkan hal-hal berkenaan 8. 5 4 3 2 1 7. pengurusan bengkel KH Saya yakin melalui bengkel yang bersih dan teratur serta peralatan yang lengkap memudahkan saya melakukan kerja-kerja amali 5 4 3 2 1 39 . 4.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->