You are on page 1of 22

Konsep profesion Sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang

mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur,

dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas

serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Aspek Guru
Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan
FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh
dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga
bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator,
iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.

Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi


murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya
ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses
pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat
terhadap pelajaran itu.

Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara
seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan
(role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.

Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah
bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua,
langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya
murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang
menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkah-
langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu
rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan dan
alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan
baik akan membawa faedah yang besar kepada murid-murid.

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar.
Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid
untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi.
Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan
penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta,
gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang
disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi
konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan
menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain.

Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti


sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya
dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh
manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.

Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu
dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang
akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

Sebagai  seorang pendidik yang berada di barisan paling hadapan dalam

merealisasikan hasrat Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan,  kita

semestinya sentiasa memastikan bahawa ciri-ciri guru berkualiti yang ada pada

diri kita akan kekal selagi kita masih bergelar sebagai seorang guru.    Ini adalah

kerana guru berkualiti adalah elemen utama yang akan dapat memartabatkan

profesion keguruan.  Usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah

terletak pada guru sendiri.   Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil
bagi menjamin diri kita kekal berkualiti sepanjang masa dalam usaha untuk

memartabatkan profesion keguruan :

    4.1   Sentiasa menghayati FPN sebagai panduan dalam menjalankan tugas. 

         

Falsafah Pendidikan Negara(FPN)

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan.  Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.”

Kepercayaan dan
Kepatuhan kepada
Tuhan
Tanggungjawab
dan sumbangan
kepada Masyarakat
Ilmu Pengetahuan
dan
Akhlak Mulia
Insan yang
Seimbang
dan
Harmonis
INTELEK
ROHANI
EMOSI
JASMANI
Falsafah Pendidikan Yang Perpaksikan Ketuhanan
 
 

     Lihat pula petikan di bawah:

“ ……………. Guru merupakan golongan yang barada

di barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin

untuk memastikan hasrat ini menjadi kenyataan.  

Segala  ini bermaksud, jika cabaran globalisasi

menuntut agar rakyat Malaysia menjadi lebih

berpengalaman , lebih berkemahiran, lebih

berdisiplin dan lebih mengutamakan

kualiti maka tuntutan terhadap golongan guru

sebagai golongan yang berada di barisan hadapan

jauh lebih hebat.’ (Sedutan Perutusan Menteri

Pelajaran Malaysia Sempena Hari Guru 2005)

Daripada sedutan ucapan di atas, dapatlah difahamkan bahawa untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani sebagaimana yang digariskan di dalam FPN,  kita bukan sahaja

perlu terlebih dahulu  memiliki ciri-ciri   yang seimbang dan harmonis dalam

keempat-empat keperluan  tersebut, malah lebih ke hadapan daripada itu.   Kita


mestilah memastikan keempat-empat keperluan iaitu intelek, rohani, fizikal dan

emosi yang ada pada diri kita sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmonis..

4.1.1   Intelek

  4.1.1.1 Menanamkan sifat ingin tahu.

                Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya kita 

menanamkan sikap ingin tahu.  Sifat ingin tahu akan mendorong

kita  mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang

sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun

kaedah mengajar.

4.1.1.2      Minat suka membaca.   

Kegemaran membaca  membolehkan kita sentiasa menambah pelbagai

ilmu pengetahuan .  Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang

memberi keyakinan kepada kita untuk menyampaikam pengajaran

dengan berkesan.   Di samping itu, sikap suka membaca dapat

membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil.

Oleh itu,  sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti

professional kita.

4.1.1.3   Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT.

Perkembangan sains dan teknolgi  menyebakan teknologi maklumat

mengalami perubahan dari masa ke semasa.   Untuk kekal sebagai

guru  berkualiti,   kita hendaklah berusaha untuk sentiasa


menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran .

Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa menegemaskini kemahiran

menggunakan komputer dengan menghadiri kursus- kursus IT  dan

juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan   guru 

yang lebih mahir dalam bidang ini.   Kebolehan ini membolehkan  

kita mengajar    menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai

mutu yang setinggi-tingginya.

4.1.1.4     Mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris.  Penggunaan

bahasa inggeris yang semakin meluas pada masa kini  memerlukan

kita untuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran

penggunaan bahasa ini..   Penggubalan semula KBSR dan KBSM

untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa

Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan

bahasa inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. Untuk

sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris kita perlu selalu

menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi  dengan rakan

sekerja dan para pelajar.

4.1.1.5      Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi

              Kualiti  Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap

profesionalisme guru kerana mengajar merupakan “core business”

guru terhadap pelajar.   Oleh itu, kita semestinya menguasai


pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir.  Di

antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran

behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran

Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran

Konstruktivis.   Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang

dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti

yang dijangkakan.  Di antara model-model pengajaran yang perlu

diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository,

Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri ,

Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri.    Penggunaan

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat

pelajar untuk  belajar akan mendatangkan hasil yang sangat

memuaskan.

4.1.2      Rohani

4.1.2.1  Kita mestilah sentiasa menonjolkan tingkah laku yang dan

sahsiah yang baik  kerana guru adalah menjadi contoh  teladan

kepada pelajar-pelajar .Oleh itu, sebagai seorang guru                 yang

ingin kekal berkualiti, kita perlu mematuhi Kod Etika Perkhidmatan 

Awam . Berikut adalah Prinsip-prinsip utama Etika Kerja  

Perkhidmatan Awam yang perlu saya patuhi

                                     i.        Memanifestasi keyakinan

ii.                Berasaskan Keimanan


iii.              Memelihara Prinsip Kesepaduan

iv.              Adil dan saksama

v.                Memelihara martabat pekerja

vi.              Menepati larangan dan suruhan

vii.             Ukuran Kecemerlangan

viii.           Mesyuarat dan Muafakat

ix.              Ikhlas

x.                Menghayati mertabat Kerja

xi.              Menepati Masa

   

             Selain daripada Kod Etika Perkhidmatan Awam, kita juga mestilah

sentiasa merujuk kepada   Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan 

sebagai panduan dalam menjalankan  tugas .    Perkara-perkara yang

terkandung di dalam Etika Profesion Keguruan. ialah :

i.                 Tanggungjawab terhadap pelajar

Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar kita mesti bersikap 

adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,agama, politik,

dan lain-lain.  Kita perlu  lebih mengutamakan kebajikan pelajar

daripada hal-hal lain dan membimbing  pelajar di bilik darjah tanpa

mengambil bayaran.  Di samping itu, kita mesti menunjukkan  contoh

berpakaian , pertututuran dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh

oleh pelajar.  Selain daripada itu kita hendaklah memelihara dan


meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau

seminar  supaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-

tingginya.

ii.              Tanggungjawab terhadap ibubapa

Kita perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan

menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak

mereka.    Sentiasalah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra

dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah

tangga.    Di samping itu, kita mestilah sentiasa menganggap

maklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan

rumahtangga  mereka sebagai sulit dan tidak membocorkan rahsia

kecuali kepada orang yang berkenaan.    Sekiranya diminta, kita akan

memberikan maklumat  berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka.  

Akhir sekali, kita sepatutnya sedaya upaya cuba untuk mengelak

daripada dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial  ibubapa

pelajar dalam membuat sebarang keputusan dan juga daripada

mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan kepercayaan pelajar

terhadap ibu bapa mereka.

iii.            Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara


Kita perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab 

terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran

yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau

negara, ataupun  yang bertentangan dengan Rukun Negara.    Kita

juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap

pelajar yang dapat  membimbing mereka menjadi warganegara yang

setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan

kebudayaan, keturunan dan agama.  Di samping itu hormatilah

masyarakat tempat kita berkhoidmat dan memenuhi tanggungjawab

sebagai ahli masyarakat… Seterusnya, kita juga perlu menggalakkan

kerjasama  di antara guru derngan ibubapa  dan masyarakat, serta

mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

iv.             Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan

profesion keguruan

Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat  dan profesion

keguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan

yang boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau

ibibapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan  martabat seorang guru. 

Kita juga tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapan kami

sebagai guru , contohnya berniaga di waktu perskolahan.  Di samping itu kita

juga berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-

sungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.  Seterusnya kita perlu
sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutananya mereka yang baru

menjjadi seorang guru.  Akhir sekali, kita perlu menjadi ahli bagi sebuah

perubuhan guru.             

                      

4.1.2.2      Dari sudut keagamaan pula, kita hendaklah sentiasa sedar bahawa kita

adalah bertanggungjjawab penuh ke atas perbuatan kita.   Perbuatan

kita pada hari ini akan dipersoal di hari kemudian sekiranya kita tidak

menjalankan tugas dengan baik.   Dengan kesedaran ini kita akan

dapat  menjalankan tugas deangan penuh tanggungjawab dan

berkesan. Kesedaran ini perlu diiringi dengan usaha untuk mengikuti

dan maengamalkan ajaran agama  dengan baik.

Kita juga perlu sering berpandukan kepada  aspek keagamaan dalam

setiap tindakan yang diambil untuk mendidik para pelajar.  Bagi

memastikan kita akan kekal berkualiti, hendaklah sentiasa merujuk

kepada Etika Kerja Islam sebagai panduan.  Di antara perkara-

perkara yang tersenarai dalam Etika Kerja Islam ini ialah :

4.1.3    Jasmani

4.1.3.1 Sentiasa menjaga kesihatan diri

            Kesihatan yang baik  adalah penting agar dapat menjalankan

tugas sebagai  guru  yang berkualiti  sehingga tamat tempoh 

perkhidmatan.   Kita hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat 

bagi mengekalkan kesihatan yang baik.   Tubuh badan yang sihat


tanpa penyakit  memberi kelebihan kepada kita untuk berkhidmat 

dengan bertanggungjawab dan berkesan.   Di antara aktiviti yang

perlu dibuat   untuk   mengekalkan kesihatan ialah berjoging dan

bersukan.   Kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat.   

Tubuh badan yang sihat dan cergas  akan menghasilkan individu

yang tajam pemikirannya dan ini akan membantu guru dalam

menjalankan tugas dengan berkesan.

4.1.3.2      Menonjolkan penampilan diri yang baik

                Sebagai seorang guru, kita sentiasa diperhatikan oleh anak didik

untuk dijadikan contoh tauladan.    Cara berpakaian,  gaya tutur kata 

dan tingkah laku kita mestilah menampakkan ketrampilan dan

kewibawaan  kita sebagai seorang guru yang berkualiti.    Oleh sebab

itu, kita perlu sentiasa berpakaian kemas bagi mengekalkan  imej saya

sebagai seorang guru yang berkualiti.    Kita juga mesti sentiasa

menjaga tutur kata dan tingkah laku agar menjadi contoh yang baik

kepada pelajar.   Renungkan petikan di bawah:

  “  Guru-guru perlu menyampaikan ilmu

pengetahuan      secara berkesan, menjadi

pembimbibing yang dihormati an memastikan


diri masing-masing dapat dijadikan contoh

kepada pelajar.  Oleh itu, pada setiap masa,

para guru sakalian     hendaklah menampilkan

watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan

berwawasan sebagai pendidik yang unggul.”

                    ( ucapan perutusan Hari Gur u 1999 yang dibuat oleh

                     Ketua  Pengarah Pelajaran pada masa itu,Dato’ Dr.

                     Abdul Shukor Abdullah)

4.1.4   Emosi

          Guru yang hanya dilengkapi dengan ilmu berasaskan akal dan akademik

tanpa

          disokong pengurusan emosi  dan spiritual  belum boleh dianggap sebagai

guru

          berkualiti.  Guru tanpa kestabilan emosi tidak akan  mampu untuk

merealisasikan

matlamat Falsafah Pendidikan Negara.   Oleh itu,  kita sebagai seorang

guru          yang berkualiti perlu untuk sentiasa mengekalkan kestabilan

emosi agar kita dapat menjamin diri kita kekal sebagai guru berkualiti,

seterusnya dapat mendidik pelajar-pelajar agar menjadi insan yang

seimbang dan harmonis.   Salah satu cara untuk mengekalkan kestabilan

emosi kita sepanjang berkhidmat sebagai guru ialah dengan:

    
4.1.4.1   Mengamalkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan .  

           Ini memerlukan kita untuk sentiasa merujuk kepada Nilai-nilai Murni

            

4.2         Bersikap Akauntabiliti

Sebagai seorang guru berkualiti kita mestilah memiliki sikap akauntibiliti

yang tinggi iaitu:

4.2.1   Akauntabiliti terhadap negara

Kita  mestilah menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat

Falsafah pendidikan negara,  memupuk nilai dan sikap yang murni ke

dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi

warganegara berguna, serta mengambil bahagian secara cergas dalam

kegiatan kemasyarakatan.

   

4.2.2   Akauntabiliti terhadap profesion keguruan

Kita hendaklah membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan

dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya isi

dan ilmu pengetahuan  bagi mata pelajaran yang diajar, sentiasa

berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja dengan menyertai seminar

pendidikan, dan

menghadiri kusus dalam perkhidmatan, merancang dan melaksanakan

strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran

yang maksimum.

 
 

4.2.3   Akauntabiliti terhadap pelajar dan ibubapa

Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam

bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta

menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan.   Utamakan kebajikan , kemajuan dan keselamatan

pelajar daripada hal-hal lain.    Kita juga mestilah bersikap adil

terhadap setiap pelajar  di samping membimbing  mereka tanpa

meminta sebarang bayaran atau ganjaran. Akhir sekali kita juga

perlu  mmberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas,

berbudi bahasa dan lain-lain.

4.2.4   Akauntabiliti terhadap diri sendiri

Kita hendaklah sentiasa  menjaga kesihatan badan supaya dapat

menjalankan tugas dengan sempurna, serta mengawal emosi

sendiri supaya membawa ketenangan jiwa dan ketenteraman jiwa. 

Kita juga mestilah mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana

supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan.   Di

samping itu,kita juga perlu  melengkapkan diri dengan ilmu

pengetahuan melalui pembacaan yang meluas dan peka kepada

peristiwa yang berlaku disekeliling.  Seterusnya  kita hendaklah

melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanafaat

bertujuan untuk mengisi masa lapang secara berfaedah.


4.3       Mahasabah diri

Dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru,  kita perlu untuk dari masa

ke semasa  melakukan mahasabah terhadap diri sendiri agar sentiasa kekal

sebagai guru berkualiti.   Bermahasabah secara jujur terhadap diri sendiri

adalah perlu dalam memastikan kita akan sentiasa mengamalkan ciri-ciri

seorang guru yang berkualiti.  

2.2 Profesion Keguruan

Menurut Kamus Dewan ‘profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang

memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan

khas (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).

Menurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan

sebagai   ‘Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang

mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur,

dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai otonomi bertugas

serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya’.

Bidang keguruan  dianggap sebagai suatu profesion kerana sebelum menjadi

seorang guru, dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru
bertauliah.  Sebagai contoh, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan 

atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh

mengajar di mana-mana sekolah kerajaan.  Di samping itu seorang guru

mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang

hendak diajarnya.  Profesion perguruan juga memerlukan seseorang yang

mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dicontohi oleh murid.   Sahsiah dan ciri-

ciri kualiti peribadi yang terpuji  ini tercatat di dalam Kod Etika dan Tatasusila

Profesion Keguruan.

PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN

 
Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahwa seorang guru mempunyai tiga tugas penting iaitu
tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Jika dikaitkan
pembahasan tentang kebudayaan, maka tugas pertama berkaitan dengar logika dan estetika,
tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika.
 
Tugas-tugas profesional dari seorang guru yaitu meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan,
keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum diketahui anak dan seharusnya
diketahui oleh anak.
 
Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas
utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah
transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri.
 
Usaha membantu kearah ini seharusnya diberikan dalam rangka pengertian bahwa manusia
hidup dalam satu unit organik dalam keseluruhan integralitasnya seperti yang telah
digambarkan di atas. Hal ini berarti bahwa tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara
menyeluruh dan terpadu. Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak
didik untuk mengembangkan daya berpikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga mampu
untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi
perbaikan hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di mana dia hidup.
 
Tugas kemasyarakatan merupakan konsekuensi guru sebagai warga negara yang baik, turut
mengemban dan melaksanakan apa-apa yang telah digariskan oleh bangsa dan negara lewat
UUD 1945 dan GBHN.
 
Ketiga tugas guru itu harus dilaksanakan secara bersama-sama dalam kesatuan organis
harmonis dan dinamis. Seorang guru tidak hanya mengajar di dalam kelas saja tetapi seorang
guru harus mampu menjadi katalisator, motivator dan dinamisator pembangunan tempat di
mana ia bertempat tinggal.
 
Ketiga tugas ini jika dipandang dari segi anak didik maka guru harus memberikan nilai-nilai
yang berisi pengetahuan masa lalu, masa sekarang dan masa yang akan datang, pilihan nilai
hidup dan praktek-praktek komunikasi. Pengetahuan yang kita berikan kepada anak didik harus
mampu membuat anak didik itu pada akhimya mampu memilih nilai-nilai hidup yang semakin
komplek dan harus mampu membuat anak didik berkomunikasi dengan sesamanya di dalam
masyarakat, oleh karena anak didik ini tidak akan hidup mengasingkan diri. Kita mengetahui
cara manusia berkomunikasi dengan orang lain tidak hanya melalui bahasa tetapi dapat juga
melalui gerak, berupa tari-tarian, melalui suara (lagu, nyanyian), dapat melalui warna dan garis-
garis (lukisan-lukisan), melalui bentuk berupa ukiran, atau melalui simbul-simbul dan tanda
tanda yang biasanya disebut rumus-rumus.
 
Jadi nilai-nilai yang diteruskan oleh guru atau tenaga kependidikan dalam rangka
melaksanakan tugasnya, tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan,
apabila diutarakan sekaligus merupakan pengetahuan, pilihan hidup dan praktek komunikasi.
Jadi walaupun pengutaraannya berbeda namanya, oleh karena dipandang dari sudut guru dan
dan sudut siswa, namun yang diberikan itu adalah nilai yang sama, maka pendidikan tenaga
kependidikan pada umumnya dan guru pada khususnya sebagai pembinaan prajabatan, bertitik
berat sekaligus dan sama beratnya pada tiga hal, yaitu melatih mahasiswa, calon guru atau
calon tenaga kependidikan untuk mampu menjadi guru atau tenaga kependidikan yang baik,
khususnya dalam hal ini untuk mampu bagi yang bersangkutan untuk melaksanakan tugas
profesional. 
 
Selanjutnya, pembinaan prajabatan melalui pendidikan guru ini harus mampu mendidik
mahasiswa calon guru atau calon tenaga kependidikan untuk menjadi manusia, person (pribadi)
dan tidak hanya menjadi teachers (pengajar) atau (pendidik) educator, dan orang ini kita didik
untuk menjadi manusia dalam artian menjadi makhluk yang berbudaya. Sebab kebudayaanlah
yang membedakan makhluk manusia dengan makhluk hewan. Kita tidak dapat mengatakan
bahwa hewan berbudaya, tetapi kita dapat mengatakan bahwa makhluk manusia adalah
berbudaya, artinya di sini jelas kalau yang pertama yaitu training menyiapkan orang itu menjadi
guru, membuatnya menjadi terpelajar, aspek yang kedua mendidiknya menjadi manusia yang
berbudaya, sebab sesudah terpelajar tidak dengan sendininya orang menjadi berbudaya, sebab
seorang yang dididik dengan baik tidak dengan sendininya menjadi manusia yang berbudaya. 
 
Memang lebih mudah membuat manusia itu berbudaya kalau ia terdidik atau terpelajar, akan
tetapi orang yang terdidik dan terpelajar tidak dengan sendirinya berbudaya. Maka mengingat
pendidikan ini sebagai pembinaan pra jabatan yaitu di satu pihak mempersiapkan mereka untuk
menjadi guru dan di lain pihak membuat mereka menjadi manusia dalam artian manusia
berbudaya, kiranya perlu dikemukakan mengapa guru itu harus menjadi rnanusia berbudaya.
Oleh kanena pendidikan merupakan bagian dari kebudayaan; jadi pendidikan dapat berfungsi
melaksanakan hakikat sebagai bagian dari kebudayaan kalau yang melaksanakannya juga
berbudaya. Untuk menyiapkan guru yang juga manusia berbudaya ini tergantung 3 elemen
pokok yaitu :
1. Orang yang disiapkan menjadi guru ini melalui prajabatan (initial training) harus mampu
menguasai satu atau beberapa disiplin ilmu yang akan diajarkannya di sekolah melalui
jalur pendidikan, paling tidak pendidikan formal. Tidak mungkin seseorang dapat dianggap
sebagai guru atau tenaga kependidikan yang baik di satu bidang pengetahuan kalau dia
tidak menguasai pengetahuan itu dengan baik. Ini bukan berarti bahwa seseorang yang
menguasai ilmu pengetahuan dengan baik dapat menjadi guru yang baik, oleh karena biar
bagaimanapun mengajar adalah seni. Tetapi sebaliknya biar bagaimanapun mahirnya
orang menguasai seni mengajar (art of teaching), selama ia tidak punya sesuatu yang
akan diajarkannya tentu ia tidak akan pantas dianggap menjadi guru.
 
2. Guru tidak hanya harus menguasai satu atau beberapa disiplin keilmuan yang harus
dapat diajarkannya, ia harus juga mendapat pendidikan kebudayaan yang mendasar untuk
aspek manusiawinya. Jadi di samping membiasakan mereka untuk mampu menguasai
pengetahuan yang dalam, juga membantu mereka untuk dapat menguasai satu dasar
kebudayaan yang kuat. Jadi bagi guru-guru juga perlu diberikan dasar pendidikan umum.
 
3. Pendidikan terhadap guru atau tenaga kependidikan dalam dirinya seharusnya
merupakan satu pengantar intelektual dan praktis kearah karir pendidikan yang dalam
dirinya (secara ideal kita harus mampu melaksanakannya) meliputi pemagangan.
Mengapa perlu pemagangan, karena mengajar seperti juga pekerjaan dokter adalah seni.
Sehingga ada istilah yang populer di dalam masyarakat tentang dokter yang bertangan
dingin dan dokter yang bertangan panas, padahal ilmu yang diberikan sama. Oleh karena
mengajar dan pekerjaan dokter merupakan art (kiat), maka diperlukan pemagangan.
Karena art tidak dapat diajarkan adalah teknik mengajar, teknik untuk kedokteran. Segala
sesuatu yang kita anggap kiat, begitu dapat diajarkan diakalau menjadi teknik. Akan tetapi
kalau kiat ini tidak dapat diajarkan bukan berarti tidak dapat dipelajari. Untuk ini orang
harus aktif mempelajarinya dan mempelajari kiat ini harus melalui pemagangan dengan
jalan memperhatikan orang itu berhasil dan mengapa orang lain tidak berhasil, mengapa
yang satu lebih berhasil, mengapa yang lain kurang berhasil.

PERANAN GURU
 
WF Connell (1972) membedakan tujuh peran seorang guru yaitu (1) pendidik (nurturer), (2)
model, (3) pengajar dan pembimbing, (4) pelajar (learner), (5) komunikator terhadap
masyarakat setempat, (6) pekerja administrasi, serta (7) kesetiaan terhadap lembaga.
 
Peran guru sebagai pendidik (nurturer) merupakan peran-peran yang berkaitan dengan tugas-
tugas memberi bantuan dan dorongan (supporter), tugas-tugas pengawasan dan pembinaan
(supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan anak agar anak itu
menjadi patuh terhadap aturan-aturan sekolah dan norma hidup dalam keluarga dan
masyarakat. Tugas-tugas ini berkaitan dengan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan
anak untuk memperoleh pengalaman-pengalaman lebih lanjut seperti penggunaan kesehatan
jasmani, bebas dari orang tua, dan orang dewasa yang lain, moralitas tanggungjawab
kemasyarakatan, pengetahuan dan keterampilan dasar, persiapan.untuk perkawinan dan hidup
berkeluarga, pemilihan jabatan, dan hal-hal yang bersifat personal dan spiritual. Oleh karena itu
tugas guru dapat disebut pendidik dan pemeliharaan anak. Guru sebagai penanggung jawab
pendisiplinan anak harus mengontrol setiap aktivitas anak-anak agar tingkat laku anak tidak
menyimpang dengan norma-norma yang ada.
 
Peran guru sebagai model atau contoh bagi anak. Setiap anak mengharapkan guru mereka
dapat menjadi contoh atau model baginya. Oleh karena itu tingkah laku pendidik baik guru,
orang tua atau tokoh-tokoh masyarakat harus sesuai dengan norma-norma yang dianut oleh
masyarakat, bangsa dan negara. Karena nilai nilai dasar negara dan bangsa Indonesia adalah
Pancasila, maka tingkah laku pendidik harus selalu diresapi oleh nilai-nilai Pancasila.
 
Peranan guru sebagai pengajar dan pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru harus
memberikan pengetahuan, keterampilan dan pengalaman lain di luar fungsi sekolah seperti
persiapan perkawinan dan kehidupan keluarga, hasil belajar yang berupa tingkah laku pribadi
dan spiritual dan memilih pekerjaan di masyarakat, hasil belajar yang berkaitan dengan
tanggurfg jawab sosial tingkah laku sosial anak. Kurikulum harus berisi hal-hal tersebut di atas
sehingga anak memiliki pribadi yang sesuai dengan nilai-nilai hidup yang dianut oleh bangsa
dan negaranya, mempunyai pengetahuan dan keterampilan dasar untuk hidup dalam
masyarakat dan pengetahuan untuk mengembangkan kemampuannya lebih lanjut.
 
Peran guru sebagai pelajar (leamer). Seorang guru dituntut untuk selalu menambah
pengetahuan dan keterampilan agar supaya pengetahuan dan keterampilan yang dirnilikinya
tidak ketinggalan jaman. Pengetahuan dan keterampilan yang dikuasai tidak hanya terbatas
pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan tugas profesional, tetapi juga tugas
kemasyarakatan maupun tugas kemanusiaan.
 
Peran guru sebagai setiawan dalam lembaga pendidikan. Seorang guru diharapkan dapat
membantu kawannya yang memerlukan bantuan dalam mengembangkan kemampuannya.
Bantuan dapat secara langsung melalui pertemuan-pertemuan resmi maupun pertemuan
insidental.
 
Peranan guru sebagai komunikator pembangunan masyarakat. Seorang guru diharapkan dapat
berperan aktif dalam pembangunan di segala bidang yang sedang dilakukan. Ia dapat
mengembangkan kemampuannya pada bidang-bidang dikuasainya.
 
Guru sebagai pentadbir. Seorang guru tidak hanya sebagai pendidik dan pengajar, tetapi juga
sebagai pentadbir dalam bidang pendidikan dan pengajaran. Oleh kerana itu seorang guru
dituntut bekerja secara pentadbiran yang teratur. Segala pelaksanaan dalam kaitannya proses
belajar mengajar perlu ditadbir secara baik. Sebab administrasi yang dikerjakan seperti
membuat rencana mengajar, mencatat hasil belajar dan sebagainya merupakan dokumen yang
berharga bahwa ia telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
 

You might also like