You are on page 1of 5

Kepentingan membaca.

Tidak ada sesiapa menafikan peri pentingnya aktiviti membaca di dalam kehidupan. Membaca
menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara.
Dikatakan bahawa betapa kuat pun sistem ketenteraan atau sistem ekonomi sesebuah negara,
pasti akan tumbang jua akhirnya jika tidak didasari oleh ketinggian ilmu pengetahuan. Di
peringkat awal, sudah tentu ilmu pengetahuan diperoleh melalui proses pembacaan.

Menyedari akan hal ini, pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil daya
usaha untuk memperkenalkan Program NILAM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998:
Program Membina Tabiat Membaca. Arahan tersebut menghendaki setiap sekolah melaksanakan
Program Galakan Membaca NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) secara terancang dan
teratur.

Di peringkat sekolah, telah terbukti bahawa amalan dan tabiat membaca di kalangan pelajar telah
melahirkan individu yang menyerlah dalam pelbagai aspek. Kecemerlangan mereka tidak khusus
kepada bidang akademik sahaja, malah memberi kesan langsung terhadap keterampilan, peribadi
mulia, sahsiah dan tingkah laku. Pada ketika sama, sekolah yang memberi keutamaan terhadap
aspek pembacaan di kalangan pelajarnya turut meraih kecemerlangan.

Tidak hairanlah pihak Kementerian Dalam Negeri juga turut mengambil pendekatan yang sama
apabila mewajibkan semua kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pelatih Pusat
Serenti mengikuti Kempen Galakan Membaca melalui Pekeliling Pentadbiran
AADK/KP/2/2008: Pekeliling Kempen Galakan Membaca Agensi Antidadah Kebangsaan. Apa
yang diharapkan, melalui program membaca pegawai AADK akan lebih berwibawa di dalam
menjalankan tugas mereka serta memberikan maklumat dan keyakinan kepada pelatih Pusat
Serenti apabila kembali berhadapan dengan masyarakat.

Terbaharu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan arahan kaedah latihan
secara pembacaan menggantikan hari berkursus. Surat ini menghendaki setiap penjawat awam
mempertingkatkan kemahiran mereka melalui pembacaan buku. Setiap pegawai dan kakitangan
dikehendaki membaca, merekod dan mempersembahkan dapatan mereka. Pemilihan buku perlu
ada hubung-kaitnya dengan bidang tugas sedia ada. Program membaca buku ini bertujuan
memenuhi dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari kursus dalam setahun bagi setiap kakitangan
kerajaan.
Meningkatkan Mutu Pembacaan MOTIVASI, Teknik Belajar dan
Strategi Menghadapi
Teknik Membaca Berkesan Peperiksaan
Oleh Taidin Suhaimin

Petikan Kata-Kata Motivasi Belajar:

"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang


tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar
dalam peperiksaan." - (Gall & Rakan-Rakan, Tools for
Learning).

Pengenalan
Artikel ini menjelaskan kepentingan, pengertian, tujuan,
bagaimana anda boleh meningkatkan mutu pembacaan,
kualiti pembaca yang baik serta bagaimana pembacaan
yang luas dan banyak boleh membawa kejayaan kepada
anda.

Pengertian & Kepentingan Membaca


Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses
pembelajaran. Oleh kerana itu, bagi setiap mata pelajaran
terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara
kita telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku
teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan
bacaan dan rujukan utama. 

Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua


pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu
proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak
dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. -
Kamus Dewan Edisi Baru, (1991).

Oleh itu, penekanan utama dalam proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah
kefahaman yang mantap. Dan, oleh kerana membaca adalah suatu proses komunikasi,
pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan,
persepsi serta perasaannya - terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami
serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat pada apa yang dibaca.

Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran anda
menjadi sukar, malah minat anda untuk membaca juga boleh terturun atau menurun.
Namun, sekiranya anda mahir dan cekap membaca, proses pembelajaran anda bukan
sahaja akan menjadi lebih lancar, malah, anda akan lebih pantas pula faham serta
mengingati fakta-fakta penting dari bahan yang anda baca itu. Ini secara tidak langsung
pula akan meningkatkan lagi minat anda untuk membaca dan membaca. Anda juga akan
dapat menjimatkan masa anda serta membuat lebih banyak aktiviti pembelajaran. 
TEKNIK MEMBACA BERKESAN

Teknik Membaca PQRST 


Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen
Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In
Every Class". 

Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)


Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan
memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses
meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting
pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang
kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang
atau diutarakan pada buku tersebut. 
(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai
soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi,
bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu
pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda
akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang
tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca. 
(c) Read (Baca)
Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk
itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan
jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang
aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan.
Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses
pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri) 
MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab
atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta
kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang
anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara
serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah
idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah
anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang
anda.

Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan
dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses
pembacaan serta pengingatan anda.

Membaca Dengan Berkesan:  Panduan Umum 


Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca
Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda
sedang baca.

Fahami Dahulu Baru Hafal


Tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama
bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda
faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-
isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca.
Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan
belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca
seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan
anda. 

Perkataan yang Anda Tidak Mengerti


Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda
membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu
penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses
pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak
fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya. 

Perbendaharaan Kata
Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke
dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat
yang sesuai bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam
karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat
memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian
mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja
bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang
terkandung dalam buku itu.

Gambar Rajah
Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam
buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu
dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih
mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".

KUALITI-KUALITI PEMBACA YANG BAIK

Pembaca yang baik adalah yang:

 Memahami hakikat keharusan atau kepentingan membaca.


 Memastikan semua bacaan yang dibacanya, difahami dengan sepenuhnya. 
 Boleh mengulas kembali buku yang dibaca dengan terperinci dan mampu
merealisasikan apa yang difahami ke dalam kehidupan sehariannya. 

Peringatan

 Anda mestilah membaca buku berkaitan mata pelajaran yang anda akan pelajari
sebelum ianya diajar oleh guru di kelas.
 Sewaktu membaca, garis atau catat isi-isi pentingnya.
 Sediakan soalan-soalan jika perlu. 

Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup. Manusia
yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.

You might also like