You are on page 1of 1

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO BM

FADHIRUL BIN ANUAR

G4.7

Bagi seorang guru, pengajaran mikro merupakan perkara biasa bagi mereka
kerana mereka pernah mengalaminya semasa mengikuti kursus perguruan di universiti
atau di institusi perguruan. Bagi bakal guru pula, mereka akan mengalaminya sebelum
mereka keluar membuat latihan mengajar. Melalui pengajaran mikro, saya didedahkan
dengan pengajaran seolah-olah di dalam bilik darjah dan saya akan mengetahui
kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan saya melalui komen yang dibuat oleh
pensyarah ataupun rakan sekelas saya. Disamping itu saya berpeluang menonton hasil
pengajaran saya melalui rakaman yang dibuat oleh rakan-rakan saya sendiri untuk
menilai pengajaran saya dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya.
Pengajaran mikro amat penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan setiap
bahagian pengajaran supaya dapat diperbaiki lebih awal. Sebagai seorang yang masih
belajar untuk menjadi seorang guru kelak, pengalaman saya dalam mengendalikan sesi
pengajaran dalam kelas begitu cetek, bahkan mungkin tiada langsung. Justeru, inilah
yang menjadi penyumbang paling besar kepada masalah utama menyebabkan saya
tidak mampu menyampaikan pengajaran mikro dengan baik. Walaupun mengikut
pengalaman yang lepas, sesi pembentangan adalah sesuatu yang amat saya gemari,
kerana bagi saya, sesi pembentangan adalah platform yang terbaik bagi seorang bakal
guru untuk membina kemahiran insaniah yang ada dalam diri mereka, sebagai
persediaan untuk menjadi seorang guru kelak. Mungkin ada yang tertanya-tanya,
mengapa saya menganggap sesi pembentangan itu sebagai suatu yang menarik?
Sebenarnya bagi saya, pada ketika melakukan sesi pembentangan itulah adalah masa
yang saya fikirkan amat bersesuaian untuk dimanfaatkan bagi mengasah kebolehan
saya secara spontan.

You might also like