You are on page 1of 8

Kepentingan seni visual, muzik dan pergerakan

Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan
tuntutan keperluan negara masa kini. Sifat pendidikan tidak statik malah menarik perhatian dan
menuntut perubahan dalam proses penyampaian ilmu. Cabaran negara pada masa kini ialah
membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Menurut Ayob Jantan (2005) cabaran utama yang
dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan adalah melahirkan warganegara yang berdaya tahan,
dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat nasional
dan antarabangsa.
Dalam hal ini, pendidikan yang berkualiti bakal menyumbang inovasi dan produktiviti yang tinggi bagi
menangani cabaran negara dalam arus globalisasi. Selari dengan ini, usaha-usaha memantapkan
sistem penyampaian, menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan memastikan kurikulum
adalah relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara.
Dalam konteks pendidikan yang luas dan menyeluruh, Seni Dalam Pendidikan (SDP) merupakan satu
lagi cabang ilmu ke arah melahirkan generasi pelajar yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing.
Terdapat tiga bidang utama dalam mata pelajaran ini, iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.
Ketiga-tiga bidang ini merupakan alat dan saluran yang penting di dalam usaha meningkatkan
persepsi, estetika dan kreativiti pelajar dalam pembelajaran mereka. Dengan lain perkataan, usaha
untuk melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
berbunyi:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyelruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Justeru, penggabungan ketiga-tiga mata pelajaran ini dalam SDP adalah selaras dengan usaha untuk
melahirkan warga pelajar yang seimbang dan berkualiti. Selain itu, usaha untuk mejadikan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih bermakna serta mencapai tujuannya.

Kepentingan Seni Visual, Muzik Dan Pergerakan

Dalam konteks Seni Dalam Pendidikan (SDP), ketiga-tiga bidang ini mempunyai kelebihan dan unsur
yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada masa kini, ketiga-tiga mata
pelajaran ini merupakan subjek yang diajar di sekolah dan merentasi kurikulum dalam mata pelajaran
lain. Pada pandangan saya, mata pelajaran ini lebih menjurus kepada rasional untuk melahirkan
pelajar yang serba boleh dalam pembelajaran mereka serta kegiatan harian yang berkaitan.
Tambahan pula, ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran ini sangat baik dan wajar dipelajari semua
golongan tidak mengira usia dan latar belakang. Bagi Seni Visual, ianya bukan sahaja dimartabatkan
sebagai subjek yang wajar dipelajari di sekolah tetapi memberi kefahaman daripada perspektif yang
lebih luas mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa. Sebagai seorang guru
seni, saya akan dapat mengetahui makna Pendidikan Seni Visual dalam konteks Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan menjelaskan bidang-bidang yang terkandung di dalamnya.
Fokus untuk menjadikan Pendidikan Seni Visual sebagai mata pelajaran dapat memupuk bakat dan
minat dalam jangka masa panjang supaya memiliki ciri insan yang berbudaya, mempunyai citarasa
seni yang tinggi dan kreatif. Dalam konteks sebagai guru yang mengajar di sekolah, pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain
supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif. Peranan sebagai seorang guru seni yang kreatif dan
inovatif amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berkesan dan
relevan. Setelah mengikut kursus ini kelak, diharap saya akan menjadi lebih berkreativiti bagi
melahirkan insan pelajar yang celik seni dan berbudaya.
Bagi bidang Muzik ianya akan memberi kefahaman berkenaan dengan kemahiran-kemahiran muzik
dan memberi respon kepada ekspresi diri. Pada pandangan saya, bidang muzik dalam pendidikan
dapat memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika
dalam kehidupan. Matlamat akhir pendidikan yang berasaskan muzik mampu mencungkil bakat dan
perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiah. Melalui muzik kita dapat meluahkan perasaan
dan berkarya seperti nyanyian, pergerakan dan memainkan alat muzik sesuai dengan tahap
kemampuan dan minat kita. Oleh itu, sebagai guru muzik saya harus berperanan menjadi pemangkin
kepada para pelajar dengan membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan keatif bagi
menghadapi perubahan-perubahan semasa. Setelah mengikut kursus ini kelak, sewajarnya saya
akan lebih mahir dan yakin dalam mengajar mata pelajaran Muzik di sekolah rendah. Unggapan di
bawah menggambarkan betapa pentingnya peranan saya sebagai guru sebagai penyalur ilmu dan
kemahiran kepada para pelajar.

“As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching –
because education is a constant prosess of change. Every single time you “teach” something to
someone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges”
(Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying, 2005)

Berkenaan dengan bidang pergerakan, ia mampu menjelaskan jenis-jenis pendidikan pergerakan


supaya dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru
keadaan ini akan memberi kefahaman berkenaan dengan unsur-unsur pergerakan yang perlu diajar
kepada pelajar. Di samping itu, kesan positif yang dapat diperolehi daripada bidang ini ialah
perkembangan konsep akademik melalui pengintegrasian konsep bilik darjah dengan program fizikal
pelajar di luar bilik darjah. Keadaan ini memberi ruang kepada pergerakan kreatif untuk
mempertingkatkan proses pengajaran guru. Pendidikan pergerakan mampu memberi kesan positif ke
atas pengajaran guru dalam membentuk keyakinan pelajar dan perkembangan mereka secara
keseluruhannya.
Justeru, ketiga-tiga bidang Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mempunyai kesan yang positif
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bidang-bidang ini mempunyai perkaitan di
antara satu sama lain dalam membentuk suasana pembelajaran yang efisien di sekolah. Kegiatan-
kegiatan yang berkaitan dengan pembelajaran akan terarah kepada satu bentuk penerokaan bidang
baru di samping membina keyakinan pelajar dan guru di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran
adalah proses yang berterusan dan tidak statik selari dengan perubahan-perubahan di sekeliling kita.
Dalam era teknologi moden kini, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran menuntut
profesionalisme guru mendalami inovasi dalam pedagogi bagi memperbaiki serta memperkukuhkan
kapasiti sebagai seorang guru.

Penghubungkaitan

Pengajaran merupakan satu tugas yang penting bagi seseorang guru. Pengajaran bukan sahaja
menyampaikan maklumat sahaja tetapi yang lebih penting ialah membina dan mengembangkan
idealisme hidup yang baik, berhemah dan mendorong seseorang menjadi manusia yang berjaya dan
berjasa.
Dalam proses mencari idea-idea baru dan idealisme pengajaran yang optimum, cabaran seseorang
guru adalah amat getir supaya pengajarannya sentiasa relevan dan tidak kaku dan beku (Abd. Rahim
Abd. Rahsid, 2005). Kaedah penghubungkaitan ibarat ‘isi dan kuku’ ; ‘lagu dan irama, tanpa irama
pincanglah lagu’. Hubungan yang rapat dan saling berkaitan merupakan satu bentuk penyelesaian
masalah bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Bagi menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran secara penghubungkaitan terdapat
beberapa kriteria penting yang perlu dipatuhi, antaranya;
(1) Mempunyai semangat saling bergantungan di kalangan pelajar. Dalam hal ini mereka mempunyai
matlamat yang sama bagi mencapai kejayaan.
(2) Kemahiran sosial untuk berkomunikasi juga sebahagian daripada aspek yang sangat penting.
Proses interaksi sosial memerlukan mereka berhubung dan bekerjasama agar pembelajaran menjadi
lebih aktif dan bermakna.
(3) Kesedaran akuntabiliti pada setiap individu sangat penting. Keadaan ini akan memberi ruang dan
peluang untuk mereka mengenali tanggungjawab masing-masing dalam kumpulan tersebut. Suasana
ini akan mewujudkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif di dalam kumpulan.
(4) Penilaian secara kumpulan dijalankan bagi menentukan kelancaran aktiviti yang dijalankan.
Keadaan ini dapat mengukur dan mengetahui sejauh mana kejayaan dan pencapaian aktiviti yang
dijalankan secara bersama. Proses menyelesaikan masalah (problem-sloving) dapat digabung
dengan aktiviti ini bagi menentukan tahap pencapaian mereka. Guru hanya berperanan sebagai
fasilitator iaitu membimbing mereka ke arah penyelesaian masalah.
(5) Penggabungan idea dapat disatukan menjadi perkara pokok kepada permasalahan dalam proses
pembelajaran.
(6) Mewujudkan suasana dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran mereka. Proses interasi
sosial di kalangan pelajar disandarkan kepada persekitaran yang kondusif dan memberangsangkan.
(7) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai satu mata
pelajaran.
Dalam penghubungkaitan, terdapat tiga jenis bidang pembelajaran iaitu penghubungkaitan antara
mata pelajaran; penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan; dan menghubungkait
pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Dalam konteks ini, penghubungkaitan merupakan satu
cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkait rapat antara satu sama lain tanpa ada
menimbulkan masalah yang baru.
Guru bertanggungjawab merancang pengajarannya dengan sistematik supaya dapat mencapai
matlamat dan berkesan. Di samping itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator iaitu memberi motivasi
dan dorongan ke atas pelajar supaya sentiasa bersemangat dan terus berusaha dalam pelajaran
mereka. Selain itu, guru-guru juga berperanan sebagai penyampai pengukuhan di mana mereka
merancang dan memberi aktiviti-aktiviti yang mencabar dan mengukuhkan pengetahuan serta
kemahiran pelajar. Mereka juga bertanggungjawab menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai
dan menarik supaya pelajar terus berminat untuk belajar. Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981) ‘alat
bantu’ pembelajaran dianggap sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan
menambah kelancaran perhubungan antara guru dan pelajar dan pelajar sesama pelajar bagi
mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Dalam konteks ini, peranan guru yang merancang pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran
supaya tidak membosankan pelajar. Guru-guru perlu kreatif dan inovatif dalam menggunakan media
(cetak dan elektronik) sebagai sokongan pengajaran mereka. Penggunaan media dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan
kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada
murid-murid (Kamarudin Hj. Husin, 1988).
Proses refleksi ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran juga sangat penting. Para guru wajar
menguasai kemahiran ini supaya dapat mengesan kelemahan serta kekuatan pengajaran mereka.
Sesuatu pengajaran yang berkesan dan bermakna perlu memberikan iktibar dan pengajaran yang
berguna kepada pelajar. Abd. Rahim Abd Rashid (2005) menjelaskan pembelajaran yang bersifat
refleksi membolehkan pelajar mendapat iktibar dan pengajaran daripada sesuatu yang sudah berlaku.
Dalam proses penghubungkaitan pelajar seharusnya bermotivasi dan menyokong proses pengajaran
dan pembelajaran yang dirancang oleh guru mereka. Pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara
aktif dalam pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak guru. Pengalaman hasil interaksi sosial
pelbagai pihak akan mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan kondusif. L.S. Vygotsky
(1978) menyatakan bahawa ‘interaksi sosial’ amat penting dalam membentuk perkembangan kognitif
pelajar. Oleh yang demikian, peranan guru dan pelajar dalam menjayakan penghubungkaitan bidang-
bidang pengajaran dan pembelajaran sama penting dan wajar digembleng bersama untuk kebaikan
semua pihak dalam jangka masa yang panjang.

Pendekatan Bertema

Pengajaran yang berkesan akan membentuk suatu organisasi dan penyampaian yang baik.
Organisasi menunjukkan bagaimana sesuatu pembelajaran itu dikembangkan dan memudahkan
ingatan dan penguasaan. Langkah ini akan melatih minda pelajar mengembangkan pembinaan
kekuatan pemetaan minda yang penting bagi perkembangan mental dan kognitif dalam sesuatu
pembelajaran. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2005) penyampaian guru perlu berkesan, teratur,
tersusun dan mempunyai kaitan antara satu dengan lain. Penstrukturan pelajaran yang dilakukan
oleh guru akan membentuk pembelajaran yang berkesan dan kekal dalam jangka masa panjang.
Dalam hal ini, pendekatan bertema merupakan satu usaha untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan. Pendekatan bertema merupakan satu usaha untuk mengintegrasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan
tema. Pelajar digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran kerana secara
semulajadi kanak-kanak belajar dengan cara membuat dan mengalami sendiri sesuatu aktiviti itu.
Proses penerokaan dan mengalami sendiri situasi pembelajaran akan memberi peluang pelajar
berdikari. Pengalaman-pengalaman yang bererti kepada pelajar akan mencetuskan keseronokan,
perasaan ingin tahu dan mencari maklumat sendiri.
Dalam tugasan ini, mata pelajaran yang akan dipilih untuk pengajaran pendekatan bertema ialah
Bahasa Malaysia, Tahun 3. Topik yang dipilih adalah berkaitan dengan pembelajaran berbahasa.
Bagi pendekatan bertema pembelajaran dijalankan secara berperingkat-peringkat dan keadaan ini
akan mendorong pelajar berfikir dengan kreatif dan kritis semasa belajar. Dalam pengajaran ini,
perancangan guru merupakan peringkat yang paling asas dan penting. Dalam proses guru
merancang aspek-aspek seperti skop, perkara dan bidang haruslah selaras dengan tema yang dipilih
berpandukan sukatan pelajaran yang sedia ada. Bagi setiap tema yang dipilih seseorang guru perlu
memahami setiap peringkat perkembangan tema. Dalam konteks ini, seseorang guru perlu
memperkembangkan aktiviti-aktiviti berdasarkan aspek-aspek tertentu. Rajah 1.0 di bawah dapat
menjelaskan garis panduan dalam menyediakan pendekatan bertema bagi tema yang hendak diajar.

Bolehkah kita melihat


tema ini dari sudut yang
berlainan ?

Bagaimana ia menjadi Bagaimana benda ini berfungsi ?


begini ?

Apakah pandangan kita Bagaimana ia berubah ?


mengenai tema ini ?

Apa yang boleh kita lakukan bagi


menunjukkan bahawa kita bertanggungjawab terhadap
tema ini ?

Rajah 1.0 : Model Garis Panduan Perbincangan dan Perkembangan Tema


Sumber : Diubahsuai daripada Modul Latihan Guru Program Transisi dan Guru
Penyayang Tahun 1,Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi pendekatan bertema yang dipilih dalam tugasan ini ialah tema kereta berasaskan kandungan
dan kemahiran berbahasa. Dalam menentukan fokus dan konsep perkembangan idea bagi tema
kereta, seseorang guru harus berpandukan model di atas bagi menentukan kronologi perkaitan idea-
idea yang hendak diajar kepada pelajar. Keadaan ini akan memberi lebih kefahaman dan
penyusunan idea secara teratur dan jelas mengikut kepentingannya.
Perkembangan idea bagi tema kereta yang dipilih di mana pelajar akan diberikan gambar kereta
dalam bentuk kertas mahupun model kereta mainan. Selepas itu pelajar akan berbincang dan
mencari maklumat yang berkaitan dengan kereta berpandukan model di atas dengan bersandarkan
soalan-soalan yang berkaitan.

Fokus Utama Perkembangan Idea Bagi Tema


Fungsi (i) Mengapa kita berkereta ?
(ii) Apakah gunanya kereta?
(iii) Apa jenis kereta yang kita gunakan untuk berjalan ?
Perspektif (i) Apa kereta yang saya suka / tidak suka ?
(ii) Apa yang menjadikan kereta cantik ?
(iii) Bolehkah kita buat kereta daripada kertas ?
(iv) Adakah binatang berkereta ?
Perubahan (i) Apa bezanya kereta baru dan lama ?
(ii) Apa bezanya antara kereta orang dahulu dan sekarang ?
(iii) Apakah yang berubah ? (Contohnya Jenama)
Tanggungjawab (i) Bagaimana kita menjaga kereta ?
(ii) Apakah tanggungjawab kita ke atas kereta ?
Sebab dan Akibat (i) Mengapa orang ….(kaya, miskin, doktor, kerani, petani) memliki kereta seperti
itu ?
Refleksi (i) Bagaimana kita boleh tahu wujudnya kereta ?
(ii) Bagaimana kita boleh tahu kereta dating dari tempat lain ?

Melalui pendekatan bertema ini, pelajar akan menjadi lebih kreatif dan menyemai daya imaginasi
melalui penerokaan soalan-soalan yang berkaitan dengan tema. Keadaan ini turut mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokan dan kondusif selaras dengan pengalaman dan
pengetahuan masing-masing. Perkembangan idea bagi tema yang dipilih turut membaiki kemahiran
interpersonal dan intapersonal para pelajar. Sebagai kesimpulannya, pendekatan bertema
membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran mereka dalam
aspek pembelajaran mereka.

Pengintegrasian Mata Pelajaran

Pengintegrasian merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat banyak jenis pengintegrasian yang boleh dijalankan dalam pengajaran di sekolah.
Antaranya pengintegrasian pelbagai kemahiran dan mata pelajaran tertentu dalam konteks kurikulum
di sekolah rendah. Dalam tugasan ini, aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan
adalah yang berkaitan dengan integrasi Seni Visual dalam pendidikan, muzik dan pergerakan dengan
mata pelajaran Sains. Secara nalurinya, kanak-kanak amat menggemari aktiviti melukis dan
mewarna. Dengan kemahiran ini para pelajar dapat mengaplikasi kemahiran melukis mereka dengan
melukis gambar dan objek dalam mata pelajaran Sains mereka. Antaranya ialah seperti melukis
gambar haiwan dan tumbuhan. Para pelajar dapat melahirkan karya seni mereka dalam
meningkatkan pemahaman mereka supaya kekal lama.
Di samping itu, murid-murid boleh melukis peta minda bagi mengingati sesuatu topik yang berkaitan
dengan pembelajaran Sains mereka di sekolah. Pelajar sangat mudah mengingati isi pelajaran
dengan menggunakan peta minda yang mereka reka sendiri. Menurut Som Hj. Nor dan Mohd
Dahalan Mohd Ramli (1998) peta minda membolehkan pelajar mengingat sesuatu dengan mudah. Di
samping itu, kemahiran menggabungkan dan menseimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri
semasa belajar adalah amat sesuai bagi seseorang pelajar.

Bagi muzik ianya boleh diintegrasikan dengan aktiviti nyanyian yang melibatkan topik-topik sains yang
berkaitan. Guru berperanan mencipta lirik lagu yang sesuai dengan tema atau topik pembelajaran
semasa di dalam kelas. Aktiviti ini wajar disusuli dengan unsur-unsur pergerakan yang sesuai supaya
pelajar lebih meminati pengajaran guru dan mengingati isi pelajaran mereka dengan lebih lama lagi.
Sebagai contoh, guru boleh menyuruh pelajar menyanyikan lagu ‘Bangau Oh Bangau’ sambil
melakukan pergerakan apabila mengajar topik yang berkenaan dengan ‘Haiwan adalah benda hidup’.

Rajah 2.0 : Integrasi Seni Visual, Pergerakan, Muzik dan Sains

Manfaat Aktiviti Pengintegrasian

Pengintegrasian ini banyak memberi manfaat kepada pelajar terutama dalam menguasai kemahiran
belajar. Banyak peluang dan ruang untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan
yang berguna dalam usaha melatih mereka menjadi pelajar yang aktif dan progresif. Penggunaan
strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan
cara bersepadu.
Di samping itu, pembelajaran para pelajar tidak terhad kepada sesuatu bidang sahaja dalam satu
tempoh masa, sebaliknya mereka akan didedahkan dengan bidang lain yang mempunyai kaitan
supaya pembelajaran mereka lebih bermakna lagi. Para pelajar akan menjadi lebih kreatif dan kritis
dalam pemikiran mereka, terutama dalam mengadaptasi konsep kemahiran belajar mereka.
Selain itu, para pelajar akan lebih brminat dalam pelajaran mereka. Penggabungan pelbagai
kemahiran dan bidang ilmu memberi gambaran yang luas kepada pengetahan mereka sekaligus
mendidik mereka menjadi lebih rasional dan berdaya saing di dalam pembelajaran mereka. Sebagai
rumusan, aktiviti pengintegrasian ini banyak memberi faedah kepada para pelajar dan membantu
mereka dalam proses pembelajaran mereka di sekolah.

Bahan Bantu Dalam Aktiviti Meneroka

Penerokaan bermaksud menyelidik sesuatu untuk mendapatkan pengetahuan dengan cara


menjelajah. Dalam hal ini, bahan bantu atau alat amat diperlukan bagi membantu aktiviti meneroka
di kalangan pelajar. Para pelajar digalakkan meneroka dengan menggunakan alat dan bahan yang
sesuai supaya mereka lebih kreatif dan imaginatif. Guru bertindak sebagai fasilitator bagi memudah
aktiviti pelajar. Bagi menguasai aktiviti-aktiviti untuk meneroka, peralatan-peralatan yang boleh
digunakan pada peringkat awal adalah seperti meja, kerusi panjang, kerusi, gelong rotan, tali,
bongkah dan rotan. Bahan-bahan ini mudah diperolehi di sekolah. Pelajar digalakkan meneroka
secara bersendirian bagi membiasakan diri mereka dengan alat dan aktiviti sebelum meneroka
dengan peralatan yang sebenar.
Bagi membolehkan pelajar meneroka, sewajarnya mereka diberi ruang dan peluang untuk bergerak,
melompat, berjalan-jalan supaya lebih yakin dalam situasi sebenar. Apabila mereka sudah menguasai
kemahiran dan biasa dengan alat sebenar, barulah mereka menggunakan peralatan yang sebenar.
Peralatan sebenar yang boleh digunakan adalah seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana
dan gelang. Pada peringkat ini pelajar sudah yakin dan boleh memperagakan aksi dan kemahiran
mereka pada tahap yang maksimum. Pada tahap memperolehi pengalaman, mereka melibatkan diri
aktiviti permainan yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam menyalurkan ketahanan diri
pelajar. Proses membentuk daya tahan berlaku di samping menimbulkan tarikan serta keseronokan di
kalangan pelajar.
Setelah memperolehi pengalaman dalam bentuk yang sebenar pelajar menemui potensi ekspresif diri
melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Mereka akan menjadi matang dan mampu
meluahkan pandangan secara objektif dalam jangka masa yang panjang. Di samping itu, tahap
kematangan mereka berada pada skala yang tinggi dan difahami oleh orang lain.
Kesan penggunaan alat kepada proses pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk konsep
kendiri pelajar secara positif. Mereka akan menjadi orang yang responsif dan dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran yang sihat. Di samping itu, sahsiah pelajar akan terserlah dan personaliti mereka
sangat baik. Berkenaan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, alat ini akan memberi
rangsangan persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi ke atas setiap pelajar. Keadaan ini
akan membentuk sahsiah pelajar yang positif dan konsep kendiri yang stabil. Justeru, alat yang
digunakan akan memberi lebih ekspresi terhadap pelajar dalam proses melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan memainkan peranan penting dalam mencorakkan keterampilan pelajar dalam
banyak aspek. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kondusif mampu melahirkan daya
kreativiti, persepsi, estetika, inovatif dan semangat jati diri pelajar yang tinggi. Bidang-bidang
kemahiran Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang mencakupi aspek penghubungkaitan, pendekatan
bertema dan pengintegrasian mata pelajaran jelas memperlihatkan kepentingan pengajian ini
dipelajari dan sekaligus memperkayakan khazanah ilmu dalam konteks global. Justeru, SDP adalah
wadah yang tidak kurang pentingnya dalam mencanangkan warisan bangsa serta menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Bibliografi :

Abd. Rahim Abd. Rashid, (2005). Profesionaisme Keguruan : Prospek dan Cabaran.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ayob Jantan, (2005). Pengetua Sekolah yang Efektif . Selangor : PTS Professional.

Gardner, H. (2000). The Disciplined Mind. New York : Penguin Books.

Kamarudin H. Husin, (1994) kBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru)
Siri Pendidikan Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulm Berspadu


Sekolah Rendah . Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur : PPK.

Lev. S. Vygotsky (1978). (Terjemahan) Teori Pembelajaran Sosial.


http://planet.time.net.my/KLCC/azmo1/Teori/Teori_Pembudayaan_S...

Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis
& Kreatif (KBKK). Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Yahya Don, (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : PTS


Profesional Publishing Sdn. Bhd.

You might also like