You are on page 1of 19

SKMB 2033.

Suraya Hanis Ilias


G 75841

PENGHARGAAN

Pertamanya, marilah kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t kerana
masih lagi memanjangkan umur kita dan dapat kita mengecapi nikmat yang tidak
terhingga. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli
keluarga Baginda serta para Sahabat dan pengikutnya.

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat
tutor, iaitu Dr. Shahidi Abd Hamid dan Pn.Saadiah Maalip yang juga merupakan
pensyarah subjek, di atas tunjuk ajar dan nasihat serta kritikan yang amat berguna
dalam saya menyiapkan kerja kursus yang tidak seberapa ini. Tidak lupa juga, ucapan
terima kasih ini di tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang juga telah banyak
membantu saya.

Kertas kerja ini adalah merupakan salah satu syarat bagi melengkapkan kursus
Variasi Sosial Bahasa Melayu ( SKMB 2033 ) . Tajuk yang dipilih oleh saya ialah
Peranan Laras Bahasa Dalam Perlakuan Sosial. Tugasan ini sedikit sebanyak
membuatkan saya lebih faham betapa pentingnya Variasi Bahasa dalam masyarakat
pada dewasa ini.

Akhir kata, saya berharap kertas kerja ini dapat memberi sedikit sumbangan
kepada alam pendidikan untuk perkongsian bersama. Setiap yang kurang itu
datangnya dari kelemahan saya sendiri dan yang apa yang baik itu datangnya dari Allah
S.W.T. Semoga usaha ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.

Sekian.
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

KANDUNGAN HALAMAN

Pengenalan 1-2

Hubungan laras bahasa dengan masyarakat 3–4

Ciri – ciri laras 4–7

Jenis laras bahasa 8 – 11

Peranan Laras Dalam Perlakuan Sosial 12- 14

Kesimpulan 15

Rujukan 16
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

Peranan Laras Bahasa Dalam Perlakuan Sosial.

Menurut Dell Hymes, sosiolinguistik adalah merupakan bidang yang mengkaji bahasa
daripada segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi,
bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam
pertuturan sesama sendiri.

Bidang ini juga boleh dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial,
iaitu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat. Lazimnya bidang
ini menumpukan kajian bahasa itu dan topik atau konteks pengujarannya, seperti bahasa
rasmi, bahasa kebangsaan, laras bahasa, pidgin, kreol, bilinguisme, multilinguisme,
dialek, ideolik, ragam bahasa, sikap terhadap bahasa dan kesetiaan terhadap bahasa juga
perancangan bahasa.
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

Sosiolinguistik juga merupakan cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara


bahasa dan masyarakat penuturnya. Ilmu ini merupakan kajian kontekstual terhadap
variasi penggunaan bahasa masyarakat dalam sebuah komunikasi yang alami. Variasi
dalam kajian ini merupakan masalah asal yang dipengaruhi atau mempengaruhi
perbezaan aspek sosiokultural dalam masyarakat. Transformasional yang dipelopori
Chomsky tidak mengakui realiti sosial dalam masyarakat. Bagi Chomsky dan
pengikutnya, status sosial yang berbeza, umur, jantina, latar belakang sesuatu bangsa,
pendidikan, dan sebagainya diabaikan sebagai faktor yang sangat berpengaruh dalam
menentukan pilihan-pilihan berbahasa. Berpijak dari paradigma ini Sosiolinguistik
berkembang ke arah pembelajaran yang melihat bahawa bahasa tidak dapat dijelaskan
secara memuaskan tanpa melibatkan aspek-aspek sosial yang mencirikan sesuatu
masyarakat.

Variasi bahasa merupakan salah satu cabang dalam bidang sosiolinguistik. Variasi
bahasa didefinisikan sebagai kelainan bahasa iaitu perbezaan bentuk – bentuk bahasa
yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.
Halliday(1968 ),menjeniskan bahasa bahasa kepada dua aspek iaitu pengguna ( orang
yang mengguna sesuatu bahasa dan penggunaan ( kesesuaian jenis bahasa yang
digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. Perbezaan bahasa pengguna
berdasarkan daerah atau disebabkan faktor geografi yang dipanggil dialek daerah.
Kelainan bahasa juga disebabkan oleh perbezaan sebutan antara individu dengan individu
yang lain yang dipanggil idiolek. Variasi bahasa yang terhasil berdasarkan aspek
penggunaan pulaialah dialek social.Dialek sosial yang terdapat dalam bahasa Melayu
ialah bahasa baku, bahasa formal,bahasa tidak formal, bahasa halus dan bahasa kasar,
bahasa istana dan bahasa biasa serta bahasa pasar dan bahasa slanga.

Laras pula merupakan satu daripada kelainan sosial secara umum kerana
penghasilannya berkait rapat dengan satu faktor sosial, judul dan tema. Disebabkan tema
sesuatu perkara berbeza dengan tema perkara yang lain, maka wujud laras yang berbeza.
Contoh perbezaan penggunaan kosa kata. Laras umum digunakan dalam situasi
kebahasaan umum.( Noriah Muhammad : 24 )
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras
bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih dari sekumpulan variasi yang ada
pada bahasa tersebut. Halliday ( 1968 ) mendefinisikan sebagai variasi bahasa yang
berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau, apabila kita mengamati perlakuan bahasa,
yang wujud dalam pelbagai konteks , kita dapati perbezaan dalam jenis – jenis bahasa
yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berbeza – beza.

Menurut Halliday lagi, beliau meninjau persoalan variasi bahasa berdasarkan dua
faktor, pengguna dan penggunaannya, iaitu tempat asal seseorang, ialah dialek, variasi
yang berkaitan dengan penggunaan, iaitu berbeza mengikut kumpulan sosial yang
menggunakannya iaitu laras. Setiap jenis laras terpisah dari segi pilihan dan susunan kta
serta frasanya yang tersendiri. Bagi faktor – faktor penentu jenis laras ialah peranan
pembicara, bilangan dan status pandangan dan latar pertuturan tajuk tersebut. Faktor –
faktor penentu ini juga akan menghasilkan tiga kategori laras yang ditinjau dari aspek
teknikaliti ( tajuk ), formaliti ( gaya ) dan bentuk penyampaian

Hubungan laras bahasa dengan masyarakat.

Laras adalah satu konvensi sosial. Sesuatu laras digunakan untuk keadaan atau
situasi tertentu. Apabila laras yang berbeza untuk situasi yang berbeza, masyarakat sedar
situasi sosial yang berlainan wujud di persekitaran mereka. Jumlah laras seseorang itu
menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya serta peranan yang dimainkan
dalam masyarakat. Bahasa merupakan satu lambang bunyi yang arbitrari yang digunakan
oleh masyarakat untuk berhubung. Pengguna yang menggunakan satu bahasa berbeza
daripada segi dialek dan ideoleknya. Penggunaan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa
yang digunakan dalam pelbagai media berdasarkan kesesuaian suasana. Bentuk bahasa
yang lebih khusus sifatnya bagi membincangkan sesuatu bidang itulah yang dianggap
sebagai laras. Kemampuan seseorang menggunakan laras yang betul dan tepat mengikut
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

situasi dan keadaan membolehkan segala maklumat yang ingin dinyatakan lebih mudah
difahami dan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Bahasa mempunyai fungsi – fungsi tersendiri iaitu sebagai penyampai maklumat,


penyataan mental (emosi ), pengikat kumpulan social, lambing kumpulan sebaya dan lain
– lain. Laras ditentukan untuk membolehkan bahasa digunakan dengan betul dan
menepati fungsinya. Menurut Halliday, variasi bahasa yang timbul berkaitan dengan
penggunaannya iaitu melibatkan tempat asal seseorang ialah dialek dan variasi bahasa
yang berkaitan dengan penggunaannya, iaitu mengikut kumpulan sosial yang
menggunakannya ialah laras.

Bahasa

Pengguna Penggunaan

Dialek Laras

Manakala Dr.Nik Safiah Karim menegaskan , laras bermaksud gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih
daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap – tiap penutur.( 1989 : 2). Asmah Hj
Omar pula menyatakan laras bahasa merupakan kelainan bahasa yang digunakan menurut
bidang ilmu dan bidang sosial.Bahasa dan ilmuan tertentu memperlihatkan beberapa
perbezaan daripada bahasa yang digunakan dan ilmu yang lain.Perbezaan yang wujud
bukanlah perbezaan sistem bahasa tetapi kesukaran bahasa wujud dalam pemahaman
konsep – konsep yang didukung oleh istilah - istilah khas yang digunakan pada ilmu
berkenaan.

Raminah Hj Sabran ( 1989 ) menjelaskan setiap bahasa mempunyai beberapa


laras yang tersendiri yang digunakan dalam situasi atau konteks yang
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

berbeza.Contohnya , disebabkan faktor geografi , terdapat beberapa dialek daerah dalam


Bahasa Melayu dan dialek daerah ini termasuk dalam laras bahasa tidak formal, iaitu
yang digunakan dalam hubungan tidak rasmi seperti untuk berkomunikasi dengan ahli
keluarga dan rakan – rakan.

Ciri – ciri laras.

Kajian terhadap laras bahasa memberi pertimbangan kepada dua faktor utama
iaitu ciri – ciri keperihalan peristiwa bahasa itu, dan ciri – ciri linguistik. Bagi ciri – ciri
keperihalan, Ure & Ellis ( 1977 ) mengkategorikan kepada dua jenis iaitu situasi luaran
dan situasi persekitaran. Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan
sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan kebudayaan sesuatu
masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang
menentukan perlakuan – perlakuan anggota masyarakat. Contohnya huraian tentang
bahasa Melayu lama perlu dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan. Situasi
persekitaran pula mencakupi aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan
bahasa. Terdapat banyak aspek situasi persekitaran yang menimbulkan laras yang
berbeza.
Di antaranya ialah cara penyampaian. Cara penyampaian ialah bentuk
perhubungan yang digunakan, termasuk jenis bahasa, peserta yang terlibat dalam sesuatu
peristiwa bahasa, serta jangka masa yang digunakan untuk penggunaan bahasa itu.
Bahasa lisan amat berbeza dengan bahasa tulisan. Di kalangan jenis bahasa tulisan pula,
pelbagai variasi dapat diwujudkan. Contohnya laporan, ucapan, esei, novel dan cerpen.

Seterusnya ialah perhubungan sosial dan peribadi. Perhubungan itu ialah


perhubungan dalam penggunaan sesuatu bahasa. Perhubungan peribadi ialah
perhubungan antara individu dengan individu secara terus manakala perhubungan sosial
ialah perhubungan yang berlaku antara penghasil dan pembaca buku, majalah dan alat
media yang lain. Penggunaan bahasa dalam perkara ini berlaku secara tidak formal.
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

Dalam perhubungan peribadi, kata ganti nama diri seperti `saya`, `aku` dan `awak`
digunakan.

Selain itu ialah bahan yang diperkatakan. Sesuatu bahan yang diperkatakan atau
dibincangkan menggunakan laras bahasa yang berlainan sifatnya dan ini bergantung
kepada isi yang ingin disampaikan. Aspek ini meliputi perkara biasa dalam rutin harian
seperti makan, minum, bekerja dan sebagainya, sehinggalah kepada bidang yang khusus
yang memerlukan kemahiran yang tertentu seperti bidang sains dan teknologi.

Perlakuan bahasa diperlukan kerana bahasa merupakan alat utama dalam


perlakuan sosial. Contohnya bahasa digunakan untuk menghasilkan sesuatu maksud atau
perasaan , bahasa dalam sesuatu majlis , bahasa yang digunakan untuk member
pertolongan, permintaan,arahan dan sebagainya. Dalam setiap situasi sosial terdapat
penggunaan bahasa yang berbeza bergantung kepada faktor – faktor seperti jenis
perbualan, orang yang terlibat dalam perbualan dan peranan situasi tersebut dalam
masyarakat.

Faktor – faktor di atas menerangkan aspek situasi persekitaran yang menimbulkan


laras yang berbeza. Hubungan erat antara susunan bahasa dengan situasi tertentu akan
menghasilkan laras yang tersendiri.
Di samping itu ciri – ciri linguistik juga dapat membentuk sesuatu laras . Sesuatu
ciri – ciri linguistik berkait rapat dengan faktor sosial seperti latar belakang orang yang
berkomunikasi atau menulis, hubungan dengan pembaca dengan penulis atau pendengar
dengan tajuk yang dibicarakan. Sifat – sifat bahasa itu sendiri yang memberi perubahan
iaitu mencakupi aspek – aspek kehadiran atau ketidakhadiran sesuatu ciri, kekerapan
kehadiran dan susunan struktur tertentu.

Secara amnya, terdapat dua perkara utama yang menunjukkan pemisahan antara
laras iaitu tatabahasa dan perbendaharaan kata. Contohnya:

(a) Mereka ke Perak minggu lalu.


SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

(b) Minggu lalu mereka ke Perak.


(c) Ke Perak, mereka minggu lalu.

Ketiga – tiga ayat di atas memberi penekanan berbeza yang ditimbulkan oleh
susunan stuktur ayat yang berlainan. Ini dicapai dengan menggunakan susunan ayat
yang berlainan. Ini dicapai dengan menggunakan susunan ayat biasa dalam (a), dan
susunan songsang dalam ayat (b) dan (c).

Berbeza pula dengan contoh di bawah ini.

( a ) Polis menangkap perompak itu.


( b ) Perompak itu ditangkap oleh polis itu.
( c ) Perompak itu tertangkap.

Ketiga – tiga ayat tersebut member penekanan berbeza, yang ditimbulkan oleh
susunan struktur ayat yang berbeza. Ini dicapai dengan menggunakan struktur pasif
biasa dalam ayat ( b ) dan struktur pasif yang digugurkan konstituen agentifnya dalam
ayat ( c). Ini merupakan satu aspek pengggunaan struktur pasif.

Struktur pasif juga digunakan untuk situasi yang memerlukan bahasa yang tidak
formal dan ini menunjukkan jarak formalitinya yang jelas. Contohnya:

( a ) Dilarang memijak rumput ini.


( b ) Awas. Jalan sedang dibaiki.

Susunan frasa dan ayat juga membawa kelainan dalam penggunaan bahasa.
Contohnya ;

Begitu juga negara – negara jiran yang lain, ekonomi mereka berkembang
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

dengan pesat dan membangun.

Cara penyampaian sama ada bentuk lisan atau ditulis , memperlihatkan kelainan
dalam bahasa. Bahasa lisan mempunyai ciri – ciri tertentu yang berbeza daripada
struktur bahasa bertulis. Pilihan, bentuk kata ,susunan ayat memberi variasi tertentu.
Contohnya :

( a ) Dia menunggu anaknya yang telah lama tidak pulang.


( b ) Adik tidak tahu berapa lama lagi ingin menunggu abangnya.

Jenis Laras Bahasa

Laras bahasa dapat dibahagikan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras
khusus. Laras biasa ialah laras yang digunakan atau diaplikasikan untuk masyarakat
umum seperti laras dalam atau untuk bidang hiburan, laporan sukan, berita sukan,
pengetahuan dan penerangan, syarahan, rencana, penyampaian maklumat dan pemujukan
(yang berbentuk rencana atau iklan). Sementara laras khusus pula ialah yang merujuk
kepada kegunaan untuk khalayak khusus, seperti atau peminat dalam bidang tertentu dan
pelajar-pelajar (rencana berkenaan bidang sains, laporan dan ulasan buku).

Namun demikian, terdapat tiga pembeza utama yang dapat membezakan antara laras
biasa dengan laras khusus, iaitu kosa kata, tatabahasa dan gaya laras-laras itu.
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

Laras Bahasa Biasa.

Formal dan Tidak Formal

Seperti yang diterangkan di atas, laras biasa ialah laras bahasa yang digunakan
untuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti hiburan, pengetahuan dan
penerangan dan maklumat dan pemujukan. Dari segi teknik wacananya, gaya ayat dalam
laras ini adalah sederhana, ringkas dan padat. Erti kata lain, struktur ayat yang digunakan
adalah mudah, contohnya laras yang tertera di papan keterangan: "Dilarang Masuk",
"Dilarang Merokok", "Untuk Kakitangan Sahaja", "Jangan Membuang Sampah Di Sini".

Laras bahasa biasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu formal dan tidak
formal. Laras bahasa biasa yang berbentuk formal atau rasmi biasanya digunakan dalam
majlis-majlis rasmi, dalam surat kiriman dan sebagainya, seperti laras bahasa yang
digunakan juruacara majlis sambutan hari kebangsaan, dan dalam penulisan surat
memohon pekerjaan atau rayuan. Manakala, laras bahasa biasa yang berbentuk tidak
formal merujuk kepada bahasa yang tidak formal yang digunakan sehari-hari, di mana
banyak berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan baik pengguguran
subjek, predikat atau objek. (Seperti yang terdapat dalam perbualan santai remaja atau
bahasa di pasar ).

Laras Bahasa  Biasa

Laras bahasa biasa tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah
teknikal, kurang kata pinjaman.Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk
khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita
sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan
(rencana, iklan). Gaya ayatnya juga mudah dan ringkas.Struktur ayatnya juga mudah.
Contohnya: Di larang merokok.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.Laras formal digunakan
dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya. Manakala laras tidak formal pula
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

berlaku proses pengguguran ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat
dan objek.

Laras Bahasa Perniagaan

Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan
melakukan tindkan.Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong
pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) slogan: Kami Ada Cara

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Katil Jenama Y

(D) Perisytiharan: Vios dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin X.

Laras Bahasa Akademik


SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

Laras bahasa akademik meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi,
matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.Ia bersifat
teknikal.Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan tesis, penulis perlu mengikut
forrmat tertentu seperti perlu ada catatan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka
surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.Ia juga menggunakan istilah-istilah
yang khusus kepada sesuatu bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah
fotosintesis, pecutan, pendebungaan dan sebagainya.

Laras Bahasa Undang-Undang

Laras bahasa undang – undang tidak ada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa,
kiasan dan sebagainya. Ia mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum,
habeas corpus dan sebagainya.

Laras bahasa media

Berita sebagai satu wacana mempunyai truktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur
teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.Wartawan atau
pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang
paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah, bahasa
yang digunakan mudah, gaya tulisan yang jelas dan isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab
akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa
kegunaan orang ramai.Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan
petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya perlulah dielakkan.

Laras Bahasa Sastera


SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

Laras bahasa sastera memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya
boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.Antara beberapa
ciri bahasa sastera ialah :

a kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya.

d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora,


simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Bahasa Agama

Laras bahasa Agama mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab. Struktur ayatnya
banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab. Laras bahasa ini adakalanya diselitkan dengan
petikan daripada al-Quran dan hadis.

Peranan Laras dalam perlakuan sosial.

Laras yang digunakan pada umumnya mempunyai strukturnya yang tersendiri.


Oleh kerana terdapat variasi dalam masyarakat ,maka penggunaan bahasa juga
memperlihatkan laras yang tidak sama. Laras yang berbeza ditentukan oleh beberapa
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

faktor. Antaranya perbendaharaan kata, susunan ayat, frasa dan perkataan, pemilihan
tajuk, cara penyampaian, gaya, tatabahasa dan sebagainya. Laras bahasa yang berbeza
mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam perlakuan sosialnya. Penutur bahasa
Melayu perlu mengenali laras utama bahasa Melayu. Mereka perlu membezakan antara
laras formal dengan laras tidak formal. Ia penting agar tidak timbul penggunaan laras
yang tidak sesuai dengan situasi tertentu. Dalam konteks perlakuan sosial , laras yang
berbeza – beza berfungsi sebagai medium penyampai maklumat, penyataan emosi,
pengikat kumpulan sosial, lambang kumpulan sebaya dan sebagainya.

Penggunaan laras yang berbeza – beza dalam pelbagai perlakuan sosial sangat
penting. Ia penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas. Penggunaan
laras yang berbeza berdasarkan bidang tertentu sangat penting dalam penyampaian
maklumat. Sesuatu maklumat itu akan dapat disampaikan dengan tepat dan jelas melalui
penggunaan laras yang betul. Contohnya jika sesebuah agensi iklan ingin
mempromosikan sesuatu produk, mereka akan menggunakan laras iklan.Contohnya ;

( a) Beli satu,percuma satu !


( b) Dapatkan pembelian percuma hari ini!Jangan tunggu lagi!

Selain dari itu, ia juga mencerminkan latar belakang penutur. Kepekaan seseorang
penggunaan bahasa menggunakan laras yang berbeza – beza mengikut situasi tertentu
sama ada formal atau tidak formal,sesuai dengan tajuk perbincangan , faktor orang yang
dilawan berbicara atau sebagainya akan mencerminkan latar belakang penutur bahasa
tersebut. Contohnya dalam situasi formal seperti menemuramah seseorang tokoh, perlu
menggunakan laras bahasa formal dan tidak sesuai menggunakan bahasa rojak atau
bahasa pasar. Ini akan menggambarkan taraf akademik serta latar belakang status sosial
individu berkenaan. Jelaslah bahawa pemilihan dan penggunaan laras yang sesuai adalah
penting dan dapat mencerminkan identiti penutur bahasa tersebut.

Ia juga dapat memupuk nilai penyesuaian diri dengan persekitaran. Sebarang


perlakuan sosial yang melibatkan aktiviti bahasa harus menekankan nilai – nilai
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

penyesuaian diri dengan persekitaran dan situasi agar timbul perasaan hormat di kalangan
orang yang dilawan berinteraksi. Contohnya jika seseorang itu diminta memberi ceramah
dalam sesuatu program, beliau perlu mempunyai pengetahuan tentang laras untuk
memulakan ucapan dan peka terhadap khalayak yang hadir di majlis itu.Laras memberi
ucapan berubah apabila melibatkan kehadiran orang istana.Unsur – unsur pemulukan dan
pendinaan sebagai satu daripada ciri laras bahasa istana seperti ; Ampun tuanku beribu –
ribu ampun,sembah patik harap diampun.

Keperluan terhadap pemilihan laras yang sesuai dalam situasi perlakuan sosial
yang berbeza, sangat penting difahami oelh seseorang pengguna bahasa agar mereka
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran secara berkesan. Di samping itu, ia dapat
mengeratkan perhubungan sosial dan peribadi. Jika bersesuaian dengan larasnya,
hubungan sosial dan peribadi seseorang pengguna bahasa itu akan menjadi lebih erat.
Contohnya apabila seseorang berinteraksi dengan majikan menggunakan ayat yang
sopan, laras bahasa yang formal, isi perbincangan yang sesuai, ayat yang tersusun,
nescaya akan menjamin hubungan sosial yang erat dan menimbulkan perasaan hormat
menghormati antara satu sama lain. Begitu juga jika berhubung dengan ahli keluarga dan
rakan sebaya,ia perlu juga menggunakan laras yang sesuai agar menjamin hubungan
peribadi yang erat antara satu sama lain. Contohnya penggunaan perkataan
saya,awak,anja,sayang dan sebagainya. Ia dapat menggambar perhubungan yang sangat
erat antara individu itu sendiri di samping membina hubungan yang selesa apabila
berinteraksi antara satu sama lain.

Isu yang dibincangkan lebih jelas jika penggunaan laras yang berbeza. Pemilihan
dan penggunaan laras bahasa yang bertepatan dengan sesuatu isu atau tajuk perbincangan
yang akan dihuraikan dengan penting bagi memudahkan khalayak memahami isu – isu
tersebut. Setiap laras mempunyai memiliki ciri – ciri yang tersendiri dalam
mengungkapkan persoalan atau permasalahannya. Oleh itu ciri – ciri tersebut berperanan
mewujudkan kejelasan dalam pengutaraan sesuatu isu yang berkaitan dengan bidangnya.
Contohnya jika seseorang ingin membincangkan bidang sains, laras sains akan
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

digunakan. Begitu juga dengan bidang yang lain, laras bahasa tersebut perlu bersesuaian
dengan isu yang diutarakan.Contoh laras bahasa sains ;

( a) Sebatian itu sesuai diindekskan di bahagian yang lebih besar iaitu naftalena.
( b ) Cecair itu sudah didewarnakan.

Penggunaan laras bahasa yang berlainan dalam perlakuan sosial penting dalam
menggambarkan situasi, sama ada situasi formal atau tidak formal. Contohnya peniaga di
pasar akan menggunakan laras bahasa tidak formal kerana situasi di tempat tersebut
memerlukan penggunaan bahasa tidak formal untuk menarik perhatian pelanggan.Laras
bahasa tersebut perlu digunakan oleh peniaga kerana mereka perlu melariskan barangan
mereka untuk mendapatkan keuntungan hasil perniagaan mereka. Sekiranya mereka malu
menggunakan laras bahasa tersebut, perniagaan mereka akan rugi kerana tiada unsur –
unsur mempromosikan barangan yang dijual. Justeru itu, jelaslah penggunaan laras yang
berbeza memberi gambaran terhadap situasi perlakuan sosial.

Penutur bahasa yang mempunyai pengetahuan dan mahir dengan penggunaan


laras bahasa, akan menggunakan laras yang betul apabila berdepan dengan khalayak bagi
meninggalkan kesan tumpuan minat yang mendalam. Contohnya jika seseorang yang
bertanding dalam pidato,beliau harus menggunakan laras pidato untuk menarik perhatian
minat pendengardan para hakim pertandingan. Ini kerana laras pidato pidato mempunyai
ciri – ciri seperti pemilihan kata, susunan ayat dan unsur yang berlainan dengan laras
yang lain.

Kesimpulan.

Laras merupakan satu daripada kelainan sosial secara umum kerana


penghasilannya berkait rapat dengan satu faktor sosial, judul dan tema. Disebabkan tema
sesuatu perkara berbeza dengan tema perkara yang lain, maka wujud laras yang berbeza.
SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud
sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih dari sekumpulan variasi yang ada pada bahasa
tersebut. Apabila kita mengamati perlakuan bahasa, yang wujud dalam pelbagai konteks ,
kita dapati perbezaan dalam jenis – jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan
situasi yang berbeza – beza.

Penggunaan laras yang berbeza – beza dalam pelbagai perlakuan sosial sangat
penting. Ia penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas. Penggunaan
laras yang berbeza berdasarkan bidang tertentu sangat penting dalam penyampaian
maklumat. Sesuatu maklumat itu akan dapat disampaikan dengan tepat dan jelas melalui
penggunaan laras yang betul.

Penggunaan laras bahasa yang berlainan dalam perlakuan sosial penting dalam
menggambarkan situasi, sama ada situasi formal atau tidak formal. Ia penting supaya
masyarakat tidak salah menggunakan laras bahasa mengikut kesesuaian situasi dan
keadaan tertentu.

Oleh yang demikian kita perlu mengetahui jenis laras dan penggunaannya dalam
dunia moden hari ini. Ilmu ini penting kita praktikkan kerana ia melambangkan kemajuan
dalam mempelajari sesuatu laras bahasa. Setiap laras bahasa mempunyai fungsinya
tersendiri di samping penggunaannya dalam konteks perlakuan sosial.

Rujukan :

Asmah Hj Omar. 1987.Bahasa Laporan.Serdang : Dewan Bahasa dan Pustaka &

Universiti Pertanian Malaysia.


SKMB 2033.
Suraya Hanis Ilias
G 75841

Asmah Hj Omar.1993.Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu.Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dr.Nik Safiah Karim.1986.Bahasa Melayu Persoalan dan Pengolahan.Kuala


Lumpur :Gathery

Publishing House Sdn.Bhd.

Kamaruddin Haji Husin.1995. Laras Bahasa.Serdang :Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Noriah Mohamed. 1998.Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Malaysia.Universiti

Sains Malaysia : Kuala Lumpur.

Rahman Shaari .1993.Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa


dan Pustaka.

S.Nathesan1995..Laras Bahasa Ilmiah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa

dan Pustaka .

You might also like