You are on page 1of 6

NAMA : NASRIAH BINTI HAFIZ AMANULLAH

KELAS : 2G

DEFINISI GAYA BAHASA

 Gaya bahasa atau unsur keindahan ialah cara seseorang menggunakan bahasa sebagai wahana

untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan

melalui karya.

 Kemahiran menggunakan gaya bahasa akan memancarkan keindahan (estetika) dalam sesuatu

karya di samping menonjolkan keperibadiaan penulis kerana biasanya seseorang penulis

memiliki gaya bahasa yang tersendiri.

 Cara pengarang memanipulasikan bahasa dalam sesebuah karya ciptaannya.

 Menurut Mana Sikana dalam bukunya Kritikan Sastera: Pendekatan dan Teori (1986:160), gaya

bahasa ialah kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Ia

bertujuan untuk memperlihatkan sejauh mana keberhasilan seseorang pengarang itu mengolah

bahasa yang sesuai sebagai penerapan karya kreatif yang bersifat imaginatif, figuratif, dan

simbolik yang mampu mengukuhkan pemikiran.

 Keris Mas menyatakan bahawa gaya bahasa meliputi kebahasaan yang menimbulkan rasa

khusus yang mengandungi estetik. Termasuk dalam manipulasi ini ialah pemilihan kata,

pemilihan struktur sintaksis, pemakaian dan pemilihan bahasa figuratif, ungkapan, peribahasa,

kiasan dan penggunaan pola konvensional dan sebagainya.


PENGERTIAN UNSUR-UNSUR GAYA BAHASA

 DIKSI

Diksi ialah pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata yang tepat oleh pengarang
dalam karyanya. Diksi yang baik memperlihatkan kesesuaian kata yang dapat menjelaskan
tema, persoalan, peristiwa, watak dan perwatakan dalam karya.

Contoh: Usman Awang (Sajak ke Makam Bonda) memilih diksi ‘makam’ dan ‘bonda’ kerana
difikirkan lebih tepat berbanding diksi ‘kubur/pusara’ dan ‘ibu/emak.’

 KONOTASI

Penggunaan bahasa yang memberikan kepelbagaian makna atau makna lain kepada pembaca.

Contoh: Bunga boleh merujuk kepada bunga sebenar atau gadis.

 METAFORA

Membandingkan sesuatu objek dengan idea atau sifat secara terus atau langsung tanpa
menggunakan kata-kata perbandingan seperti, umpama, macam, bak, ibarat dan laksana.
Mengandungi perkataan bersifat konkrit dan abstrak.

Contoh: Laut waktu.

 SIMILE
Ungkapan yang membandingkan dua benda berbeza tetapi mengandungi unsur tertentu yang
ada persamaan. Ungkapan simile menggunakan kata-kata perbandingan seperti, bagai, macam,
laksana, ibarat, bak dan umpama.
Contoh: Bagai bunga kembang tak jadi.

 PERSONIFIKASI
Memberikan sifat manusia pada benda atau perkara (unsur pengorangan) tertentu.
Contoh: Damai melambai-lambai senja.
 HIPERBOLA
Penyataan agak melampau tentang sesuatu/gaya bahasa perbandingan yang
melampau/membesar-besarkan sesuatu.
Contoh: Lautan api sanggup kurenangi.

 AYAT
Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karya mereka, misalnya
ayat pendek, ayat panjang, ayat sonsong dan sebagainya. Cara pengarang membina dan
menyusun ayat dapat menimbulkan kesan tertentu kepada pembaca.
Contoh ayat pendek: Aku bangkit.
Contoh ayat panjang: Kupejamkan mataku rapat-rapat sambil menyimpul keyakinan bahawa
mama merupakan insan terbaik dan insan yang paling kucintai.

 SINKOPE
Sinkope bermaksud penyingkatan kata.
Contoh: “Nak buat apa?”

 RIMA
Persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bertentangan antara dua baris atau lebih daripada
dua baris dalam puisi. Dari segi kedudukannya terdapat rima awal, rima dalam dan rima akhir.
Contoh rima akhir: Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapat membawa maut,
Jika tak maut merana juga,
Berhujan berpanas aku tan endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.

 ASONANSI
Pengulangan ialah pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris.
Contoh: Jika tak maut merana juga.

 ALITERASI
Pengulangan bunyi konsonen yang sama dalam baris.
Contoh: Seperti kolek terdampar di pasir.
 PENGULANGAN
Berlaku pada kata, ungkapan, baris atau rangkap yang diulang. Ada tiga unsur pengulangan,
iaitu repitasi, anafora dan epifora.
(a) Anafora ialah pengulangan pada awal baris secara berurutan.
Contoh: di tebing lalu-lalang
di lumpur sungai manusia
(b) Epifora ialah pengulangan kata pada akhir baris.
Contoh: Yang kian memberat di pundakku
Kulalui lorong-lorong hari sepiku.
(c) Repitasi ialah pengulangan kata dalam baris yang sama.
Contoh: Tebang gelam tebang kenanga.

 PERLAMBANGAN
Perlambangan atau simbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,
keadaan atau peristiwa.
Contoh: Kata senja melambangkan usia tua.

na
GAYA BAHASA DALAM CERPEN SAHABATKU

 Simile

Maksud: Perbandingan yang setara yang menggunakan kata-kata seperti, macam, bak, bagai

dan sebagainya.

Contoh: “Bertuahnya kerana apa?” soal Murad macam orang bodoh.

 Aliterasi

Maksud: Pengulangan bunyi konsonen yang sama.

Contoh: Sunyi dan membosankan.

 Anafora

Maksud: Pengulangan pada awal baris secara berurutan.

Contoh: Kau penulis. Kau tulis penderitaan mereka. Kau dedahkan masalah

hidup mereka dalam cerpen kau.

 Ayat pendek.

Maksud : Ayat yang digunakan dapat menimbulkan kesan tertentu kepada pembaca.

Contoh: Api elektrik dah masuk. Masjid baharu. Sekolah menengah sedang dibina.

 Asonansi
Maksud: Pengulangan bunyi vokal yang sama.

Contoh: Aku bukan tak yakin pada sekolah kebangsaan, tapi aku mahu anakku menjadi

manusia yang berjaya dalam hidupnya.

 Peribahasa

Contoh: Jauh panggang dari api.

 Penggunaan bahasa Arab.

Contoh: Maghrib.

 Sinkope

Maksud: Penyingkatan kata.

Contoh: “Tak minta tukar balik ke kampung?” tanya Murad.

You might also like