You are on page 1of 4

Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global.

Abad ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan, kewujudan, dan


kegemilangan sesebuah peradaban bangsa-bangsa di dunia. Asakan gelombang globlisasi,
liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau
lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan, dan budayanya. Dalam konteks bahasa dan
persuratan melayu, pelbagai cabaran dijangka akan dijangka akan dihadapi dalam konteks
nasional mahupun supranasional. Pada abad ini, dari dekat ke dekat, diramalkan 10
peratus bahasa akan mengalami kepupusannya. Dunia yang memiliki kira-kira 6000 bahasa
sejak awalnya, kini tinggal 600 bahasa sahaja.

Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi,
perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa
atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting
dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-
mana Negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam dalam
jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang
diambil untuk menyelamatkannya.

Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat.
Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang
teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha
penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi
maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan Negara.

Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain
telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai
bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa
mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa
kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya, wujud
keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu tinggi. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila bahasa
Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa.

Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat
keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu
Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia
itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan
dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara.

Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan


Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen peribumi;
elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses pindaan
melalui Parlimen. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada
perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang
dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu. Elemen peribumi Perlembagaan
yang lain ialah sistem beraja, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan
Islam.

Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaksikan demokrasi, ditunjangi oleh


prinsip sama rata. Elemen peribumi tersebut adalah pengecualian kepada konsep sama
rata ini. Oleh yang demikian elemen tersebut tidak boleh disentuh, apalagi dimansuhkan.
Perlembagaan telah menetapkan bahawa peruntukan mengenai bahasa Melayu hanya
boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Peruntukan mengenai bahasa juga
sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan, adat istiadat Melayu dan Islam
tidak boleh digantung, hatta ketika darurat. Selain peruntukan mengenai pindaan, bahasa
Melayu semacam mempunyai pertalian dengan institusi beraja kerana Raja-raja
mempunyai kuasa budi bicara dalam hal-hal yang berhubung dengan adat Melayu dan
pentadbiran istana.
(Perlembagaan Persekutuan,Perkara 159(5) )

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan


Perlembagaan tidak menjelaskan maksud “bahasa kebangsaan” . Kamus Dewan
mendefinisikan “bahasa kebangsaan” sebagai “bahasa yang diterima oleh ramai penduduk
dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain”.
“Bahasa rasmi” pula ialah “bahasa pentadbiran kerajaan”. Mungkin lebih tepat jika
dilihat dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai “ yang berkaitan dengan
negara secara keseluruhan” atau sesuatu yang “ dipilih untuk melambangkan
keperibadian Negara”.

Makna-makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan


keabsahan, ruang lingkup peruntukan yang berkenaan, terutama Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-sumber ataupun
alat-alat dalam sistem pendidikan. Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan juga
penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan di negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran
Razak pada tahun 1956. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan Jawatankuasa
Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada tahun 1960. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai
bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961. Antaranya menyebut,
“…Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar
dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi
perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan
adalah menjadi bahasa pengantar utama.”
-Akta Pelajaran 1961-

Berdasarkan proklamasi di atas, antara matlamat utama pelaksanaan dasar ini


termasuklah memperuntukkan undang-undang lebih lanjut berkaitan dengan dasar
pendidikan bagi menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama.

Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah sistem


pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai media
pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan dan semua institusi
pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Ini diperkukukan lagi dengan
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang menyatakan, “ Bahasa Kebangsaan
hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan…”.

Ini bermakna, semua mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa
Melayu. Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa Melayu apabila
Perdana Menteri, Tun Dr Mahadir Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa
Inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia (Awang
Sariyan,2002). Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah
penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

Malah pada tahun 2003, pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah dimulakan. Seharusnya ia
perlu menerima pandangan dan rujukan nasihat oleh Majlis Penasihat Pendidikan
Kebangsaan seperti mana yang terkandung dalam perkara 10(1), 11(1), dan 11(2) Akta
pendidikan 1996 (Akta 550), walaupun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai
pihak sebelum ini. Nampaknya, tindakan ini bertentangan dan melanggar Dasar Bahasa
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan penjelasan di atas dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu atau Bahasa
Kebangsaan setanding dengan bahasa-bahasa yang lain dari segi kesediaan menerima
maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin kukuhnya disisi
Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara. Mengapa bahasa Melayu dirasakan
sebagai penghalang atau tidak sesuai untuk dijadikan bahasa ilmu ? Adakah wujudnya
kelemahan-kelemahan dalam bahasa Melayu itu sendiri yang menjadi penghalang?
Pengkaji seterusnya mengkaji tentang ciri-ciri bahasa Melayu, untuk mengenal pasti dan
menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa wahana ilmu.

You might also like