You are on page 1of 3

Baru-baru ini, banyak kes kecurian berlaku di kawasan perumahan anda.

Sebagai setiausaha
persatuan penduduk, anda diminta untuk menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan.
Kemukakan cadangan anda bagi menangani masalah tersebut.

Tulis surat itu selengkapnya

Bahagian C

Soalan c

Setiausaha,
JKKK Kampung Mangga,
94800 simunjan

Ketua Polis Daerah.


Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan,
94800 Simunjan. 16 OGOS 2010

Tuan,

Aduan Masalah Kecurian

Berhubung perkara di atas, saya mewakili penduduk Kampung Mangga berasa dukacita ekoran kejadian
kecurian yang kerap berlaku di kawasan perumahan kami.

2. Kecurian tersebut telah menyebabkan penduduk taman ini berasa takut hendak meninggalkan rumah
mereka. Mereka bimbang kalau-kalau pencuri itu datang ketika mereka sedang bekerja dan anak-anak pergi ke
sekolah.

3. Setakat hari ini terdapat 9 buah rumah yang dimasuki pencuri. Mujurlah mereka hanya mencuri harta
benda dan tidak melibatkan nyawa. Walau bagaimanapun, kami bimbang seandainya pola kecurian itu berubah
kepada bentuk yang ganas sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.

4. Pihak kami telah menubuhkan rukun tetangga untuk menangani masalah ini. Kami telah mengatur
jadual bertugas menjaga kawasan perumahan ini. Namun masa kami berjaga hanya pada sebelah malam sahaja.
Masalah wujud pada sebelah siangnya kerana rata-rata penduduk di sini bekerja.

5. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah ini, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mengadakan
rondaan di kawasan perumahan kami terutamanya pada sebelah siang. Ini sekurang-kurang dapat menakutkan
para pencuri.

6. Semoga aduan kami mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan demi kebaikan semua
penduduk.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

( Osman Bin Osin)

Setiausaha,

JKKK Kampung Mangga,

You might also like