P. 1
Kepentingan Jihad Dalam Hidup Pelajar

Kepentingan Jihad Dalam Hidup Pelajar

|Views: 763|Likes:
Wah, perbincangan yang sangat menarik. Tertarik aku mendengar apa yang dibincangkan sambil mataku merayau melihat kelibat anak-anak muda mahasiswa dan mahasiswi yang belajar di UiTM ini. Terus hatiku berasa sayu. Mereka tidak pernah dengar mungkin apa itu jihad dan mengapa jihad itu penting. Kata Prof. Madya dari UM, jihad itu adalah satu perjuangan memartabatkan kehidupan kita sebagai manusia. Ia memerlukan semangat juang yang tinggi serta dilakukan dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh serta ikhlas semata-mata kerana Allah. Kelemahan kita hari ini yang berada di Malaysia, adalah hilangnya rasa dan nilai jihad ini dalam kehidupan seharian. Anak muda khususnya mahasiswa dan mahasiswi merupakan generasi utama yang perlu ditanamkan konsep jihad dengan lebih jelas. Sedang sibuk aku memasng telinga untuk mendengar kupasa tajuk forum itu, terpandang aku kepada seorang pensyarah bersama seorang pelajar lelaki yang sedang menyerahkan kertas kedatangan untuk ditandatangan oleh pelajar lain.
Wah, perbincangan yang sangat menarik. Tertarik aku mendengar apa yang dibincangkan sambil mataku merayau melihat kelibat anak-anak muda mahasiswa dan mahasiswi yang belajar di UiTM ini. Terus hatiku berasa sayu. Mereka tidak pernah dengar mungkin apa itu jihad dan mengapa jihad itu penting. Kata Prof. Madya dari UM, jihad itu adalah satu perjuangan memartabatkan kehidupan kita sebagai manusia. Ia memerlukan semangat juang yang tinggi serta dilakukan dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh serta ikhlas semata-mata kerana Allah. Kelemahan kita hari ini yang berada di Malaysia, adalah hilangnya rasa dan nilai jihad ini dalam kehidupan seharian. Anak muda khususnya mahasiswa dan mahasiswi merupakan generasi utama yang perlu ditanamkan konsep jihad dengan lebih jelas. Sedang sibuk aku memasng telinga untuk mendengar kupasa tajuk forum itu, terpandang aku kepada seorang pensyarah bersama seorang pelajar lelaki yang sedang menyerahkan kertas kedatangan untuk ditandatangan oleh pelajar lain.

More info:

Published by: Kamarul Azami bin Mohd Zaini on Oct 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/20/2013

pdf

text

original

KEPENTINGAN JIHAD DALAM HIDUP MAHASISWA

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com)

Papa nak pegi mana karang? tanya isteriku ketika aku menghantarnya ke Universiti Teknologi MARA di Shah Alam untuk kelas pengajian luar kampusnya. Ingat nak solat kat masjid baru UiTM la kataku memasang niat. Papa nak duduk kat masjid ke? tanya isteriku seperti berminat dan menggalakkan. Tengoklah , jawabku ringkas. Aku meneruskan perjalanan kusetelah menurunkan isteriku di hadapan fakultinya.

Tiba di masjid baru UiTM aku merasakan sedikit perubahan dan terasa seronok untuk berada di masjid yang aman dan amat sesuai rasanya untuk aku beri tikaf sambil memikirkan modul yang perlu aku siapkan untuk dihantar kepada Ustazah Hanizah SAM Tanjong Karang untuk program asas kepimpinan. Entah mengapa agaknya, begitu mudah Allah isikan niat baik manusia ini. Betullah sebagaimana yang selalu kita dengari, apabila kita ada niat yang baik, pasti Allah akan melorong kita ke arah melakukannya. Berbanding sekiranya berniat tidak baik, Allah akan berikan pelbagai halangan sebagai peringatan kepada kita jika kita ini adalah tergolong dari kalangan orang -orang Mukmin.

Aku masuk ke masjid dan menunaikan solat Maghrib. Habis solat, aku berniat untuk tunaikan solat Isyak juga. Alhamdulillah niatku tercapai. Bahkan, aku juga diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk mendengar, sementara menunggu isteriku, satu forum yang disusun dan dirancangkan oleh Pusat Pemikiran dan kefahaman Islam UiTM. Ia merupakan ruang yang cukup baik dan mengisi rasa kosong dalam jiwaku. Apabila kita turuti apa yang baik dalam hati kita nescaya ia pasti akan membawa kita lebih rapat kepada Allah s.w.t. Tajuk yang dibentangkan adalah Pengabaian Jihad dan Kesannya Kepada Ummat Islam Di Malaysia yang terdiri daripada ahli panel Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah (UM), Dr. Syed Muhamad Haleem Syed Hassan Al-Haddad (Haluan Palestin) dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rosdi Nik Ahmad.

Wah, perbincangan yang sangat menarik. Tertarik aku mendengar apa yang dibincangkan sambil mataku merayau melihat kelibat anak-anak muda mahasiswa dan mahasiswi yang belajar di UiTM ini. Terus hatiku berasa sayu. Mereka tidak pernah dengar mungkin apa itu jhad dan mengapa i jihad itu penting. Kata Prof. Madya dari UM, jihad itu adalah satu perjuangan memartabatkan kehidupan kita sebagai manusia. Ia memerlukan semangat juang yang tinggi serta dilakukan dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh serta ikhlas semata-mata kerana Allah. Kelemahan kita hari ini

1

yang berada di Malaysia, adalah hilangnya rasa dan nilai jihad ini dalam kehidupan seharian. Anak muda khususnya mahasiswa dan mahasiswi merupakan generasi utama yang perlu ditanamkan konsep jihad dengan lebih jelas. Sedang sibuk aku memasng telinga untuk mendengar kupasa tajuk forum itu, terpandang aku kepada seorang pensyarah bersama seorang pelajar lelaki yang sedang menyerahkan kertas kedatangan untuk ditandatangan oleh pelajar lain.

Ustazah, ada pen tak? tanya pelajar lelaki itu. Pen pun tak bawak datang belajar ni! Pinjam dari kawan awak tegur pensyarah tersebut. Tersenyum aku melihat tingkahlaku siswa tersebut. Ini ke siswa hari ini? Datang majlis ilmu dengan tangan kosong. Datang hanya dengan niat dan sain kedatangan. Datang hanya dengan niat sebab kena datang. Kemajuan dan kejayaan ummat di Malaysia ini amat bergantung dengan generasi mereka. Pada asalnya aku nak ketawa juga, tapi bila mengenangkan mereka ini mahasiswa dan mahasiswi, hati ini berubah dan timbul rasa sayang kerana mereka tidak diberikan pendedahan yang sebenar. Belajar itulah jihad buat diri mereka. Jihad untuk agama dan bangsa mereka.

Jangan marah diorang, diorang muda lagi ungkapan yang sering kita dengar apabila menegur anak-anak muda. Seolah-olah apa yang ditegur itu salah dan tindakan yang mereka buat itu betul. Benar pada satu sudut, orang yang baru belajar memang akan buat silap. Tetapi kesilapan yang berulang bukan bermakna dia belajar. Apa maknanya pula belajar jika tidak per ah dimarahi. n Suasana di dalam masjid itu menggamit aku berfikir panjang tentang masa depan kehidupan anak anakku kelak. Kasihan mereka dengan keadaan yang ada di depan mataku. Gadis -gadis jelita sebagai mahasiswi disebelah kiri aku pula ketika itu, sampai lambat dan masuk lambat. Bila dah berada di dalam ruangan masjid, boleh pula minum air sambil borak-borak dan bersandar di dinding. Sebahagiannya pula sibuk sedang sain kedatangan, buku nota? Langsung tidak kelihatan .

Si Ustaz sudah memulakan bicara hampir 30 minit, tetapi mereka yang dibelakang masih lagi sibuk bercerita entah tentang apa. Sekali-sekala aku terdengar juga humor Prof. Madya ketika mempengerusikan forum, tetapi bunyi ketawanya hanya dibahagian hadapan pelajar sahaja. Inilah padahnya apabila mahasiswa dan mahasiswi tidak memahami konsep jihad. Sehinggakan jihad dalam mereka belajar ini juga tidak menjadi keutamaan bahkan sekadar untuk bergelar pemegang ijazah sarjana muda.

Toing... tiba-tiba mesej pesanan ringkas aku berbunyi. Isteriku memberitahu kelasnya sudah selesai. Tidak sempat untuk mendengar pembentangan kedua yang juga merupakan salah

2

seorang sukarelawan yang ada di atas kapal Mavimarmara yang lalu. Sayang sungguh. Namun, itu bukanlah sebagai penamat dalam kehidupan, kadangkala, p erkara yang seronok kita perlu berhentikan seketika agar kita dapat merasai kemanisannya. Benak fikiranku terus berlegarlegar berfikir tentang jihad dan mahasiswa, apa peranan yang aku boleh buat dan libatkan dan apa yang sepatutnya kita semua buat? Jihad dalam diri pelajar semakin malap, tetapi pastinya bukan salah mereka sahaja, bahkan para pendidik juga mungkin jihadnya tidak kuat dan tidak bersungguh sungguh. Cakap kuat, tapi buatnya, tepuk dada tanyalah iman. Kita TUNE diri kita sedikit demi sedikit, mungkin akan dapat membuat sedikit perubahan daripada tiada.

1.20 pagi 14 Oktober 2010 Rumah PKNS, Kuala Selangor

Penulis juga adalah; Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management (http://iqclassmanagement.blogspot.com) Bendahari Agung Briged Bakti Malaysia (BBM) Setiausaha ABIM Cawangan Negeri Selangor (http://abimselangor.blogspot.com) YDP ABIM Cawangan Kuala Selangor (http://abimdks.blogspot.com)

3

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->