You are on page 1of 2

Soalan: Masalah pembuangan bayi semakin hari semakin membimbangkan

masyarakat.

Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi


dan kesannya akibat tindakan tersebut.

Jawapan cadangan:

Masalah pembuangan bayi semakin hari semakin membimbangkan


masyarakat. Hal ini demikian, kerana jumlah kes pembuangan bayi semakin
meningkat dari tahun ke tahun.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pembuangan bayi,


antaranya ialah tiada persediaan untuk menjadi ibu bapa. Hal ini turut
disebabkan ibu tidak bersedia untuk berhamil. Seseorang ibu akan berasa
tertekan apabila tiada keinginan untuk berhamil. Hal ini demikian, kerana
seseorang ibu menyedari tanggungjawab yang harus dipikul setelah bayi itu
dilahirkan. Oleh itu, dengan ketiadaan persediaan untuk memelihara
seseorang anak, ibu bapa akan mengambil tindakan untuk membuang bayi.

Selain faktor itu, masalah pembuangan bayi turut berlaku apabila ibu
bapa kurang kesedaran terhadap kepentingan perancangan keluarga. Ibu bapa
mengabaikan perancangan untuk bilangan anak dan kewangan. Hal ini jelas
bahawa ibu bapa melahirkan anak mengikut hawa nafsu tanpa mengambil kira
bilangan anak mengikut kemampuan mereka. Apabila kemampuan ibu bapa
dari segi kewangan tidak dapat menampung bilangan anak yang banyak, maka
ibu bapa yang tidak bertanggungjawab akan memilih untuk membuang bayi.

Pembuangan bayi akan meninggalkan banyak kesan kepada individu itu


sendiri mahupun masyarakat. Antara kesannya ialah ibu akan mengalami
gangguan psikologi. Tidak dapat menafikan bahawa seseorang ibu yang
membuang bayinya akan berasa bersalah dan berdosa setelah setempoh masa
berlalu. Seseorang ibu itu akan sesal dan menganggap diri sebagai pembunuh.
Sebagai kesannya, seseorang ibu itu akan menghadapi gangguan emosi dan
mental. Keadaan bertambah buruk lagi apabila ahli keluarga menyalahi dan
memarahi ibu bapa yang membuang bayi mereka sendiri. Hal ini memberi
kesan yang mendalam terhadap ibu tersebut sehingga boleh menyebabkannya
gila.

Kesan yang lain ialah hilang sikap tanggungjawab dalam kalangan


masyarakat. Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa jelas
memperlihatkan sikap tanggungjawab semakin merosot malah lenyap dalam
kalangan masyarakat. Mereka yang tidak bertanggungjawab merasakan
perkara ini adalah satu kebiasaan. Selain itu, mereka turut tidak menghiraukan
kepentingan nyawa yang baru dilahirkan. Jelasnya, perbuatan pembuangan
bayi seolah-olah amalan masyarakat Jahiliah kerana ketiadaan nilai
tanggungjawab dan kemanusiaan.

Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi perlu dicegah dengan


berkesan. Oleh itu, kerjasama antara pihak amat mustahak untuk
membendung masalah pembuangan bayi.

You might also like