You are on page 1of 26

Etika Kebebasan Beragama

SOALAN:

“Etika Kebebasan Beragama Di Negara Ini (Malaysia)”.

PENDAHULUAN

MALAYSIA adalah sebuah negara yang dibina dalam jaringan kepelbagaian rupa

bangsa dan negara. Hidup dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk 1 memerlukan

sikap toleransi tinggi dan nilai hidup bersama yang kukuh. Inilah uniknya Malaysia sejak

dulu dibina secara bersama berteraskan prinsip perlembagaan dan falsafah Rukun

Negara. Jadi, berlandaskan kesepaduan jitu itulah negara mampu memacu kejayaan

yang mencetuskan rasa cemburu negara lain. Ini kerana walaupun kita hidup dalam

masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan budaya hidup dan anutan agama

berbeza, kita saling memahami dan tidak ekstrim apabila berhadapan sesuatu isu

sensitif. Inilah yang tidak ada pada negara lain.

Pun begitu, sejak kebelakangan ini timbul juga kocakan krisis yang menyentuh

isu sensitif khususnya yang bersabit aspek bangsa, bahasa mahupun agama. Namun,

kita percaya seluruh rakyat Malaysia tidak mudah melatah menghadapi sesuatu isu

kerana mereka semakin matang dan bijaksana dalam bertindak. Inilah elemen yang

mengakar umbi di kalangan rakyat Malaysia selama ini dan semestinya diperkukuhkan

1
Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum
serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga
bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa
maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu
dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah
masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah
membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk
satu kumpulan yang bersatu padu’.

1
Etika Kebebasan Beragama
lagi agar misi dan visi negara menjana pembangunan tidak terencat dengan krisis

berbentuk perkauman dan keagamaan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir

Mohamad2 pernah berkata, “Untuk membina satu negara yang bersatu padu, rakyat

perlu mempunyai visi yang sama mengenai negara yang hendak dibentuk. Matlamat kita

ialah mewujudkan satu bangsa yang bukan saja taat setia kepada negara, tetapi

mempunyai masa depan yang sama. Ke arah mencapai matlamat ini, kita perlu

meningkatkan usaha menyatupadukan rakyat di samping menghapuskan perasaan syak

wasangka dan prejudis di antara satu sama lain.”

DEFINISI

Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau

masyarakat, untuk mengamalkan agama atau kepercayaan dalam ruang peribadi atau

umum. Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak

mengikut mana-mana agama. Dalam negara yang mengamalkan kebebasan beragama,

agama-agama lain bebas diamalkan dan ia tidak menghukum atau menindas pengikut

kepercayaan lain yang lain daripada agama rasmi. Perkara 18 3 dalam Kovenan

Antarabangsa PBB tentang Hak-Hak Sivil dan Politik menyatakan dasar yang menafikan

kebebasan seseorang untuk mengamalkan agamanya merupakan satu kezaliman

rohaniah. Kebebasan beragama merupakan satu konsep perundangan yang berkaitan,

2
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, dilahirkan pada 20 Disember1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama
penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16
Julai 1981 sehingga 31 Oktober2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan
menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
3
Deklarasi Hak Asasi Manusia (HAM) atau Universal Independent of Human Righ dicetuskan pada tanggal 10
Desember 1948. Deklarasi tersebut dilatarbelakangi oleh usainya perang dunia II dan banyaknya negara-negara di
Asia dan Afrika merdeka dan bergabung dalam United Nation of Organization ( UNO )atau Perserikatan Bangsa-
Bangsa ( PBB ), yang tujuan awalnya adalah untuk mencegah terjadinya perang dunia kembali.

2
Etika Kebebasan Beragama
tetapi tidak serupa dengan, toleransi agama, pemisahan di antara agama dan negara,

atau negara sekular (laïcité)4.

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang diterima oleh 50 anggota

Perhimpunan Agung PBB pada 10 Disember 1948, dengan lapan berkecuali, di Paris,

mentakrifkan kebebasan beragama sebagai: "Setiap orang berhak kepada kebebasan

berfikir, berkeyakinan dan beragama; hak-hak ini termasuk kebebasan untuk menukar

agama atau kepercayaan, dan kebebasan, sama ada sendirian atau dalam masyarakat

bersama orang lain dan dalam ruang awam atau peribadi, untuk menzahirkan agama

atau kepercayaannya dalam pengajaran, amalan, penyembahan dan pengamalan

agama."

Kebebasan adalah sebahagian daripada hak‐hak manusia yang bersifat asasi.

Semua agama, tradisi, negara, tamadun dan perlembagaan mengiktiraf kenyataan ini.

Di Malaysia sebahagian daripada hak-hak tersebut terkanun di dalam Bahagian Dua

Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, pada praktiknya tidak semua daripada hak‐

hak tersebut benar‐benar signifikan kerana terdapat sekatan-sekatan yang kelihatan

melampau dikenakan. Ini kerana meskipun sekatan‐sekatan tersebut yang dikenakan

oleh statut‐statut tertentu, dibenarkan oleh perlembagaan, pada hakikatnya undang‐

undang yang berkenaan telah menafikan hak‐hak yang sangat asasi dan penting buat

sesebuah demokrasi.

4
Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran
agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal
keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme
merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang
berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.

3
Etika Kebebasan Beragama

Keadaan tersebut menimbulkan tanggapan bahawa perlembagaan hanya agung

pada teorinya sahaja. Boleh dikatakan bahawa masalah yang wujud hari ini sebenarnya

berpunca daripada ketiadaan arah dan falsafah bagi menjamin pengekalan hak‐hak

berkenaan dalam bentuk yang bermakna. Dalam hal ini Suruhanjaya Reid 5 kelihatan

bersalah kerana terlalu yakin bahawa kebebasan asasi telah memiliki asas yang kukuh di

negara ini. Walaupun begitu kerangka perlembagaan tidak seratus peratus bersalah

kerana apa yang dilihat sebagai pengikisan atau penafian hak‐hak berkenaan,

khususnya akhir‐akhir ini, turut berpunca daripada kurangnya kefahaman tentang sifat

dan pentingnya hak‐hak berkenaan, khususnya dalam konteks demokrasi dan tabii

manusia sebagai insan yang tinggi darjatnya.

KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA DI BAWAH PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN

Perkara 11. Kebebasan Ugama.

(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan,

tertakluk kepada Fasal (4),mengembangkannya.

(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari

cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi

maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak

5
Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan
merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan
daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang
hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

4
Etika Kebebasan Beragama
a. menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;

b. menubuhkan dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama

atau khairat; dan

c. memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya

mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau

menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-

orang yang menganuti ugama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan

mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam,

kesihatan awam atau akhlak.

Perlembagaan6 membenarkan kebebasan beragama. Perkara 11 menyatakan,

“Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” tetapi perkara ini

juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk

“mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin 7 atau kepercayaan agama di

kalangan orang yang menganuti agama Islam.” Perkara 3 dalam Perlembagaan

menyatakan bahawa, “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan “Parlimen boleh melalui

undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama

Islam.” Perkara 160 dalam Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang

6
Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara,
adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah
dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
7
Prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima.

5
Etika Kebebasan Beragama
yang menganuti agama Islam. Mahkamah sivil biasanya menyerahkan kuasa kepada

mahkamah Syariah bagi kes-kes berkaitan keluar daripada agama Islam, dan mahkamah

Syariah pula enggan membenarkan sesiapa keluar daripada agama Islam. Undang-

undang dan dasar-dasar lain mengenakan beberapa sekatan terhadap kebebasan

beragama.

Sepanjang tempoh laporan ini, tiada sebarang perubahan dari segi status

menghormati kebebasan beragama oleh Kerajaan. Kerajaan mengekalkan senarai rasmi

56 ajaran yang dianggap “sesat”8 dan mengancam keselamatan negara. Kerajaan boleh

menahan orang Islam yang menyimpang daripada ajaran asas Ahli Sunnah Waljamaah

dan diwajibkan menjalani “pemulihan” di pusat-pusat yang mengajar dan

menguatkuasakan amalan-amalan Islam yang dibenarkan pihak kerajaan. Umumnya,

orang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam untuk menganut agama lain

secara sah tetapi penganut agama lain boleh menganut agama Islam. Pegawai-pegawai

di peringkat persekutuan dan negeri memantau kegiatan agama Islam, dan mereka

kadang-kadang mempengaruhi kandungan khutbah, menggunakan masjid untuk

menyampaikan mesej politik, dan menghalang imam-imam tertentu daripada berucap di

dalam masjid. Kerajaan mengekalkan dua sistem perundangan, di mana mahkamah

Syariah mempunyai kuasa ke atas isu-isu agama dan kekeluargaan yang melibatkan

orang Islam, dan mahkamah sekular mempunyai kuasa ke atas isu-isu lain berkaitan

penduduk keseluruhan. Dasar-dasar kerajaan menggalakkan Islam mengatasi agama-

8
Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di  Malaysia bukanlah satu
perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya
kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah didalam ajaran-
ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain.

6
Etika Kebebasan Beragama
agama lain. Kumpulan agama minoriti9 umumnya bebas mengamalkan kepercayaan

mereka; tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, ramai telah menyuarakan

kebimbangan bahawa sistem mahkamah sivil secara beransur-ansur menyerahkan

bidang kuasa kepada mahkamah Syariah, terutama dalam hal-hal berkaitan undang-

undang keluarga yang melibatkan pertikaian di antara orang Islam dan bukan Islam.

Penganut agama minoriti terus menghadapi sekatan dalam menzahirkan agama mereka

dan mendakwa berlaku pencabulan hak-hak harta. Kerajaan menghadkan pengedaran

bahan-bahan agama Kristian berbahasa Melayu di semenanjung Malaysia dan melarang

pendakyahan agama lain kepada orang Islam oleh orang bukan Islam.

Terdapat sedikit laporan penganiyaan atau diskriminasi 10 masyarakat berdasarkan

pertalian, kepercayaan atau amalan agama. Kerajaan A.S. berbincang tentang

kebebasan beragama bersama Kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada dasarnya

menggalakkan hak asasi manusia secara menyeluruh. Wakil-wakil Kedutaan

mengekalkan dialog yang aktif dengan para pemimpin dan wakil kumpulan-kumpulan

agama, termasuk mereka yang tidak diiktiraf secara rasmi oleh Kerajaan Malaysia.

Bahagian I. Demografi Agama

Negara Malaysia mempunyai kawasan 127,000 batu persegi dan penduduk

berjumlah 27.7 juta. Menurut bancian tahun 2000, 60 peratus daripada penduduk

mengamalkan agama Islam; 19 peratus agama Buddha; 9 peratus agama Kristian; 6

9
Di Malaysia ada banyak isu berkaitan dengan agama yang perlu ditangani secara bijaksana. Yang mempunyai
kepakaran dalam bidang ilmu agama perlu berada di barisan hadapan dalam usaha menyelesaikan isu-isu yang boleh
membawa konflik terbuka di antara penganut-penganut pelbagai agama
10
Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2008

7
Etika Kebebasan Beragama
peratus agama Hindu; dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme, dan kepercayaan-

kepercayaan tradisi kaum Cina lain. Kumpulan agama minoriti lain termasuk animisme,

Sikh dan Baha’i. Orang Melayu beragama Islam merangkumi lebih kurang 55 peratus

daripada jumlah penduduk. Tiga daripada lima parti politik utama adalah berlandaskan

bangsa dan agama. Majoriti penganut Kristian tinggal di negeri-negeri di timur Malaysia

iaitu Sabah dan Sarawak.

Bahagian II. Status Kebebasan Beragama

Kerangka Undang-undang/Dasar

Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama. Perkara 11 menyatakan

“tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” tetapi perkara ini juga

memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk “mengawal

atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan

orang yang menganuti agama Islam.” Undang-undang membenarkan orang ramai atau

pertubuhan menyaman kerajaan bagi pencabulan perlembagaan dalam kebebasan

beragama. Tetapi mahkamah persekutuan lazimnya menyebelahi kerajaan dalam

perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Perkara 3 11 menyatakan “Islam

ialah agama bagi Persekutuan” dan bahawa “Parlimen boleh melalui undang-undang

membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam.” Perkara

160 Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti

agama Islam. Mahkamah sivil umumnya menyerahkan bidang kuasa kepada mahkamah

Syariah dalam kes-kes yang berkaitan dengan keluar daripada agama Islam, dan

11
Perkara 3. Agama bagi Persekutuan. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

8
Etika Kebebasan Beragama
mahkamah Syariah pula enggan membenarkan sesiapa keluar daripada agama Islam.

Perlembagaan mengenalpasti raja-raja sebagai “Ketua Agama Islam” di negeri mereka

masing-masing. Undang-undang dan dasar-dasar lain meletakkan beberapa sekatan

dalam kebebasan beragama.

Masjid-masjid ditadbir di peringkat negeri, dan bukan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pihak berkuasa agama negeri melantik imam masjid dan memberikan garis panduan

bagi kandungan khutbah.

Kerajaan tidak mengiktiraf perkahwinan di antara pasangan Islam dan bukan

Islam. Pihak berkuasa negeri mentadbir undang-undang Syariah melalui mahkamah

Syariah yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua orang Islam. Undang-undang

Syariah dan sejauh mana penguatkuasaannya berlainan di antara negeri. Kerajaan

negeri mengenakan undang-undang Islam ke atas orang Islam dalam beberapa hal-hal

budaya dan sosial tetapi lazimnya tidak mencampuri amalan keagamaan masyarakat

bukan Islam; tetapi perdebatan berterusan tentang memasukkan unsur-unsur undang-

undang Syariah seperti khalwat (berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang

bukan muhrim), ke dalam undang-undang sivil. Pegawai penguatkuasa agama

mempunyai kuasa untuk menyerbu premis-premis persendirian serta tempat-tempat

awam. Kerajaan tidak menyediakan maklumat jumlah serbuan yang dibuat oleh pegawai

penguatkuasa agama. Mahkamah Syariah tidak memberikan pertimbangan sama rata

terhadap testimoni wanita. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang memajukan hak-

9
Etika Kebebasan Beragama
hak wanita mengadu bahawa golongan wanita tidak menerima layanan adil mahkamah

Syariah dalam hal-hal berkaitan perceraian dan hak penjagaan anak.

Pindaan Kanun Jenayah adalah prerogatif 12 eksklusif Kerajaan Persekutuan.

Walaupun bertentangan dengan undang-undang persekutuan, kerajaan negeri Kelantan

dan Terengganu menjadikan murtad, iaitu keluar daripada agama Islam untuk

menganut agama lain, satu kesalahan yang membawa kepada hukum bunuh. Tiada

siapa telah disabitkan atau dihukum di bawah undang-undang ini, kerana undang-

undang ini tidak boleh dikuatkuasakan. Di peringkat nasional, orang Islam yang mahu

menukar agama hendaklah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada mahkamah

Syariah untuk mengisytiharkan mereka “murtad.” Ini secara langsung melarang

penukaran agama bagi orang Islam kerana mahkamah Syariah jarang membenarkan

permintaan tersebut dan boleh mengenakan hukuman ke atas si murtad.

Pada bulan April 2009, seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri

mengumumkan beliau mahu melaksanakan undang-undang Islam yang satu bagi

menggantikan undang-undang Islam yang berbeza-beza di antara negeri. Kerajaan

menyediakan bantuan kewangan kepada institusi keagamaan Islam tetapi bantuan

kewangan yang lebih terbatas kepada masyarakat bukan Islam. Pada bulan Januari

2009, kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat,

memperuntukkan RM6 juta (US$1.7 juta) bagi tempat ibadat orang bukan Islam.

Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM428 (US$125.9) juta bagi membina tempat

ibadat orang Islam, dan RM8.1 juta (US$2.4 juta) bagi membina tempat ibadat orang
12
Hak Mutlak

10
Etika Kebebasan Beragama
Kristian, Buddha, Hindu dan kumpulan agama minoriti lain di antara tahun 2005 dan

2008.

Kerajaan meraikan Hari Raya Puasa, Hari Raya Qurban, Maulud Nabi, Awal

Muharram, Hari Wesak, Deepavali, Thaipusam, dan Krismas sebagai hari kelepasan am.

Good Friday diraikan secara rasmi di Malaysia Timur.

Bahagian III. Status Penghormatan Masyarakat kepada Kebebasan Beragama

Pemeluk baru agama, terutamanya mereka yang keluar daripada Islam, mungkin

menghadapi stigma yang teruk. Dalam banyak kes, pemeluk baru agama menyorokkan

kepercayaan dan amalan yang baru dianut daripada penganut agama dahulu mereka,

termasuk rakan taulan dan saudara mara. Teks anti-semitik 13, termasuk buku The

Protocol of the Elders Zion (Protokol Pendeta Yahudi), mudah didapati di kedai-kedai

jalanan dan kedai buku di seluruh negara. Kerajaan kadang-kadang menyekat

perbincangan awam tentang isu agama kontroversi seperti kebebasan beragama,

penukaran agama kanak-kanak di bawah umur, dan dialog di antara agama.

Bahagian IV. Dasar Kerajaan A.S.

Kerajaan A.S. membincangkan kebebasan beragama dengan Kerajaan Malaysia

sebagai sebahagian daripada dasarnya untuk menggalakkan hak asasi manusia

menyeluruh.

13
Semitik adalah istilah linguistik yang merujuk kepada subbahagian dari yang secara besarnya bahasa Afro-
Asia Timur Tengah, iaitu bahasa Semitik, baik juga dari penutur mereka' sejajar dengan budaya, dan etnik. Walaupun
terdapat banyak perdebatan tentang skop dari segi perkataan' "bangsa" yang digunakan dalam konteks genetik
populasi dan sejarah, sebagai istilah linguistik keluarga bahasa adalah definisi-baik untuk menggolongkan silam dan
versi moden bahasa Amhara, Arab, Aramia, Akkadia, Ibrani, Malta, Syriak, Tingrinya, dan lain-lain.

11
Etika Kebebasan Beragama

Wakil kedutaan mengekalkan dialog yang aktif dengan para pemimpin dan wakil

pelbagai kumpulan agama, termasuk mereka yang tidak secara rasmi diiktiraf oleh

Kerajaan. Progam kedutaan termasuk lawatan ke Amerika Syarikat bagi pendidik Islam

dan lawatan untuk member syarahan ke Malaysia oleh pemimpin masyarakat Islam

Amerika. Kerajaan A.S. juga membiayai geran masyarakat sivil dan geran program

pertukaran bagi wakil pertubuhan bukan kerajaan yang berkhidmat untuk

menggalakkan tolak ansur agama, menghormati kepelbagaian, hak asasi manusia, dan

keterbukaan di dalam negara.

MENGHAYATI KEBEBASAN BERAGAMA

Jelaslah perpaduan rakyat yang tinggi menjadi pemangkin kejayaan dan

kelangsungan pembangunan negara. Sesungguhnya rakyat Malaysia khususnya generasi

muda seharusnya memahami kedudukan fasal kebebasan beragama sebagaimana

termaktub dalam Perlembagaan dan ini bertepatan dengan kehendak Islam sendiri yang

turut menghormati hak asasi manusia dalam soal beragama. Untuk menghalusi aspek

kebebasan beragama, ada baiknya kita tinjau apa yang dinyatakan Perlembagaan

negara. Kebebasan beragama jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia melalui

Perkara 11 dan 12 yang antara lain menyatakan, “Tiap-tiap orang berhak memeluk dan

mengamalkan agamanya.” Juga ada diterterakan, “Setiap rakyat berhak menguruskan

hal ehwal agamanya, menubuhkan dan menyelenggarakan yayasan untuk agamanya

dan berhak memiliki harta dan mentadbirkan harta itu. Inilah jaminan kebebasan

12
Etika Kebebasan Beragama
beragama dalam Perlembagaan Malaysia dan setiap rakyat seharusnya memahami dan

mematuhi. Sekarang kita mengambil sudut pandangan Islam berhubung kebebasan

beragama. Sememangnya Islam menggariskan panduan jitu dan jelas agar kehidupan

manusia di muka bumi ini berada dalam sentosa dan saling hidup aman. Dalam Surah

Al-Baqarah ayat 256, Allah s.w.t berfirman, “Tidak ada paksaan untuk (memasuki)

agama (Islam), sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah.”

Satu lagi pernyataan Allah berhubung kebebasan beragama menerusi Surah Al-Kahfi

ayat 29 bermaksud, “Dan katakanlah kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka

sesiapa yang ingin beriman, hendaklah ia beriman dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah

ia kafir.” Justeru, Allah telah memberikan pedoman lengkap kepada kita berkaitan

kebebasan beragama. Di sini bermakna Islam tidak pernah menghalang orang bukan

Islam mengamalkan ajaran agama masing-masing selagi ia tidak mendatangkan

kemudaratan atau bahaya kepada masyarakat. Apa saja upacara berbentuk perayaan

atau ritual tidak boleh diganggu oleh orang Islam. Malah, Islam menjamin pemeliharaan

harta benda dan kehormatan nyawa sesama manusia. Hal ini boleh dirujuk kepada

sabda Rasulullah s.a.w berikut yang jelas memandu kita mengenai hak orang bukan

Islam. Lebih daripada itu, Rasulullah memberi amaran dan peringatan kepada kita

terhadap sebarang perlanggaran dan pencerobohan ke atas hak orang bukan Islam.

Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Sesiapa yang menzalimi seorang mu’ahad (orang

bukan Islam yang membuat perjanjian) atau melanggar haknya atau membebankannya

di luar keupayaannya atau merampas apa saja daripadanya tanpa kerelaannya, aku

sendiri akan menuntut keadilan bagi orang yang tertindas itu pada hari pembalasan

nanti.” (Hadis riwayat Abu Daud).

13
Etika Kebebasan Beragama

Seterusnya Nabi s.a.w meninggalkan peringatan ini kepada kita, “Sesiapa yang

menyakiti hati seorang zimmi (orang kafir yang patuh kepada pemerintah Islam), aku

adalah musuhnya dan sesiapa yang aku menjadi musuhnya, maka aku akan

memusuhinya pada hari kiamat.” Berikut dipaparkan satu peristiwa bagi

menggambarkan keadilan Islam dalam menguruskan negara dan masyarakat.

Dikisahkan berlaku seorang Islam membunuh seorang kafir mu’ahad pada zaman

Rasulullah, lalu Baginda mengambil tindakan ke atas pembunuh itu dengan dikenakan

qisas14. Setelah dilaksanakan hukuman itu, Nabi mengatakan, “Aku ialah orang yang

paling (baik dalam) memenuhi tanggungjawab.” Menurut Imam Malik, seseorang Islam

yang membunuh orang bukan Islam hendaklah dikenakan hukuman mati. Demikian

Islam menjaga, memelihara dan membina kehidupan bermasyarakat yang luhur dan

harmoni tanpa mengetepikan hak orang bukan Islam dan kerana faktor inilah keadaan

masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah dan para sahabat Baginda seterusnya

sehingga era kerajaan Bani Umaiyah, Abasiyyah dan Uthmaniyah Turki, Islam berjaya

disebarkan secara meluas ke serata pelusuk dunia. Keindahan pekerti umat ditambah

dengan keadilan dalam Islam telah menambat hati orang bukan Islam sehingga

membuka hati mereka menerima Islam dengan fikiran terbuka. Oleh yang demikian,

rakyat Malaysia seharusnya memahami dengan sepenuh penghayatan erti kebebasan

beragama demi membina sebuah negara aman harmoni sekali gus dapat memunculkan

negara sebagai sebuah negara Islam contoh. Bersatulah dan hapuskan prasangka buruk

demi negara, bangsa dan agama.

14
Hukuman Qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah
S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

14
Etika Kebebasan Beragama

KEBEBASAN BERAGAMA MENURUT ISLAM

Sungguhpun menjadi kewajiban bagi ummat Islam menyeru manusia ke jalan

Allah, jalan yang benar, ummat Islam dilarang  memaksa orang lain memeluk Islam,

Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam  agama Islam (yakni untuk

memeluknya), sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan

(kekufuran)……(Al-Quran Surah Al-Baqarah: 256) 

Allah s.w.t. menyeru ummat manusia yang berbilang kaum dan agama supaya 

saling berkenal-kenalan satu dengan lainnya, Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai Ummat manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu  daripada

lelaki dan perempuan,  dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan puak,

supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain.)

Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa

diantara kamu (bukan karena keturunan ataupun bangsanya). Sesungguhnya Allah

Maha mengetahui dan Maha mendalam PengetahuanNya. ” (Al-Quran Surah Al Hujurat :

13)

Islam merupakan sebuah agama yang sentiasa mengamalkan sifat universal

(‘alamiyyah)15, toleransi (tasamuh)16 dan kasih sayang (mahabbah)17 dalam segenap

perkara. Ini amat bertepatan dengan maksudnya sebagai “selamat dan sejahtera”.
15
Surah al-Anbiya’ 21:107.
16
Surah al-Baqarah 2: 256; Surah Yunus 10:99; Surah al-Hajj 22:40-41.
17
Surah al-Hujurat 49:13.

15
Etika Kebebasan Beragama
Ketiga-tiga istilah tersebut mempunyai hubung kait yang amat rapat antara satu sama

lain.

KONSEP TOLERANSI

Dalam Surah al-Anbiya’ 21:107 memberikan gambaran yang jelas bahawa Islam

membawa suatu ajaran yang bersifat universal ( Rahmatan lil ‘Alamin). Namun demikian,

sifat universal yang dimaksudkan tertakluk pada kesesuaian dan kewajarannya yang

boleh diterima dan dipraktikkan oleh seluruh manusia 18. Dengan kata lain, tidak

kesemua inti pati ajaran Islam itu adalah bersifat universal kerana ibadah khasnya, ia

melambangkan nilai-nilai “absolute” yang terkandung di dalam agama Islam itu sendiri.

Justeru itu, universal dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua kerangka

utama. Pertama; kesatuan mutlak terhadap Tuhan Yang Maha Esa ( tawhid) yang

dilandasi dengan satu keyakinan yang utuh tanpa batasan ras, bangsa dan sempadan

geografi. Kedua; penegasan prinsip-prinsip moral seperti keadilan, mushawarah, tolong-

menolong, melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kesejahteraan dan juga

larangan daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada bencana atau

kemusnahan19.

18
Sehubungan itu, dalam hal-hal ibadat seperti cara wuduk, perkahwinan, perwarisan harta pusaka dan
sebagainya tidak termasuk dalam pengertian universal tersebut. Sebaliknya Islam hanya menekankan soal nilai-nilai
sosial atau kemanusiaan.
19
Syahrin Harahap (1997), Islam Dinamis: Menegakkan Nilai-nilai Ajaran al-Qur’an Dalam Kehidupan Modern di
Indonesia. Yogyakarta: Tiara Wacana, h. 286-287.

16
Etika Kebebasan Beragama
Sementara itu, Islam juga sangat menjunjung tinggi sifat toleransi ( tasamuh)

sebagai sebahagian daripada kekuatan Islam20. Islam bukan agama yang

berorientasikan paksaan mahupun penindasan. Perkara ini telah dijelaskan dengan tegas

di dalam al-Qur’an sebagaimana antara firmanNya yang bermaksud: 21

“Allah S.W.T. tidak melarang kamu untuk berlaku adil serta berbuat baik

terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama dan (terhadap mereka

yang) tidak mengusir kamu dari rumahmu. Sesungguhnya Allah S.W.T. mencintai orang

yang adil.”

Berasaskan ayat tersebut, jelas bahawa perbezaan agama bukanlah alasan untuk

tidak berlaku adil. Justeru, berlaku adil dan berkelakuan baik terhadap orang lain yang

berbeza keyakinan merupakan sebahagian daripada syarat terpenting yang membawa

kepada sifat toleransi.

Selain daripada itu, sifat yang utama dalam Islam adalah mahabbah yang juga

merupakan intipati terpenting kepada konsep rahmah yang bermaksud kasih sayang.

Prinsip ini menekankan penonjolan sikap berkasih sayang sesama insan terutamanya

terhadap umat Islam dan sewajarnya juga kepada non-Muslim yang tidak

memperlihatkan permusuhan mahupun penentangan terhadap Islam dan umatnya.

Pendekatan ini selaras dengan keteladanan yang diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w..

Justeru, mahabbah dilihat mempunyai perkaitan yang begitu rapat dengan toleransi

(tasamuh) yang memerlukan setiap individu untuk bersikap berlapang dada, rasional

dan profesional dalam sesuatu perkara. Namun begitu, mahabbah dilihat mengandungi
20
Lihat Le Bon, Gustave (1969), Hadarat al-‘Arab. Zu‘aytir, ‘Adil (terj.), Kaherah: Matba‘ah ‘Isa al-Babi al-Halabi,
h. 126.
21
Surah al-Mumtahanah 60:8.

17
Etika Kebebasan Beragama
maksud dan pendekatan yang lebih ideal berbanding toleransi. Ini kerana toleransi

sering sahaja boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat hingga

menimbulkan persoalan siapa yang perlu “bertolak” dan siapa pula yang perlu

"beransur". Lantaran itu jugalah terdapat pihak-pihak tertentu yang mula berani

mencabar kredibiliti dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan sejak akhir-akhir ini.

Dalam hal ini, toleransi beragama atau mahabbah yang dituntut oleh Islam

bukanlah bersifat pasif. Sebaliknya ia perlu bersifat proaktif dan positif iaitu bersedia

untuk mencari nilai “persamaan” di sebalik perbezaan demi menghargai prinsip hidup

dan keyakinan individu lain22 dan seterusnya dapat dizahirkan melalui interaksi yang

telus dan rasional. Sebagaimana yang terkandung di dalam Surah al-Hujurat 49:13,

keanekaan ras, bangsa dan budaya merupakan suatu keadaan yang telah ditetapkan

Allah S.W.T. kepada manusia agar bersikap pluralistik dengan saling kenal-mengenali ( li

ta‘arafu) dan faham-memahami (tafahum) antara satu dengan yang lain. 23 Justeru,

dengan berasaskan kepada tasawwur awal serta prinsip-prinsip mahabbah atau toleransi

beragama ini, kajian ini akan cuba memaparkan realiti, cabaran dan cadangan yang

sewajarnya diperhalusi dengan lebih tulus dan rasional bagi mencapai hasrat yang

dinginkan sejajar dengan pernyataan yang terkandung di dalam Perlembagaan

Persekutuan Malaysia.

CABARAN DAN REALITI

22
Muhammad Natsir (1983), Islam dan Kristen di Indonesia. Jakarta: Media Dakwah, h. 205.
23
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (2004), “Budaya Kenal-Mengenal dalam Pembinaan Ummah Sejagat”
dalam Mohd Fauzi Hamat et al. (eds.), Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, APIUM, h. 259.

18
Etika Kebebasan Beragama

Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi pada masa kini dalam

mengekalkan hubungan mahabbah atau toleransi beragama di negara ini. Antara

halangan yang utama kini adalah kesenggangan generasi ( generation gap). Mungkin

ada benarnya apa yang pernah dikatakan oleh Ibn Khaldun iaitu satu generasi

bersamaan dengan 40 tahun umur alami. Ini bermakna generasi kini merupakan

generasi kedua selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dan pada generasi inilah

lazimnya semangat juang menjadi semakin pudar. Justeru tidak hairanlah sekiranya

ikatan perjanjian yang pernah dipersetujui bersama setiap kaum suatu ketika dahulu

dipersoalkan semula disebabkan sikap saling mempercayai dan menghormati yang telah

mulai luntur.

Fenomena yang berlaku ini juga adalah disebabkan perubahan gaya hidup yang

berlaku akibat daripada kepesatan aliran sistem komunikasi dan informasi antarabangsa.

Hal ini telah meluaskan lagi ruang setiap masyarakat untuk bersikap individualistik,

seterusnya melunturkan rasa kepedulian terhadap sosial, terperangkap dalam kehidupan

hedonistic yang akhirnya memperkukuh kelunturan idealisme serta semangat juang dan

juga sikap agnostic (tidak acuh) terhadap kepentingan agama di kalangan warga

Malaysia.24

Di samping itu juga, dominasi kaum atau etnik tertentu terhadap sesuatu agama

adakalanya mempengaruhi interaksi sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Ini

24
Ghazali Basri (Dr.) (2004), Islam dan Keharmonian Hidup Beragama di Malaysia: Prospek dan Cabaran.
Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan, h. 10.

19
Etika Kebebasan Beragama
kerana apabila setiap etnik atau kaum akan sentiasa memperlihatkan usaha

menzahirkan dan memurnikan kehidupan beragamanya masing-masing, pastinya akan

menimbulkan persaingan yang berbentuk eksklusivistik keterlaluan yang membawa

kepada salah faham dan ketegangan. Keadaan ini lebih jelas dilihat berlaku kepada

kaum atau etnik Melayu khasnya. Justeru, kebanyakan konflik yang berlaku walaupun

berkaitan dengan perkauman, ia sering sahaja mengheret agama-agama tertentu

terlibat sama. Konflik-konflik sebegini juga sering kali berpunca daripada sifat “dua

muka” yang wujud pada setiap agama. Pada satu sudut, agama memiliki nilai-nilai yang

bersifat inklusif, universal dan transenden. Namun pada sudut yang lain pula agama

turut mengandungi hal-hal yang bersifat eksklusif, partikular dan primordial. 25

Ketidaktepatan dalam memahami sifat “dua muka” ini merupakan penyebab kepada

terjadinya antagonisme antara masyarakat berbilang agama. 26 Inilah yang telah

mewarnai sebahagian besar daripada punca berlakunya konflik atau rusuhan di Malaysia

dan begitu juga di kebanyakan negara lain.

Bermula daripada sikap tersebut juga telah mendorong pula kepada sikap

inklusivistik yang keterlaluan dengan meletakkan semua agama adalah sama. Fenomena

ini telah mencetuskan faham pluralisme agama yang diasaskan kepada Kesatuan

Transenden Agama-agama (Trancendent Unity of Religions) yang menanggapi

kebenaran mutlak tentang Tuhan adalah milik bersama semua agama, sekaligus

membenar dan menyama tarafkan semua agama. 27 Gerakan pemikiran tersebut kini giat

25
Bahtiar Effendy (2001), op.cit, h. 42.
26
Dalam konteks politik dan ideologi, hal semacam ini boleh dibaca dalam semangat perdebatan yang kental
perbezaan absolutismenya antara penganut agama. Terutama sekali dalam upaya mereka menetapkan dasar negara,
sebagaimana yang diusahakan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
27
Alwi Sihab (1999), Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama. Bandung: Penerbit Mizan, h. 23-27.

20
Etika Kebebasan Beragama
dilakukan terutamanya oleh kelompok Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Perkara

ini seharusnya ditangani dengan segera secara ilmiah agar tidak menimbulkan

kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam.

Berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam masyarakat majmuk di Malaysia

pada masa kini, amalan mahabbah atau toleransi beragama di Malaysia tidak

berlangsung dengan cara yang telus dan bersungguh, sebaliknya ia boleh dianggap

hanya bersifat kosmetik. Keharmonian yang bercorak tempelan sebegini boleh

mengundang kepada risiko perpecahan kerana ia lebih bersifat utilitarian dan tidak

berasaskan “idealisme tulen”.28 Dengan kata lain, keharmonian yang terzahir hanya

berada pada aras permukaan sahaja. Kalaupun ada kesungguhan dibuat untuk tujuan

tersebut, ia hanya berlaku di kalangan kelompok-kelompok kecil terutamanya golongan

intelek di kawasan bandar dan tidak meliputi kesemua etnik khususnya di kawasan

pedalaman.

Hakikatnya tahap integrasi antara kaum dan agama sehingga ke hari ini masih

sukar untuk mencapai kepada tahap yang lebih tinggi iaitu asimilasi 29 dan amalgamasi.30

Jika dinilai melalui model integrasi Ali Mazrui, hubungan antara kaum yang berlaku di

negara ini berada pada tahap “ a relationship of compromise”. Tahap ini menampakkan

peningkatan kepada perhubungan yang berlandaskan kompromi antara kaum atau

28
Abu Hassan Othman (2005), “Hubungan Harmoni Antara Kaum Kunci Kestabilan Negara” dalam Islam Sebagai
Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, h. 497.
29
Satu proses yang adakalanya dinamakan sebagai asimilasi struktur untuk membezakannya daripada akulturasi
atau asimilasi budaya. Konsep asimilasi menjelaskan kemasukan ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan
dan berkait rapat.
30
Suatu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras
yang baru.

21
Etika Kebebasan Beragama
etnik. Para pemimpin setiap kaum atau etnik terpaksa meningkatkan tahap

persefahaman dengan menerima beberapa dasar kerajaan yang bertujuan membina

bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan mengenepikan fahaman sempit yang bersifat

perkauman. Walaupun masyarakat Malaysia sudah berada pada tahap tersebut, proses

integrasi ini tidak menampakkan transformasi berterusan menuju ke tahap yang

seterusnya iaitu “the stage of coalescence”. Ini kerana memerlukan penyatuan

masyarakat dari pelbagai kaum atau etnik sebagai asas bagi penyempurnaan sebuah

masyarakat baru yang sekaligus akan menyebabkan kaum pendatang kehilangan

sebahagian besar daripada identiti asalnya. 31

PENUTUP

Keadaan yang dialami kini amatlah membimbangkan. Ini kerana pengabaian

terhadap budaya toleransi beragama ini mampu mendatangkan bencana kepada negara.

Justeru, sewajarnya kita perlu bersama-sama menangani persoalan toleransi beragama

sebagaimana yang diasaskan oleh ajaran Islam yang rahmah.

Sehubungan dengan itu, pendekatan secara defensif dengan menganggap isu

agama merupakan suatu yang sangat sensitif untuk diperbincangkan perlu ditinggalkan.

Sebaliknya pendekatan secara ofensif perlu diambil dalam usaha mewujudkan toleransi

beragama di Malaysia, iaitu dengan menghargai persamaan dan perbezaan yang wujud

dalam setiap agama. Kejahilan tentang perkara ini akan menimbulkan kekeliruan dan

31
Untuk kupasan lanjut sila lihat Mazrui, Ali (1971), “Pluralism and National Integration”, dalam Kuper, Leo &
Smith, M.G. (eds.), Pluralism in Africa. Berkeley: University of California Press, h. 334; Mohd Anuar Ramli (2003),
op.cit., h. 112-114.

22
Etika Kebebasan Beragama
salah faham yang mampu mendorong pembinaan “tembok” tersendiri, sekaligus

menghalang terjadinya interaksi agama yang akhirnya mengakibatkan persengketaan

dan permusuhan.

Hasrat ini pastinya memerlukan tindakan yang bersepadu dan berkesan untuk

setiap lapisan masyarakat. Antara metode terbaik yang boleh dilakukan kini adalah

dengan memperbanyak dan mempelbagaikan bentuk interaksi agama di kalangan

masyarakat. Di samping memperbanyakkan program-program dialog dan perbincangan

di kalangan tokoh-tokoh agama, ia seharusnya diperluaskan di peringkat sekolah dan

IPT agar sikap prejudis dan salah faham di kalangan setiap penganut agama terhadap

penganut agama yang lain dapat dibendung dan dikawal pada peringkat awal lagi. Pihak

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya

bertanggungjawab memperkasa dan menyeragamkan subjek/disiplin agama-agama di

Malaysia di seluruh institusi pendidikan. Selain daripada itu juga, kerajaan perlu

berusaha memperkukuhkan kefahaman seluruh warga Malaysia terutamanya di

kawasan-kawasan pedalaman untuk menghormati pernyataan yang terkandung di

dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai jati diri bangsa Malaysia. Untuk itu,

media elektronik dan media massa perlu berperanan sebagai wadah informasi berkesan

dalam menyalur dan menanamkan kefahaman tentang perkara ini kepada seluruh

lapisan masyarakat terutamanya generasi muda.

Secara keseluruhannya ternyata Islam adalah asas yang menunjangi seluruh

kehidupan manusia meliputi agama, budaya mahupun tamadun dalam menghadapai

23
Etika Kebebasan Beragama
sebarang bentuk cabaran. Dalam era globalisasi ini kita harus bersikap secara kritis dan

selektif untuk menentukan elemen-elemen yang sesuai dan positif dengan budaya

tempatan kita. Ini kerana kebudayaan Islam adalah kebudayaan yang akomodatif,

memiliki keterbukaan yang cukup luas untuk menampung dan sekaligus

mengintegrasikan unsur-unsur positif dari budaya asing. Secara langsung ia menjamin

suasana yang rukun damai dan harmoni dapat dirasai oleh seluruh masyarakat beraneka

agama dan bangsa di Malaysia.

RUJUKAN

1. Al-Quran Al-Karim.

2. Abdul Aziz Bari, “The Politics of Human Rights”, Sunday Sun, 10 August 1997, hal.

18.

3. Mohamed Suffian bin Hashim, Tun, An Introduction to the Constitution of Malaysia ,

edisi kedua, (1976), hlm. 206.

4. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 5(4).

5. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 5(3) dan kes‐kes seperti Mohamed bin

Abdullah v PP [1980] 2 MLJ 201, Sim Kee Ghuan v PP [1982] 2 MLJ 382 dan

PP v Vengadasalam [1990] 1 MLJ 507.

24
Etika Kebebasan Beragama
6. Abdul Aziz Bari, “Di Malaysia tidak ada Kebebasan Akhbar!”, Eksklusif, Bil. 42, 31

Januari 2000, hal. 17.

7. Abdul Aziz Bari, “Murtad dalam konteks Kebebasan Beragama di Malaysia”, (1998)

3 JUUM 54.

8. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam (INTAN) 1991.

9. Syahrin Harahap (1997), Islam Dinamis: Menegakkan Nilai-nilai Ajaran al-Qur’an

Dalam Kehidupan Modern di Indonesia. Yogyakarta: Tiara Wacana, h. 286-287.

10. Le Bon, Gustave (1969), Hadarat al-‘Arab. Zu‘aytir, ‘Adil (terj.), Kaherah: Matba‘ah

‘Isa al-Babi al-Halabi, h. 126.

11. Muhammad Natsir (1983), Islam dan Kristen di Indonesia. Jakarta: Media Dakwah,

h. 205.

12. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (2004), “Budaya Kenal-Mengenal dalam

Pembinaan Ummah Sejagat” dalam Mohd Fauzi Hamat et al. (eds.), Pemikiran

Islam dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran

Islam, APIUM, h. 259.

13. Ghazali Basri (Dr.) (2004), Islam dan Keharmonian Hidup Beragama di Malaysia:

Prospek dan Cabaran. Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan, h. 10.

14. Bahtiar Effendy (2001), op.cit, h. 42.

15. Alwi Sihab (1999), Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama.

Bandung: Penerbit Mizan, h. 23-27.

16. Abu Hassan Othman (2005), “Hubungan Harmoni Antara Kaum Kunci Kestabilan

Negara” dalam Islam Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur: Institut

Kefahaman Islam Malaysia, h. 497.

25
Etika Kebebasan Beragama
17. Mazrui, Ali (1971), “Pluralism and National Integration”, dalam Kuper, Leo & Smith,

M.G. (eds.), Pluralism in Africa. Berkeley: University of California Press, h. 334;

Mohd Anuar Ramli (2003), op.cit., h. 112-114.

26

You might also like