You are on page 1of 6

CARA MEMBACA NOTASI MUZIK

Apa itu pic?


Pic ialah sukatan suara untuk nada muzik atau suara penyanyi. Pic juga
merujuk kepada ketinggian atau kerendahan sesuatu not itu berbunyi. Pic tinggi
berada di sebelah kanan kibod piano dan pic rendah berada di sebelah kiri
kibod piano. Jarak pic biasa di rujuk kepada suara manusia.
 Soprano - suara perempuan yang tinggi
 Alto - suara perempuan yang rendah
 Tenor - suara lelaki yang tinggi
 Bes- suara lelaki yang rendah

Abjad muzikal
Abjad muzikal terdiri daripada A, B, C, D, E, F dan G. Abjad ini mewakili pic
muzikal dan berhubungkait dengan papan putih dalam piano. Apabila abjad itu
mara ke depan, pic untuk setiap not menjadi semakin tinggi.  Abjad muzikal ini
diulangi lebih daripada 7 kali atas 88 papan jari dalam kibod piano.

Papan putih dalam kibod


Kibod piano mempunyai papan putih dan hitam.  Papan putih terdiri daripada
abjad A hingga G. Papan hitam biasanya digelar syap dan flet dan ia diatur
dalam kumpulan duaan dan tigaan. Melalui papan hitam, anda boleh mengenali
sebarang not dalam kibod.  C selalu berada sebelum dua papan hitam di sebelah
kanan.
Staf Muzik
Staf muzik terdiri daripada lima garisan dan empat ruang.  Setiap abjad muzikal
A hingga G berada di atas garisan atau ruang tertentu.

Garisan dan ruang


Not boleh ditulis di atas lima garisan dan empat ruang. Not di atas garisan
terletak di tengah atas garis. Not di dalam ruang berada di antara dua garisan.

Garis Leger
Garis leger ialah garis mendatar yang terletak di atas atau di bawah staf muzik
untuk melanjutkan jarak staf.
Turutan Pic
Turutan pic adalah bersamaan dengan papan putih dalam piano, not atas staf
muzikal dan abjad muzikal.

Satu ton dan setengah ton

Setengah ton adalah unit pic yang paling kecil dalam muzik Barat. Setengah
ton terjadi di antara dua papan putih dalam pasangan E-F dan B-C. Setengah
ton adalah jeda yang paling dekat di antara kekunci.
Tanda Kromat
Tanda Kromat ialah simbol yang menukar not kepada pic lain.

Papan hitam dalam kibod


Kegunaan papan hitam dalam piano ialah untuk memainkan not syap atau flet.

Not Seharmonik
Not seharmonik adalah dua not yang mempunyai pic yang sama tetapi
berlainan nama. Contoh, A syap dan B flet adalah seharmonik kerana not yang
dimainkan dalam piano dengan menggunakan  papan hitam yang sama.
Kibod Seharmonik
Piano ialah kibod seharmonik. Setiap nada yang dimainkan oleh piano boleh
mewakili beberapa not.

Jenis Klef
Klef adalah tanda yang ditulis pada permulaan garis staf penentu kedudukan
pic.

Klef Trebel
Klef Trebel juga dipanggil klef G.
Klef Bes
Klef Bes juga dipanggil klef F.

Klef Alto
Klef alto ialah klef yang meletakkan C tengah pada garis ketiga klef trebel.

 
 
 
 

You might also like