You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
KPLI KDC-SR PENDIDIKAN KHAS
AMBILAN NOVEMBER 2009

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI


(PENANDA WACANA)
DISEDIAKAN UNTUK:

ENCIK AHMAD SUKRI BIN MUSTAFA

DISEDIAKAN OLEH:

PUAN YUSNITA BINTI ABDUL RAGI 830302-08-5816

PUAN PATMAWATIE BINTI MUSTAPA 820530-03-5010

CIK WAN RABIEATUL ‘ADAWIAH BINTI MIOR OTHMAN 851226-08-6106

CIK NUR DALILA BINTI MOHD SAINI 820605-14-5856

PK 2

TARIKH HANTAR:

14 JUN 2010
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 DEFINISI WACANA 4

2 JENIS WACANA 4

3 CIRI-CIRI WACANA 5

4 ASPEK-ASPEK HUBUNGAN WACANA 7

5 PENANDA WACANA 10

6 RUJUKAN 12

7 LAMPIRAN

PENGHARGAAN

2
Sekalung penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing kami,
Encik Ahmad Sukri Bin Mustafa kerana penerangan dan bimbingan
beliau di dalam kelas membolehkan kami membuat dan menyiapkan
tugasan ini.

Ribuan ucapan terima kasih kepada sesama ahli kumpulan yang


bertungkus lumus mencari maklumat serta idea bagi melengkapkan
tugasan ini, seterusnya bersama-sama mengadun dan mengolahnya
supaya berjaya disiapkan.

Segunung rasa kasih dan sayang terhadap semua ahli keluarga


yang memahami dan memberi dorongan kepada kami agar berusaha
untuk membuat yang terbaik bukan hanya untuk tugasan ini, tetapi
juga untuk pelbagai tugasan lain.

Semoga Allah S.W.T memberkati usaha yang kita lakukan dan


mendapat keredaan-Nya.

1.0 DEFINISI WACANA

3
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satu satuan
bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau
gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Wacana
menunjukkan perkembangan fikiran yang berurutan yang disusun dengan sempurna
dan menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam hierarki tatabahasa, wacana
terletak dalam hierarki tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat. Hierarki bahasa ini
ditunjukkan dalam rajah di bawah :

Wacana Ayat Klausa Frasa Kata

2.0 JENIS WACANA :

Wacana Lisan Wacana Tulisan


i. Dihasilkan secara lisan i. Disampaikan secara
yang melibatkan komunikasi bertulis dan melibatkan
secara langsung, iaitu antara hubungan
penutur dengan pendengar antara penulis dengan
pembaca
ii. Ekspresi wajah, nada suara, ii. Komunikasi yang berlaku
gerak badan, dan ialah komunikasi satu arah
sebagainya digunakan atau tidak langsung
semasa menyampai
kan sesuatu perkara kepada
pendengar.
iii. Contoh wacana lisan ialah iii. Contoh wacana tulisan ialah
perbualan harian, temu rencana, akhbar, majalah,
ramah, ceramah, ucapan, buku dan novel.
khutbah, siaran televisyen
dan radio
3.0 CIRI-CIRI WACANA

4
Sebagai satu unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri yang
penting, dimana setiap wacana mesti mempunyai struktur, iaitu terdapat
pendahuluan, isi dan penutup.

Menurut Beaugrande dan Dressier (1981 : 81), terdapat tujuh ciri ketekstualan untuk
menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tujuan, tautan, runtutan, penerimaan,
maklumat, keadaan dan interteks.

3.1 Tujuan

Setiap wacana yang dihasilkan mesti mempunyai tujuan kerana tujuan yang
menentukan jenis wacana yang digunakan. Tujuan wacana adalah untuk
mendapatkan maklumat. Ayat yang digunakan ialah ayat tanya tetapi jika
seseorang ingin menyampaikan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat
penyata. Selain itu, tujuan juga penting untuk memilih teknik penyampaian
wacana atau retorik sama ada secara naratif, deskriptif atau eksposisi atau
penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana sama ada ucapan,
ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya.

3.2 Tautan

Tautan atau kohesi bermaksud keserasian hubungan antara unsur linguistik


dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana. Keserasian dilihat
daripada hubungan antara sesuatu perkataan frasa atau ayat dengan perkataan
dalam wacana tersebut. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara
sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk satu
kesatuan.

Contoh :

(a) Zain, Abdul dan Ahmad ke padang


(b) Mereka ke sana untuk bermain bola

Terdapat tautan antara kedua-dua ayat, ganti nama mereka dalam ayat kedua
merujuk kepada Zain, Abdul dan Ahmad manakala ke sana merujuk kepada ke
padang. Kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana.

5
3.3 Runtutan

Runtutan atau koheran merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam


sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang bermakna. Runtutan
merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana tanpa makna, teks tidak
dianggap sebagai wacana.

Contoh runtutan :

Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi bagi tahap awal tumbesaran.
Susu ibu mengandung kolostrom. Unsur ini kaya dengan protein

Dalam ayat di atas , jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan


yang digunakan. Kesinambungan ini menjadikan ayat-ayat itu bertaut antara satu
sama lain.

3.4 Penerimaan

Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar atau pembaca (khalayak) yang


merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi
sekiranya pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang
disampaikan. Sebaliknya tahap penerimaan rendah sekiranya wacana tersebut
tidak difahami oleh pendengar atau pembaca.

3.5 Maklumat

Setiap wacana perlu mempunyai maklumat, iaitu maklumat baharu atau


maklumat lama. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada
peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya, manakala maklumat
baharu ialah maklumat yang baharu sahaja dinyatakan dalam wacana tersebut.

Contoh :

(a) Amran membeli kasut baharu

6
(b) Kasut itu dibeli di Kedai Watson

Kasut itu merupakan maklumat lama, manakala Kedai Watson merupakan


maklumat baharu.

3.6 Keadaan

Sesuatu wacana perlulah sesuai dengan keadaan. Kesesuaian itu menjadikan


sesuatu wacana relevan dengan situasi unjuran. Pemilihan kata, frasa dan
susunan yang tepat amat penting untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai
dengan keadaan.

3.7 Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung kepads wacana yang lain.


Melalui interteks, sesuatu wacana lebih mudah difahami oleh pembaca atau
pendengar. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau
didengarnya membantunya menghasilkan wacana.

4.0 ASPEK-ASPEK HUBUNGAN WACANA

Keutuhan sesuatu wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubungan dari aspek
Sematik, fonologi, tatabahasa atau gramatikal dan leksikel.

4.1 Hubungan dari Aspek Semantik dan Fonologi


Hubungan wacana dari aspek semantik dapat dilihat daripada kepaduan makna
yang wujud dalam sesuatu wacana. Hubungan semantik antara bahagian
sesebuah wacana dapt diperincikan seperti berikut.
(a) Hubungan sebab dan akibat
(b) Hubungan sebab dan tujuan
(c) Hubungan sebab dan hasil
(d) Hubungan latar dan kesimpulan
(e) Hubungan syarat dan hasil
(f) Hubungan perbandingan

7
(g) Hubungan penjelasan

Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian, intonasi atau nada
suara, unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana. Contohnya
hubungan antara ayat penyata, “Dia sudah pergi”.dengan ayat tanya tanpa kata
tanya, “Dia sudah pergi?”.Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada
suara semasa penutur menuturkannya. Unsur-unsur paralinguistik juga
membantu pemahaman tentang sesuatu wacana, dalam wacana tulisan, unsur-
unsur paralinguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan
persembahan wacana. Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca
seperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya manakala
wacana lisan pula, ekspresi wajah iaitu keadaan air muka serta gerakan tangan
dan badan merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran.

4.2 Hubungan dari Aspek Tatabahasa/ Gramatikal

Penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah penanda rujukan,


penanda penggantian, penanda penghubung dan ellipsis.

4.2.1 Penanda Rujukan

Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti
nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan.

Contoh penggunaan kata ganti nama diri orang :

Sofea merupakan pelajar yang amat rajin. Dia telah lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan.

Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan ialah
dia.

Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk :

8
Mangsa-mangsa banjir di Kampung Seri Murni itu telah ditempatkan di
Sekolah Kebangsaan Seri Murni. Mereka tinggal di sana sejak
seminggu yang lalu.

Penanda rujukan yang digunakan ialah di sana.

4.2.2 Penanda Penggantian

Penanda penggantian bermaksud menantikan sesuatu unsur bahasa


dengan unsur yang lain.

Contoh penggunaan penanda penggantian ialah :

Pelajar-pelajar itu sering ponteng sekolah, perbuatan tersebut hanya


merugikan mereka.

4.2.3 Penanda penghubung

Penanda penghubung dugunakan betujuan mehubungkan kata dengan


kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. Contoh
penggunaan penanda penghubung :

Rencana ini bertujuan melihat perkaitan antara kepakaran individu dengan


pembahagian tugas di tempat kerja. Selain itu, rencana ini juga akan
menghiraukan amalan pengurusan dan pentadbiran di pejabat.

4.2.4 Ellipsis

Ellipsis ialah pengguguran kata, frasa dan klausa yang telah disebut
dalam ayat sebelumnya. Pengguguran dilakukan kerana
pendengar atau pembaca sudah memahami maklumat tersebut.
Contoh ellipsis :

Ani : Awak kerja di mana? (Awak bekerja di mana?)

9
4.3 Hubungan dari Aspek Leksikal/ Pengulangan

Hubungan ini dilihat berdasarkan wujudnya pertalian antara perkataan atau kosa
kata dalam sesuatu wacana. Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan
berdasarkan aspek :

(a) Sinonim
(b) Antonim
(c) Hiponim
(d) Pengulangan kata yang sama
(e) Kolokasi
(f) Unsur bersambut

5.0 PENANDA WACANA

Bagi memastikan keutuhan wacana, kata atau rangkaian kata digunakan sebagai unsur
perangkai yang dapat merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan. Unsur
perangkai ini dipanggil penanda wacana. Penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau
kesinambungan dalam wacana sehingga membentuk kesatuan. Berikut ialah fungsi penanda wacana dan
contoh :

Fungsi Contoh
Tambahan Dan, serta, tambahan lagi
Penyataan semula Iaitu, yakni, dengan kata lain
Urutan Pertama, kedua, seterusnya
Contoh Contohnya, seprti, ibarat
Tempat Berhampiran dengan, berdekatan.disini
Waktu Apabila, semasa, ketika
Sebab dan kesan Oleh itu, justeru, lantaran
Rumusan Kesimpulannya, rumusannya, akhir kata
Perbandingan Serupa dengan, sebagaimana, lain halnya
Pengesahan atau penekanan Sebenarnya, sewajarnya, tentulah
Pertentangan Tetapi, sesungguhnya, namun begitu
Harapan Semoga, mudah-mudahan,moga-moga
Pendahuluan Pertamanya, permulaan,mulanya
Perkaitan Dalam hal ini, dari segi, sari sudut
Tujuan dan maksud Untuk tujuan ini, maksudnya,hal ini bererti
Singkatan Pendek kata, ringkasnya, secara ringkas
Generalisasi Secara amnya, secara umumnya, ringkasnya

10
Bahasa klasik Hatta, alkisah,kalakian

6.0 RUJUKAN

1. Buku Bahasa Melayu STP Kertas 1& 2 (2006)

2. www.wacana.com.my

11
7.0 LAMPIRAN

12

You might also like