You are on page 1of 26

NOR BAHIYAH BT .

MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

1.0 Pengenalan

Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis
disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi
atau daya pengucapannya.” Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna
kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada
bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti
seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di
awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian
persuratan yang bersifat halus dan indah.”

1.1 Genre-genre dalam Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama iaitu:


1. Kesusasteraan Melayu Tradisional
2. Kesusasteraan Melayu Moden

1.2 Kesusteraan Melayu Tradisional

Kesusteraan Melayu trasional terbahagi kepada prose dan puisi.

1.2.1 Prosa Melayu Tradisional

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada
cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-
naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada lisan atau tulisan
dikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh dikatakan sebagai kesusasteraan Melayu

_____________________________________________________________________________________
1

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam karya-karya tersebut
merangkumi seluruh nusantara.

Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional
dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

1. Naratif
2. Bukan naratif

Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi iaitu
naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang
utama iaitu:

1. Mitos
2. Legenda
3. Cerita rakyat

Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita binatang, cerita
jenaka, cerita lipur lara dan cerita teladan.Sementara itu, naratif tulisan terbahagi kepada lima
genre iaitu sastera sejarah, sastera hikayat, sastera sastera panji, sastera kepahlawanan / epik dan
sastera agama. Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu sastera undang-
undang, sastera kitab, sastera ketatanegaraan dan kepustakaan ilmu tradisional.

1.2.2 Puisi Melayu Tradisional

Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas di
Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu
jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba disampaikan adalah
mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.
Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu naratif dan bukan
_____________________________________________________________________________________
2

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

naratif. Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre syair sahaja.
Manakala yang bukan naratif ialah terdiri dari pantun, gurindam, endoi,rejang, dikir/zikir, rubai,
nazam, ghazal, berzanji, qit'ah, seloka, teromba, talibun, peribahasa berangkap dan mentera.

1.3 Kesusasteraan Melayu Moden

1.3.1 Genre-genre Kesusteraan Melayu Moden

Genre-genre kesusteraan Melayu Moden adalah esei/kritikan, novel, cerpen, drama, biografi dan
sajak.

1.4 Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua bentuk


yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak.
Kesusasteraan Tradisional muncul dalam kalangan masyarakat awal yang masih lagi primitif dan
mengamalkan kepercayaan animisme. Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun
awal manusia diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun
tersebut. Contohnya dengan munculnya Tamadun Mesopotamia serentak dengan itu juga
lahirlah karya-karya kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia seperti
Epik Gilgamesh.

Oleh itu dari segi sejarah, ternyata kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan
manusia sejak sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah yang
menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional.
Selepas munculnya mesin cetak lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun
bertukar wajah daripada tradisional kepada moden. Kesusasteraan Melayu mempunyai ciri-ciri
_____________________________________________________________________________________
3

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

tersendiri yang terdiri daripada lima aspek iaitu lisan,tulisan, kreatif, bukan kreatif dan estetik.
Huraian ciri-ciri tersebut seperti berikut:

i. Lisan

Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam bahasa
Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan
Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata
ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud manusia-manusia yang
berbakat besar dalam bidang kesusasteraan, yang mampu menghasilkan karya-karya
prosa ataupun puisi. Pastilah juga dalam zaman tradisional yang bermula dengan
animisme itu, tidak ada buku, pen, kertas dan sebagainya yang digunakan oleh
sasterawan moden hari ini untuk menzahirkan karya mereka. Maka hanya cara tradisional
sahajalah yang digunakan oleh 'sasterawan-sasterawan' zaman itu iaitu mengungkapkan
karya mereka dengan cara percakapan atau penceritaan. Para sasterawan zaman
tradisional, oleh kerana tidak mempunyai alat tulis menurunkan pula karya-karya mereka
kepada anak cucu, saudara dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak
hilang begitu sahaja.

ii. Tulisan

Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah


menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu perubahan besar
dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan kepada tulisan. Satu
perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih berpihak
kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana.

_____________________________________________________________________________________
4

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan itu
lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya kesusasteraan
ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi
kehendak golongan istana.

iii. Kreatif

Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa dan
puisi naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa tradisional dan
puisi tradisional merupakan kesusasteraan kreatif.

iv. Bukan kreatif

Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana dan
sebagainya.

v. Estetik

Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh


seseorang penulis.

1.5 Peneraju-Peneraju Atau Tokoh-Tokoh Kesusasteraan

_____________________________________________________________________________________
5

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

1.5.1 Hamzah Al-Fansuri

Hamzah Fansuri adalah tokoh ugama yang menggegarkan dunia melalui puisi-puisi sufinya.
Menurut sastrawan Abdul Hadi MW, Hamzah Fansuri merupakan pencipta "syair Melayu" yang
bercirikan puisi empat baris dengan pola sajak akhir "a-a-a-a". Bakatnya sebagai sastrawan besar
terserlah dalam kemampuan dan kreativitinya merubah bahasa lama menjadi bahasa baru dengan
cara memasukkan ratusan kata Arab, istilah konseptual dari Al Quran dan falsafah Islam. Bahasa
ini kemudiannya menjadi sebagai bahasa intelektual yang dihormati sebab dapat menampung
gagasan baru yang diperlukan pada zaman itu. Hamzah Fansuri juga dikenal sebagai seorang
pelopor dan pembaru melalui karya-karya Rubba al Muhakkikina, Syair Perahu, dan Syair
Dagang. Kritiknya yang tajam terhadap perilaku politik dan moral raja-raja, para bangsawan, dan
orang-orang kaya, menempatkannya sebagai seorang intelektual yang berani pada zamannya.

1.5.2 Raja Ali Haji Bin Raja Haji Ahmad

Raja Ali Haji lahir di Pulau Penyengat, pusat Kerajaan Riau Lingga, Johor dan Pahang 
pada 1808. Anak dari pasangan Raja Ahmad bin Raja Haji Fisabilillah dan Hamidah binti
Panglima Malik Selangor. Ia merupakan anak bungsu dari tujuh bersaudara dan ayahnya Raja
Ahmad merupakan tokoh penting dalam kerajaan Riau Lingga.

Datuknya Raja Haji Fisabilillah adalah "Yang Dipertuan IV" Kerajaan Riau Lingga dan
seorang pahlawan yang termasyur keberaniannya dalam melawan Belanda sehingga tewas dalam
peperangan di Teluk Ketapang pada 1874. Gelar "Raja" pada namanya diperoleh dari nama
keturunan keluarganya kerana "Yang Dipertuan IV" merupakan kerabat Sultan Riau Lingga.
Karya-karya beliau yang terkenal ialah Bustan al-Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa .
_____________________________________________________________________________________
6

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

1.5.3 Tun Sri Lanang

Nama sebenarnya Tun Muhammad bin Tun Ahmad, lebih dikenal sebagai Tun Sri Lanang,
adalah Bendahara (Grand Wazir) Pengadilan kerajaan Kesultanan Johor yang hidup antara abad
ke- 16 dan 17. Ia menjawat di bawah dua Sultan Johor yaitu; Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II
(1570-1597) dan Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615) dan juga penasihat 3 sultan Aceh
yaitu; Sultan Iskandar Muda (1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641) dan Sultana Safiatuddin
Tajul Alam Shah (1641-1675). Dua gelar kehormatan sepanjang hidupnya; sebagai Bendahara
Johor, Bendahara Paduka Raja Tun Mohamad, sementara ia diberi judul Orang Kaya Dato'
Bendahara Seri Paduka Tun Seberang setelah menetap di Aceh. Karyanya ialah Sulalat al-
Salatin atau juga dikenali sebagai Sejarah Melayu.

1.5.4 Abdullah Munsyi

Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Syeikh Abdul Kadir. Abdullah amat meminati bidang
penulisan. Sehubungan dengan itu, beliau telah menghasilkan karya asli, terjemahan dan puisi.
Karya Abdullah Munsyi menampakkan ciri moden dan pengekalan ciri sastera klasik. Isi
karyanya realistik. Abdullah juga memperkenalkan genre karya yang bari iaitu autobiografi dan
memoir. Oleh sebab itu, para sarjana seperti Ismail Hussein, Kassim Ahmad dan Yahya Ismail
melabelkan Abdullah Munsyi sebagai ‘Bapa Kesusasteraan Melayu Moden’. Namun demikian,
mnasih terdapat ciri sastera klasik di dalam karya Abdullah Munsyi. Beliau masih meneruskan
penggunaan syair di dalam karyanya. Di samping itu, beliau menyisipkan puisi di dalam karya
berbentuk prosa. Antara karya beliau ialah Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan Syair
Singapura Terbakar (1830).
_____________________________________________________________________________________
7

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

1.5.5 Keris Mas

Nama sebenar beliau ialah Kamaluddin bin Muhammad. Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1922 di
Kampung Kateri, Bentong, Pahang. Beliau pernah menyertai parti politik, berkhidmat dengan
akhbar-akhbar Warta Negara dan Utusan Melayu, Ketua Pengarang Dewan Bahasa dan Dewan
Sastera, Penulis Tamu di DBP, dan Karyawan Seni di Universiti Malaya. Sasterawan Negara
yang pertama ini pernah bergiat dalam ASAS 50 di Singapura. Beliau menulis cerpen dan novel.
Keris Mas mengemukakan karya yang menyentuh pelbagai persoalan. Antaranya ialah
nasionalisme, darurat, kritikan social, ekonomi, politik dan sebagainya. Antara karyanya yang
terkenal ialah Mekar dan Segar (1959) dan Rimba Harapan (1986).

1.5.6 Abdul Rahim Kajai

Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahim bin Haji Salim. Beliau dilahirkan di Setapak,
Kuala Lumpur pada tahun 1894. Abdul Rahim mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris.
Beliau berkhidmat dengan akhbar Idaran Zaman, Saudara, Majlis, Warta Malaya, Utusan
Melayu, Perubahan Baru dan Berita Malai sebagai wakil, penolong pengarang dan pengarang di
Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura. Beliau diberi gelaran ‘Bapa Wartawan Melayu’
kerana usaha yang bersungguh-sungguhmemupuk semangat kebangsaan di kalangan orang
Melayu.Karya yang terkenal ialah Pusaka Kajai (1949) dan Panduan Wartawan (1941)

1.5.7 Syed Syeikh Al-Hadi

_____________________________________________________________________________________
8

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

Nama beliau yang sebenarnya ialah Syed Syeikh bin Ahmad al-Hadi. Beliau dilahirkan di
Kampung Hulu, Melaka pada tahun1867. Beliau mendapat pendidikan di Mekah, Beirut dan
Kaherah. Pernah belajar dengan Muhammad Adbuh, seorang reformis Islam. Beliau
mengelolakan penerbitan al-Iman dengan rakannya Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Azhari,
Syeikh Muhammad Salleh Al-Kalali dan Haji Abbas Mohammad Taha setelah kembali ke tanah
air. Beliau menghasilkan novel saduran pertama berjudul Hikayat Faridah Hanum.
Keuntungan jualan novel itu digunakan untuk mendirikan The Jelutong Press, Pulau Pinang.
Syarikat Percetakan itu menerbitkan majalah al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928).

1.5.8 Muhammad Yassin Maamur

Beliau dilahirkan di Brickfield, Kuala Lumpur pada 18 September 1910.memasuki Sultan Idris
Training College (SITC) dari tahun 1929 hingga 1931. Pernah menjadi guru penolong, guru
besar dan guru pelawat. Minat Muhammad Yassin (Punggok) di dalam bidang kesusasteraan
timbul semasa berkawan rapat dengan Abdullah Sidek dan Ibrahim Yaacob di SITC. Dalam
tahun 1933, beliau menulis puisi berjudul ‘Di Tengah Segara’ di dalam Majalah Guru, kemudian
diikuti dengan lima buah sajak lagi dalam majalah yang sama. Punggok merupakan penyair yang
prolific pada zamannya. Sajak-sajak awal beliau masih terikat dengan puisi Melayu Tradisional.
Sajak Punggok yang bebas sepenuhnya daripada tradisi lama ialah ‘Tak Disangka-sangka’. Di
samping puisi, beliau juga menghasilkan cerpen yang disiarkan dalam Warta Ahad, Warta
Jenaka, Majalah Guru dan Majlis. Pada tahun 1936, beliau menghasilkan novel yang berjudul
Suka dan Duka.

1.5.9 Ahmad Rashid Talu

_____________________________________________________________________________________
9

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Mohammad Rashid. Beliau keturunan Minangkabau.
Gelaran ‘Talu’ di hujung namanya ialah nama kampung asalnya. Ahmad Rashid Talu dilahirkan
pada tahun 1889 di Pulau Pinang. Perkenalan dengan Syed Syeikh al-Hadi mungkin menjadi
sebab beliau bergiat aktif di dalam bidang penulisan. Beliau pernah berkhidmat dengan akhbar
Bahtera pada tahun 1932. Beliau pernah menerbitkan majalah cerita yang dinamakan Kawan
Bercakap pada tahun 1934 tetapi diberhentikan kerana tidak cukup modal. Ahmad Rashid Talu
merupakan pelopor novel Melayu berunsur tempatan.

1.5.10 Shahnon Ahmad

Shahnon Ahmad dilahirkan di Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah pada 13 Februari 1933.
Menerima pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Inggeris di Alor Setar dan lulus Senior
Cambridge daripada Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Shahnon Ahmad menulis cerpen,
cerpen terjemahan, novel, drama, esei dan kritikan sejak tahun 1954. Namun demikian, karyanya
yang paling kontroversi ialah ‘Shit’. Di samping semua itu, Shahnon juga gemar menulis esei
sastera dan esei sastera Islam serta kritikan. Beliau adalah penerima Anugerah Sastera Negara
yang membawa gelaran Sasterawan Negara ke-2 pada tahun 1982. Di samping itu, beliau
dianugerahi gelaran Dato’ oleh Sultan Kedah. Antara karyanya yang tersohor ialah Cepu
Kencana dan Protes.

1.5.11 Ishak Haji Muhammad

Nama sebenar beliau ialah Awang Ahmad bin Haji Muhammad. Lahir di Kampung Bukit
Seguntang, Temerloh, Pahang pada 14 November 1910. Semasa pemerintahan Jepun di Tanah

_____________________________________________________________________________________
10

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

Melayu, Ishak menjadi pengarang Berita Malai dan turut menyumbang untuk Semangat Asia dan
Fajar Asia. Di dalam bidang penulisan Ishak menggunakan nama pena yang lain seperti Pak
Sako, Pak Pandir Moden, Isako San, Anuar, Hantu Raya dan Lamri. Cerpen beliau dimuatkan
dalam kumpulan Segar. Selain itu, beliau menulis rencana di dalam Warta Malaya dan Suluh
Malaya. Beliau juga mengelolakan ruangan pojok dalam Warta Malaya, Utusan Melayu, dan
Utusan Zaman. Bagi mengenang jasa beliau, kerajaan Malaysia menganugerahkan gelaran
Pejuang Sastera kepadanya pada tahun 1973. Karya beliau yang terkenal ialah Puteri Gunung
Tahan dan Anak Mat Lela Gila.

1.5.12 Usman Awang

Usman bin Awang lebih dikenali dengan penanya Tongkat Warrant. Sebagai pengarang yang
produktif, Usman menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Beliau dinobatkan penerima
anegerah Pejuang Sastera (1976), penerima SEA Write Award (1982), penerima Ijazah
Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya (1983) dan penerima anugerah Sastera
Negara (1983). Sumbangan-sumbangan beliau meliputi genre sajak, cerpen, drama, novel dan
esei. Walaupun ketokohan Usman lebih menyerlah dalam bidang puisi, beliau juga aktif
menghasilkan cerpen dan drama. Cerpen beliau dimuatkan dalam kumpulan-kumpulan cerpen
bersama penulis lain. Di samping genre sajak, cerpen dan drama, Usman juga menghasilkan
novel dan esei. Hanya sebuah novel sahaja yang berjaya beliau hasilkan iaitu Tulang-tulang
Berserakan (1966). Esei beliau termuat dalam buku-buku Tema dan Tugas Sastera Melayu
Moden, Panduan Menulis Cerpen dan Titian Zaman. Karya beliau yang terkenal ialah
Gelombang (1961) dan Duru dan Api (1966).

1.5.13 A. Samad Said

_____________________________________________________________________________________
11

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

Nama penuh beliau ialah Abdul Samad bin Mohammad Said. Dilahirkan di Durian Daun,
Melaka pada 9 April 1935. Beliau memulakan kerjaya sebagai kerani di Singapura. Kemudian
memegang jawatan pengarang di akhbar Melayu dan Inggeris. Minat beliau dalam lapangan
penulisan tumbuh daripada kegemarannya membaca karya sastera di dalam bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu serta berhubung rapat dengan sasterawan setelah menyertai ASAS 50 di
Singapura. Beliau menulis karya-karya kreatif yang berbentuk novel, cerpen, drama dan sajak.

Beliau menerima anugerah Pejuang Sastera pada tahun 1976, anegerah SEA Write Award,
Anugerah Saster Negara (1985) dan anugerah bergelar Datuk daripada kerajaan negeri Melaka.
Pada hakikatnya, A. Samad Said merupakan seorang pengarang yang berani mendedahkan
segala kepincangan masyarakat serta masalah sosial seperti pelacuran, penderitaan kaum buruh,
masalah setinggan dan sifat kepura-puraan pemimpin serta golongan atasan. Namun demikian,
selepas melancarkan mogok seni pada tahun-tahun 1980-an, akhirnya bermula pada 1 Mei 2000,
yakni selepas terbit puisi panjang tentang Rasulullah yang berjudul Al-Amin kerana tidak
berpuas hati dengan karenah pengurus kesusasteraan. Karya beliau ialah Liar di Api dan Salina.

1.5.14 Arena Wati

Nama sebenar beliau ialah Muhammad @ Mohd Dahlan bin Abdul Biang. Dilahirkan di
Kalumpang, Jeneponto, Makasar, Indonesia pada 30 Julai 1925. Menerima pendidikan sehingga
ke peringkat Sekolah Menengah Atas (SMA). Menjadi pelaut selama Sembilan tahun sebelum
menjadi wartawan dan pengarang. Arena Wati melibatkan diri di dalam bidang penulisan sejak
tahun 1950-an. Beliau mempunyai pengalaman yang luas hasil daripada penglibatannya di dalam
hal-hal pelayaran dan perkapalan serta pengembaraannya ke seluruh Kepulauan Melayu,
Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah. Beliau bergelar Sasterawan Negara ke-5.
_____________________________________________________________________________________
12

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

Arena Wati menulis cerpen dan novel. Beliau merupakan seorang sasterawan yang sangat
tekun, berpengalaman, dan mampu menghasilkan karya yang bermutu. Contohnya novel
Lingkaran memenangi hadiah sagu hati di dalam Peraduan Mengarang Novel anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka tahun 1962, novel Sandera memenangi tempat ke-3 (hadiah paling baik pada
masa itu) dalam Peraduan Mengarang Novel Sempena Sepuluh Tahun Kemerdekaan Negara, dan
banyak lagi cerpen beliau yang telah memenangi Hadiah Sastera pada tahun 1971 dan 1972.
Karya beliau ialah Gelora dan Lingkaran.

1.6 Teori-Teori Kesusasteraan

1.6.1 Definisi Teori Kesusasteraan

Menurut takrif Kerlinger, teori ialah suatu himpunan konsep, definisi dan saranan yang
berkaitan antara satu sama lain. Ia memberi gambaran teratur berkaitan satu fenomena dengan
menyatakan hubungan antara angkubah untuk menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut.

_____________________________________________________________________________________
13

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

1.6.2 Teori Klasik Kesusasteraan

Terdapat tiga teori utama di dalam teori klasik kesusasteraan. Teori ini dihuraikan seperti
di bawah.

i.Teori Peniruan

Pada peringkat permulaan, Plato di dalam Republicnya telah merendahkan martabat


karya sastera sebagai satu peniruan, yakni proses yang melalui penapisan dua kali
daripada bentuk yang ideal atau hakikat. Oleh itu, peniruan ini telah menyebabkan hasil
seni itu terpisah jauh daripada kebenaran. Namun demikian, teori ini dianggap sebagai
teori kesusasteraan yang tertua yang berusaha untuk menghuraikan karya kreatif. Bagi
Plato, kebenaran adalah sesuatu yang mutlak, tunggal dan ideal sifatnya. Dari sudut
pandangan itu, Plato melihat apa yang terhasil melalui proses peniruan terhadap benda
yang benar itu akan menghasilkan sesuatu yang palsu.

ii.Teori Mimesis

Tanggapan Plato disanggah oleh anak muridnya Aristotle. Meskipun Aristotle bersetuju
karya seni itu satu peniruan tetapi peniruan itu didorong oleh naluri semula jadi yang ada
dalam diri manusia. Sanggahan Aristotle terhadap tanggapan Plato memunculkan
tanggapan baru untuk memahami karya seni dan kesusasteraan. Bagi Aristotle,karya seni
bukan sekadar peniruan, tetapi berbentuk mimesis yang membawa maksud penyalinan
yang lebih positif. Pengkarya bertindak mengubah atau mencipta semula kehidupan.
Pemikiran Aristotle berhubung mimesis ini termuat dalam karyanya yang berjudul
Poetic.

_____________________________________________________________________________________
14

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

iii.Teori Moral

Teori ini memberi penekanan kepada aspek kesan yang timbul akibat pembacaan karya
kreatif, menonton persembahan drama, atau mendengar puisi. Kegiatan sastera baik
lakonan, pembacaan teks, berpuisi dan sebagainya dianggap memberi kesan secara
langsung kepada penonton, pendengar atau pembaca. Aspek psikologi seperti emosi,
perasaan dan sikap menjadi indikator dalam penelitian ini. Refleksi paikologi yang
menyentuh dan meninggalkan kesan kepadan penonton dan pembaca yang mengamati
sesebuah karya menunjukkan ukuran dan kesan pengaruh sesebuah karya itu terhadap
khalayak. Ini bermakna, khalayak akan mencapai darjah klimaks dengan menikmati
kepuasan atau kejemuannya.

1.6.3 Teori Moden Kesusasteraan

Teori moden merujuk kepada penggunaan teori yang muncul di dalam era pembaharuan
atau selepasnya sehingga tahun akhir abad ke-20. Rene Descartes (1596-1650), dianggap sebagai
pelopor pemikiran moden dengan dua ciri asas yang mendominasi modenisme iaitu rasionalisme
dan empirisme. Aliran ini mendorong pengkaji sastera membuat pelbagai tanggapan terhadap
subjek tersebut. Salah satu pendekatan yang bernaung di bawah teori ini ialah pendekatan
intertekstualiti.

_____________________________________________________________________________________
15

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

Karya sastera terhasil untuk tatapan khalayak. Sehubungan itu, karya dianggap gagal jika
tidak diterima oleh khalayak. Penerimaan dan penolakan terhadap sesebuah karya bergantung
kepada beberapa faktor. Lantaran itu, lahirlah teori resepsi. Semua karya sastera menggunakan
bahasa. Oleh sebab itu, para pengkaji sastera menghubungkan bahasa dengan kesusasteraan.
Penemuan mereka ialah bahasa ialah satu sistem tanda. Sebagai sistem itu, bahasa mewakili
sesuatu yang disebut makna. Makna yang pertama dipanggil makna tersurat dan makna peringkat
kedua dipanggil makna tersirat. Terdapat enam teori moden kesusasteraan . Teori tersebut adalah
seperti berikut

i. Teori Kepengaruhan

Teori ini menggunakan Pendekatan Intertekstualiti.Intertekstualiti mempunyai


metodologinya yang tersendiri. Menurut Kristeva, penelitian intertekstualiti terhadap teks
sastera berteraskan kepada beberapa prinsip, iaitu teks sastera sebagai sebuah teks yang
terbina daripada beberapa buah teks, melihat perseimbangan antara unsure dalaman dan
luaran teks, serta mengkaji struktur pembinaan teks dari segi tema, plot, bahasa dan
sebagainya. Proses penulisan dengan kaedah terapan idea daripada beberapa teks lain
tidak sama dengan ciplak, palagiat atau epigon kerana pengkarya yang menulis teks baru
itu menggunakan teknik penulisannya yang tersendiri. Kutipan beberapa pernyataan
daripada teks lain sebenarnya mengalami proses pengubahsuaian, pengolahan dan
penginterpetasian semula, yang kemudiannya menghasilkan teks yang sama sekali
berlainan wajahnya daripada teks yang dirujuknya itu.

ii.Teori Persepsi

Teori ini lahir setelah Leo Lowenthal meneliti karya-karya Rostoyerski yang
ditulis antara tahun 1880 hingga 1920. Pada peringkat paling awal, teori ini bertujuan
untuk mengetahui tahap penerimaan masyarakat Jerman terhadap karya yang diteliti.
Pengukuran tahap penerimaan difokuskan kepada dua horizon, iaitu sastera dan
sosiobudaya. Horizon sastera terbentuk di dalam pemikiran pembaca hasil daripada
_____________________________________________________________________________________
16

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

pembacaannya. Horizon sosiobudaya di dalam diri pembaca terhasil melalui interaksi


dengan cara hidup dan kemasyarakatan.

iii. Teori Kebahasaan

Teori ini menggunakan Pendekatan Semiotik. Pendokong utama pendekatan semiotik


ialah Jurij M. Lotman yang membukukan kertas kerja tentang teori dan kaedah semiotic.
Pendekatan ini tumbuh dan berkembang di Barat sekitar tahun awal kurun ke-20. Tokoh-
tokoh penting teori ini ialah Saussure, Peirce, Lotman, Jonathan Culler, Micheal
Riffaterre dan lain-lain lagi. Proses perwakilan itu dipanggil semiosis. Di dalam proses
ini, sesuatu tanda berfungsi sebagai penanda. Oleh demikian, sesuatu itu tidak akan
menjadi tanda seandainya tidak ditafsirkan sebagai tanda. Maka proses kognisi
(penerimaan tanda) menjadi dasar semiosis. Jelaslah di sini bahawa proses semiosis
memerlukan kehadiran tanda, objek dan interpretasi. Proses tersebut berlaku terus
menerus sehingga interpretasi yang dibuat akan menghasilkan tanda baru bagi mewakili
objek baru dan kemudiannya menghasilkan interpretasi yang lain pula.

iv. Feminisme

Menurut pandangan pendokong Feminisme, diskriminasi ini bermula dengan


kisah Eve (Hawa) yang dikatakan telah hilang kemanusiaan sebagaimana yang
diceritakan dalam Bible. Aristotle mendakwa bahawa lelaki mempunyai darjat semulajadi
yang tinggi, sementara wanita mempunyai darjat yang rendah. Berdasarkan kepada
falsafah Aristotle inilah, maka beberapa orang tokoh falsafah dan pemimpin agama
seperti Thomas Aquinas dan St. Augustine mengistiharkan bahawa wanita sememangnya
sebagai manusia yang tidak sempurna. Beberapa dekad selepas itu, suara kaum lelaki
memainkan peranan yang besar menentukan peranan sosial dan budaya dan kedudukan
istimewa kaum wanita. Pada akhir kurun ke-18, kedengaran suara-suara yang menentang
pendapat tokoh falsafah awal tadi.

_____________________________________________________________________________________
17

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

Di dalam era 1960-an dan 1970-an, Feminisme semakin berkembang dengan


suara-suara baru di dalam kalangan pendokong Feminisme, antaranya Kat Millett, Elaine
Showalter, Myra Jehlan dan Annettle Kolodny. Elaine Showalter telah membahagikan
kritikan kepada wacana dan perspektif feminism kepada dua bahagian. Bahagian pertama
ialah ‘feminist critique’ yang memberi tumpuan kepada wanita sebagai pembaca serta
pengguna karya yang dihasilkan oleh kaum lelaki. Keduanya ialah gynoctitics, yakni
dengan memberi perhatian kepada wanita sebagai pengkarya yang menghasilkan teks.

v. Teori Struktur

Pengkaji yang berpegang kepada konsep teknikal kesusasteraan mengatakan


bahawa karya sastera merupakan suatu bentuk kemahiran sama seperti pertukangan kayu,
hanya sastera menggunakan bahasa, bukannya bahan fizikal sebagai mediumnya. Dari
sudut yang lain, pengkritik yang berpegang kepada teori ini menganggap karya sastera
tidak ada kaitan dengan hal-hal di luar teks. Dua pendekatan yang lahir daripada teori ini,
iaitu pendekatan formalistik dan pendekatan struktural. Teori structural melahirkan
pendekatan formalistic. Pendekatan ini meneliti sesebuah karya sastera berdasarkan
unsure intrinsiknya atau elemen dalamannya. Walau bagaimanapun, di dalam
perkembangan seterusnya, pegangan kritikawan memasuki era structural, strukturalisme
dan pascastrukturalisme.

vi. Teori Sosiologi Sastera

Salah satu daripada teori sastera ialah teori Taine. Teori ini menganggap bahawa
karya sastera dapat dikesan daripada dasar material sesebuah masyarakat, iaitu ras, waktu
dan lingkungan. Ras dihubungkan dengan hal kejiwaan, perasaan, bentuk tubuh dan
sebagainya. Waktu pula dihubungkan dengan jiwa sesuatu zaman. Lingkungan
difokuskan kepada keadaan cuaca dan geografi. Berdasarkan beberapa faktor yang
dimaksudkan itu, teori ini ternyata tidak sistematik. Teori ini juga tidak menghubungkan
sastera dengan sosiobudaya, tetapi dengan factor alam yang dikatakan mempengaruhi
_____________________________________________________________________________________
18

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

manusia. Hal yang demikian tidak berlaku di dalam sosiologi sastera. Sosiologi sastera
menghubungkan sastera dengan sosiobudaya, bukannya alam. Jadi tumpuan diberikan
kepada hubungan antara manusia. Oleh demikian, teori Taine tidak lagi diterima pakai
pada masa ini.

1.7 Kritikan Sastera

Terdapat empat pendekatan yang digunakan oleh para kritikawan untuk menilai hasil
karya pengarang-pengarang, sama ada yang berbentuk prosa mahupun puisi. Pendekatan kritikan
sastera yang dimaksudkan ialah;
i. Pendekatan Formalistikas
ii. Pendekatan Struktural
iii. Prinsip dan Kaedah Pendekatan Moral/Agama
iv. Pendekatan Sosiologi

i. Pendekatan Formalistikas

Pelopornya ialah Jacobson, Suklovsky, Eichenbaum dan Tynjanor. Pendekatan ini bermula
pada tahun 1915 dan berkembang pesat pada tahun 1930-an. Asas yang lebih kukuh tentang
pendekatan ini dibina oleh Samuel Tylor Coleridge, Edgar Allen Poe, dan Henry James.
Mereka berpendapat bahawa sesebuah hasil karya sastera mempunyai unsur, ciri-ciri dan
aspek-aspek tersendiri yang membinanya. Oleh sebab itu, mereka menganjurkan supaya
sesebuah karya sastera dikaji berdasarkan aspek yang membinanya. Pengalaman pendekatan
ini beranggapan bahawa karya sastera tiada kaitan dengan hal-hal lain dan pegangan itu
mendorong aspek struktur iaitu plot, watak/perwatakan, latar, sudut pandangan, stail dan
gaya bahasa dikaji secara berasingan.

ii. Pendekatan Struktural

_____________________________________________________________________________________
19

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

Pendekatan ini beranggapan bahawa karya sastera dibina daripada unsur yang tidak boleh
berdiri sendiri tetapi saling berkaitan antara satu sama lain di dalam satu kesatuan yang
kukuh. Teeuw berpendapat bahawa teks merupakan kesatuan yang bulat yang mempunyai
koherensi batiniah. Setiap bahagian memberi sumbangan yang bererti untuk maksud utama
pengarangnya. Stanton berpendapat bahawa unsur yang membentuk cerita ialah tema dan
fakta cerita. Fakta cerita meliputi plot, setting, watak serta alat penceritaan (antaranya ialah
sudut pandangan, konflik, symbol, ironi, gaya dan nada). Oleh sebab itu, kaedah ini melihat
hubungan antara unsur yang terdapat di dalam sesebuah cereka. Unsur terpenting di dalam
karya ialah tema cerita. Unsur itu merupakan dasar bagi sesebuah cerita. Unsur lain harus
mampu mendukungnya untuk membentuk cerita.

iii. Kaedah Pendekatan Moral / Agama

Pendekatan moral atau moraliti berpendapat bahawa sesebuah karya kesusasteraan harus
disanjung dan dimuliakan. Pengarang yang bermoral harus disanjung kerana karyanya
memaparkan nilai-nilai moral untuk dicontohi khalayak. Pendekatan moral lebih
mementingkan isi daripada bentuk. Kejayaan isi sesebuah karya bergantung kepada sejauh
mana aspek itu berupaya melonjakkan masyarakat mencapai cita-cita mereka. Menganalisis
karya kreatif dari sudut didaktik. Pendekatan ini mengambil kira nilai dan pengajaran yang
diutarakan oleh pengarang untuk dijadikan panduan di dalam kehidupan khalayak.

iv. Pendekatan Sosiologi

De Bonald meyatakan bahawa kesusasteraan ekspresi rakyat. Di samping itu, Wellek


beranggapan bahwa kesusasteraan memperlihatkan World View dan realiti sosial sesuatu
masyarakat. Berdasarkan tanggapan sosiologi itu, lahirlah pendekatan sosiologi di dalam
lritikan sastera bagi memungkinkan nilai masyarakat diketahui oleh khalayak. Pendekatan
sosiologi menekankan tiga aspek di dalam menghadapi sesebuah karya seni. Pertama,
melihat secara luas sosiologi sasterawan yang menghasilkan sesebuah karya. Riwayat hidup

_____________________________________________________________________________________
20

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

pengarang dapat memperjelas kenapa sesebuah karya itu dihasilkan, status sosial serta nilai-
nilai kehidupan pengarang dapat memberi keterangan tentang sikap dan erti karyanya.

Soalan 2

Unsur-unsur intrinsik dalam karya kesusasteraan, kefahaman teks komponen sastera,


KOMSAS dan pelaksanaannya di sekolah menengah, rujukan yang sesuai dan penutup.

2.0 Unsur-unsur Instrinsik Dalam Karya Sastera

i. Tema dan Persoalan

Tema ialah persoalan utama yang diungkap berdasarkan sesuatu tujuan dan di dalamnya
terkandung objek, peristiwa, kejadian dan sebagainya. Tema juga boleh dikatakan
sebagai buah fikiran atau idea penulis. Semua cereka mengemukakan satu perkara dan
satu gagasan penyatuan. Gagasan penyatuan itulah yang disebut tema. Dengan kata lain,
tema boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang menjadi fikiran utama pengarang di dalam
_____________________________________________________________________________________
21

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

sesebuah naratif. Tema dapat dikesan melalui penggaluran peristiwa dan aksi dari awal
hingga akhir yang dicernakan melalui watak dan unsur lain yang mendukungnya.

ii. Struktur Cereka

Hashim Awang mendefinisikan struktur sebagai penyusunan daripada pelbagai elemen di


dalam sesebuah cereka sehingga berhasil melahirkan kesan keindahan seni. Beberapa
elemen dalaman yang dimaksudkan itu ialah plot, perwatakan, latar, sudut pandangan,
stail dan gaya bahasa. Kesemua elemen-elemen penting itu perlu disusun serapi mengkin
untuk melahirkan karya yang tinggi nilai seninya. Elemen tersebut ialah plot, watak dan
perwatakan, latar, sudut pandangan, stail dan gaya bahasa.

2.1 Kefahaman Teks Komponen Sastera

Teks komponen sastera dapat dinilai melalui tema dan persoalan yang terkandung di
dalamnya. Ia mungkin sebuah teks yang mempunyai hiburan, keseronokan dan
kebijaksanaan. Tema dan persoalannya mungkin berkisar tentang kehidupan masyarakat,
nilai-nilai, perasaan dan cara keseluruhan kehidupan. Pendekatannya pula boleh berbentuk
sejagat, kemasyarakatan ataupun peribadi.

Pendekatan formalistik mengkaji aspek struktur sesebuah karya sastera secara


terpisah-pisah. Ia sering diikutsertakan dengan pembicaraan yang dicadangkan oleh teori
dan pendekatan moral / agama iaitu nilai dan pengajaran. Nilai dapat ditinjau daripada
beberapa sudut iaitu nilai positif, nilai negatif, dan nilai kemanusiaan. Pengajaran merujuk
kepada mesej atau amanat yang disampaikan oleh pengarang melalui pemaparan aksi dan
peristiwa di dalam cereka sama ada suruhan atau larangan.

_____________________________________________________________________________________
22

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

Sesebuah teks komponen sastera dapat dinilai melalui unsur sosiobudaya yang
ditonjolkan pada suatu masa tertentu. Kita perlu sedar bahawa terdapat interpretasi bagi
menentukan realiti di dalam karya kesusasteraan. Kesemuanya membri impak yang jitu
kepada tema cerita.

2.2 Komsas Dan Pelaksanaannya Di Sekolah Menengah

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen Sastera'. Komsas merupakan komponen dalam
subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di semua sekolah menengah. Dalam subjek bahasa
Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan sebuah antologi. Apabila
sampai ke tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku. Novel yang dipilih terdiri daripada
pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia, tidak semestinya Sasterawan Negara.
Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat, panjang dan hanya sesuai untuk bacaan umum,
bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM.

Komsas adalah merupakan satu medium untuk membentuk dan memantapkan aspek
emosi dan rohani, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melaluinya diharapkan
emosi para pelajar dapat dibentuk dengan jayanya melalui penghayatan bahan-bahan sastera
yang ditetapkan. Justeru itu konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS telah berlaku. Iaitu
dari segi ilmu iaitu pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusteraan dengan ilmu bahasa.
Selain itu berlaku juga penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran di mana bahan-bahan
kesusteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya digunakan dalam pengajaran.

2.3 Rujukan Yang Sesuai

Berikut adalah buku-buku yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk bahagian ini:

i. Pengenalan Kesusasteraan dan Kritikan Sastera


_____________________________________________________________________________________
23

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

Ahmad Kamal Abdullah. et. al (1988), Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali Ahmad. (1997), Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hashim Awang. (1988), Kritikan Kesusasteraan - Teori Dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh, Ramli Isin, Sahlan Mohd Saman. (1985), Mendekati Kesusasteraan
Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Noriah Taslim. (1993), Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sahlan Mohd Saman. (1986), Sastera Bandingan Konsep Teori Dan Amalan. Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

ii. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional

Ismail Mat. (1993), Ulama Silam Dalam Kenangan. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jamilah Hj Ahmad dan Zalila Sharif. (1993), Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad A. Bakar. (1991), Ulama Terengganu Suatu Sorotan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Teuku Iskandar. (1995), Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Shah Alam:
Malindo Printers Sdn. Bhd.

2.4 Penutup

Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaan
pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap-melengkapi. Apa
jua karya yang tidak mendapat sambutan pembaca dianggap tidak berjaya. Oleh sebab itu, dapat
_____________________________________________________________________________________
24

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

disimpulkan bahawa kumpulan sasaran sesebuah karya ialah khalayak. Di sinilah bermulanya
penelitian tentang peranan dan fungsi kesusasteraaan kepada pelajar-pelajar sekolah. Segala
unsur-unsur atau nilai-nilai pengajaran yang ada di dalam sesebuah karya itu dapat mendidik
pembaca terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Secara tidak langsung ia melatih dan menjaga
keperibadian, menjadi alat, melahirkan kemahuan dan akhirnya menggerakkan perbuatan selaras
dengan konsep Falsafah Pendidikan Negara. Oleh sebab itu, dapatlah disimpulkan bahawa
kesusasteraan memberi pengetahuan, menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani dan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian, memberi ketenangan, merehatkan fikiran dan memberi
kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni.

BIBLIOGRAFI

Harun Jaafar. (2000), Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional. Balakong: Pustaka Sistem
Pelajaran.

Harun Jaafar. (2000), Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden. Balakong: Pustaka Sistem
Pelajaran.

Harun Jaafar. (2000), Teori dan kritikan Sastera. Balakong: Pustaka Sistem Pelajaran.

Hashim Awang. (1988), Kritikan Kesusasteraan - Teori Dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid. (1987). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Petaling Jaya: Longman.

_____________________________________________________________________________________
25

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU
NOR BAHIYAH BT . MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982

LAMPIRAN
_____________________________________________________________________________________
26

HBML 4203

KESUSTERAAN MELAYU

You might also like