You are on page 1of 21

PENGENALAN

“ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, dapat kita


perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini
adalah melahirkan individu atau insan yang seimbang dalam semua segi sama ada
intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.( Roselan Baki,2003). Bagi mencapai matlamat
ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru melahirkan
modal insane (pelajar) yang unggul daripada semua segi. Dalam melaksanakan
tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui
pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan.

Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan


pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya berdasarkan
dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun
Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal
secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan
negara. FPK digambarkan sebagai medium penghasilan produk (anak-anak murid) yang
menepati citarasa masyarakat dan hasrat negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu
falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal “falsafah” berasal daripada dua perkataan
Yunani, iaitu; philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan
sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru, iaitu; etimologi
(bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah
sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu
dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia.

Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan (1984 )


meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan
terhadap perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai
pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi
kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.

FPK menggariskan kesemua pemikiran dan prinsip berkaitan bidang


pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat, dasar-dasar
dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat
nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik. Misalnya, “...ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi...”. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan
menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia.

FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem


pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK apabila
menjalankan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara
menjadi suatu kenyataan. Ianya memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan
para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.
Falsafah Pendidikan Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di
Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan merupakan pancaran nilai
dan barisan prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekarang, kita lihat pula konsep pendidikan rendah. Pendidikan peringkat
rendah secara khasnya bertujuan melahirkan insan yang seimbang serta berkembang
secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras
dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib, selaras dengan status
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Ciri-Ciri KBSR

Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan


murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah khasnya, telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa
dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar


dan bertutur), membaca, dan menulis. Aspek tatabahasa pula meliputi aspek morfologi
dan sintaksis Bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).
Jika kita menyoroti Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah pula, ianya mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai
kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis,
tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai
mengikut peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003). Bagaimanapun, Huraian
Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat
kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara
cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan di dalam bilik darjah atau
kemampuan pelajar, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan
dan keupayaan pelajar mengikutinya.

Merujuk kepada matlamat mata Bahasa Melayu sekolah rendah itu sendiri,
ianya berperanan melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta
menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara. Bahasa Melayu juga diangkat
sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara.
Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri menekankan usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Usaha ini
adalah semata-mata bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan dan berakhlak mulia.

Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid akan dapat dapat:

☺ Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat


dalam kehidupan sehari-hari;
☺ Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas
serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
☺ Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan
kematangan;
☺ Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi
mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
☺ Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk
dan format yang betul;
☺ Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
☺ Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan
prosa dan puisi;
☺ Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
☺ Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan
penulisan;
☺ Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang
betul dan sesuai; dan
☺ Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk
berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.

Berpandukan objektif Sukatan Pelajaran di atas, kita akan dapat melihat


perkaitannya dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kita dapat melihat Sukatan Pelajaran
yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah
Pendidikan Negara. Usaha ini dikuatkan lagi dengan semangat memartabatkan Falsafah
Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah rendah di
Malaysia. Apapun, beberapa pendekatan terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke
semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu :-
i. Pendekatan Bersepadu;
ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid;
iv. Pendidikan seumur hidup.

Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran


melalui aktiviti kemahiran di bilik darjah berbanding melalui penglaman hidup mereka,
justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup
mengikut peringkat. Suasana kondusif sekolah umpamanya memberi peluang dan
menggalakkan interaksi sosial , pertukaran pendapat dan meningkatkan kerjasama
di kalangan murid. Untuk itu, aktiviti di bilik darjah harus dipelbagaikan bagi
membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri
mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas. Guru-guru juga harus
memberikan penekanan kepada nilai (merentas kurikulum) selain memastikan murid
menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira).

Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu


secara jelas seperti diatas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa sememangnya
perkaitan antara sukatan pelajaran dengan Falsafah Pendidikan Negara amat kuat sekali.
Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR),
matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri, kita dapati KBSR akan mampu mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Negara sementelah Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri
menyatakan bahawa pendidikan adalah suatu proses yang berterusan.

Sebagai saluran Pendidikan pada peringkat awal, KBSR sememangnya


menggalas tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaanlah segalanya
bermula. KBSR akan memastikan pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan
dan menepati ciri-ciri yang diinginkan.
Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang
akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Dengan kemahiran-kemahiran asas
yang teguh dan mantap, segala proses pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar
menjadi mudah (Abdullah Hasan,1996). KBSR juga menitikberatkan soal nilai-nilai
murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Falsafah
Pendidikan Negara menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.

SOALAN 2
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran teras di semua sekolah rendah
dan menengah. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga
terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan
sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh
semua rakyat tanpa mengira agama, kaum mahu pun bangsa..

Kurikulum Bahasa Melayu yang digubal secara khasnya menyediakan


murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat
menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan
ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain.

Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah berbertujuan mewujudkan


asas semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu
turut menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan
dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat.

Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada


mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini juga memberikan
penekanan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan
murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai
bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan
ilmu serta bagi tujuan rekreasi.

Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai


gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti
kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting
sebagai alat sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.

Jika kita lihat, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal mampu
memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran
ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan
merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian
Kurikulum.

Sekarang kita akan melihat secara mendalam apakah rasional, objektif,


tujuan dan aktiviti-aktiviti yang terdapat di bawah kemahiran-kemahiran di atas.

2.1 Rasional Kemahiran Lisan, Membaca dan Menulis


Kemahiran lisan merupakan keupayaaan murid berbual untuk menjalin
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan
kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada
penggunaan pengucapan menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran membaca pula merupakan keupayaan murid membaca ayat


dengan lancar menggunakan sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan diberi
kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran seterusnya iaitu kemahiran menulis merupakan keupayaan


murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah
dilalui menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas, cantik, dan kemas. Murid digalakkan menggunakan kreativiti mereka
menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Berpandukan rasional atau kewajaran kemahiran-kemahiran yang terdapat


di dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah 2003, kita dapat melihat kemahiran bahasa
ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan
harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan
sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga
memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan
yang berbeza di kalangan murid.

2.2 Objektif Kemahiran Lisan, Bacaan dan Menulis

Objektif Kemahiran Lisan antaranya ialah :-


i. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang
betul dalam pelbagai situasi;
ii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan
masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan
tentang sesuatu perkara; dan
iii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata,
tatabahasa, dan sebutan yang betul.

Objektif Kemahiran Bacaan pula ialah :-

i. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur


pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai
dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses
maklumat secara kritis;
ii. mempupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah
membina budaya pembelajaran berterusan; dan
iii. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui
karya sastera dan karya berunsur ilmu.

Objektif Kemahiran Menulis pula antaranya melibatkan :-

i. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan


kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran
menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
ii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata,
tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti menulis.;
dan
iii. memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti,
pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni.
3. Aktiviti Kemahiran Lisan, Kemahiran Bacaan dan Kemahiran Menulis

3.1 Aktiviti Kemahiran Lisan.

Kemahiran Lisan merupakan keupayaan murid memahami perkara yang


didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian
atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan
persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan,
guru harus menekankan dan mengambil kira aspek sosio budaya dan tatasusila untuk
menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran lisan ialah
berbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang.

Berpandukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2003, banyak hasil


pembelajaran yang disenaraikan di bawah kemahiran ini. Antaranya ialah :-

i. berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain


dalam situasi formal dan tidak formal;
ii. bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,
ditonton, dibaca , atau dialami;
iii. menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah,
betul, menarik, dan berkesan; dan
iv. berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara
bertatasusila


Berikut ialah antara beberapa aktiviti yang boleh dilakukan apabila
mengajar kemahiran lisan kepada pelajar. Aktivit-aktiviti tersebut boleh dipecahkan
mengikut kemahiran yang ingin diajar. Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar
kemahiran 1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi
formal dan tidak formal sub unit 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada
yang sesuai, guru boleh mengunakan aktiviti-aktiviti seperti;-

i. bercerita tentang hobi sendiri dan hobi rakan;


ii. berbual tentang perkara-perkara yang dilakukan pada masa
lapang; seperti melukis, mengemas rumah, menonton
televisyen

3.2 Aktiviti Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran


bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Membaca dapat
membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang
individu dalam pelbagai bidang.

Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses


membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambing-lambang bertulis
kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca
berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi
secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada
pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada
pemikiran.

Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran


kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas
bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan.
Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti
mengira dan menulis.

Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat,


memahami maklumat , menaakul , dan menghayati teks. Berikut disenaraikan beberapa
kemahiran yang perlu dipelajari murid. Antaranya ialah :-

Kemahiran
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya
pembacaan yang sesuai
Sub Topik Kemahiran
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Kemahiran
6.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,
ditonton, dibaca atau dialami
Sub Topik Kemahiran
6.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan
intonasi yang baik dan jelas.
6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk
yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

Kemahiran
7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang
dibaca

Sub Topik Kemahiran


7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat
dan tersirat.
7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan
gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat
membawa kesan tertentu kepada pembaca.

Berikut ialah antara beberapa aktiviti yang boleh dilakukan apabila


mengajar kemahiran bacaan kepada pelajar. Aktivit-aktiviti tersebut boleh dipecahkan
mengikut kemahiran yang ingin diajar. Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar
kemahiran 6.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton,
dibaca atau dialami Sub Topik Kemahiran 6.1 Bercerita dengan menggunakan
kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas atau merujuk pelbagai
sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat
daripada internet. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di bawah kemahiran bacaan
ialah
a. Murid membaca teks yang diedarkan.
b. Murid memilih perkataan yang salah ejaan secara
berkumpulan.
c. Murid merujuk kepada kamus untuk mendapatkan ejaan yang
betul.
d. Murid mengemukan hasil perbincangan kepada kelas.

3.2 Aktiviti Kemahiran Menulis


Kemahiran menulis merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran
pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu
jangka waktu yang telah ditetapkan. Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid
menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca
dan ejaan yang betul. Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan
menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat,
menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan.

Berikut ialah antara beberapa aktiviti yang boleh dilakukan apabila


mengajar kemahiran bacaan kepada pelajar. Aktivit-aktiviti tersebut boleh dipecahkan
mengikut kemahiran yang ingin diajar. Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar
kemahiran 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan sub topic 8.1
Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk, guru bolehlah menggunakan
aktiviti di bawah. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah :-

i. Menyalin perkataan dan ayat yang dibaca daripada rajah tukar


ii. Membaca ayat untuk memahami maksud ayat.
iii. Mengisi apa-apa kheisiengisi tempat kosong dengan perkataan
yang sesuai bagi melengkapkan ayat.
iv. Berbincang secara berpasangan untuk memilih dan menyusun
perkataan supaya menjadi ayat
Berikut ialah dua cadangan aktiviti yang boleh dilakukan guru dalam
mengajar kemahiran menulis.

Latihan 1 Latihan 2

Tujuan Kemahiran Lisan, Kemahiran Bacaan dan Kemahiran Menulis.

Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia


bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu
perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami
masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah
pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau
dikatakan sebagai bisu.

Kita telah membincangkan mengenai rasional, objektif, dan aktiviti bagi


setiap kemahiran yang telah disenaraikan di muka surat sebelumnya. Sekarang kita akan
melihat apakah tujuan untuk setiap kemahiran ini diajar dan dipelajari.

Tujuan mempelajari kemahiran lisan ialah :-

1. Menyebut perkataan dan ayat dengan betul;


2. Melatih murid mendengar dan memahami pertuturan orang
lain;
3. Untuk berinteraksi dengan orang lain (menyampaikan
perasaan, kehendak, dan lain-lain);
4. Melatih murid agar berkeyakinan dan percaya kepada diri
(berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak); dan
5. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang
tersusun, perkataan yang sesuai, dan perbendaharaan kata
yang luas.

Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Mereka membaca


untuk pelbagai tujuan seperti untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber.. Ada
masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka
perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang
berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu
guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat
sekolah rendah lagi.

Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang


berikut;

1. membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan


pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas;
2. membolehkan murid-murid membaca dengan irama
membaca yang betul;
3. mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti
tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan
kamus;
4. membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda
baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti
yang betul;
5. dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata
pelajaran yang lain;
6. untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan
kecekapan membaca bersuara;
7. dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai; dan
8. menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.

Menulis adalah merupakan satu proses atau untuk menghasilkan bahan


yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan
untuk berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya. Menulis juga adalah satu proses
untuk memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun
perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut
peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas
dan tersusun.

Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dan perlu


dikuasai oleh pelajar bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi untuk mata
pelajaran-mata pelajaran yang lain. Ini adalah disebabkan bahawa bahasa adalah alat
untuk menyalurkan maklumat. Menulis dalam apa bentuk sekalipun adalah mustahak
kerana ia dapat membantu mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar di dalam
pembelajaran. Faedah menulis kepada pelajar tidak terhad untuk jangka masa pendek,
bahkan berlanjutan sepanjang usia hidupnya.

Tujuan mempelajari kemahiran menulis antaranya ialah :-

1. melatih murid-murid melahirkan idea;


2. melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan
idea;
3. melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam
bentuk pemerengganan yang betul;
4. melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan
bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan
tertentu;
5. menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam
situasi sebenar sehari-hari;
6. menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan;
7. menyuburkan minat menulis; dan
8. meluaskan kosa kata;
Penutup

Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di


negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju
hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya.
Selaras dengan Rukun Negara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan
Negara adalah berpaksikan keTuhanan.

Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki


ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik,
seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan
mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti
kepada agama, bangsa dan negara.

Bahasa Melayu di Malaysia ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,


bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di
peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa
ilmu. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa
berteraskan bahasa Melayu baku.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas bahawa tujuan


pendidikan bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah
untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi
seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

You might also like