You are on page 1of 28

Bangsa Mim

Wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’.
Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang
tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan.
Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. kenapa harus mereka
menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.

Sebelum kita masuk lebih dalam lagi, saya ingin menerangkan tentang ADAM sebelum ADAM. Hal ini memang
memeningkan. Tambahan lagi jika muslim itu tidak mahu ‘open-mind’. Saya hairan kenapa muslim kini suka
melemahkan kekuasaan ALLAH?! Maksud saya ialah, andai kata seseorang saintis itu mengkaji sesuatu di luar
adat, lantas mereka kata “mereka mahu mencabar tuhan”. Sebenarnya, mampukah kita mencabar tuhan
sedangkan DIA ‘laisakamislihi syaiun’ yakni tidak menyerupai mana satu pun mahupun pemikiran.

Maksud sebenar ALLAH maha besar ialah, sehebat mana ciptaan manusia sekali pun atau sepelik mana sekali
pun sesuatu perkara itu, sesungguhnya itu adalah dari keizinanNYA. Tiada pernah manusia mencabar DIA dan
menghampiri kekuasaanNYA kerana DIA melebihi segala. Andai kata saintis kini sedang mengkaji ‘god particle’,
apakah itu ‘tuhan’. Sudah tentu tidak. Kerana DIA tidak menyerupai mana-mana pun. Kemudiannya, muslim
pula bising-bising menyatakan ‘jangan cabar tuhan’. Apakah muslim mengerti apa yang mereka katakana itu.
Siapa yang pernah mencabar tuhan. Sesungguhnya manusialah yang mencabar diri mereka sendiri.

Daripada itu, cukuplah mengata orang lain sebagai ‘karut’, khurafat’, ‘syirik’, ‘mencabar tuhan’ dan sebagainya
kerana sifat-sifat inilah yang menjatuhkan umat islam secara umumnya. Merekalah yang merendah-rendahkan
kekuasaanNYA yang maha luas. Andai kita dapat membina teknologi yang mampu pergi ke penjuru angkas
sekali pun, tidak pernah mampu kita untuk mencapai tahap kekuasaanNYA. Itulah di namakan KEIZINAN
DARINYA.

Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, adam itu adalah suatu nama bagi suatu perciptaan berupa
manusia yang kita miliki kini. Mengikut komen pada artikel sebelum ini, memang ya, ADAM di turunkan untuk
memimpin generasi sebelum ini. Sebenarnya, saya takut untuk membuka perihal itu kerana ia mungkin
menimbulkan fitnah kepada yang tidak pernah memahami.

Jadi, marilah saya buka satu kisah mengenai asal usul sesuatu makhluk bernama AZAZIL. Kisah ini di ambil dari
buku-buku terdahulu dan cerita orang-orang tua yang mengaji tentang sufi.

Pada suatu ketika dulu, wujud satu bangsa yang suka berperang. Entah bagaimana, peperangan itu di sertai
juga oleh para malaikat-malaikat sehinggakan bumi menjadi rata dan tiada lagi kehidupan di atasnya. Tapi,
ajaibnya, ada seorang budak kecil masih hidup menangis-nangis mencari ibu bapanya. Lantas, malaikat
mengambilnya lalu di bawa ke langit. Azazil ini di besarkan dan menjadi seorang abid yakni seorang ahli ibadat
yang cukup hebat. Doanya sentiasa di perkenankan sehinggakan malaikat-malaikat pun datang meminta azazil
doakan untuk mereka.
Pada suatu ketika, ALLAH mahu menciptakan sesuatu yang baru. Penciptaan ini di namakan sebagai ADAM.
Azazil naik ke atas dan melihat-lihat boneka ADAM yang masih tidak bernyawa itu dan menyentuhnya. Lalu
wujudlah calitan Azazil pada bahagian atas mulut dan bawah hidung kita pada hari ini.

Kemudian, di suatu bahagian yang lain, para malaikat yang baru saja membina bumi baru ini naik ke langit
lantas melihat sesuatu di kaki langit. Ia tertera tentang akaa ada seorang hamba ALLAH ini yang akan
membelot dan di laknat oleh ALLAH. Para malaikat menjadi takut dan menemui Azazil untuk doakan mereka.
Azazil doakan para malaikat ini jauh dari kutukan itu tapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri kerana
menganggap dirinya akan selamat.

Pada era kebangkitan ADAM, azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan
ADAM tambahan lagi di suruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya di burukan wajah
mereka dan di halau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’.

Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru ini. Di dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak
tawa. Tapi, di sudut dalam manusia, sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri.
Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu
menyebabkan mereka berdua di halau keluar.

Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’
menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan
menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi.

Sedikit info mengenai golongan Fallen angle, mereka ini bukanlah malaikat semata-mata. Tapi ada juga berupa
makhluk yang terdahulu yang tidak di ketahui namanya. Azazil bila di turunkan ke bumi lantas dia di kenali
sebagai IBLIS atau LUCIFER. Golongan yang wujud sebelum turunnya ADAM yang sempurna itu
kebanyakkannya masih primitive dan tidak suka kepada penyatuan dan ketuhanan.

Mungkin dari situ juga, berlaku pencampuran genetic ‘fallen angle’ dan manusia lantas memwujudkan ‘nefilim’
atau si gergasi. Selain itu juga, pencampuran genetic itu juga dengan haiwan menghasilkan generasi ‘mutant’
bertubuh kehaiwanan. Inilah di sebut sebagai duyung dan lain-lain’. Bumi baru ketika itu di penuhi dengan
pelbagai makhluk yang cukup berbeza. Jarak turunnya IBLIS dan turunnya ADAM tidak di ketahui tapi mungkin
mengambil masa ribuan tahun dunia, kerana perbezaan sehari dunia dan sehari ‘akhirat’ adalah seribu tahun.
Dek kerana itu, pembiakan dan penyebaran makhluk-mahkluk yang berkeliaran ini menyebabkan bumi tidak
seimbang. Seorang pemimpin harus di angkat dengan segera.

Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada manusia hybrid dari
campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang di ciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat
itulah yang saya dengar dan jika mahu lebih, kalian haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.

ADAM yang di beri ilmu segala itu kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang
haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewa yang di kenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tapi, di
khabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini dan aplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah
kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic.

Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewa. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu
lagi, dewa yang mahu membina dunia sebagai syurga. Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. inilah di
namakan sebagai ‘light and dark’. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini.

Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu adam yang Berjaya menyatupadukan segala
makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja.
Terdapat juga kota-kota yang terapung di udara. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Seorang raja
memerhatikan saja dari atas gunung akan wilayahnya di mana, di bawahnya terdapat ribuan ikan paus
bermain riang sambil di perhatikan oleh beberapa manusia di dasar lautan itu. Gambaran kehidupan itu
seperti fantasi. Saya mendapat gambaran ini melalui keadah ‘channeling’.

Tapi, sejak berlakunya era ‘light and dark’, benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan
di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang
wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut
dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan
peta kini. ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain dan di khabarkan peta bumi berlapis dua.
Mungkin itulah di sebut sebagai kayangan. Apapun, kita tinggalkan tentang itu.

Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi akibat dari peperangan itu lantas menenggelamkan segala yang
ada. Bahtera NOH yang besar (mungkin lagi besar dari bahtera 04 dalam filem 2012), mendarat di tanah besar
yang kini di kenali sebagai Asia Barat.

Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid di hapuskan (atau di
sembunyikan). Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan.
Bertebarablah mereka membina kehidupan yang baru.

Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka
tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘nusantara’. Tanah-
tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewa pada era ADAM dan era ‘light and dark’. Tapi,
sejak peninggalan NOH, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya…tapi bilakah mereka
itu akan pulang ke pangkuan tanah ‘dewa’ ini?

kesimpulan dari pada artikel kali ini adalah:-

1- umat sebelum ADAM adalah makhluk-makhluk hybrid dan ‘fallen angle’ yang harus di pimpin.

2- terdapat beberapa era sebelum berlakunya peristiwa banjir besar NOH yakni

a) kedatangan ‘fallen angle’ dan pencampuran genetik yang tidak seimbang


b) era kedatangan ADAM dan anak cucunya dalam proses penyebaran manusia-manusia sempurna

c) era penyatuan segala jenis manusia (satu bangsa) dan kemunculan ‘dewa-dewa’

d) era pemisahan ‘light and dark’ (dewa pengurus dan dewa keduniaan)

e) era wilayah-wilayah ketamadunan dunia terhebat (atlantis, lemuria, ramayana dan lain-lain)

f) kemusnahan era ADAM dan bermulalah era manusia semata-mata

Banyak persoalan yang masih bermain di fikiran. Apa yang terjadi pada ‘fallen angle’ pada era ADAM sehingga
kini? kemana perginya dewa-dewa yang pernah mendiami tanah dewa yakni nusantara ini? Apa itu peta dunia
berlapis dua? Apa pula itu kayangan? Sebesar mana bahtera NOH itu? Ke mana perginya ilmu wasiat ADAM?
Saksikan di artikel seterusnya.

INFO – PENDEKAR SUFI

Dikirim dalam Uncategorized | 3 Komen »


Bangsa Mim Era Nabi Adam as

DIkirim oleh pakcikli00 di 22 Jun 2010


“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji
Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui.” al-baqarah ayat 30

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para
Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-
orang yang benar!” al-baqarah ayat 31

Di siri ke 2, saya menjawab kepada persoalan beberapa orang mengenai siapakah ADAM sebenarnya dan apa
yang di pimpin oleh ADAM dan perkara yang di risaukan oleh para malaikat sebelum ADAM di cipta
sepenuhnya. Penciptaan ADAM ini di ibaratkan ‘secret creation’ yang mana hanya beberapa makhluk tertentu
sahaja yang dapat mengetahuinya. Selaras dengan itu, berlaku suatu ‘notis di langit’ di mana notis itu
memberitahu tentang akan ada makhluk ALLAH yang akan merusuh dan membelot. Akibat takut dari ‘notis’ di
langit itu, para malaikat mendatangi AZAZIL, yakni satu-satu bangsa JAN yang terselamat dari ‘kemusnahan
total’ di bumi lama.

AZAZIL memang terkenal dengan sikap abidnya dan dia juga di kenali sebagai doa yang di makbulkan. Dia
mendoakan sekalian malaikat akan tetapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri. Akibatnya, di hari ‘pelancaran’
ADAM yang sempurna ini, AZAZIL dan kuncu-kuncunya yang mungkin terdiri dari sebahagian kecil malaikat
dan penduduk langit yang terselamat dari pemusnahan bumi lama, belot dan engkar akan arahan ALLAH untuk
tunduk kepada ADAM.

Dek kerana itu, AZAZIL dan kuncu-kuncunya di turunkan ke bumi baru dan bermulalah era IBLIS yang mana
akan menjadikan bumi sebagai penjara untuk waris ADAM serta neraka di kemudian hari. Mereka inilah di
gelar ‘FALLEN ANGLE’. ADAM di ciptakan untuk menjadi KHALIFAH yang mana akan menerajui bumi baru.
sebelum di turunkan ke bumi, ADAM hidup tenang dengan isterinya HAWA di ‘syurga’. Hendak di jadikan
musabab, mereka berdua memakan buah KHULDI atau di gelar FRUIT OF KNOWLEDGE oleh para kristian, lalu
turun ke bumi ini. Pada ketika itu, bumi baru telah di penuhi dengan pelbagai makhluk dan antara makhluk-
makhluk hyrid yang tiada hala tuju. Jika di fikir dari sudut logik, masa penurunan iblis dan kuncu-kuncunya
sehingga penurunan ADAM dan HAWA itu agak lama juga jika di kira dari masa bumi. Takkala itu, bumi sudah
di penuhi dengan flora dan fauna.

Di siri 1 pula, saya menerangkan tentang ADAM di beri ILMU SEGALA. Ilmu segala ini adalah ilmu nama-nama
yang mana membolehkan ADAM mengawal langit dan bumi di atas keizinanNYA. Ilmu ini amat hebat dan
sentiasa di cari oleh IBLIS dan kuncu-kuncunya. Penurunan ADAM ketika itu ibarat rahmat untuk sekalian alam.
ADAM dan warisnya menerajui alam dengan keizinanNYA. Lantas, ketika itu, pelbagai makhluk tinggal di
bawah penguasaan ADAM dan waris dan di gelar satu bangsa.

ERA ADAM

“Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah” Al-quran 19:10

Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000
tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah
kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA di berikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT
dengan baik. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk
mengurus dunia secara bersama.

Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah
mendengar frasa ini; ‘ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya’.

Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA ini yang sesekali
tidak akan hilang. Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap kedalam
ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Apapun, saya tidak akan mengulasnya lanjut kerana
itu amat berat untuk orang awam dan biarlah kalian sendiri yang mencarinya dengan berguru. Insyallah.

Pewaris ILMU SEGALA ini di beri HAQ untuk mengurus langit dan bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai
DEWA-DEWI. Orang zaman dahulu pula menyebutnya sebagai TUHAN-TUHAN. Biarpun apa frasanya, yang
penting, mereka-mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.
Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat yang satu berpecah-pecah. Pertikaian ini
mungkin dari mereka yang ingin menjadi ‘dewa-dewa’ tapi tiada HAQ. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu
dan membina ketamadunan yang lain. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya
bermatlamatkan DUNIA ADALAH SEGALA. Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, yakni
‘CAHAYA/LIGHT’ yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan ‘GELAP/DARK’ yang mahukan dunia menjadi
matlamat segala. Bagaimanapun, kita harus tahu, biarpun LIGHT and DARK sekalipun, ini semua di atas
kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?!

Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan. Perkara ini sudahpun di jangka oleh para
malaikat pada sebelum ini kerana mereka tahu model ADAM tetap akan bermatlamatkan kehancuran.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu” Al-quran 34:7

Itulah yang telah di tetapkan oleh ALLAH s.w.t. Inilah sebab musabab untuk kehancuran umat era ADAM ini.
Meskipun demikian, tiada di ketahui punca sebenar mengapa umat ini harus di tamatkan. Daripada penkajian
saya, ada yang mengatakan penguasaan NEFILIM atau gergasi di era ini amat membimbangkan. Dalam mitos
ketamadunan SUMERIA pula, di katakan ENLIL mahu hapuskan manusia kerana mereka membiak dengan
cepat sehinggakan langit dan bumi di penuhi dengan mereka. Biar apapun ceritanya, kemusnahan itu tetap
berlaku dan bumi baru telah di ‘bersihkan’ dan kehidupan baru kini bermula

ERA ADAM – ERA LIGHT and DARK


“Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka
melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang
mereka tidak menyadarinya” surah al- an’am ayat 123
“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas
sebahagian beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.”
surah al-an’am ayat 165

Daripada ‘hikmat’ chanelling saya yang ada, saya cuba ‘mengintai’ apa yang ada di sana. Daripada yang saya
tahu,pada ketika itu, mereka berinteraksi tanpa kata-kata. Pada mulanya saya ingatkan TELEPATI, tapi
sebenarnya bukan. TELEPATI adalah ‘jurus’ komunikasi mengunakan otak, tapi apa yang berlaku di situ adalah
mereka mengunakan hati semata-mata. OTAK adalah kontena tempat nafsu semata-mata. Maksud saya, otak
yang mengawal segala perbuatan mereka sebagai manusia seperti makan, minum dan sebagainya akan tetapi,
hati pula mereka jadikan sebagai ‘catalyst’ untuk menlakukan jurus-jurus hikmat seperti terbang, berjalan atas
air, jadi pokok atau sebagainya.

Hampir kesemua mereka mampu melakukan sedemikian, akan tetapi ada juga yang tidak boleh. Dek kerana
itu, yang tidak boleh ini cemburu lantas menjadikan dunia fizikal sebagai ‘keajaiban’ mereka. Maka, terciptalah
sebuah ketamadunan yang kita ketahui sebagai ATLANTIS. Asalnya, mereka semua ini adalah penghuni benua
PENTAS SUNDA yang tinggi tanahnya. Ada yang menyebutnya sebagai LEMURIA. Saya tidak tahu apa nama
sebenarnya. Bagaimana hendak saya tahu, sedangkan ‘penduduk’ zaman itu pun tidak berkomunikasi
mengunakan bahasa dan kata-kata. Tapi, bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni nusantara adalah PENTAS
SUNDA atau LEMURIA adalah, dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan
terdapat sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR.
Tapi, bukti paling jelas adalah, kajian daripada STEPHEN OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS, serta
THOMAS SUAREZ yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk “EARLY MAPPING
OF SOUTHEAST ASIA: THE EPIC STORY”. Dalam buku EDEN IN THE EAST oleh STEPHEN OPPENHEIMER ini,
beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunya banjir besar ketiga yang mana telah menghapuskan
sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai pelayaran NOH dalam pelbagai versi ketamadunan
dunia.

PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA dan dia benar-
benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau
telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di
NUSANTARA terjadi.

Apakah kalian dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda
kalian seketika. Pada zaman dulu, yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang
mana mereka tiba-tiba mahu mencari ‘the lost world’. Akhirnya, CHRISTPHER COLOMBUS menjumpai
AMERIKA dan mengelarkannya itu sebagai ‘the lost world’. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh COLOMBUS
itu adalah salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan
piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu. Akhirnya, mereka cuba mengali mengenai asal
keturunan para FIRAUN ini.

DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih perhatian mereka kepada
NUSANTARA. Tapi, kebanyakkan dari mereka ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan apa-apa
organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-lepas seperti contoh, di mana ‘the lost
world’, ‘solomon mine’, ‘asal keturunan FIRAUN’ dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada sini.

Tapi, persoalannya, di sini itu bagaimana ? !


Jika di kaji, di permukaan tanah nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat seperti sumeria,
mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh katakan semuanya berada di sini? Setakat ini, mereka
dapat buktikan segala pernyataan itu dengan selaraskan data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah.

Jadi, untuk mengkaji perihal itu, para pengkaji terpaksa menaiki ‘mesin waktu’ dan kembali ‘hidup’ di ERA
ADAM sehinggalah terjadinya pepecahan UMAT YANG SATU INI.inilah yang saya cuba bawakan kepada anda.
Saya hanya ‘tourist guide’ di dalam mesin waktu ini, dan anda adalah para pengkajinya. Tujuan kita adalah
sama, yakni untuk mengali kembali sejarah yang hilang (THE LOST WORLD, sudah tentu ‘lost’, sebab itu kena
‘gali’ kembali).

DEWA-DEWI dan DARAH DI RAJA

“katakanlah: “Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya kembali; maka
bagaimanakah kamu dipalingkan ?” surah yunus ayat 34
“Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah
kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu
dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.” surah yunus ayat
94

Pada era ADAM dan anak cucunya, para pengurs langit dan bumi ini di gelar DEWA-DEWI. Bila saya kata
begitu, sudah pasti ada daripada anda mengatakan “apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus
di langit dan di bumi?”

Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan pada dia adalah “SIAPA YANG
MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA,
sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA”

Saya tahu, memang ramai yang belum ‘open-mind’ dalam hal sebegini, dan kerana itulah dalam siri 2 saya ada
tegaskan mengenai sikap muslim kini yang mana suka sangat lemahkan kekuasaan ALLAH. Seolah-olah,
mereka pula tuhannya.Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat mereka akan katakan ‘Jangan cabar
Tuhan?”. Apaka Tuhan itu tercabar?.

Sudah tentu tidak, kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESARNyA DIA dalam memberi
keizinan.

Perkara paling penting di sini adalah;

1- DIA itu ‘laisa kamislihi syaiun’ (tidak menyerupai mana-mana pun baik kejadian atau khayalan)

2- DIa maha besar (seluas mana pun manusia explorasi atau ciptakan pun, kekuasaanNYA tetap tidak di
jangkau)

3- Keupayaan itu adalah hak milik sepenuhnya dari DIA

Inilah antara intipati dari ILMU SEGALA itu. Bagaimana saya tahu? Sudah tentu saya harus tahu, jika tidak
bagaimana saya boleh ceritakan kepada kalian. Tapi, ILMU SEGALA ini bukanlah ilmu yang di tujukan pada
sesuatu, maka terus jadi ia.Ini bukan zamannya. Zaman kini adalah zaman di mana semua kejadian berlaku
atas fizikal dan berdasarkan keterbukaan minda manusia. Dek kerana itu, tidak banyak kejadian aneh-aneh
berlaku kini sebab keilmuan dan kejadian aneh-aneh itu hanya berlaku andai manusia telah lupakanNYA.

Menyebut perihal ilmu segala ini, pada era ADAM dan seterusnya, sehingglah ‘hari pembersihan’ itu, Dewa-
dewi ini ada juga mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di istana yang
penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua berdasarkan memori yang ada pada manusia itu
tentang ‘syurga’ di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.
Dewa- dewi ini telah mengurus langit dan bumi manakala raja-raja ini pula mengawal dan menjadi khalifah
kepada UMAT YANG SATU ini. Hanya Manusia yang berHAQ dan mempunyai ILMU SEGALA akan menduduki
tahta paling tinggi di bumi ini. Kelebihan pada golongan bangsawan ini adalah, mereka-mereka ini mampu
untuk berubah bentuk daripada manusia kepada haiwan-haiwan yang di anggap suci atau simbol-simbol
tertentu.

Mereka ini mampu untuk mengubah diri mereka menjadi NAGA, HARIMAU atau GARUDA dan sebagainya jika
mendapat keizinanNYA. Hal ini ada di sebut dalam buku STEPHEN OPPENHEIMER dan cerita mitos dunia.
Mereka inilah di sebut sebagai ‘Serpent’ atau ‘shape-shifting’. Kepakaran mereka dalam mengubah bentuk
jasad ini adalah kurnianNYA tapi di era LIGHT and DARK, terdapat golongan yang mencuri keilmuan itu dan
menjadi raja di ketamadunan lain.

Pada ketika itu juga, Dewa-dewi mula terpecah kepada dua. Akhirnya, era-era kegemilangan ini terhapus dan
NOH berjayamenyelamatkan segolongan manusia dari bencana itu. Dewa-dewi ini tetap lah juga manusia akan
tetap mereka ini adalah golongan yang mendapat keilmuan yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah di
berikan kepada mereka. Di khabarkan, ketika rasullullah lahir ke dunia, maka terhapuslah tanggungjawab
mereka kerana besarnya rahmat pada baginda muhammad s.a.w

Jadi, berakhirlah era pengurusan dewa-dewi ini selepas kelahiran baginda muhammad akan tetapi tidak lah
berakhir ilmu mereka itu, bahkan di katakan mereka ada di kalangan kita…mereka inilah ada yang
memanggilnya ‘wali-wali ALLAH’ yang hidupnya cukup panjang. wallahuaklam

PETA BERLAPIS DUA

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak langit,
lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” al-baqarah ayat 29

“…Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya;
Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
surah al maidah ayat 17

Pada era ADAM, kayangan dan bumi saling terbuka. Sentiasa ada turun-naik daripada kedua alam ini.
Meskipun demikian, tidak semua yang dapat menaiki Kayangan dan dapat turun ke bumi. Saya pernah
bermimpi tentang kayangan ini.Di dalam mimpi itu, saya melihat seolah-olah refleksi daripada permukaan
bumi di langit sana. Agak tergaman ketika itu. Sungguh menakjubkan. Bagaimanapun, saya abaikan perihal
mimpi itu, sehinggalah saya sedar tentang kaitannya dengan artikel MIM- takkan hilang di dunia ini.

Tanah Kayangan ketika itu cukup hampir sehinggakan boleh turun-naik tapi, akhirnya, tanah itu semakin jauh
dan jauh. Hal ini boleh di kaitkan dengan hukum fizik -teori big bang, di mana, alam universe semakin
menjauh. Saya ada menemubual dengan seorang tua yang agak hebat juga sufinya. Dia mengatakan, bintang-
bintang di langit itu adalah perhiasannya dan dia menanya saya tentang definisi ‘hiasan’ yang telah di sebut
dalam QURAN.
Maka, saya menyebut hiasan itu adalah dekorasi atau sesuatu untuk mencantikkan. Kemudiannya, beliau
mengatakan itulah cahaya lampu-lampu di dunia kayangan. Saya terkejut seketika dan amat sukar untuk
terjemahkan kata-kata itu. Biar apapun, bentuk kayangan, saya tahu bahawa terdapat komunikasi di antara
dua alam ini.

Atau, kayangan itulah langit-langit yang di ciptakan oleh ALLAH yang di huni oleh penduduk langit
sebagaimana yang telah kita ketahui selama ini. Biarapapun misterinya, yang pasti, di ‘atas’ sana terdapat
penduduk sebagaimana kita juga di muka bumi ini.

ERA KEHANCURAN – PELAYARAN NUH

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka,
padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami
berikan kepadamu” surah al-an’am ayat 6

Selepas beberapa siri peperangan yang amat hebat, di khabarkan bahawa bumi ketika itu harus di ‘bersih’kan
demi kesejahteraan ADAM – manusia khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai melimpah-limpah. Terdapat
bukti saintifik mengatakan bahawa pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan dan satu daripadanya
telah ‘lari’ dan menyebabkan gegelang bulan yang terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir
besar.

Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER mengatakan sebelum terjadinya banjir besar
terhebat ini, sudah terjadi 2 siri banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada kemusnahan. Pada kali
ketiga itu, suhu mulai menurun dan menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba masanya, secara
tiba-tiba, ais ini mencair dan menyebakan banjir yang membinasakan di seluruh dunia. Akibatnya, dunia dalam
era banjir besar.

Bahtera NUH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia dan ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan
saintis pada zaman ini.Jika benarlah apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-QURAN, makanya, bahtera
ini cukup-cukup besar kerana dapat membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan selanjutnya.

Di atas bahtera itu, NUH lah raja dan di ibaratkan BAHTERA itulah satu-satunya tanah yang berpenghuni. Jika
di selidiki, NUH lah yang mempunyai ILMU SEGALA itu. Jika tidak, masakan dapat beliau membina bahtera
yang cukup besar dan mengarah sekalian makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin
sekali pun.

Persoalannya, besar manakah BAHTERA itu?


Saya ajukan persoalan ini kepada seorang tua di Cheras. Dia mengatakan bahawa, besarnya bahtera noh itu
adalah sehinggakan di dalamnya wujud sungai, pokok-pokok dan bukit-bukit tempat bernaungnya haiwan-
haiwan. Saya soal lagi, ‘apakah itu tanah yang terapung?’. Orang tua itu menjawab; “tidak. Ia adalah bahtera
dan lamanya ia berlayar, sehinggakan muncul satu kaum hasil dari transformsi UMAT YANG SATU itu.”
Jadi, jika benarlah kata orang tua itu, maka memang benarlah NOH adalah ‘raja lautan’ dan waris NOHlah yang
mewarisi ilmu segala itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat menunggu air banjir surut), akhirnya, bahtera
mereka terdampar di suatu tempat di sekitar Asia tengah, di mana, di sinilah bermulanya era ketamadunan
baru muncul.

Dari transformasi dan asimilasi, wujud manusia yang berupa kini yang mana merekalah yang akan meneruskan
penceritaan bumi baru ini sehingga ke hari kiamat. Ada bezakah manusia kini dan manusia dulu? Dari
pengetahuan saya,perbezaannya adalah pada limitasi manusia itu sendiri di mana, manusia kini tidak lagi
mampu untuk membuat kelakuan di luar adat (magik) dan tidak mampu untuk berubah bentuk lagi seperti
manusia zaman Era ADAM.

Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat dan membina ketamadunan mereka sendiri.
Berlarianlah mereka ke seluruh dunia sehingga tiba masanya, wasiat NUH harus di tunaikan. APAKAH WASIAT
NUH itu? Owh ya, tadi saya katakan tentang, wujudnya satu bangsa baru di dalam bantera noh itu bukan?!

Definisi untuk bangsa ialah, suatu kumpulan manusia yang mempunyai identiti, kebudayaan, genetik, siri
wajah dan ketamadunan yang sama. Jadi, apakah bangsa yang pertama sekali wujud di muka bumi itu? Bangsa
itu adalah bangsa yang berdarah di raja dan berisi ilmu segala yang mengetahui wasiat NUH. Bangsa itu adalah
bangsa MIM…?!

Bangsa Mim ketika banjir paling besar

ADAM di turunkan selepas bumi di ‘bersihkan’ dari makhluk-makhluk yang suka membuat ‘perang’ yakni di
gelar JAN. Azazil yang berasal dari bangsa JAN ini di naikkan ke langit dan menjadi IBLIS bila dia enggan untuk
‘sujud’ pada ADAM. Maka, turunlah IBLIS dan kuncunya lalu membentuk pelbagai makhluk di muka bumi yang
ketika itu terumbang-ambing tiada pegangan. Lantas ADAM turun untuk menjadi khalifah dan membawa
semua makhluk itu menuju ‘satu umat’ lantas dapat membina ketamadunan yang amat hebat. Takkala itu,
manusia dari benih ADAM yang di beri ilmu ‘pengurusan’ di naikkan’pangkat’ menjadi raja. Para raja-raja ini
mampu naik turun di mana sahaja yang menjadi ‘matrix’ dunia manusia. Kenapa sampai begitu sekali? sudah
tentu mereka mampu kerana mereka itu khalifah di langit dan di bumi.

Para raja inilah yang di gelar sebagai dewa-dewi yang mampu melakukan perkara di luar adat manusia.
Seandainya, kita mendengar ketamadunan di mana-mana planet sekali pun, itulah sisa-sisa ‘pemerintahan’
waris ADAM yang di gelar raja@dewa.

Apapun, misteri dewa-dewi dan mengenai adam-adam ini memberi impak yang besar kepada pengunjung .
Sejak siri 1 hingga 3, ramai yang bertanyakan mengenai ADAM, dewa-dewa dan tentang ILMU nama-nama
atau di kenali sebagai ILMU SEGALA ini. Insyallah, saya akan terangkan setiap satu darinya selepas misteri
Bangsa MIM ini di bongkar sepenuh.
Untuk artikel kali ini dan selajutnya adalah amat berat untuk di tulis kerana ianya memerlukan fakta yang
benar-benar kukuh. Artikel pada sebelumnya lebih pada cerita, mitos, teori dan fakta yang bukti secara
fizikalnya sukar untuk di buktikan. Biar bagaimanapun, artikel akan datang akan membongkar ‘puzzle-puzzle’
yang telah saya berikan pada anda. Siri bangsa MIM- tak hilang di dunia ini bukanlah satu artikel panjang yang
di pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian, akan tetapi lebih pada kelompok data yang harus saya
kronologikan agar kita semua dapat melihat siapakah ‘melayu’ itu sebenarnya.

BANGSA MIM KETIKA BANJIR PALING BESAR

Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman dahulu, pernah terjadi satu banjir yang di anggap telah
memusnahakan hampir separuh ketamadunan manusia di muka bumi ini. Bukan saja Islam, akan tetapi dalam
agam lain juga menyebut perkara yang sama tentang banjir yang hebat ini. Hampir keseluruhan bangsa-
bangsa di muka bumi ALLAH ini di ‘implan’kan memori mengenai banjir besar ini melalui cerita-cerita orang
tua, kitab-kitab suci, dan sebagainya.

Tapi, saya hendak menanyakan kepada anda, kenapa hampir semua bangsa dan agama mengatakan tentang
BANJIR BESAR… persoalannya, kenapa BANJIR? kenapa tidak tsunami, ombak besar, ribut petir atau apa saja
yang melibatkan air dan kemusnahan?

Jika kita fikir secara mendalam, jika banjir, kita akan teringat tentang hujan lebat seperti musim tengkujuh di
pantai timur. Seperti di dalam filem 2012, apa yang kita lihat itu adalah simulasi kepada tsunami dan peristiwa
gempa bumi yang dasyat yang membawa kepada
banjir ‘super’.

Seperi di dalam wikipedia, Banjir bermaksud:


“Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas”

Limpahan yang tidak dapat di bendung akan menyebabkan sesuatu kawasan itu di naiki air. Arus yang sedang
meningkat naik itu akan menyebabkan pergerakan di atas dan di bawah air yang besar kemungkinan akan
menyebabkan ombak besar dan tusnami. Banjir yang paling menakutkan ialah banjir yang berpunca dari laut.
Seperti yang kita tahu hampir 14 buah pulau dan negara yang akan hilang di sebabkan arus laut yang semakin
mendadak ini. Ini juga di sebabkan limpahan air yang semakin tinggi yang berpunca dari ais di kutub utara
yang semakin mencair. Di antara yang di khuatiri hilang adalah Sychelles, Tuvalu, Kiribati, dan Palau, serta
Maladewa di Samudra Hindia. (klik sini)

Persoalannya, adakah banjir yang datang dari laut inikah yang menyebabkan banjir besar pada zaman nabi
Nuh a.s dulu? mari kita kaji tentang ini.

BANJIR DI SELURUH DUNIA

“Dan Nuh berkata: “Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan
berlabuhnya.”
Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya
– sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: “Hai anakku, naiklah bersama kami dan janganlah
kamu berada bersama orang-orang yang kafir.”

“Anaknya menjawab: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!” Nuh
berkata: “Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah Yang Maha Penyayang”. Dan
gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang
ditenggelamkan.”

“Dan difirmankan: “Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit berhentilah,” dan airpun disurutkan, perintahpun
diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi , dan dikatakan: “Binasalah orang-orang yang zalim
.” Ayat 41-44 surah Huud

Inilah persoalan yang sering di ajukan pada saya. Adakah banjir besar ini meliputi seluruh dunia atau hanya
merangkumi beberapa tempat sahaja. Untuk mendapatkan jawapan itu, mari kita sama-sama mengali data
yang ada dan membuat konklusi bersama. Saya tidak mahu anda hanya pandai menadah ilmu dan taklid
padanya. Saya mahu kita sama-sama bangun dan saling berkongsi tanpa ada rasa ego di hati. Insyaallah.

Baiklah, di antara klue-klue yang di perolehi adalah:-

1- Hampir seluruh kebudayaan dan agama menceritakan tentang banjir besar yang pernah terjadi di zaman
dahulu

2- Peta pada zaman dahulu bukanlah seperti sekarang. Tambahan pula, Era Nuh adalah era di mana kerajaan
‘satu umat’ masih berkuasa. Terdapat juga beberapa ketamadunan di tempat lain dan persoalannya,
ketamadunan itu turut musnah atau masih kekal dan berevolusi?

3- Di dalam buku stephen oppenheinmer, Model ‘Dryas Flood’ di katakan yang terbaik untuk enerangkan
kejadian banjir-banjir besar yang pernah terjadi pada zaman dahulu. Dryas adalah Model yang menerangkan
keadaan bumi yang super sejuk yang mana menyebabkan pencairan yang mengejut lantas memnyebabkan
bumi mengalami limpahan banjir. Terdapat 3 zaman di mana peristiwa ini pernah berlaku, yakni:

- oldest dryas yang berlaku sekitar 15,000 tahun lalu dan tidak membawa banjir

- older dryas yang berlaku sekitar 14,000 tahun lalu dan berlaku banjir pertama

- young dryas yang berlaku sekitar 13,000 tahun lalu dan berlaku banjir kedua
Di antara tiga fasa ini, yang ketiga itulah yang paling dasyhat. Kejadian suhu menurun di katakan secara
mendadak dan paling sekejap berlaku. Ia berakhir pada 11,150 tahun lalu dan juga berlaku secara mengejut.
Young dryas adalah model penyejukan yang paling mengejut dan membawa bencana.

Bayangkan kutub utara kita tiba-tiba saja menyejuk sehingga dapat ‘membina’ bongkah-bongkah ais raksasa
dan kemudiannya mencair dengan begitu pantas sekali. Kenaikan aras air itu akan menyebabkan aras garam di
lautan menjadi tidak stabil lantas menyebabkan perubahan cuaca yang mendadak. Besar kemungkinan, akan
berlaku ribut petir yang dasyat kemudian di susuli dengan gempa bumi akibat ketidakstabilan di bawah tanah
akibat mendapan air laut yang super berat. Tekanan demi tekanan kepada bumi akan menyebabkan ia berlaku
secara total binasa. Ia bukanlah sekadar peristiwa yang boleh di permain-mainkan. Bila ia berlaku, ia akan
menberi impak pada seluruh dunia. Tiada maaf bagimu!!!

4- Sebagai muslim, kita perlu melihat Al-quran dalam pengkajian ini. Siapa kata ilmu sains dan ilmu agama
tidak boleh disekalikan. Dek kerana itulah banyak pembinaan teknologi memberi kesan negatif pada bumi.
Jadi, surah Nuh as menceritakan segalanya.

“Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh as kepada kaumnya : “Berilah kaummu peringatan sebelum datang
kepadanya azab yang pedih”, ayat 1, Surah noh

“niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,” ayat 11, surah noh

“Nuh berkata: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di
atas bumi.” ayat 26, surah noh

Bukan hanya surah Nuh as yang memberi kata kunci mengenai apa yang sedang berlaku pada zaman dahulu,
akan tetapi banyak lagi yang menceritakan perkara yang sama, cuma anda harus mengkaji ilmu lain supaya
apa yang anda baca itu anda akan faham. Kebanyakkan yang saya lihat pada zaman kini, ramai yang
mengatakan supaya kita harus kembali pada Al-quran, akan tetapi pada hakikatnya mereka tidak melakukan
apa-apa. Mereka hanya memandang remeh pada orang yang membuat kajian berdasarkan Al-quran dan cuba
menghalang mereka yang cuba menaikkan islam memlalui keilmuan. Jika anda baca Al-quran dan
memahaminya, anda akan lihat banyak persamaan kaum-kaum kafir dan musyrik pada manusia di zaman kita
ini. Apakah kita tergolong dari kalangan itu? Sedaya upayalah kalian menjauhinya.

Jadi, daripada sedikit klue-klue yang saya dedahkan ini, apa yang anda semua dapat simpulkan. Adakah banjir
besar ini terjadi hanya pada sesuatu kawasan
atau hampir seluruh dunia?

Jawapan saya…di seluruh dunia.

BANGSA MIM BELAYAR DI BAHTERA PALING BESAR


“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang
yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu
selain kebinasaan”. ayat 28, surah nuh

Seperti yanh saya terangkan pada aritkel dahlu, bahtera ini menyimpan pelbagai spesis haiwan dan golongan
manusia beriman kepadaNYA demi penerusan kehidupan. Di dalam injil dan kitab-kitab terdahulu (owh..sudah
tentu anda akan melatah dan berkata ‘kenapa nak ikut kitab dulu?!) ada mengatakan tentang makhluk gergasi
yang di namakan Nephilim. Di katakan mereka ini telah pun mendominasi bumi pada ketika itu dan perangai
mereka pun boleh tahan jahat. Di katakan Nephilim ini adalah kombinasi genetik Fallen angle dan manusia.

Di dalam blog dan forum di barat, mereka menceritakan tentang kajian mereka tentang Nephilim ini. Nephilim
ini telah pun mendominasi dunia pada ketika itu dan perang terjadi di mana-mana. Ternyata Nephilim ini
adalah golongan perosak sebelum banjir besar itu berlaku. Bila kita melihat balik pada Surah Nuh, ayat 7:-

“Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan
anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya dan mereka tetap dan menyombongkan diri
dengan sangat.” dan surah nuh, ayat 23

Dan mereka berkata: “Jangan sekali-kali kamu meninggalkan tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali
kamu meninggalkan wadd, dan jangan pula suwwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr “.

Kita dapat Nephilim bukanlah sedar raksasa, akan tetapi mungkin sebagai sesuatu yang dapat menguasai
semua yang berada di bawah penguasaan ‘satu umat’ pada ketika itu. JIka saya kata Nephilim ini adalah para
elite pada masa itu, anda bersetuju? Banyak persamaan apa yang berlaku di zaman Nuh as dan kita ini.

Kita di kuasai oleh Hidden Hand dan di katakan berupa ‘serpent atau lizard men’. Pada era Nuh as pula,
mereka di kuasai Nephilim dan berupa raksasa yang mempunyai sesuatu kekuasaan yang mendominasi. Di
tambah pula, pada ketika itu, umat manusia mulai menyembah berhala yang mereka idolakan dari kalangan
para raja-raja agung yang terdiri dari waris nabi ADAM yang juga di gelar dewa-dewi. Kemudiannya, dengan
teknologi serta perkara di luar adat yang dapat mereka lakukan, kesombongan mereka makin terserlah.
Demikianlah para kafir pada ketika itu terjadi. Di dominasi, di manipulasi dan di exploitasi.Jadi, samakah kita
dengan era nabi Nuh as itu?!

Berbalik pada pelayan di bahtera paling besar, jika kita amati kata-kata baginda Nuh a.s, para manusia yang
bersamanya di gelar ‘ahli rumah’. Pada ayat 28, surah Nuh, jelas di katakan sesiapa yang masuki ‘rumah’ Nuh
as itu, akan di ampuni dosanya. Dan demikianlah ‘dosa-dosa’ itu di ampunkan yakni dengan memulakan
kehidupan baru di rumah baru dan daratan baru.

Di artikel yang lalu, saya ada menerangkan tentang campuran manusia di dalam bahtera NUh as menghasilakn
bangsa pertama di dunia yakni bangsa MIM. Sebenarnya, tidak di ketahui nama sebenar bangsa ini. Ada yang
mengatakan merekalah Quraisy kuno yang membawa kepada qurasiy baru yang melahirkan nabi muhammad
dan seterusnya.
Pelayaran yang mungkin memakan masa yang cukup lama ini. Bagaimana pula dapat melahirkan ‘suatu
bangsa’ dalam tempoh 10 tahun sahaja. Sudah tentu ia memakan masa paling cepat 100 tahun perkiraan kini.
Jika kita amati secara mendalam, jika bahtera itu seperti kapal-kapal seperti kini, agaknya, mampukah ia
bertahan lama meredah ombak dan memberi makan secukupnya pada ahli-ahli rumah itu?

Di katakan, Nabi Nuh as adalah seorang yang di perlekehkan kerana telah mencipta bahtera di kala bumi
sedang nyaman. Sedangkan pada ketika itu, ALLAH telah pun ‘menghantar’ pentanda-petanda kedatangan
azab akibat banjir kepada mereka. Jika di ambil model Dryas dan mana-mana teori penyebab kemusnahan
alam, sedikit perubahan bumi adalah petanda bagi mereka yang berfikir.

Nabi Nuh adalah seorang designer dan seorang ahli engineering serta arkitek yang hebat pada ketika itu. DIa
tidak mengendahkan ejekan kaum-kaumnya yang tidak mahu berfikir itu. Bila tiba bencana, kaum-kaum yang
beriman menaiki bahtera itu. Pelayaran itu kemudiannya menerusi ‘gerak-geriNYA’ dalam menyelamatkan
kaum-kaum yang beriman di tempat yang lain seperti yang terkandung dalam mitos-mitos bangsa lain.

Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anak Nuh a.s (yafidt, Sam dan Ham)
lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa
berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan Ham
melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh ketika bencana).

Ketiga-tiga waris Nuh as ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti
Sumeria, akkadian, mayan dan lain-lain. Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak
cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini. Golongan yang
menjadi raja inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari
golongan beriman yang menaiki
bahtera nuh as itu tadi.

Bagaimana ini boleh terjadi?


Di dalam bahtera nuh itu anak-anak Nuh as melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada
ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh as itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di
tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat Nuh as. Apakah itu wasiat Nuh as ?.

Wasiat nuh adalah kata-kata kepada warisnya supaya kembali semula ke tanah asal mereka yakni pentas
sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh as ini,
akan terdirinya ketamadunan yang hebat.

Bangsa Mim pengerak warisan Nabi Nuh as yang hebat


“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat”
ayat 33, surah ali-imran.
Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke pentas sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari
kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah
sebenarnya ‘ahli rumah’ atau ‘ahlul bait’ ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan arab
semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan.

Kita telah mengetahi tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja (khalifah) agung yang bertaraf dewa-
dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala itu di wariskan pula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan
ketamadunan yang sukar di jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi, marilah kita selesaikan puzzle ini
sebelum kita beralih arah ke waris Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebih pemahaman, saya ajurkan anda
untuk pergi ke Mistis Files dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan tentang
pergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan tentang lokasi dan jarak masa yang berlaku.
Biar apapun, misteri bangsa MIM yang melahirkan rumpun melayu kian terbongkar.

Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di dalam Al-quran tentang kisah
pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-quran, banyak di kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar.
Akan tetapi, pernahkah kita mendalami dan mengkaji dari segi genetik dan ‘family tree’ para nabi ini. Untuk
mempermudahkan pemahaman anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang bermaksud ‘tinggi’ atau ‘atap’ ini.

Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu dari tanah paling tinggi yang menjurus
kepada evolusi atau pemecahan bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang saya
mahu maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir besar menetap di tanah yang cukup tinggi.

Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak tanah tinggi dan penuh dengan gunung
berapi. Tanah-tanah yang kita diami kini adalah puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai surut. Jika
di fikirkan secara logik, andai kata tanah itu rendah, sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul.
Tapi, mesti anda hairan, kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja yang tenggelam
sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi saya katakan bahawa seluruh dunia mengalami banjir
yang cukup hebat. Tidakkah keduanya bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali kepada apa
penyebab berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang mengatakan tentang tercetusnya peperangan antara
ketamadunan (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi). Ada juga yang mengatakan tentang berlakunya
hujan ais dari bulan kedua bumi yang telah ‘melarikan diri’. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu
di gelar “3753 Cruithne”. Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai gegelang ais seperti planet zuhal akibat
penarikan graviti yang tinggi oleh kedua-dua bulan yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa (tanda
yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar – surah nuh ayat 1)

Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya perjanjian ‘ahli rumah’ di mana, manusia-
manusia yang berasimilasi itu akan di pimpin oleh waris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka. Bila banjir
surut, anak-anak nabi nuh di turunkan di tempat yang berasingan dengan pengikut masing-masing. Mereka
membina ketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan mereka menuju ke pentas sunda dengan harapan
IBU TANAH itu akan di jaga kembali.
“Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam
bahtera, dan Kami jadikan mereka itu pemegang kekuasaan dan Kami tenggelamkan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka perhatikanlah bagaimana kesesudahan orang-orang yang diberi
peringatan itu.” Ayat 73, surah yunus.

Darah keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga menerbitkan raja-raja agung di
ketamadunan yang hebat. Akan tetapi, semakin lama semakin mereka lupa akan wasiat itu. Cuma segolongan
yang ‘ingat’ sahaja akan meneruskan perjalanan mereka menuju ‘the promised land’. Hal ini di tambah pula
dengan penyembahan berhala akibat dari pemujaan dewa-dewi serta raja-raja agung pada zaman dulu kala.
Dek kerana itulah turunnya para rasul dan nabi untuk memberi peringatan dan amaran tentang kesalahan
mereka yang berat itu.

Dari surah Al-araf, di terangkan secara baik tentang susur galur kenabian ini bermula dari ADAM, NUH dan
seterusnya. Daripada klue yang kita dapat pada surah Al-Imran ayat 33, empat keluarga inilah yang
membentuk sesuatu di kemudian hari. Jadi untuk itu, marilah kita menelusuri zaman-zaman selepas banjir
Nuh.

Bangsa Mim warisan Rasul dan Nabi


“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat
mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat memajukannya”
ayat 34 surah al-araf

“Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara
mereka dengan adil dan mereka tidak dianiaya.”
ayat 47 surah yunus

Kedua-dua ayat di atas sudah cukup bagi menerangkan tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi pada era
selepas banjir besar nuh. Memanglah pada awal permulaan ketamadunan, manusia ketika itu sudah pasti
cukup beriman kerana golongan yang di selamatkan dari banjir besar itu adalah golongan yang beriman. Tapi,
anak cucu mereka yang mengidolakan atau menyembah raja atau dewa-dewa pada ketika itu. Golongan inilah
yang akhirnya membentuk agama penyembah berhala yang di terangkan di dalam Al-quran. Hampir setiap
pelusuk dunia menyembah berhala ini.

Terdapat beberapa fasa pergerakan yang dapat di kesan melalui surah Al-araf ini. Surah ini telah menyusun
kronologi kenabian mengikut zaman dan genetik. Jadi, marilah kita mengikuti sirah kenabian melalui surah ini:-

1- Nabi HUD dan Kaum Aad


Ayat 65-72: 7

Di dalam ayat 69, “Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-
pengganti sesudah lenyapnya kaum Nuh” jelas menunjukkan bahawa Nabi Hud adalah antara generasi selepas
Nabi Nuh yang mewarisi keilmuan dan teknologi dari ERA ADAM.
2- Nabi Salleh dan Kaum Tsamud
Ayat 73-89: 7

3- Nabi Luth dan kaumnya


Ayat 80-84: 7

4- Nabi Syuib dan kaum Madyan


Ayat 85-93: 7

Kaum Madyan ini di kaitkan dengan anak Qeturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.

5- Nabi Musa dan Bani Isreal serta Firaun


Ayat 103-169: 7

Kisah nabi musa dan bani israel ini amat menarik untuk di kaji. Berikut adalah ayat yang mempunyai ‘key
point’ dalam pengkajian ini:-

-105:7
mengenai bani isreal minta di lepaskan (bani israel pada tika ini adalah status hamba pada para firaun)

-133:7
berlakunya taufan belalang, kutu dan katak sebagai tanda

-136:7
firaun mengejar Nabi Musa dan bani israel dan di tenggelamkan

-137:7
“Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan baratnya yang
telah berkah padanya”

-142-148:7
kisah nabi Musa berjumpa tuhan dan pada ketika itu juga samiri dan bani israel menyembah patung anak
lembu

-155:7
Nabi musa memilih 70 dari pengikutnya untuk meneruskan perjalanan

-160:7
12 suku kaum bani israel di pecahkan mengikut ‘bahagian’ masing-masing (Nabi musa dan 70 yang terpilih
meneruskan perjalanan)
-163-166: 7
Kisah kaum di suatu negeri di tepi laut yang di sumpah menjadi monyet (dari mana perkataan ‘orang hutan’
bermula?)

-169: 7
Generasi sesudah kaum nabi Musa yang akan mewarisi taurat dan mengambil dunia dan tidak puas dengan itu
(masonic dan sekutunya)

Daripada klue-klue di atas, apa yang anda semua dapat? Rasanya, banyak yang akan terlintas di fikiran anda.
Tapi, benda utama yang saya ingin ceritakan kepada anda ialah, TIAP UMAT MEMPUNYAI BATAS WAKTU.
Lihatlah bangsa atau umat yang mempunyai genetik marker yang sama seperti kaum Aad, Tsamud, Madyan
dan lain-lain mempunyai batas waktu atau senang kata – di binasakan.

Inilah perjanjian atau alastubirabbikum. Tiap sesuatu mempunyai ajal. Baik manusia, haiwan, jin, setan, dajjal,
angin, air, bumi dan lain-lain. Begitu juga dengan umur umat dan masa itu sendiri. Inilah perjanjian terbesar di
dalam perbinaan ‘dunia’. Tiap sesuatu mempunyai batas waktu.

Jadi, apa perkaitan Bangsa MIM- takkan hilang di dunia, sedangkan setiap umat atau bangsa itu akan musnah
atau di hapuskan, baik cina, india, yahudi, orang putih dan sebagainya. Mari kita meneruskan perjalanan kita
ini ke bab seterusnya.
Bangsa Mim Era Nabi Ibrahim as
Nabi ibrahim as adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal Uzair. Nabi Ibrahim as datang dari
tanah Kanaan dan mendapat hidayah apabila dia mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini.
Akhirnya dia mendapat tahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang ayahnya dan kerajaannya. Tapi,
bukan itu yang saya mahu ceritakan.

Pada zaman ini, ada suatu golongan di gelar “patriarchs” atau pun golongan “bangsawan’ yang membina
keluarga dan mempunyai negara kota sendiri.Nabi Ibrahim as adalah salah seorang daripada golongan itu. Di
pendekkan cerita, Nabi Ibrahim as memasuki ketamadunan awal mesir dan di tahan oleh Firaun. Firaun cuba
mengoda isteri baginda, Sarah akan tetapi dengan kebijaksanaan SARAH, Firaun melepaskan Sarah dan
menghadiahkan ‘puterinya’ sendiri untuk di nikahi. Wanita itu adalah HAJAR.Ada pendapat juga mengatakan,
baginda mempunyai seorang lagi isteri yang bernama QETURAH. Bagaimana pun, ada yang mempertikaikan
kewujudan QETURAH ini. Ada juga yang mengatakan HAJAR dan QETURAH adalah orang yang sama.

Sebagaimana kita ketahui, SARAH melahirkan ISHAQ. Daripada ISHAQ, lahirnya YAAKUB yang mempunyai 11
orang anak termasuklah Nabi YUSUF a.s. Nabi Yaakub inilah di gelar sebagai ISREAL. Bani israel bermaksud
anak-anak yaakub kerana dari yaakub inilah lahirnya ramai lagi nabi-nabi lain. Antara anak-anak Yaakub adalah
Reuben/Rehaven, Simeon/Shiman, judah/Yahudah, Issachar/yissachar, Zebulun, Dan, naphtahi, Gad, asher,
Levi, Bunyamin dan Joseph/Yusuf.Daripada mereka-mereka inilah lahirnya sukuan dalam Bani israel. Bunyamin
dan Yusuf adalah bersaudara di bawah satu ibu. Manakala lainnya dari ibu yang lain dan cukup dengki pada
Yusuf. Akibat dari itu, yusuf di bawa ke mesir dan pelbagai ujian di temphinya termasuklah di penjara.
Akhirnya, dia di lepaskan dan menjadi gabenor di ketamadunan mesir ketika itu. Saudara-saudaranya meminta
ampun dan mereka semua hidup bahagia. Tapi, ada satu ayat yang cukup menarik untuk di kaji. Bunyamin dan
Yusuf ini mempunyai sesuatu tanda di badan mereka atau genetik yang membawa kepada generasi selepas
mereka. Cuba perhatikan ayat 12 surah Yusuf. Yahudi yang ada sekarang adalah hasil asimilasi daripada bani
Judah dan Benjamin. Nabi Musa yang membawa dan menyelamatkan bani Israel dari penghambaan itu adalah
dari sukuan LEVI. Kita telah ketahui bahawa Nabi Musa membawa 70 pengikutnya yang beriman menuju
sesuatu tempat. Di katakan, 70 orang inilah di kenali sebagai ‘the lost tribe’ oleh para yahudi. ‘The lost tribe’
ini di katakan dari bani Manaseh dan Ephrahim, dari darah keturunan Nabi Yusuf a.s.

Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita ketahui kini. Akan tetapi, arab terdapat
pelbagai suku kaum juga. Apa yang pasti Nabi Muhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang
menceritakan pada saya tentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum bercampur dengan waris HAJAR yang
melahirkan QURAISY BARU. Hal ini saya tidak dapat pastikan lagi dan kepada sesiapa yang mempunyai
maklumat, silalah berkongsi. Daripada Nabi Muhammad, lahirlah Fatimah dan berkahwin dengan ALI r.a,
kemudiannya melahirkan HASSAN dan HUSSIN. Daripada mereka inilah ‘ahli rumah’ mula kedengaran semula.
Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY KUNO yang mungkin dari kalangan BAHTERA NUH itu.
Ahlul bait kemudiannya di buru oleh para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab
mempunyai banyak kaum dan keturunan dan mereka tidak bersatu padu. Lihatlah timur tengah sekarang,
meskipun negara arab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu membantu saudara mereka di
atas nama ‘ARAB’, bahkan membenarkan musuh melalui ruang udara lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di
gemari oleh orang arab tambahan lagi ianya dari keturunan QURAISY yang terang lagi nyata turun dari
kalangan ‘ahli rumah’ Bahtera Nuh.

Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada yang kata lima dan ada yang kata enam.
Bagaimanapun, anak-anak QETURAH ini melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-nama mereka
ialah; Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan. Peristiwa kaum Madyan dan nabi Syuib itulah yang
berasal dari QETURAH ini. Nabi Syuib adalah golongan bangsawan yang berasal dari darah keturunan MADYAN
dari QETURAN + IBRAHIM. Dek kerana itulah keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapi Nabi syuib di
benci kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripada menipu dalam perniagaan. Ternyata Kaum
Madyan adalah kaum yang suka berniaga. Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEA
adalah antara dari susur galur QETURAH ini.

Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai ARYAN. Lahirnya ARYAN ini adalah
apabila CYRUS THE GREAT menakluki MADYAN dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi
ini berjaya dan ARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS THE GREAT ini pula di katakan sebagai
ISKANDAR ZULKARNAIN. DI dalam HIKAYAT SEJARAH MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan Iskandar
zulkarnain. Makanya, raja melayu dari keturunan cyrus the great dan ARYAN. Bagaimana ini boleh terjadi?

ARYAN kemudiannya terpecah kepada dua yakni golongan ARYAN TIBETAN dan golongan ARYAN INDIA KUNO.
Golongan ARYAN INDIA KUNO inilah yang melahirkan bangsa KEMBOJA ASLI yang mana mendapat
penentangan dan melarikan diri lalu menduduki INDO-CHINA. Golongan ARYAN TIBETAN pula melalui tibet
dan menetap di sana lalu menjadi ketua agama Hanif pada ketika itu. Seterusnya mereka meneruskan
perjalanan menuju YUNNAN dan menuju ke Indo-China juga. Maka, dua golongan ini bertemu di satu tempat
yakni di NUSANTARA.

Bangsa Mim Era keluarga al Imran

“Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan
kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan para
nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-
Nyalah kami menyerahkan diri.”
ayat 84, surah ali-imran

frasa Al-Imran ini adlah berasal dari ahlul imran yakni keluarga imran. Daripada keluarga ini lahirlah Musa dan
Harun yang mana menentang kejahatan firaun yang telah lupa daratan dan mengaku sebagai tuhan.
Penentangan demi penentangan berlaku dan akhirnya firaun di kalahkan. Daripada keturunan Ali Imran ini
juga lahirlah wanita yang mana melahirkan NABi ISa a.s. Nabi Isa a.s yang telah di khianati oleh bangsanya
sendiri di naikkan ke langit dan akan turun semula ketika saat kebangkitan akhir zaman akan bermula.

Terdapat kod-kod atau klue-klue di sini. Musa dan Harun adalah saling bersaudara dan menumpaskan Firaun
yang mana telah memperhambakan Bani Israel. Maka, berkat pertolongan ALLAH s.w.t, mereka berjaya
melarikan diri dan firaun tenggelam di laut merah. Nabi Musa dan kaumnya itu melalui laut yang terbelah dan
sampai ke satu daratan yang mana kaum di situ menyembah berhala. Ternyata jarak yang di lalui oleh mereka
bukanlah jarak yang dekat akan tetapi agak berjauhan kerana empayar mesir raya amat luas ketika itu. Pada
pengamatan saya, mungkin Nabi Musa telah pun tiba di INDIA atau pun tanah Nusantara. Apapun, DIA maha
mengetahui. Meskipun demikian, mesti ada orang yang tidak mahu mempercayainya kerana tiada bukti
kukuh. Pernahkah anda mendengar frasa “the lost tribe of jews”? Pengkaji sejarah di seluruh dunia sedia
maklum bahawa terdapat 12 bani israel yang bertebaran di muka bumi dan akhirnya membentuk yahudi.
Kemudiannya dari yahudi, membentuk zionis yang berkitabkan TALMUD sesat itu.

Bani yang di katakan hilang itulah yang tidak dapat di jejaki sehingga tiba masa DIA mahu mengangkatnya
kembali. Bani yang hilang ini adalah pengikut Nabi musa dan Nabi Harun yang setia serta beriman. Mereka
tidak mengikuti bani israel yang lainnya yang dahagakan tanah. Inilah yang terjadi pada saat ini di mana ZIonis
cuba merampas PALESTINE meskipun dulu mereka lari dari berperang dengan bangsa asal Palestine.

Seterusnya, mengenai Nabi ISA a.s, baginda telah di khianati oleh bani israel dan di angkat ke langit. Kluenya di
sini adalah, baginda ‘di larikan’ dari bangsa yang di khabarkan akan ‘musnah’ pada akhir zaman di tangan
baginda sendiri. Ayat quran sudah cukup memberitahu kita bahawa terdapat kod-kod yang harus di kaji demi
kebangkitan masa hadapan. Tapi, kebanyakkan kita takut untuk lakukan demikian kerana risau ‘tercalar
iman’ ? !

Apakah dengan mengkaji quran, iman dan taqwa akan tercalar dan hilang ?. Bukankah jika di kaji, maka lagi
banyak akan menyakinkan kita pada ISLAM. ISLAM itu mudah tapi ummatnyalah yang menyusahkannya.
Jadi, nampakkah anda tentang kesenimbungan antara ‘dahulu’, ‘kini’ dan ‘masa depan’?

Keujudan bangsa Mim yang tak hilang di dunia


Kita semakin menghampiri kepada kemuncak tajuk. Segala puzzle hampir selesai. Cuma tinggal sedikit saja lagi
mengenai misteri bangsa MIM ini. Apakah itu MIM dan apa kaitannya dengan MELAYU pula. Mari kita
selesaikan misteri ini dengan secepat mungkin dan dengan padat.

Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa MIM dan anak cucunya menuju ke
pentas sunda yang tenggelam. Ini kerana, Pentas sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU
TANAH. Tiap perkara mempunyai ‘center’ atau tempat kelahiran. Begitu juga dengan tanah. Tanah telah
berkembang dari daratan pentas sunda yang ketika itu hanya ada satu benua semata-mata. Pentas sunda
tetap di situ akan tetapi seperti yang saya beritahu tadi, tiap perkara harus ada batasnya. Jadi, pentas sunda
harus ‘mati’. Tapi, penciptaan dunia dan akhirat mempunyai ‘LAW’ dia tersendiri. Tiap yang ‘mati’ akan
‘bangkit’ kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di alam barzah dan kemudiannya di alam
akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah itu hanyalah ‘pit stop’ atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua
perkara. Sebelum di bangkitkan semula, akan ada ‘hentian seketika’ sebelum kebangkitan sepenuhnya
berlaku.

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka,
padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami
berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir
di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah
mereka generasi yang lain.”
Ayat 6 surah al-anaam

Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum dari kaum yang di binasakan itu
dengan yang lebih baik. Kita adalah generasi dari kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah
sunnahtullah. Tapi, kita harus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik yang ada sekarang tetap akan
mengalami proses yang serupa andai kata mereka tidak kembali ke jalan ALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini
tidak akan musnah selama-lamanya.
Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat sangatkah?!

Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah ‘perintah’ pada ADAM dan warisnya sehinggalah
dunia di kiamatkan. Boleh di katakan bangsa yang terakhir akan ‘mati’ adalah bangsa MIM. Jadi, apakah
sebenarnya bangsa MIM ini. Mari kita selesaikan bongkah blok yang terakhir ini.

Mari kita imbas kembali dari ERA NuH, ERA IBRAHIM dan perjalanan seterusnya.
Pada Era Nuh, anak cucu Nabi Nuh akan menjadi raja-raja agung dan memimpin manusia di kala itu. Di dalam
bahtera itu, terdapat suatu bangsa yang sudah asimilasi akibat lamanya pelayaran itu. Bangsa itu di namai
Bangsa MIM atau Quraisy Kuno (wallahuaklam). Tapi, selepas beberapa ribu dan ratusan tahun, kucar kacir
mulai berlaku. Penyembahan berhala mulai berlaku di sana sini. Ia seolah-olah mengulangi kejadian pada ERA
ADAM dahulu yang mana terdapat mereka yang menyembah DEWA-DEWI dari waris ADAM yang di beri ILMU
SEGALA ini.

Darah keturunan yang sepatutnya menjadi raja di buru dan di bunuh. Bangsa MIM mulai berpuak-puak dan
membentuk suku kaum masing-masing. Akhirnya pelbagai bangsa wujud akan tetapi ia di khianati dengan
penyembahan sesama makhluk yang sepatutnya tidak berlaku. Dari situlah bencana mulai berlaku. Bangsa-
bangsa ini di hapuskan dan di ganti dengan bangsa yang lebih baik. Maka, kitalah generasi di zaman ini
menunggu-nunggu detik
‘mati’ bangsa-bangsa seperti yang di beritahu dalam Al-quran.

Seperkara lagi, meskipun banyak bangsa di hapuskan, akan tetapi akan terdapat mereka yang di selamatkan.
Golongan yang di selamatkan inilah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi yang juga mempunyai
ILMU SEGALA ini. Tapi tidak semua bangsa pada zaman dahulu yang di hapuskan. Ada juga yang berevolusi
dan menjadi bangsa pada zaman ini seperti bangsa eropah yang bermula dari golongan Babarian.

Kemudiannya, pada ERA IBRAHIM, isteri-isteri baginda yang datang dari darah keturunan yang mulia banyak
melahirkan bangsa yang menjadi induk pada masa kini. Seperti yang kita ketahui, Hajar melahirkan ARAB,
Sarah melahirkan Bani isreal dan eropah dan QETURAH melahirkan bangsa pahlawan seperti Babylon,
Akkadian, Cheldea dan ARYAN.

Bangsa Mim bertemu dan berakhir di sini

“Takkan MELAYU hilang di DUNIA” – Hang Tuah

Inilah frasa yang di sebut oleh Laksamana Hang Tuah dan ia bagai di paku pada memori setiap ‘melayu’ yang
melayu pada zaman kini. Hang Tuah adalah seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang tinggi
dari guru-guru beliau yang amat hebat dalam hal agama dan kebatinan. Biasanya, suatu perkataan itu akan
terus di lupakan dan terus berkubur dek masa. Akan tetapi, frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu wasiat yang
harus kita ‘tepati’. Maka, dek kerana itulah tiap kali musuh dair luar datang menyerang, tiap kali itu jua
kebangkitan akan di rasai.

Apapun, sebelum kita memasuki bab terbaru itu, mari kita selesaikan bongkah klue yang terakhir ini. Seperti
yang saya katakan tadi, tiap bangsa ada ‘matinya’ dan di ganti dengan yang lebih baik. Yang mengantikan itu
pula adalah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi
dan rasul sehinggalah sekarang. ERA IBRAHIM adalah era terakhir di mana percambahan bangsa berlaku
selepas ERA NUH. Dari IBRAHIM lahirlah bangsa ARAB, ISRAEL, EROPAH, ARYAN dan banyak lagi. Memang
patutlah baginda di gelar sebagai BAPA BANGSA.

Bangsa Aryan dari keturunan QETURAH telah bertemu di Indo-China, Nusantara.Manakala, bangsa arab pula di
temukan dengan aktiviti perdagangan dan perkahwinan campur sejak era kesultanan melayu lagi. Bangsa
Israel yang terpilih pula di bawa oleh Nabi Musa dan ianya tidak di ketahui kerana terang dan jelas golongan
mereka ini di gelar sebagai ‘the lost tribe’. Kalau sudah ‘lost’ bagaimana pula dapat di bongkar. Jika, tak dapat
di bongkar, kenapa pula ramai bercerita mengenai ini. HAHAHA…jangan bimbang, inilah di katakan ‘MASA
SUDAH TIBA’. Jika anda mengkaji hadis nabi mengenai kebangkitan bermula dari timur di akhir zaman, ada
hadis menyebut mengenai ‘apa saja yang di sembunyikan akan jelas sejelasnya’.

Selain dari itu, bangsa cina juga berasimilasi di NUSANTARA sejak dulu kala lagi. Bangsa India juga begitu.
Bangsa Eropah pula telah datang selepas era kolonial dan perkahwinan campur terus berlaku. Sebagai contoh,
ACEH adalah frasa dari konsonan Arab, Cina, English dan Hindu (India). Maka, bercampurlah segala bangsa dari
jurai IBRAHIM dan MUHAMMAD di NUSANTARA ini.

Dek kerana itulah apabila di tanya, siapa itu melayu, maka semua pening kerana ada yang berwajah cina,
orang putih, arab dan sebagainya di nusantara ini. Jadi, siapakah bangsa MIM itu? Rasanya anda sudah tentu
dapat mengagak jawapannya. Bangsa MIM itu adalah
“Bangsa campuran yang tiada berbangsa tetap dari jurai kenabian”…Bagaimana harus ‘mati’ sedangkan
asimilasi bangsa MIM ini sentiasa ‘updated’ sehinggakan ianya tiada berbangsa. Jadi, adakah kita boleh
katakan MELAYU itu adalah bangsa MIM seperti mana di dalam BAHTERA NUH itu? Anda sendiri yang jawab.
Saya sudah memberi pelbagai data dan kini, andalah yang mempromosikannya agar wasiat NABI MUHAMMAD
tentang kebangkitan dari TIMUR ini benar-benar terjadi.

……………………………………………………………

Artikel hadapan akan membincangkan kod-kod yang terdapat di sekitar kita mengenai bangsa MIM ini. Selain
itu, apakah kaitannya bangsa MIM terbaru ini dengan masa depan. Apakah pula cabaran yang terpaksa di
hadapi oleh bangsa MIM terbaru ini. Bangsa MIM adalah bangsa ‘ahli rumah’ dari bahtera nabi noh, maka apa
kod yang membuktikan kita inilah bangsa MIM yang sebenar sedangkan yahudi dan amerika juga bangsa
asimilasi?! Apa pula maksud Melayu itu dan kaitannya dengan MIM ini. Apakah peranan kita demi kebangkitan
timur seperti di wasiatkan oleh NABI MUHAMMAD seperti mana wasiat ADAM dan NUH sebelum ini? Saksikan
segalanya di dalam artikel BANGSA ‘MIM’ – tak hilang di dunia (siri akhir) pada masa akan datang. Sekian
wassalam

……………….

rujukan:-

-Al-QURAN dan hadis


-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua
Bangsa Mim tak hilang di dunia

Mari kita imbas kembali apa yang sudah berlaku pada siri-siri yang lepas. Kepada yang baru mengikuti kisah
ini, saya cadangkan anda untuk membaca siri-siri lalu kerana mungkin ianya dapat membantu anda dalam
perihal yang sedikit sukar untuk di cerna oleh akal dan minda. Siri di dalam nusanaga kebanyakannya adalah
dari kajian, pendapat, cerita dan pengalaman peribadi penulis. Oleh yang demikian, segala ‘kunci-kunci’ yang
telah dan akan di berikan ini hanya ‘tools’ untuk ‘explorasi’ anda demi merealisasikan sebuah kebangkitan
yang sering di ungkapkan oleh muslim di seluruh dunia. Apa yang pasti, sebagai orang timur, kita mempunyai
amanah dan tanggungjawab yang cukup besar dalam merealisasikan kebangkitan itu kerana itu adalah
datangnya dari mulut baginda rasullullah sendiri.

Kisah bermula apabila penciptaan ADAM di dengki oleh AZAZIL di alam ‘syurga’. Dek kerana ilmu nama-nama
serta ‘kesempurnaan’ ADAM, maka AZAZIL bertukar menjadi IBLIS
demi menyesatkan anak cucu ADAM sehingga tempoh maut mereka tamat bila tiba hari kiamat. Maka
turunlah ADAM dan isteri ke bumi yang ketika itu telah di huni oleh pelbagai jenis makhluk tapi masih
terumbang ambing tiada khalifah untuk menerajui langit dan bumi. Kedatangan ADAM dan isteri telah
membawa kepada satu penyatuan besar-besaran yang di kenali sebagai ‘satu umat’.

Nabi ADAM juga telah di bantu oleh anak-anaknya yang bertaraf dewa-dewa. Dewa-dewi ini adalah anak
ADAM yang di beri ilmu segala sama seperti ADAM. Dek kerana ilmu itulah
mereka dapat menjadi khalifah langit dan bumi. Tapi, kesesatan telah berlaku di mana ada segolongan
manusia mengidolakan mereka sehingga mereka membuat patung-patung untuk di sembah. Terdapat juga
penguasaan Nephilim gergasi waris AZAZIL+fallen angle yang mana telah merosakkan segala kesucian ‘satu
umat’. Terdapat juga Dewa-dewi yang telah belot dalam penyatupaduan umat ini. Meskipun mereka belot tapi
mereka tidaklah belot terhadap tuhan dan rasulnya. Mereka ini berperanan untuk menjadikan ERA ADAM
menuju ke ERA BARU.

Era baru itu adalah era ‘dark and light’ yang mana perang telah berluasa dan kebatilan mula menguasai. Pada
tika inilah Lemuria dan Atlantis mencapai ‘Golden Age’. Akhirnya, mereka semua telah di musnahkan oleh
banjir besar NUH. Hanya golongan yang beriman saja yang terselamat. Tidak semua golongan beriman itu
menaiki bahtera NUH. Ada antara mereka berada di tempat tinggi atau di gua-gua. Mereka yang terselamat di
dalam bahtera itu di asimilasikan lantas menjadi satu golongan yang di namakan MIM atau quraisy kuno.
Anak-anak NUH telah di turunkan di suatu tempat yang berasingan bersama pengikut-pengikut mereka. Raja
peguasa hanya boleh di lantik dari kalangan keluarga waris NUH sahaja, manakala yang lainnya yakni pengikut
haruslah menjalani kehidupan seperti biasa. Waris-waris NUH tahu bahawa tempat yang mereka turun itu
bukanlah kampung halaman mereka yang telah musnah. Jadi, di atas wasiat NUH, mereka harus sentiasa
bergerak menuju ke tempat asal mereka yakni PENTAS SUNDA.
Di sepanjang perjalanan mereka, ada saja ketamadunan yang hebat di buka. Bersama mereka adalah ilmu
mengenai teknologi, sains, matematik, astronomi. pertanian dan maritim. Paling penting bersama mereka
ialah ‘kisah golongan beriman’ untuk di jadikan ‘guideline’ serta perikatan. Oleh kerana itulah kalau di kaji,
ketamadunan dulu kala seakan-akan mempunyai kisah penciptaan, raja-raja dan keagamaan yang hampir
sama. Hanya masa merubah sedikit demi sedikit. Bila masa sudah berlalu, waris golongan ini tadi mulai
mengamalkan kebatilan dan kesesatan sehinggalah di turunkan para nabi dan rasul.

“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat”
ayat 33, surah ali-imran

Tapi, terdapat nabi yang mana menjadi ‘topik utama’ di dalam Quran. Antaranya adalah Nabi Adam, Nabi Nuh,
Nabi Ibrahim, Keluarga Ali Imran dan Baginda rasul Muhammad s.a.w. Mereka ini di ‘utama’kan bila terdapat
surah-surah mengenai mereka untuk kita kaji salasilah mereka. Meskipun terdapat ramai lagi nabi, tapi untuk
kaji ini, saya cuma mengambil sedikit sahaja dan semuanya telah terangkum sekaligus.

Era Ibrahim dan tiga isterinya yakni SARAH, HAJAR dan QETURAH atau JAWIYAH ini telah melahirkan pelbagai
bangsa di dunia ini. SARAH melahirkan bangsa bani israel dan eropah. HAJAR melahirkan bangsa arab dari
keturunan ismael. QETURAH atau JAWIYAH ini pula melahirkan bangsa perkasa seperti cheldea, akkadian,
madyan dan sebagainya. Tapi, hanya bangsa MADYAN yang mampu berevolusi kerana telah di satukan oleh
CYRUS the great atau di kenali sebagai Iskandar ZUlkarnain. Bangsa MADYAN ini di gabungkan dengan bangsa
parsi yang melahirkan bangsa ARYAN. Dari ARYAN membawa kepada KEMBOJA asli yang akhirnya lari ke tanah
INDO-CHINA dan membuka empayar FUNAN.

Dari ARYAN juga, mereka menjadi bangsa TIBETAN yang mana membawa diri ke YUNNAN dan akhirnya ke
tanah sumatra. TIdak berapa lama kemudian, Bangsa ini bercampur lagi dengan golongan pedagang dari
bangsa Arab bersusur galur ahlul bait. Surah Al-imran dan kisah Nabi MUSA juga mempunyai ‘kunci’ takkala
baginda membawa 70 dari pengikutnya yang beriman meuju ke suatu tempat di timur. Ini di buktikan dalam
ayat quran yang membawa maksud, baginda dan para pengikut tiba di sutu tempat yang menyembah berhala.
Pada ketika itu, penguasaan firaun amat besar. Jadi, untuk melihat di manakah nabi MUSA telah ‘landing’,
maka kita harus lihat peta zaman dulu di bawah pengaruh Firaun. Kita harus melihat negara manakah yang
tidak tergolong dalam penguasaan Firaun dan sekutunya. Kaji di kaji, saya berpendapat mereka mungkin telah
sampai ke INDIA atau mungkin ke tanah JAWI yakni SUMATRA atau tanah JAWA. Dek kerana itulah terdapat
perbezaan di antara peragai penduduk sumatra/semenanjung dengan kepulauan JAWA yang sedikit gasar (ini
kerana mereka telah melayari lautan dan di ‘implan’kan sifat kasar dan berjiwa kental.)

Para pendatang (kaum muhajirin) ini juga berasimilasi dengan penduduk asal tanah jawi/Nusantara yakni
orang asli. Kemudiannya, ketika empayar melaka sedang meningkat naik, asimilasi di teruskan dengan kaum
dari china dan india datang berdagang. Takkala perang berlaku, asimilasi di teruskan dengan percampuran
dengan bangsa eropah. Kini, hasilnya kita dapat melihat satu bangsa yang cukup-cukup sukar untuk di
tafsirkan sebagai ‘bangsa’. Jadi, adakah benar Melayu itu bangsa yang tidak akan hilang seolah-olah terlepas
dari sunnatullah ‘tiap umat ada umurnya’?
SUMBER DARI: http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/

You might also like