You are on page 1of 11

REFLEKSI KEGIATAN KOKURIKULUM

KELAB ALAM SEKITAR

PENDAHULUAN

Saya telah mengikuti Program Pengurusan Kokurikulum (UKT 1031) tahun 2010 bagi
aktiviti Kelab dan Persatuan yang diadakan di Dewan Kuliah A, Universiti Pendidikan
Sultan Idris pada 26 September yang lalu. Saya berpendapat tujuan program ini
diwujudkan adalah untuk melatih para siswa/i UPSI supaya mampu menggalas
tanggungjawab dalam pelbagai perkara dan bidang. Bukan sahaja menjadi tenaga
pengajar bahkan, sebagai seorang pendidik yang fleksibel dan kompetitif.

PERIHAL KONTEKS (LATAR BELAKANG)

Penganjur

Ahli Kelab Alam Sekitar dengan bantuan instruktor dan pensyarah, En. Sadzali bin
Hasan.

Tarikh, tempat dan masa

Program atau aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini telah berlangsung pada 26hb.
September 2010 dari pukul 10pagi hingga 5 petang.
Pengisian aktiviti

Pengisian aktiviti yang dilakukan oleh mereka terbahagi kepada tiga aktiviti:

1. Pada sebelah pagi iaitu sekitar pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah
diadakan ceramah berkaitan alam sekitar. Namun, isi-isi yang disampaikan
lebih bersifat global dan meliputi pelbagai sudut. Tajuk ceramah yang telah
disampaikan ialah “Alam Sekitar Dari Sudut Berbeza” iaitu perbincangan
abstrak oleh pihak penceramah mengenai alam sekitar Islam dan keagamaan.

2. Pada sebelah tengahari pula, mereka telah menganjurkan Bengkel Kemahiran


yang melibatkan penggunaan barangan yang boleh dikitar semula. Aktiviti
yang dijalankan pada waktu itu merupakan aktiviti yang sangat menarik kerana
ia melibatkan penglibatan ahli kumpulan dalam menghasilkan kraftangan iaitu
bingkai gambar yang bersumberkan bahan terpakai seperti kotak tisu dan kertas
pembalut hadiah serta putik kapas.

3. Aktiviti pada sebelah petang pula lebih bersifat santai dimana pihak penganjur
telah mengadakan aktiviti ‘Explorace’ yang meliputi aktiviti-aktiviti bersifat
kekeluargaan antara setiap ahli kumpulan. Pelbagai permainan telah dirangka
oleh pihak penganjur iaitu AJK Kelab Alam Sekitar bagi memastikan aktiviti
pada petang itu berlangsung dalam suasana yang meriah. Program pada hari
tersebut telah berakhir kira-kira pukul 5 petang.

FAEDAH PROGRAM YANG DILAKSANAKAN


Saya mendapati terdapat beberapa faedah yang boleh diperoleh berdasarkan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan oleh puhak penganjur. Faedah tersebut boleeh saya bahagikan
mengikut aktiviti yang telah dijalankan.

1. Ceramah Alam Sekitar Islam


Saya mendapati bahawa pengertian alam sekitar itu adalah luas dan meliputi
pelbagai aspek yang mungkin tak terjangkau oleh minda. Pada permulaannya
saya menyangkakan bahawa ceramah yang bakal disampaikan lebih berkisar
kepada alam sekitar yakni flora dan fauna. Saya juga menggambarkan ceramah
itu akan menceritakan mengenai pencemaran alam sekitar atau perihal yang
berkaitan dengannya. Sekurang-kurangnya saya telah mendapat ilmu baru
mengenai pendefinisian alam sekitar yang rupa-rupanya lebih kompleks
daripada pemahaman saya.

2. Bengkel kemahiran membuat bingkai gambar menggunakan bahan


terpakai
Menerusi aktiviti ini saya mendapati bahawa saya telah memperoleh ilmu yang
sangat menarik untuk dilakukan bagi mengisi masa senggang saya dan
sekaligus mencantikkan ruangan dalam bilik saya. Hasil daripada pembelajaran
tersebut juga boleh saya praktikkan selepas ini kerana idea menghasilkan
bingkai gambar daripada bahan terbuang sangat berpatutan dan unik. Aktiviti
yang dianjurkan ini juga telah membantu saya berjimat kerana saya boleh
menjadikan bingkai gambar tersebut sebagai hadiah kepada ibu bapa dan
rakan-rakan tanpa perlu mengeluarkan duit.

3. Aktiviti ‘explorace’
Aktiviti ini sangat menarik pada pandangan saya dan rasanya seperti sudah
sedia maklum akan faedahnya. Hal ini kerana saya mendapati bahawa dengan
penganjuran aktiviti seperti ini, kami pelajar pengurusan kokurikulum pada
tahun ini dapat bekerjasama sebagai satu kumpulan. Hal ini jarang dapat
dilakukan kerana masing-masing agak sibuk dengan tugasan masing-masing
dan aktiviti ini saya anggap merupakan platform terbaik buat kami bertukar-
tukar pendapat, pengalaman dan seterusnya kemahiran masing. Saya juga
mendapati bahawa aktiviti ini mampu menerangkan atau menunjukkan kepada
kita akan personaliti yang berbeza antara seseorang individu dengan individu
yang lain. Dengan kata lain, menerusi aktiviti ini saya berpeluang mengenali
sifat atau tingkahlaku manusia yang pelbagai dan bagaimana cara untuk
membiasakan diri dengan mereka.

KEKUATAN DI SEBALIK PERLAKSANAAN AKTIVITI

Kekuatan yang dimiliki oleh p[ihak penganjur dalam menganjurkan program ini dapat
dilihat dalam pelbagai sudut seperti:

 Sokongan antara setiap AJK yang terlibat


Saya mendapati bahawa setiap AJK yang ditugaskan untuk melaksanakan
program telah bertungkus-lumus dan memberikan kerjasama yang terbaik.
Mereka sedar bahawa terdapat satu tanggungjawab antara mereka yang harus
dipikul bersama.

 Aktiviti yang menarik


Segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur sememangnya diakui
menarik, unik dan berbeza daripada aktiviti yang saya lakukan pada setiap hari
dan berbeza juga mengikut pandangan saya mengenai alam sekitar. Saya
mendapati bahawa aktiviti yang dijalankan nampaknya telah dikaji dan
dirangka oleh pihak penganjur dengan sebaiknya sebelum itu. Hal ini kerana
program yang dijalankan saya rasa mempunyai tujuan untuk menaikkan
semangat peserta yang terlibat untuk terus mengikuti aktiviti yang dianjurkan
sehingga selesai.

 Kemudahan infrastruktur
Saya rasa pihak penganjur tidak mempunyai banyak masalah dalam
mendapatkan tempat untuk majlis mereka pada hari tersebut kerana terdapat
banyak dewan kuliah yang kosong pada hari tersebut memandangkan program
yang diatur jatuh pada hari Ahad yakni cuti umum. Tambahan pula Dewan
Kuliah A yang ditempah sangat berdekatan dengan tempat solat, tandas,
padang dan kawasan menjual makanan.

KELEMAHAN/ PERMASALAHAN/ ISU DI SEBALIK PERLAKSANAAN


AKTIVITI

Permasalahan yang berlaku semasa pengendalian program oleh AJK Kelab Alam
Sekitar meliputi beberapa perkara. Permasalahan itu pula terdiri daripada masalah
atau isu yang sering berlaku dan yang tidak terduga. Antara masalahnya ialah seperti
kehadiran peserta yang lewat dan kekurangan peserta berikutan percanggahan waktu
dengan aktiviti lain.

1. Bagaimanakah isu / masalah ini berkait dengan isu-isu lain?

Isu ini sangat berkait rapat dengan isu-isu lain yang lebih penting kerana isu ini
membabitkan penggunaan masa. Kita dapat melihat sama ada masa yang
diperuntukkan telah digunakan dengan sistematik atau tidak. Saya mengakui
bahawa tidak semua perkara dapat dilakukan tepat pada masanya apatah lagi
hal ini melibatkan peserta yang mempunyai kekangan masa.

2. Siapakah atau apakah yang boleh membantu?

Perbincangan mengenai program yang hendak dijalankan adalah perkara-


perkara yang dapat membantu bagi memudahkan pihak AJK menjalankan
majlis. Hasil persetujuan daripada kedua-dua belah pihak sudah pastinya dapat
memudahkan kerja pihak penganjur kerana mereka (peserta) memang sudah
sedia maklum perkara-perkara sepatutnya seperti tentatif program atau perkara-
perkara yang hendak dijaga dalam protokol seperti ketepatan masa dan
sebagainya.

3. Apakah andaian saya dan bagaimanakah saya menguji andaian saya?

Saya mengandaikan bahawa pihak peserta kurang peka terhadap kepentingan


program yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Namun begitu pihak penganjur
harus juga bertindak awal dalam menyampaikan maklumat mengenai aktiviti
mereka ini kerana besar kemungkinan pihak peserta telah mempunyai
perancangan urusan lain sehingga tidak berkesempatan untuk menghadiri
program tersebut atau tidak boleh datang tepat pada masanya.

4. Apakah kemungkinan hasil/ dapatan daripada isu/ masalah ini?

Setelah mengkaji serba sedikit mengenai isu atau permasalahan ini, saya dapat
simpulkan bahawa isu kelewatan atau ketidakhadiran peserta pada hari tersebut
mungkin berpunca daripada beberapa perkara seperti:
i. Diri sendiri (peserta)
Mereka mungkin merasakan aktiviti ini tidak begitu penting terhadap diri
mereka. Tidak perlulah saya rungkaikan lagi kerana semua sedia maklum
bahawa kurang sifat tanggungjawab terhadap orang lain merupakan punca
kepada permasalahan ini.

ii. Rakan-rakan
Mereka mungkin terpengaruh dengan tindakan rakan-rakan peserta yang
lewat dan tidak menepati masa pada hari tersebut. Terdapat juga segelintir
pelajar yang mengambil kesempatan menggunakan alasan yang sama
seperti rakan-rakannya yang turut tidak hadir pada hari tersebut. Seolah-
olah mereka mempunyai bukti yang kukuh untuk tidak menghadiri program
tersebut.

iii. Pihak penganjur


Tidak memberikan maklumat yang selengkapnya mengenai penganjuran
aktiviti dan tidak mengingatkan peserta mengenai kepentingan aktiviti ini
dijalankan. Saya lihat pihak penganjur hanya memberitahu mengenai
penganjurannya kurang dari seminggu tarikh yang bakal berlangsung.
Ketika itu mereka juga tidak menerangkan secara terperinci mengenai
jadual program.Hal ini mungkin dilihat seperti bukan dalam bidang kuasa
pihak penganjur namun mereka harus sedar bahawa pengurusan masa yang
tidak sistematik pada hari tersebut pasti akan mengganggu kelancaran
program mereka pada hari tersebut.
5. Apakah tindakan yang mereka boleh ambil?

Saya beranggapan setiap tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah
atau isu ini adalah berdasarkan punca-punca yang saya nyatakan sebentar tadi.
Hal ini kerana pendekatan cara ini lebih mudah untuk difahami dan
diterangkan. Besar kemungkinan tindakan yang saya cadangkan ini mampu
menyelesaikan masalah ini dan besar kemungkinan juga tidak kerana factor
yang pertama itu agak sukar untuk dikawal. Berikut adalah tindakan yang boleh
diambil oleh pihak penganjur:

i. Tindakan terhadap individu itu sendiri. (peserta)


Peserta seharusnya mempunyai tanggungjawab mereka sendiri untuk
memastikan pengurusan masa mereka semasa penganjuran aktiviti itu
sistemati. Hal ini bagi mengelakkan gangguan kepada ketidaklancaran
pengurusan masa program yang dianjurkan. Pihak penganjur terpaksa
menunggu mereka dan menjalankan aktiviti dalam jumlah peserta yang
bukan sepertimana yang dirancangkan.

ii. Rakan-rakan.
Mereka merupakan tunjang bagi pihak penganjur untuk menjalankan
aktiviti mereka. Oleh sebab itu setiap peserta hendaklah bertanggungjawab
terhadap kepentingan peranan mereka juga iaitu mengingatkan rakan-rakan
peserta yang lain agar tepat pada masa yang telah ditetapkan. Lebih-lebih
lagi sekiranya pihak penganjur memanggil tetamu undangan yang saya rasa
mempunyai urusan jauh lebih mustahak daripada kita. Peserta juga
seharusnya tidak terikut-ikut dengan sikap rakan-rakan peserta yang lain
dengan menggunakan alas an “mereka boleh, kenapa saya tidak?”.
iii. Pihak penganjur
Sepertimana yang telah saya nyatakan tadi, pihak penganjur memainkan
peranan penting dalam mengingatkan para peserta mengenai kepentingan
kehadiran mereka sepanjang aktiviti tersebut.

6. Apakah yang mereka perlu ubah pada masa akan datang?

Perkara utama yang perlu mereka ubah pada masa hadapan ialah memastikan
kejadian atau perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Hal ini kerana selagi
permasalahan atau isu ini tidak ditangani denagn berkesan, selagi itulah
program selepas ini juga tidak mampu dilangsungkan dengan lancer.

7. Apakah perkara yang paling penting yang saya pelajari tentang isu yang
terjadi?

Perkara penting yang saya pelajari berikutan isu ini ialah sebagai pihak
penganjur saya seharusnya mengambil berat terhadap keseluruhan perjalanan
aktiviti dan jangan sesekali menganggap bahawa setiap peserta sudah faham
dan tahu akan tanggungjawab masing-masing kerana hal ini melibatkan
tingkahlaku dan sikap yang berbeza antara setiap individu atau peserta yang
telah saya sasarkan. Saya juga melihat bahawa perlunya perancangan yang
tegas dengan member penekanan kepada peserta tentang pentingnya maklumat
yang ingin disampaikan sepanjang aktiviti tersebut. Isu atau permasalahan yang
berlaku jika dapat dilihat mungkin terjadi kerana masalah dalam pengurusan
masa seseorang individu yang akhirnya mempengaruhi pengurusan masa
individu yang lain. Terdapat beberapa lagi isu lain yang timbul disebabkan
kelewatan peserta dalam setiap penganjuran aktiviti pada hari tersebut seperti
kekurangan masa rehat dan sebagainya.
PERKARA PENTING YANG DIPELAJARI MENERUSI PERLAKSANAAN
ANTIVITI (SECARA KESERUHAN)

Jika dilihat dari aspek lain pula, penganjuran aktiviti ini sememangnya telah
membantu pihak penganjur dalam memberi bayangan atau gambaran sebenar
penganjuran sesuatu aktiviti. Mereka juga mendapat ilmu yang berguna bagaimana
untuk mengendalikan aktiviti yang mungkin pertama kali dilakukan dalam hidup
mereka. Mereka juga telah diberi pendedahan mungkin secara tidak sengaja mengenai
sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dalam penganjuran mereka sepertimana
yang telah saya nyatakan sebentar tadi seperti kelewatan atau kehadiran yang tidak
memuaskan.

Mungkin mereka juga terlupa pada satu atau dua perkara kecil seperti
penyediaan atau pemberitahuan mengenai tempat solat dan makan yang berdekatan
kerana ia bukan sahaja membantu peserta bahkan memudahkan mereka untuk
menghindarkan peserta daripada mengambil terlalu banyak masa. Namun begitu saya
percaya bahawa mereka telah cuba melakukan yang terbaik untuk penganjuran ini
kerana inisiatif itu dapat dilihat menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti
penghasilan bingkai gambar menggunakan bahan terbuang dan penyampaian beberapa
maklumat berguna kepada peserta.

PERKARA PENTING YANG DIPELAJARI MELALUI KERJASAMA


DENGAN INDIVIDU LAIN

Saya mendapati bahawa mereka di sekeliling saya mempunyai pelbagai sikap dan
pemikiran yang berbeza. Hal ini memberi pelbagai impak yang menyumbang kepada
kebaikan dan keburukan terhadap kehidupan saya. Melalui program yang diatur oleh
Kelab Alam Sekitar ini juga, saya dapat mengenal pasti personaliti individu yang
boleh bekerjasama dengan saya bagi memudahkan urusan saya jika berpeluang
menganjurkan aktiviti bersama kelak. Saya juga mula faham bahawa setiap
tingkahlaku manusia itu mempunyai jalan penyelesaian yang berbeza sekiranya kita
mempunyai permasalahan dengan mereka.

KESIMPULAN

Penganjuran aktiviti seperti yang dilakukan oleh Kelab Alam Sekitar ini
sememangnya mempunyai okjektif yang jelas dalam membantu kami sekiranya
berpeluang menganjur atau menjadi pengarah program selepas ini. Hal ini bertepatan
pula dengan matlamat UPSI itu sendiri yang ingin melahirkan siswazah yang
mempunyai penerapan nilai-nilai bitara dalam usaha membentuk pendidik yang
berwibawa dan fleksibel. Saya berpendapat bahawa aktiviti kelab, persatuan dan
badan beruniform di bawah Program Pengurusan Kokurikulum seperti ini sangat
membantu dalam memberikan pengalaman baru kepada peserta/ pelajar yang
mengambil program ini. selain daripada menimba ilmu, program ini saya kira telah
berjaya membentuk personaliti pelajar supaya lebih kental dan kompetitif.

You might also like