You are on page 1of 39

Nota Sejarah Tingkatan 4

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Tajuk : Tamadun Mesopotamia

Soalan Struktur

Petempatan awal di Lembah Mesopotamia telah berkembang secara evolusi kepada bandar dan negara kota sehingga membentuk tamadun
terawal di dunia yang memberikan sumbangan besar kepada peradaban manusia sejagat.

(a) Apakah ciri-ciri sesebuah negara kota di Mesopotamia.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 11 – 12)

F1 Terbahagi kepada pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan
F2 Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar
F3 Terdapat jalan raya yang lurus
F4 Tembok kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang
F5 Terdapat sungai
F6 Terdapat kawasan tanah pamah
[F6 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Nyatakan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan teokrasi di Mesopotamia.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 12 - 13)

F1 Raja sebagai ketua pentadbir


F2 Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan
F3 Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan
F4 Sebagai ketua tentera
F5 Sebagai ketua pendeta
F6 Sebagai ketua agama
F7 Menentukan pentadbiran ziggurat
F8 Berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di ziggurat
[F8 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Sebutkan ciri-ciri Kod Undang-Undang Hammurabi


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 14)

F1 Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan


F2 Hukuman setimpal dengan kesalahan
F3 Hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat
F4 Mengandungi 282 undang-undang
F5 Dipahat pada tembok dan tiang besar
F6 Dijadikan dasar perundangan Mesopotamia
[F6 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Senaraikan faedah-faedah penggunaan sistem tulisan terhadap perkembangan tamadun Mesopotamia.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 15)

F1 Mewujudkan sistem pendidikan


F2 Lahirnya jurutulis
F3 Membolehkan urusan pentadbiran dan soal keagamaan dicatat
F4 Penggunaan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan
F5 Melahirkan tradisi kesusasteraan
F6 Terhasilnya epik Gilgamesh
F7 Membawa kepada perkembangan ilmu astronomi, matematik dan geometri
F8 Perkembangan dalam ilmu perubatan
F9 Ubat-ubatan dapat dikatalogkan
F10 Cara mengubati penyakit dan cara menggunakan ubatan dapat dicatat
[10 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 1


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Tamadun Mesopotamia

Soalan Esei

(a) Galurkan proses sejarah pembentukan dan pertumbuhan tamadun Mesopotamia.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 11)

Kod Tema Huraian


F1 Sumer Orang Sumeria berhijrah ke wilayah selatan iaitu di Sumer
F2 Kekal Membina petempatan kekal
F3 Pertanian Mereka menjalankan aktiviti pertanian dengan menebus guna tanah
F4 Pengairan Membina sistem pengairan
F5 Lebihan Membawa kepada lebihan penghasilan makanan
F6 Penduduk Mampu menampung keperluan penduduk yang ramai
F7 Bandar Perkampungan berkembang menjadi bandar
F8 Kota Membentuk negara kota

[8 x 1m = Mak. 8 markah]

(b) Huraikan sumbangan tamadun Mesopotamia terhadap peradaban manusia sejagat.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 14 - 16)

Kod Tema
F1 Undang-Undang Melahirkan Kod Undang-Undang Hammurabi yang berteraskan hak rakyat
terhadap keadilan
F2 Pendidikan Mewujudkan sistem pendidikan

F3 Tulisan Kewujudan sistem tulisan membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan


dicatat
F4 Perniagaan Mempelopori urusan perniagaan yang disertakan resit, nota dan surat kredit

F5 Kesusasteraan Melahirkan tradisi kesusasteraan

F6 Gilgamesh Penghasilan epik Gilgamesh yang menjadi rujukan

F7 Astronom Menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi, matematik dan geometri

F8 Perubatan Perkembangan dalam ilmu perubatan.

F9 Katalog Ubat-ubatan dikatalogkan / cara mengubati penyakit dan penggunaan ubat-


ubatan dicatat

F10 Roda Sumbangan dalam penciptaan roda

F11 Kereta kuda Menghasilkan kereta kuda untuk tujuan peperangan dan pengangkutan

F12 Kincir Penciptaan kincir air untuk pertanian

F13 Layar Penciptaan kapal layar


F14 Batu-bata Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat
F15 Arca Mencipta arca dan tiang batu
F16 Empayar Merintis pembentukan empayar
F17

[16 x 1m = Mak. 12 markah]


Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 2
Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Tamadun Mesir Purba

Soalan Struktur
Tamadun Mesir yang dianggap sebagai “anugerah daripada Sungai Nil” berkembang dengan ciri-ciri tersendiri
dan tanda kewujudan tamadun yang agung itu dapat dihayati melalui tinggalan warisan serta khazanah
bangsanya.

(a) Apakah sebab Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “anugerah daripada Sungai Nil” ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 17)

- Tamadun Mesir lahir di lembah ini


- Limpahan air sungai Nil menukar bentuk bumi yang tandus kepada kawasan yang subur
- Lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
- Delta sesuai untuk kegiatan pertanian
- Delta sesuai untuk petempatan kekal
[5 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Sebutkan amalan kepercayaan masyarakat Mesir Purba ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.20)

- Percaya kepada konsep politeisme


- Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan unsur alam
- Mempercayai kehidupan selepas mati
- Mayat disimpan dan dijaga dengan baik
- Keperluan selepas mati ditanam bersama mayat
- Mayat disolek dan dipakaikan alat kebesaran
[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Nyatakan sistem pendidikan dalam tamadun Mesir Purba


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22)

- Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan


- Kanak-kanak diberi pendidikan sejak kecil
- Pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
- Pendidikan dijalankan oleh rumah ibadat
- Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih
- Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains
[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Berikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh masyarakat Mesir Purba hasil penguasaan mereka
dalam bidang matematik dan astronomi ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22)

- Dapat mengawal banjir sungai Nil


- Mencipta sistem pengairan
- Menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
- Memperkenalkan kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan setahun
[4 x 1m = Mak. 2 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 3


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Tamadun Mesir Purba

Soalan Esei
(a) Huraikan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.19 - 20)

Firaun - Sistem pemerintahan diterajui oleh Firaun.


Pemerintah - Firaun menjadi ketua pemerintah
Ketua - Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim dan ketua pahlawan
Bantu - Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulis.
Pentadbiran - Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan
menguruskan pengagihan bekalan makanan
Bangsawan - Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan
gabenor wilayah
Rahib - Rahib menguruskan hal keagamaan
Jurutulis - Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan

[8 x 2m = Mak. 8 markah]

(b) Nyatakan sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 21 - 22)

Piramid - Dalam senibina piramid


Batu-bata - Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata
Kertas - Penciptaan kertas daripada pokok papyrus untuk menulis
Rekod - Penyimpanan rekod menggunakan kertas
Tulisan - Menggunakan tulisan yang cantik sebagai suatu hasil seni
Rendah - Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah
Urus - Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
Kerajaan - Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
Pegawai - Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih
Ajar - Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan
Mumia - Memumiakan mayat
Banjir - Pengawalan banjir menggunakan ilmu matematik
Pengairan - Penciptaan sistem pengairan
Tebus guna - Menebus guna kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
Kalendar - Memperkenalkan kalendar 365 hari dalam setahun

[15 x 2m = Mak. 12 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 4


Nota Sejarah Tingkatan 4
BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

Tajuk : Pemerintahan dan Pentadbiran

Soalan Struktur
Peningkatan tamadun manusia dalam bidang politik dapat dikesan melalui idea-idea baru yang diperkenalkan
dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran yang bertujuan menambahbaikkan lagi sistem yang sedia ada.

(a) Apakah ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan di Athens, Yunani.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 43)

- Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis


- Warganegara lelaki dewasa berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan
- Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
- Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali sebulan
- Ahli Dewan Perhimpunan mencadangkan dasar kerajaan
- Keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
- Dewan Perhimpunan bertanggungjawab melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri.
- Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa terhadap Majlis, majistret dan Juri.

[8 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Sebutkan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Julius Caesar terhadap sistem pemerintahan Rom
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 44)

- Menjalankan pemerintahan bercorak empayar


- Membentuk pemerintahan berpusat
- Menyatukan wilayah kecil yang ditaklukinya
- Menamatkan pemerintahan republik
- Menguasai angkatan tentera dan Senat
- Mengisytiharkan dirinya sebagai diktator
- Menggunakan gelaran maharaja
[7 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Berikan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Asoka untuk memantapkan kerajaan Maurya di India.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 45)

- Menamatkan perang saudara selepas keamtian ayahnya


- Menakluki negeri Kalinga
- Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
- Meninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraan
- Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
- Menjalankan pentadbiran secara birokrasi
[6 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Senaraikan ciri-ciri sistem birokrasi awam pada zaman Dinasti Chin di China.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 45)

- Pegawai pentadbiran awam dilantik oleh maharaja


- Perlantikan dijalankan oleh sebuah jawatankuasa dalam perkhidmatan awam
- Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 5


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Pemerintahan dan Pentadbiran

Soalan Esei
(a) Huraikan perubahan yang berlaku kepada bentuk pemerintahan di negara kota Athens, Yunani
sehingga munculnya sistem pemerintahan bercorak demokrasi.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 42 - 43)

Beraja - Pada mulanya Athens mengamalkan pemerintahan beraja.


Ketua - Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
Bantu - Raja dibantu oleh konsul dalam menjalankan pentadbiran.
Konsul - Apabila konsul semakin kuat, kuasa raja menjadi lemah.
Oligarki - Pemerintahan oleh konsul melahirkan pemerintahan oligarki.
Bolot - Dari kalangan konsul lahirnya golongan aristokrat yang membolot kuasa.
Aristokrasi - Pemerintahan ini dikenali sebagai aristokrasi.
Rampas - Rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan aristokrasi dipimpin oleh golongan
kaya / tentera merampas kuasa .
Tirani - Pemimpin yang menggelarkan dirinya sebagai diktator melahirkan pemerintahan tirani.
Demokrasi - Pemerintahan demokrasi muncul apabila golongan aristokrat
menentang pemerintahan diktator
[10 x 2m = Mak. 10 markah]

(b) Bagaimanakah amalan sistem republik dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Rom.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 43 – 44)

Mutlak - Tiada pemerintah berkuasa mutlak


Konsul - Kuasa tertinggi terletak di tangan dua orang konsul.
Imbang - Perlantikan dua orang konsul bertujuan mengimbangkan kuasa
Lantik - Konsul dilantik oleh Dewan Senat.
Senat - Dewan Senat membantu konsul dalam pentadbiran.
Bangsawan - Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan.
Undang-undang - Dewan Senat membincangkan hal pentadbiran dan merangka undang-undang.
Praeotor - Ahli Dewan Senat boleh dilantik menjadi konsul dengan syarat menjadi praeotor /
pemeriontah tentera terlebih dahulu.
Perhimpunan - Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan.
Rakyat - Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom.
Lulus - Dewan Perhimpunan bertanggungjawab meluluskan keputusan yang dibuat oleh Dewan
Senat.

[11 x 2m = Mak. 10 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 6


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Perundangan

Soalan Esei
(a) Terangkan tentang undang-undang bertulis yang terdapat dalam tamadun Rom.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 46)

Dua belas - Undang-undang Rom pertama ialah Hukum Kanun Dua Belas.
Papan - Undang-undang ini dipahat pada kayu dan dikenali sebagai Papan Dua Belas.
Awam - Diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.
Cabang - Undang-undang Rom terdiri daripada tiga cabang iaitu Undang-Undang Sivil, Undang-
Undang Jenayah dan Undang-Undang Natural.
Prinsip - Prinsip undang-undang Rom ialah semua manusia sama di sisi undang-undang.
Bersalah - Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
Keadilan - Setiap individu berhak mendapat keadilan.
Bukti - Hukuman berasaskan bukti yang cukup.
Kumpul - Maharaja Justinian mengumpul dan membukukan undang-undang Rom.
Justinian - Kod undang-undang Rom ini dikenali sebagai Undang-Undang Justinian.

[10 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Huraikan perkembangan sistem perundangan yang terdapat di India pada zaman peningkatan
tamadun.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 46 - 47)

Dharma - Kitab Dharma Sastra menjadi kitab undang-undang Hindu yang tertua dalam tamadun India
Raja - Raja dipertanggungjawabkan memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.
Kesalahan - Segala kesalahan dikenakan tindakan.
Denda - Denda bergantung kepada keseriusan kesalahan.
Brahmin - Golongan Brahmin dominan dalam bidang undang-undang kerana mereka mahir tentang
hukum agama.
Titah - Pada zaman Dinasti Maurya, titah raja adalah undang-undang.
Tiang - Segala titah raja diukir dan dipahat pada tiang.
Diri - Tiang didirikan di tepi jalan supaya dapat dibaca oleh rakyat.
Asoka - Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka.
[9 x 2m = Mak. 8 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 7


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Perluasan Kuasa

Soalan Struktur
Setelah seseorang pemerintah itu berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil, beliau akan berusaha
untuk meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.

(a) Apakah sumbangan Alexander The Great terhadap perluasan pengaruh empayar Yunani.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 48)

- Meneruskan usaha penyatuan kerajaan Macedonia dan Yunani


- Meluaskan lagi jajahan takluk Yunani.
- Menakluki empayar Parsi
- Menguasai seluruh kawasan Laut Mediterranean
- Menyebarkan kebudayaan Hellenistik
[5 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Nyatakan peranan Chandragupta Maurya dalam pembentukan empayar Maurya.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 49)

- Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India


- Mengubah status raja kepada maharaja
- Meluaskan empayar meliputi Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush
- Menjadikan Pataliputra sebagai ibu negara
[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Sebutkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Asoka dalam mengukuhkan empayar Maurya pada
zaman pemerintahannya.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 45)

- Menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya


- Menakluki negeri Kalinga
- Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
- Meninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraan
- Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
- Membentuk pentadbiran bercorak birokrasi untuk menjalankan pemerintahannya

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Senaraikan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Shih Huang Ti dalam pembentukan empayar
Dinasti Chin.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 49 - 50)

- Menyatukan kerajaan kecil di China


- Memerintah secara autokratik
- Menghapuskan kuasa golongan bangsawan
- Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
- Membina Tembok Besar China
[5 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 8


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Peningkatan Sosial (Pendidikan)

Soalan Struktur
Pendidikan merupakan asas pembinaan dan peningkatan tamadun manusia kerana pendidikan membantu
meningkatkan tahap intelektual yang membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain.

(a) Apakah falsafah pendidikan Athens ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 53)

- Bertujuan menghasilkan manusia seimbang dari segi rohani dan jasmani


- Manusia yang cemerlang dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat
- Menitikberatkan kemahiran semua aspek
[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Berikan dua kesan daripada perkembangan pendidikan pada zaman peningkatan tamadun Yunani.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 54)

- Berkembangnya sekolah-sekolah falsafah


- Athens menjadi pusat cendekiawan
- Lahirnya ramai sejarawan
- Lahirnya pemikir-pemikir dalam bidang sains dan teknologi
[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Senaraikan ciri-ciri pendidikan dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 54)

- Mementingkan ilmu keagamaan


- Pendidikan berteraskan agama Hindu
- Pendidikan didominasikan oleh kaum lelaki
- Tidak memberi ruang kepada kaum wanita
- Menumpukan kepada kitab-kitab Veda
- Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran
- Kaedah pembelajaran ialah kaedah hafalan
[7 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan pada zaman peningkatan tamadun di
China.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 55)

(i). Peringkat rendah

- Mengenal tulisan ideogram


- Menghafal tulisan ideogram
- Menghafal sembilan buah buku suci
[3 x 1m = Mak. 1 markah]
(ii) Peringkat menengah

- Menulis karangan
- Mempelajari sastera
[2 x 1m = Mak. 1 markah]
(iii) Peringkat tinggi
- Menterjemah buku suci
[1 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 9


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Peningkatan Sosial (Pendidikan)

Soalan Esei
(a) Huraikan perkembangan bidang pendidikan pada zaman peningkatan tamadun di India.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 54 - 55)

Vedik - Peningkatan bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik


Hindu - Agama Hindu menjadi teras pendidikan
Lelaki - Pendidikan didominasikan oleh kaum lelaki sahaja.
Wanita - Golongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan.
Veda - Perhatian diberikan kepada pembelajaran kitab Veda.
Sanskrit - Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran.
Hafalan - Kaedah hafalan digunakan dalam pembelajaran.
Buddha - Pendidikan kemudiannya berkembang kepada pembelajaran yang berteraskan agama Hindu
dan Buddha.
Sempurna - Bertujuan supaya mereka dapat hidup sempurna dan bersedia menghadapi hari selepas mati.
Rumah - Pendidikan dijalankan di rumah dan di istana.
Kolej - Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman.
Universiti - Pada abad ke-4 Masehi lahirnya Universiti Nalanda untuk mendalami agama Buddha.
Brahmin - Pendidikan tinggi bertujuan melahirkan Brahmin yang berpendidikan.
Sains - Disamping menghafal buku-buku agama, mereka mempelajari karya sains dan falsafah.

[14 x 2m = Mak. 10 markah]

(b) Bagaimanakah peperiksaan awam pada zaman peningkatan tamadun China dilaksanakan ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 55)

Tahap - Dilaksanakan dalam tiga tahap iaitu tahap pertama / Hsiu Tai, tahap kedua / Chun-Jen dan
tahap ketiga / Chin Shih.
Taraf - Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf ijazah sarjana dan tahap
ketiga setaraf ijazah doktor falsafah.
Pertama - Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah.
Kedua - Peperiksaan tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah.
Ketiga - Peperiksaan tahap ketiga dijalankan di istana di hadapan maharaja.
Ketat - Peperiksaan dikendalikan dengan ketat.
Meniru - Mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati.
Pemeriksa - Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
Calon - Calon peperiksaan ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk menjawab peperiksaan.
Peperiksaan - Peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun manakala peperiksaan
tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
Pegawai - Lulusan peperiksaan tahap pertama layak menjadi pegawai kerajaan.
Pendidik - Lulusan peperiksaan tahap ketiga layak menjadi pendidik.

[12 x 2m = Mak. 10 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 10


Nota Sejarah Tingkatan 4
BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Tajuk : Kerajaan Agraria

Soalan Struktur
Salah satu bentuk kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara dikategorikan sebagai kerajaan agraria
berdasarkan kedudukan geografi dan sosioekonomi masyarakatnya.

(a) Apakah maksud kerajaan agraria ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 75)

- Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan memungut
hasil hutan dan sungai.
- Terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai dan di lereng gunung berapi

[2 markah]
(b) Senaraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat tersebut.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 75 - 76)

- Menanam padi sawah atau padi huma


- Menanam tanaman sampingan
- Menghasilkan pelbagai jenis rempah
- Mengumpulkan hasil hutan
- Mengambil sarang burung dari gua
- Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai.
- Mendapatkan kulit kura-kura
- Menternak binatang
- Memasarkan hasil lebihan ternakan dan tanaman kepada masyarakat maritim
[9 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Berikan tiga faktor yang meyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan agraria
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 76 - 77)

- Pembinaan sistem pengairan yang baik


- Sistem pengairan yang bersumberkan sungai dan tasik
- Pembinaan sistem pengairan dilaksanakan oleh raja
- Sistem pengairan diuruskan oleh kerajaan
- Terletak di lembah sungai yang subur
- Iklim panas dan lembap sepanjang tahun [6 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Nyatakan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kehidupan masyarakat Angkor.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 77)

- Membekalkan sumber air minuman


- Membekalkan sumber ikan air tawar
- Punca untuk mengairi sawah
- Mendapan Lumpur menyuburkan kawasan sekitar [4 x 1m = Mak. 2 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 11


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Kerajaan Agraria & Kerajaan Maritim

Soalan Esei
(a) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan Srivijaya muncul sebagai sebuah kerajaan maritim yang
terulung di Asia Tenggara. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 80 – 81)

Tentera - Memiliki bala tentera yang besar.


Kawal - Tentera mengawal perdagangan dan keselamatan kerajaan
Pelabuhan - Memiliki pelabuhan yang baik.
Strategik- Kedudukan pelabuhannya strategik iaitu di Selat Melaka.
Persinggahan - Menjadi persinggahan pedagang dari China dan India.
Wilayah - Wilayah taklukannya membekalkan hasil dan barangan perdagangan.
Kapal - Mampu menghasilkan kapal besar.
Hubungan - Mempunyai hubungan dengan pelabuhan Kedah Tua. [8 x 1m = Mak. 8 markah]

(b) Mengapakah kerajaan maritim dan kerajaan agraria di Asia Tenggara saling bergantung antara satu
sama lain ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 83)

Beras - Kerajaan agraria membekalkan beras kepada kerajaan maritim.


Dagangan - Beras menjadi barang dagangan utama antara kedua-dua kerajaan.
Mewah - Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah
dari luar.
Hutan - Kerajaan agraria membekalkan hasil hutan kepada kerajaan agraria sebagai tukaran dalam
perdagangan.
Gajah - Gajah untuk kenderaan raja diperolehi daripada kerajaan agraria.
Tukang - Tukang kayu dan tukang batu yang mahir dibekalkan oleh kerajaan agraria.

[6 x 2m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Kerajaan Maritim

Soalan Struktur

(a) Nyatakan ciri-ciri utama kerajaan maritim.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 78 - 79)

- Terletak di lembah sungai di kawasan pesisir pantai dan kepulauan


- Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.
- Mempunyai pelabuhan sebagai tempat berdagang.
- Berperanan sebagai pelabuhan entreport.
[4 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan entreport ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.79)

- Pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan taklukannya kepada
pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.
- Pelabuhan nini juga berperanan membeli barangngan daripada pedagang antarabangsa dan
mengedarkannya pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya.
[ 2 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 12


Nota Sejarah Tingkatan 4
(c) Senaraikan faktor-faktor yang mendorong perkembangan Kedah Tua sebagai pelabuhan entreport.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 79)

- Berperanan sebagai pelabuhan pembekal


- Terletak di Selat Melaka
- Kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dengan India
- Menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India
- Mempunyai hasil buminya sendiri seperti logam, hasil hutan dan hasil laut.
- Mempunyai hasil yang dibekalkan oleh kerajaan lain.
- Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan.
[7 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Berikan sebab-sebab orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di Asia
Tenggara.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 79 - 80)

- Bahasa Melayu dijadikan lingua franca


- Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan.
- Semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat di luar.
- Memiliki kemahiran membuat perahu dan kapal layar.
- Mengetahui kaedah pelayaran.

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal

Soalan Esei
(a) Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha tersebar di Asia Tenggara pada zaman kerajaan
awal ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 84 - 85)

Ksyatria - Dibawa oleh golongan ksyatria / tentera.


Penakluk - Disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan.
Vaisya - Dibawa oleh golongan pedagang / vaisya
Brahmin - Dibawa oleh golongan Brahmin / pendeta
Budaya - Pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik dan disesuaikan dengan budaya
tempatan.
[5 x 2m = Mak. 8 markah]

(b) Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal
di Asia Tenggara. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 85 - 86)

Gelaran - Penggunaan gelaran raja


Beraja - Strukur pemerintahan di pengaruhi oleh sistem beraja di India.
Puncak - Raja berada di puncak pemerintahan dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pembesar.
Mutlak - Raja berkuasa mutlak.
Perintah - Perintah raja adalah undang-undang.
Derhaka - Melanggar titah raja adalah derhaka.
Dewaraja - Raja dianggap bayangan tuhan / dewaraja.
Sakti - Raja mempunyai kesaktian.
Adat - Adat istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti adatistiadatpertabalan.
Brahmin - Brahmin memimpin upacara pertabalan.
Orde - Pembinaan kota yang melambang orde kosmos.
[11 x 2m = Mak. 12 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 13


Nota Sejarah Tingkatan 4

Tajuk : Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan

Soalan Struktur
Antara warisan kesenian tinggalan kerajaan awal di Asia Tenggara yang mempunyai pengaruh Hindu dan Buddha ialah
monumen dan batu bersurat.
(a) Apakah maksud monumen ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.88)

- Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu dengan tujuan memperingati orang
ternama, atau peristiwa penting.
- Monumen boleh berupa candi / kuil / wat / stupa, arca dan patung.
[2 markah]
(b) Senaraikan fungsi candi sebagai monumen keagamaan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 88 - 89)

- Berperanan sebagai rumah ibadat


- Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya.
- Tempat menyimpan patung dewa utama
- Menjadi lambang keagungan pemerintah
- Melambangkan orde kosmos
[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Nyatakan ciri-ciri binaan Angkor Wat.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 90 - 91)
- Tingginya 213 meter
- Keluasan kawasannya ialah 208 hektar
- Mempunyai tempat pemujaan di bahagian tengahnya
- Tempat pemujaan berbentuk teres bertingkat empat setinggi 39 meter.
- Setiap sudut mempunyai menara.
- Di bahagian luarnya terdapat tembok.
- Tembok dibuat daripada batu dengan ukuran 850 meter lebar dan 1 000 meter panjang.
- Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabharata di dinding tembok.
[8 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Berikan tiga kegunaan batu bersurat dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 92 - 93)

- Mencatat keturunan raja


- Menulis maklumat berkaitan agama Buddha
- Mencatat perkara yang berkaitan dengan pemerintahan
- Mencatat amaran raja kepada rakyat
[4 x 1m = Mak. 2 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 14


Nota Sejarah Tingkatan 4
BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA
DI MAKKAH
Tajuk : Masyarakat Arab Jahiliah

Soalan Struktur

Jangka masa 300 M – 610 M merupakan Zaman Jahiliah dan zaman ini dianggap sebagai zaman kegelapan di
Semenanjung Tanah Arab.

(a) Apakah maksud jahiliah ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 99 - 100)

- Jahiliah bermaksud jahil dan tidak mengetahui


- Masyarakatnya tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
[2 markah]
(b) Berikan sesbab-sebab zaman ini dianggap sebagai zaman kegelapan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 100)

- Tidak menyembah Allah


- Menyembah berhala
- Mempercayai animisme
- Kehidupan masyarakatnya kucar-kacir
- Tiada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
- Akhlak yang rendah.
[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Nyatakan kegiatan yang menjadi sumber ekonomi masyarakat Arab Jahiliah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 100 - 101)

- Perniagaan yang berasaskan riba dan penindasan


- Sikap mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata
- Merompak dan merampas barangan
- Mengeksploitasi golongan miskin.
[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Senaraikan kesan-kesan negatif daripada amalan Sistem Kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 101 - 102)

- Hidup berasaskan puak


- Taksub dan fanatik kepada kabilah
- Semangat kesukuan yang melampau
- Peperangan dan persengketaan dalam masyarakat
- Struktur system yang berasaskan keturunan
- Terlalu terikat kepada peraturan yang ditetapkan oleh kabilah
- Sanggup menuntut bela untuk mempertahankan maruah kabilah

[7 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 15


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W

Soalan Esei
(a) Huraikan pengalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perdagangan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 104 - 105)

Pengalaman - Pengalaman diperoleh semasa baginda berusia 12 tahun


Rombongan - Mengikuti rombongan bapa saudara baginda ke Syam.
Giat - Giat berdagang semasa berusia 20 tahun.
Berseorangan - Berniaga secara berseorangan.
Kongsi - Baginda Berkongsi berniaga dengan temannya.
Urus - Menguruskan perniagaan Khadijah bersama Maisarah.
Modal - Memperoleh modal yang besar daripada Khadijah untuk diuruskan oleh baginda.
Untung - Memperolehi keuntungan berlipat-ganda. [8 x 2m = Mak. 8 markah]

(b) Jelaskan keperibadian yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga baginda layak mendapat gelaran al-
Amin. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 105 - 107)

Terpuji - Memiliki empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh, fatanah.
Percaya - Perbuatan baginda dipercayai.
Benar - Sentiasa bercakap benar dan tidak berbohong.
Amanah - Amanah dalam menguruskan pernbiagaan Khadijah.
Bersungguh - Bersungguh-sungguh menyampaikan ajaran Islam walaupun menghadapi pelbagai rintangan.
Bijaksana - Bijaksana dalam menyelesaikan isu perletakan Hajarul Aswad.
Pengasih - Pengasih dalam melayan / memberi pendidikan anak-anak.
Bertimbang rasa - Bertimbang rasa membantu isteri dalam urusan rumah tangga.
Merendah - Merendah diri dalam pergaulan.
Bergaul - Bergaul dengan semua lapisan masyarakat.
Jauh - Bjaksana dan berpandangan jauh semasa menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.
Masyarakat - Selalu memikirkan tentang kehidupan masyarakat.
[12 x 2m = Mak. 12 markah]

Tajuk : Penyebaran Islam

Soalan Struktur
Walaupun penyebaran Islam di Makkah pada mulanya dijalankan secara rahsia, namun pendekatan yang digunakan
oleh Rasulullah s.a.w. telah disambut baik oleh sebahagian masyarakat Arab.

(a) Apakah maksud dakwah secara rahsia ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 108 - 109)

- Dakwah secara rahsia bermaksud penyebaran Islam secara sulit / sembunyi


- Dakwah ini ditujukan kepada ahli keluarga dan sahabat yang rapat.
[ 2 markah]
(b) Senaraikan tokoh-tokoh yang memeluk Islam melalui dakwah tersebut.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 109)

- Khadijah binti Khuwailid


- Ali bin Abu Talib
- Zaid bin Harithah
- Abu Bakar As-Siddiq
- Uthman bin Affan
- Zubair bin Awwam
- Arqam bin Abi Al-Arqam
[7 x 1m = Mak. 2 markah]
Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 16
Nota Sejarah Tingkatan 4

(c) Nyatakan sebab-sebab Rasulullah s.a.w. memilih dakwah secara rahsia pada peringkat awal penyebaran
Islam.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 110)

- Islam baru dikenali


- Bilangan penganut Islam masih sedikit
- Mengelakkan penentangan orang Qurqisy
- Menjaga asas Islam daripada dihancurkan
- Kebanyakan penganut Islam adalah golongan bawahan [5 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Berikan tiga pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan dakwah Islamiyah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 110 - 111)

- Secara lemah lembut dan berhikmah


- Tidak memaksa/ Memujuk dengan menggunakan akal
- Membandingkan akhlak Jahiliah dengan akhlak yang dianjurkan oleh Islam
- Membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk menjawab pertanyaan.
- Memberi penerangan
- Menunjukkan teladan yang baik. [6 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Reaksi Masyarakat Arab

Soalan Esei
(a) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan penyebaran Islam disambut baik oleh masyarakat Arab.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 111)

Murni - Kemurnian ajaran Islam


Bijaksana - Kebijaksanaan Rasulullah dalam berdakwah.
Lembut - Berdakwah secara lemah lembut.
Banding - Membandingkan akhlak pada zaman Jahiliah dengan akhlak yang dianjurkan oleh Islam.
Ayat - Menyampaikan ayat-ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan.
Terang - Memberi penerangan.
Teladan - Menunjukkan teladan yang baik.
Iman - Menanam keimanan yang kuat kepada pengikut,
Peribadi - Keperibadian Rasulullah yang bersifat mulia.
Kesungguhan - Kesungguhan Rasulullah menyampaikan dakwah. [10 x 2m = Mak. 10 markah]

(b) Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 11 - 1131)

Kepercayaan - Perbezaan kepercayaan.


Berhala - Ajaran Islam menolak amalan menyembah berhala dan mempercayai animisme.
Taraf - Prinsip persamaan taraf bertentangan dengan amalan mereka yang mementingkan darjat.
Persaudaraan - Konsep persaudaraan bertentangan dengan amalan sistem kabilah.
Moral - Amalan tidak bermoral dilarang oleh Islam.
Tanggapan - Mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi.
Tunduk - Menganggap jika menerima Islam mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi.
Kedudukan - Penyebaran Islam boleh menggugat kedudukan dan pengaruh orang tertentu.
Pemimpin - Menggugat peluang orang tertentu untuk menjadi pemimpin.
Ukir - Menjejaskan perusahaan mengukir patubg berhala [10 x 2m = Mak. 10 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 17


Nota Sejarah Tingkatan 4
BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Tajuk : Hijrah

Soalan Struktur
Oleh sebab penyebaran dakwah Islamiyah di Makkah menghadapi pelbagai rintangan dan mendapat tentangan
daripada orang Arab Quraisy, Perjanjian Aqabah telah memberi ruang kepada Nabi Muhammad s.a.w
membuat keputusan untuk berhijrah ke Madinah.

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah
di Makkah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 111 – 113)

- Mencemuh Nabi Muhammad s.a.w


- Mengganggu Nabi Muhammad s.aw semasa beribadat
- Mengejek ajaran Islam melalui puisi
- Memujuk Nabi Muhammad s.a.w meninggalkan dakwah Islamiyah dengan pelbagai tawaran
- Memulau Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda
- Merancang membunuh Nabi Muhammad s.a.w
[6 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Berikan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w dan orang-orang Islam berhijrah ke Madinah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 113 dan ms 121)

- Mengatasi ancaman orang Quraisy terhadap orang Islam


- Meneruskan dakwah Islamiyah
- Menerima perintah Allah
- Memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj
- Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam
- Bertujuan mendamaikan masyarakat Madinah yang bermusuhan

[6 x 1m = Mak. 3 Markah]

(c) Sebutkan dua isi Perjanjian Aqabah Kedua.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 118 - 119)

- Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w
- Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah.
- Mereka menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan orang Islam serta bersedia
mempertahankan Islam
[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Apakah hujah bagi menyangkal tuduhan orientalis Barat yang mengatakan bahawa hijrah adalah
pelarian ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 120)

- Penghijrahan orang Islam adalah kerana jemputan orang Arab Madinah


- Ketibaan orang Islam disambut dengan rela dan meriah
- Orang Islam diberikan tempat tinggal
- Mereka dijamin keselamatannya
- Nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai pemimpin Madinah
- Baginda diterima oleh semua golongan masyarakat Madinah.

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 18


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Hijrah / Piagam Madinah

Soalan Esei
(a) Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada
masa itu dan masyarakat Islam pada masa ini. Jelaskan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 122 - 124)

Dakwah - Selepas Hijrah, dakwah Islamiyah dilaksanakan secara terbuka.


Damai - Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj melalui semangat
persaudaraan Islam.
Persaudaraan - Hijrah telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang
Islam Madinah.
Perpaduan - Hijrah mewujudkan perpaduan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku,
budaya dan agama.
Harmoni - Hijrah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.
Masjid - Nabi Muhammad telah membina Masjid al-Nabawi.
Fungsi - Masjid berfungsi sebagai tempat beribadat, belajar, membincangkan masalah serta
mengadakan aktiviti harian.
Takwim - Sempena Hijrah, wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam.
Madinah - Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah.
Tamadun - Madinah menjadi pusat tamadun Islam.
Budaya - Agama Islam menjadi budaya hidup dalam semua bidang.
Pengorbanan - Hijrah memperlihatkan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi dan golongan wanita .
Bijaksana - Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w mengatur strategi perjuangan.
Negara - Hijrah membolehkan penubuhan sebuah negara Islam.
Piagam - Lahirnya sebuah perlembagaan Islam iaitu Piagam Madinah.

[15 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Buat satu rumusan tentang kandungan Piagam Madinah.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 124 - 129)

Fasal - Mengandungi 47 fasal iaitu 23 fasal berkaitan orang Islam dan 24 fasal tentang
tanggungjawab orang bukan Islam.
Pemimpin - Nabi Muhammad sebagai pemimpin bagi kerajaan Madinah.
Hakim - Baginda berperanan sebagai ketua hakim.
Agama - Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing.
Hormat - Setiap individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu lain.
Ummah - Masyarakat Madinah merupakan satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama
terhadap negara.
Bermusuhan - Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
Undang-Undang- Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kabilah boleh
diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.
Ekonomi - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara
Riba - Unsur riba dan penipuan dihapuskan dalam perniagaan.
Pertahanan - Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
Yahudi - Keselamatan orang Yahudi terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.

[12 x 2m = Mak. 8 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 19


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Perjanjian Hudaibiyah

Soalan Struktur

Kunjungan orang Islam Madinah ke kota Makkah pada tahun 628 M telah disekat oleh orang Arab Quraisy dan
menimbulkan konflik hingga membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.

(a) Nyatakan tujuan orang-orang Islam Madinah mengunjungi kota Makkah.

- Bercadang menziarahi Makkah


- Mengunjungi Kaabah yang menjadi pusat ibadat bagi orang Islam
- Mengerjakan umrah
[3x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Berikan sebab-sebab Usman bin Affan dipilih sebagai wakil untuk menerangkan kepada orang Arab
Quraisy tentang tujuan kunjungan orang Islam.

- Usman mempunyai ramai saudara mara di Makkah.


- Merupakan sahabat yang matang berbanding sahabat lain.
- Sifatnya yang lembut / bertolak ansur
[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Sebutkan kandungan Perjanjian Hudaibiyah.

- Bersetuju mengadakan gencatan sebjata selama 10 tahun


- Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Qurqisy Makkah.
- Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu
dipulangkan.
- Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan
semula.
- Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H)

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada perjanjian tersebut ?

- Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya.


- Orang Islam bebas memasuki kota Makkah / beribadat di Kaabah
- Orang Arab bebas menganut sebarang agama
- Islam berkembang meluas
- Bilangan penganut Islam meningkat
- Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy
- Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w
- Orang Quraisy Makkah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
- Perintis pembukaan semula kota Makkah
[9 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 20


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Pembukaan Semula Kota Makkah

Soalan Esei

(a) Mengapakah Nabi Muhammad bertindak menguasai semula kota Makkah pada tahun 630 M
bersamaan tahun 8 Hijrah ?

Langgar - Pihak Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah.


Bunuh - Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam.
Strategi - Sebagai strategi untuk meneruskan penyebaran Islam.
Mantap - Dengan menguasai Makkah, kedudukan kerajaan Islam Madinah menjadi lebih mantap.

[4 x 1m = Mak. 5 markah}

(b) Apakah strategi yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk menguasai semula kota
Makkah?

Aman - Berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan.


Tentera - Menyediakan empat pasukan tentera yang terdiri daripada 10, 000 orang yang dipimpin oleh
Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair al-Awwam.
Arah - Memasuki kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan.
Kepung - Orang Quraisy dikepung dengan rapi.
[4 x 2m = Mak. 5 markah]

(c) Huraikan kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam.

Tokoh - Pengislaman tokoh Quraisy Abu Sufian dan Ababs menyebabkan orang Quraisy turut
memeluk Islam.
Perpaduan - Menekankan kepentingan perpaduan dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan agama.
Sebar - Sifat nabi Muhammad s.a.w yang memaafkan orang Quraisy menyebabkan Islam tersebar
dengan meluas.
Kaabah - Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah.
Agama - Agama menyembah berhala masyarakat Arab Quraisy telah digantikan dengan Islam.
Ilmu - Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.
Kota - Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam.
Kukuh - Pembukaan semula kota Makkah membuktikan bahawa negara Islam Madinah begitu kukuh.
Perintis - Pembukaan kota Makkah menjadi perintis ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.
Pusat - Penguasaan terhadap Makkah telah mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang
kuat.

[10 x 2m = Mak. 10 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 21


Nota Sejarah Tingkatan 4
BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Tajuk : Khalifah

Soalan Struktur
Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan
melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.

(a) Apakah maksud khalifah ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143)

- Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang
sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w
- Dalam konteks agama Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan
mengekalkan keharmonian umat Islam.
[2 markah]

(b) Senaraikan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk seseorang itu dicalonkan sebagai Khalifah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143)

- Lelaki yang merdeka


- Beragama Islam
- Memilki pengetahuan tentang Islam
- Mematuhi perintah Allah
- Sanggup melaksanakan hukum Allah
- Bersifat adil
- Mempunyai akhlak yang baik
- Tubuh yang sihat dan sempurna
- Berfikiran cerdas
- Warak
- Pandai mentadbir kerajaan
[11 x 1m = Mak. 3 markah]

c) Berikan dua kaedah pemilihan Khalifah yang diamalkan dalam Islam.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143)

- Melalui musyawarah / syura


- Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu
- Pemilihan daripada beberapa orang calon
- Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Nyatakan tugas-tugas Khalifah.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 144)

- Memelihara kedudukan agama Islam


- Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan Sunnah
- Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
- Memastikan kelicinan pentadbiran negara
- Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
- Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
- Menjaga kebajikan rakyat
- Menjaga dan meneruskan najaran Allah
- Mengekalkan perpaduan ummah
- Memantapkan sistem perundangan Islam
- Menguruskan kewangan negara
- Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
[12 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 22


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Sumbangan Khulafa al-Rasyidin

Soalan Esei
(a) Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam
semasa beliau menjadi Khalifah ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 144 - 146)

Murtad - Mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam yang murtad.


Ar-Riddah - Memerangi golongan ar-Riddah yang menyalahtafsirkan ayat-ayat al-Quran hingga enggan
membayar zakat.
Ancaman - Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom.
Tentera - Menghantar Khalid bin al-Walid menghadapi tentera Parsi dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.
Wilayah - Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah untuk melicinkan pentadbiran.
Amir - Melantik amir untuk mentadbir setiap wilayah.
Gaji - Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera.
Mawali - Menjaga hak rakyat golongan mawali
Al-Quran - Mengumpulkan dan menyalin semula tulisan al-Quran.

[9 x 2m = Mak. 8 markah]

(b) Apakah pembaharuan dan perubahan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sehingga
zaman pemerintahannya dikenali sebagai “zaman keemasan kerajaan Islam” di Madinah ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 146 147)

Dasar - Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai.


Syura - Menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh golongan Ansar dan Muhajirin.
Gabenor - Melantik Gabenor sebagai ketua pentadbir awam.
Panglima - Melantik panglima tentera.
Jabatan - Menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan
Jabatan Perbendaharaan Negara.
Setiausaha - Jawatan Setiausaha diwujudkan untuk mengetuai jabatan.
Kehakiman - Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan-jabatan lain.
Gaji - Hakim dibayar gaji lumayan.
Pengajaran - Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di masjid.
Guru - Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.
Kalendar - Memperkenalkan kalendar Hijrah.
Susun - Menyusun sistem angkatan tentera dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
Markas - Membina markas tentera dan kubu pertahanan.
Seragam - Tentera diberi pakaian seragam
Terusan - Membina terusan untuk tujuan pertanian
Teroka - Meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar.
Cukai - Memperkenalkan pelbagai jenis cukai.
Baitulmal - Mendirikan Baitulmal.
[18 x 2m = Mak. 12 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 23


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Kerajaan Turki Uthmaniyah /
Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia

Soalan Esei
(a) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam ke
Eropah Timur.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 162 - 163)

Constantinople - Penaklukan Constantinople oleh tentera-tentera Islam.


Akidah - Pegangan akidah yang kukuih dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.
Ghazi - Tentera Islam mempunyai semangat ghazi.
Tentera - Sistem ketenteraan yang tersusun dan peralatan senjata moden.
Janissari - Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai tentera elit Janissari.
Armada - Memilki armada tentera laut yang kuat.
Politik - Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat peperangan di kalangan kerajaan kecil.
Byzantine - Kejatuhan empayar Byzantine memberi laluan kepada penyebaran Islam.
Gereja - Gereja Greek Ortodoks tidak lagi berfungsi sebagai pelindung masyarakat Kristian.
Terbuka - Dasar keagamaan kerajaan Turki Uthmaniyah yang bersifat terbuka.
Sosial - Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu menarik minat orang Kristian
memeluk Islam.
Hijrah - Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan.
Sufi - Ahli sufi memainkan peranan menyebarkan Islam.

[13 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Bagaimanakah berlakunya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 164)

Perdagangan - Perdagangan dan perniagaan menjadi alat pertembungan tamadun Islam dengan tamadun
lain.
China - Orang Islam menetap dan berdagang di Canton membolehkan tamadun Islam bertembung
dengan tamadun China.
Diplomatik - Peneroka Islam membuat hubungan diplomatik dengan petempatan orang bukan Islam di
Cordova, Valencia dan Rhonda.
Cara hidup - Hubungan diplomatik membolehkan pemahaman tentang cara hidup dan pentadbiran.
Penaklukan - Tamadun Islam tersebar melaui penaklukan dan ketenteraan.
Parsi - Apabila tentera Islam menakluki Iraq dan Iran, tamadun Islam bertembung dengan tamadun
Parsi.
Eropah - Apabila tentera Islam menguasai Mesir dan Afrika Utara tamadun Islam bertembung dengan
tamadun Eropah / Rom.
Kebudayaan - Pertembungan tamadun berlaku kerana wujudnya pertembungan kebudayaan Islam dengan
kebudayaan lain.
Mozarab - Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan golongan Mozarab / orang
tempatan Kristian yang mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.
Intelektual - Pertembungan tamadun berlaku dengan cara pertembungan intelektual.
Ilmu - Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan memperkembangkan menurut pandangan
intelektual Islam.

[11 x 2m = Mak. 8 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 24


Nota Sejarah Tingkatan 4
BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA
Tajuk : Kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Soalan Esei
Nyatakan teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan huraikan bukti-bukti yang dikemukakan oleh
sejarawan bagi menyokong teori mereka itu.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 174 - 178)

(i) Teori Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab

Arab - Islam berkembang di Asia Tenggara dari Semenanjung Arab.


Crawford - Dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-
Attas.
Canton - Catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi mempunyai petempatan di Canton.
Perdagangan - Sejak awal lagi pedagang Arab menguasai perdagangan dari Mesir hingga ke China.
Singgah - Pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara.
Kampung - Wujud sebuah perkampunga Islam di Utara Sumatera pada 650 M.
Kesusasteraan - Wujud persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di
Semenanjung Tanah Arab.
Syeikh - Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari
Semenanjung Tanah Arab.

(ii) Teori Islam datang dari China

China - Islam tersebar di Asia Tenggara menerusi China.


Eredia - Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi.
Peniaga - Bukti yang dikemukakan ialah Peniaga Arab mengembangkan Islam di kalangan peniaga
China di Canton.
Sebar - Apabila peniaga China Islam berdagang ke Asia Tenggara, mereka menyebarkan Islam
kepada masyarakat Asia Tenggara.
Pindah - Berlakunya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton ke Asia
Tenggara sekitar tahun 876 M.
Batu - Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Sungai Tersat, Keala Berang
mencatatkan wujudnya hubungan perdagangan antara Terengganu dengan China.
Seni bina - Unsur-unsur seni bina masjid di nusantara mempunyai persamaan dengan unsur seni bina
China.

(ii) Teori Islam datang dari India

India - Islam berkembang di Asia Tenggara menerusi India.


Hungronje - Dikemukakan oleh Snouck Hungronje.
Hubungan - Hubungan perdagangan telah lama wujud antara India dengan Asia Tenggara.
Nisan - Batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri
buatan India.
Kebudayaan - Wujudnya unsur kebudayaan India di Asia Tenggara

[20 x 2m = Mak. 20 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 25


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Penyebaran Islam di Asia Tenggara.

Soalan Struktur
Sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke rantau Asia Tenggara telah dibawa oleh pedagang Islam dan
penyebarannya telah dikembangkan oleh para ulama hingga wujudnya kerajaan-kerajaan Islam yang menjadi
pusat keilmuan dan pusat penyebaran Islam di rantau ini.

(a) Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 179 - 180)

- Menjadikan kepercayaan dan amalan Islam sebagai tajuk perbualan.


- Mengamalkan sikap dan tingkah laku Islam untuk dijadikan ikutan penduduk setempat
- Perkampungan pedagang Islam menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam.
- Pedagang-pedagang berdakwah menyebarkan Islam.
- Sambil berdagang, pedagang membawa ulama untuk menyebarkan Islam.
- Pedagang mengadakan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
- Keistimewaan yang diberikan oleh pemerintah digunakan untuk berdakwah.
- Pedagang yang dianugerahkan jawatan Syahbandar menggunakan peranan tersebut untuk
menyebarkan Islam.
[8 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan Islam untuk menyekat perkembangan agama
Kristian di Asia Tenggara ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 181)

- Johor-Riau berusaha menawan kembali Melaka daripada Portugis.


- Acheh menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara
- Acheh menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu.
[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Sebutkan peranan pusat kebudayaan di Asia Tenggara sebagai pusat keilmuan dan pusat penyebaran
Islam.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 182 - 183)

- Menjadi pusat penterjemahan


- Ulama-ulamanya menjadi pakar rujuk kepada para ulama dari luar
- Sebagai pusat penulisan kesusasteraan saduran Arab
- Tempat penghasilan puisi Islam
- Menghasilkan karya Islam
[5 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Berikan usaha yang dilakukan oleh mubaligh dalam menjalankan dakwah Islamiyah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 183)

- Mengajar asas Islam secara tidak formal.


- Mengajar Islam secara formal
- Menjadikan masjid, istana dan rumah mereka sebagai pusat mempelajari ilmu Islam
- Mendirikan pondok / pesantren sebagai pusat pendidikan.
- Menasihati raja dalam pentadbiran
- Mempraktikkan Islam dalam politik dan pentadbiran.
- Menjadikan masjid sebagai markas dakwah Islamiyah.
[7 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 26


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Pengaruh Islam di Asia Tenggara.

SoalanEsei
(a) Apakah unsur-unsur baru yang diperkenalkan oleh Islam dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran
kerajaan di Asia Tenggara ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 185 - 187)

Institusi - Institusi kesultanan yang diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah dan kerajaan Turki
Uthmaniyah diperkenalkan.
Ketua - Sultan diletakkan sebagai ketua negara.
Mufti - Mufti dilantik sebagai penasihat sultan.
Pegawai - Pegawai dan petugas seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal dan
penjaga harta wakaf diwujudkan.
Sultan - Pemerintah menggunakan gelaran Sultan.
Gelaran - Raja-raja diberi gelaran Khaliful Mukminin dan Zilullah fil Alam.
Agama - Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.
Khalifah - Sultan dianggap khalifah Allah dan harus memerintah dengan adil.
Pentadbiran - Sultan menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran.
Nama - Nama raja juga menggunakan nama Islam.
Syariah - Kerajaan Islam memperkenalkan undang-undang syariah.
Praktik - Undang-undang Islam dipraktikkan dengan tegas.
Jihad - Islam menggerakkan semangat jihad menentang penjajah.

[13 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Bagaimanakah pengaruh Islam memberi kesan terhadap perkembangan sistem pendidikan di Asia
Tenggara?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 187 - 188)

Peluang - Peluang mendapat pendidikan terbuka kepada golongan awam.


Sikap - Sikap mementingkan ilmu pengetahuan dapat ditanam ke dalam jiwa masyarakat.
Formal - Wujudnya istitusi pendidikan formal seperti istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau.
Terjemah - Munculnya pusat penterjemahan karya agama.
Pondok - Pendidikan pondok meluas di negara-negara Asia Tenggara.
Sistematik - Wujudnya sistem pendidikan yang lebih sistematik yang berasaskan peringkat pendidikan.
Luar - Institusi pendidikan di Asia Tenggara menerima pelajar dari luar.
Wanita - Wanita mendapat peluang belajar dan memegang jawatan.

[8 x 2m = Mak. 8 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 27


Nota Sejarah Tingkatan 4
BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA
SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu

Soalan Struktur

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa kesan terhadap aspek pendidikan hingga wujudnya dua
jenis pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu, iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak
formal.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201)

Pendidikan tidak formal adalah asuhan dalam keluarga yang menekankan pengajaran nilai-nilai moral melalui
pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
[2 markah]

(b) Sebutkan kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan
pengajaran.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201)

- Menerapkan melalui cerita.


- Melalui pergaulan sosial
- Menerapkan melalui pantun, peribahasa, teka-teki, pepatah dan lain-lain.

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Senaraikan peranan istana sebagai pusat pendidikan formal.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201 - 202)

- Sebagai pusat pengajian agama


- Tempat ulama mengajar
- Tempat perbincangan ulama daripada pelbagai bangsa
- Tempat mengembangkan ilmu tasawuf
- Tempat menyimpan buku-buku hikayat
- Pusat pendidikan ilmu politik dan pentadbiran

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Berikan ciri-ciri sistem pendidikan pondok.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 202 - 203)

- Memberi penekanan kepada ilmu agama


- Menyediakan pelajar untuk bertugas sebagai guru agama
- Menyediakan pelajar yang dapat bertugas untuk masyarakat
- Tiada batasan waktu
- Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 28


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu
(Pendidikan)

Soalan Esei
(a) Bandingkan bentuk pendidikan formal dalam masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam dengan
selepas kedatangan Islam.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201)

Hindu - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan masyarakat Melayu berasaskan tradisi agama Hindu
dan Buddha.
Islam - Selepas kedatangan Islam pendidikan memberi penekanan terhadap agama Islam.
Bangsawan - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan didominasikan oleh golongan istana dan bangsawan.
Semua - Selepas kedatangan Islam, pendidikan melibatkan semua golongan.
Istana - Sebelum kedatangan Islam, istana adalah satu-satunya institusi pendidikan.
Institusi - Selepas kedatangan Islam, pendidikan formal dijalankan bukan sahaja di istana tetapi juga di
institusi pendidikan seperti masjid, rumah, surau, madrasah dan pondok.
Pendeta - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan diajar oleh pendeta dan guru khas.
Ulama - Selepas Islam, pendidikan disampaikan oleh ulama dan guru agama.

[8 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Bagaimanakah pendidikan formal dilaksanakan di madrasah ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.203)

Sukatan - Berdasarkan sukatan pelajaran


Kelas - Dilaksanakan secara kelas
Tahap - Pendidikannya mengikut tahap iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap khusus.
Mudir - Diawasi oleh Mudir.
Lembaga - Perjalanan madrasah diselia oleh lembaga, jawatankuasa dan sebagainya.

[5 x 2m = Mak. 8 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 29


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu
(Kesenian & Gaya Hidup)

Soalan Esei
(a) Huraikan pengaruh Islam terhadap seni persembahan muzik, nyanyian dan tarian dalam
masyarakat Melayu tradisional.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 205 - 206)

Sesuai - Seni persembahan disesuaikan dengan ajaran Islam.


Arab - Pengaruh Arab berkembang dalam kesenian ini.
Dabus - Tarian dabus mengandungi unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina
Ali.
Inang - Tarian Inang ditarikan dalam majlis tertentu di istana.
Nazam - Lahirnya nyanyian nazam yang mengisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w , para
nabi dan para sahabat.
Upacara - Nyanyian nazam dipersembahkan dalam upacara bersifat keagamaan.
Dikir - Seni dikir dinyanyikan dengan iringan pukulan rebana dan kompang.
Seni kata - Seni kata dikir bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab.
Ghazal - Berkembangnya kesenian ghazal yang memuji kebesaran Allah.

[9 x 2m = Mak. 8 markah]

(b) Apakah kesan-kesan pengaruh Islam terhadap kehidupan sosial masyarakat Melayu.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 207 - 208)

Keluarga - Hubungan kekeluargaan sangat rapat.


Hormat - Ibu bapa dan orang yang lebih tua dihormati.
Panggilan - Menggunakan panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua.
Jiran - Jiran dianggap seperti keluarga sendiri.
Suara - Orang muda menggunakan suara yang rendah bila bercakap dengan orang lebih tua.
Ziarah - Orang yang datang berziarah hendaklah memberi salam.
Bersalam - Tuan rumah bersalaman dengan tetamu.
Cium - Kanak-kanak mencium tangan orang tua apabila bersalaman.
Hidang - Tetamu dihidangkan makanan dan minuman.
Bismillah - Ungkapan bismillah dibaca semasa hendak makan.
Majlis - Majlis-majlis dijalankan secara Islam.
Gotong-royong - Majlis dijalankan dengan semangat gotong-royong.
Perpaduan - Nilai-nilai perpaduan sangat diutamakan.

[13 x 2m = Mak. 12 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 30


Nota Sejarah Tingkatan 4
BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

Tajuk : Zaman Gelap

Soalan Struktur
(a) Apakah ciri-ciri utama Zaman Gelap di Eropah ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 215 - 216)

- Pentadbiran pusat yang lemah


- Kelembapan dalam ilmu pengetahuan
- Kegiatan ekonomi yang terhad.
- Sifat gereja yang mengongkong
[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Nyatakan ciri-ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan ciri-ciri yang terdapat dalam
masyarakat Melayu tradsional.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 216)

- Raja menjadi penaung utama dalam negara


- Raja memiliki tanah secara mutlak
- Raja menaungi pembesar
- Pembesar memberi khidmat kepada raja
- Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar
- Terdapat golongan hamba
[6 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Nyatakan sebab-sebab kegiatan perdagangan di Eropah tidak begitu meluas pada Zaman Gelap.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 216)

- Gangguan orang-orang gasar


- Kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
- Masyarakat Eropah menumpukan kepada kegiatan pertanian
- Perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
- Penggunaan mata wang yang terhad
- Masih menggunakan sistem barter
[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Sebutkan perubahan-perubahan yang berlaku pada Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman
Renaissance.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 216)

- Gereja berperanan sebagai institusi yang universal


- Gereja menjadi agen penyatuan
- Berlaku peningkatan aktiviti pertanian
- Berlaku pertambahan penduduk
- Wujudnya kegiatan perdagangan
- Kemunculan bandar-bandar
- Munculnya golongan pertengahan
- Rakyat terlibat dalam urusan politik
[8 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 31


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Zaman Renaissance

Soalan Struktur
Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan mereka untuk
meneroka bidang baru telah menyebabkan Zaman Renaissance bermula di Itali dan telah meninggalkan
kesannya dalam pelbagai bidang.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Renaissance ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.217)

Renaissance bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah
dihasilkan oleh cendekiawan dalam tamadun Yunani dan Rom.
[2 markah]

(b) Senaraikan ciri-ciri yang terdapat di negara Itali sehingga menyebabkan tercetusnya Renaissance di
situ ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.217)

- Kemunculan bandar-bandar yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa


- Berlakunya pertembungan budaya, agama dan bahasa di bandar-bandar utamanya
- Itali menjadi pusat perkembangan idea baru.
- Kemunculan pedagang yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar
- Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan
- Persaingan antara bandar-bandar untuk mendapatkan tokoh cendekiawan
- Cendekiawan yang sering berkunjung dari bandar ke bandar membantu menyebarkan idea
Renaissance
- Penguasa Gereja di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan
[8 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Sebutkan dua orang tokoh cendekiawan Itali yang muncul pada Zaman Renaissance.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.217- 219)

- Francesco Petrarch
- Niccolo Machiavelli
- Giovanni Bocaccio
- Galileo Galilei
- Leonardo da Vinci
- Raphael
- Michelangelo
[7 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Nyatakan kesan-kesan yang wujud hasil daripada Zaman Renaissance.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.219 - 220)

- Kemunculan monarki baru


- Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
- Sistem perdagangan semakin berkembang
- Berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan
- Berkembangnya ilmu pengetahuan
- Lahirnya seniman dalam masyarakat
- Berlaku perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik dan
saintifik.
[7 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 32


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Gerakan Reformation

Soalan Esei
(a) Apakah kepincangan institusi gereja yang mendorong berlakunya gerakan Reformation di Eropah
Barat pada kurun ke-16.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.221)

Keduniaan - Pihak Gereja lebih mementingkan usaha pembangunan keduniaan.


Rasuah - Rasuah dan penyelewengan berlaku di kalangan pihak Gereja.
Cara Hidup - Cara hidup penguasa Gereja tidak selari dengan kitab Bible.
Gaya - Penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup pemerintah dan golongan
bangsawan.
Agama - Gaya hidup mereka tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.
Indulgences - Penjualan sijil indulgences.
[6 x 2m =10 markah]

(b) Zaman Reformation telah menimbulkan beberapa kesan yang mendalam terhadap Eropah. Jelaskan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.222)

Mazhab - Negara Eropah berpecah mengikut mazhab masing-masing


Peperangan - Perbalahan agama mengakibatkan peperangan dan kemusnahan.
Banyak - Masyarakat Eropah dikuasai oleh banyak mazhab.
Pendidikan - Timbulnya sikap toleransi antara pelbagai mazhab untuk mempergiatkan pendidikan.
Sebar - Setiap mazhab berusaha menyebarkan fahaman masing-masing.
Cabar - Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka.
Kuasa - Kuasa Gereja terhadap kerajaan semakin berkurang.
Monarki - Monarki Baru membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom.

[8 x 2m = 10 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 33


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Penjelajahan dan Penerokaan

Soalan Esei
(a) Huraikan faktor-faktor yang mendorong kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Erop[ah ke
Timur.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.223 - 225)

Istanbul - Penguasaan Istanbul oleh orang Islam menyebabkan orang Eropah sukar mendapat barang
dagangan .
Barangan - Orang Eropah ingin mendapatkan sendiri barangan dari Timur.
Sebar - Gereja Katolik memberi galakan supaya menyebarkan Kristian.
Raja - Raja Sepanyol dan Portugal memberi galakan kepada usaha penerokaan.
Persaingan - Persaingan negara-negara Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan.
Tordisellas - Perjanjian Tordisellas 1494 telah menetapkan pembahagian pengaruh antara Portugal dan
Sepanyol.
Pelaut - Kemunculan pelaut yang berkebolehan.
Semangat - Semangat yang berani dan optimistik.
Slogan - Dorongan slogan “Gold, Gospel and Glory”
[9 x 2m = 8 markah]

(b) Nyatakan kesan-kesan penjelajahan dan penerokaan terhadap masyarakat di luar Eropah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.225 - 226)

Perjanjian - Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah.
Syarikat - Pemerintah tempatan mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah melalui syarikat berpiagam.
Pembekal - Negara luar Eropah menjadi pembekal barang keperluan masyarakat Eropah.
Emporium - Pusat emporium dunia telah dikuasai oleh kuasa Eropah.
Bolot - Kekayaan negeri jajahan dibolot oleh kuasa Eropah.
Jalan - Jalan perdagangan yang dahulunya dikuasai oleh orang Islam telah dikuasai pula oleh kuasa
Eropah.
Gaya hidup - Masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup Eropah.
Agama - Masyarakat peribumi menerima agama Kristian.
Masyarakat - Penghijrahan beramai-ramai orang Eropah mewujudkan sebuah masyarakat baru di wilayah
yang ditakluki.
Tamadun - Tamadun tempatan telah dihapuskan oleh kuasa Eropah.
Buruh - Buruh tempatan dieksploitasi untuk kepentingan ekonomi kuasa Eropah.
Petempatan - Munculnya petempatan orang Eropah di negara-negara yang ditakluki.

[12 x 2m = Mak. 12 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 34


Nota Sejarah Tingkatan 4
BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA
TERHADAP EKONOMI NEGARA

Tajuk : Ekonomi Tradisional

Soalan Struktur
Kedatangan British ke Tanah Melayu pada abad ke-19 telah mengubah ekonomi Tanah Melayu dari kegiatan
ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat Melayu kepada bentuk dwiekonomi.

(a) Apakah maksud dwiekonomi ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 246 – 247)

Dwiekonomi bermaksud wujudnya dua bentuk ekonomi secara serentak iaitu ekonomi bercorak sara diri dan
ekonomi dagangan.

[2 markah]
(b) Berikan tiga ciri ekonomi tradisional di Tanah Melayu.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 244 – 246)

- Bersifat sara diri


- Dalam skala kecil
- Menggunakan teknologi mudah / rendah
- Penggunaan buruh yang sedikit
- Pasaran yang kecil
- Lebihan pengeluaran digunakan semula
- Lebihan pengeluaran disimpan
- Menggunakan modal yang sedikit
- Tiada pengkhususan pekerjaan

[9 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Sebutkan kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat Melayu.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 246 – 247)

- Menanam padi
- Menanam tanaman sampingan
- Menternak binatang
- Menangkap ikan
- Mendulang / mencari bijih
- Mengumpul hasil hutan
[5 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Nyatakan kesan-kesan daripada wujudnya dwiekonomi di Tanah Melayu.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 247)

- Industri perlombongan meningkat


- Penekanan terhadap pertanian komersil
- Ekonomi dikuasai oleh pemodal Eropah.
- Orang Melayu kekal dalam ekonomi sara diri.
- Pembangunan tidak seimbang antara negeri di pantai barat dengan negeri pantai timur Tanah Melayu
- Taraf hidup tidak seimbang antara penduduk luar bandar dengan bandar.
- Kemasukan buruh asing.

[7 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 35


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Perusahaan Getah

Soalan Esei

Pihak British telah memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 tetapi penglibatan
orang Melayu dalam penanaman getah akhirnya menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan penjajah British.

(a) Huraikan faktor-faktor yang mendorong perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 247 – 250)

Revolusi - Revolusi Perindustrian di Eropah membawa permintaan yang tinggi terhadap getah
Pameran - H.N.Ridley mengadakan pameran untuk meyakinkan peladang menanam getah.
Agih - Beliau mengagihkan benih getah secara percuma.
Ibidem - Berjaya menemui teknik torehan ibidem (tulang ikan kering).
Modal - Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah.
Syarikat - Syarikat Eropah menubuhkan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu untuk membuka
ladang getah.
Galakan - Dasar British memberi galakan kepada pemodal asing untuk memperluaskan penanaman
getah.
Sewa - Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang yang ingin menanam
getah.
Dividen - Memberi dividen yang tinggi dan pengecualian cukai eksport kepada syarikat pengusaha
getah.
Infrastruktur - Pembinaan infrastruktur untuk menghubungkan kawasan ladang dengan pelabuhan dan pusat
pentadbiran.
Buruh - Membawa masuk buruh dari India untuk mengatasi masalah kekurangan buruh.

[11 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan British di Tanah Melayu untuk menyekat
penyertaan orang Melayu dalam penanaman getah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 261 – 262)

Akta - Meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu yang melarang penanaman getah dalam kawasan
Tanah Simpanan Melayu
Enakmen - Meluluskan Enakmen Tanah Padi melarang penanaman getah di atas tanah padi
Premium - Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah dinaikkan
Buka - Pembukaan tanah baru untuk penanaman getah dilarang
Stevenson - Rancangan Sekatan Stevenson menghadkan pengeluaran getah oleh pekebun kecil
RPGA - Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa menetapkan kuota yang lebih rendah kepada
pekebun kecil
Bantuan - Bantuan teknikal dan insentif kewangan tidak ditawarkan kepada pekebun kecil

[7 x 2m = Mak. 8 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 36


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Penggunaan Tenaga Buruh Luar

Soalan Struktur
Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh tempatan akibat kepesatan pembangunan sektor pertanian
dan perlombongan, pihak British telah membawa masuk tenaga buruh dari luar untuk memenuhi keperluan
aktiviti ekonomi di Tanah Melayu.

(a) Apakah faktor-faktor yang mendorong buruh dari Cina dan India datang ke Tanah Melayu ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 253)

- Galakan kerajaan British


- Penghijrahan mereka tidak ditentang oleh orang Melayu
- Wujud hubungan tradisi antara India dengan Tanah Melayu
- Kepesatan ekonomi Tanah Melayu
- Kestabilan politik
[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Sebutkan cara kemasukan buruh-buruh tersebut ke Tanah Melayu.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 253-255)

Buruh dari Cina

- Sistem tiket kredit


- Sistem pengambilan kakitangan
- Sistem pengambilan rumah kongsi
[3 x 1m = Mak. 2 markah]

Buruh dari India

- Sistem buruh bebas


- Sistem kontrak
- Sistem kangani
[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Nyatakan kesan-kesan daripada peningkatan jumlah kemasukan imigran tersebut.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 264)

- Pembentukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu


- Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum
- Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
- Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
- Tidak terdapat interaksi antara kaum
- Tidak ada perpaduan antara kaum

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 37


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Penggunaan Tenaga Buruh Luar

Soalan Esei
(a) Huraikan cara kemasukan buruh dari Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke-19.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 252 – 255)

(i) Kemasukan buruh Cina

Kredit - Melalui sistem tiket kredit, bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua).
Nakhoda - Imigran (sin kheh) ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh
yang dibayar oleh majikan.
Perjanjian - Golongan sin kheh perlu membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara
bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu.
Tiket - Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.
Pemborong - Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan majikan
untuk mereka.
Kakitangan - Melalui sistem pengambilan kakitangan, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar
pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh.
Perbelanjaan - Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan.
Iring - Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan.
Kongsi - Di bawah sistem pengambilan rumah kongsi, pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di
negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
Biayai - Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi.

(ii) Kemasukan buruh India

Bebas - Buruh India memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas iaitu datang sendiri dengan
biayaan masing-masing.
Kontrak - Melalui sistem kontrak, majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.
Bekerja - Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum.
Kangani - Melalui sistem kangani, seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar
pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
Wang - Kangani diberi wang untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu.

[15 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Nyatakan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk mengawal wabak penyakit di Tanah Melayu pada
penghujumg abad ke-19 hingga awal abad ke-20.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 269)

Hospital - Menubuhkan hospital kerajaan di Kuala Lumpur dan Taiping.


Pusat - Membina pusat kesihatan kecil
Perseorangan - Membina hospital atas sumbangan orang perseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala
Lumpur.
Institut - Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan pada tahun 1900.
Kaji - Institut ini membuat kajian punca penyakit dan langkah mencegah.
Kebersihan - Menitikberatkan kebersihan dan kesihatan di bandar-bandar.
Sanitary - Menubuhkan Sanitary Board untuk menjaga kebersihan bandar Kuala Lumpur dan bandar-
bandar di Perak.
Jabatan - Menubuhkan Jabatan Kesihatan untuk mengambil alih tugas Sanitary Board menjaga
kesihatan.

[8 x 2m = Mak. 8 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 38


Nota Sejarah Tingkatan 4
Tajuk : Pembandaran

Soalan Esei
(a) Huraikan proses perkembangan bandar-bandar baru di Tanah Melayu pada abad ke-19.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 263 – 264)

Sumber - Perkembangan pesat ekonomi di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi
menyebabkan berlakunya proses pembandaran.
Perlombongan - Pekan berhampiran kawasan perlombongan menjadi pusat mengumpul hasil lombong.
Penduduk - Pekan ini mengalami pertambahan penduduk.
Keperluan - Pekan ini berfungsi menyediakan keperluan harian kepada pelombong-pelombong.
Pentadbiran - Pekan ini berkembang menjadi bandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran.
Infrastruktur - Bandar-bandar baru yang muncul dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur.
Pengangkutan - Perkembangan sistem pengangkutan turut mempengaruhi kewujudan bandar-bandar baru.
Kedudukan - Kedudukan bandar yang strategik membolehkannya menjadi penghubung kepada beberapa
buah bandar dan kawasan lain.
Pertanian - Pertanian komersil mempengaruhi perkembangan bandar baru.
Pelabuhan - Produk getah dan bijih timah menjadikan bandar muncul sebagai bandar pelabuhan.
Pembangunan - Pembangunan oleh kerajaan British di kawasan tertentu menyebabkan banyak bandar muncul
di pantai Barat Tanah Melayu.

[11 x 2m = Mak. 10 markah]

(b) Huraikan perkembangan sistem perhubungan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu
sehingga awal abad ke-20.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 267 – 269)

i. Jalan Kereta Api

Pertama - Jalan kereta api yang pertama dibina menghubungkan Taiping dengan Port Weld pada 1885.
Lain - Jalan kereta api yang lain turut dibina untuk menghubungkan kawasan perlombongan dengan
pelabuhan. Contohnya Kuala Lumpur – Port Swettenham (1889), Seremban – Port Dickson
(1891) dan Ipoh – Telok Anson (1895)
Semua - Menjelang 1904, semua kawasan perlombongan mempunyai perkhidmatan kereta api.
Siam - Jalan kereta api menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam siap pada 1918.
Gemas - 1931 jalan kereta api menghubungkan Gemas, Pahang dan Kelantan ke Siam siap dibina.
Singapura - Menjelang tahun 1923, jalan kereta api di Tanah Melayu disambung hingga ke Singapura.

ii. Jalan Raya

Denai - Jalan denai dan jalan kereta lembu digantikan dengan jalan raya.
Selangor - Menjelang 1895, Selangor dan Perak mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang 2 400 km.

Perai - Pada tahun 1911 jalan raya dari Seberang Perai ke Melaka disiapkan.
Perlis - Antara 1911 hingga 1928 jalan raya menghubungkan Perlis dengan Singapura disiapkan.
Hubung - Jalan raya antara Kuala Lumpur dengan Kuantan dibuka untuk memudahkan perhubungan
negeri-negeri di pantai Barat dengan pantai Timur Tanah Melayu.

[11 x 2m = Mak. 10 markah]

Rujukan Rosman Pardi SMKL JU-Sejarah 39

You might also like