P. 1
Negara Islam

Negara Islam

|Views: 557|Likes:
Published by balqisNabil

More info:

Published by: balqisNabil on Oct 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/29/2011

pdf

text

original

PENGENALAN Kewujudan “Negara Islam” bermula sejak zaman Rasulullah saw lagi.

Bermula dengan peristiwa penghijrahan Rasullullah saw dari kota Mekah ke Kota Madinah secara tidak langsung menjadi titik tolak kepada bermulanya sebuah pemerintahan Islam. Pada ketika itu , ia lebih kepada pengisian pemerintahan Islam di Madinah dalam mengukuhkan lagi umat Islam yang baru sahaja melepasi tahap getir kesan dari penindasan kafir Quraisy Mekah. Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin secara tidak langsung telah membina satu perpaduan kaum dan membolehkan Madinah berdiri kukuh sebagai sebuah negara yang didiami oleh orang Islam. Kepimpinan Rasulullah saw dalam membina Madinah diserlahkan lagi dengan termaktubnya Piagam Madinah yang menjadi perlembagaan Negara Madinah. Ciri-ciri inilah yang menjadi landasan atau syarat kepada pembentukkan negara Islam Madinah. [1] Bagaimana pula dengan negara kita Malaysia. Adakah kita layak dianggap sebagai sebuah negara Islam sepertimana yang diasaskan oleh Rasulullah saw? Persoalan inilah yang akan kita kupas dan lihat dalam membicarakan tajuk kertas kerja ini.

DEFINISI NEGARA DAN ISLAM Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam mengupas tajuk kertas kerja ini, ada eloknya sekiranya kita melihat apa yang ditakrifkan sebagai ‘Negara’ dan ‘Islam.’ ‘Negara’ merupakan suatu tempat yang diduduki oleh manusia, mempunyai dasar, perundangan dan sistem serta dibentuk oleh Khilafah, Imamah atau Amir. Menurut Ibn Khaldun ‘Negara’ itu adalah kawasan yang diduduki oleh sekumpulan manusia dan mempunyai perundangannya. pentadbirnya. [2] Di samping itu terdapat unsur-unsur kehidupan dan

1

‘Islam’ merujuk kepada satu cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan sempurna dari segala segi. Ia terbina dari asas Al-Quran dan As-Sunnah, menjadi satu fahaman agama yang dipilih oleh Allah SWT ke atas umat manusia sebagai pedoman hidup di muka bumi ini. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 19 yang berbunyi :

Maksudnya : Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam (Al-Imran :19) Dalam hal ini secara ringkasnya bolehlah kita katakan bahawa maksud ‘Negara Islam’ itu lebih merujuk kepada penempatan manusia yang bertamadun kerana terdapat ciri-ciri seperti perundangan, sistem sosial, ekonomi dan pentadbiran yang tersusun dengan mengambil panduan dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam sistem pemerintahannya. Sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Maksudnya: Aku telah tinggalkan kepada kamu 2 perkara di mana kamu tiak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang kepada keua-duanya (iaitu) kitab Allah dan Sunnah Rasulullah saw. Di sini elok juga kita melihat maksud dan definisi ‘Negara Islam’ dari sudut pandangan beberapa orang ulama’ yang terkenal.

2

DEFINISI NEGARA ISLAM MENURUT PARA ULAMA’ 1. Syeikh Muhammad Abu Zuhrah Negara Islam (Darul Aslam) ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintah Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam. Negara seperti ini wajib dipertahankan oleh setiap Muslim. 2. Muhamad B Hassan As-Syaibani Negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam, dalam mana orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya. 3. Imam A-Fahistani Negara Islam ialah negara yang mengguna pakai hukuman Islam ke atasnya.

4. Imam Al-Asbijabi Memadai sebuah negara Islam dikira sebagai Dar Al-Islam apabila terlaksananya syiar Islam di dalamnya dan umat Islam bebas melakukan Ibadat. Manakala Imam Syafie pula berkata bahawa mana-mana negara yang pernah menjadi negara Islam, status ini tidak akan hilang menurut hukum Fiqh Islam, sekalipun umat Islam itu telah dikalahkan di negara berkenaan. [3] Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh beberapa orang Ulama’ tentang ‘Negara Islam’, kita dapat melihat terdapat ulama’ yang mengklasifikasikan ‘Negara Islam’ sekiranya negara tersebut diperintah oleh orang Islam. Ada juga ulama’ mensyaratkan ‘Negara Islam’ mesti diperintah oleh orang Islam dan syiar serta hukuman Islam dilaksanakan di negara tersebut.

3

Jadi, dalam mengupas tajuk ini sama ada kita boleh mengandaikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Islam’ atau sebaliknya, perbandingan haruslah dibuat dengan mengambil konsep ‘pemerintahan Islam’ di zaman Rasulullah saw dan masa kini.

4

NEGARA ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW Madinah merupakan kerajaan Islam yang pertama sekali wujud di zaman Rasulullah saw. Pembentukan Madinah sebagai kerajaan Islam dibentuk dalam cara penuh hemah dan kasih sayang. Hal ini kerana berdasarkan tindakan Rasulullah saw apabila mula-mula menjejakkan kaki ke Madinah dengan membina sebuah masjid sebagai satu simbolik bahwa masjid selepas pada waktu itu digunakan sebagai tempat untuk bermesyuwarah dan berbincang tentang strategi pengukuhan sebuah negara. digunakan dalam menyatu padukan umat Islam. Rasulullah saw bukan sahaja membina masjid sebagai tunjang politik tetapi juga berjaya mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar dalam satu persaudaraan Islam. Pada waktu itu tidak timbul sama sekali siapa yang kaya, siapa yang miskin, siapa yang cantik atau sebagainya. Apa yang ada pada waktu itu adalah kasih sayang sesama saudara seislam. Konsep Islam itu bersaudara dan semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT berjaya diterapkan dalam masyarakat Madinah pada waktu itu. Keadaan ini membawa kepada kekuatan umat Islam pada waktu itu, malah memudahkan lagi proses pengukuhan sebuah pemerintahan Islam. Sebagaimana Firman Allh SWT : Institusi masjid juga

Maksudnya: sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara. Kebijaksanaan Rasululah saw dalam mengukuhkan Madinah juga dapat dilihat melalui satu perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai Piagam Madinah atau Al-Mistaq Al Madinah. Ini merupakan perlembagaan bertulis pertama yang pernah wujud di dunia. Piagam ini secara tidak langsung mengikat kaum Yahudi yang pada waktu itu tinggal bersama di Madinah. Dasar Rasulullah saw membenarkan kebebasan beragama di Madinah (merujuk kepada anutan Yahudi) dan pentadbiran Madinah tidak pernah

5

mengamalkan paksaan dalam apa keadaan sekali pun. Secara tidak langsung rakyat pelbagai agama dapat hidup menetap di Madinah tanpa tekanan dan penuh harmoni serta bebas menjalankan upacara agama masing-masing asalkan mematuhi Piagam Madinah. [4] Hal ini secara tidak langsung membuktikan kebijaksanaan Rasulullah saw sebagai pemimpin negara dan layak digelar Negarawan Ulung serta patut dicontohi oleh manamana pemimpin dunia pada masa sekarang sesuai dengan Firman Allah SWT:

Maksudnya : Sesungguhnya pada diri Rasul itu satu contoh ikutan yang baik. Kewujudan dan kebangkitan Madinah sebagai pusat pemerintahan Islam pada waktu itu berjaya dicapai dalam jangka masa yang singkat. Bahkan bukan sahaja di zaman Rasulullah saw tetapi juga di zaman selepas kewafatannya di mana para sahabat yang empat telah berjaya mengukuhkan kedudukan Islam dari Timur hingga ke Barat dunia sehingga menjatuhkan dua gergasi dunia pada waktu itu iaitu Rom dan Parsi. Hal ini berlaku kerana kepatuhan sahabat kepada corak pentadbiran yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw dengan bersandarkan kepada dua perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah baik dalam bidang politik, ekonomi, budaya dan juga sosial. Sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Maksudnya: Ingatlah sesungguhnya aku diberi Al-Quran dan serupa dengannya iaitu As- Sunnah.

6

Dari segi politik dengan jelas kita dapat melihat konsep Syura dalam

Islam.

Kesepakatan dalam perbincangan tentang sesuatu isu atau perkara yang melibatkan kepentingan umat Islam dan negara dibuat secara bermesyuwarat dengan bersandarkan kepada Al-Quran danAs-Sunnah. [5] Contohnya, dalam urusan peperangan seperti peperangan Uhud, Badar dan perjanjian Hudaibiyyah yang dihadapi oleh umat Islam pada waktu itu Rasulullah saw telah memanggil para sahabat untuk berbincang dalam menangani krisis. Konsep ini sesuai seperti Firman Allah SWT :

Maksudnya: dan bermesyuaratlah bersama-sama mereka dalam urusan peperangan dan soal-soal keduniaan. (Al-Imran :159) Begitu juga dari segi ekonomi, ketegasan Rasulullah saw dalam mengharamkan riba’, judi, menipu dalam jual beli dan sebagainya sepertimana yang diperintahkan Allah SWT telah mengukuhkan ekonomi umat Islam pada waktu itu. Tidak ada sesiapa yang berdendam atau berasa tidak puas hati, tidak ada sesiapa yang teraniaya baik miskin atau pun kaya dan sebagainya. Ini menunjukkan keharmonian masyarakat pada waktu itu di bawah pemerintahan Islam. Sistem zakat yang diperkenalkan selaras perintah Allah SWT dapat mengurangkan jurang antara kaya dan miskin serta membantu dalam kehidupan masyarakat ketika itu. Firman Allah SWT:

Maksudnya : dan hendaklah kamu tolong menolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam melakukan dosa dan permusuhan. (Al-Maidah:2)

7

Dari segi sosial pula kita lihat semua masyarakat Islam dianggap sama dan dilayan sama rata baik golongan hamba atau kaya. pembelaan yang wajar. agama masing-masing. Status dalam masyarakat tidak menjadi keutamaan dalam hidup. Hak kaum perempuan yang selama ini tertindas mendapat Masyarakat Yahudi dan Nasrani pula bebas mengamalkan Di zaman Rasulullah saw juga tidak ada berlakunya konsep

permasalahan sosial seperti hari ini. Tidak ada lagi semangat assabiyyah yang menjadi punca perbalahan masyarakat selama ini kerana Islam mengamalkan kesamarataan. Sistem perundangan yang berteraskan hukuman hudud menjadi satu

benteng dalam menangani permasalahan sosial. Kepatuhan kepada hukum Allah SWT dan ikutan terhadap contoh yang ditunjukkan oleh Rasul Allah menjadi satu tembok pertahanan daripada perlakuan keji dalam masyarakat. Jelasnya di sini, negara Islam di zaman Rasulullah saw penuh dengan keharmonian masyarakat dan pengabadian diri kepada Allah SWT kerana faktor itulah yang menjadi tunjang dalam pemerintahan Islam Madinah berlandas Al-Quran dan As-Sunnah. Apakah konsep negara Islam yang ditubuhkan oleh Rasulullah saw itu berjaya diaplikasikan oleh Malaysia. Atau adakah kita hanya mengambil separuh-separuh berdasarkan kesesuaian dengan mengambil kira faktor dunia pada masa kini? Walau pun hampir 10 buah negara Islam dalam OIC mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah ‘Negara Islam”, namun ada pihak mendakwa Malaysia tidak lagi layak dianggap ‘Negara Islam’ tetapi mungkin ‘Negara umat Islam’. Walau apa pun masing-masing ada pandangan tersendiri dengan bersandarkan kepada pemahaman masing-masing dan hujah tersendiri. [6]

8

MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM – SATU PERBANDIGAN Negara Malaysia pada hari ini dianggap sebagai sebuah negara Islam. Hal ini diakui oleh para ulama’ Islam khususnya dari negara-negara OIC. Justeru itu terdapat pertikaian pendapat di sini berhubung dengan pengiktirafan ini, khususnya dari pihak parti pembangkang di Malaysia. Pada pandangan golongan ini Malaysia masih belum layak utuk diiktiraf sebagai ‘Negara Islam’ walaupun Malaysia ada ciri-ciri sebuah negara Islam. [7] Bagi menghuraikan persoalan ini, elok rasanya kita meninjau dari tiga aspek utama dalam kewujudan sebuah negara Islam seperti mana yang pernah diasaskan oleh Rasulullah saw iaitu mengambil kira aspek politik, ekonomi dan juga sosial serta sistem peundangan negara. Dalam hal ini saya akan merujuk kepada Piagam Madinah sebagai perbandingannya kerana ia sahajalah ‘role model’ negara Islam yang sebenarnya. PERBANDINGAN DARI ASPEK POLITIK Apakah dasar penggubalan pentadbiran negara ini? Dari manakah sumbernya? Jika diteliti berdasarkan sejarah bahawa pentadbiran negara kita ini mengambil contoh dari apa yang telah ditinggalkan oleh penjajah. Perlembagaan negara kita sendiri adalah digubal oleh Suruhanjaya Reid (mengambil sempena Ketua Penggubal iaitu Lord Reid – seorang pegawai British) dengan sedikit pengubah suaian dan penambahan dari segi agama, bahasa dan kebebasan beragama di Malaysia. [8] Keadaan ini tentunya berbeza sekali dengan Piagam Madinah yang dijadikan Perbezaan ini merujuk kepada sumber mana ia

perlembagaan Negara Islam Madinah. As-Sunnah.

digubal. Piagam Madinah digubal berasaskan dan berpandu kepada Al-Quran dan Manakala Perlembagaan Malaysia digubal berdasarkan ide pemikiran orang kafir dengan mengambil kira situasi masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu. Penambahan perlembagaan dibuat pula dengan mengambil kira kepentingan orang melayu yang kebetulannya beragama Islam, bukan atas dasar perjuangan untuk Islam.

9

Bagaimana pula dengan kepimpinan sedia ada? Merujuk kepada pemilihan pemimpin dan kelayakkannya. Jika pada zaman Rasulullah saw pemimpin adalah ketua agama atau ulama atau orang yang tinggi pengetahuannya dalam agama. Lihat sahaja Rasulullah saw, Baginda bukan sahaja seorang pemimpin, pentadbir tetapi juga seorang tentera yang berjuang di jalan Allah, juga seorang Nabi dan Rasul. Lihat pula pemimpin dari kalangan para sahabat yang empat, mereka bukan sahaja seorang pemimpin tetapi juga ketua agama yang berpengetahuan tinggi dalam bidang agama, ketua tentera yang turut sama memegang senjata dan hidup dengan begitu zuhud. pemimpin tetapi penasihat utama kepada pemimpin. adalah umarra’ dan umarra’ adalah ulama’. [9] Walau bagaimana pun dalam zaman yang sentiasa berubah ini peranan ulama’ bukan lagi sebagai seorang umarra’. Tidak semua ulama’ adalah umarra’. Tetapi yang pasti tidak ada pemimpin yang ada sekarang ini adalah ulama’ atau setaraf dengannya. Dalam konteks Malaysia pada hari, ulama’ hanya menguruskan masalah ummah tetapi pengurusan pentadbiran negara diurus oleh Badan Eksekutif yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri. Pemimpin diambil berdasarkan kelayakkan akademik, daya kepimpinannya, semangat nasionalismenya, kepetahan bercakap dan berfikir bukan dari pengetahuan agama dan hukum hakamnya (berlaku pemisahan antara agama dan politik). [10] Jadi di sini timbul satu pertentangan untuk mengaitkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Hal ini kerana dari segi siapa pemimpin sahaja tidak sama dengan apa yang terkandung dalam Piagam Madinah. Demokrasi dalam Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw tidak kita ikuti, bahkan demokrasi ala barat menjadi panduan kita. Demokrasi barat secara realitinya memisahkan agama dari pentadbiran. Oleh kerana itulah tidak ada ulama’ yang menjadi umarra’ walau pun ada ulama yang berkelayakan sebagai umarra’. Dan selepas ketiadaan mereka Dipendekkan cerita ulama’ ulama’lah yang sepatutnya mengambil peranan tersebut, walau pun bukansebagai

10

Sebagai sebuah negara Islam,

tentunya

undang-undang Islam menjadi sistem

perundangannya . Itu yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw kepada Negara Madinah, oleh para sahabat dan juga negara Islam selepasnya seperti kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Kerajaan Islam Sepanyol, Kerajaan Fatimiah, Kerajaan Ayyubiah dan Turki Uthmaniyyah. Sistem perundangan Islam ini diguna pakai ke atas sesiapa sahaja yang tinggal di negara Islam tersebut walau pun dia bukan Islam. Dan perlaksanaannya berjalan lancar tanpa masalah. Bagaimana pula dengan Malaysia? Sistem perundangan utama kita bukan perundangan Islam tetapi dari apa yang kita petik dari barat khususnya Britain. Kita cuma ada Mahkamah Syariah yang mengadili kes-kes syariah kecil itu pun hanya membabitkan nafkah, kahwin dan cerai. Kuasanya begitu terbatas dan paling menyedihkan ianya dipandang sebelah mata oleh umat Islam sendiri. Sekiranya kita mengaku sebagai sebuah negara Islam mengapa perlaksanaan hudud tidak dilaksanakan? Sedangkan kita adalah sebuah negara yang diperintah oleh orang Islam sebagai ketua negara. Apakah kita mahu bersikap tolerans dengan kaum yang bukan beragama Islam? Sekiranya itu jawapannya ada persoalan lain yang boleh ditimbulkan iaitu di zaman Rasulullah saw sendiri hudud dilaksanakan walau pun terdapat kaum Yahudi yang bukan Islam dan tidak timbul masalah perlaksanaannya. Perkara yang berlaku yang menyebabkan hudud sukar dilaksanakan di Malaysia ialah gambaran salah yang telah diberikan kepada bukan Islam sehingga menimbulkan ketakutan. Sedangkan hudud adalah satu sistem perundangan yang sempurna. Mahu tidak mahu hudud harus dilaksanakan. Orang yang menolak hukum Allah akan menerima azab yang berat di akhirat kelak sebagaimana firman Allah SWT :

“ dan kami (ALLAH) telah turunkan kepada kamu kitab (Al-Quran)

dengan

membawa kebenaran…maka hukumlah perkara mereka menurut apa yang

11

diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dengan membelakangkan kebenaran yang telah datang kepadamu” (Surah Al- Maidah :48) DARI SUDUT EKONOMI Dalam era negara tanpa sempadan, ekonomi juga turut mengalami satu revolusi global. Majoriti negara diseluruh dunia ini memegang konsep ekonomi bebas dengan menjadikan Amerika Syarikat sebagai paksi ekonomi. Dalam erti kata yang lain turun naik bursa saham di Amerika Syarikat akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang lain. Tidak terkecuali Malaysia menjalinkan hubungan perdagangan dan ekonomi dengan negara tersebut juga Amerika Syarikat merupakan pelabur terbesar di Malaysia. Mahu tidak mahu kita terpaksa patuh pada hukum ekonomi masa kini yang mengamalkan segala bentuk riba’, persaingan sengit, ketidak adilan dalam perniagaan apatah lagi ekonomi kita dimonopoli oleh bukan Islam. Dalam ertikata lain kita bergantung kepada bukan Islam dalam kehidupan kita dari segi memperolehi upah kerja, peluang pekerjaan dan sebagainya. Seperkara yang perlu kita sedar ialah perlaksanaan ekonomi Islam berhubung kait dengan kepercayaan kita atau akidah kita sebagai umat Islam. Hal ini kerana aqidahlah yang menentukan dasar dan matlamat dalam kegiatan ekonomi. Sudah jelas bahawa sistem ekonomi barat membawa pelbagai kepincangan, permusuhan, huru hara, peperangan yang sentiasa mengancam manusia. sistem ekonomi yang kita amalkan sekarang. [11] Walau pun kita cuba membebaskan diri dari terlibat dalam ekonomi riba’ namun tidak sepenuhnya kita akan berjaya Penguasaan ekonomi bukan di tangan umat Islam. Sedangkan dalam Islam terang-terang melarang kegiatan yang penuh dengan riba. Keadaan ini berbeza dengan kegiatan ekonomi di zaman Rasulullah saw di mana perlaksanaan ekonomi berlandaskan Islam dipraktikkan sepenuhnya. Malahan Lihatlah apa yang terjadi ketika berlakunya krisis kewangan pada tahun 1998? Berapa ramai rakyat menderita kesan

12

masyarakat bukan Islam memuji sistem ekonomi Islam kerana tidak berlakunya penipuan dan sebagainya malahan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Sebagai sebuah negara yang mendakwa ‘Negara Islam’ Malaysia telah mengorak langkah dalam mempraktikkan ekonomi berbentuk Islam. Salah satu caranya ialah memberikan pilihan kepada masyarakat untuk berurusan secara Islam atau konvensional terutamanya dalam sistem perbankan dan insurans Islam di mana unsur riba’ dikatakan tidak berlaku. Bank-bank seperti Bank Islam, Tabung Haji, Bank Muamalat dan sebagainya ditubuhkan sebagai alternatif kepada umat Islam. Begitu juga syarikatsyarikat insurans seperti Takaful Malaysia, Takaful Nasional menawarkan insurans Islam tanpa faedah tetapi berkonsep perkongsian. Malahan bank-bank konvesional juga turut menawarkan rangkaian Islamic bankingnya untuk orang ramai membuat pilihan. Konsep perbankan dan insurans Islam ini menjadi model kepada negara-negara Islam lain yang mulai menunjukkan minat dalam perlaksanaannya di negara mereka. Setelah 16 tahun sistem kewangan Islam ini dikatakan semakin berdaya saing di pasaran tempatan. [12] Langkah kerajaan ini dilihat sebagai satu cara meletakkan Malaysia sebagai Negara Islam walau pun hakikatnya kita terikat dengan ekonomi global yang dipelopori oleh Barat. Walau pun Malaysia cuba mengaplikasikan ekonomi bercorak Islam namun, ada pihak yang masih mempertikaikannya iaitu di manakah pelaburan dibuat oleh bank-bank yang berkonsepkan Islam ini. Mahu tidak mahu pelaburan akan melibatkan syarikat-syarikat asing yang mengamalkan sistem ekonomi konvensional. Secara tidak langsung keuntungan dari unsur riba’ juga akan menjadi sebahagian daripada keuntungan bankbank ini. Jadi di manakah Islamnya ekonomi tersebut. Hakikatnya selagi kita tidak bersungguh-sungguh membebaskan diri selagi itulah kita akan terikat dan berpusing kembali kepada ekonomi konvensional. Jadi dalam hal ini, mungkinkah kita menganggap Malaysia sebagai sebuah negara Islam sedangkan perlaksanaan ekonomi dalam bentuk Islam masih boleh dipertikaikan

13

dari segi pelaburannya.

Contoh yang paling mudah ialah Tabung Haji, walau pun haji tetapi

Tabung Haji hanya merupakan institusi yang menguruskan tabungan

penglibatan Tabung Haji dalam pelaburan menjadikan ia sebagai satu bentuk perbankan Islam. Pelaburan Tabung Haji rupa-rupanya selama ini telah tersasar kepada pelaburan berbentuk perjudian tanpa disedari. [13] Hal ini bermakna ada kalanya kita tidak boleh lari dari berdepan dengan ekonomi konvensional. Dari segi konteks sistem zakat, memang tidak dinafikan Malaysia antara negara terbaik dalam menguruskan zakat sama ada dari segi pungutan dan juga pengagihannya. Cuma bezanya masyarakat Islam di Malaysia ada yang masih lari dari tanggungjawab membayar zakat dan tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan samada tindakan sivil atau pun syariah. Suasana ini sangat berbeza pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang memerangi umat Islam yang enggan membayar zakat dalam gerakan Ar-Riddah [14]. Begitulah ketegasan Pemimpin sebuah negara Islam di zaman dahulu. Bandingkanlah dengan keadaan kita pada hari ini. Adakah atau tidak satu rang undang-undang samada sivil atau Syariah yang menangkap atau mengenakan tindakan ke atas umat Islam yang tidak membayar zakat? Tetapi berbeza halnya sekiranya umat Islam tidak membayar cukai kerajaan mereka ini dikeluarkan pelbagai waran tangkap dan sebagainya dan diperangi habis-habisan. [15]Di zaman Rasulullah saw dan para sahabat semua harta pemimpin dicurahkan untuk rakyat. Rasulullah saw sendiri hidup sehelai sepinggang. Mampukah pemimpin kita melakukan perkara yang sama seperti mana Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya? Islamikkah negara kita?

DARI SUDUT SOSIAL Berbalik kita ke masa pemerintahan kerajaan Islam Madinah sama ada di bawah pemerintahan Rasulullah saw dan para sahabat, kita melihat bahawa masyarakat pelbagai agama dan keturunan diberi layanan istimewa dari segi kebebasan diri, keluarga dan bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing. Tidak ada penindasan, setiap kesalahan dihukum dengan perundangan Islam yang adil malahan ketika penaklukkan

14

terhadap negara-negara kafir seperti Parsi dan Rom rakyat yang bukan beragama Islam diberi layanan yang baik terutamanya wanita, kanak-kanak dan orang tua. Mereka diberi kebebasan bergerak seolah-olah tiada peperangan yang berlaku malahan ada ketikanya kedatangan tentera Islam dialu-alukan bagi membebaskan mereka dari cengkaman pemerintah yang kejam. Kebebasan bukan sahaja dari segi pengamalan keagamaan tetapi juga dalam pelbagai urusan kehidupan. Kebajikan rakyat tidak kira agama diambil perhatian berat. Kemudahan-kemudahan asas disediakan oleh pemimpin tanpa memperdulikan fahaman politik dan sebagainya. Contohnya semasa zaman Rasulullah saw mentadbir Madinah, kemudahan pendidikan dan kesihatan secara percuma diberikan. Begitu juga ketika zaman Khalifah Abu Bakar Al-Khattab kebajikan isteri-isteri Nabi saw dan balu-balu anggota tentera Islam yang terkorban mendapat pembelaan yang sewajarnya. Keamanan dipertingkatkan, pendidikan agama diutamakan dan tiada dasar diskriminasi kaum berlaku.[16]. Jelasnya kehidupan sosial masyarakat Islam dan bukan Islam pada waktu itu amat terjamin. Seperti mana yang tela diperbincangkan tadi perlaksanaan perundangan Islam atau hudud berjaya mewujudkan masyarakat harmoni tanpa kacau bilau. Kalau ada pun hanya segelintir pihak saja yang terbabit. Berbanding keadaan sosial dalam masyarakat Malaysia hari ini. Dari aspek kemajuan dan kemudahan asas memang tidak kita nafikan Malaysia antara sebuah negara yang maju dan sempurna kemudahan asasnya. Jalinan jalan raya yang baik, kemudahan kesihatan yang baik, pendidikan dan sebagainya cukup lengkap disediakan oleh kerajaan. Kebajikan rakyat amat diambil berat sehingga sukar untuk mencari rakyat yang hidup miskin atau melarat (walau pun ada hanya dalam peratusan yang rendah). Kebebasan beragama juga diberikan. Rakyat pelbagai kaum dan agama bebas melakukan aktiviti tanpa perlu rasa takut dan sebagainya.

15

Namun demikian, dalam keghairahan pemimpin membawa Malaysia setaraf negara maju, rupa-rupanya kita mengabaikan aspek sosial masyarakat yang semakin rapuh. Saban hari kita mendengar keluhan rakyat tentang pelbagai isu seperti gejala dadah, seks bebas, minum arak, perzinaan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Isu-isu seperti menjadikan rakyat menjadi tidak aman dan hidup dalam kebimbangan. hilangnya nilai kemanusiaan. Bayangkan jenayah rogol kanak-kanak dan bunuh sering menghiasi dada-dada akhbar. Di mana Ada di antaranya dilakukan oleh pihak berkuasa yang sepatutnya menjaga ketenteraman awam. Situasi masyarakat hari ini sebenarnya menyedarkan kita apakah undang-undang yang ada gagal mengawal perlakuan-perlakuan ganas seperti itu. Apakah sistem pendidikan kita terlalu mengabaikan pendidikan Islam yang sebenar. Hakikatnya walau pun ada mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah namun, apa yang diajar hanyalah perkaraperkara asas sahaja tanpa penghayatan sebenar. Sebenarnya amat sukar untuk membentuk jati diri mulia dalam setiap individu bermula dari kanak-kanak, remaja dan dewasa. Hal ini kerana kita terlalu terdedah dengan segala macam benda asing yang diperkukuhkan lagi dengan perkembangan teknologi media massa. Apa yang boleh ditekankan di sini ialah , bahawa tidak wujudnya satu kesinambungan dalam pembangunan negara di mana untuk membangun kita terpaksa mengikut acuan Barat dan meminggirkan faktor pembentukan insan yang kamil. pakai di negara kita. Justeru untuk memastikan segala permasalahan sosial dapat ditangani dengan berkesan Malayisa harus kembali ke landasan perundangan Islam yang sebenar dan menjadi sebuah negara Islam yang sebenar. Dan sebenarnya perlaksanaan undang-undang Islam di negara Malaysia boleh dikatakan mula dilaksanakan sedikit demi sedikit. Selain itu ia menyerlahkan lagi ketidaksempurnaan perlaksanaan undang-undang Barat yang diguna

16

RUMUSAN Piagam Madinah yang menjadi teras perlembagaan kerajaan Islam Madinah di bawah pimpinan Rasulullah saw telah berjaya menyatukan bukan sahaja bangsa Arab namun membentuk sebuah negara yang aman, stabil dan dikagumi masyarakat hingga ke hari ini. Itulah role model sebuah negara yang berjaya. Kejayaan ini diwarisi oleh para sahabat dan mereka yang selepasnya sehingga membentuk banyak empayar Islam sehingga yang terakhir iaitu Empayar Islam Turki Uthmaniyyah. bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah. Keadaan ini mungkin sukar diikuti sepenuhnya oleh banyak negara ‘umat Islam’ hari ini. Hal ini kerana dalam dunia yang tanpa sempadan ini setiap negara saling berkait baik dari segi politik dan ekonomi. Oleh kerana itu agak sukar untuk mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai sebuah negara Islam kerana pengamalan sepertimana Negara Islam Madinah itu tidak begitu menepati. Mungkin kerana hal inilah ada segelintir pihak di Malaysia beranggapan bahawa belum masanya Malaysia diiktiraf sebagai ‘Negara Islam’ kerana tidak semuanya ciri-ciri negara Islam seperti Negara Islam Madinah itu dipenuhi khususnya yang membabitkan perlembagaan dan perundangan. Walau pun kalau kita berbalik kepada pendapat ulama’ (sila rujuk m.s 3 ) Malaysia memang boleh diiktiraf sebagai sebuah ‘Negara Islam”. Hakikatnya sukar untuk kita menentukan Islam atau tidak Malaysia ini. Hal ini kerana secara luarannya Malaysia ini negara umat Islam tapi dari segi dalamannya banyak perkara yang boleh kita musykilkan. Ibarat generasi kita pada hari ini yang Islam hanya pada nama tapi dalamannya dan perbuatan tidak menunjukkan keislamannya. Mungkin itulah yang paling tepat untuk Malaysia. Kesimpulannya di sini terpulanglah kepada kita samada menerima atau tidak Malaysia ini sebagai negara Islam dan sebaliknya. Mungkin kita boleh katakan Malaysia sebagai Rahsia kejayaan Rasulullah saw adalah berdasarkan keadilan yang dijalankan ke atas rakyatnya dari segala aspek dengan

17

sebuah negara yang menghampiri ke arah sebuah negara Islam. Dan pada pandangan saya itulah yang sebaiknya untuk menggambarkan tentang MALAYSIA.

18

NOTA AKHIR 1. Isu Negara Islam: Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia. www.pemudapas.net 2. Kalam Permata; Siapa Ketua Orang Islam?. www.dbp.gov.my 3. Ulama Muktabar Dunia Akui Malaysia Negara Islam ‘Ulama PAS bagaimana pula’. www. Al-haqdaily.com 4. Azizah Osman: Sejarah Islam STPM (1993) m.s 20. Federal Publication 5. Piagam Madinah: Gemalogi Demokrasi Dalam Islam. www. Dataphone.se/ahmad 6. Malaysia Sebuah Negara Islam: Biro IT & Penerbitan Alumni Kelab UMNO 7. Malaysia Menepati Konsep Negara Islam. www.sukns.com.my 8. Buku Teks Sejarah Tingkatan 03 (1990) m.s 18 9. Kalam Permata 10. Buku Teks Sejarah Tingkatan 03.m.s 23 11. Mohd Sulaiman Hj. Yassin:’Pengantar Akidah’. DBP (1987) m.s 30 12. Buletin Utama:Koleksi berita.www.tv3.com.my 13. Berita Harian, Rabu 14 Jan 2004: ‘Tabung Haji Tarik Balik Pelaburan Dalam CIDSB’ 14. Mohd, op cit. m.s 35 15. Berita Harian, Sabtu 117 Jan 2004: ‘ LHDN Serbu 5 Firma Gergasi Disenarai di BSKL 16. Azizah:op.cit.m.s 30

19

RUJUKAN 1. Azizah Osman:Sejarah Islam STPM (1993). Federal Publications 2. Buku Teks Sejarah Tingkatan 03 (1990). DBP 3. Berita Harian, Rabu 14 Jan 2004 4. Berita Harian, Sabtu 17 Jan 2004 5. Mohd Sulaiman Hj. Yassin:Pengantar Akidah (1987). DBP 6. www.al-haqdaily.com 7. www.dbp.gov.my/dbp98/majalah/budaya 8. www.Dataphone.se/- ahmad 9. www.sukns.com.my 10. www.tv3.com.my/bu/oktober/20_berita 11. www.pemudapas.net/rencana 12. www.pmram.org/akhbar 13. www.al-manhaj.com 14. www.shoutus.tripod.com 15. www.tranungkite.net

20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->