You are on page 1of 12

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAMBAU

JALAN PORT DICKSON, 70300 SEREMBAN


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

PERATURAN DAN KESELAMATAN


PUSAT AKSES SEKOLAH

• Peraturan Am
• Peraturan untuk Guru
• Keselamatan Pengguna
• Keselamatan Komputer
• Keselamatan Perkakasan
• Keselamatan Perisian Komputer

1
@Mus/SMK Mambau/Pusat Akses 2007
PERATURAN UNTUK GURU

1. Semua peralatan di dalam Pusat Akses tidak


dibenarkan di bawa keluar.
2. Kertas taip putih dan bewarna tidak akan dibekalkan
kepada guru-guru untuk kegunaan peribadi.
3. Ia juga tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai
bahan conteng
4. Sesuatu yang diperlukan mestilah dimaklumkan
kepada Penyelaras supaya dapat direkodkan dan
memudahkan untuk dikesan pergerakannya.
5. Segala peralatan yang digunakan, mestilah diletakkan
di tempat asalnya.
6. Sesuatu alat yang dipinjam mesti ada tandatangan
pengakuan mengambil atau memulangkannya dengan
ditandatangani pengesahan oleh Penyelaras.
7. Penyelaras berhak menuntut semula barang yang
dipinjam jika melebihi dua minggu dari tempoh
pinjaman
8. Guru-guru yang datang ke Pusat Akses tidak
dibenarkan menyelongkar atau membaca apa jua
bahan di dalam fail tanpa kebenaran Penyelaras.
9. Kebenaran hendaklah diminta untuk mencetak bahan-
bahan dan mencetak bahan persendirian adalah tidak
dibenarkan.
10. Guru yang hendak menggunakan Pusat Akses,
makluman hendaklah dibuat kepada Penyelaras sehari
sebelum penggunaan.
11.Persediaan hendaklah dibuat sepuluh minit sebelum
murid masuk untuk memastikan PC boleh digunakan.
12. Guru yang membawa murid masuk ke Pusat Akses
juga hendaklah mengisi Buku Rekod Penggunaan
Pusat Akses dan memastikan setiap murid yang

2
menggunakan PC mencatatnya dalam Buku Rekod
Penggunaan PC.
13.Setelah selesai sesuatu penggunaan, guru tersebut
hendaklah memeriksa PC dan memastikan PC
dimatikan dengan betul.
14.Guru tersebut hendaklah mencatatkan sebarang
masalah dan kerosakan dalam Buku Laporan
Kerosakan untuk makluman Penyelaras.
@Mus/SMK Mambau/Pusat Akses 2007 PERATURAN AM

1.Dilarang masuk tanpa izin atau semasa


ketiadaan guru.
2. Masuk mengikut Jadual Waktu Penggunaan
Pusat Akses.
3.Catat segala penggunaan dalam Buku Rekod
Penggunaan Makmal.
4. Berada di dalam Pusat Akses dalam keadaan
senyap – dilarang berlari, bergurau senda dan
bergaduh di dalam Pusat Akses.
5.Dilarang mengusik sebarang sambungan wayar
pada komputer.
6.Dilarang membawa masuk sebarang perisian
luar kecuali dengan izin Penyelaras

3
7.Dilarang membawa keluar sebarang
perkakasan atau perisian kecuali dengan izin
Penyelaras.
8.Dilarang melayari internet pada alamat yang
tidak senonoh / lucah.
9. Kemaskan Pusat Akses dan susun semula
kerusi sebelum keluar.
10. Sentiasa menjaga kebersihan Pusat Akses.
11.Laporkan segera kepada Penyelaras atau guru
bertugas, jika terdapat sebarang bunyi ganjil,
terbau benda terbakar atau sebarang keadaan
yang disyaki tidak normal.
@Mus/SMK Mambau/Pusat Akses 2007

KESELAMATAN PENGGUNA

1. Meja Komputer diatur dengan baik dan tersusun,


sistem unit di tempat yang sesuai dan mempunyai
ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti.
2. Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut
keperluan pengguna dan duduk tegak untuk
menghindari dari sakit pinggang.
3. Kabel-kabel komputer diletakkan di tempat selamat
dari laluan pengguna.

4
4. Penapis cahaya monitor boleh digunakan untuk
keselamatan mata pengguna.
5. Laraskan kedudukan monitor dengan mata, monitor
harus 18 ke 24 inci jauh dari mata.
6. Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan
komputer dan melihat kehijauan di luar untuk
melegakan pandangan mata.
7. Berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit
tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
8. Pastikan Pusat Akses dilengkapi dengan kotak
pertolongan cemas.
9. Jika casing perlu dibuka untuk kerja
penyelenggaraan, pastikan sistem unit di ‘shutdown’,
matikan kuasa elektrik dan tanggalkan plug.
10.Elakkan dari memakai tali leher, barang kemas dan
berambut panjang semasa itu.
11.Perhatikan jika ada wayar kuasa yang terdedah,
tukar mana kabel kuasa yang rosak.
KESELAMATAN PERKAKASAN
@Mus/SMK Mambau/Pusat Akses 2007

1. Jangan membawa keluar sebarang perkakasan


komputer dari Pusat Akses tanpa kebenaran.

5
2.Jika ada bunyi ganjil atau terhidu sesuatu yang
terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan
segera putuskan bekalan kuasa dinding yang
bersambung ke komputer itu.
3.Komputer yang rosak perlu diasingkan,
dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak
untuk tindakan seterusnya.
4.Pastikan cakera liut disimpan di dalam kotaknya
atau bekas bebas dari sebarang benda asing,
habuk dan kekotoran.
5.Imbas cakera liut sebelum digunakan untuk
mengelakkan sebarang virus.
6.Padamkan suis pencetak selepas digunakan.
7.Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang
kerosakan perkakasan kepada Penyelaras.
8.Kekisi dan tetingkap perlu dipasang untuk
mengelakkan kecurian perkakasan berlaku
9. Sistem penggera kebakaran ( sistem pengesan
asap dan api) perlu dipasang untuk
mengelakkan kebakaran dari berlaku.
10. Pastikan disk cleaner dan cecair alkohol ada
disimpan di dalam Pusat Akses untuk mencuci
pemacu cakera yang kotor.

@Mus/SMK Mambau/Pusat Akses 2007


6
KESELAMATAN KOMPUTER

1. Sebaiknya suhu dalam Pusat Akses tidak lebih


daripada 40 C. Penggunaan alat penghawa dingin
adalah digalakkan.
2. Komputer menggunakan alat pelaras arus elektrik
( AVR atau UPS ) supaya voltan elektrik yang masuk
ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
3. Elakkan dari banyak menggunakan socket extension.
4. Jika perlu memindahkan komputer, harus diingat
sistem unit komputer agak sensitif. Elakkan dari
terhantuk , tergegar dengan kuat atau terjatuh.
5. Semasa menggunakan komputer, tidak boleh makan,
minum dan merokok.
6. Jangan biarkan sistem unit terdedah terlalu lama
tanpa casing
7. Gunakan can-air untuk kerja membersihkan habuk di
bahagian dalam sistem unit
8. Tanggalkan plag 3 pin dari soket pada dinding setelah
selesai menggunakan komputer

7
9. Jangan menyambung apa jua kabel peranti (termasuk
tetikus dan papan kekunci) ke sistem unit tanpa
sistem unit di shutdown
10.Elakkan papan kekunci daripada tercemar kepada air
dan habuk
11. Jika perlu menyambung kabel ke sistem unit, lakukan
secara berhati-hati supaya pin kabel tidak bengkok,
terpatah atau termasuk ke dalam.

@Mus/SMK Mambau/Pusat Akses 2007

KESELAMATAN PERISIAN
KOMPUTER

1.Laporkan sebarang kerosakan perisian dan


komputer berkenaan ditandakan
2.Elakkan (jangan) menyalin perisian luar ke
dalam cakera keras komputer tanpa
kebenaran
3.Elakkan (jangan) membawa masuk perisian
CD atau perisian dalam disket dari luar ke
dalam makmal tanpa kebenaran.

8
4.Elakkan (jangan) menyalin perisian dari
cakera keras komputer tanpa kebenaran
5.Kemaskinikan perisian anti virus dari semasa
ke semasa
6.Perisian-perisian dalam komputer yang rosak
atau tidak sempurna perlu dihapuskan dan
dibuat salinan semula ke dalam cakera keras
7.Jika terdapat laporan virus menjangkiti mana-
mana cakera keras komputer, kenalpasti
komputer itu.
8.Usahakan sesuatu untuk menyahkan virus
yang menyerang
9.Lakukan aktiviti scandisk dan defrag untuk
cakera keras komputer seelok-eloknya sekali
dalam sebulan
@Mus/SMK Mambau/Pusat Akses 2007
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah


menjadi kesalahan untuk :

1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam,


menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau

9
menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau
luar negara

2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan


kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara
serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan
antarabangsa

3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan


individu, organisasi atau masyarakat secara
keseluruhannya

4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram


seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai
serta lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan
Malaysia

5. E-mel :

1.1Menghantar iklan yang tidak dikehendaki atau


sebarang bentuk amalan perdagangan yang
mengelirukan
1.2Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing ) iaitu
secara sengaja membanjiri e-mel seseorang dengan
menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar
1.3Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada
banyak kumpulan berita (newsgroup) Perbuatan ini
dikenali juga dengan newsgroup spam.

10
1.4Memalsukan e-mel (forges headers) bagi tujuan
mengelirukan penerima
@Mus/SMK Mambau/Pusat Akses 2007
1.5Melakukan aktiviti haram seperti mengambil,
menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia
perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya
atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara
dan antarabangsa

2. Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu,


kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan dianggap
sebagai pencerobohan

a. Memasuki secara haram atau


menyebabkan kesulitan kepada
komputer atau rangkaian komputer milik
orang lain

b. Menghalang identiti pengesahan


pengguna atau ciri-ciri keselamatan
mana-mana komputer atau rangkaian
milik orang lain

c. Menyebabkan gangguan perkhidmatan


kepada komputer host ( to crash the
host )

7. Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada


sebarang borang, kontrak

11
atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan
nombor kad kredit

8. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan


rangkaian ( network monitoring )
bagi mencuri atau memintas data yang bukan
ditujukan kepadanya.

@Mus/SMK Mambau/Pusat Akses 2007

12

You might also like