Topik Alat-Alat

6
1. 2. 3. 4. 5. 6.

Perlindungan dan Pendawaian

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menyenaraikan jenis-jenis peralatan perlindungan arus lebihan; Menyatakan faktor fius; Menyenaraikan jenis peralatan perlindungan arus bocor ke bumi; Melukis litar kawalan utama dan kawalan pengguna; Menyenaraikan jenis litar akhir; dan Mengira kos tenaga elektrik.

PENGENALAN
Alat perlindungan elektrik merupakan sebarang peralatan yang boleh memutuskan litar secara otomatik atau secara sendirinya apabila berlakunya arus lebihan yang melebihi had yang ditetapkan mengalir dalam litar tersebut. Biasanya, peralatan perlindungan ini dipasangkan pada dawai hidup (L) di awal masukan pendawaian. Arus lebihan boleh berlaku disebabkan oleh litar pintas atau beban yang berlebihan. Tujuan pemasangan peralatan perlindungan ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila berlakunya arus lebihan mengalir melalui alat tersebut.

Rajah 6. Kadar fius yang biasa adalah seperti 1A. 6. Keadaan fius ini adalah separuh tertutup atau terdedah. 13A. faktor fius adalah: Faktor fius = Arus fius / Kadar arus fius Terdapat tiga jenis fius yang biasa digunakan untuk kerja pemasangan elektrik. 25A.1 Fius Fius merupakan seutas dawai kuprum atau dawai aloi timah plumbum yang akan lebur apabila arus melebih hadnya mengalir melaluinya. perlindungan jenis ini boleh dianggapkan sebagai kurang cekap. Oleh itu. 45A. Oleh itu. 3A. Seperti Rajah 6.1. 2A. Kadaran arus fius merupakan kadar arus maksima yang boleh mengalir melalui fius tanpa meleburkan/memutuskan fius tersebut.1. 5A. . Apabila arus melebihi had mengalir melalui fius.1: Simbol fius Faktor fius adalah dipengaruhi oleh kadaran arus fius dan arus fius. 60A.2. 80A dan 100A. Iaitu: (a) Fius dawai semula. 30A.1 PERALATAN PERLINDUNGAN ARUS LEBIHAN Jenis-jenis peralatan perlindungan arus lebihan ialah seperti fius dan MCCB. ia tidak terus putus sebaliknya ia akan mengambil masa untuk putus/lebur. 70A.100 T O PIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN 6. 20A. Simbol fius adalah seperti di Rajah 6. Arus fius adalah arus minimum yang boleh mengalir melaluinya dan menyebabkan fius tersebut lebur/putus. Sub topik ini akan membincangkan perihal peralatan perlindungan arus lebihan dengan lebih mendalam.

4: Fius katrij badan tidak lutsinar .3: Fius kartrij badan lutsinar (ii) Jenis badan tidak lutsinar yang tidak boleh lihat dawai fiusnya (rujuk Rajah 6.3). Rajah 6. Rajah 6.TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAW AIAN 101 Rajah 6.2: Fius dawai semula (b) Fius kartrij tertutup.4). Terdapat dua jenis iaitu: (i) Jenis badan lutsinar yang boleh dilihat dawai fius (rujuk Rajah 6.

5.1.2 Molded-case Circuit Breaker (MCCB) Pemutus litar MCCB digunakan untuk membuka atau menutup litar voltan rendah dan menutup litar secara automatik apabila berlakunya litar pintas atau lampau beban dalam litar pendawaian. . Rajah 6.5: Fius keupayaan pemutus tinggi AKTIVITI 6. Contoh MCCB/MCB adalah seperti di Rajah 6. MCCB/MCB lebih mudah dikendalikan berbanding dengan fius. Pemutus litar ini menggunakan kendalian jenis haba dan magnet. Pemutus litar kendalian magnet adalah lebih peka berbanding dengan pemutus litar jenis haba.6.102 T O PIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN (c) Fius keupayaan pemutus tinggi.1 Senaraikan dua jenis fius yang biasa digunakan untuk kerja pemasangan elektrik yang anda tahu dan jelaskan kelebihannya. Kebanyakan fius di dalam kotak agih telah ditukarkan dengan MCB. Seperti Rajah 6. 6. Saiz pemutus litar ini adalah kecil oleh itu ada yang memanggilnya sebagai miniature circuit braeker (MCB).

2. Apakah kelebihan MCCB/MCB berbanding dengan fius? Bincangkan.6: MCCB/MCB Sumber: en. maka peralatan perlindungan mestilah boleh berfungsi untuk memutuskan litar bekalan daripada masuk supaya kemalangan nyawa dapat dielakkan. Apakah tujuan utama menggunakan MCCB/MCB dalam litar pendawaian? Nyatakan. kelengkapan atau pemasangan elektrik yang berlaku arus bocor (leaking). kelengkapan atau pemasangan elektrik. 6.org/wiki/Residual-current_device AKTIVITI 6.2 1. Keadaan yang tidak seimbang di antara pengalir fasa dan pengalir neutral.2 PERALATAN PERLINDUNGAN ARUS BOCOR KE BUMI Peralatan perlindungan arus bocor boleh melindungi penggunanya terkena renjatan elektrik apabila peralatan. Pemutus litar arus baki akan berfungsi apabila hasil . Jika berlakunya arus bocor pada peralatan.2. 6.TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAW AIAN 103 Rajah 6.wikipedia.1 Pemutus Litar Bocor Ke Bumi Kendalian Arus Pemutus litar arus baki akan berfungsi apabila arus di pengalir fasa tidak sama dengan arus di pengalir neutral.

104 T O PIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN darab arus kendalian dengan galangan buminya menghasilkan nilai melebihi 40v dan arus kendalian pemutus litar tidak melebihi 2% daripada arus litarnya.7: Pemutus litar arus baki Sumber: en. Rajah 6. Solenoid (5) akan menarik sesentuh (4) sentiasa dalam keadaan hidup. (d) Rajah 6.wikipedia. Rajah 6. (a) (b) (c) Terminal (1) merupakan punca sambungan bekalan masukan. Terminal (2) adalah terminal keluaran pemutus litar arus bocor. gelung pengesan (6) akan menghantar isyarat ke litar pengesan (7).8 menunjukkan bahagian dalam sebuah pemutus litar arus baki.8: Pemutus litar arus baki Sumber: en.7 menunjukkan sebuah pemutus litar arus baki. sesentuh (4) menjadi litar tutup dan membenarkan arus mengalir dari (1) ke (2). Berikut adalah keterangan ringkas tentang kendalian pemutus litar arus baki tersebut. Apabila berlakunya ketidak seimbangan arus.wikipedia.org/wiki/Residual-current_device . Litar pengesan akan mematikan bekalan ke solenoid (5) dan menyebabkan sesentuh (4) menjadi keadaan terbuka (off). Apabila butang (3) diset.org/wiki/Residual-current_device Rajah 6.

9 apabila berlakunya arus bocor ke bumi.2. Sebagai contoh.2. Merujuk kepada rajah 6.3 Langkah Keselamatan Renjatan elektrik boleh berlaku akibat daripada tersentuh dengan bahagian hidup talian bekalan atau pada logam yang terdedah pada talian hidup. Ini akan menyebabkan gegelong geganti berkendali lalu menarik sesentuhnya. . pemanas air yang rosak akibat pemanasnya bocor.TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAW AIAN 105 6. Rajah 6. Keadaan ini akan menyebabkan gegelung 2 berkendali lalu menarik sesentuh utama pemutus litar ke kedudukan buka (off) dan bekalan akan terputus. voltan di antara E1 dan E2 akan meningkat melebihi 40V. Cara untuk mengelakkan daripada terkenanya renjatan arus elektrik adalah seperti berikut: (a) (b) Penebatan sepenuhnya diadakan pada sepanjang pendawaian supaya jika adanya bahagian yang membawa arus bocor tidak disentuh oleh pengguna.9: Pemutus litar bocor ke bumi dengan menggunakan geganti 6. Untuk mengelakkan daripada terkena renjatan elektrik. perlindungan perlulah dipasang supaya apabila berlakunya bocoran arus elektrik pelindung ini akan mematikan bekalan elektrik masukan. Litar jenis ini adalah lebih cekap.2 Pemutus Litar Bocor Ke Bumi Dengan Menggunakan Geganti Rajah 6.9 menunjukkan pemutus litar bocor ke bumi dengan menggunakan geganti. Akibatnya arus elektrik boleh mengalir melalui air dan pengguna akan terkena renjatan arus elektrik. Membuat penebatan pada alat-alatan supaya bahagian logamnya tidak terdedah kepada pengguna.

Bekalan 3 fasa ini disalurkan dari kawasan pencawang ke kawasan pengguna. Senaraikan dua cara bagaimana renjatan arus elektrik boleh dielakkan.3 1.10: Contoh bekalan tiga fasa empat dawai . 6 . Rajah 6. AKTIVITI 6. 2.106 T O PIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN (c) (d) Membumikan bahagian logam yang terdedah supaya apabila berlakunya arus bocor ia dapat dialirkan terus ke bumi. Daripada sistem 3 fasa 4 dawai ini pula dijadikan sistem fasa tunggal 2 dawai yang disalurkan ke rumah kediaman. Rajah 6. 3. Senaraikan dua jenis peralatan perlindungan arus bocor ke bumi.10 menunjukkan contoh sambungan bekalan bekalan 3 fasa 4 dawai.3 PENDAWAIAN Bekalan yang diagihkan ke rumah-rumah kediaman atau taman perumahan adalah dari sistem 3 fasa 4 dawai. Asingkan bahagian logam dengan penghadang supaya pengguna tidak tersentuh pada bahagian hidup. Terangkan bagaimana pemutus litar arus baki berfungsi.

1 Litar Kawalan Utama Dan Kawalan Pengguna Bekalan utama merupakan bekalan yang disalur masuk dari kabel sistem fasa tunggal 2 dawai ke rumah kediaman.3. bekalan ini akan disalur masuk melalui kabel talian hidup (L) dan neutral (N) ke papan kawalan agihan di dalam rumah untuk kegunaan penggunanya. Rajah 6.11. Lihat Rajah 6.TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAW AIAN 107 6. Selepas meter kilowatt-jam.11: Litar kawalan dan litar akhir . Bekalan utama akan disambungkan ke rumah kediaman melalui fius perkhidmatan (service fuse) dan penyambung neutral (neutral link) kemudian disambungkan ke meter kilowatt-jam.

Nilai fius ini bergantung kepada berapa banyak beban yang digunakan. Perlindung arus lebihan adalah bertujuan untuk melindungi litar. kawalan pengguna dan litar akhir sebuah rumah kediaman. Perlindung arus lebihan (MCB). dan Perlindung arus bocor ke bumi (RCCB).11 menunjukkan sebuah litar kawalan utama. Perlindung arus bocor ke bumi digunakan untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik terhadap penggunanya. .E. Jika berlakunya arus bocor ke bumi peralatan ini akan memutuskan bekalan utama ke litarnya secara automatik. AKTIVITI 6. kelengkapan elektrik atau kabel daripada menerima arus yang berlebihan dari had yang ditetapkan. MCB atau MCCB biasanya digunakan sebagai pelindung arus lebihan.2 Litar-litar Akhir Litar akhir merupakan sambungan terakhir pemasangan pengguna. kipas dan lain-lain) atau soket alur keluar atau kelengkapan elektrik yang dipasang oleh pengguna. litar akhir boleh ditakrifkan sebagai litar yang disambung terus kepada kelengkapan yang menggunakan arus elektrik melalui sambungan soket alur keluar atau sambungan ke lain-lain poin alur keluar untuk sambungan kelengkapan (tidak termasuk beban). Oleh itu. Kegunaan pemencil adalah untuk memisahkan bekalan utama ke litar pengguna. Rajah 6.3.4 Senarai peralatan yang terdapat di kawalan utama dan kawalan pengguna. Peranti seperti fius. Merujuk kepada buku "Engineering Tomorrow" (I. pengguna akan terselamat dari terkena kejutan elektrik.E.108 T O PIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN Di papan kawalan agihan mengandungi kawalan seperti berikut: (a) (b) (c) Pemencil (main switch/isolator). Di dalam pemencil terdapat sebuah fius. Litar akhir bermula dari kotak fius agihan dan berakhir di beban (sebagai contoh lampu. 6.E).

E untuk litar akhir kurang daripada 15Amp ialah: 314-2 Jika sesuatu pemasangan mempunyai lebih daripada satu jenis litar akhir. Litar akhir bagi soket alur keluar adalah terdiri daripada 5A. 15A. (iv) Litar akhir untuk pemasangan alat pemasak dan pemanas air. 30A. 16A.1 menunjukkan spesifikasi pemasangan litar akhir soket alur keluar BS 1363.E.E.TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAW AIAN 109 Beberapa peraturan penting I. 314-4 (a) Litar Akhir Soket Alur Keluar Pembahagian litar akhir adalah seperti berikut: (i) (ii) Litar akhir pada kadaran arus yang kurang daripada 15A. Susunan pemasangan neutral seboleh-bolehnya sama dengan susunan pemasangan fius (dan dipasang berurutan mengikut hieraki kadaran arus fius bagi memudahkan pemeriksaan). tiap-tiap litar akhir itu hendaklah disambungkan secara berasingan dalam kotak agihan (berlainan fius dan kawalannya) bagi mencegah gangguan bekalan jika litar akhir itu mengalami kerosakan. . Pendawaian setiap litar akhir hendaklah diasingkan secara elektrik (neutral dan hidup berlainan) kecuali bumi. 13A. Litar akhir pada kadaran arus yang lebih daripada 15A. Jadual 6. (iii) Litar akhir pada kadaran arus yang lebih daripada 15A tetapi tertumpu kepada soket alur keluar 13A sahaja (BS 1363).

110 T O PIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN Jadual 6. Saiz kabel untuk litar gelang adalah 2. Litar Gelang Litar gelang terbentuk apabila penyambungan kabel bermula dari satu terminal di kotak agihan dan bersambung kepada setiap soket secara jujukan (sequance) kemudian berbalik semula pada terminal permulaannya. Dalam litar gelang.12 menunjukkan contoh sambungan litar gelang. dan Litar gelang.1: Litar akhir yang menggunakan soket alur keluar BS 1363 Jenis litarPelindung arus lebihSaiz minimum pengalirLuas maksimum lantai yang boleh dibekalkan (mm2)Kabel pengalir kupram bertebat PVK atau getah (mm2)Kabel pengalir aluminium berlapis kuprum bertebat PVK(mm2)Kabel pengalir kuprum bertebat mineral Terdapat dua jenis litar akhir soket alur keluar 13A. jika berlaku kerosakan perlindungan arus bocor akan mematikan litar dan menyebabkan semua soket alur keluar tiada bekalan voltan. . Peralatan perlindungan arus bocor yang digunakan adalah 32 Amp.5 mm2. Rajah 6. iaitu: • • Litar jejarian. Luas kawasan yang sesuai menggunakan litar gelang ialah 100m2.

Rajah 6.13 menunjukkan sambungan litar jejari litar akhir soket alur keluar. Rajah 6. 2. .5mm2 dan MCB yang diguna adalah 20Amp dengan saiz bilik yang dibenarkan adalah sehingga 200m2. Senaraikan syarat-syarat untuk membuat litar akhir soket alur keluar jenis litar gelang. Senaraikan jenis litar akhir yang terdapat di sebuah rumah kediaman.5 1.12: Sambungan litar gelang Litar Jejari Litar jejari membekalkan bekalan kepada beberapa bilangan soket alur keluar di mana tamatan akhir pada soket terakhir. Saiz kabel yang diguna adalah 2.13: Sambungan litar jejari AKTIVITI 6.TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAW AIAN 111 Rajah 6.

Sebagai contoh. Dalam hal ini.E.E) saiz kabel yang digunakan mestilah berupaya membawa arus yang sama dengan peranti pelindung litar (I. Jumlah arusnya adalah merupakan permintaan arus litar akhir itu. anggapkan faktor kuasa litar lampu nyahcas adalah ditahap tidak kurang dari 0.E 433-2).8) / Voltan bekalan Litar akhir lampu boleh disambung bersama-sama dengan lampu pijar dengan syarat permintaan arus perlu dikira berasingan.5 Oleh itu.4 Amp Maka. Sedia maklum bahawa lampu nyahcas mempunyai perbezaan fasa antara voltan dan arus bebannya. Penentuan saiz kabel untuk litar akhir adalah mustahak. lampu nyahcas dan kipas siling biasanya menggunakan MCB 5Amp.E. 5 Amp / 0. Sebagai contoh.4 = 12.8) / Volt = (Kuasa Ketara X 1. Kadar maksima litar akhir utnuk lampu biasanya adalah 5 Amp. litar akhir yang menyambung kepada lampu pijar. lampu pijar yang boleh di pasang pada litar akhir tidak boleh melebihi 12 unit.E. .112 T O PIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN (b) Litar Akhir Lampu Bilangan beban yang boleh dipasang kepada sesuatu litar akhir lampu adalah penting. Ini adalah bertujuan supaya tidak membebankan litar akhir. Mengikut peraturan buku (I. Bilangan yang sesuai adalah 6 unit. Maka rumusan yang boleh dibuat adalah seperti berikut: Arus lampu pijar bersamaan: I = Watt / Volt = Kuasa sebenar lampu / Voltan bekalan Arus lampu nyahcas bersamaan: I = (Volt-amp X 1.E. Berapakah bilangan lampu pijar 100W 250V yang boleh dipasang kepada litar akhir MCB 6 Amp? Arus lampu pijar = 100W/ 250V = 0.85.

378 sen. Penyelesaiannya: 500kWj X 0. dan (iv) Unit . Maka. jumlah bacaan terdahulu ialah 34700 kWh bagi bulan Jun. (iii) Bacaan meter terdahulu dan semasa. Bil penggunaan elektrik akan dikeluarkan sebulan sekali oleh pihak Tenaga Nasional.00 + RM20.TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAW AIAN 113 6.378 = 20. Meter ini terdapat dua jenis.00 53kWj X 0. Sebagai contoh. iaitu: (a) (b) Meter Kilawatt-jam analog. jumlah yang perlu dibayar oleh pengguna ialah: RM143.03 = RM163. dan Meter Kilawatt-jam berdigit.34700kWh = 553kWh Bagi caj penggunaan domestik. bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna ialah: Unit penggunaa = bacaan semasa . Nama dan alamat pengguna. 500kWj yang pertama ialah 0. Pada bil elektrik tersebut terdapat beberapa maklumat penting iaitu: (i) (ii) No.286 sen dan selebihnya ialah 0. Bekalan elektrik kerumah adalah dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad.3.03 .03 Oleh itu.286 = 143. kadar dan amaun yang perlu dibayar. Bacaan semasa iaitu bulan Julai ialah 35253 kWh.3 Membaca dan Mengira Kos Tenaga Elektrik Meter Kilowatt-jam yang dipasang dirumah adalah untuk menyukat dan merekodkan unit penggunaan elektrik rumah tersebut. Akaun pengguna.bacaan terdahulu = 35253 kWh .

• Litar akhir terdiri dari litar soket alur keluar. Bab 15 : Litar-litar Pengguna Asas Abd. dan Litar kawalan pengguna. Samad b Hj Hanif & Mohd Nazi b Hj Mustafa. (1989). Bhd. Pemutus litar arus bocor berfungsi sebagai pemutus litar apabila berlakunya arus bocor dalam pendawaian elektrik. Pendawaian elektrik terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Litar kawalan utama. • • • Fius dan MCC digunakan sebagi peralatan perlindungan arus lebihan dalam pendawaian elektrik. Bab 8 : Sistem-sistem Pendawaian Dan Perlindungan . Arus bocor Fius Litar akhir Lutsinar MCCB Abd. pemula (starter). litar lampu.6 Berapakah bilangan lampu nyahcas 40W 250V dan lampu pijar 60W 250V yang boleh dipasang pada litar akhir MCB 6Amp? Kirakan. Bhd.114 T O PIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN AKTIVITI 6. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Teknologi elektrik Tingkatan 4. litar kawalan pemasak. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. (1989). Samad b Hj Hanif & Mohd Nazi b Hj Mustafa. pemanas air dan lain-lain peralatan elektrik. Teknologi elektrik Tingkatan 5.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful