P. 1
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA 1

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA 1

4.81

|Views: 32,646|Likes:
Published by anon-426436

More info:

Published by: anon-426436 on Jul 15, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

PENGENALAN

Modul ini mengandungi 10 unit iaitu:

Unit 1: Unit 2: Unit 3: Unit 4: Unit 5: Unit 6: Unit 7: Unit 8: Unit 9:
Unit 10:

Linguistik bahasa Melayu Fonologi Morfologi Sintaksis Sosiolinguistik Semantik dan wacana Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama Kajian sukatan bahasa Melayu Penganalisisan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kemahiran lisan

Penggunaannya akan dilaksanakan mengikut waktu perjumpaan seperti yang berikut; Unit 1 dan 2 Unit 3 dan 4 Unit 5, 6, 7, dan 8 Unit 9 dan 10 pada perjumpaan pertama pada perjumpaan kedua pada perjumpaan ketiga pada perjumpaan keempat.

Setiap unit mempunyai soalan-soalan latihan untuk dibuat bagi mendapatkan latihan dan menguji kefahaman serta pengetahuan yang diperoleh. Soalan-soalan tutorial perlu disiapkan untuk dibincangkan semasa perjumpaan tutorial.

1

UNIT 1

LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Sinopsis Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui sejarah perkembangan bahasa Melayu yang mengandungi asal usul bahasa Melayu, bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka serta cabaran dan masa depan bahasa Melayu. Di samping itu, pelajar juga akan dapat mengetahui pengenalan linguistik. Pelajar juga akan mempelajari teori-teori Huraian Bahasa dan teori Pemerolehan Bahasa. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. mengetahui sejarah perkembangan bahasa Melayu supaya dapat menyemai rasa cinta terhadap bahasa Melayu; meramal masa depan, cabaran, dan perkembangan bahasa Melayu pada masa 20 tahun akan datang; dan menggunakan teori pemerolehan bahasa untuk menentukan strategi dan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2

1.1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Pada pandangan anda, adakah terdapat perbezaan antara bahasa Melayu masa kini dengan bahasa Melayu pada zaman kesultanan Melaka? Ya, betul jangkaan anda. Memang banyak perubahan yang telah berlaku dalam perkembangan bahasa Melayu. ‘Tak kenal maka tak cinta’, jadi kenali dan cintailah bahasa Melayu. Tetapi sebelum itu anda perlu tahu sejarah perkembangan bahasa Melayu. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari asal usul bahasa Melayu. Pengetahuan yang diperoleh akan menolong anda memahami sejarah perkembangan bahasa Melayu. Rajah di bawah membantu anda mengetahui asal usul bahasa Melayu sehinggalah selepas merdeka.

Asal usul Bahasa Melayu

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Unsur-unsur Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu

Rajah 1.1 :

Asal usul dan Perkembangan Bahasa Melayu

Anda telah pun meneliti rajah di atas. Untuk memperoleh gambaran yang lebih lengkap, mari kita lihat peringkat-peringkat perkembangan bahasa Melayu. 1.1.1 Asal usul dan perkembangan Bahasa Melayu

Percayakah anda perkataan “Melayu” dijumpai dalam tulisan Cina? Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu sebagai orang yang mengirimkan utusan ke negeri China. Sumber lain pula menyatakan bahawa pada masa yang sama terdapat sebuah kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu dalam pemerintahannya. Tahukah anda bahawa bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara keluarga Austronesia? Cabang Nusantara ini mempunyai kira-kira 200 hingga 300 bahasa.

3

Dalam cabang Nusantara, terdapat bahasa-bahasa golongan tertentu seperti Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontolo, Tomini, Turaja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butong, Bima-Sumba, Ambon Timur, Sula-Bacon, dan Almahera Selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa golongan Sumatera. Bahasa golongan Sumatera ini pula terdiri daripada bahasa Aceh, bahasa-bahasa Batak, bahasa Minangkabau, bahasa Nias, bahasa Lampong, dan bahasa Orang Laut. Adakah anda faham maksud perkembangan? Adakah fahaman anda sama seperti yang berikut? Perkembangan ialah proses atau peringkat-peringkat menuju kemajuan. Itulah yang berlaku kepada bahasa Melayu. Peringkat awal sejarah perkembangannya bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno mula berkembang apabila terdapat kata-kata pinjaman dalam perbendaharaan kata bahasa ini. Kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit merupakan sumber penting yang menjadi kata-kata pinjaman dalam bahasa Melayu Kuno. Contohnya adalah seperti di bawah: Bahasa Melayu Kuno ialah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara dari keluarga bahasa Austronesia. Bilangan penutur asalnya sederhana, iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu menjadi lingua franca disebabkan faktor-faktor pedagang dan pengembara-pengembara yang datang dari India, China, Asia Barat dan Eropah yang berdagang di Kepulauan Melayu. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu ialah dengan terjumpanya beberapa batu bersurat bertulisan bahasa Melayu Kuno pada zaman Kerajaan Sriwijaya dengan menggunakan skrip Pallava dan bahasa sanskrit.

Rajah 1.2 Batu Bersurat Kota Kapor 686M Cuba anda perhatikan bentuk bahasa Melayu Kuno (perkataan berhuruf condong) pada batu bersurat Kedukan Bukit (683M) yang sezaman dengan Batu Bersurat Kota Kapor. … Syuklapaksa wulan Waisyakha dapunta Hiyang naik disambau mengalap Siddhayatara Di Saptami Syuklapaksa Wulan Jyastha dapunta hiyang marlapas Dari Minanga Tamvan (Tamvar?) Mamawa jang bala dua laksa …

4

Pernahkah anda terfikir hubungan antara bahasa Melayu dengan agama Islam?

Perkembangan yang berikutnya dengan penemuan batu-batu bersurat pada abad keempat belas, iaitu zaman di bawah pengaruh Islam dengan menggunakan skrip Kawi. Mari kita lihat contoh bahasa Melayu (perkataan condong) dalam teks Batu Bersurat Minye Tujuh. hijrat nabi mungstapa yang prasida tujuh ratus asta puluh swarsa haji catur dan dasa wara sukra raja iman warda (?) rahmat Allah gutra barubasa mpu hak kada pase ma taruk rasih tanah samuha ilahi ya rabbi tuhan samuha taruh dalam swarga tuhan tatuha Rajah 1.3: Batu Bersurat Minye Tujuh (1380M)

Pada waktu yang sama, agama Islam mula bertapak di Melaka dan bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam dengan menggunakan tulisan Jawi. Sebuah batu bersurat yang ditemui di sungai Teresat dekat Kuala Berang, Terengganu menggunakan bahasa Melayu tulisan jawi. Batu bersurat ini dipercayai ditulis antara tahun 1303-1387 Masehi. Untuk pengetahuan anda peringkat ini dinamakan bahasa Melayu Klasik. Pada masa inilah banyak karya yang terkenal dihasilkan seperti Hikayat Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu dan sebagainya. Untuk itu, marilah kita lihat bentuk bahasa Melayu pada zaman itu melalui petikan Hikayat Hang Tuah. Maka sahut dayang-dayang itu: “Tuan puteri lagi bermain-main di dalam taman, kerana tuan puteri lagi masyghul akan tunangnya, yang di Terengganu itu. Lagi dikata oleh tuan puteri demikian: Sedangkan Raja Melaka hendakkan aku lagi tiada mahu, ini pula Megat Terengganu akan aku mahu. Sehingga mati sudahlah, yang akan bersuamikan Megat itu tiadalah.”

Rajah: 1.4 Batu Bersurat Terengganu (menggunakan skrip Arab/jawi

Bahasa Melayu digunakan secara meluas untuk pentadbiran dan perniagaan oleh penduduk pelbagai kaum di negeri-negeri Melayu. Bahasa ini juga menjadi bahasa pengantar di institusi-institusi pendidikan seperti di pusat-pusat pengajian Islam. Banyak juga bahan kesusasteraan dihasilkan dalam bahasa Melayu. Francois

5

Valentijn telah menulis senarai karya tentang kepulauan Melayu dalam bahasa Melayu. 1.1.2 Bahasa Melayu Sebelum Merdeka

Selepas Perang Dunia Kedua, negeri-negeri Melayu dikuasai oleh orang Inggeris. Mereka telah memperkenalkan bahasa Inggeris dalam sistem pentadbiran dan persekolahan. Hal ini menyebabkan kedudukan bahasa Melayu mula terancam. Bahasa Melayu dikembangkan dan dimodenkan oleh orang perseorangan seperti Abdullah bin Abd. Kadir Munsyi. Pada zaman inilah bertitik tolaknya bahasa Melayu moden. Terdapat beberapa buah buku hasil tulisan pejuang bahasa Melayu ini, antaranya Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah. Mari kita lihat bentuk bahasa Melayu dalam buku Hikayat Abdullah: “Kalakian setelah sedikit hari kemudiannya daripada itu, maka kedengaranlah khabar di Melaka mengatakan bahawa Inggris konon hendak pergi perang ke tanah Jawa.” Pada awal abad kedua puluh, wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru dan ahli-ahli politik Melayu mula memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu. Perjuangan ini serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. 1.1.3 Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Selepas merdeka, kerajaan banyak merancang untuk pembangunan negara, termasuk perancangan pengembangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan apabila termaktub dalam Artikal 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum, dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan di insitusi-institusi pengajian tinggi. Cuba anda teka siapakah yang ditugaskan untuk merancang pengembangan bahasa Melayu ?

Selepas merdeka, bahasa Melayu dikembangkan dan dimodenkan oleh kesatuan guru-guru Melayu dan agensi kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dalam pengembangan bahasa, DBP telah melakukannya secara terancang. Aspek ini termasuklah penyerapan variasi-variasi bahasa daripada dialek daerah dan dialek sosial. Usaha ini dilakukan dengan penyediaan tatabahasa pegangan, kamus, panduan ejaan, dan sebagainya. Pembinaan dan pengembangan bahasa pula dilakukan melalui usaha penterjemahan daripada beberapa bahasa moden lain, khususnya dalam pengembangan istilah-istilah baru dalam bidang profesional dan teknikal.

Rujuk Kamus Dewan dan senaraikan 50 perkataan yang menunjukkan bahasa Melayu telah mengalami penyerapan daripada bahasa-bahasa lain.

6

Cuba anda bandingkan bentuk-bentuk bahasa yang telah kita pelajari dengan bentuk bahasa Melayu dalam petikan (rencana pengarang – Utusan Melayu 19 Mei 1981) di bawah: “Bagaimanapun bukanlah sebarang individu bumiputera ditawarkan membeli sahamsaham unit penyertaan itu. Hanya bumiputera yang diselidiki kejujurannya tidak akan menjual saham yang diperolehinya akan ditawarkan untuk membeli sahamsaham tersebut.” 1.1.4 Masa Depan dan Cabaran

Anda ditugaskan untuk menterjemahkan sebuah buku ilmiah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Tiba-tiba anda menghadapi kesulitan apabila tidak dapat mencari perkataan yang tepat dalam kamus bahasa Melayu. Adakah hal ini dianggap sebagai cabaran kepada bahasa Melayu?

Sebelum kita mulakan tajuk ini, baca dan cari maksud perkataan cabaran.

Seiring dengan pembangunan negara, bahasa Melayu telah turut mengalami proses pemodenan. Usaha awal telah dilakukan oleh Abdullah Abd. Kadir Munsyi yang dikenali sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Beliau merupakan orang Melayu pertama yang paling lantang untuk menyatakan sikap serta pandangan orang Melayu terhadap bahasa Melayu. Kempen ini dilaksanakan untuk menyedarkan pentadbir dan elit Melayu bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa kebangsaan untuk semua urusan dan bahasa bagi semua bidang dan peringkat. Meskipun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, namun kemampuan bahasa Melayu, sering dipersoalkan dalam bicara ilmu yang lebih kompleks. Para cendekiawan dan elit Melayu yang berpendidikan Inggeris pula telah mempertikaikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi. Adakah sikap pengguna bahasa Melayu boleh memberikan cabaran kepada masa depan bahasa Melayu? Bagaimanakah dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains boleh memberi kesan kepada bahasa Melayu? Mampukah bahasa Melayu diangkat sehingga ke peringkat perhimpunanperhimpunan antarabangsa seperti ASEAN, NAM, OPEC, PBB, dan seumpamanya.

7

Rumusan Topik ini memperkatakan sejarah perkembangan bahasa Melayu yang meliputi asal usul bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik, dan bahasa Melayu Moden. Topik ini juga telah membicarakan bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka serta cabaran dan masa depan. Bacaan Asas Hashim Musa, (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Safiah, Nik, dll. (1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1. Bahasa dan Pustaka Rujukan Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Hashim Musa, (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Kuala Lumpur: Dewan

Kamarudin Husin, dll. (1997). Pengajian Melayu 1 (Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Safiah, Nik, dll. (1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, Fungsi, dan Penguasaannya oleh Penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8

Tajuk 1: Pemerolehan Bahasa PENGENALAN
Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan cara-cara bahasa dikuasai oleh seseorang kanak-kanak. Asas kenyataan ini adalah berteraskan hipotesis yang ditemukan oleh ahli psikologi dan ahli bahasa yang tersohor dalam abad yang lalu. Sama ada baasa pertama atau pun bahasa kedua, pemerolehan bahasa terjadi setelah melalui beberapa proses yanbg sistematik. Pemerolehan bahasa pertma (stersunya B1) terjadi ketika kanak-kanak yang bewlum pernah belajar bahasa apa pun mulai belajar bagi kali pertama. Jikalau kanak-kanak itu menguasai satu bahasa, kanakan itu disebut ekabahasawan. Sedangkan, jika kanak-kanak itu memperoleh dua bahasa serentak dan menguasainya kanak kanakkanak itu disebut dwibbahasawan. Jikalau yang diperolehnnya lebih daripada dua bahasa serentak maka kanak-kanak itu disebut gandabahasawan.

1.1

PENGENALAN LINGUISTIK

1.1.1

Definisi Linguistik didefinisikan sebagai kajian terhadap bahasa yang bersifat saintifik. Kenapakah linguistik dikatakan sebagai kajian bersifat saintifik? Kajian ini dikatakan saintifik kerana cara-cara yang digunakan bersifat empirikal, dan kajian yang dilakukan itu ialah kajian yang berdasarkan apa yang dilihat, dirasa dan didengar, yang mengetepikan unsur-unsur sentimen dan prasangka. Hal ini bermakna pengkaji mesti akur pada: • penggunaan eksperimen yang terkawal, • pegangan unsur-unsur keobjektifan, • penyebaran hasil kepada umum supaya dapat disahkan kebenarannya oleh orang lain.

1.1.2

Pengenalan yang

Tahukah anda bahawa ilmu linguistik mempunyai berbagai-bagai cabang berkaitan erat antara satu sama lain? Antara cabang linguistik itu adalah seperti yang berikut: • Linguistik umum, • Linguistik deskriptif,

9

• • •

Linguistik perbandingan, Linguistik sejarah, Linguistik terapan.

Walaupun banyak cabang linguistik, pembelajaran kita hanya mengkhusus cabang linguistik deskriptif, iaitu cabang linguistik yang mengkaji bahasa mengikut cara saintifik. Tugas utama pengkaji ialah menghuraikan segala aspek bahasa dengan menggunakan dasar-dasar tertentu. Kajian dilakukan pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yang terdapat pada masa itu. Dalam linguistik deskriptif terdapat analisis yang meliputi bidang fonetik, fonemik dan tatabahasa. Sebagai contoh, kajian yang dibuat terhadap penggunaan bahasa Melayu di kalangan penuntut Fakulti Pergigian Universiti Malaya hendaklah dilakukan pada tahun kajian yang ditetapkan oleh pengkaji. Di samping itu, skop kajian juga perlu ditetapkan. Bahan utama kajian ini ialah bahasa lisan atau pertuturan daripada penutur jati. Namun, ada juga kajian dibuat terhadap bahasa tulisan.

Linguistik deskriptif mengkaji bidang-bidang yang berikut iaitu:  fonologi (bunyi) ;  morfologi (pembentukan perkataan); dan  sintaksis Latihan 2.1 Berikan satu contoh kajian yang boleh dibuat berkaitan dengan linguistik deskriptif. ______________________________________________________ _______________________________________________________

Rumusan Linguistik deskriptif ialah kajian tentang penghuraian bahasa dari segala segi untuk jangka masa yang tertentu. Bacaan Asas

10

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Rujukan Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Kuala

Kamarudin Husin, dll. (1997). Pengajian Melayu 1 (Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Safiah, Nik, dll. (1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, Fungsi, dan Penguasaannya oleh Penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11

1.3

PSIKOLINGUISTIK

Sekarang kita beralih pada tajuk yang lebih mencabar. Kita akan memulakan perbincangan tentang perkara yang terdapat dalam psikolinguistik. Sebelum itu, cuba kita jawab soalan-soalan yang berikut: 1. 2. 3. Apa itu psikolinguistik? Apakah teori-teori huraian bahasa? Apakah teori-teori pemerolehan bahasa?

Perkataan psikolinguistik itu terbentuk daripada gabungan dua disiplin ilmu, iaitu psikologi dan linguistik. Jadi, psikolinguistik ialah ilmu yang mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa dan akal budi manusia. 1.3.1 Teori Huraian Bahasa

Susahkah untuk memahami sesuatu teori Huraian Bahasa? Sesetengah orang menganggap teori sebagai perkara yang membosankan. Hal yang sedemikian ini berlaku kerana kita terpengaruh dengan tanggapan bahawa teori susah untuk difahami dan dikuasai. Yang berikut ialah empat aliran pemikiran teori huraian bahasa:

a)

Teori Tradisional (Panini)
• • • • • • • • Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Ahli bahasa Arab mengkaji tulisan Al-Quran dan orang Hindu pula mengkaji tulisan Sanskrit. Bahasa boleh berkembang. Setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk Tatabahasa bersifat sejagat, berasaskan tatabahasa Yunani dan Latin. Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tabii alam. Kajian bahasa bersifat deduktif- mementingkan hukum-hukum sesuatu bahasa. Pengkaji juga menetapkan golongan kata kepada kata nama, kata sifat, dan kata kerja.

12

b) Teori Struktural (Bloomfield)

Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat. Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem,arbitrari, dan untuk perhubungan. Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang dilihat.

c)

Teori Tranformasi Generatif (Chomsky)

• • • • • •

Penutur jati boleh menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan. Bahasa adalah sistem tentang rumusrumus bahasa. Ayat mempunyai struktur dalaman dan permukaan. Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental. Penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi. Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

d) Teori Fungsional (Halliday)

• •

Struktur bahasa ikut fungsi dalam komunikasi. Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi. Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada 3 fungsi iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal, dan fungsi tekstual. Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam

13

pembentukan sistem bahasa.

1.3.2

Teori Pemerolehan Bahasa

Ada pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh bahasa atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai teori pemerolehan bahasa. Cuba anda perhatikan situasi di bawah. Situasi A: Cikgu Zainal mengajarkan bahasa Melayu murid tahun 2. Beliau mengajar muridnya tentang peraturan membina dan menulis ayat penyata. Cikgu Zainal memuji murid-murid yang dapat membina ayat penyata yang betul. Semasa pengajarannya juga beliau menjalankan aktiviti lakonan dan perbincangan sesama murid.

Cuba anda fikir, mengapa cikgu Zainal lakukan demikian? Memperkenalkan peraturan, memuji, dan menjalankan aktiviti ?

Untuk memahami situasi di atas, mari kita bincangkan tentang teori-teori bagaimana murid-murid mempelajari bahasa.

a)

Teori Behavioris (Skinner)

Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.

14

Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. Contohnya cikgu Zainal menyebut nama serta memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul. Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan dan sebagainya. Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam pengajaran bahasa. b) Teori Mentalis (Chomsky)

Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan pelakuan kanak-kanak. Kanak-kanak dikatakan berupaya membuat rumusan, sebab itulah cikgu Zainal mengajar murid-muridnya tentang peraturan pembinaan ayat. Perkembangan bahasa kanak-kanak pula adalah mengikut tahap umur mereka. Mereka menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum kebolehan bertutur. Murid cikgu Zainal dapat membina ayat selepas merumuskan apa yang disampaikan oleh cikgu Zainal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, tulisan dan bacaan diutamakan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan. Pembelajaran bahasa kanak-kanak pula diukur melalui kecekapan dan pencapaian mereka. Penyampaian makna juga lebih diutamakan daripada struktur bahasa. Selain itu, tatabahasa diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif. c) Teori Interaksionalis (Halliday)

Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa.

Latihan 3.1 Senaraikan lima aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menunjukkan guru mengaplikasikan setiap teori Pemerolehan Bahasa. Teori Behavioris _____________________________________________________ _____________________________________________________ Teori Mentalis _____________________________________________________ _____________________________________________________

15

Teori Interaksionalis _____________________________________________________ _____________________________________________________

Rumusan Tajuk ini telah menjelaskan teori Huraian Bahasa dan Pemerolehan Bahasa. Di samping itu, pelajar juga diberikan contoh-contoh bagaimana teori-teori tersebut diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Bacaan Asas Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Rujukan Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Kuala

Kamarudin Husin, dll. (1997). Pengajian Melayu 1 (Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Safiah, Nik, dll. (1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, Fungsi, dan Penguasaannya oleh Penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Tutorial 1. 2. Ramalkan masa depan, peranan, dan perkembangan bahasa Melayu dalam masa 20 tahun yang akan datang. Bandingkan dan bezakan antara keempat-empat teori pembelajaran bahasa yang telah anda ketahui

16

3.

Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru yang mengajar di bilik darjah, bincangkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran anda yang menunjukkan bahawa anda mengaplikasikan teori-teori Huraian Bahasa dan teori-teori Pemerolehan Bahasa.

17

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->