You are on page 1of 3

KARANGAN

1. Bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan pemanasan global adalah kesan

daripada perbuatan manusia sendiri. Berikan pendapat anda.

Bencana alam adalah isu yang sangat kompleks. Sangat sukar meramalkan pada bila, di

mana, dan magnitud sesuatu kejadian bencana. Banyak kejadian bencana, hanya jelas dapat

dilihat impaknya selepas berlaku, selepas mengorbankan nyawa dan harta benda.

Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini boleh

dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Bencana alam telah berlaku di muka bumi ini

sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Walaupun bencana yang datang meninggalkan kesan yang

menggerunkan namun amat penting dan menarik bagi kita mengetahui dan mempelajarinya.

Pelbagai bencana alam yang berlaku kebelakangan ini memperlihatkan bahawa negara

kita tidak lagi berkecuali daripada menerima bencana. Terdapat beberapa peristiwa bencana alam

yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower (1993), Tragedi Pos Dipang

(1996), Tragedi Ribut Greg di Sabah (1996), kejadian tanah runtuh di Gombak (2004) dan

banyak lagi. Walaupun banyak inisiatif dilaksanakan, sebaliknya tidak begitu berkesan lagi

disebabkan faktor ketidaktentuan perubahan cuaca. Empangan penebat banjir di Johor misalnya,

tidak lagi mampu menebat banjir. Begitu juga dengan empangan lain yang terletak di hulu sungai

di negeri lain.

Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat daripada proses semulajadi alam.

Namun, dalam keadaan tertentu, bencana alam juga boleh berlaku akibat daripada campur tangan

manusia. Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbangan

ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah kemusnahan. Banjir, tanah
1
runtuh dan kesan rumah kaca sering terjadi kerana manusia merosak hutan dan memotong pokok

kayu tanpa perhitungan. Mendirikan pelbagai bangunan tanpa menimbangkan keadaan alam

sekitar juga sering menjadi punca pelbagai bencana alam. Perbuatan manusia yang membuang

sampah dan kilang yang turut membuang sisa toksik mungkin menjadi antara faktor yang

menyumbang kepada pencemaran sungai dan banjir di sesuatu kawasan.

Pencemaran air, pemanasan global, masalah banjir dan sebagainya mempunyai kaitan

amat rapat antara satu sama lain. Paras air laut meningkat disebabkan pemanasan global. Paras

air laut meningkat dan pertembungan antara air laut dengan air sungai di muara dalam keadaan

isi padu air dalam tanah dan permukaan yang tepu menyebabkan tekanan berbalik yang kuat oleh

air laut yang mengakibatkan arah aliran air sungai menjadi songsang dan melimpah ke tebing. Ini

menyebabkan punca kebanjiran air ke dataran di sekitarnya. Penambakan tanah laut tidak

terkawal di kawasan sekitaran laut dan muara sungai satu penyebab kenapa kawasan lembangan

rendah dan berdekatan dengan laut mengalami banjir yang serius.

Pemanasan global adalah disebabkan kandungan gas karbon monoksida meningkat di

ruang bumi mengakibatkan kesan rumah hijau yang serius. Ais di kutub Utara dan Selatan

semakin hari semakin mencair yang menjadi punca kepada kenaikan paras air laut dunia.

Tumbuh-tumbuhan semakin menghilang atas dasar pembangunan masa depan juga sudah tidak

mampu membekalkan oksigen dikehendaki kehidupan dan tumbuhan juga sudah tidak mampu

menyerap karbon monoksida yang meningkatkan lagi kesan rumah hijau.

Melihat kemarahan alam yang mencetuskan krisis cuaca dan bencana seperti tanah

runtuh, ribut taufan dan gempa bumi, ia secara tidak langsung memberi amaran kepada kita

supaya lebih serius dalam menangani masalah persekitaran yang semakin berleluasa pada hari

2
ini. Jika dipandang melalui kaca mata agama, bencana alam seharusnya dijadikan alat untuk

merenung dan berfikir apa yang telah dilakukan manusia. Sebab segala sesuatu yang berlaku di

alam ini tidak berlaku secara begitu saja, tanpa ada hikmah tersembunyi yang berfungsi sebagai

pengajaran untuk manusia.

Kesimpulannya, sekali alam bertindak, manusia pasti tidak dapat dielak. Walau

bagaimanapun, manusia masih perlu berusaha untuk mengelak atau mengurangkan kesan

bencana alam. Oleh itu, insaf dan ambillah pengajaran dari bencana yang telah berlaku serta

bertindak dengan lebih berhemah dalam segala urusan di muka bumi ini.

( 571 patah perkataan)

You might also like