You are on page 1of 6

PENDIDIK BERINTERGRITI MELAHIRKAN PELAJAR BERTAQWA

Bismillahhirrahmanirrahim.

Cuba saudara dan saudari nyatakan, siapakah pemimpin yang paling agung
dalam dunia?. Beliau adalah pesuruh Allah dengan menyebarkan agama islam dan
merupakan rasul yang terakhir. Kejayaan beliau menyebarkan agama islam
sehingga ke sebahagian besar tanah arab menjadikan beliau seorang pemimpin
yang agung. Budi pekerti dan sifat-sifat murni yang beliau amalkan dan terapkan
seperti amanah, jujur dan ikhlas serta ketaqwaan beliau yang tinggi kepada Allah
merupakan sifat peribadi yang sangat terpuji. Sifat-sifat inilah boleh menjadi contoh
dan ikutan kita sekalian sama ada sebagai seorang pendidik ataupun seorang
pelajar. Insan yang saya maksudkan itu tidak lain dan tidak bukan sudah tentulah
nabi Muhammad pesuruh Allah adalah pemimpin yang tersohor sepanjang zaman.
Salam hormat saudara pengerusi, barisan panel kehakiman penuh berintegriti, dif-dif
kehormat yang dihormati, seterusnya hadirin yang diberkati, 
Assalamualaikum warahmatulahhiwabarakatuh, salam ceria ikatan murni, salam 1
Malaysia.

“Pendidik Berintergriti Melahirkan Pelajar Bertaqwa”. Begitulah bunyi tajuk


pidato saya pada hari ini. Justeru, marilah kita bermula dengan merungkai idea pada
tajuk pidato saya hari ini. Izinkan saya memberi definisi pada tajuk pidato saya.
Pendidik boleh diertikan sebagai orang yang mendidik iaitu guru. Intergriti pula
bermaksud peribadi mulia yang terdapat pada diri individu meliputi nilai-nilai
amanah, jujur, ikhlas, sabar, tidak rasuah, telus, bertanggungjawab dan ciri-ciri
positif yang lain. Pelajar pula bermaksud orang yang belajar seperti murid-murid
manakala bertaqwa bermaksud takut akan Allah. Sekarang sudah jelaslah apa yang
ingin kita bincangkan pada hari ini. Jadi marilah sama-sama kita memasang telinga
dan memberi tumpuan pada isi-isi pidato yang ingin saya sampaikan ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Mari kita imbas kembali sejarah dan asal usul intergriti dalam negara kita.
Intergriti ini sebenarnya sudah lama berada dalam negara kita tetapi insan yang
1
memainkan peranan dengan mewujudkan Pelan Intergrasi Nasional ialah mantan
perdana menteri kita yang ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau telah
melancarkan Pelan Intergriti Nasional ini pada 23 April 2004 di Putrajaya. Objektif
umum pelan ini ialah untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri
moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur sesuai dengan
Cabaran Keempat Wawasan 2020. Kerajaan juga telah menubuhkan Institut
Intergriti Malaysia untuk menjadi penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan
Intergriti Nasional. Usaha yang dilakukan ini dapat membantu Malaysia secara
teratur melangkah kehadapan untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat
maju menurut acuan sendiri serta menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bagaimanapun, bagi tempoh lima tahun pertama iaitu dari tahun 2004 hingga 2008,
Pelan Intergriti Nasional telah menetapkan lima sasaran utama yang perlu dicapai
yang dikenali sebagai TEKAD 2008. Lima sasaran keutamaan yang perlu dicapai itu
ialah mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa secara
berkesan. Seterusnya, meningkatkan kecekapadalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam dan mengatasi karena birokrasi. Keutamaan seterusnya ialah
meningkatkan tabir urus korporat dan etika perniagaan. Sasaran seterusnya ialah
memantapkan institusi keluarga dan yang terakhir meningkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan masyarakat.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam pembinaan insan


yang beretika dan bertanggungjawab, selain berperanan menyediakan sumber
manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, komited dan cekap. Justeru, seorang
pendidik haruslah mempunyai ciri-ciri intergriti yang tinggi. Terdapat tiga ciri-ciri guru
berintergriti yang ingin saya tekankan. Pertama, seorang guru haruslah berakhlak
mulia. Salah satu cara yang terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan
cara pendidikan "Qudwah Hasanah" atau contoh ikutan dan tauladan yang baik.
Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas,
sanggup berkorban masa dan tenaga dan sikap suka membantu serta membimbing
dan berperanan sebagai 'role model' kepada pelajar-pelajar. Antara aspek terpenting

2
yang harus diambil perhatian ialah penampilan dan sikap guru itu sendiri terhadap
konsep berilmu, beramal dan berakhlak yang sebenar-benarnya.

Seterusnya, seorang guru itu perlulah mempunyai sifat taqwa yang tinggi.
guru yang bertaqwa pasti bertindak dengan sewajarnya tanpa perlu diawasi atau
diselia. Dalam menjalankan tugas menyebarkan ilmu, tentunya dia mempunyai
inisiatif dan sentiasa berusaha mencari kebenaran dan mengenal kebatilan lalu
menunjukkan kepada anak muridnya mana hak dan mana yang batil. Kesedarannya
terhadap perintah, galakan, amaran, dan larangan Allah, akan menjadikan dia
seorang yang peka terhadap hasil pergolakan dunia yang begini pesat serta
berwaspada terhadap peresapan anasir-anasir yang tidak dingini di sebalik
kemodenan dan kemajuan dunia. Seterusnya, seorang guru itu akan mempunyai
peribadi yang seimbang dalam pemikiran dan tindakan. Ketakutannya kepada azab
Allah pasti menjadikan mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan progresif. Guru
itu tidak sahaja menyebarkan ilmu bahkan menjadi model peribadi yang akan
diteladani oleh para pelajar serta orang sekelilingnya, di samping itu kepimpinan
mereka ke jalan yang diredai tidak perlu dipertikaikan lagi walau dalam lapangan
apa sekalipun. Sifat taqwa yang ada dalam diri guru-guru, akan menjamin mereka itu
dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna, kerana keinsafan
berasaskan taqwa itu merupakan satu daya penggerak utama kepada
kesempurnaan pendidikan. Dengan itu jelaslah bahawa ketaqwaan guru asas
kesempurnaan pendidikan.

Hadirin yang saya kasihi,

Ciri yang ketiga yang ingin saya tekankan ialah seorang guru itu harus
menjiwai peranannya sebagai pendidik. Guru jelas memainkan peranan yang besar
dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu,
bertakwa dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi
membawa negara ini ke hadapan pada tahap pencapaian yang setanding dengan
bangsa-bangsa yang maju. Pendidik yang dedikasi bukan sahaja menjalankan
tugasnya dengan berkesan malah sentiasa mencari jalan menambah ilmu dan
kemahirannya untuk meningkatkan kecekapan dalam pengajaran dan peka terhadap
perkembangan profesionnya di samping tidak mengabaikan tugas sosial terhadap
3
masyarakat. Oleh itu, hanya guru-guru dedikasi yang mengambil berat tentang
pelajar-pelajarnya dapat memberikan sumbangan menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang terpuji yang terkenal dengan tradisi intelek, cemerlang dalam
bidang sosio-ekonomi dan budaya serta mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi.

Hadirin dan hadirat yang berdedikasi sekalian,

Dalam membangunkan modal insan, ia seharusnya bermula daripada


peringkat akar umbi lagi. Justeru, dalam usaha 'melentur buluh dari rebungnya',
tidak dapat dinafikan bahawa profesyen perguruan memainkan peranan yang amat
penting dalam melahirkan pelajar yang bertaqwa dan berjaya. Pelajar juga
seharusnya mempuyai ciri-ciri seorang insan yang bertaqwa. Allah SWT telah
menggambarkan di dalam Al-Quran tentang beberapa ciri orang yang bertaqwa. Di
antara firmanNya bermaksud, “Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara
yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami
anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman dengan Kitab al-Quran
yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu,
serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat, Mereka itulah yang
mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beroleh
kejayaan,” surah al-Baqarah ayat 2 hingga 5. Jelaslah bahawa insan yang bertaqwa
akan memperoleh kejayaan. Terdapat 2 cara-cara untuk melahirkan pelajar yang
bertaqwa, yang pertama ialah dengan memupuk semangat intergriti pada pelajar.
Para pelajar yang dimaksudkan di sini ialah kanak-kanak, remaja sehinggalah
golongan dewasa. Hal ini mencakupi anak-anak kita yang menduduki menuntut di
tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga mahsiswa yang mengikuti
pengajian di menara gading. Sudah tentu kita ingin penjelasan mengapa kalangan
pelajar menjadi sasaran untuk membudayakan integriti di kalangan masyarakat kita.
Jika kita imbas kata-kata hikmat pemimpin agung mengenai kepimpinan, ”Jika kita
hendah melihat bagaimana bentuk kepimpinan negara pada masa akan datang
maka lihatlah belia-belia kita pada hari ini”. Ini bermakna kepimpinan masa depan
dipengaruhi oleh sikap dan tindak tanduk belia masa kini. Manakala  apa yang
dimaksudkan golongan belia adalah anak-anak kita yang masih berumur 12 hingga
40 tahun.

4
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati,

Cara yang kedua untuk melahirkan pelajar yang bertaqwa ialah peranan ibu
bapa di rumah membentuk peribadi dan akidah anak sejak dilahirkan . Ibu bapa juga
merupakan seorang pendidik kerana didikan yang terawal sekali datangnya dari
rumah. Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat sekali dengan pelajar dan
mereka boleh memainkan peranan sebagai pendidik di rumah. Semasa pelajar
berada di rumah, pengawasan pelajar berada di tangan ibu bapa. Ibu bapa boleh
memantau segala perilaku dan akhlah anak-anak mereka. Sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud, "Apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali dari
tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang
mendoakannya," hadis riwayat Muslim. Sabda Junjungan Nabi Muhammad s.a.w
tersebut mencerminkan betapa pentingnya didikan yang wajib ditekan ke atas anak-
anak di peringkat bayi sehingga baligh dan seterusnya ke peringkat remaja supaya
mereka dapat menjadi anak yang soleh. Dengan erti kata lain ibu bapa Muslim wajib
memainkan peranan untuk membesarkan anak-anak mereka agar menjadi insan
Islam yang sebenarnya yang mematuhi ajaran al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Kesimpulanya, sebagai seorang pendidik, mereka dihormati oleh masyarakat


sebagai seorang insan yang terhormat kerana mereka memiliki kemahiran mendidik
untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Ibu bapa dan masyarakat mempunyai
pegangan bahawa di tangan gurulah masa depan anak mereka digarap dan sudah
semestinya mereka sangat berharap agar setiap pendidik dapat membentuk anak-
anak mereka menjadi seorang manusia yang berguna di masa hadapan. Ibu bapa
akur bahawa guru memiliki cara dan kaedah terbaik untuk mendidik anak-anak
mereka kerana guru-guru dikurniakan dengan ilmu khusus berhubung bidang
pendidikan. Kepercayaan yang diberi oleh ibu bapa ini kepada pendidik haruslah
diambil sebagai satu amanah dan perlu berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya.
Ibu bapa pula seharusnya tidak melepas tangan dalam soal mendidik anak-anak
mereka kepada guru semata-mata. Ibu bapa juga boleh memainkan peranan
sebagai pendidik di rumah. Seperti kata pepatah melayu iaitu guru kencing berdiri,
murid kencing berlari, pelajar cenderung mengikuti dan mencontohi tingkah laku
guru mereka. Justeru, seorang guru itu perlu mempertingkatkan intergritinya sebagai

5
pendidik.persoalan yang timbul di sini,, apakah akan terjadi kepada pelajar jika
seorang guru itu tidak mempunyai nilai intergriti padanya? Fikir-fikirkanlah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Setakat ini sahaja bicara saya pada hari ini. Semoga apa yang saya
sampaikan tadi mendatangkan manfaat kepada kita semua. Sebelum saya
mengundurkan diri, saya memohon ampun dan maaf jika terdapat keterlanjuran dan
kesilapan budi bicara. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala yang
buruk datangnya dari kelemahan saya.

Sekian, terima kasih.

You might also like