You are on page 1of 15

PEMBOHONGAN TEORI EVOLUSI

Darwinisme, dalam erti kata lainnya teori evolusi, telah dikemukakan dengan tujuan untuk
menyangkal hakikat penciptaan, bukan saja tiada kebenaran malahan merupakan satu kekarutan
semata-mata. Teori ini yang mendakwa bahawa kehidupan bermula secara kebetulan daripada
benda mati, telah disangkal kesahihannya oleh bukti saintifik melalui ciptaan yang jelas pada alam
dan benda hidup yang lain. Dengan cara ini, sains telah mengesahkan hakikat bahawa Allah
mencipta alam semesta dan hidupan di dalamnya. Propaganda yang dipaparkan pada hari ini untuk
terus mempertahan teori evolusi adalah semata-mata berdasarkan penyimpangan fakta-fakta
saintifik, tafsiran berat sebelah, pembohongan dan penipuan yang bertopengkan sains.
Walau bagaimanapun, propaganda ini tetap tidak mampu menyembunyikan kebenaran. Fakta
bahawa teori ini merupakan penipuan terbesar sepanjang sejarah sains telah banyak kali ditekankan
dalam dunia saintifik sejak lebih 20-30 tahun. Kajian yang dilaksanakan khususnya selepas tahun
1980-an telah mendedahkan bahawa dakwaan Darwinisme langsung tidak berasas, sesuatu yang
telah dinyatakan oleh ramai saintis. Di Amerika terutamanya, kebanyakan saintis dari bidang
berlainan seperti biologi, biokimia dan paleontologi mengenal pasti kepalsuan Darwinisme dan
menerima hakikat penciptaan untuk menerangkan asal-usul kehidupan.
Kami telah mengkaji banyak perincian saintifik berkenaan keruntuhan teori evolusi dan bukti-
bukti penciptaan dalam kebanyakan kerja kami, dan masih tetap meneruskannya. Menyedari akan
peri pentingnya perkara ini, adalah amat bermanfaat untuk membincangkannya semula di sini.

Keruntuhan Saintifik Darwinisme


Walaupun doktrin ini telah bermula sejak zaman Yunani purba, teori evolusi hanya mula
berkembang dengan pesat pada abad ke-19. Perkembangan penting yang menjadikannya topik
hangat dalam dunia sains adalah buku The Origin of Species, hasil tulisan Charles Darwin yang
diterbitkan pada tahun 1859. Dalam buku ini, beliau menafikan bahawa Allah telah menciptakan
spesis hidupan berbeza di bumi secara berasingan, dengan mendakwa bahawa semua hidupan
berasal daripada satu moyang yang sama dan telah menjadi pelbagai melalui perubahan kecil setiap
masa. Teori Darwin ini tidak berasas pada sebarang penemuan saintifik yang kukuh; beliau juga
mengakui bahawa ianya sekadar satu "andaian". Tambahan pula, di saat Darwin akur di dalam bab
panjang "Difficulties on Theory", teori itu sendiri telah gagal dalam menghadapi banyak soalan
kritikal.
Darwin meletakkan semua impiannya dalam penemuan-penemuan saintifik baru yang
diharapkannya dapat menyelesaikan kesukaran ini. Walau bagaimanapun, bertentangan dengan
jangkaan beliau, hasil penemuan saintifik malah menambahkan lagi kepayahan tersebut.
Penyanggahan terhadap Darwinisme berdasarkan sains boleh diulas semula di bawah tiga topik asas
berikut:
1) Teori berkenaan gagal menjelaskan bagaimana kehidupan bermula di bumi.
2) Tiada penemuan saintifik yang menunjukkan bahawa "mekanisme evolusi" yang
dikemukakan oleh teori ini mempunyai sebarang kuasa evolusi.
3) Rekod-rekod fosil membuktikan hasil yang bertentangan dengan dakwaan teori evolusi.
Dalam bahagian ini, kita akan mengkaji tiga perkara asas tersebut secara umum:
Halangan Pertama Yang Gagal Diatasi: Asal-usul Kehidupan
Teori evolusi menganjurkan bahawa semua spesis hidup berkembang daripada sel hidup
tunggal yang wujud di bumi purba pada 3.8 bilion tahun dahulu. Bagaimana satu sel mampu
menjana jutaan spesis hidupan yang kompleks, dan jika evolusi sedemikian benar-benar berlaku,
mengapa kesannya tidak didapati pada rekod fosil merupakan antara persoalan yang tidak mampu
dijawab oleh teori ini. Bahkan, kita harus menanyakan satu soalan penting: Bagaimana "sel pertama"
ini wujud?
Oleh kerana teori evolusi menolak penciptaan dan sebarang campur tangan yang luar biasa, ia
tetap berpendapat bahawa "sel pertama" ini terjadi secara kebetulan dalam rangka hukum
semulajadi, tanpa adanya tujuan, rancangan atau aturan. Menurut teori ini, benda mati mungkin
telah menghasilkan sel hidup kesan daripada beberapa kebetulan. Tetapi, dakwaan ini tidak
konsisten dengan hukum biologi yang tidak terkalahkan.

"Kehidupan Bermula Dengan Kehidupan"


Di dalam bukunya, Darwin tidak pernah merujuk kepada asal-usul kehidupan. Pemahaman
sains yang primitif semasa zamannya semata-mata bergantung kepada andaian bahawa makhluk
hidup mempunyai struktur yang mudah. Sejak zaman pertengahan, generasi spontan, yang
menekankan bahawa benda tidak bernyawa secara bersama telah membentuk organisma hidup,
telah diterima secara meluas. Serangga lahir hasil daripada sisa makanan, dan tikus wujud dari
gandum merupakan pendapat yang biasa. Beberapa kajian menarik telah dijalankan demi
membuktikan teori ini. Sedikit gandum telah diletakkan pada secebis kain buruk, dan dipercayai tikus
akan terhasil selepas beberapa waktu.
Larva yang terhasil daripada daging reput juga dianggap bukti generasi spontan. Walau
bagaimanapun, telah difahami kemudiannya bahawa ulat tidak muncul pada daging dengan tiba-
tiba, tetapi dibawa oleh lalat dalam bentuk larva yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Bahkan di saat Darwin menulis The Origin of Species, pendapat bahawa bakteria boleh terhasil
daripada benda bukan hidup telah diterima secara meluas dalam dunia sains.
Akan tetapi, lima tahun selepas penerbitan buku Darwin, Louis Pasteur mengumumkan hasil
kajian dan eksperimen terbarunya yang menolak ide generasi spontan, satu asas teori Darwin. Dalam
syarahan sempena memperingati kejayaannya di Sorbonne pada tahun 1864, Pasteur berkata:
"Doktrin generasi spontan tidak akan pernah pulih daripada bencana yang digempur dengan
eksperimen mudah ini."1
Untuk jangka waktu yang lama, penganjur teori ini menolak penemuan Pasteur. Tetapi di saat
perkembangan sains telah dapat menghuraikan struktur kompleks pada sel benda hidup, ide bahawa
hidupan wujud secara kebetulan telah berhadapan dengan kebuntuan yang amat berat.

Usaha Yang Hambar Di Abad Ke-20


Evolusionis pertama di abad ke-20 yang mengambil subjek asal-usul kehidupan merupakan
seorang ahli biologi yang terkenal, Alexander Oparin. Dengan pelbagai tesis yang dikemukakan
dalam tahun 1930-an, beliau cuba untuk membuktikan bahawa sel hidup boleh terhasil secara
kebetulan. Walau bagaimanapun, kajiannya telah gagal dan Oparin membuat pengakuan berikut:
Tetapi, malang sekali kerana persoalan asal-usul kehidupan mungkin merupakan titik yang
paling gelap dalam keseluruhan kajian evolusi organisma. 2
Pengikut Oparin menjalankan beberapa kajian untuk menyelesaikan masalah ini. Eksperimen
yang terkenal dilaksanakan oleh seorang ahli kimia kelahiran Amerika, Stanley Miller dalam tahun
1953. Dengan mencampur beberapa gas yang kononnya wujud dalam ruang atmosfera bumi
purbakala, serta menambah tenaga kepada campuran itu, Miller menghasilkan beberapa molekul
organik (asid amino) yang wujud pada struktur protein.
Hanya beberapa tahun selepas itu, satu pendedahan telah dibuat bahawa eksperimen ini yang
kononnya merupakan langkah penting atas nama evolusi adalah tidak sah kerana atmosfera yang
digunakan dalam kajian tersebut amat berbeza dengan keadaan sebenar atmosfera bumi. 3
Selepas senyap untuk beberapa waktu, Miller akhirnya mengaku bahawa bahan atmosfera
yang beliau gunakan adalah tidak realistik. 4
Semua usaha evolusionis sepanjang abad ke-20 untuk menerangkan asal-usul kehidupan
berakhir dengan kegagalan. Jeffrey Bada, seorang ahli geokimia dari San Diego Scripps Institute
menerima kenyataan ini dalam satu artikel yang diterbitkan dalam majalah Earth pada tahun 1998:
Hari ini sementara meninggalkan kurun ke-20, kita masih lagi belum merungkai persoalan
yang ada sewaktu memasuki abad ke-20: Bagaimana kehidupan di bumi bermula? 5

Struktur Kompleks Hidupan


Sebab utama teori evolusi menjadi buntu berkaitan asal-usul kehidupan ialah bahkan
organisma hidup yang dianggap paling mudah pun sebenarnya memiliki struktur yang amat rumit.
Sel benda hidup adalah lebih kompleks berbanding dengan semua produk teknologi yang dihasilkan
manusia. Hari ini, walaupun di dalam makmal paling canggih di dunia, seunit sel hidup tetap gagal
dihasilkan melalui gabungan kimia organik.
Keadaan yang diperlukan untuk pembentukan sel ini adalah jauh lebih hebat daripada apa
yang dijelaskan melalui ketidaksengajaan. Kebarangkaliaan protein yang merupakan blok binaan sel
untuk disintesis secara kebetulan ialah 1 per 10 950 bagi purata protein yang terbentuk daripada 500
asid amino. Dalam matematik, kemungkinan yang lebih kecil daripada 1 per 1050 secara praktikalnya
adalah dianggap mustahil.
Molekul DNA yang terdapat dalam sel nukleus yang mengandungi maklumat genetik
merupakan sebuah bank data yang mengagumkan. Sekiranya maklumat kod genetik DNA ditulis, ia
akan memenuhi ruang sebuah perpustakaan dengan lebih kurang 900 jilid ensiklopedia yang setiap
satunya mengandungi 500 halaman.
Satu dilemma menarik timbul pada titik ini: DNA hanya dapat menyalin dirinya dengan
bantuan beberapa protein khas (enzim). Wlau bagaimanapun, enzim ini hanya terbentuk melalui
maklumat yang terkod di dalam DNA itu sendiri. Pergantungan antara satu sama lain ini
menunjukkan bahawa kedua-duanya harus hadir serentak untuk melakukan proses replikasi. Hal ini
semakin merumitkan dakwaan bahawa hidupan terbentuk dengan sendirinya. Seorang evolusionis
terkenal, Leslie Orgel dari Universiti San Diego, California mengakui hakikat ini dalam majalah
Scientific American edisi September tahun 1994:
Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal bahawa kedua-dua protein dan asid
nukleiknya yang kompleks dari segi struktur, wujud secara spontan di tempat yang sama pada
masa yang sama. Namun, mustahil juga untuk salah satu daripadanya wujud tanpa yang satu lagi.
Dan pada pandangan pertama, dapat disimpulkan bahawa sebenarnya hidupan tidak akan wujud
sekadar melalui proses kimia.6
Jelas bahawa sekiranya mustahil untuk kehidupan wujud melalui kesan-kesan semulajadi,
maka hakikat yang harus diakui ialah kehidupan telah diciptakan melalui cara yang luar biasa.
Kebenaran ini secara terbuka telah membatalkan teori evolusi yang bertujuan menafikan kebenaran
hakikat penciptaan.

Mekanisme Khayalan Evolusi


Perkara kedua penting yang menolak teori Darwin ialah konsep-konsep yang dikemukakan
oleh teori “mekanisme evolusi” didapati sebenarnya tiada kuasa evolusi.
Darwin mengasaskan andaian evolusinya semata-mata pada mekanisme “pilihan semulajadi”.
Kesungguhan yang beliau letakkan pada mekanisme ini merupakan bukti dalam bukunya berjudul
The Origin of Species, By Means of Natural Selection.
Pilihan semulajadi dari sudut pandangan Darwin menganggap bahawa semua hidupan yang
lebih kuat dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semulajadi habitat masing-masing akan
terus kekal dalam perjuangan hidup. Contohnya, dalam sekawanan rusa yang diancam serangan
binatang buas, mereka yang boleh berlari lebih laju akan hidup. Maka, kawanan rusa tersebut akan
mengandungi individu yang lebih laju dan kuat. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan lagi
bahawa mekanisme sebegini tetap tidak akan menyebabkan rusa berubah bentuk menjadi spesis
hidupan lain, contohnya, kuda.
Oleh itu, mekanisme pilihan semulajadi ini langsung tiada keupayaan evolusi. Darwin juga
sedar hakikat ini dan terpaksa menyatakan dalam buku The Origin of Species beliau:
Pemilihan semulajadi tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah berlakunya perbezaan atau
variasi individu yang menguntungkan.7

Impak Lamarck
Jadi, bagaimanakah ‘variasi menguntungkan’ ini berlaku? Darwin cuba untuk menjawab
persoalan ini dari sudut pemahaman sains yang primitif pada masa itu. Menurut seorang ahli
biologi Perancis bernama Chevalier de Lamarck (1744-1829) yang hidup sebelum Darwin, makhluk
hidup mewariskan sifat yang mereka miliki kepada generasi seterusnya. Beliau menegaskan
bahawa sifat-sifat tersebut bertambah dari generasi ke generasi sehingga membentuk spesis baru.
Misalannya, beliau mendakwa bahawa zirafah berasal daripada kijang yang lehernya menjadi
panjang ketika berusaha mendapatkan makanan pada dahan yang tinggi lalu memindahkan sifat
ini kepada generasi seterusnya.
Darwin turut memberi contoh yang sama. Dalam bukunya The Origin of Species, beliau
berpendapat bahawa beruang masuk ke dalam laut untuk mencari makanan bertukar menjadi ikan
paus dengan peredaran masa.8
Walau bagaimanapun, hukum pewarisan ditemui oleh Gregor Mendel (1822-84) yang telah
disahkan oleh sains genetik abad ke-20, telah sepenuhnya memusnahkan mitos bahawa sifat yang
diperolehi boleh diperturunkan kepada generasi seterusnya. Maka, mekanisme pilihan semulajadi
evolusi langsung tidak bererti.

Neo-Darwinisme Dan Mutasi


Dalam mencari penyelesaian, penganut Darwinisme telah mengemukakan “Teori Sintetik
Moden”, atau lebih dikenali sebagai neo-Darwinisme pada akhir tahun 1930-an. Di samping pilihan
semulajadi, Neo-Darwinisme menambah mutasi sebagai satu mekanisme baru, yang mana
kerosakan berlaku di dalam gen makhluk hidup akibat kesan luaran seperti radiasi atau kesilapan
duplikasi sebagai “punca yang menyebabkan variasi menguntungkan”.
Hari ini, model yang mempertahankan teori evolusi di seluruh dunia ialah neo-Darwinisme.
Teori ini mendakwa bahawa jutaan hidupan di dalam dunia terbentuk daripada proses mutasi,
atau pun kecelaruan genetik di dalam organ kompleks seperti telinga, mata, paru-paru, sayap dan
yang lain sepanjang peredaran masa. Tetapi terdapat fakta saintifik yang menolak teori ini: Mutasi
tidak menyebabkan hidupan berkembang, sebaliknya sentiasa merosakkan mereka.
Alasannya amat mudah: DNA mempunyai struktur yang sangat kompleks dan kesan
sembarangan hanya akan memudaratkannya. Seorang pakar genetik Amerika, B. G. Ranganathan
menerangkannya seperti berikut:
Pertama, mutasi sebenar jarang berlaku. Kedua, kebanyakan mutasi hanya memudaratkan
kerana perubahan gen berlaku secara rawak dan tidak tersusun. Sebarang perubahan rawak dalam
sistem yang tersusun rapi hanya akan menyebabkan kerosakan. Misalannya, jika gempa bumi
menggoncang struktur yang dibentuk secara terancang seperti bangunan, akan berlaku perubahan
rawak dalam rangka bangunan yang hanya akan membawa kemusnahan. 9
Maka tidak hairanlah setakat ini tiada sebarang contoh mutasi yang berfaedah. Semua
mutasi telah dibuktikan membawa kehancuran. Akhirnya difahami bahawa mutasi yang dianggap
sebagai “mekanisme evolusi” sebenarnya adalah sebuah insiden genetik yang hanya merosak dan
melumpuhkan hidupan. (Kesan mutasi yang biasa berlaku pada manusia ialah kanser). Sudah tentu
mekanisme yang merosakkan tidak mampu menjadi “mekanisme evolusi”. Pilihan semulajadi yang
diakui oleh Darwin juga “tidak dapat melakukan apa-apa dengan sendirinya”. Hakikat ini
menunjukkan bahawa tiada “mekanisme evolusi” yang wujud di alam. Oleh itu, sebarang proses
rekaan yang digelar “evolusi” juga tidak pernah berlaku.

Rekod Fosil: Tiada Tanda Kewujudan Bentuk Peralihan


Bukti paling jelas yang menunjukkan bahawa senario evolusi tidak pernah berlaku terdapat
pada rekod fosil.
Menurut teori ini, semua spesis hidup berkembang daripada satu moyang yang sama. Spesis
yang wujud lebih awal telah berubah kepada bentuk lain dalam beberapa waktu dan semua spesis
wujud melalui cara tersebut. Dengan erti kata lain, perubahan ini berlaku secara beransur-ansur
dalam masa jutaan tahun.
Sekiranya ini benar-benar berlaku, sejumlah spesis perantaraan sepatutnya wujud dan hidup
dalam jangka waktu yang panjang ini.
Sebagai contoh, makhluk separa ikan/separa reptilia seharusnya hidup di masa lalu dan
mendapat sifat-sifat reptilia sebagai tambahan kepada sifat ikan yang dimiliki. Mungkin juga wujud
hidupan reptilia-burung, yang mempunyai sifat sifat burung sebagai tambahan kepada sifat
reptilianya. Oleh kerana makhluk sebegini berada di fasa perubahan, mereka tentunya cacat, rosak
dan lumpuh. Evolusionis merujuk makhluk khayalan ini, yang mereka percayai wujud di masa lalu,
sebagai "bentuk peralihan".
Andainya binatang sedemikian pernah wujud, sepatutnya terdapat jutaan bahkan bilion jenis
dan variasi. Paling penting, tinggalan makhluk pelik ini seharusnya ditemui dalam rekod fosil. Dalam
The Origin of Species, Darwin menjelaskan:
Jika teori saya benar, bentuk-bentuk peralihan yang tidak terkira, yang mengaitkan hampir
semua spesis kumpulan yang sama pasti telah wujud… Maka, bukti kehadiran mereka hanya boleh
didapati pada tinggalan fosil.10

Impian Darwin Berkecai


Walaupun evolusionis telah berusaha untuk mencari fosil sejak pertengahan kurun ke-19 di
serata dunia, masih belum ada bentuk peralihan yang dijumpai. Kesemua fosil itu, bertentangan
dengan jangkaan evolusionis, membuktikan bahawa kehidupan bermula di bumi daripada tiada dan
dibentuk sempurna.
Seorang ahli paleontologi British yang terkenal, Derek V. Ager, mengakui hakikat ini, walaupun
dia seorang evolusionis:
Sekiranya kita mengkaji rekod fosil secara terperinci sama ada berdasarkan urutan atau spesis,
hasil yang didapati – berulang-ulang kali – bukan evolusi beransur-ansur, tetapi ledakan mendadak
satu kumpulan di atas kumpulan yang lain. 11
Ini bermakna dalam rekod fosil, semua spesis hidupan wujud secara mengejut dalam bentuk
sempurna tanpa sebarang bentuk peralihan di antaranya. Ini amat bertentangan dengan andaian
Darwin. Tambahan pula, ini merupakan bukti bahawa semua hidupan telah diciptakan. Satu-satunya
penjelasan tentang kewujudan mendadak dan bentuk sempurna hidupan tanpa sebarang moyang
evolusi ialah ianya telah diciptakan. Fakta ini juga diakui oleh ahli biologi evolusionis tersohor,
Douglas Futuyma:
Ciptaan dan evolusi, di antara mereka, tiada penjelasan untuk asal-usul semua hidupan.
Organisma sama ada muncul di bumi dengan bentuk sempurna atau sebaliknya. Sekiranya tidak,
pasti mereka berkembang dari spesis pra-wujud dengan beberapa proses perubahan. Jika muncul
dalam keadaan yang sempurna, sesungguhnya mereka telah diciptakan oleh kebijaksanaan Yang
Maha Kuasa.12
Fosil-fosil membuktikan bahawa semua hidupan muncul dalam dalam keadaan sempurna di
Bumi. Ini bemakna yang “asal-usul spesis”, bertentangan dengan pandangan Darwin, bukanlah
evolusi, tetapi sebenarnya ciptaan.

Kisah Dongeng Evolusi Manusia


Perkara yang sering dikemukakan oleh penganjur teori evolusi ialah asal usul manusia.
Pengikut Darwinisme mendakwa bahawa manusia moden yang hidup hari ini adalah keturunan
dari beberapa spesis hidupan seperti beruk. Kononnya, semasa proses evolusi ini berlaku lebih
kurang 4-5 juta tahun lalu, wujud “bentuk peralihan” di antara manusia moden dan moyangya.
Berdasarkan senario yang semata-mata imaginasi ini, 4 “kategori” asas disenarai seperti berikut;:
1. Australopithecus
2. Homo habilis
3. Homo erectus
4. Homo sapiens
Evolusionis menggelar moyang manusia yang paling awal sebagai Australopithecus yang
bermaksud “Beruk Afrika Selatan”. Spesis ini sebenarnya adalah sejenis spesis beruk yang telah
pupus. Kajian meluas yang dilakukan pada pelbagai spesimen Australopithecus oleh Lord Solly
Zuckerman dan Profesor Charles Oxnard, dua orang pakar anatomi terkenal dari England dan
Amerika telah mendapati bahawa makhluk ini sebenarnya adalah spesis beruk yang telah pupus
dan tidak mempunyai sebarang persamaan dengan manusia. 13
Evolusionis kemudian mengkelaskan fasa evolusi manusia berikutnya sebagai “homo”, iaitu
“manusia”. Menurut dakwaan mereka lagi, hidupan dalam siri Homo ini adalah lebih maju
berbanding Australopithecus. Evolusionis juga merancang cara evolusi yang fantastik dengan
menyusun beberapa sisa fosil makhluk ini mengikut urutan tertentu. Hasilnya tentu saja sebuah
imaginasi kerana tidak pernah dibuktikan bahawa terdapat sebarang perkaitan evolusi di antara
kelas-kelas berbeza ini. Ernst Mayr, seorang evolusionis terkenal abad ke-20 mengaku dalam
bukunya yang bertajuk One Long Argument bahawa "kekeliruan terutamanya yang berkaitan
sejarah seperti asal-usul kehidupan atau Homo sapiens adalah teramat sukar, bahkan mungkin
tetap menolak penjelasan terakhir yang dirasakan memuaskan".14
Dalam merangka rantaian hubungan Australopithecus > Homo habilis > Homo erectus >
Homo sapiens, evolusionis mendakwa bahawa setiap spesis adalah merupakan moyang kepada
spesis berikutnya. Namun, penemuan terbaru oleh kebanyakan ahli paleoantropologi
menunjukkan bahawa Australopithecus, Homo habilis dan Homo erectus pernah menetap pada
masa yang sama di bahagian berlainan di dunia. 15
Lagipun, beberapa segmen manusia yang dikelaskan sebagai Homo erectus masih wujud
sehingga hari ini. Homo sapiens neanderthalensis dan Homo sapiens sapiens (manusia moden)
wujud serentak di kawasan yang sama. 16
Situasi ini jelas menunjukkan pembohongan dakwaan bahawa mereka adalah moyang
kepada satu sama lain. Walaupun Stephen Jay Gould merupakan seorang evolusionis, beliau
menjelaskan kebuntuan teori evolusi ini sebagai berikut:
Apa yang akan terjadi kepada hirarki kami jika terdapat tiga hominid dari keturunan yang
sama (Australopithecus Africanus, Robust Australopithecines dan Homo Habilis), tidak jelas siapa
yang lahir daripada siapa? Bahkan, tidak ada satu pun dari ketiga-tiganya menunjukkan gaya
proses evolusi sewaktu kemunculan mereka di bumi. 17
Secara ringkasnya, pelbagai lukisan propaganda yang menghiasi media massa dan buku teks
sekolah mengenai gambaran makhluk “separa manusia, separa beruk” tidak lebih daripada
sekadar cerita semata-mata yang langsung tiada asas saintifik.
Walaupun beliau seorang evolusionis, Lord Solly Zuckerman, seorang saintis Britain terkenal
dan dihormati yang menjalankan kajian ke atas subjek ini selama berapa tahun dan telah
melakukan 15 tahun kajian terhadap fosil Australopithecus akhirnya membuat kesimpulan bahawa
tidak ada satu pun rumpun keluarga yang berkembang daripada makhluk seperti beruk menjadi
manusia.
Zuckerman juga membuat satu “spektrum sains” menarik yang bermula daripada perkara
yang dianggap saintifik kepada hal yang dianggap tidak saintifik. Menurut spektrum Zuckerman,
bidang sains yang paling saintifik atau bergantung sepenuhnya pada data yang kukuh ialah kimia
dan fizik. Selepas itu barulah sains biologi dan sains sosial. Di hujung spektrum yang dianggap
paling tidak saintifik ialah “persepsi luarbiasa” – konsep seperti telepati dan firasat – dan akhir
sekali ialah “evolusi manusia”. Zuckerman menjelaskan alasannya:
Kita kemudian bergerak jauh dari kebenaran objektif ke dalam bidang-bidang yang dianggap
sains biologi seperti persepsi luarbiasa atau mengenai pentafsiran sejarah fosil manusia, di mana
bagi evolusionis yang ekstrem apa saja boleh terjadi – dan di mana pengikut yang bersemangat
[dalam evolusi] kadang-kadang boleh mempercayai beberapa perkara bertentangan pada waktu
yang sama.18
Mitos evolusi manusia jelas hanyalah sebuah tafsiran prejudis ke atas beberapa fosil yang
ditemui oleh segelintir golongan yang percaya membabi-buta terhadap teori rekaan mereka.

Formula Darwin
Selain daripada semua bukti teknikal yang telah dibincangkan setakat ini, mari kita selidik
sekali lagi apakah jenis ide tahyul milik evolusionis beserta contoh mudah yang dapat difahami
bahkan oleh kanak-kanak:
Teori evolusi bertegas bahawa kehidupan terbentuk secara kebetulan. Menurut mereka,
atom-atom yang mati dan tidak sedar bergabung serta menghasilkan sel lalu kemudiannya
membentuk jenis hidupan lain, termasuk manusia. Apabila kita mencantumkan elemen-elemen blok
kehidupan seperti karbon, fosforus, nitrogen dan kalium, hasil yang diperoleh hanyalah satu
timbunan. Apapun cara rawatan yang dilalui, longgokan atom ini tidak berupaya membentuk
walaupun hanya satu hidupan. Mari kita merumus “eksperimen” ini dan mengkaji untuk pihak
evolusionis tentang dakwaan mereka dengan nama “Formula Darwin”:
Biarkan evolusionis meletak banyak bahan yang terdapat dalam komposisi hidupan seperti
fosforus, nitrogen, oksigen, besi, dan magnesium ke dalam satu tong besar. Sebagai tambahan,
benarkan juga mereka mencampur bahan lain yang tidak wujud dalam keadaan normal yang
dirasakan perlu. Biarkan mereka menambah sejumlah asid amino dan protein sebanyak mana yang
dirasakan mencukupi – setiap satunya mempunyai kebarangkalian pembentukan sebanyak 10 -950.
Biarkan mereka mendedahkan campuran ini kepada haba dan lembapan sebanyak mana pun,
mengacaunya dengan apa juga perkakas yang dibangunkan dengan teknologi, tempatkan saintis-
saintis terkemuka di sisi tong untuk menunggu selama berbilion bahkan trillion tahun. Pendek kata,
mereka bebas menggunakan apa saja yang mereka rasakan perlu dalam pembentukan manusia.
Tidak kira apa yang dilakukan, mereka tidak akan pernah menghasilkan seorang manusia pun dari
tong tersebut, kata seorang profesor yang menyelidik struktur selnya di bawah mikroskop elektron.
Mereka tidak mampu mencipta zirafah, singa, lebah, burung kenari, kuda, dolfin, mawar, orkid,
teratai, anyelir, pisang, oren, epal, kurma, tomato, semangka, tembikai, ara, zaitun, anggur, rama-
rama pelbagai warna, atau bermilion lagi hidupan lain seumpamanya. Hakikatnya, mereka tidak
mampu menghasilkan walaupun satu sel daripadanya.
Secara ringkasnya, atom-atom yang tidak sedar tidak dapat membentuk sel secara bersama.
Mereka tidak mampu membuat keputusan baru dan membelah sel ini kepada dua, kemudian
membuat keputusan lain dan mencipta profesor yang mula-mula menghasilkan mikroskop elektron
lalu mengkaji struktur sel mereka sendiri. Materi adalah unsur yang tidak sedar dan timbunan yang
mati. Ia hanya wujud dengan keagungan ciptaan Ilahi.
Sebaliknya, teori evolusi adalah satu salah faham yang amat berlawanan dengan kewarasan.
Memikirkan hanya sedikit dakwaan evolusionis ini sudah cukup untuk mendedahkan kebenaran,
sepertimana ditunjukkan oleh contoh di atas.

Teknologi Di Dalam Mata Dan Telinga


Satu lagi persoalan yang kekal belum terjawab oleh teori evolusi ialah kecanggihan kualiti
persepsi yang terdapat di dalam mata dan telinga.
Sebelum membincangkan subjek mengenai mata, mari kita menjawab persoalan secara
ringkas tentang bagaimana kita melihat. Sinaran cahaya yang datang dari objek jatuh ke atas retina
mata. Di sini, sinaran cahaya akan ditukar menjadi isyarat elektrik melalui beberapa jenis sel dan
akhirnya sampai ke titik kecil di belakang otak yang digelar “pusat penglihatan”. Isyarat elektrik di
pusat ini dirasakan sebagai sebuah imej setelah melalui berapa proses. Dengan latar belakang
teknikal ini, mari kita fikirkan sejenak.
Otak merupakan organ yang terlindung daripada cahaya. Ini bermakna bahagian
dalamannya adalah sangat gelap dan tiada cahaya dapat sampai ke bahagian di mana otak
terletak. Maka, “pusat penglihatan” tidak pernah dicapai oleh cahaya, bahkan mungkin merupakan
tempat paling gelap yang pernah anda ketahui. Namun, anda melihat dunia yang terang dan
berkilau-kilau dari sisi gelap ini.
Imej yang terbentuk di dalam mata adalah sangat tajam dan jelas sehinggakan teknologi
abad ke-20 gagal untuk menirunya. Misalannya, lihat pada buku yang sedang anda baca ini,
tangan anda yang memegangnya, kemudian dongakkan kepala dan lihat di sekeliling anda.
Pernahkah anda melihat imej setajam dan sejelas ini di tempat lain? Walaupun skrin televisyen
berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh pengeluar televisyen terhebat di dunia juga gagal untuk
menandingi imej seumpama ini. Imej jelas ini bersifat tiga dimensi, berwarna dan mempunyai
ketajaman yang tinggi. Selama lebih 100 tahun, beribu-ribu jurutera berusaha dengan gigih untuk
menghasilkan imej seperti ini. Kilang-kilang dan premis besar telah didirikan, banyak kajian telah
dibuat, perancangan dan rekaan telah dilaksanakan untuk tujuan ini. Sekali lagi, lihat di skrin
televisyen dan buku yang berada di tangan. Anda akan dapati bahawa wujud perbezaan besar dari
sudut ketajaman dan kejelasan. Bahkan, skrin televisyen hanya memaparkan imej dua dimensi,
sebaliknya melalui mata, anda melihat perspektif mendalam dengan imej tiga dimensi.
Selama bertahun-tahun, puluhan ribu jurutera telah cuba menghasilkan televisyen tiga
dimensi untuk mencapai kualiti penglihatan seperti mata. Mungkin benar mereka telah membuat
sistem televisyen tiga dimensi, tetapi tidak mungkin ia dapat dilihat tanpa memakai kaca mata 3-D
khas; tambahan pula, ia hanyalah sekadar imej tiga dimensi palsu. Latar belakangnya lebih kabur
dan latar hadapannya timbul seperti latar kertas. Jauh sekali untuk menghasilkan penglihatan yang
tajam dan jelas seperti mata. Dalam kamera dan televisyen, apa yang ada hanyalah imej berkualiti
rendah.
Evolusionis mendakwa bahawa mekanisme yang menghasilkan imej yang tajam dan jelas ini
terbentuk secara kebetulan. Sekarang, jika ada orang memberitahu bahawa televisyen di ruang
bilik anda terhasil secara kebetulan, bahawa seluruh zarah atomnya bercantum secara mendadak
dan membentuk alat yang menghasilkan imej ini, apa yang akan anda fikir? Bagaimana hanya
sekadar atom mampu melakukan apa yang gagal dihasilkan oleh beribu-ribu manusia?
Sekiranya alat yang menghasilkan imej berkualiti rendah berbanding mata tidak terjadi
secara kebetulan, maka jelaslah bahawa mata dan imej yang dilihat juga tidak terjadi secara
kebetulan. Situasi yang sama juga berlaku di telinga. Bahagian telinga luar menerima bunyi di
dalam aurikel dan membawa bunyi itu ke bahagian telinga tengah, kemudian bahagian tengah
telinga menukarkan getaran bunyi itu dengan menguatkannya, lalu telinga dalam menghantar
getaran ini ke otak dengan menukarkannya menjadi isyarat elektrik. Sepertimana juga mata,
tindakan mendengar ini berakhir di pusat pendengaran di dalam otak.
Situasi di mata juga benar untuk telinga. Otak adalah kedap bunyi sepertimana juga kalis
cahaya. Ia tidak membenarkan sebarang suara masuk ke dalamnya. Dengan itu, bagaimana bising
di luar sekalipun, bahagian dalam otak adalah dalam keadaan yang amat sunyi. Walau
bagaimanapun, bunyi yang paling nyaring tetap dirasakan di otak. Di dalam otak yang kedap bunyi,
kita mendengar pelbagai simfoni dan mendengar suara riuh-rendah di tempat sesak. Akan tetapi,
jika kadar bunyi dalam otak diukur melalui alat pengukur yang tepat pada suatu ketika, didapati
bahawa keadaan di dalamnya adalah sangat terasing dan sunyi.
Seperti dalam kes pengimejan, usaha berabad-abad juga dilakukan untuk menjana dan
menghasilkan sistem bunyi yang seakan asli. Hasil daripada usaha ini, peralatan seperti perakam
suara, sistem berketepatan tinggi dan sistem pengesan suara telah berjaya dihasilkan. Di sebalik
semua teknologi dan ribuan jurutera serta pakar yang mengorbankan tenaga dan masa dalam
usaha ini, sehingga kini tidak terdapat sebarang bunyi dihasilkan yang berjaya menandingi kualiti
ketajaman dan kejelasan yang sama seperti bunyi yang didengar oleh telinga. Cuba fikirkan sistem
hi-fi dengan kualiti hebat yang dihasilkan oleh pelbagai syarikat gergasi dalam industri muzik.
Bahkan dalam alat ini, ketika suara dirakamkan, setengah darinya hilang atau mendengar bunyi
desisan sebelum lagu bermula. Bagaimanapun, bunyi yang dihasilkan oleh teknologi tubuh
manusia adalah lebih tajam dan jelas. Telinga manusia tidak pernah menerima sesuatu bunyi yang
diiringi dengan bunyi desisan atau bunyi gangguan udara seperti hi-fi, malahan telinga menerima
bunyi yang sama dengan bunyi asli, tajam dan jelas. Beginilah keadaannya sejak manusia pertama
kali diciptakan ke dunia.
Setakat ini, tiada alat visual buatan manusia atau alat perakam yang dihasilkan begitu
sensitif dan berjaya menerima data sepertimana mata dan telinga. Walau bagaimanapun, sejauh
mana yang berkaitan dengan penglihatan dan pendengaran, kebenaran yang jauh lebih hebat
terselindung di sebalik semua ini.

Kepunyaan Siapakah Kesedaran Melihat dan Mendengar Yang Terdapat


Dalam Otak?
Siapakah sebenarnya yang melihat segala macam godaan dunia di dalam otak, mendengar
simfoni lagu dan kicauan burung, dan haruman bunga mawar?
Rangsangan yang datang dari mata, telinga dan hidung manusia bergerak ke otak sebagai
dorongan saraf elektrokimia. Dalam buku biologi, psikologi dan biokimia, anda dapat menemui
banyak keterangan tentang pembentukan imej di dalam otak. Bagaimanapun, anda tidak dapat
menjangkau fakta penting mengenai perkara ini: Siapakah sebenarnya yang merasai desakan saraf
elektrokimia ini sebagai imej, bunyi, bau dan peristiwa yang mempengaruhi deria di dalam otak?
Terdapat satu kesedaran di dalam otak yang menerima semua ini tanpa merasa perlunya sebarang
pergantungan kepada mata, telinga dan hidung. Siapakah pemilik kesedaran ini? Tentunya bukan
dimiliki olah saraf-saraf, lapisan lemak atau neuron yang terdapat di dalam otak. Inilah sebabnya
mengapa penganut Darwinis-materialis yang percaya akan kewujudan mutlak materi gagal
menjawab persoalan ini.
Ini kerana kesedaran ini ialah roh yang diciptakan oleh Allah, yang tidak memerlukan mata
untuk melihat imej juga tidak telinga untuk mendengar bunyian. Bahkan, ia tidak memerlukan otak
untuk berfikir.
Siapapun yang mengkaji fakta tersirat dan saintifik ini pasti akan diliputi rasa takjub akan
kebesaran Allah sekaligus kembali berserah kepada-Nya. Dia-lah yang mengeluarkan alam semesta
tiga-dimensi, berwarna-warni dan berkilauan di dalam tempat yang gelap-gelita sebesar beberapa
sentimeter padu.
Kepercayaan Materialis
Informasi yang telah kami bentangkan setakat ini menunjukkan bahawa teori evolusi
bertentangan dengan kebenaran fakta saintifik. Dakwaan mereka berkaitan dengan asal usul
kehidupan tidak konsisten dengan sains, dan mekanisme evolusi yang dikemukakan tidak sedikit
pun mempunyai kuasa untuk mencetus proses evolusi, dan fosil-fosil membuktikan bahawa bentuk
peralihan yang dicari tidak pernah wujud. Jadi, teori evolusi tersadai sebagai ide yang tidak
saintifik. Beginilah caranya bagaimana banyak idea dan teori yang dikemukakan seperti model
alam berpusatkan Bumi telah dibatalkan dari agenda saintifik sepanjang sejarah.
Tetapi teori evolusi ini berjaya dikekalkan sebagai salah satu agenda saintifik melalui
perancangan yang licik. Setengah orang bahkan cuba menggambarkan kritikan yang ditujukan
terhadap teori ini sebagai “serangan terhadap sains”. Mengapa?
Puncanya ialah bagi sesetengah orang, teori evolusi merupakan kepercayaan dogmatik yang
mustahak. Golongan ini secara membuta-tuli berdegil mempertahankan falsafah materialisme dan
terpengaruh dengan Darwinisme sebagai satu-satunya penjelasan mutlak tentang kejadian
semulajadi.
Kadang-kadang mereka secara terbuka mengakuinya. Richard C. Lewontin dari Universiti
Harvard, seorang pakar genetik terkenal yang juga seorang evolusionis terkemuka mengakui
bahawa beliau adalah “terlebih dahulu seorang materialis, kemudian saintis”:
Bukan kaedah dan institusi sains yang memaksa kita mengakui penjelasan material
mengenai dunia luarbiasa, tetapi sebaliknya, kita didesak oleh kesetiaan tertinggi terhadap kuasa
material untuk merintis alat-alat pengkajian dan merangka konsep yang membuahkan penerangan
bersifat kebendaan, tidak kira betapa bertentangan sekalipun dengan intuisi, tidak kira betapa
menghairankan untuk diterima. Tambahan lagi, materialisme adalah mutlak, maka kita tidak boleh
membenarkan jejak Tuhan berdiri di depan pintu. 19
Kenyataan ini adalah jelas bahawa Darwinisme adalah suatu dogma yang diperjuangkan
demi falsafah materialisme. Dogma ini menganggap bahawa tidak ada yang wujud melainkan yang
bersifat kebendaan. Maka, mereka percaya bahawa unsur bukan hidupan, iaitu zat tanpa sifat
sedar adalah kuasa yang bertanggungjawab mencipta kehidupan. Ia mengakui bahawa jutaan
spesis hidupan seperti burung, ikan, zirafah, harimau, serangga, pokok, bunga-bunga, ikan paus,
terhasil daripada interaksi antara materi seperti siraman hujan dan kilatan petir. Ini benar-benar
bertentangan dengan akal dan fakta sains. Tetapi golongan Darwinis terus mempertahan
kepercayaan ini sebagai usaha untuk “tidak membenarkan kaki Tuhan berdiri di depan pintu”.
Mereka yang melihat asal usul hidupan tanpa sebarang prejudis materialisme akan
mengakui hakikat kebenaran ini di lubuk hatinya: Setiap hidupan adalah hasil kerja Pencipta yang
Maha Kuasa, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Pencipta ini adalah Allah yang menciptakan
seluruh alam semesta daripada tiada, yang menghias di dalamnya dengan cara yang paling
sempurna, dan memberikan bentuk kepada semua makhluk hidupan.

Teori Evolusi: Sihir Paling Berbahaya Di Dunia


Siapapun yang bebas dari kongkongan prasangka dan pengaruh ideologi tertentu, yang
memanfaatkan kewarasan dan logik dengan baik, pasti akan memahami dengan jelas bahawa
kepercayaan terhadap teori evolusi yang membawa kekarutan ke dalam minda masyarakat yang
tidak memiliki pengetahuan sains atau peradaban, adalah sesuatu yang amat mustahil.
Sepertimana yang telah dijelaskan, bagi mereka yang percaya kepada teori evolusi
beranggapan bahawa longgokan atom dan molekul mampu membentuk manusia terpelajar yang
mampu berfikir seperti Einstein dan Galileo, atau golongan seniman seperti Humphrey Bogart,
Frank Sinatra dan Luciano Pavarotti; demikian juga haiwan dan tumbuhan seperti rusa dan pohon
limau. Tambahan pula, sementara golongan saintis dan profesor yang percaya kepada kekarutan
ini adalah merupakan golongan terpelajar, maka adalah suatu yang wajar untuk menggelar teori ini
sebagai “sihir paling berbahaya dalam sejarah”. Belum pernah ada sebelum ini suatu kepercayaan
atau idea yang begitu menyesatkan manusia sehinggakan daya fikir dan rasional manusia seolah-
olah dibelenggu bahkan dihalang dari mengetahui hakikat yang sebenarnya. Ia jauh lebih buruk
dan menghairankan jika dibandingkan dengan kesesatan masyarakat Mesir yang menyembah
Tuhan Matahari, penyembahan berhala di Afrika, Kaum Saba’ yang menyembah matahari, kaum
Nabi Ibrahim a.s yang menyembah patung-patung hasil buatan tangan mereka sendiri, atau pun
kaum Nabi Musa a.s yang menyembah patung Lembu Emas.
Hakikatnya, Allah telah menyatakan kerosakan fikiran seperti ini di dalam Al-Qur'an. Dalam
banyak ayat, Dia menyatakan bahawa akal fikiran manusia akan tertutup sehinggakan mereka
tidak mampu melihat kebenaran:

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka:
Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan
beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta
pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula
disediakan azab seksa yang amat besar.
(Surah al-Baqarah, ayat 6-7)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-
orang yang lalai.
(Surah al-A’raaf, ayat 179)

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat
naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala
kenyataan yang ada di sana); tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar
itu dengan) berkata: Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami
adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad).
(Surah al-Hijr, ayat 14-15)

Daya pukau sihir evolusi yang mengejutkan ini mencengkam seluruh masyarakat di dalam
kebingungan, menjauhkan mereka dari kebenaran bahkan kekal demikian untuk selama 150 tahun
amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sekiranya kepercayaan ini hanya melibatkan
segelintir orang yang mempercayai sandiwara tidak masuk akal dan dakwaan yang jelas tidak
wajar, maka ia adalah sesuatu yang dapat difahami. Namun, “sihir” adalah satu-satunya gambaran
yang dapat menjelaskan situasi di mana sebahagian besar manusia di seluruh dunia secara
bersama mempercayai bahawa atom-atom mati dan tidak bernyawa secara mendadak
berinteraksi membentuk alam semesta yang mempunyai suatu sistem organisasi tanpa cela,
sangat tersusun dan memiliki nilai kewarasan yang sangat kukuh. Atom-atom tersebut juga
dikatakan turut membentuk planet Bumi yang mempunyai ciri-ciri yang sangat sesuai untuk
sebuah kehidupan secara kebetulan, di samping turut mencipta jutaan makhluk-makhluk hidup
yang mempunyai sistem yang sangat kompleks.
Sebenarnya, Al-Quran mengaitkan peristiwa yang terjadi di antara Nabi Musa a.s dan Firaun
untuk menunjukkan bahawa segolongan orang yang menyokong fahaman ateis sebenarnya telah
mempengaruhi yang lain dengan menggunakan daya pukau sihir. Apabila Firaun diberitahu
tentang agama yang hak, dia menyuruh Nabi Musa a.s untuk bersemuka dengan ahli-ahli sihirnya.
Nabi Musa a.s menurut arahan Firaun itu, dan menyuruh ahli-ahli sihir itu untuk menunjukkan
kebolehan mereka terlebih dahulu. Ayat seterusnya berbunyi:

Nabi Musa menjawab: Campakkanlah kamu (dahulu)! Maka apabila mereka


mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang
ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang
besar (keadaan dan caranya).
(Surah al-A’raaf, ayat 116)

Seperti yang telah kita lihat, ahli-ahli sihir Firaun berupaya menipu semua yang hadir kecuali
Nabi Musa a.s dan mereka yang beriman. Walau bagaimanapun, kebenaran yang dimiliki oleh Nabi
Musa a.s berjaya menghancurkan sihir tersebut, dengan “menelan segala apa yang mereka
keluarkan” sebagaimana yang telah dikisahkan di dalam ayat berikut:

Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Campakkanlah tongkatmu! Maka tiba-tiba
tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka
sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.
(Surah al-A’raaf, ayat 117-118)

Seperti yang dapat difahami melalui ayat-ayat di atas, orang-orang yang berada di situ
akhirnya menyedari pembohongan dan tipu daya sihir yang dihasilkan oleh tukang sihir Firaun
hanyalah sekadar ilusi. Dengan mengkiaskan pada situasi hari ini, mereka yang masih dicengkam
dengan pengaruh sihir yang serupa pasti akan berasa malu setelah menyedari akan kebenaran
yang hakiki dan di saat kuasa sihir tersebut dimusnahkan kecuali bagi mereka yang benar-benar
memahami bahawa dakwaan-dakwaan teori evolusi pada hakikatnya adalah sekadar
bertopengkan sains dan sekaligus berhenti dari terus mempertahankannya. Sebenarnya, Malcolm
Muggeridge, seorang penulis dan ahli falsafah British, juga seorang ateis yang menyokong evolusi
selama lebih kurang 60 tahun, akhirnya sedar dan menyuarakan kebimbangannya:
Saya sendiri yakin bahawa teori evolusi, terutamanya dalam perkara di mana ia telah
diaplikasikan, akan menjadi satu jenaka paling lucu di dalam buku-buku sejarah di masa
hadapan. Generasi akan datang pasti terkejut setelah mengetahui bagaimana satu hipotesis yang
tidak kukuh dan sangat meragukan dapat diterima dengan begitu mudah. 20
Masa depan sudah pun begitu hampir: Sebaliknya manusia akan menyedari bahawa
“kebetulan” bukanlah dewa, dan akan menyedari hakikatnya teori evolusi merupakan satu
penipuan terbesar dan sihir paling bahaya yang pernah wujud di dunia. Usaha menolak dan
membanteras kuasa sihir ini telah digerakkan secara konsisten untuk membuangnya dari fikiran
semua manusia di seluruh dunia. Mutakhir ini, timbul satu pertanyaan yang jelas dari mereka yang
telah menyedari hakikat sebenar teori evolusi: bagaimanakah ia mampu menyesatkan mereka
selama ini.

Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)!


Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;
sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-Baqarah, ayat 32)
NOTA KAKI
1. Sidney Fox, Klaus Dose, Molecular Evolution and The Origin of Life, San Francisco: W.H. Freeman
and Company, 1972, hal. 4.
2. Alexander I. Oparin, Origin of Life, New York: Dover Publications, 1936, 1953 (diulang cetak),
hal. 196.
3. "New Evidence on Evolution of Early Atmosphere and Life", buletin American Meteorological
Society, Jilid 63, November 1982, 1328-1330.
4. Stanley Miller, Molecular Evolution of Life: Current Status of the Prebiotic Synthesis of Small
Molecules, 1986, hal. 7.
5. Jeffrey Bada, Earth, Februari 1998, hal. 40.
6. Leslie E. Orgel, "The Origin of Life on Earth", Scientific American, Jilid. 271, Oktober 1994, hal.
78.
7. Charles Darwin, The Origin of Species by Means of Natural Selection, New York: The Modern
Library, hal. 127.
8. Charles Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press,
1964, hal. 184.
9. B. G. Ranganathan, Origins?, Pennsylvania: The Banner Of Truth Trust, 1988, hal. 7.
10. Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, hal. 179.
11. Derek A. Ager, "The Nature of the Fossil Record", Proceedings of the British Geological
Association, Jilid 87, 1976, hal. 133.
12. Douglas J. Futuyma, Science on Trial, New York: Pantheon Books, 1983, hal. 197.
13. Solly Zuckerman, Beyond the Ivory Tower, New York: Toplinger Publications, 1970, hal. 75-14;
Charles E. Oxnard, "The Place of Australopithecines in Human Evolution: Grounds for Doubt",
Nature, Jilid. 258, hal. 389.
14. "Could science be brought to an end by scientists" belief that they have final answers or by
society's reluctance to pay the bills?", Scientific American, Disember 1992, hal. 20.
15. Alan Walker, Science, Jilid 207, 7 Mac 1980, hal. 1103; A. J. Kelso, Physical Antropology, edisi
pertama, New York: J. B. Lipincott Co., 1970, hal. 221; M. D. Leakey, Olduvai Gorge, Jilid 3,
Cambridge: Cambridge University Press, 1971, hal. 272.
16. Jeffrey Kluger, "Not So Extinct After All: The Primitive Homo Erectus May Have Survived Long
Enough To Coexist With Modern Humans", Time, 23 Disember 1996.
17. Stephen Jay Gould, Natural History, Jilid 85, 1976, hal. 30.
18. Zuckerman, Beyond the Ivory Tower, hal. 19.
19. Richard Lewontin, "The Demon-Haunted World", The New York Review of Books, Januari 9,
1997, hal. 28.
20. Malcolm Muggeridge, The End of Christendom, Grand Rapids: Eerdmans, 1980, hal. 43.

Sumber: www.harunyahya.com

You might also like