P. 1
Model Shulman Power Point

Model Shulman Power Point

|Views: 2,535|Likes:
Published by Suhaila Hamdan

More info:

Published by: Suhaila Hamdan on Oct 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/18/2013

pdf

text

original

KPD 5046 ­ KAEDAH MENGAJAR

DISEDIAKAN OLEH:
RAHIMAH BINTI MOHD ISA SUHAILA BINTI HAMDAN RAFIZAH BINTI SALLEH L20092003354 L20092003372 L20092003373

MODEL SHULMAN

LEE S. SHULMAN
Presiden Yayasan ³Carnegie´

LATAR BELAKANG SHULMAN L.S 
Merupakan Presiden Yayasan ³Carnegie´ untuk
Perkembangan Pengajaran. Beliau merupakan Profesor Emeritus Pendidikan di Universiti Stanford dan merupakan bekas presiden bagi Persatuan Penyelidikan Pendidikan Amerika dan juga Akademi Pendidikan Negara.  Teori Pengetahuan Pedagogi Isi kandungan yang mula diperkenalkan oleh beliau pada tahun 1986 telah merangsang banyak penyelidikan berhubung dengan pengkhususan domain pengajaran dan pembelajaran.

. Harvard Educational Review 57(1): 1-22 telah menyatakan bahawa: ³Idea pengajaran menekankan konsep berhubung kefahaman. tranformasi dan refleksi´.LATAR BELAKANG SHULMAN L.S  Tahun 1987. beliau dalam artikelnya yang bertajuk ³Pengajaran dan Pengetahuan: Asas Pembaharuan´.

.MODEL SHULMAN  Shulman (1986) telah memperkembangkan satu kerangka baru untuk pendidikan guru dengan memperkenalkan konsep pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK). PPIK yang dicadangkan oleh Shulman (1986) telah dikembangkan dalam projek ³Knowledge Growth in Teaching´ sebagai satu model perspektif yang lebih luas untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran.  Projek ini mengkaji bagaimana guru-guru memperoleh kefahaman baru tentang isi kandungan dan bagaimana kefahaman baru ini mempengaruhi amalan pengajaran mereka.

PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK) DEFINISI : PPIK ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). . Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.

contoh. (b) kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkan pembelajaran topik itu senang atau susah. .CIRI-CIRI PPIK (a) analogi. penerangan dan demontrasi yang efektif. (c) kesilapan konsep pelajar tentang sesuatu topik dan (d) pengetahuan tentang strategi pengajaran yang efektif.

menunjukkan kepentingannya kepada pengajaran. merumuskannya semula dan mengkritiknya.KATEGORI ASAS PENGETAHUAN Pengetahuan kandungan pedagogi ialah idea yang mantap: Ia digunakan sepenuhnya oleh sebilangan pendidik yang mengasimilasikannya. . Shulman mengemukakan tujuh kategori asas pengetahuan bagi pengajaran.

7 KATEGORI ASAS PENGETAHUAN  pengetahuan isi kandungan (content knowledge)  pengetahuan pedagogi am (general pedagogical knowledge)  pengetahuan kurikulum (curriculum knowledge)  pengetahuan kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge)  pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar (knowledge of learners and their characteristics)  pengetahuan tentang konteks pendidikan (knowledge of educational contexts)  pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan (knowledge of educational ends) .

Shulman(1987) telah kemukakan satu model penaakulan pedagogi yang melibatkan 6 aspek penting. .MODEL PENAAKULAN PEDAGOGI SHULMAN Konsep penaakulan pedagogi ini bermaksud bagaimana guru boleh memberikan sebab-sebab atau alasan ke atas tindakan-tindakannya dalam proses pengajaran. Setiap tindakan guru mestilah berasaskan kepada pengetahuan asas yang perlu dimilikinya.

MODEL PENAAKULAN PEDAGOGI SHULMAN ­ 6 ASPEK  KEFAHAMAN (COMPREHENSION)  TRANSFORMASI (TRANSFORMATION)  INSTRUKSI (INSTRUCTION)  PENILAIAN (EVALUATION)  REFLEKSI (REFLECTION)  KEFAHAMAN BARU (NEW COMPREHENSIONS) .

KATEGORI ASAS PENGETAHUAN .

Pengatahuan tentang pelajar 6. Pengetahuan tentang konteks pendidikan 7. Pengetahuan Kurikulum 4. Pengetahuan pedagogi am 3. Pengetahuan kandungan pedagogi 5.KATEGORI ASAS PENGETAHUAN 1. Pengetahuan tentang matlamat tujuan dan nilai pendidikan . Pengetahuan kandungan 2.

 Pengetahuan sintaktik merujuk kepada kaedah yang melaluinya pengetahuan usulan dihasilkan dan dimantapkan.PENGETAHUAN KANDUNGAN (MATA PELAJARAN)  Merangkumi aspek pengetahuan substantif dan pengetahuan sintaktik. kaedah di mana pengetahuan baru diterima melalui beberapa prosedur uji kaji dan pengesahan.  Pengetahuan substantif merupakan bahagian paling penting dalam sesuatu disiplin di mana merangkumi fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran. . Ia juga merujuk kepada kerangka yang digunakan untuk menyusun semua konsep dan fakta sesuatu mata pelajaran.

 Kebanyakan pengetahuan mengajar yang diperolehi daripada pengalaman persekolahan guru itu sendiri akan membentuk pandangan dan pemahaman guru tentang mengajar dan dengan itu juga membentuk perkembangan mereka sendiri. guru banyak bergantung kepada apa yang mereka ketahui. .  Dalam kes ketiadaan model dan pemahaman tentang P&P yang jelas.PENGETAHUAN PEDAGOGI AM  Merujuk kepada pengetahuan am mengenai pengajaran yang diperoleh melalui amalan. tentang cara mengawal dan mengurus bilik darjah dan cara menarik dan mengekalkan minat pelajar. sebagai contoh.

PENGETAHUAN KURIKULUM  Digambarkan sebagai ³alat´ oleh Shulman. mengenai program pengajian dan jenis bahan kurikulum yang digunakan untuk sesi pengajaran. iaitu.  Pengetahuan kurikulum ialah pengetahuan tentang kurikulum dalam pengertiannya yang luas. bahan serta program pengajian yang tersedia bagi setiap mata pelajaran.  Bahan kurikulum tidak terhad kepada apa yang ada dipasaran atau ditentukan oleh kerajaan malah bahan itu mungkin dibuat sendiri. . dirangka mengikut konteks atau pelajar yang tertentu.

.PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI  Menjelaskan apa yang berlaku apabila pelbagai jenis pengetahuan pengajaran disatukan dalam pelbagai gabungan. pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kurikulum.  Penggabungan ini merangkumi pengetahuan kandungan.

PENGETAHUAN TENTANG PELAJAR  Merupakan pengetahuan tentang sifat pelajar dalam julat umur tententu. sifat sosial mereka.  Daripada pengetahuan ini. budaya hidup serta minat dan kecenderungan mereka. muncul kemahiran dan proses mengadaptasikan aktiviti serta gambaran tentang pelajar atau tentang proses membezakan kebolehan yang berlainan. tingkah laku mereka dalam bilik darjah dan di sekolah. .

kualiti sokongan rakan sejawat dan kualiti hubungan guru di sekolah. saiz kelas. .  Konteks boleh berubah sepenuhnya.  Konteks mempunyai kesan yang besar ke atas prestasi mengajar dan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan guru dan prestasi bilik darjah.PENGETAHUAN TENTANG KONTEKS PENDIDIKAN  Pengetahuan ini adalah tentang semua latar di mana pembelajaran berlangsung: sekolah.  Meliputi tahap sosioekonomi kawasan. bilik darjah dan konteks pendidikan yang lebih luas bagi komuniti dan masyarakat. jenis dan saiz sekolah.

PENGETAHUAN TENTANG MATLAMAT. . TUJUAN DAN NILAI PENDIDIKAN  Mengajar adalah aktiviti yang mempunyai tujuan: guru mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang bagi pelajaran atau sesi pengajaran.  Pengajaran juga adalah usaha menerapkan nilai-nilai dimensi moral ke arah melahirkan warga bermoral tinggi dan bertanggungjawab.

MODEL PENAAKULAN PEDAGOGI .

MODEL PENAAKULAN PEDAGOGI KEFAHAMAN TRANSFORMASI INSTRUKSI KEFAHAMAN BARU REFLEKSI PENILAIAN .

. Guru juga perlu memahami bagaimana aras perkembangan pelajar mempengaruhi kebolehannya untuk belajar. jika boleh memahami isi kandungan dengan beberapa cara.KEFAHAMAN Untuk mengajar. Guru-guru dikehendaki memahami apa yang perlu diajar. kita perlu memahami isi kandungan dan pelajar.

TRANSFORMASI  Idea-idea yang telah difahami mesti ditukar dalam beberapa cara agar ia boleh diajar kepada pelajar. . Penalaran melalui pengajaran melibatkan pengalihan dari pemikiran tentang mata pelajaran seperti yang difahami oleh guru ke minda dan motivasi pelajar.  Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk yang boleh diajar memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana pelajar menunjukkan apa yang ia telah pelajari.

memberi dan menyemak tugasan. berinteraksi dengan pelajar secara berkesan dengan soalan. persembahan penerangan dan huraian yang jelas.INSTRUKSI Instruksi (pengajaran) merupakan aspek pedagogi yang terpenting: organisasi dan mengurusan bilik darjah. serta pujian dan kritikan. . jawapan dan tindak balas.

PENILAIAN Proses ini merangkumi semakan formal pemahaman pelajar tentang isi kandungan yang telah diajar berdasarkan objektif dan hasil pembelajarn yang telah ditetapkan. .

atau mengingatkan semula peristiwa.REFLEKSI  Proses ini dilakukan oleh guru apabila ia merenung kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku lalu membina semula. emosi dan pencapaiannya.  Proses ini menjadi landasan bagi seseorang profesional belajar daripada pengalaman. Usaha-usaha analitik dalam proses ini digunakan untuk memperbaiki pengetahuan kandungan pedagogi seseorang. melakonkan semula. .

TRANSFORMASI. INSTRUKSI. . guru mencapai pemahaman yang lebih jelas tentang isi kandungan dan pelajar. DAN REFLEKSI.KEFAHAMAN BARU  Ini berupakan satu permulaan baru. PENILAIAN. Melalui langkah-langkah KEFAHAMAN.

Tetapi guru tersebut perlu seimbangkan keduaduanya dan seterusnya menyesuaikannya dengan persekitaran dan keadaan bilik darjah.RUMUSAN Seorang guru yang baik dan berkesan bukan hanya perlu menguasai isi kandungan atau pedagogi sahaja. .

‡ Shulman. L. Harvard Educational Review 57: 1-22. (2000). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. ‡ Shulman. (1987). Journal of Applied Developmental Psychology 21(1): 129-135. Educational Researcher 15(2): 4-14. (1986). L. Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Those who understand: Knowledge growth in teaching.S. Teacher Development: Roles of Domain Expertise and Pedagogical Knowledge. Pengajaran Pakar/ Rosie Turner ± Bisset. .S. ‡ Shulman.S. L.RUJUKAN ‡ Mohd Fauzi Yaacob (2004).

SEKIAN. TERIMA KASIH .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->