You are on page 1of 13

LAPORAN SEBELUM BIG

 
Pada semester kali ini iaitu semester dua, kami telah diwajibkan menjalankan
program BIG iaitu khidmat masyarakat. Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah
beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan
aktiviti di dalam program BIG ini.

Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah


pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah
perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SK Sayong untuk dijadikan
tempat program BIG dilaksanakan.

Kami telah bergabung dengan kelas H2 dalam menjalankan program BIG ini.
Kami telah menghantar beberapa orang wakil untuk bertemu dan berbincang
tentang akitiviti BIG ini. Pihak sekolah SK Sayong telah memberi maklum balas yang
positif dengan niat suci kami iaitu mahu mengadakan program motivasi kepada
murid-muridnya. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan kami di SK
Sayong.

Saya telah ditugaskan sebagai AJK peralatan bersama Syed Anwar. Sebagai
AJK Peralatan, banyak perkara telah kami lakukan. Antaranya ialah kami telah
meminta senarai barang-barang yang diperlukan daripada setiap kumpulan yang
mengendalikan program motivasi ini. Contohnya, kami telah memintaa senarai
barang-barang yang diperlukan daripada kumpulan yang menguruskan ice-breaking,
ceramah motivasi, LDK 1, LDK 2, dan majlis penutupan.

Kami juga telah membuat satu senarai semak bagi barang-barang yang
diperlukan ini. Pelbagai barang diperlukan bagi menjayakan program motivasi ini.
Antaranya ialah kertas mahjong, pen marker, kertas A4 putih dan berwarna, fail
poket, pensel, kertas laminate, dan pendent.
 

1
LAPORAN SEMASA BIG
 
Semasa program BIG berlangsung, kami telah membahagikan beberapa
orang pelajar kelas kami untuk menjadi fasiltator. Kumpulan pertama iaitu murid
tahun enam di bawah kendalian lapan orang rakan-rakan saya. Meraka ini menjadi
fasiltator kepada kumpulan tahun enam.

Bagi tahun lima dan empat pula, mereka ini di bawah kendalian rakan-rakan
saya yang lain  terdiri daripada sembilan orang. Aktiviti pertama bagi tahun enam
ialah sesi ‘ice breaking’ dan pembentukan kumpulan. Saya telah mengetuai aktiviti
pertama ini dan dibantu oleh rakan-rakan yang lain. Aktiviti seterusnya pula ialah
sesi ceramah yang diketuai oleh saya iaitu Mohammad Taufik B.Ramli dan dibantu
oleh Mohd Hisyamuddin b.Tolohah serta Azwan Hakim b.Abd Halim. Sesi ceramah
ini menekankan tips-tips untuk menghadapi UPSR.
Setelah selesai ceramah,murid-murid tahun enam meneruskan aktiviti ketiga
pula iaitu LDK. Aktiviti ini diketuai oleh Syed Anwar b,Syed Mahamud. Aktiviti ini
mengambil masa selama satu jam iaitu bermain permainan bola beracun. Bagi
aktiviti kumpulan murid tahun empat dan lima pula, mereka dikendalikan oleh
beberapa orang fasilitator yang diketuai oleh Ekhwannul b,Tajuddin. Aktiviti mereka
ini lebih berfokus kepada penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sahsiah.
 
LAPORAN SELEPAS BIG
 
Setelah selesai semua aktiviti, semua murid dan guru SK Sayong yang
terlibat berkumpul di dalam dewan. Hal ini kerana kami mengadakan majlis
penutupan dan penyampaian hadiah dan saguhati daripada pelatih IPG Ipoh unit H3
dan H2 kepada murid-murid dan pentadbiran sekolah. Majlis tamat dengan ucapan
daripada guru Besar SK Sayong dan semua tetamu dijemput menikmati sedikit
juadah. Majlis bersurai.

2
LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU,
(KHIDMAT MASYARAKAT) DI SK SAYONG, KUALA KANGSAR,
KUMPULAN PISMP H3 AMBILAN JANUARI 2010,
8 OGOS 2010.
 
          Pada semester ini iaitu 7 Ogos 2010, kelas H3 telah mengadakan serta
menjalankan satu program Bina Insan Guru di SK Sayong. Program ini dijalankan
selama tujuh jam iaitu kami semua harus membuat program Khidmat masyarakat di
sesuatu tempat. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi. Program ini dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu murid tahun enam serta murid tahun empat dan lima.
Oleh itu, kami telah membahagikan tugas-tugas itu sebelum kami bertolak. Tugas-
tugas yang kami jalankan adalah seperti  Ice Breaking, ceramah, LDK  dan
muhasabah. Aktiviti yang dijalankan untuk tahun empat dan lima pula seperti
permainan kecil dan penerapan sahsiah dan nilai-nilai murni dalam diri.

Saya telah ditugaskan sebagai AJK peralatan bersama Syed Anwar. Sebagai
AJK Peralatan, banyak perkara telah kami lakukan. Antaranya ialah kami telah
meminta senarai barang-barang yang diperlukan daripada setiap kumpulan yang
mengendalikan program motivasi ini. Contohnya, kami telah memintaa senarai
barang-barang yang diperlukan daripada kumpulan yang menguruskan ice-breaking,
ceramah motivasi, LDK 1, LDK 2, dan majlis penutupan.

Kami juga telah membuat satu senarai semak bagi barang-barang yang
diperlukan ini. Pelbagai barang diperlukan bagi menjayakan program motivasi ini.
Antaranya ialah kertas mahjong, pen marker, kertas A4 putih dan berwarna, fail
poket, pensel, kertas laminate, dan pendent.

Semasa program BIG berlangsung, kami telah membahagikan kepada


beberapa orang kelas kami untuk menjadi fasiltator.Kumpulan pertama iaitu murid
tahun enam di bawah kendalian lapan orang rakan-rakan saya dan meraka ini
menjadi fasiltator kepada kumpulan tahun enam. Bagi tahun lima dan empat pula,
mereka ini di bawah kendalian rakan-rakan saya yang lain seramai sembilan orang.
Aktiviti pertama bagi tahun enam ialah sesi ‘ice breaking’ dan pembentukan

3
kumpulan dan diketuai oleh Muhammad Syamil bin Asanai dan dibantu oleh rakan-
rakan yang lain. Aktiviti seterusnya pula ialah sesi ceramah yang diketuai oleh
Mohammad Taufik bin Ramli dan dibantu oleh Mohd Hisyamuddin bin Tolohah serta
Azwan Hakim bin Abd Halim. Sesi ceramah ini menekankan tips-tips kepada pelajar
untuk menghadapi UPSR.

Setelah selesai ceramah, murid-murid tahun enam itu meneruskan aktiviti


ketiga pula iaitu LDK. Aktiviti ini telah diketuai oleh Syed Anwar bin Syed Mahamud.
Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang satu jam dengan bermain permainan bola
beracun iaitu sesiapa orang terakhir memegang bola akan diminta menjawab
pelbagai soalan. Bagi aktiviti kumpulan murid tahun empat dan lima pula, mereka
dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang diketuai oleh Ekhwannul bin
Tajuddin. Aktiviti mereka ini lebih berfokus kepada nilai-nilai murni dan
pembentukkan sahsiah yang cemerlang.
 
Setelah aktiviti yang dirancang itu tamat,kami semua telah berkumpul di
dalam dewan untuk acara majlis penutupan,Majlis ini telah menggabungkan murid
tahun enam dan murid tahun empat dan lima.Suasana sungguh meriah apabila
murid-murid yang menyertai progra ini mendapat sedikit sumbangan daripada pihak
kami.Kami berasa sungguh bertuah kerana dapat  sama-sama merasai pengalaman
begini dimana banyak perkara yang dapat kami pelajari  untuk mengadakan
sesebuah program.

Justeru itu, program yang telah kami jalankan di SK  Sayong boleh  dikatakan
berjaya kerana kesemua aktiviti yang dijalankan mendapat maklum balas yang
positif.Sebagai contoh, apabila sesi ceramah dijalankan,keseluruhan murid tidak
nampak mengantuk dan bosan. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Hal ini
jelas menunjukkan aktiviti ini berjaya.Di samping itu, program begini merupakan
program yang pertama pihak H3 lakukan.Oleh sebab itu, kami daripada H3
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan program ini.
 

4
REFLEKSI KENDIRI
 
            Bersyukur kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu
kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib
yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani program Bina Insan
Guru (BIG) Pada 8 Ogos 2010, pelatih dari unit H3 PISMP Pengajian Melayu
ambilan Januari 2010 telah mengadakan Program Motivasi untuk murid darjah 6 di
SK Sayong di Kuala Kangsar. Program ini berlangsung dari pukul 8 pagi dan
berakhir pada pukul 4 petang. Saya telah dilantik untuk menjadi AJK alatan untuk
program motivasi ini.

Pada 22 Julai 2010 saya telah berjumpa dan berbincang dengan ketua
tentang tugas-tugas yang perlu saya laksanakan sebelum, semasa dan selepas
program itu berlangsung. Selepas berbincang, saya telah mencari beberapa orang
rakan saya untuk membantu saya menguruskan alatan yang diperlukan untuk
program ini.

Pada 28 Julai 2010, saya dan beberapa orang rakan telah datang ke SK
Sayong untuk berbincang tentang perjalanan program itu bersama pihak pentadbir
dan guru-guru sekolah tersebut. Selepas berbincang bersama dengan guru besar,
saya telah mengetahui bagaimana untuk menguruskan perjalanan dan alatan yang
diperlukan dalam program motivasi tersebut.

Semasa program motivasi itu berlangsung, saya telah berjumpa dengan Guru
Besar SK Sayong iaitu, En. Abdul Rahaman B Mohamed Shah untuk mengingatkan
beliau untuk merasmikan majlis penutupan program motivasi tersebut. Selepas guru
besar merasmikan majlis penutupan program tersebut pihak sekolah telah memberi
cenderamata berupa labu sayong kepada pihak institut. Pihak institut juga tidak lupa
untuk memberi sedikit cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada pihak
sekolah kerana sudi menerima kunjungan dari kami untuk menjalakan program Bina
Insan Guru (BIG) ini.

5
Akhir sekali, semua aktiviti yang telah dirancang dalam program bina insan
guru sememangnya menepati apa yang diperlukan oleh bakal-bakal guru untuk
menjadi seorang guru yang berjaya dari sudut sahsiah, akhlak dan juga  pemikiran
yang murni. Banyak manfaat yang saya perolehi semasa menjalankan program ini.
Diharapkan hasil yang akan terbentuk daripada program ini benar-benar berkualiti
dan mencapai tahap yang dikehendaki. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing saya Tn Hj Mokhtar B Rais di atas komitmen
yang dicurahkan dalam membantu saya menjalani program bina insan guru ini dan
juga kepada semua pihak yang terlibat.

6
7
8
9
10
11
12
13

You might also like