You are on page 1of 5

IBU BAPA

 Ibu bapa merupakan pihak yang paling berperanan dalam kumpulan khidmat
pelbagai disiplin.
 setiap ibu bapa haruslah mempunyai kesedaran tentang perkembangan anak
mereka khususnya anak berkeperluan khas.
 Ibu bapa haruslah mengetahui saluran yang terbaik untuk membesarkan dan
membantu anak berkeperluan khas mereka untuk mendapat kehidupan yang
lebih baik.
 Ibu bapa hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa anak mereka
serta perkembangan tentang program pendidikan khas yang disediakan di
Negara kita.
 Ibu bapa hendaklah menghantar anak berkeperluan khas mereka untuk
menerima pendidikan, rawatan perubatan dan segala program intervensi
yang berkaitan.

KOMUNITI

 Komuniti berperanan dalam menerima dan mengambil berat tentang


golongan orang kurang upaya (OKU).
 Komuniti harus lebih bersifat terbuka dan merendah diri dalam membantu dan
menghulurkan bantuan kepada golongan OKU.
 Komuniti yang bertanggungjawab harus bersedia melibatkan diri dalam
segala program yang dianjurkan untuk golongan OKU

BADAN BUKAN KERAJAAN

Terdapat beberapa Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dalam menjaga kebajikan
golongan OKU. Antaranya ialah :

 KIWANIS (The Kiwanis Down Syndrome Foundation)


o Satu organisasi yang ditubuhkan untuk membantu golongan Down
Sindrom di Malaysia.
o Ditubuhkan pada 1989 yang dirasmikan oleh Datuk Dr. Siti Hasmah,
isteri mantan Perdana Menteri keempat Negara.
o Aktiviti utama yang dijalankan ialah :
 Mengekalkan dan menaiktaraf Program Pendidikan Khas
 Melatih guru Pendidikan Khas
 Memberi kaunseling kepada keluarga yang mempunyai ahli
Down Syndrome
 Mewujudkan kesedaran tentang down syndrome kepada
masyarakat

 NASOM (The National Autism Society of Malaysia)


o Ditubuhkan pada 1986 oleh golongan ibu bapa dan professional.
o Bertujuan untuk :
 mengenalpasti, menghebahkan tentang rawatan, pendidikan,
kebajikan dan keperluan golongan autism.
 Melindungi dan membantu golongan autism
 Memberikan bantuan dan panduan kepada keluarga yang
mempunyai individu autism
o Program yang dijalankan :
 Penilaian dan diagnosis
 Intervensi awal
 Latihan vokasional
 Terapi pertuturan
 Terapi cara kerja
 Terapi main

 KEMENTERIAN KESIHATAN
o Peranan :
 Memberi bantuan perubatan kepada golongan OKU dari segi
rawatan dan ubat-ubatan
 Menyediakan program-program kesihatan untuk golongan OKU
 Menyokong dan memberi bantuan terhadap program untuk
golongan OKU
 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
o Peranan :
 Memberi perlindungan dan pemulihan kepada golongan OKU
 Memberi bantuan dan menjaga kebajikan golongan OKU
 Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang golongan OKU
 Merancang dan menjalankan aktiviti serta program yang
melibatkan golongan OKU
 Membangunkan pelbagai program yang berkaitan dan
bersesuain dengan golongan OKU.

 KEMENTERIAN PENDIDIKAN
 Menyediakan peluang pendidikan kepada golongan OKU seperti
Sekolan Pendidikan Khas dan Sekolah Integrasi
 Menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang secukupnya
untuk golongan OLU di sekolah
 Membantu dalam merancang dan menjalankan program yang
berkaitan dengan golongan OKU
 Menggalakkan penglibatan golongan OKU dalam aktiviti di
sekolah (kurikulum dan kokurikulum)
KHIDMAT PELBAGAI DISIPLIN

Definisi :

Kumpulan professional dari pelbagai kepakaran untuk menilai dan metaksir individu
kurang upaya.

PIHAK YANG TERLIBAT

IBU BAPA

KOMUNITI

BADAN BUKAN KERAJAAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

AGENSI KERAJAAN

You might also like