You are on page 1of 9

CARA MEMBUAT MINYAK WANGI

DAN MEREKACIPTA HARUMAN MINYAK WANGI

RAMPA

Ada dua jenis Minyak Wangi, iaitu Minyak Wangi Sejadi (Natural) dan Minyak Wangi
Sintitik (Synthetic). Minyak Wangi Sejadi biasanya berasal dari bahan-bahan yang
diambil dari tumbuhan/herba, dan haiwan. Minyak Wangi Sintitik ialah berasal dari
bahan-bahan kimia.

Cara Membuat Minyak Wangi dan Merekacipta Haruman Minyak Wangi yang
dimaksudkan dalam Nota Pelajaran ini ialah satu kaedah dan teknik mudah bagi membuat
dan merekacipta Haruman Minyak Wangi. Kaedah dan teknik yang digunakan dalam
Nota Pelajaran ini dibataskan hanya kepada (a) Menggunakan herba-herba, bunga-
bungaan dan sebagainya dari tumbuh-tumbuhan dan (b) Menggunakan bahan-bahan
kimia sintitik.

Teknik-teknik yang digunakan pula ialah (a) Penyulingan, (b) Ekstraksi, dan (c)
Perendaman (Maceration).

(a) Penyulingan
Penyulingan ialah proses bagi memerangkap haruman daripada minyak dari ekstrak yang
berasal dari bahan-bahan mentah membuat minyak wangi itu, seperti kimia atau herba
dan tumbuhan, dengan menggunakan Radas Penyulingan Liebig. Dengan menggunakan
radas ini, ekstrak yang berupa minyak dari bahan-bahan mentah itu tadi dapat
dikumpulkan.

Minyak wangi yang terperangkap itu dibancuh pula dengan Phenyl Ether Alcohol atau
Mineral Oil (White Oil) dan Fixative, lantas hasilnya menjadi Minyak Wangi. Fixative
ialah bahan bagi menghalang haruman minyak wangi itu daripada rosak/busuk.

(b) Ekstraksi
Ekstraksi ialah proses mengeluarkan dan memerangkap haruman daripada bahan-bahan
mentah yang mengandungi haruman, dengan menggunakan bahan pelarut bernama
Petroleum Ether. Bahan-bahan mentah itu dilarutkan terlebih dahulu dengan Petroleum
Ether di dalam botol atau balang kaca yang ditutup kejap, dengan menggoncangkan
botol/balang itu.

Bagi sesetengah bahan yang hendak dilarutkan itu, ia perlu berada di dalam Petroleum
Ether berminggu-minggu dan botol/balangnya hendaklah digoncang dua tiga kali sehari
supaya ekstrak bahan-bahan tersebut menyerap ke dalam Petroleum Ether. Selepas itu,
penutup botol/balang dibuka supaya Petroleum Ether itu boleh sejat sendiri dan yang
tinggal di dalam botol itu hanya wax yang harum baunya, di mana wax ini dilarutkan pula
dengan Phenyl Ether Alcohol atau Mineral Oil (White Oil), dan Fixative lantas menjadi
Minyak Wangi.
(c) Perendaman
Teknik yang paling mudah ialah Perendaman. Perendaman ialah proses mengeluarkan
ekstrak haruman dan memerangkap haruman daripada kelopak-kelopak bunga yang
harum dengan menggunakan sejenis minyak bernama Sweet Almond Oil. Kelopok-
kelopak bunga yang wangi direndam dengan Sweet Almond Oil bersama-sama dengan
gumpalan-gumpalan kapas yang bersih di dalam satu botol atau balang yang boleh
ditutup kejap, di mana balang yang mengandungi adunan itu ditutup rapat. Kemudian
botol/balang itu dijemur supaya dipanaskan oleh cahaya matahari selama 2 hari.

Setiap 2 hari sekali, kelopok-kelopak bunga itu kemudiannya dibuang dan digantikan
pula dengan kelopak-kelopak bunga yang baru. Proses ini dilakukan selama sebulan.
Proses ini memerlukan kelopak bunga yang banyak, kerana setiap 2 hari, kelopak-
kelopak bunga yang terendam itu dibuang dan digantikan dengan kelopak-kelopak baru
yang segar, selama sebulan. Sweet Almond Oil itu akan memerangkap ekstrak (minyak)
haruman dari kelopak-kelopak bunga itu dan akan melekat kepada gumpalan kapas-kapas
tadi.

Minyak Yang Digunakan


Minyak yang digunakan dalam membuat Minyak Wangi ialah Mineral Oil (White Oil)
atau Sweet Almond Oil. Kedua-dua minyak ini bukan Phenyl Ether Alcohol. Kedua-dua
minyak ini biasanya agak pekat, dan jika tidak dicampurkan dengan Phenyl Ether
Alcohol sebagai pelarutnya untuk menghaluskannya, hasilnya ialah pekat seperti minyak
atar.

Untuk menghaluskannya, masukkan sedikit Isopropyl Streate, kacau sehingga larut. Jika
menggunakan Phenyl Ether Alcohol, ia dapat menjadikan minyak wangi yang pekat itu
menjadi halus dan tidak melekit.

Kelebihan Phenyl Ether Alcohol sebagai pelarut ialah ia lebih cepat dapat dikesan
keharuman minyak wangi itu oleh pemakainya dan orang lain yang berdekatan kerana
apabila Phenyl Ether Alcohol, ia akan menjadi booster membawa bersama haruman
minyak wangi itu masuk terus ke deria bau di hidung. Lain-lain minyak juga (yang tidak
berbau) boleh dijadikan sebagai minyak untuk dicampurkan dengan ekstrak, tetapi
kualitinya mungkin tidak baik.

Peralatan
Dalam proses melarutkan bahan-bahan menbuat Minyak Wangi, peralatan seperti blender
atau mixer digunakan. Alat ini mestilah mempunyai kelajuan putaran yang tinggi bagi
menghancurkan bahan-bahan itu dan supaya ia dapat melarutkannya ke dalam minyak
yang digunakan.

Bekas untuk membancuh mestilah diperbuat daripada gelas, dan yang lain-lain mestilah
diperbuat daripada stainless steel. Bagi memudahkan anda menyukat Minyak Wangi,
anda perlulah mempunyai (a) Bikar, (b) Silinder Bersenggat dan (c) Picagari (Syringe)
Kaca. Dengan adanya jarum yang kecil pada picagari tersebut, akan menjadi mudah bagi
anda untuk menggunakannya bagi memasukkan Minyak Wangi ke dalam botol-botol
yang mulut botol itu terlalu kecil

Mengasingkan Minyak Dengan Air


Jika dalam proses mendapatkan ekstrak haruman dari bahan-bahan yang hendak
dijadikan minyak wangi, hasilnya mengandungi air, maka air itu hendaklah dipisahkan
dari bahagian minyak menggunakan radas seperti berikut:

[Di sini ada gambarajah - saya tidak pandai nak muatkan di sini. Camana nak paparkan
gamabarajah atau gambar saya tak tahu nak buat... kalau ada sesiapa yang sudi ajar saya,
silalah ajar saya melalui PM - TQ.]

Apabila Minyak Wangi itu anda dapati tidak jernih, itu tandanya sama ada terdapatnya air
di dalamnya atau ada bahan atau minyak yang digunakan ia tidak ngam atau tidak serasi
antara satu sama lain. Itulah sebabnya Minyak Wangi itu perlu dipanaskan supaya semua
bahagian air di dalamnya sejat, iaitu keluar daripada minyak. Elakkan daripada
menggunakan bahan-bahan atau minyak yang tidak ngam atau tidak serasi antara satu
sama lain.

Bahan Awet (Preservatif) Minyak Wangi


Minyak Wangi yang sudah siap dilarutkan dengan Mineral Oil (White Oil) atau lain-lain
minyak tidak dapat bertahan lama jika tidak dicampurkan dengan bahat awet bernama
Prophyl Paraben sebanyak 0.02%. atau Fixative sebanyak 1.0%. Misalnya, jika jumlah
Minyak Wangi itu 1000 ml, hendaklah dimasukkan Prophyl Paraben sebanyak 0.2 gram,
atau Fixative sebanyak 10 g; kacau supaya ia larut dalam Minyak Wangi itu.

Bahan-bahan Membuat Minyak Wangi

1. Minyak Wangi Sejadi


Dari Bahan-bahan Herba, Bunga, dan Akar-akar Kayu

Jika anda ada mempunyai bahan-bahan seperti herba, bunga, akar kayu dan sebagainya
yang harum baunya, anda boleh menjadikan harumannya kepada Minyak Wangi.

Anda boleh menggunakan teknik (a) Penyulingan, (b) Ekstraksi, atau (c) Perendaman
(Maceration) bagi memerangkap haruman dari bahan-bahan tersebut. Pilihan haruman
adalah mengikut haruman yang ada pada bahan-bahan tersebut. Ekstrak daripada satu-
satu jenis bahan (haruman) itu dalam bentuk minyak boleh dicampurkan antara satu sama
lain bagi mencipta satu haruman yang tersendiri.

Apabila dicampurkan antara satu sama lain, maka ia akan menghasilkan satu haruman
yang berbeda dengan haruman asalnya. Ekstrak haruman bunga ros misalnya jika
dicampurkan dengan ekstrak bunga cempaka, pasti akan menghasilkan satu haruman
yang baru, iaitu sebatian antara haruman bunga ros (mawar) dengan haruman cempaka.
Jika dicampurkan pula dengan ekstrak-ekstrak minyak haruman lain, ia akan
menghasilkan satu haruman lain yang tersendiri pula.
Antara Bahan-ekstrak (minyak) Herba, Bunga, dan Akar-akar kayu yang boleh digunakan
ialah:
Basil Oil
Clary Sage Oil
Ylang-ylang Oil
Eucalyptus Oil
Tea Tree Oil
Cypress Oil
Pine Oil
Sandalwood Oil
Rosemary Oil
Lavender Oil
Coriander Oil
Sage Oil
Rose Oil
Lemongrass Oil
Clove Oil
Jasmine Oil

Minyak-minyak atau ekstrak tersebut di atas ada dipasaran, sudah siap dalam bentuk
ekstrak, dan tidak perlu lagi mendapatkannya melalui teknik penyulingan, ekstraksi atau
perendaman. Setiap satunya mempunyai harumannya masing-masing. Terus saja
dicampur beberapa jenis haruman bagi menghasilkan sebatian minyak wangi yang
harumannya akan terhasil dengan sendirinya.

Bukanlah bererti bahawa untuk membuat minyak wangi, seseorang itu mesti mempunyai
kesemua minyak atau ekstrak tersebut di atas, barulah boleh membuat minyak wangi.
Dengan mencampurkan antara satu dan dua jenis haruman minyak (ekstrak) tersebut
sahaja pun, anda sudah boleh menghasilkan satu haruman minyak wangi.

Sebelum mencampurkannya, hendaklah diuji terlebih dahulu bagi memastikan


keserasiannya, dengan mencampurkan sedikit antara satu sama lain. Jika didapati ada
keserasian atau ngam, tidak menjadi keruh, tetapi jernih, bolehlah terus
mencampurkannya.

Jika hasilnya terlalu pekat atau keharumannya terlalu kuat, larutkanlah dengan Phenyl
Ether Alcohol atau Mineral Oil (White Oil). Selepas itu masukkan preservatif supaya
produk anda itu tahan, iaitu tidak menjadi rosak dan busuk oleh tindakan bakteria atau
fungus dengan menggunakan Prophyl Paraben sebanyak 0.02%. Kacau atau goncang
supaya ia larut, dan akhirnya masukkanlah Fixative sebanyak 1.0% bagi memantapkan
Minyak Wangi itu, iaitu supaya ia tidak mudah sejat keharumannya.

2. Bahan-bahan Kimia

Antara bahan kimia yang biasa digunakan bagi menghasilkan minyak wangi ialah:
Benzyl acetate
Benzyl salicylate
iso-Bornyl acetatep-t-Butyl cyclohexyl acetate
Cedryl acetate
Citronellol
Dihydro myrcenol
Geraniol
Heliotropine
Hexyl cinnamic aldehyde
Indole
y-Methyl ionone
Musk ketone
Penyl ethyl alcohol
Vanillin (Vanila)
Methyl dihydro jusmonate
Dimethyl benzyl carbinyl butyrate
p-t- Buthyl Methyl hydrocinnamie aldehyde
Phenyl acetaldehyde

Bahan-bahan tersebut di atas (dua-tiga jenis atau lebih) dicampur dan dilarutkan dengan
Phenyl Ether Alcohol atau gunakan Light Cosmetic Mineral Oil (Light Cosmetic White
Oil) jika tidak mahu menggunakan Phenyl Ether Alcohol.

Cara Membuat Minyak Wangi

Formula 1:
50 g Hexyl cinnamic aldehyde 50%
25 ml Methyl dihydro jusmonate 25%
20 ml Benzyl acetate 20%
3 g Dimethyl benzyl carbinyl butyrate 3%
2 g Indole 2%
0.10 g Proethyl (Bahan Awet)

Larutkan semua bahan tersebut di dalam Mineral Oil (White Oil).


Jika inginkan hasil minyak wangi ini halus atau tidak pekat melekit, campurkanlah
dengan sedikit Phenyl Ether Alcohol atau Isopropyl Streate.

Formula 2:
150 ml p-t- Buthyl Methyl hydrocinnamie aldehyde
100 ml Hexyl cinnamic aldehyde
45 ml y-Methyl ionone
10 ml Phenyl acetaldehyde
0.10 g Proethyl (Bahan Awet)

Larutkan semua bahan tersebut di dalam 200 ml Phenyl Ether Alcohol


Bagi Formula No. 2 ia adalah jenis alkohol. Jika tidak mahu menggunakan alkohol,
bahan-bahan yang lain itu hendaklah dilarutkan menggunakan Proplyn Glycol (PG)
sebagai pelarutnya.

Setelah bahan-bahan itu dilarutkan di dalam PG, masukkanlah ke dalam Mineral Oil
(White Oil). Kemudian masukkan Prophyl Paraben sebanyak 0.2% dan Isopropyl Streate
secukupnya bagi menghaluskan Minyak Wangi itu supaya ia tidak pekat dan meleket jika
dipakai nanti. Blender adunan dengan kelajuan yang tinggi supaya semua bahan larut
sebati dan biarkan ia stabil sehingga menjadi jernih. Akhir sekali, masukkanlah Fixative
sebanyak 1.0%, kacau hingga larut dan masukkan ke dalam botol-botolnya atau
automizer.

AWAS!!!
Phenyl Ether Alcohol adalah bahan yang mudah disambar oleh api

Kreaviti Mengadun Minyak Wangi

Formula yang dinyatakan di atas adalah sebagai contoh sahaja dan amaun atau peratusan
bahan yang digunakan boleh diubah, dikurangkan atau ditambah bagi mendapatkan
haruman yang berlainan dari segi kelembutannya, kekuatannya dan warnanya. Dengan
mengubah-ubah amaun bahan dan jenis kimia yang digunakan itulah yang akan
menghasilkan ratusan jenis haruman Minyak Wangi.

MEREKACIPTA HARUMAN MINYAK WANGI


(PENGADUNAN MINYAK WANGI)

Pengadunan Minyak Wangi yang dimaksudkan di sini bukanlah membuat minyak wangi,
tetapi berbagai haruman pati minyak wangi yang sedia ada dijual, dicampurkan antara
satu sama lain bagi menjadikannya minyak wangi haruman yang baru pula. Misalnya,
pati minyak wangi Melati, dicampurkan dengan pati minyak wangi Mawar, pasti anda
akan dapat satu haruman baru. Jika dicampurkan lagi dengan pati minyak wangi,
misalnya Poison atau Drakkar, anda akan menghasilkan satu lagi haruman minyak wangi.

Sebelum mencampurkan satu pati minyak wangi dengan yang lain, anda hendaklah
mengujinya terlebih dahulu dengan mencampurkan sedikit untuk mengetahui sama ada
antara satu pati minyak wangi itu ngam atau serasi atau tidak. Jika tidak ngam atau tidak
serasi, anda akan dapati hasil mencapurkannya akan menjadi keruh atau ia tidak mahu
larut antara satu sama lain.

Pati-pati minyak wangi itu harumannya kuat dan ada yang agak likat. Oleh itu anda
perlulah melarutkannya supaya harumannya menjadi lebih lembut dan keadaannya tidak
agak likat itu dengan menggunakan Phenyl Ether Alcohol supaya boleh dibotolkan
dengan botol yang ada mempunyai pam atau automizer. Jika anda tidak mahu
menggunakan Phenyl Ether Alcohol, anda gunakanlah Mineral Oil (White Oil).

Melarutkan Minyak Wangi


Terdapat 2 jenis Pelarut:
(a) DEA (Denatured Ether Alcohol)
- untuk menghasilkan minyak wangi beralkohol; untuk diisi di dalam botol
jenis spray (automizer).
(b) DEP (Diethyl Ether Pathalate)
- untuk menghasilkan minyak wangi berasaskan minyak.

Pengiraan untuk bancuhan


Lazimnya terdapat 3 formula asas untuk membancuh Minyak Wangi:
• 1:1 - nisbah bancuhan yang menghasilkan hasil yang terbaik; tetapi kos
pengeluarannya adalah tidak praktikal.
• 1:4 - nisbah yang kosnya paling efektif; namun hasil yang dikeluarkan hanya sekadar
biasa sahaja.
• 2:3 - nisbah yang boleh dianggap ideal dan yang disyorkan.

Penerangan
• 1:1
Ini bererti penggunaan Pati Minyak Wangi = 1 bahagian
Pelarut = 1 bahagian

• 1:4
Penggunaan Pati Minyak Wangi = 1 bahagian
Pelarut = 4 bahagian

• 2:3
Penggunaan Pati Minyak Wangi = 2 bahagian
Pelarut = 3 bahagian

Nota:

Untuk menjadikan Minyak Wangi yang anda bancuhkan ini tahan lebihΦ lama iaitu
tidak busuk, masukkan 0.02% Prophyl Paraben ke dalam Pati Minyak Wangi sebelum
mula membancuh.
Untuk memantapkan Minyak Wangi anda supaya tidak sejatΦ keharumannya dari
minyak/pelarut yang digunakan, masukkan sedikit Fixative.
Φ Anda juga boleh mencampurkan Pati Minyak Wangi untuk menghasilkan haruman
yang baru; gunakan kreativiti anda.
Pati Minyak Wangi dan Minyak Wangi yang telah dibancuh tidakΦ boleh disimpan di
tempat yang panas atau terdedah kepada cahaya matahari, kerana ia akan rosak.
Pati Minyak Wangi:
PEACOCK FRAGRANCE - Perfumes & Foods Flavour
38, Jalan 1
Pandan Indah Industrial Park
Tel. 03 – 4295 1448

LIANGTRACO SDN BHD – Pelbagai Bahan Kimia & Radas Makmal Sains.
403 LEBUH CHULIA
PULAU PINANG (Mr. Ong) TEL: 04- 2619652 - 2.30 – 6.00 ptg.
[Di sini kedai runcit - majoriti bahan kimia ada dijual secara runcit minimum 1 kg atau 1
liter.
Tanya terus:
Mr. Ong (sebelah petang sahaja . Tel. 04-2619652.)
Tanya harga bahan/radas dan bayaran pengiriman. Bank-in wang
ke Akaun Liangtraco Sdn Bhd. A/C Maybank No. 007013312578.
Fax slip bayaran Bank dan nama semua bahan/radas yang di-order serta nama dan alamat
penuh anda, serta Nombor Telefon anda.
Pejabat: hubungi Miss Yeoh]

MILLION TRADING SDN BHD


21 JALAN PINTAL TALI
OFF LEBUH CHULIA
PULAU PINANG TEL: 04-04-2615795
[Kedai runcit - - Pelbagai Bahan Kimia dan Botol Minyak Wangi serta Pelbagai pati
Minyak Wangi.]

EURO PHARMA-CHEMO SDN BHD (Mrs. Tan)


2408 LORONG PERUSAHAAN SATU
PRAI INDSTRIAL ESTATE
13600 PRAI, PULAU PINANG. TEL: 04-39911941
Cawangan:
No. 5, Jalan Astaka U8/82
Seksyen U8
TTDI Jaya, SHAH ALAM
TEL. 03-7846 1188 (Miss Adelne)
Fax: 03-7846 1663.

CHEONG KEE SDN BHD


109 JALAN SULTAN
50000 KUALA LUMPUR.. TEL.: 03- 20723886 / 20780232. Fax: 03- 20788199.
[Kedai runcit: Bahan: Makanan/Minuman/ Esen/ Minyak Angin/Bam dan botol.]

EUGENE CHEMICALS SDN BHD


51-B, JALAN RANGOON
OFF LEBUH BURMA
10400 PULAU PINANG
Tel. 04- 2260064. Fax: 04- 2268064
[Mrs. Khoo]
[Kedai runcit - Bahan Membuat Makanan & Minuman dan pelbagai Esen – boleh dibeli
melalui Pos termasuk ke Sabah & Sarawak)]

Apakah Alkohol boleh digunakan?


Sila klik link ini:
http://www.ittutor.net/forums/lofiversion/index.php/t8285.html

You might also like