You are on page 1of 4

KDN:SM 03/1122/8 ( )

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

Semua Ketua Jabatan / Setiausaha Bahagian / Ketua Unit

PELAKSANAAN
MODUL PENGURUSAN SARAAN, FAEDAH DAN GANJARAN -
SUBMODUL PENGURUSAN CUTI (CUTI REHAT)

TUJUAN

(1) Arahan ini bertujuan menguatkuasakan pelaksanaan pengurusan cuti


rehat melalui aplikasi HRMIS selaras dengan pelan pelaksanaan HRMIS
Kementerian Dalam Negeri yang berpandukan pelan pelaksanaan HRMIS
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

LATAR BELAKANG

(2) Submodul Pengurusan Cuti (Cuti Rehat) adalah salah satu submodul di
bawah Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran dalam aplikasi HRMIS.
Pelaksanaan submodul ini membolehkan pegawai perkhidmatan awam membuat
perancangan dan membuat permohonan cuti rehat secara dalam talian melalui
media elektronik.

(3) Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan satu sistem


pemantauan yang lebih berkesan, semua fungsi berkaitan dengan permohonan
cuti bermula dari proses memohon sehingga meluluskan cuti boleh dibuat
melalui HRMIS.

1
(4) Submodul ini dibangunkan berasaskan dasar dan peraturan perkhidmatan
awam yang sedang berkuat kuasa. Oleh itu, pegawai adalah tertakluk kepada
pematuhannya seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

(5) Maklumat yang dijana melalui pelaksanaan submodul ini merupakan satu
rekod yang sah dan jabatan boleh menggunakannya sebagai dokumen
sokongan kepada Rekod Perkhidmatan dalam melaksanakan sebarang urusan
perkhidmatan. Justeru itu, adalah mustahak pegawai-pegawai yang diberi kuasa
menyokong, melulus dan mentadbir cuti melaksanakan tanggungjawab ini
dengan sebaik-baiknya bagi memastikan kesahihan dan ketepatan rekod.

(6) Sehubungan dengan pelaksanaan Submodul Pengurusan Cuti (Cuti


Rehat) di dalam aplikasi HRMIS, adalah menjadi tanggungjawab semua pegawai
melakukan perkara-perkara berikut:-

a) menyemak kelayakan cuti di dalam HRMIS adalah selari dengan


kelayakan sebenar; dan

b) menyemak data sejarah cuti dan maklumat GCR yang dimasukkan ke


dalam HRMIS adalah selari dengan data sebenar.

(7) Penyemakan maklumat-maklumat di atas adalah penting bagi


memastikan pegawai mendapat faedah persaraan yang sewajarnya apabila
bersara nanti.

(8) Pemilik Kompetensi adalah bertanggungjawab untuk mencetak


permohonan cuti rehat yang telah diluluskan dan diserahkan kepada Pentadbir
Cuti Bahagian bagi tujuan rekod.

2
(9) Pada 1 Januari setiap tahun, Pentadbir Cuti Bahagian / Unit adalah
bertanggungjawab menjana kelayakan cuti tahun semasa pemilik kompetensi di
Bahagian / Unit masing-masing bagi membolehkan permohonan cuti dilakukan.

(10) Sebelum 10 Januari setiap tahun, Pentadbir Cuti agensi adalah


bertanggungjawab mencetak laporan cuti tahun sebelumnya bagi setiap pemilik
kompetensi untuk tujuan rekod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan.

Panduan Pengguna

(11) “Panduan Pengguna Submodul Pengurusan Cuti” adalah seperti di


Lampiran I. Panduan ini mengandungi langkah-langkah pelaksanaan serta
tatacara memohon, menyokong, melulus dan mentadbir cuti melalui aplikasi
HRMIS.

PERTANYAAN

(12) Sebarang pertanyaan berkenaan arahan ini boleh diajukan kepada:-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3, Blok D2, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 W.P. PUTRAJAYA
Telefon : 03-8886 8238 / 8225
Faks : 03-8888 0756/03-8888 8812
E-mel : helpdesk_hrmis@moha.gov.my

3
TARIKH KUAT KUASA

(13) Arahan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

PEMAKAIAN

(14) Arahan ini dikuatkuasakan sepenuhnya kepada semua Bahagian di


Kementerian Dalam Negeri kecuali RELA. Dengan berkuatkuasanya arahan ini,
penggunaan borang permohonan cuti rehat semasa adalah dihentikan.

(15) Tertakluk kepada kesediaan Jabatan-Jabatan termasuk RELA,


peruntukan arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua
Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

You might also like