TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Pengenalan Di dalam kehidupan bermasyarakat manusia, sifat tolong menolong adalah merupakan tingkah laku yang penting bagi menjamin kehidupan bermasyarakat yang selesa dan harmoni. Manusia bukan sahaja memberi pertolongan kepada orang orang yang tidak dikenali tetapi juga kepada orang yang tidak dikenali. Tingkah laku ini dikenali sebagai tingkah laku menolong atau tingkah laku prososial. Tingkah laku menolong ialah tingkah laku yang memberi faedah atau keuntungan kepada orang lain. Pertolongan yang diberikan mungkin hanya pertolongan biasa seperti memberi tempat duduk anda kepada seorang tua di dalam bas atau yang berbentuk benar -benar dilakukan seperti menyelamatkan seorang budak yang tergelincir di dalam parit atau yang berbentuk dirancang terlebih dahulu seperti menjadi sukarelawan memungut wang derma untuk orang -orang yang kurang bernasib baik atau yang berbentuk impulsif seperti tindakan seorang wira yang terus meredah ke dalam sebuah rumah terbakar untuk menyelamatkan kanak -kanak yang sedang menjerit kepanasan. Apa yang ketara melalui tingkah laku menolong dalam contoh-contoh yang disebutkan tadi ialah faedah atau kelebihan yang dinikmati oleh orang yang ditolong melalui pengorbanan yang dilakukan oleh orang yang menolong. Disebalik fenomena yang memperlihatkan tingkah laku manusia yang suka menolong ada pula ketikanya kita perhatikan tingkah laku manusia yang tidak mahu menolong misalnya ker p juga a kita mendengar kisah-kisah manusia dipukul, dirompak, ditipu, disiksa malah dibunuh di khalayak ramai terus dibiarkan, orang-orang yang berada di situasi tersebut hanya memerhati dan tidak menolong. Mengapakah kadang-kadang manusia gagal menolong di dalam situasi yang benar-benar memerlukan bantuan seperti ini?. Di dalam topik ini kita akan mengetahui mengapa dan kenapa manusia akan memperlihatkan tingkah laku prososial.

<!--[if !supportLists]--> Definisi Tingkah Laku Prososial <!--[endif]-->
Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan sukarela yang bertujuan untuk menolong ataupun memberi faedah kepada individu ataupun individu yang lain (Eisenberg and Mussen 1989, ms 3). Definisi ini merujuk kepada tindakan tersebut berbanding motivasi yang terh asil antara tindakan tersebut. Tingkah laku prososial melibatkan pelbagai aktiviti seperti berkongsi menyelesaikan masalah orang lain, menyelamat dan menolong. Selalunya tingkah laku prososial dikelilingi dengan altruisme. Kedua-duanya adalah berlainan konsep. Tingkah laku prososial merujuk kepada bentuk-bentuk aktiviti

manakala altruisme adalah motivasi untuk menolong orang lain dengan niat yang ikhlas dan memenuhi keperluan orang lain tanpa mengira bagaimana tindakan tersebut akan memberi faedah kepadanya. Contohnya altruisme yang biasa seperti seseorang individu yang memberi derma kepada individu, kumpulan ataupun individu tanpa mengharapkan penghargaan, politik atau peningkatan dari segi ekonomi. Ini menunjukkan aktiviti µderma¶ adalah tindakan prososial dan altruisme adalah motivasi untuk melakukan tindakan tersebut. Altruisme juga dirujuk sebagai tingkah laku yang tidak mementingkan diri sendiri. Dengan kata lain, tingkah laku ini terjadi akibat daripada sikap bertanggungjawab dan bermoral. Seseorang yang bertindak menolong tanpa mengharapkan ganjaran sosial, material dan psikologikal dianggap mempunyai sikap altruistik (sikap mengutamakan kesenangan atau kepentingan orang lain). Secara jelasnya altruisme ialah keinginan dan kemurahan hati untuk menolong orang lain walaupun melibatkan atau terpaksa mengeluarkan kos.

<!--[if !supportLists]-->Latarbelakang Tingkah Laku Prososial <!--[endif]-->
Telah terbukti bahawa tindakan sukarela adalah untuk memberi manfaat orang lain telah wujud dalam jiwa manusia dan haiwan. Pada 1978, Edward O. Wilson telah memulakan suatu bidang yang baru, sosiobiologi untuk mengkaji tingkah laku sosial haiwan dan manusia dimotivasikan oleh biologi organisma tersebut. Wilson (1978) telah menggunakan contoh dokumentasi mengenai µpertolongan¶ yang wujud antara haiwan dan spesis serangga. Semenjak pengedaran buku teks beliau yang inovatif, banyak buku dan artikel dikeluarkan mengenai tingkah laku menolong dan juga menyelamat pada haiwan seperti lebah, semut, anjing liar dan spesis lain. Secara semulajadi, perkembangan ahli psikologi dan saintis sosial merujuk kepada kajian terhadap haiwan yang membuktikan tingkah laku prososial adalah fungsi biologi yang telah diprogramkan di dalam jiwa kemanusiaan bukan secara semulajadi ataupun tindak yang dipelajari. an Contoh yang menunjukkan manusia mempunyai sifat menolong telah dijumpai sejak lama dulu dan telah direkodkan dalam sejarah ataupun zaman prasejarah. Di Amerika Utara, orang asli mempunyai budaya berkumpulan yang kuat di mana kumpulan tersebut saling tolong menolong. Dikalangan Hopi sejak 500 SM, sifat tolong menolong dan kerjasama memberikan kebaikan kepada seluruh ahli keluarga dan individu. Persainga dan kepentingan sendiri n bukan aspek dalam kebudayaan Hopi. Di Barat Laut India pula, masyarakat mereka menjemput

tetamu ke dalam upacara mereka dan tetamu akan diberi hadiah berdasarkan status tetamu berkenaan. Kebangkitan Nazisme. perang dunia. Walaubagaimanapun pada tahun 1960an. 3 kepercayaan agama yang penting di dunia iaitu Islam. Selain itu. Satu badan telah mengkaji berkenaan perkembangan untuk meningkatkan psikologi dalam memberi. Saintis sosial telah menggunakan istilah ini sebagai antonim untuk µtingkah laku antisosial¶. Bidang psikologi sosial telah menjadi suatu disiplin pada awal 1900an dan fokus utama adalah lebih kepada menekankan kesedaran pada masa tersebut. Contohnya Ugama Islam mengajar bahawa membantu orang-orang miskin dan fakir adalah satu tanggungjawab agama. Dalam sejarah. terdapat banyak contoh yang menunjukkan Tuhan mengarahkan ataupun memerintahkan penganut agama Yahudi untuk membantu orang yang lemah dan miskin melalui µOld Testament¶. . mengeluarkan zakat adalah wajib kepada umat Islam dan menjadi salah satu daripada tiang atau perinsip Agama Islam. menolong dan berkongsi. meskipun aktiviti-aktiviti tersebut adalah bukan mangsa sebenar apa yang mereka jangkakan. termasuklah paderi. Holocaust. kepentingan tingkah laku menolong dan moitvasi psikologi untuk kearah itu telah menjadi tarikan. Justeru. semasa zaman perubahan keadilan undang -undang. Penekanan dalam memberi dan menolong dalam agama Judeo -Kristian adalah sebab utama yang menyebabkan kita menganggap tingkah laku prososial sebagai norma sosial dan suatu moral yang penting dalam kebudayaan barat. Pemahaman tingkah laku prososial telah dikenalpasti menjadi kunci untuk mengharmonikan antara individu atau hubungan dalam sesuatu kumpulan. perkembangan yang giat terhadap senjata nukleur dan perkauman. Buddha dan Kristian mengajar bahawa menolong orang yang kurang bernasib baik adalah suatu kewajipan dalam beragama. istilah tingkah laku prososial telah digunakan sejak 1970 an. Jesus juga memberitahu pengikutnya mengenai cerita yang mengandungi tunjuk ajar iaitu ³ The Good Samaritan´ yang mengarahkan mereka untuk mengikut contoh jiran yang baik yang membantu orang yang memerlukan yang telah dipelopori oleh orang -orang dahulu. Perta ma. Pencarian kunci untuk harmoni pada masa tersebut kerana dua alasan. bangsa kulit hitam dan putih telah menghukum diri mereka sendiri dengan hukuman sebat dan kematian dalam membantah pengasingan kaum. Selalunya motivasi menggalakkan tingkah laku prososial dan altruisme adalah berkait dengan amalan kepercayaan ataupun agama.

Menambahkan penerimaan sosial dan meningkatkan nilai kendiri. Berikutan kajian-kajian yang dilakukan oleh badan-badan ka atas tingkah laku prososial telah membuahkan hasil yang baik iaitu menghasilkan penulis-penulis mengenai tingkah laku prososial. Norma sosial yang paling penting adalah altruisme. kaum kerabat) adalah idea tentang tingkahlaku yang melibatkan genetik bersaudara adalah berlaku secara s pontan. dan telah berulangkali meminta tolong tetapi langsung tidak dibantu oleh seorangpun walaupun terdapat 38 individu yang telah mendengar jeritan beliau. Membebaskan tekanan yang disebabkan oleh pemerhati. Teori pertukaran sosial membantah sekerasnya sesuatu yang dilakukan berdasarkan kemahuan untuk memaksimumkan hasil dan meminimumkan kos. Sesuatu pertolongan boleh dihargai dalam 3 cara: 1. Idea mengenai pemilihan µkin´ (sanak saudara. menimbulkan persoalan mengapa manusia tidak mempunyai tingkah laku prososial dan telah memaksa ahli psikologi sosial untuk mengkaji motivasi psikologi yang akan mendorong sifat menolong dan berkongsi. Tingkahlaku Prososial: Mengapa Manusia Memberi Pertolongan <!--[endif]--> Golongan ahli psikologi Evolusi berpendapat tingkah laku sosial berkaitan dengan elemen naluri dan dan juga faktor genetik. Seorang saksi telah menelefon polis 30 minit selepas serangan penjenayah itu dan selepas Genovese mati.Alasan kedua. Ia menerangkan tingkahlaku sosial yang dipe ngaruhi faktor yang berkembang beransur-ansur melalui peredaran masa (pemilihan semulajadi atau spontan). Manakala sebahagian ahli psikologi yang berpegang kepada Teori Pertukaran Sosial mengandaikan bahawa faktor berlakunya tingkah laku prososial bergantung kepada faktor kos dan pulangan sesuatu pertolongan yang diberikan. Eisenberg (1986) mencadangkan bahawa sesiapa yang belajar dengan baik me ngenai norma sosial mempunyai nilai kompetetif atau daya saing yang lebih tinggi. . tetapi tidak menyokong teori berdasarkan asas genetik. Kebangkitan keadilan undang-undang dan pembunuhan Genovese telah menarik perhatian rakyat. pangsapurinya. Menyokong teori psikologi evolusi iaitu teori berasaskan kemahuan dan minat sendiri. terdapat peningkatan mendadak bilangan kes pemerhati ataupun pegawai atasan yang gagal menolong mangsa-mangsa daripada jenayah yang kejam ± perkara yang paling sensasi telah berlaku pada 1964 iaitu pembunuhan Kitty Genoves Genovese telah ditikam diluar e. Norma pertukaran (Norm of reciprocity) adalah anggapan bahawa menolong orang lain akan meningkatkan kemungkinan mereka yang ditolong akan menolong kembali di masa akan datang. 2. Meningkatkan kebarangkalian seseorang individu menolong kita di masa hadapan. 3.

lebih besar. Bukan hanya personaliti yang mempengaruhi seseorang memberi pertolongan ia juga bergantung kepada situasi yang dilalui. tingkah laku ini dipengaruhi oleh norma personaliti seseorang individu itu. Jelasnya tahap prososial atau pertolongan seseorang individu berbeza dalam situasi yang berbeza. Personaliti Penentu Tingkahlaku Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Kepelbagaian personaliti ini menjadi penentu kepada tingkah laku prososial. <!--[if !supportLists]-->ii) Percaya kepada dunia yang adil<!--[endif]--> . kawal diri dan berusaha memberikan impresi yang baik kepada orang lain. lebih berat dan mempunyai kemahiran yang lebih baik dalam menolong orang berbanding manusia lain. Personaliti ini boleh dilihat dan dibincangkan dari aspek berikut: Perbezaan individu : personaliti altruistik Aspek dalam diri seseorang individu yang menyebabkan dia menolong orang lain dalam pelbagai situasi. Individu yang mempunyai sifat empati juga merasakan mereka bertanggungjawab. Menurut Huston (1981) dalam kalangan mereka yang mempunyai keberanian menolong walaupun diri mereka menghadapi bahaya ialah mereka yang memp unyai ciriciri seperti lebih tinggi. akur. Ini menunjukkan individu yang berbeza akan membantu dalam situasi yang berbeza. Norma t personaliti pada individu yang berasaskan perasaan mempengaruhi individu menolong orang lain. Kajian menunjukkan perkaitan antara individu yang menolong dalam satu situasi adalah tidak begitu berkait dengan tahap prososial individu tersebut dalam si uasi yang lain.Pertolongan juga boleh melibatkan kos yang mana kadar pertolongan akan berkurang dengan peningkatan kos. Dalam hal ini Baron dan Byrne (1991) telah merumus dan menyenaraikan lima pembolehubah personaliti alturistik iaitu : <!--[if !supportLists]-->i) Empati<!--[endif]--> Individu yang cenderung bertingkah laku prososial adalah mereka yang mempunyai empati yang tinggi. Contohnya individu yang menderma darah. tolak ansur.

Sebagai contohnya dalam masyarakat kita hari ini bangsa Cina lebih cenderung untuk menolong bangsa Cina itu sendiri begitu juga bangsa India dan juga bangsa Melayu. pendidikan termasuklah komitmen dalam jangkamasa panjang. . kepahlawanan (Heroic).Individu yang mempunyai persepsi bahawa kehidupan di dunia ini adalah adil apabila tingkahlaku yang baik diberikan ganjaran dan tingkah laku yang tidak baik akan menerima hukuman. Perbezaan budaya Berdasarkan perbezaan budaya. <!--[if !supportLists]-->iii) Tanggungjawab sosial<!--[endif]--> Setiap individu biasanya percaya bahawa setiap manusia bertanggungjawab untuk melakukan sebaik mungkin dalam menolong orang lain. penjagaan. <!--[if !supportLists]-->iv) Lokus kawalan dalaman<!--[endif]--> Lokus kawalan dalaman ialah individu percaya bahawa mereka boleh menentukan cara-cara terbaik dalam bertingkah laku untuk memberikan pertolongan. Manusia yang kurang cenderung memberikan pertolongan biasanya bersifat egosentrik dan bersaingan. berpuak (collective culture) akan lebih suka menolong ahli dalam puak mereka berbanding dengan individu dari kumpulan lain. Mereka beranggapan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi. iaitu mereka yang mempunyai kebudayaan yang sama antara satu sama lain. manusia lebih suka menolong ahli dalam kumpulan mereka. Berbeza dengan individu yang mempunyai lokus kawalan luaran. Perbezaan jantina/ gender Eagly dan Crowly (1987) menyatakan lelaki lebih suka menolong dalam keadaan bersifat kesatriaan. Mereka percaya bahawa tingkah laku menolong bukan sahaja memberi faedah kepada orang yang diberi pertolongan tetapi juga kepada orang yang memberi pertolongan. <!--[if !supportLists]-->v) Egosentrisme yang rendah<!--[endif]--> Mereka ini adalah tidak mementingkan diri sendiri. mereka ini hanya berserah kepada nasib dan dengan demikian mereka tidak berusaha bersungguh -sungguh dalam memberikan pertolongan. berbanding dengan yang bukan ahli kumpulan mereka. manakala wanita pula lebih gemar menolong dalam pemeliharaan. Mereka yang mempunyai kebudayaan kumpulan.

Emosi yang baik akan meningkatkan keprihatinan yang akan menolong kita untuk lebih berkelakuan berdasarkan nilai-nilai murni dan kepercayaan atau agama sendiri. Menolong sebagai cara mengurangkan tekanan yang dihadapi. Kesan emosi terhadap tingkah laku prososial Individu yang mempunyai perasaan atau emosi yang baik akan lebih cenderung untuk menolong.3 sebab yang menyokong pernyataan di atas iaitu : 1. budaya.Namun demikian dalam konteks negara ini yang berbilang bangsa. Persekitaran: Pedalaman atau Bandar Mereka yang tinggal di kampung atau pedalaman lebih cenderung untuk menolong dalam pelbagai situasi di kebanyakan negara. Pada hari ng ini situasi masyarakat bandar dan luar bandar begitu berbeza sebagai contohnya masyarakat luar bandar begitu mudah dan mesra untuk menjemput tetamu masuk ke rumah mereka berbanding di kawasan bandar yang sukar untuk menjemput tetamu masuk ke rumah mereka. Orang di kawasan bandar cuba mengelakkan diri mereka dari dibebani rangsangan yang diterima. Menolong orang lain akan memanjangkan keadaan emosi yang lain. Jadi penduduk bandar kurang ingin menolong untuk mengelakkan berlebihan bebanan. Hipotesis membebaskan keadaan/ kenyataan negatif Menyatakan individu memberi pertolongan untuk mengurangkan kesedihan. Secara jelas orang di kawasan pedalaman lebih mempunyai sifat kejiranan dan senang mempercayai orang yang tidak dikenali. Emosi yang baik membolehkan kita menterjemahkan sesuatu perkara yang berlaku secara simpatetik. 2. Bilangan pemerhati : Kesan pemerhati kepada tingkah laku prososial <!--[endif]--> . kemurungan. Latena dan Darley (1970) mendapati bahawa pelajar dari luar bandar adalah cenderung kepada menolong ora lain. 3. Milgram (1974) menyebut mengenai hipotesis bebanan. <!--[if !supportLists]-->Situasi Yang Menentukan Tingkahlaku Prososial : Bila Seseorang Akan Menolong Individu Yang Lain. kepercayaan dan agama keadaan ini cuba diintegrasikan agar wujud rasa kebersamaan tanpa mengira bangsa yang berlainan. tekanan yang dialami diri sendiri yang merupakan contoh pendekatan µpertukaran sosial¶.

Matlamat pertolongan adalah untuk menyokong. Menyedari perkara yang berlaku 2. 3. Keadaan ini begitu mengganggu penterjemahan sesuatu kejadian kepada kecemasan seterusnya mengurangkan keinginan menolong. kurang keyakinan diri dan mereka selalu merasa tersiksa dengan pertolongan tanpa disedari. Jika ditolong ini bermakna menunjukkan individu yang ditolong merasa tidak berdaya saing. Mengetahui cara atau kaedah untuk menolong 5. Menganggap dan menterjemahkan keadaan itu sebagai kecemasan. maka bilangan saksi kejadian akan meningkat dan seterusnya kadar menolong berkurang. Penyerapan rasa tanggungjawab adalah fenomena di mana sekiranya rasa tanggungjawab setiap pemerhati menurun. 1. Secara umumnya kita lebih gemar menolong orang yang dikenali berbanding orang yan tidak g dikenali selagi orang yang dikenali tidak mengambil kesempatan ke atas kita untuk kesenangan diri mereka sehingga menjejaskan maruah kita sendiri. tetapi berjaga-jaga dalam pengawalan aktiviti menolong yang mungkin akan mengancam maruah orang yang ditolong.Latane dan Darley (1970) membina langkah demi langkah penerangan bagaimana individu memutuskan untuk memberi pertolongan dalam sesuatu kecemasan. Memutuskan untuk melaksanakan pertolongan Ketidakpedulian beramai-ramai (pluristic ignorance) iaitu fenomena di mana pemerhati menganggap tiada apa yang berlaku dalam sesuatu kecemasan kerana tiada seorang pun yang mengambil berat kejadian tersebut. Pengaruh Psikologi Terhadap Tingkah Laku Prososial Kebiasaannya manusia menunjukkan tingkahlaku prososial terhadap sesuatu keadaan disebabkan oleh pengaruh psikologi yang pernah dialami. menyatakan rasa ambil berat. viti . Pengaruh psikologi banyak mempengaruhi cara manusia bertindak terhadap sesuatu keadaaan dan suasana yang melibatkan akti sosial. Kehadiran perasaan tanggungjawab 4. Bagaimana meningkatkan sifat menolong? Manusia tidak suka selalu ditolong.

keinginan untuk menolong akan berkurangan dan seseorang itu akan lebih kepada mementingkan diri sendiri dengan menyelesaikan masalah sendiri daripada masalah orang lain. Ke san emosi boleh dilihat dari aspek berikut: Empati Empati adalah merupakan kebolehan individu meletakkan diri dalam keadaan orang lain. Tingkahlaku menolong ini adalah disebabkan oleh perkongsian emosi dengan individu lain iaitu cuba merasai atau memahami apa yang telah dialami oleh individu lain. Suasana rasa yang baik Keinginan menolong sering juga dikaitkan dengan sua sana rasa. Apabila individu mengalami suasana rasa yang baik ia akan menjadi lebih aktif dan berkeinginan untuk menolong individu lain lebih tinggi. faktor keperibadian dan faktor situasi atau keadaan semasa. Suasana rasa ini akan membangkitkan keinginan untuk menolong. kematian dan sebagainya. Faktor Emosi atau perasaan Kesan emosi mendorong manusia bertindak dalam keadaan di luar dugaan.Pengaruh psikologi ini terbahagi kepada 3 faktor iaitu faktor emosi atau perasaan. Perasaan bersalah ini kebiasaannya memudahkan seseorang untuk menolong orang lain. Individu menolong yang bergantung kepada suas ana rasa yang baik mempunyai keinginan untuk menolong yang tidak tetap iaitu apabila keadaan suasana itu berubah. Daripada perasaan simpati inilah individu akan membantu untuk meringankan tekanan yang dialami oleh orang lain. Apabila seseorang melihat orang lain dalam kesusahan empati bertindak sebagai pendorong seseorang itu untuk menolong orang lain yang ditimpa kesusahan (Ma¶rof Redzuan. kemalangan. Empati biasanya pertolongan yang diberi pertolongan yang diberi untuk mengurangkan tekanan diri dan emosi orang lain dalam bentuk ganjaran dan perkhidmatan. Perasaan bersalah dan simpati Perasaan bersalah biasanya timbul apabila melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri dan orang lain. masalah rumahtangga. Kadang kala individu menolong orang lain disebabkan perasaan simpati iaitu merasa kasihan kepada individu lain akibat nasib tidak baik yang diterima individu lain seperti bencana alam. 2001). Suasana rasa yang kurang baik .

Faktor Keperibadian Faktor keperibadian boleh dilihat dari aspek berikut: Kebolehan untuk mendapatkan ganjaran Seseorang itu akan menolong orang lain apabila ganjaran yang diperoleh memberi kepuasan kepadanya (Bandura. Motivasi untuk menolong Keinginan untuk menolong biasanya mempunyai motif atau matlamat yang tertentu mengakibatkan seseorang itu menolong orang lain. Konsep ini adalah merupakan konsep ganjaran iaitu setiap perbuatan yang baik akan mendapat balasan yang baik. Peristiwa pahit atau pengalaman lampau sering kali membayangi kehidupan manusia. Apabila melihat orang lain memerlukan bantuan. Ahli-ahli potlitik biasanya menghulurkan bantuan dengan matlamat dan motif utama untuk mendapatkan undi semasa pilihan raya. individu itu akan merasakan ia mempunyai tanggungjawab untuk menolong individu yang memerlukan pertolongan disebabkan pengalaman menolong yang pernah dilakukan oleh individu itu. penghormatan dan pujian (Bandura.Suasana rasa yang kurang baik selalunya terjadi akibat kesilapan yang pernah dilakukan dan pengalaman yang merugikan dalam hidup. Latar belakang . Pengalaman seseorang individu apabila menolong orang lain juga memainkan peranan dalam memotivasikan individu itu untuk menolong individu lain. Individu lazimnya akan menolong individu lain daripada melakukan kesilapan yang pernah ia lakukan terdahulu. 1986). Matlamat atau motif individu yang menolong biasanya dalam bentuk ganjaran. 1986). Sebagai contohnya seorang ahli korporat berjaya yang berasal dari keluarga yang susah memberikan pertolongan kepada pelajarpelajar miskin dalam bentuk biasiswa dan sebagai. Bentuk ganjaran adalah dalam pelbagai bentuk sebagai contohnya harta benda. Dalam Islam setiap individu yang menolong orang lain dijanjikan pahala. penghormatan. pujian dan sebagainya. Individu yang mempunyai suasana rasa yang tidak baik ini iaitu individu yang menolong biasanya akan menolong individu lain dan mengha rapkan suasana rasa yang baik akan dialami oleh individu yang ditolong. Jika sesuatumotif atau matlamat itu dapat dicapai apabila individu itu menolong maka keinginan untuk menolong adalah tinggi dan begitulah sebalik. Tingkah laku menolong ini adalah kerana pengalaman masa lampau ahli korporat tersebut yang susah cuba menolong pelajar pelajar yang miskin agar pelajarpelajar tersebut akan dapat merasai suasana yang baik.

Trait personaliti ini dapat mempengaruhi tingkah laku menolong kerana seseorang itu mempunyai kendiri yang tinggi. Individu ini dilihat kurang menolong kerana lebih menumpukan perhatian dan dipengaruhi oleh contoh atau model (bystander) dalam situasi kecemasan. Sikap seseorang Sikap seseorang untuk menolong bergantung kepada kelakuan yang mengubah sikap antara individu dalam masyarakat yang sama dan kesan terhadap tingkah laku menolong dalam situasi yang khusus. aktif dan suka memajukan diri. cerah . Daya menolong orang di kawasan luar bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan orang di kawasan bandar. Sifat keperibadian Sifat keperibadian dilihat sebagai penilaian kendiri dan dikenali juga sebagai trait personaliti. Keadaan persekitaran Dalam banyak keadaan kita melihat bahawa keadaan persekitaran sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku prososial. Individu ini dilihat lebih mempunyai keinginan untuk menolong orang lain. Kajian menjumpai individu yang berorientasi penilaian kendiri atau harga diri menyerlahkan pencapaian. Manakala individu yang berorientasikan keselamatan menunjukkan rasa bimbang. Keadaan persekitaran seperti cuaca panas atau hujan. sikap seseorang melibatkan rasa kewajipan mel kukan tindakan menolong a yang khusus. meyakini bahawa dirinya boleh mengubah keadaan buruk yang menimpa kepada yang lebih baik dan suka melakukan kebajikan terhadap orang lain. Faktor Situasi Faktor situasi adalah penting dalam menentukan sama ada seseorang itu akan memberikan pertolongan atau pun tidak.Latar belakang seseorang individu juga mempengaruhi tingkah laku prososial seseorang individu. Latane dan Darley (1970) mendapati bahawa pertolongan yang diberikan kepada orang lain terhadap masyarakat adalah lebih tinggi di kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar. Satu alasan mengenai kesukaran untuk melihat seseorang itu akan menolong dalam sesuatu situasi adalah kerana tekanan situasi dalam cara yang kompleks. tidak selamat dan bergantung kepada orang lain. Dalam hal ini beberapa perkara yang berkaitan keadaan situasi akan dibincangkan. Ketika menolong.

Beberapa sebab diberikan mengapa orang yang tinggal di bandar-bandar besar dikatakan kurang cenderung berting kah laku prososial. Dalam masa yang terbatas kemungkinan manusia tidak melakukan pertolongan sekiranya pertolongan itu memakan masa yang lama dan tidak melibatkan kos yang tinggi sekiranya tidak ditolong (Ma¶rof Redzuan. Kesibukan hidup di bandar juga mengurangkan tahap tingkah laku prososial penduduk di bandar besar kerana kesibukan ini menghalang mereka untuk mengenali antara satu sama lain. Dalam maksud yang lain keadaan yang bising manusia agak terhalang untuk menyedari sesuatu peristiwa yang memerlukan pertolongan itu berlaku. Begi tu juga manusia lebih cenderung untuk menolong dalam musim panas berbanding musim sejuk.atau gelap dan bandar atau luar bandar adalah merupakan persekitara yang akan memainkan n peranan dalam mempengaruhi tingkah laku prososial. Menurut beliau kecenderungan menolong di banda kecil r adalah lebih tinggi berbanding dengan di bandar besar. Faktor kebisingan juga boleh memberi kesan kepada tingkah laku prososial. Manusia biasanya akan memilih untuk menyelesaikan perkara-perkara penting dan segera terlebih dahulu dan kurang memberi keutamaan kepada memberi pertolongan. Sears (1991) mendapati bahawa kebisingan boleh mengurangkan gerak balas manusia pada sesu tu peristiwa a dalam persekitaran. Kehadiran Orang Lain . Walau bagaimanapun adalah segelintir ahli m asyarakat yang kadang kala membuat pertimbangan atau analisis kos keuntungan. Antara sebabnya ialah bebanan yang dialami oleh penduduk di bandar besar yang sentiasa disogok dengan rangsangan rangsangan termasuk rangsangan daripada orang lain sebagai contohnya perasaan ketidakupayaan akibat daripada berurusan dengan pemerintah dan birokrasi yang dirasakan tidak bersifat responsif. dalam kajiannya mendapati bahawa subjek kajian lebih cenderung untuk menolong apabila cuaca bermatahari lebih cerah berbanding apabila cuaca hujan yang malap. Steblay (1987) pula menyatakan bahawa saiz sesebuah bandar itu penting dalam hubungannya dengan tingkah laku prososial. 2001). Tekanan masa Dalam situasi tertentu manusia mungkin dalam keadaan tergesa-gesa menyababkan mereka tidak mempunyai masa untuk menolong. Kesan kesibukan ini menjadikan penduduk di bandar lebih bersifat keakuan dan tidak bersifat kekitaan. Dapatan kajian ini disokong pula oleh hasil kajian yang didapati oleh Amato (1983). Cunningham (1979).

mereka cenderung untuk menolong jika sedar ramai orang berada bersama ketika itu. Pertolongan yang diberikan itu adalah dengan harapan akan mendapat kepercayaan dan rasa hormat orang lain kepada mereka. Kita biasanya menjadi serba salah dan tidak selesa jika kita sedar bahawa setiap tingkah laku kita diperhatikan. Perasaan seperti risau. khuatir dan bimbang akan wujud dalam diri kita kalau-kalau kita telah melakukan sesuatu yang salah dan ini akan mengundang penilaian negatif daripada orang lain. Dalam hal ini kita merasa tidak selesa apabila memberikan pertolongan lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang lain.Kehadiran orang lain boleh mengurangkan kecenderungan untuk menolong atau ia juga boleh meningkatkan kecenderungan untuk menolong. Pentafsiran kita terhadap peristiwa inilah yang boleh mempengaruhi bagaimana kita seharusnya bertindak samaada untuk menolong atau tidak. Kesan bystander boleh diterangkan seperti berikut : <!--[if !supportLists]-->i) Kesamaran dalam pentafsiran ke atas situasi<!--[endif]--> Pemberi pertolongan yang berpotensi kadangkala tidak begitu pasti sama ada sesuatu itu sebenarnya merupakan satu kecemasan atau orang yang ditimpa kemalangan itu perlu ditolong atau pun tidak. Semua ini adalah merupakan kos yang kita hadapi sekiranya kita menolong dan . Bagi individu yang kurang kecenderungan untuk menolong akibat kehadiran orang lain mungkin beranggapan bahawa dia tidak perlu memberi pertolongan kerana sudah ada orang lain yang boleh memberikan pertolongan. Begitu juga bagi individu yang beranggapan bahawa tidak perlu menonjolkan pertolongan yang diberikan maka mereka ini kurang kecenderungan untuk menolong apabila orang lain hadir bersama dalam situasi tersebut. Begitu juga bagi seorang pemimpin masyarakat. Sebagai c ontohnya seorang pekerja bawahan akan cenderung untuk menghulurkan bantuan atau pertolongan jika mereka sedar dan tahu akan kehadiran ketua atau majikan mereka. Latane dan Darley (1970) menamakan ini sebagai kesan bystander. Namun demikian bagi orang yang berkecenderungan tinggi apabila ada kehadiran orang lain mungkin mereka mengharapkan sesuatu dari pertolongan yang diberikan. Dengan itu tingkah laku bystander lain boleh mempengaruhi bagaimana kita mendefinisikan situasi. <!--[if !supportLists]-->ii) Kebimbangan penilaian<!--[endif]--> Sudah menjadi kebiasaan manusia menjadi bimbang dengan penilaian orang lain terhadap diri mereka.

maka kita merasakan itu menjadi tanggungjawab kita untuk membantu. Azizi dan rakan -rakan (2005). Keadaan sebaliknya juga mungkin boleh berlaku. Norma timbal balik menyatakan bahawa kita harus menolong mereka yang pernah menolong kita. Walau bagaimanapun banyak perhubungan . misalnya jika kita lihat seseorang yang cedera dan kita segera memberikan pertolongan kerana kita bimbang jika kita tidak menolong kita itu orang lain akan mengatakan kita seorang yang tidak berperikemanusiaan dan sebagainya. Kebimba ngan ini juga boleh menjadi pendorong kepada kita untuk menunaikan tanggungjawab sosial. tetapi sikap timbang rasa juga mempengaruhi seseorang dalam memberi bantuan kepada individu lain. Ia susah terjadi secara tiba-tiba. ia akan mendorong kita akan sentiasa emberi pertolongan kepada sesiapa pada masa -masa akan datang.keinginan untuk mengelakkan diri daripada penolakan sosial ini boleh menghalang kita daripada bertindak untuk menolong. Rasa tanggungjawab juga berkaitan dalam norma sosial ini. <!--[if !supportLists]-->iii) Penyebaran tanggungjawab<!--[endif]--> Kesan bystander ada juga kaitan dengan penyebaran rasa tanggungjawab. Menurut perpektif norma sosial terdapat beberapa norma sosial yang mempengaruhi tingkah laku prososial iaitu : Norma timbal balik (Reciprocity) Sikap timbal balik begitu kuat mendorong seseorang memberi pertolongan semata -mata untuk mendapatkan balasan dan ganjaran. Galakan membantu Norma sosial penting bagi individu atau kumpulan dalam memberi sebarang bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Sebagai contohnya jika satu keadaan atau situasi di mana tiada orang lain yang berada di situ ketika sesuatu kejadian berlaku. Sikap timbal balik dalam norma sosial ialah tingkah laku yang dilakukan oleh individu A menolong individu B disebabkan individu B pernah menolong individu A. menyatakan bahawa sikap tolong menolong yang dilakukan oleh individu bukan sahaja berpunca faktor timbal balik. Jika kita sudah biasa memberi bantuan kepada orang lain. Kebimbangan ini boleh mendorong diri untuk menolong. Namun demikian jika ada orang lain yang bersama maka tanggungjawab pada diri akan berkurangan kerana merasakan orang lain juga mempunyai tanggungjawab yang sama untuk menolong ketika itu. Norma sosial jenis ini adalah universal dan saling melengkapi antara satu sama lain dengan bahagian kod moral dan semua budaya.

kedudukan dan pangkat seharusnya lebih banyak menolong orang lain yang memerlukan pertolongan. namun dalam masa yang sama apa tindakan kita jika me lihat seorang isteri dipukul oleh suaminya sendiri atau seorang anak dipukul oleh ibu atau ayahnya. Dalam sebuah masyarakat norma sosial masyarakat tersebut adalah berbeza dengan masyarakat yang lain.sesame individu terjalin melalui rasa tanggungjawab dan timbang rasa dalam tingkah laku tolong menolong. Norma in juga menyatakan i bahawa seseorang seharusnya memperolehi ganjaran berdasarkan sumbangannya terhadap kelompok (Ma¶rof. Tindakan ini adalah menurut norma tanggungjawab sosial. Sebagai contohnya norma sosial masyarakat kita yang menyatakan jangan suka menjaga tepi kain orang lain. Norma sosial dan norma peribadi Sesuatu tingkah laku yang dilakukan melalui norma-norma sosial adalah kurang tepat ramalannya. Andaian ini adalah merupakan norma tanggungjawab sosial. 2001). Oleh yang demikian norma bu kan sahaja bertindak sebagai pendorong kepada sesuatu tingkah laku tetapi juga adalah untuk membataskan tingkahlaku yang lain. Penghalang galakan membantu . Walau bagaimanapun seperti yang telah dibincangkan sebelum ini bahawa ada segelintir individu yang menghulurkan bantuan adalah bertujuan untuk mendapatk faedah daripada bantuan tersebut. Norma ini diserap ke dalam diri bukan untuk mendapatkan ganjaran sosial atau material. prinsip dan perasaan tanggungjawab moral individu untuk menolong orang lain dalam situasi yang tertentu. Norma tanggungjawab sosial Terdapat andaian bahawa orang yang berkedudukan baik seperti ada kuasa. an Mohd Makzan (2001) menyatakan bahawa norma tanggungjawab sosial ini mengarah individu untuk membantu mereka yang patut diberi bantuan khususnya individu yang bergantung kepada diri kita. Dalam konteks norma peribadi pula tingkah laku prososial boleh difahami melalui nilai. Dalam keadaan ini ada pihak yang mempunyai norma yang lain menyatakan kita harus membantu dan menolong isteri dan anak tersebut. Norma kesamaan dan keadilan dalam pengagihan Norma kesamaan dan keadilan menyatakan bahawa setiap ahli sesuatu kelompok hendaklah mendapat faedah secara sama rata daripada pengagihan ganjaran. Seorang abang akan bertindak seb agai penjaga dan pelindung kepada adik-adiknya.

perlu dibantu dengan beberapa kaedah tertentu. Ia juga berfungsi sebagai sumber jangkaan mengenai apa akan berlaku sekiranya kanakkanak tersebut bertindak dalam cara yang sama. Sehubungan dengan itu. Melalui teknik ini. pujian. Mereka lebih cenderung menolong golongan keluarga mereka sahaja. kanak-kanak yang mengajuk atau meniru tingkah laku model model kadangkala diberikan peneguhan dalam pelbagai bentuk. Manakala penyesuaian yang ketiga ialah menghalang penerimaan individu yang lain. galakan dan sebagainya. Melalui pemerhatian hubungan antara tingkah laku model dan hasil atau kesan daripada tingkah laku tersebut. Seterusnya kanak-kanak akan dapat menjangkakan bahawa sesuatu ting kah .Kebanyakan penduduk di bandar kurang terlibat dalam akriviti tolong menolong. klien akan berkongsi pandangan da pendapat dengan rakan-rakan lain n dalam kelompok tentang konsep dan kebaikan tingkah laku prososial. tidak gemar menderma. Bandura mengandaikan bahawa kebanyakan tingkah laku kanak -kanak dipelajari dengan cara memerhatikan tingkah laku orang lain. Kurangnya masa untuk setiap individu bermakna kurangnya peluang pembantu menjadi biasa dengan permasalahan dan merasa empati terhadap individu yang tertekan. Mereka lebih mementi ngkan diri sendiri. suka mengasingkan diri dan sebagainya. Teknik yang dicadangkan ialah teknik pembelajaran sosial atau peniruan sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura. dia tidak akan diketahui dan tidak akan menerima bantuan. Penyesuaian yang pertama ialah untuk mengurangkan masa yang diberikan oleh setiap individu. Individu atau klien berkenaan boleh dibantu dengan menggunakan pendekatan kaunseling kelompok. kanak-kanak akan cuba mengaitkannya secara kognitif. tidak suka menolong orang lain. Memandangkan individu yang kurang penting diabaikan dan individu tersebut memerlukan pertolongan tidak menjadi tajuk utama di dunia kognitif orang ramai. Beberapa jenis penyesuaian untuk seseorang boleh tertekan disebabkan oleh penghuni bandar. Teknik mengumpulkan klien berkenaan dalam kelompok kaunseling akan dapat memberi pendedahan dan perkongsian tentang tingkah laku prososial yang sepatutnya ada pada seseorang individu. Teknik Atau Pendekatan Kaunseling Yang Boleh Digunakan Terhadap Klien Hasil dapatan kami mendapati individu yang tidak menunjukkan tingkah laku prososial seperti kurang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Cara yang kedua pula ialah untuk tidak peduli individu yang kuarang penting. Contohnya.

Oleh yang demikian dalam memberikan pertolongan setiap individu perlu berhati hati agar pertolongan yang diberikan dapat diterima dan tidak disalah anggap. Kadang kala seseorang kanak-kanak meniru tingkah laku menolong seperti yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan negara. Tidak semua keadaan dan tidak semua orang suka atau mahu menerima pertolongan lebih-lebih lagi jika pada masa tersebut pertolongan tidak dikehendaki. bertindak menolong. Semangat seperti inilah yang perlu disemai dalam diri setiap individu khususnya sedari mereka kanak-kanak. masa dan keperluan pada masa tersebut. cara yang paling ideal bagi pembimbing atau model untuk menanamkan tingkah laku prososial di kalangan kanak-kanak ialah dengan model itu sendiri menekankan norma-norma peribadi mengenai tanggungjawab sosial. Dengan kata lain sesuatu tingkah laku menolong yang telah dilakukan oleh kanak-kanak perlulah diberikan ganjaran. <!--[if !supportLists]-->Kesimpulan<!--[endif]--> Tingkah laku prososial berkait rapat dengan kejujuran untuk menolong di mana sesuatu pertolongan itu dilakukan tanpa niat untuk mendapatkan balasan. misalnya Hang Tuah. Setiap individu juga harus menyedari tentang kebolehan dirinya untuk memberikan pertolongan sama ada pertolongan itu perlu atau tidak. dan seterusnya memberikan peneguhan pada tingkah laku ajukan kanak -kanak tersebut. Dalam usaha mendorong manusia untuk menolong. mereka perlulah mempelajari teknik teknik menolong agar pertolongan yang diberikan bersesuaian dengan keadaan. misalnya dalam bentuk pujian. Dengan itu. Teknik ini amat bersesuaian jika diaplikasikan dalam kaunseling kelompok untuk membantu individu yang mengalami masalah y ang sama. <!--[if !supportLists]-->Bibliografi <!--[endif]--> .laku menolong seharusnya akan membawa kepada perasaan gembira dan juga ganjaranganjaran intrinsik yang lain. Pertolongan yang diberi mungkin akan disalah anggap dan boleh menimbulkan kemarahan. Dengan menganugerahkan Pingat Hang Tuah kepada kanak-kanak yang menolong orang adalah satu bentuk ganjaran yang boleh menanamkan sikap untuk menolong orang lain dalam kalangan mereka.

. Bhd. 4th ed. M. Psikologi Sosial : Alam Remaja. Helping Behavior In Urban And Rural Settings: Fields Studies Based On A Taxonomic Organization of Helping Episodes. Batson. ISBN: Cunningham.Boston: Allyn and Bacon. Aziz. Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. L. edited by Daniel T. Sex Different in Social Behaviour: A social psychological interpretation.H. A. & Mussen.. Cambridge. Social Psychology : Understanding Human Interaction. P. B.. S. NJ:Erlbaum. P. L. R. "Altruism and Prosocial Behavior. Fiske. Altruistic emotion.. Obedience to authority.M. (1986). (2001). dan Yusof. Eagly. Shahrin. and behavior. Jurnal of Personality and Social Psychology. Serdang: Malindo Printers Sdn. R. (1998). T. Inc. Ma¶rof Redzuan. (1983). The roots of prosocial behavior in children. (1974). N. Y. Huston. and Gardner Lindzey. dan D. dan J. Gilbert. Bystander Intervention Into Crime: A Study Based On Naturally Occuring Episodes. (1970). H. Bhd. Jurnal of Personality and Social Psychology 45: 571-586. Social Psychology Quarterly. Milgram. Englewood Cliffs. (2005). Daniel C. The unresponsive bystander: Why doesn¶t he help. NJ: Prentice-Hall. Latena. England: Cambridge University Press." In The Handbook of Social Psychology. (1987).. Hillsdale. (!989). (1979). Darley. 37: 1947-1956. Psikologi Sosial. Jaafar. New York: Appleton-Century-Crofts. (1981). Eisenberg. Bandura.. New York: Oxford University Press. Kuala Lumpur : Pts Publications Sdn. Baron.Amato. B. Byrne (1991). New York: Harper and Row. S. Mood and Helping Behavior : Quasi Experiments With The Sunshine Samaritan. A. A. Hillsdale. Eisenberg.. NJ: Erlbaum. Weather. cognition. R. N. Susan T. (1986).

Steblay. Perbincangan ini ad alah atas inisiatif pengetua dan guru bimbingan dan kaunseling sekolah tersebut. On Human Nature. Oleh itu satu model telah dibentuk hasil perbincangan tersebut. 102: 346-356. O. Kepesatan pembangunan ini juga telah membawa bersama nilai nilai moden ke dalam diri penduduk-penduduk dan rakyat sekitarnya dan telah meninggalkan nilai-nilai murni yang begitu dihargai oleh masyarakat timur khususnya masyarakat negeri ini. (1978). Wilson. Selangor Darul Ehsan: Utusan Publications Sdn. Englewood Cliffs. MA: Harvard University Press. M. Kepesatan pembangunan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan yang ketara kepada pembangunan ekonomi bandar ini khususnya dan ke pada negeri Kelantan amnya. Sikap dan tingkah laku pelajar sekolah ini lebih menjurus kepada sikap mementingkan diri sendiri dan tiada sikap ingin membantu sesama sendiri apatah lagi membantu guru -guru mereka. Kajian Kes Latar belakang Kes Sekolah M terletak di Bandar Kota Bharu. NJ: Prentice Hall. Sears. N.Mohd Mahzan Musa (2001). Social Psychology (7 Ed). Pelajar pelajar pada hari ini semakin terhakis nilai budi bahasanya dan ini telah mendorong kepada kebejatan sosial yang berlaku dewasa ini yang semakin meruncing dan sekolah M juga tidak lari daripada keadaan ini. Bhd. Kelantan yang mana beberapa tahun kebelakangan ini bandar ini begitu pesat membangun. Budaya ini adalah satu budaya yang tidak sihat dan telah menimbulkan satu suasana yang tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.O. Keadaan ini boleh kita lihat kepada tingkah laku muda-mudi pada hari khusus dalam kalangan pelajar. Helping Behavior In Rural and Urban Environments: A Meta-analysis. E. (1991). Psikologi Sosial. (1987). Psychological Bulletin. Cambridge. Daripada hasil perbincangan tersebut maka kesimpulan telah dibuat bahawa pelajar-pelajar sekolah tersebut tiada ada modeling yang boleh mereka ikut dalam membentuk sikap mereka yang lebih ringan tulang dan suka membantu orang lain atas kerelaan mereka sendiri. Pendekatan dan Langkah-langkah yang digunakan th . D. Memandang kepada kesan yang tidak baik tersebut maka satu perbincangan telah diadakan dalam kalangan pentadbir sekolah dan guru-guru bagi mengatasi keadaan ini agar satu suasana dan budaya yang baik dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar lebih -lebih lagi untuk mendidik pelajar supaya mempunyai kesedaran prososial yang tinggi.

1. Semakin ramai pelajar yang telah mula mempamerkan sikap menolong guru-guru di sekolah tanpa perlu disuruh.Hasil perbincangan tersebut beberapa pendekatan telah diguna kan berdasarkan Pendekatan Teori Tingkahlaku yang dipelopori oleh B. Proses ini berjalan selama beberapa bulan dan ianya masih belum mendapat hasil yang memuaskan. Anugerah ini adalah merupakan ganjaran kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan sikap yang baik. Skinner. 5. F. . 3. Pendekatan ini juga ada dalam Teori Tingkahlaku iaitu dalam pembentukan sikap yang positif ia akan diperkuatkan dengan faktor ganjaran. Anugerah ini diberi kepada pelajar-pelajar yang bersikap mulia dan banyak menghulurkan bantuan kepada guru -guru. Proses ini berterusan selama hampir 1 tahun setengah dan pada ketika itu telah mula menampakkan kesan yang positif. Dalam teori tersebut menyatakan dalam mengubah sikap perlu ada modeling yang boleh diikuti. Oleh itu berikut adalah langkah yang telah dijalankan. Pelajar-pelajar yang ada di sekolah tersebut telah menunjukkan sikap menolong yang terlalu tinggi sehinggakan jika ada tetamu yang tidak dikenali hadir ke sekolah tersebut juga turut diberikan bantuan. Pengawas-pengawas tersebut diberi peranan untuk menunjuk dan mengamalkan sikap dan budaya menolong. 2. Setelah hampir 3 tahun pendekatan tersebut dilaksanakan suasana dan budaya sekolah tersebut telah berubah dengan begitu mendadak. Hasil ini begitu menakjubkan sehinggakan sekolah tersebut telah menjadi antara sekolah yang terbaik dari segi pencapaian akademik dan juga dari segi sahsiah dan sikap pelajar. 7. Pada peringkat awal pengawas -pengawas dikehendaki membantu guruguru dengan membawa barang guru-guru dan sebagainya yang dirasakan guru -guru boleh dibantu. Langkah seterus yang diambil oleh pihak sekolah ialah memperkenalkan anugerah tokoh pelajar pada setiap bulan. Bagi mewujudkan model tersebut Guru bimbingan dan kaunseling sekolah tersebut telah mengambil para pengawas sebagai model. Namun pendekatan tersebut masih diteruskan. 6. 4.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful