You are on page 1of 2

Contoh-contoh penulisan refleksi kendiri pelajar selepas pengajaran

REFLEKSI Pelajar A:
Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat memuaskan.
REFLEKSI Pelajar B:
Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar saya dapat
menyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul belaka.
REFLEKSI Pelajar C:
Saya telah mengajar tajuk ‘Bentuk Muka Bumi’ Tahun 5 Kuning. Hari ini saya
telah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya dapati
murid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi respon yang baik dengan
menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya sungguh puas hati.
REFLEKSI Pelajar D:
Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang. Namun
begitu, saya dapati saya seharusnya lebih peka terhadap latar belakang pelajar
saya. Saya patut menjaga hati pelajar saya yang miskin, yang tinggal di rumah
yang tidak mempunyai bekalan air. Saya seharusnya menyatakan juga dalam
pengajaran saya bahawa banyak kebaikan mengambil atau menggunakan air
telaga bukan kerana murah, dan airnya dingin. Apa yang perlu ialah air itu perlu
dimasak. Adalah lebih baik jika saya menyatakan apabila saya pulang ke
kampung saya lebih suka mandi air telaga di rumah nenek saya. Yang penting
ialah kita harus bersyukur mempunyai tempat tinggal berbanding dengan orang di
Bosnia atau Somalia.
Saya telah menggunakan peta yang menunjukkan kedudukan Bosnia dan
Malaysia. Saya minta pelajar-pelajar nyatakan bagaimana kita boleh sampai di
sana, dan memberi pendapat jika Malaysia seperti Bosnia.
Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya akan menggunakan teknik
bercerita untuk menyampaikan pelajaran pada masa akan datang.

1. Refleksi Rancangan Pengajaran

Rancangan P&P yang disediakan didapati perlu kepada ubahsuai kerana maklumat
sedia ada tidak dapat membantu mencapai aras satu. Aktiviti yang dirancang bagi
langkah 2 kurang sesuai kerana terlalu tinggi aras kesukarannya berbanding dengan
kumpulan pelajar.

2. Refleksi Pelaksanaan P&P

Perancangan P&P telah dapat dijalankan sepenuhnya dengan sedikit pengubahsuaian.


Murid-murid didapati begitu seronok belajar mungkin kesan penggunaan persembahan
ppt. Murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab soalan
menggunakan kemudahan ICT.

3. Refleksi Aras

Aras1

Semua pelajar telah berjaya mencapai aras ini.

Aras 2

Didapati hanya 25/30 orang pelajar telah berjaya mencapai aras ini.

Aras 3

Didapati 3 orang murid kumpulan lemah dan 1 orang kumpulan sederhana gagal
mencapai aras ini. Semua pelajar kumpulan cerdas telah berjaya mencapai aras ini.

4. Refleksi Persekitaran

Suasana persekitaran bilik darjah sangat kondusif dan tenang pada 40 minit pertama,
tetapi berlaku gangguan pada 10 minit berikutnya akibat daripada kebisingan pelajar
yang lalu setelah pulang daripada aktiviti PJ.

You might also like