You are on page 1of 11

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PISMP)

AMBILAN JANUARI 2010

PERMAINAN KANAK-KANAK

NAMA AHLI KUMPULAN : THANESWARI A/P SUPPARAO

PREMA A/P VIJAYA KUMAR

MATHIMALAR A/P RAJAINATHARAN

ROGINI A/P THEVATHAAS

UNIT : H7 (PT/PJ/SS)

KOD & MATA PELAJARAN : PJM 3102 PERGERAKAN ASAS

KOMPONEN : PERMAINAN KANAK-KANAK

NAMA PENSYARAH : EN.ABDUL WAHID ALI PIAH

NAMA JABATAN : PENDIDIKAN JASMANI

KERTAS KERJA

KOMPONEN : PERMAINAN KANAK-KANAK

Pengenalan
Permainan aktiviti sasaran merupakan aktiviti asas dalam semua program
perkembangan pemain. Selain itu, permainan jenis sasaran biasanya akam
mempunyai elemen sasaran dalamnya. Contohnya membaling bola ke arah
sasaran. Objektif permainan sasaran adalah untuk menempatkan bola atau alat-alat
tertentu di dalam atau di atas sasaran untuk mencapai markah yang terbaik.
Permainan sasaran meningkat serta menggalakkan kemahiran fizikal yang
diaplikasikan dalam permainanan tersebut. Antara kemahiran – kemahiran
pergerakan yang digunakan adalah koordinasi tangan –mata ( ketepatan memukul,
membaling, menendang dan lain-lain lagi ) dan tumpuan atas sasaran yang spesifik.
Permainan sasaran ini juga boleh dikategorikan sebagai permainan tiada tentangan
dan permainan tentangan. Contoh permainan tiada tentangan ialah golf, “archery”
dan sebagainya. Contoh permainan tentangan ialah bowling, “bocce” dan
sebagainya. Dalam permainan sasaran jenis tentangan, elemen penempatan yang
berkaitan dengan objek penentang serta ketepatan diperkenalkan,

Antara pengubahsuaian yang dapat dilakukan bagi memadankan pelbagai


keperluan permainan adalah seperti berikut :

Jarak di antara sasaran


Saiz sasaran
Posisi sasaran
Berat dan/atau saiz peralatan
Suatu sistem pemarkahan bonus /berskala

Biasanya, permainan sasaran membenarkan pemain untuk melatih teknik dan


kemahiran dalam situasi yang seronok, dengan tekanan yang minimum pada
mereka untuk menunjukkan kemahiran mereka.

1.0 Tajuk : Fingley

2.0 Matlamat :

Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan


kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop
pangalaman – pengalaman pembelajaran yang rapi dan bertuturan. Dalam
perkataan lain, Pendidikan Jasmani membekalkan ruang untuk membentuk ‘kanak-
kanak yang mantap secara seluruhnya’ yang mengambil kira pembangunan aspek-
aspek afektif, kognitif dan psikomotor. Selaras dengn hasrat ini, permainan kecil
bermatlamat membantu kanak-kanak membangun sepenuhnya dan mengenal pasti
potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut. Melalui permainan ini, kita dapat
menyediakan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang membangunkan tiga aspek
iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Misalnya, aspek kognitif dapat dikembangkan
semasa pelajar-pelajar mengatur strategi- strategi permainan. Seterusnya, aspek
afektif dapat dikembangkan apabila pelajar- pelajar bergaul dengan rakan-rakannya
dan bekerjasama dalam satu pasukan. Aspek psikomotor pula dapat dikembangkan
semasa pelajar melakukan aktiviti pergerakan asas seperti berlari, melompat dan
sebagainya sewaktu bergerak. Aktiviti pergerakan asas ini dapat mencergaskan
badan pelajar. Adalah menjadi harapan bahawa pelajar-pelajar dapat mengenal
pasti potensi yang ada pada diri mereka semasa bermain di samping
mengembangkan aspek –aspek psikomotor, kognitif dan afektif.

3.0 Objektif :

 Murid-murid dapat meneroka cara-cara menghantar bola dengan tepat pada


sasaran untuk mendapatkan markah yang maksimum.
 Membangunkan aspek-aspek psikomotor kognitif dan afektif dalam kalangan
murid.
 Membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri.
 Membentuk sahsiah dan disiplin diri murid.

4.0 Tarikh : 27 Julai 2010

5.0 Jangka Masa : 30 minit

6.0 Tempat : Gelanggang Tenis

7.0 Kumpulan sasaran : Tahun 6 (12 tahun)

8.0 Bilangan Peserta : 12 orang

9.0 Panduan Pelaksanaan Permainan

9.1 Jawatan kuasa Kerja


1. Thaneswari a/p Supparao

2. Prema a/p Vijayakumar

3. Mathimalar a/p Rajainatharan

4. Rogini a/p Thevathaas

9.2 Senarai nama peserta

Nama Kedatangan
Kumpulan 1
1. Suries a/l Sundaram Sanggaram
2. Eganash a/l Arijenan
3. Sangeetha a/p Nadarajah
4. Kumuthini a/p Maniyam
Kumpulan 2
1. Tinagaran a/l Sannasi Naidu
2. Revathi a/p Muniandy
3. Mohana a/p Sandiran Sagiran
4. Mogana Pria a/p Kalaichelvam
Kumpulan 3
1. Kesavan a/l Munian
2. Kasthuri a/p Latchmanan
3. Suguna a/p Balan
4. Sujana a/p Baskaran

9.3 Senarai semak sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan permainan

9.3.1 Sebelum pelaksanaan permainan

Bil Perkara Ya Tidak Catatan


1 Aktiviti memanaskan badan akan dilakukan
dalam masa masa 5 hingga 7 minit bagi
mengelakkan kecederaan semasa
permainan dijalankan.
2 Peralatan diperlukan seperti skital, bola
besbol, tin kosong, bola kertas kecil, gelung
rotan dan jam digital disediakan.
3 Memakai pakaian sukan yang sesuai.
4 Aspek keselamatan seperti aspek
pemakaian, persekitaran dan peralatan
diambil kira.
5 Mesyuarat jawatankuasa
6 Kumpulan sasaran adalah murid 12 tahun.
7 Masa adalah pada jam 12.00 tengah hari.
8 Tempat permainan adalah di gelanggang
tenis A.
9 Keselamatan pelajar mestilah dipantau
setiap masa.
10 Bilangan terlibat adalah seramai 10 orang
11 Pengelola terdiri dari 5 orang guru pelatih.
12 Cuaca amat baik.
13 Kemahiran yang hendak disampaikan ialah
mensasar, membaling, dan mengelak
14 Objektif permainan ini tercapai sekiranya
pelajar dapat mengaplikasikan semua
kemahiran yang diajar dalam permainan
lain.

9.3.2 Semasa Pelaksanaan Permainan

Bil Perkara Ya Tidak Catatan


1 Prosedur semasa permainan
dijalankan.
2 Setiap aspek keselamatan diambil
kira.
3 Setiap orang guru pelatih yang
terlibat dalam permainan ini mestilah
mengetahui aspek-aspek
keselamatan.
4 Pengurusan dan pengawalan
mestilah cekap.
5 Peserta haruslah diberi penerangan
mengenai permainan ini.
6 Senarai alatan perlu disediakan
seperti papan markah dan alatan
yang berkaitan.
7 Para pemain perlulah memakai
pakaian yang sesuai.
8 Prosedur pelaksanaan perlulah
diketahui oleh setiap pemain.
9 Peratuan-peraturan permainan juga
perlu diikuti dan dipatuhi

9.3.2 Selepas Pelaksanaan Permainan

Bil Perkara Ya Tidak Catatan


1 Senarai alatan perlulah diperiksa
agar tiada alatan yang kurang
2 Kesihatan peserta dipastikan
sebelum permainan dimulakan.
3 Bilangan peserta dipastikan
mencukupi
4 Peralatan dipulangkan ke tempat
yang sepatutnya
5 Murid dapat menguasai permainan
ini
6 Objektif dan matlamat tercapai

9.4 Senarai Alatan

 1 Gelung rotan
 12 Kon kecil
 1 Bola besbol
 10 Tin Kosong
1) Hanya sebuah bola besbol akan diperuntukkan dalam keseluruhan
permainan.
2) Hanya satu sasaran akan ditempatkan di dalam gelung rotan.
3) 10 tin kosong diperlukan.

9.5 Prosedur pelaksanaan permainan

9.5.1 Pelan kedudukan pelaksanaan permainan


9.5.2 Langkah- langkah pelaksanaan permainan

1. Membentuk dua kumpulan yang kecil yang mempunyai seramai 4 hingga


5 dalam satu kumpulan. Bilangan pemain dalam kedua-dua kumpulan
perlu sama.
2. Seterusnya, menentukan kumpulan penyerang dan pengawal.
3. Salah seorang daripada kumpulan penyerang akan membaling bola
besbol kea rah sasaran iaitu tin. Pada masa yang sama, kumpulan
pengawal akan mengawal di kawasan sekeliling tin kosong yang disusun.
4. Penyerang diberi percubaan sebanyak tiga kali untuk meleraikan susunan
tin dengan menggunakan bola besbol. Sekiranya, penyerang gagal untuk
meleraikan tin, maka kumpulan pengawal itu sendiri akan meleraikan tin-
tin tersebut.
5. Setelah meleraikan tin-tin, kumpulan penyerang dikehendaki menyusun
semula tin-tin tersebut dalam masa 2 minit.
6. Semasa kumpulan penyerang berusaha untuk menyusun tin –tin,
kumpulan pengawal akan membaling bola besbol ke arah ahli kumpulan
penyerang. Sekiranya, bola besbol yang dibaling oleh kumpulan pengawal
mengenai salah seorang daripada ahli kumpulan penyerang, ahli tersebut
akan dikeluarkan dari permainan. Pemain yang terkeluar akan dibenarkan
bermain dalam set permainan yang seterusnya.
7. Sekiranya kumpulan penyerang gagal menyusun tin-tin dalam masa yang
ditetapkan, maka kumpulan tersebut tidak akan mendapat sebarang
markah dan hilang giliran untuk terus menyerang.
8. Seterusnya, kumpulan pengawal akan meneruskan permainan sebagai
kumpulan penyerang.
9. Permainan diteruskan sehingga had masa yang ditetapkan.
10. Seterusnya, kumpulan yang menang perlu menyorak “fingley”. Sekiranya
mereka gagal menyorak “fingley” kumpulan itu akan tidak diiktiraf sebagai
pemenang.

9.5.3 Peraturan dan syarat-syarat permainan

 Jarak antara sasaran dengan penyerang adalah 3m.


 Kumpulan penyerang perlu berdiri di kawasan yang ditetapkan.
 Masa yang diperuntukkan untuk permainan ini adalah 2 minit bagi setiap set.
 Pemain yang dikenakan bola akan disingkirkan dari set permainan yang
dimainkan.
 Bola yang disasarkan tidak bolah mengena di bawah paras pinggang.
 Tempat yang luas dan permainan ini dimainkan di tempat yang tidak licin.
 Pakaian yang tidak ketat dan kasut gelanggang digunakan.
 Pemain tidak dibenarkan bermain secara agresif iaitu tidak boleh
mencederakan pemain lain.

BORANG PEMARKAHAN
KUMPULAN SKOR JUMLAH

10.0 Rumusan

Dengan menganjurkan permainan kanak- kanak kami dapat mempelajari


kaedah dan cara- cara mengendalikan sesuatu permainan kecil. Dengan
mengendalikan permainan ini, kami dapat mempelajari prosedur menjalankan
permainan kecil ini dan ini menjadi panduan kepada kami pada masa akan datang
semasa di sekiolah kelak. Selain itu, suatu suasana yang gembira dapat diwujudkan
dalam kalangan pelatih. Selain itu, kami juga dapat mempelajari cara-cara merangka
satu kertas kerja. Selain itu, kami juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara ahli kumpulan kami sendiri serta dapat bekerjasama antara satu sama lain.
Selain itu, kami dapat mempelajari teknik- teknik permainan sasaran ini. Sebagai
seorang guru, kita harus mengetahui pelbagai jenis permainan kecil kanak- kanak
supaya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikannya dalam
matapelajaran pendidikan jasmani.

You might also like