You are on page 1of 5

JAHITAN

JELUJUR

JAHITAN SEMENTARA
 Dibuat untuk sementara sahaja dan
dibuka setelah mata jahitan kekal dijahit.
 Guna benang yang halus yang senang
diputuskan.
 Guna benang warna muda supaya:
o Ia senang kelihatan.
o Tidak meninggalkan kesan di atas kain
selepas ianya dibuka.
 Biasanya dijahit dengan satu lembar
benang kecuali jelujur tanda.
 Boleh dijahit pada sebelah luar atau
sebelah dalam kain dari kanan ke kiri.
 Jahitan sementara terdiri daripada:
 Jelujur tanda
 Jelujur kasar atau tak sama
 Jelujur tak sama
 Jelujur panjang pendek
 Jelujur tegak atau serong.
JELUJUR TANDA

 Digunakan untuk memindahkan tanda-tanda atau


garisan pola daripada pola ke atas kain.
 Lebih bersih menggunakan jelujur tanda daripada
memindahkan garisan pola pada dengan kapur
tukang atau kertas karbon dan roda surih.

JELUJUR KASAR ATAU TAK


SAMA

Cara Menjahit
i. Dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahit kia dari kanan ke kiri.
ii. Mata jahitan di bawah dan di atas adalah sama panjang iaitu 1¼cm.
iii. Akhirkan dengan jahitan kia.

Kegunaan jelujur kasar


a) Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kocek dan kelim sebelum dijahit
kekal.
b) Untuk menetapkan bahagian kain yang melengkung atau berkedut yang
akan teregang semasa memadankan pakaian.

Ia senang dicabut.
JELUJUR TAK SAMA

Cara menjahit
i. Dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahitan kia dari kanan ke
kiri.
ii. Mata jahitan pada sebelah luar adalah 1¼ cm panjang dan jaraknya ½
cm.
iii. Akhirkan jahitan dengan jahit kia.

Kegunaan jelujur tak sama


a) Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim dan sebagainya sebelum
dijahit kekal.
b) Untuk menandakan garis-garis tengah belakang dan hadapan serta tepi
yang lurus.

Tidak begitu kukuh dan senang dicabut.

JELUJUR PANJANG PENDEK


Cara menjahit
i. Mulakan dengan jahit kia dari kanan ke kiri.
ii. Ia terdiri daripada mata jahitan yang panjang 1¼ cm dan pendek ½ cm
dan jaraknya ½ cm.
iii. Akhirkan jahitan dengan jahit kia.

Kegunaan jelujur panjang pendek


a) Untuk menetapkan kelepet, kocek sebagainya sebelum jahitan kekal
dibuat.
b) Untuk menandakan kedudukan sesuatu bahagian dan garis tengah
hadapan dan belakang.
Lebih teguh dan sesuai terutama untuk kain-kain yang tebal,
lembut dan yang mudah tergelincir dan agak susah dicabut.

JELUJUR TEGAK ATAU SERONG

Cara Menjahit
i. Mula dengan jahit kia dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah.
ii. Jarum patut melintang dan mata jahitan di sebelah belakang adalah
melintang.
iii. Akhirkan jahitan dengan jahit kia.

KEGUNAAN JELUJUR TEGAK ATAU SERONG


a) Untuk menetapkan kedudukan dua atau lebih lapisan kain supaya tidak
tergelincir misalnya lapik dalam pada kolar, mansit atau ikatan pinggang.
b) Untuk melekatkan tepi yang rata di atas tepi yang gelembung sebelum
jahit kekal dibuat misalnya pada bahu mendatang.

Teguh dan susah dicabut.

You might also like