You are on page 1of 27

KESELARASAN PERSONALITI DENGAN PROGRAM PENGAJIAN DAN

HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PEIAJAR KUTKM

NORIDA BT ABDULLAH

RESEARCH VOTE NO:


PJP/2005/PPA(6)-S121

Pusat Perkhidmatan Akademik


Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia
SENARAI JADUAL

Tajuk Halaman

Jadual 1 Deskripsi Persekitaran Akademik Holland ......................... 9

Jadual2 Personaliti Rujukan Untuk Melihat Tahap Keselarasan ........... 12

Jadual3 Bilangan Populasi Pelajar Tahun 3, Semester 1, Sesi 200512006


Mengikut Pengkhususan Program Pengajian ...................... 50
1

Bilangan Sampel Pelajar Tahun 3, ~embster1, Sesi 200512006


Mengikut Pengkhususan Program Pengajian ...................... 53

Jenis Personaliti dan Item Yang Berkaitan ......................... 55

Skor Mentah Profail Personaliti Pelajar Ijazah SarjanaMuda


Kejuruteraan Elektrik ( Kuasa Industri - BEKP ) ................. 58

Profail Personaliti Pelajar Ijazah SarjanaMuda


Kejuruteraan Elektrik ( Kuasa Industri - BEKP ) ............... 59

Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaran program


pengajian BEKP,BEKE dan BEKC Fakulti Kejuruteraan
Elektrik .................................................................. 62

Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaran program


pengajian BMFP, BMFR dan BMFA Fakulti Kejuruteraan
Pembuatan ............................................................. 63
Jadual10 Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaranprogram
pengajian BITD, BITM, BITS dan BITC Fakulti Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ........................................... 64

Jadual 11 Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaran program


pengajian BENC, BENT dan BENE Fakulti Kejuruteraan
Elektronik dan Komputer ............................................ 65

Jadual 12 Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaran program


pengajian BMCT, BMCA dan BMCS Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal ............................................................... 66

Jadual 13 Kod Tiga Mata Holland personaliti-persekitaran program


pengajian BEKP, BEKFi, dan BEKC Fakulti Kejuruteraan
Elektrik ................................................................. 67
ABSTRAK

KESELARASAN PERSONALITI DENGAN PROGRAM PENGAJIAN DAN


HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR KUTKM

(Katakunci: Keselarasan personaliti, program pengajian, dan pencapaian akademik)

Kajian ini dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat keselarasan antara jenis
personaliti pelajar dengan persekitaran program pengajian yang diikuti berasaskan Teori
Keselarasan Personaliti dan Persekitaran Holland di kalangan pelajar-pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda, Kolej Universiti Teknikal Keb-aan Malaysia. Kajian ini juga
bertujuan untuk melihat adakah terdapat hubungan' di antara keselarasan personaliti
dengan pencapaian akademik pelajar. Subjek kajian terdiri daripada 746 orang pelajar
yang telah dipilih secara rawak berkelompok daripada 1103 orang pelajar tahun tiga
semester pertama. Alat kajian yang digunakan ialah Self Directed Search (SDS) yang
telah hialih bahasakan. Alat statist* yang digunakan untuk menganalisa data ialah
kaedah Environment Assessment Technique (EAT), Indeks Keselarasan Wiggings dan
Ujian Korelasi Spearman Rho dengan aras keertian ditetapkan pada .05. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat keselarasan antara personaliti dengan program pengajian pelajar
bagi pelajar yang mengikuti program BEKP, BEKC, BMCT, BMCA dan BMCS. Bagi
program BEKE, BMFP,BMFR,BMFA, BITD, BITM, BITS, BITC, BENC, BENT, dan
BENE dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat keselarasan antara personaliti pelajar
dengan program pengajian yang diikuti. Dapatan kajian juga mendapati terdapat
hubungan yang signifikan antara keselarasan personaliti dengan pencapaian akademik
pelajar kecuali bagi program pengajian BENC, BENT dan BENE. Keputusan kajian ini
menunjukkan ada dikalangan pelajar yang memilih bidang pengajian yang selaras dengan
personaliti mereka dan ada yang memilih bidang yang tidak selaras dengan personaliti
mereka. Sehubungan dengan keputusan yang diperolehi, beberapa implikasi dan
cadangan telah dikemukakan.

Para penyelidik:

Norida Abdullah (Ketua)


Ahmad Rozelan Yunus
Hakan Ariffin

E-mail
Tel.No
Vote No
BAB 1 PENGENALAN KAJIAN

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kajian yang
meliputi latar belakang kajian, pendekatan teori, pernyataan masalah, tujuan kajian,
kesignifikanan kajian, definisi pembolehubah kajian dan hipotesis kajian.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) telah ditubuhkan dengan


rasminya berkuatkuasa pada 1 Disember 2000. Penubuhan KUTKM merupakan suatu
keputusan kerajaan untuk memenuhi keperluan industri masa depan terhadap sumber
tenaga professional bidang teknikal yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan
akademik yang mantap tetapi juga mempunyai ketrampilan dan kemahiran teknikal yang
tinggi.

Pada masa ini, KUTKM merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) di Malaysia yang mendokong dan melaksanakan pendidikan tinggi teknikal
berorientasikan aplikasi dengan memberi laluan kemasukan kepada pelajar daripada
aliran sains, teknikal, vokasional dan kemahiran. Program-program pengajian yang
ditawarkan di KUTKM adalah seperti di Lampiran 1.

Terdapat lima Fakulti di KUTKM yang menawarkan Program Ijazah


Sarjanamuda seperti Fakulti Kejuruteraan Elektrik menawarkan Ijazah SarjanaMuda
Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri (BEKP), Kawalan, Instrumentasi & Automasi
(BEKC), Elektronik Kuasa & Pemacu (BEKE)), Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
menawarkan Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan (Proses Pembuatan (BMFP),
Rekabentuk Pembuatan (BMFR), Robotik & Automasi (BMFA)), Fakulti Teknologi
Maklumat dan Komunikasi menawarkan Ijazah SarjanaMuda Sains Komputer (Media
Interaktif (BITM), Rangkaian Komputer (BITC), Pembangunan Perisian (BITS),
Pengurusan Pengkalan Data (BITD)), Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Komputer
menawarkan Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik (Industri Elektronik (BENE),
Kejuruteraan Komputer (BENC), Telekomunikasi Elektronik (BENT)), dan Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal menawarkan Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal
(Termal Bendalir (BMCT), Struktur & Bahan (BMCS) , Rekabentuk & Inovasi
(BMCD), dan Automotif (BMCA)).

Kemasukan pelajar-pelajar yang mengikuti 'program Ijazah SarjanaMuda di


KUTKM adalah berdasarkan kepada pemilihan pelajar dan memenuhi syarat-syarat dan
kriteria kemasukan ke program Sarjana Muda mengikut fakulti di KUTKM seperti di
Lampiran 2.

Mengikut Super (Gybers et a1.,1998) melalui konsep Life-Career Rainbow


menyatakan individu yang berada pada peringkat umur 15 tahun hingga 24 tahun adalah
berada dalarn peringkat penerokaan. Pada peringkat ini individu tersebut akan meneroka
diri sendiri dan mula mengenali dunia pekerjaan seterusnya mencari pekerjaan atau kerja
yang sesuai dengan minat dan personaliti mereka.

Dalam konteks kajian ini, kumpulan pelajar tahun tiga ijazah sarjanamuda yang
dikaji adalah berumur sekitar 20 tahun - 22 tahun. Ini bermakna pelajar-pelajar tersebut
sedang berida diperingkat penerokaan dan sedang memilih kerjaya yang bersesuaian
dengan minat dan personaliti mereka.

Menurut Sharp dan Mama (Ab Aziz, 1991) pemilihan pekerjaan atau kerjaya
adalah merupakan salah-satu daripada permasalahan besar yang sering dikemukakan oleh
seseorang individu dalam kehidupannya. Perkara ini menunjukkan bahawa pemilihan
kerjaya mestilah dibuat secara berhati-hati. Jika tidak, individu akan sentiasa menukar
pekerjaan sepanjang hidupnya. Holland (Sidek, 1996) berpendapat bahawa kepuasan
kerja, kebolehan dan pencapaian adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara
jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Pemilihan kerjaya mestilah selaras dengan
minat kerjaya seseorang individu tersebut kerana pilihan yang dibuat adalah merupakan
pilihan kerjaya untuk masa depan mereka. Masalah akan timbul jika seseorang itu
merasakan pekerjaan ynag dibuatnya tidak bersesuaian dengan minat dan personaliti yang
dimilikinya. Oleh itu perasaan jemu dan kecewa akan timbul dan ini akan menganggu
prestasi kerja individu tersebut. Sekiranya semakin hampir keselarasan antara ciri
personaliti dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan , maka semakin besar
kemungkinan seseorang itu akan berjaya.

Pemilihan kerjaya ini adalah merupakan p'erkara penting bagi kebanyakan


individu maka ramai sarjana dan pemikir telah mengemukakan beberapa teori dan
pandangan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi individu membuat pemilihan
'I
kerjaya. Di antaranya Teori Trait dan Faktor oleh Parson, Teori Keselarasan Personaliti-
Persekitaran oleh Holland, Teori Perkembangan Kerjaya oleh Ginzberg, Teori
Perkembangan Kerjaya oleh Super, Teori pemilihan Kerjaya oleh Roe, Teori
Psikoanalitikal oleh Bordin dan Teori Pembelajaran Sosial oleh Krumboltz (Brown dan
Brooks, 1984).

Dalam kajian ini teori yang akan digunakan untuk mengkaji hubungan antara
personaliti dan persekitaran adalah Teori Keselarasan Individu-Persekitaran yang
dikemukakan oleh Holland. Menurut Holland (1973;1985) personaliti dan persekitaran
boleh dikelaskan kepada enam jenis iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A),
Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Dalam pemilihan kerjaya, seseorang
individu itu akan cenderung untuk memilih persekitaran kerjaya yang selaras dengan
minat kerjaya atau personaliti yang dimilikinya.

Melalui Teori Holland, profail personaliti yang juga merupakan profail minat
kerjaya bagi pelajar-pelajar Sajana Muda KUTKM boleh ditentukan. Maklumat
mengenai profail ini akan dinyatakan dalam bentuk Kod Tiga Mata Holland. Seterusnya
keselarasan antara personaliti pelajar dan persekitaran belajar boleh dikaji.
PENDEKATAN TEORI

Kajian ini mengandaikan bahawa keselarasan personaliti dengan program pengajian


adalah berkorelasi secara positif dengan pencapaian akademik pelajar. Dijangkakan
pelajar yang mempunyai tret-tret personaliti tertentu berada di dalam program pengajian
yang selaras dengan personaliti mereka. Keselarasan diantara jenis personaliti dengan
jenis persekitaran akan dapat dilihat melalui kepuasan, pencapaian dan produktiviti. Bagi
pelajar kesan kepada keselarasan ini dapat dilihat melalui pencapaian akademik pelajar.
Hasil daripada penelitian terhadap teori dan andaiin dibuat maka Teori Pemilihan
Kerjaya Holland dan Model Heksagonal Holland telah dipilih dan akan dijadikan
sumber rujukan asas dalam kajian ini dan akan diperbincangkan dengan lebih terperinci.

Teori Pemilihan Kerjaya Holland

Teori ini telah diperkenalkan oleh John F Holland pada tahun 1959 dan telah dikemas
kinikan pada tahun 1985. Teori ini menekankan kepada asuek keselarasan personaliti
denqan versekitaran dan menielaskan banaimana ~ersonalititerbentuk dan berkembanq.

Teori ini dibentuk berasaskan kepada andaian bahawa minat vokasional adalah
satu daripada aspek personaliti dan deskripsi mengenai minat individu juga
menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret personaliti biasanya dikenalpasti melalui
kecenderungan terhadap mata pelajaran sekolah/universiti, aktiviti rekreasi, hobi dan
kerja; sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti.
Bagaimana tret personaliti terbentuk dan berkembang adalah seperti digambarkan dalam
rajah 1.
Person Environments

Heredity Home ,school,relations, and


friends provide opportunities
and reinforcement according
to the types dominating these
environments.

Self-concepts
Perception of
self and world
Values Personaliti or
Sensivity to behavioral repertoires
environmental
influences
Personaliti traits

Rajah 1.Bagaimana Tret Personaliti Berkembang


( sumber : Peterson & Gonzales (2005) )

Fokus utama Teori Pemilihan Kerjaya Holland adalah untuk menjelaskan tentang
tingkah laku vokasional serta mencadangkan beberapa idea praktikal untuk menolong
individu memilih kerja, menukar kerja serta memperolehi kepuasan bekerja. Pemilihan
kerjaya adalah satu ekspresi personaliti individu. Kepuasan kerja, pencapaian,
produktiviti dan stabiliti adalah berkadar terus dengan darjah keselarasan antara jenis
personaliti individu dengan jenis persekitaran di mana individu tersebut bekerja. Ini
bermakna semakin tinggi darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis
persekitaran di mana individu tersebut bekerja, semakin tinggi kepuasan bekerja,
pencapaian, produktiviti dan stabiliti.
Andaian Asas Teori
Terdapat empat andaian asas yang menjadi nadi kepada teori ini iaitu:

1. Kebanyakkan individu boleh di kategorikan kepada satu daripada enam jenis


personaliti iaitu Realistik ( R ), Investigatif ( I ), Artistik ( A ), Sosial ( S ),
Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ). Setiap jenis personaliti ini adalah
terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan
personal termasukiah rakan sebaya, perwarisan biologi, keluarga, kelas sosial,
budaya dan persekitaran fizikal.

2. Terdapat enam jenis persekitaran iaitu Realistik ( R ), Investigatif ( I ), Artistik


( A ), Sosial ( S ), Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ). Setiap persekitaran
ini akan didominasikan oleh personaliti tertentu dan setiap persekitaran itu akan
dijeniskan oleh setting fizikal yang menghasilkan masalah-masalah dan peluang-
peluang tertentu.

3. Individu akan mencari persekitaran-persekitaran yang membenarkan mereka


mengamalkan kemahiran-kemahiran dan kemampuannya, melahirkan sikap dan
nilainya dan mengambil segala permasalahan dan peranan yang dipersetujui yang
wujud dalam persekitaran tersebut.

4. Tingkah laku individu adalah ditentukan oleh interaksi antara personaliti dan
persekitaran. Sekiranya kita tahu jenis personaliti seseorang individu dan jenis
persekitarannya maka kita boleh meramalkan beberapa perkara yang mungkin
terjadi hasil daripada padanan tersebut. Di antaranya adalah pemilihan kerjaya,
pertukaran kerjaya, kemahiran diri, pencapaian, pendidikan dan tingkahlaku
sosial.

Jenis-jenis personaliti yang dikemukakan oleh Holland (1973;1985) dan ciri-ciri


tertentu mengenainya adalah seperti berikut:
Realistik

Individu yang mempunyai kemahiran bersukan dan mekanikal yang memerlukan


manipulasi eksplisit, teratur atau sistematik terhadap objek, alat, mesin, tumbuh-
tumbuhan dan binatang. Individu ini lebih suka bekerja di luar bangunan daripada di
dalam bangunan. Individu ini juga akan menggunakan kebolehan kekuatan fuikal dalam
menyelesaikan masalah. Individu ini mempunyai kebolehan yang tinggi jika bekerja
dengan benda, binatang, alat dan peralatan teknikal dan kurang berkebolehan dalam
t

sosial dan pendidikan. Menilai tinggi benda-benda nyata seperti wang dan kekuasaan.
Individu Realistik ini mempunyai sifat-sifat praktikal, maskulin, berterus terang, tekun,
materialistik, neutral dan jujur.

Investigatif

Individu di dalam lingkungan Investigatif menganggap diri mereka sebagai orang yang
berpengetahuan atau berpendidikan tinggi, yakin diri dari segi intelek, mempunyai
kebolehan metamatik dan saintifik tetapi lemah dalam kebolehan memimpin. Mereka
mempamerkan diri sebagai analitikal, berwaspada, kritikal, mempunyai perasaan ingin
tahu yang tinggi, berdikari, intelektual, sentiasa menyelidik perasaan dan pemikiran
sendiri, lebih suka memusatkan perhatiannya kepada filchan dan perasaan sendiri
(introvert), bekerja mengikut metodologi, pasif, tepat, pesimistik, rasional, pendiam,
kurang popular, pemalu, radikal dan mahukan pencapaian atau kejayaan.

Artistik

Individu Artistik sukakan aktiviti yang bercorak bebas, tidak bersistematik dan suka
kepada perkara-perkara yang tidak jelas dan kabur. Mereka dapat menghasilkan produk
seni hasil dari penggunaan lisan, fizikal dan manusia. Biasanya mereka tidak sukakan
aktiviti yang bersistematik, berstruktur atau terlalu jelas. Perlakuan ini mempengaruhi
mereka untuk memperolehi kecekapan artistik seperti bahasa, seni, muzik, drama,
penulisan dan aktiviti-aktiviti dalam bidang seni. Mereka lemah dalam sistem
pengurusan, perkeranian dan perniagaan.

Kecekapan, kecenderungan, nilai dan tanggapan tentang diri mereka ini


menyebabkan mereka mempamerkan ciri-ciri orang yang sukar difahami, tidak terurus,
emosional, sifat feminine, terlalu idealistik, imaginatif, tidak praktikal, bertindak
mengikut dorongan hati, bebas, intuitif, tidak terikat kepada sesuatu dasar yang tetap,
bersifat keaslian, menyatakan sesuatu yang bermakna (ekspresif), introvert, tidak
L

mengikut kelaziman, sensitif dan selalunya bimbang atiu cemas.

Individu yang suka berurusan dengan orang lain, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
memberitahu, melatih, membentuk, merawat, menyedarkan orang lain, memberi nasihat,
tunjuk ajar, bimbingan , kaunseling dan sebagainya. Individu sosial ini tidak suka kepada
aktiviti yang melibatkan bahan-bahan, peralatan, mesin dan aktiviti yang terlalu teratur
dan bersistematik atau yang mempunyai peraturan yang nyata atau jelas.

Mereka adalah orang yang peramah, murah hati, feminine, bekerjasama, suka
menolong, idealistik, celik akal, baik hati, petah bercakap, bertanggungjawab, sosial,
bijaksana, sifat memahami, lurus, jujur, bergantung kepada orang lain, bersemangat,
mengembara atau mengambil risiko, konservatif dan mengamalkan agama.

Enterprising

Individu Enterprising suka terlibat dalam aktiviti ynag menggunakan orang lain untuk
mencapai matlamat organisasi mahupun matlamat ekonomi. Mereka tidak gemar
pengamatan, simbolik atau aktiviti bersistematik. Perlakuan-perlakuan ini mendorong
mereka untuk mendapatkan kecekapan kepimpinan, perhubungan dengan orang lain dan
petah bercakap untuk menyakinkan dan memujuk tetapi mereka lemah dalam kecekapan
saintifik.
Mereka sering menonjol sebagai orang yang suka mengembara, mengambil
risiko, bercita-cita tinggi, gemar berbincang atau berbahas, bergantung kepada orang lain,
ingin menguasai orang lain, bertenaga, suka menonjolkan diri, melayan orang lain kerana
mencan keseronokan, impulsive, optimistic, suka bersosial, banyak bercakap, sentiasa
mencan kepuasan atau keseronokan, berkuasa atau berpengaruh, bersemangat, pemimpin
yang baik, popular, petah bercakap dan pandai memujuk orang lain serta agresif.

Conventional

Mereka yang sukakan aktiviti yang bercorak teratur, kerja yang bersistematik seperti
i
menyusun data, menyimpan rekod, membuat sistem fail, pengeluaran bahan dan
menyusun maklumat. Mereka juga lebih suka mematuhi peraturan, menurut arahan tetap,
bersungguh-sungguh serta teliti, defensif, cekap, tidak fleksibel, taat perintah, kemas
serta terurus, berpendirian teguh, terlalu pentingkan sopan santun, tidak imaginativf, tidak
berdikari,menghargai kej a keras untuk kejayaan bisnes dan kewangan. Bagi persekitaran
akademik Holland dan disiplin akademik boleh dilihat seperti di dalam Jadual 1.

Jadual 1 Deskripsi persekitaran akademik Holland.

Persekitaran Akademik Disiplin Akadernik

Realistik

Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan Perhutanan


memanipulasi benda, mesin atau binatang, ganjaran bernilai Kejuruteraan Awam
seperti wang, kuasa atau sesuatu yang dimiliki. Menggalakkan Pendidikan Pertanian
manusia melihat dunia secara mudah dan tradisional. Kejuruteraan Mekanikal

Investigatif

Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik. Pemerhatian Geologi


dan penyiasatan fenomena secara sistematik. Ganjaran Matematik
_ bernilai saintifik. Menggalakkan manusia melihat dunia Ekonomi
secara kompleks, bebas, tidak konvensional dan tidak Kejuruteraan Kimia
fleksibel

Artistik

Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan benda English


kabur. Keja bebas dan tidak bersistematik Ganjaran bernilai Seni lukis
seni. Menggalakkan manusia melihat dunia secara kompleks, Muzik
bebas, tidak konvensional dan tidak fleksibel. Falsafah

Sosial

Memupuk kecekapan interpersonal. Minat dalam Sosial


membkritahu, melatih, mengubati atau menyedarkan orang Pentadbiran Pendidikan
lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemanusiaan. Sejarah
Menggalakkan manusia melihat dunia dengan cara fleksibel. Sains Politik

Enterprising
Pemasaran
Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Undang-Undang
Pencapaian dan memanipulasi orang lain untuk matlamat Kejuruteraan Industri
peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan Pengurusan Personel
matlamat seperti wang, kuasa dan status. Menggalakkan
manusia melihat dunia daripada segi kuasa, status,
tanggungjawab, mudah dan stereotaip.

Conventional

Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Kesetiausahaan


memanipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran Perakaunan
bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakakan Kewangan
manusia melihat dunia dengan cara conventional dan Pendidikan Perniagaan
stereotaip, mudah dan bergantung.

Sumber : Sidek Mohd Noah (2000)


Model Heksagonal Holland

Model Heksagonal Holland mempunyai tiga fungsi utama dan fungsi-fungsi ini adalah
berkaitan dengan Teori Pemilihan Kerjaya Holland. Tiga fungsi itu ialah:

1. Ia dapat mendefinisikan darjah ketekalan pola personaliti seseorang individu,


2. Ia dapat mendefinisikan darjah ketekalan pola persekitaran seseorang individu,
3. Ia dapat mendefinisikan darjah keselarasan antara individu dan persekitaran.
1

Menurut Holland, setelah pengguna selesai menilai jenis personaliti dan jenis
persekitarannya, model heksagonal boleh digunakan bersama-sama dengan formulasi
i
jenis personaliti dan model persekitaran untuk mendefinisikan darjah ketekalan dan
darjah keselarasan. Model ini juga boleh digunakan untuk meramal hasil-hasil yang
dijangkakan seperti kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan pertukaran kerja.

Keselarasan atau Kongruens

Mengikut Holland keselarasan akan berlaku apabila individu bekerja atau tinggal
dalam persekitaran yang serupa dengan jenis personalitinya. Ketidakselarasan pula akan
berlaku apabila individu bekerja atau tinggal dalam persekitaran yang berlawanan dengan
jenis personalitinya. Setiap individu akan menyerupai salah satu daripada enam jenis
personaliti yang asas. Semakin hampir seseorang itu menyerupai sesuatu jenis personaliti,
maka semakin besar kebarangkalian ia akan menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri yang
berkaitan dengan jenis tersebut. Model Heksagonal Holland (Rajah 2) boleh digunakan
untuk mentakrifkan darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran.
RealistiW Investigatif,
Sosial * Sosial *

Conventional Artistild
Sosial *

Enterprising Sosial / Sosial *

Rajah 2 - Model Heksagonal Holland: Konsep Keselarasan Personaliti-Persekitaran


Sumber: Holland, Whitney, Cole & Richards (Holland, 1973:23)

Berasaskan kenyataan ini persekitaran yang paling selaras untuk individu Sosial
ialah persekitaran Sosial dan yang paling tidak selaras ialah persekitaran Realistik.
Persekitaran yang kurang selaras untuk individu Sosial ialah persekitaran Investigatif dan
yang selaras ialah persekitaran Artistik seperti di Jadual2.

-
Personaliti Rujukan Untuk Melihat Tahap Keselarasan

Personaliti Persekitaran Keselarasan

Sosial dengan Sosial Paling Selaras

Sosial dengan Artistik -- Selaras

Sosial

Sosial
dengan

dengan
Investigatif

Realistik -
.
Kurang Selaras

Tidak Selaras
Umumnya, darjah keselarasan ini boleh meramalkan tingkah laku individu dalam
ha1 pemilihan pekerjaan. Huruf pertama dalam kod tiga-mata Holland menerangkan jenis
personaliti yang paling dominan serta bidang umum atau bidang major yang sesuai
dengan label jenis personaliti tersebut. Huruf yang kedua dan ketiga pula akan
menerangkan aspek-aspek yang terlebih khusus dalam bidang umum tersebut iaitu bidang
minor. Pola personaliti seseorang individu yang dinyatakan dalam bentuk kod tiga-mata
Holland dapat meramalkan perlakuan vokasionalnya dengan lebih tepat.

Hasil daripada interaksi yang negatif dan tidak selaras boleh menimbulkan rasa
tidak puas hati, serta menghasilkan perlakuan yang tidak berkesan. Kemungkinan
indiviQu ini akan meninggalkan persekitaran yang tidak selaras dengan personalitinya.

Pembezaan (Differention)

Sesetengah orang dan sesetengah persekitaran boleh dibezakan dengan jelas daripada
seseorang dan persekitaran yang lain. Contohnya seseorang yang lebih menyerupai
sesuatu jenis personaliti akan memperlihatkan perbezaan yang tinggi dengan jenis
personaliti yang lain atau persekitaran yang didominasikan oleh ciri-ciri tertentu yang
membuatnya lebih menonjol daripada persekitaran yang lain. Keadaan ini dinamakan
pembezaan. Sebaliknya jika seseorang itu menyerupai banyak jenis personaliti atau
persekitaran yang mempunyai ciri-ciri yang agak sama dengan persekitaran yang lain,
maka ia dikatakan mempunyai pembezaan personaliti atau persekitaran yang rendah.

Ketekalan atau Konsistensi

Hubungan sesetengah pasangan personaliti dan persekitaran didapati lebih h a t kaitannya


dibandingkan dengan pasangan personaliti dan persekitaran yang lain. Ketekalan corak
personaliti ini ditentukan oleh darjah kesamaan antara jenis-jenis personaliti yang
mempunyai cim-ciri yang sama seperti yang ditunjukkan oleh Model Heksagon dalam
Rajah 3. Kombinasi dua jenis personaliti yang menjadi tapak segi enam lebih menyerupai
antara satu sama lain dan memperlihatkan tahap ketekalan yang tinggi, misalnya RC, CR,
SA dan lain-lain. Darjah ketekalan atau kaitan ini dijangka akan memberi kesan kepada
kepuasan, kestabilan dan kejayaan.

Realistikl Investigatift
Sosial * Sosial *

Conyentional Artistik/
Sosial *

Enterprising Sosial / Sosial *

Rajah 3 Model Heksagon Holland : Konsep Ketekalan


Nota :

Tahap Ketekalan Tinggi


(RI, RC, IR, IA, AS, SA, SE, ES, EC, CE, CR)

Tahap Ketekalan Sederhana


(RA, RE, IS, IC, AR, AE, SI, SC, EA, ER, CS, CI)

Tahap Ketekalan Rendah


(RS, IE, AC, SR, EI, CA)
Perhubungan di dalam dan di antara jenis personaliti atau persekitaran boleh disusun
mengikut Model Heksagon seperti di Rajah 4, di mana jarak di antara jenis atau
persekitaran adalah berkadar songsang kepada perhubungan teoritikal di antara keduanya.
Konsep ini dipanggil kalkulus. Ini bermakna semakin jauh jarak di antara sebarang dua
jenis personaliti maka semakin berbeza ciri-ciri psikologi mereka.

t
Contohnya seperti dalam Rajah 4, bagi persbnaliti jenis S dan E jarak antara
merka adalah berdekatan (r = .65) maka kedua-duanya menyerupai antara satu sama lain.
Sebaliknya bagi personaliti jenis R dan S pula jarak antara mereka adalah jauh (r = .34)
maka kedua-duanya adalah berbeza antara satu sama lain. Susunan perhubungan ini
memberi makna yang eksplisit kepada kedua-dua konsistensi dan keselarasan individu
dan persekitaran.

Secara teorinya, Holland telah mengemukakan andaian, saranan serta konstrak


yang jelas dan mudah difahami. Seterusnya bagi menentukan profail minat kerjaya yang
juga merupakan profail personaliti seseorang individu alat ukur SDS boleh digunakan.
Dengan menggunakan tiga skor personaliti tertinggi dipilih bagi menggambarkan profail
minat kerjaya dan profail personaliti individu berkenaan. Profail ini dipanggil Kod Tiga
Mata Holland.
Realistik Investigatif

Rajah 4 : Model Heksagon Holland untuk mentafsirkan hubungan-hubungan


interkelas dan intrakelas
Sumber : Brown & Brooks (1984: 67 )

PERNYATAAN MASALAH

Kemasukan pelajar-pelajar ke Program Pengajian Ijazah Sarjana Muds di Kolej


universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan
am universiti dan syarat khas f h l t i seperti di Lampiran 1. Syarat yang ditenbkan itu
menunjukkan kejayaan pemohon hanyalah bergantung kepada kelayakan &ademik
pelajar semata-mata tanpa mempertimbangkan kesesuaian personaliti pelajar atau minat
pelajar dengan program pengajian yang dipohon.

Pemilihan program ijazah yang diikuti oleh pelajar akan menentukan bidang
kejaya yang akan diceburi oleh mereka kelak apabila tamat pengajian. Semasa pemilihan
dibuat mungkin berlaku keadaan di mana pelajar-pelajar telah memilih atau ditawarkan
bidang pengajian yang mereka kurang minati. Akibatnya berlaku ketidakselarasan antara
personaliti dengan bidang pengajian yang dipilih dan mungkin akan menjejaskan
pencapaian akademik pelajar.

Sidek (1996) berpendapat bahawa masalah akan timbul apabila individu


merasakan program pengajian yang diikuti tidak selaras dengan ciri-ciri minat dan
personaliti yang dimilikinya. Ini akan menyebabkan pelajar berkenaan merasa tertekan,
bosan dan kecewa yang akan membawa kepada penurunan motivasi. Seterusnya bebagai
masalah mungkin akan timbul seperti ponteng aktiviti akademik dan melakukan aktiviti-
1

aktiviti yang mengganggu rakan-rakan lain. Akhirnya menyebabkan pelajar berkenaan


gagal meneruskan pengajian.

h
Holland (1973;1985) mengatakan bahawa keselarasan di antara personaliti
dengan persekitaran dapat menjamin kepuasan seseorang individu. Apabila personaliti
seseorang itu selaras dengan persekitarannya maka hasilnya adalah kepuasan dalam
kerjayanya. Apabila telah wujud kepuasan maka seseorang individu itu akan
melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan
jujur.

Faust (Ab Aziz,1991) menyatakan ada individu diperingkat awal kariernya


memilih kerjaya yang ketara tidak selaras dengan personaliti dan minat mereka tetapi
mereka tidak menetapkan bidang kerjaya itu sebagai sesuatu yang bercanggah dengan
personaliti dan minat mereka sehingga akhir hayat sebaliknya mereka cuba
mengubahsuai dan jika masih tidak dapat keselarasan barulah ditolak. Seseorang individu
itu mungkin akan tertarik dengan kerjaya yang diceburinya setelah mengenali kerjaya itu
dengan lebih dekat.

Ini bermakna bahawa jika darjah keselarasan personaliti dengan persekitaran di


kalangan pelajar dapat dikenalpasti maka beberapa langkah pemulihan atau galakan dan
bimbingan dapat dilakukan bagi membantu para pelajar menjalani kehidupan mereka
dengan jayanya. Persoalan yang timbul adakah bidang pengkhususan yang menjadi
pilihan pelajar tersebut selaras dengan personaliti mereka?
Secara umumnya kajian ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Apakah Kod Tiga Mata Personaliti Holland program-program pengajian di


KUTKM?

2. Adakah personaliti pelajar KUTKM selaras dengan Kod Tiga Mata personaliti-
persekitaran Holland program pengajian yang diikuti di KUTKM?

3. Adakah terdapat hubungan tahap pencap'aian akademik pelajar dengan


keselarasan personaliti menurut bidang pengajian?

Tqjuan Umum
Tujuan umum kajian ini dijalankan adalah untuk:

1. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti semua program pengajian di


Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia.

2. Menentukan samada wujud keselarasan antara personaliti pelajar dengan program


pengajian yang diikuti oleh pelajar di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan.
Malaysia.

3. Menentukan samada wujud hubungan antara keselarasan faktor personaliti-


persekitaran program pengajian dengan pencapaian akademik pelajar.
Tyjuan Khusus
Tujuan yang lebih khusus kajian ini adalah untuk:

la. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik - Kuasa Industri (BEKP).

lb. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik - Kawalan, Instrumentasi & Automasi
(BEKC)

lc. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik - Elektronik Kuasa & Pemacu (BEKE).

Id. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan - Proses Pembuatan (BMFP).

le. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan - Rekabentuk Pembuatan (BMFR).

If. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan - Robotik & Automasi (BMFA).

lg. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer - Media Interaktif (BITM).

lh. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer - Rangkaian Komputer (BITC).

li. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer - Pembangunan Perisian (BITS).
lj. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer - Pengurusan Pengkalan Data
(BITD).

lk. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik - Industri Elektronik (BENE).

11. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
\

SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik - Kejuniteraan Komputer (BENC).

lm. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
&
SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik - Telekomunikasi Elektronik (BENT).

In. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal - Termal Bendalir (BMCT).

10. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal - Struktur & Bahan
(BMCS).

lp. Mengenalpasti Kod Tiga Mata Holland personaliti bagi program pengajian Ijazah
SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal - Automotif (BMCA).

2a. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik - Kuasa Industri
(BEKP).

2b. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik - Kawalan,
Instrumentasi & Automasi (BEKC)
2 ~ . Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan
program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik - Elektronik Kuasa
& Pemacu (BEKE).

2d. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan - Proses
Pembuatan (BMFP).

2e. Menentukan samada terdapat keselarasan antarb personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan - Rekabentuk
Pembuatan (BMFR).

2f. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan - Robotik &
Automasi (BMFA).

2g. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SajanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer - Media
Interaktif (BITM).

2h. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer -
Rangkaian Komputer (BITC).

2i. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer -
Pembangunan Perisian (BITS).

2j. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains Komputer -
Pengurusan Pengkalan Data (BITD).
2k. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan
program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik - Industri
Elektronik (BENE).

Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik - Kejuruteraan
Komputer (BENC).

Menentukan samada terdapat keselarasan antaka personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik
Telekomunikasi Elektronik (BENT).

Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal - Termal
Bendalir (BMCT).

20. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal - Struktur &
Bahan (BMCS).

2p. Menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan


program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal - Automotif
(BMCA).

3a. Menentukan samada terdapat hubungan antara keselarasan personaliti-


persekitaran program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektrik -
Kuasa Industri (BEKP), Instrumentasi & Automasi (BEKC) dan Elektronik
Kuasa & Pemacu (BEKE) dengan pencapaian akademik pelajar.

3b. Menentukan samada terdapat hubungan antara keselarasan personaliti-


persekitaran program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan -
Proses Pembuatan (BMFP), Rekabentuk Pembuatan (BMFR) dan Robotik &
Automasi (BMFA) dengan pencapaian akademik pelajar.

3c. Menentukan samada terdapat hubungan antara keselarasan personaliti-


persekitaran program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Sains
Komputer - Media Interaktif (BITM), Rangkaian Komputer (BITC),
Pembangunan Perisian (BITS) dan Pengurusan Pangkalan Data (BITD) dengan
pencapaian akademik pelajar.

3d. Menentukan samada terdapat hubungan antara keselarasan personaliti-


persekitaran program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elektronik -
i
Industri Elektronik (BENE), Kejuruteraan Komputer (BENC) dan
Telekomunikasi Elektronik (BENT) dengan pencapaian akademik pelajar.

3e. Menentukan samada terdapat hubungan antara keselarasan personaliti-


persekitaran program pengajian Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal -
Termal Bendalir (BMCT), Struktur & Bahan (BMCS) dan Automotif (BMCA)
dengan pencapaian akademik pelajar.

KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini ialah ianya dapat memperluaskan lagi penggunaan alat ujian SDS
untuk menentukan profail personaliti pelajar dan kaitannya dengan keselarasan antara
personaliti dan persekitaran belajar di KUTKM.

Maklumat dari kajian ini juga boleh meningkatkan lagi pemahaman dan
kesedaran pihak-pihak yang berkenaan mengenai personaliti pelajar-pelajar yang sedang
m e n g h t i program-program pengajian yang ditawarkan di KUTKM. Apabila maklumat
mengenai personaliti pelajar diperolehi pihak-pihak tertentu khususnya pihak yang
bertanggungjawab secara langsung terhadap pelajar boleh menjalankan program-program
tertentu untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Contohnya bagi pelajar yang
rnempunyai personaliti yang tidak selaras dengan bidang pengkhususan yang dipilih,
pihak-pihak yang berkenaan boleh merancangkan suatu aktiviti yang bersesuaian bagi
membantu dan membimbing pelajar tersebut ke arah yang lebih baik khususnya bagi
meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar tahun tiga yang mengikuti program
pengajian seperti Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Elkktrik ((Kuasa Industri (BEKP),
Kawalan , Instrumentasi & Automasi (BEKC), Elektronik Kuasa & Pemacu (BEKE)),
Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Pembuatan (Proses Pembuatan (BMFP),Rekabentuk
~ e m b h t a n(BMFR), Robotik & Automasi (BMFA)), Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan
Sains Komputer ((Media Interaktif (BITM), Rangkaian Komputer (BITC), Pembangunan
Perisian (BITS), Pengurusan Pengkalan Data (BITD)), Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan
Elektronik ((Industri Elektronik (BENE), Kejuruteraan Komputer (BENC),
Telekomunikasi Elektronik (BENT)), dan Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal
((Termal Bendalir (BMCT), Struktur & Bahan (BMCS), Rekabentuk & Inovasi
(BMCD), dan Automotif (BMCA)) di KUTKM dan tidak mewakili keseluruhan pelajar-
pelajar yang sedang mengikuti program-program pengajian di KUTKM.

DEFINISI KONSEP

Indeks Keselarasan

Menurut Hawkins (2004), keselarasan adalah merujuk kepada kesepadanan dan


kesesuaian sementara Noresah et al. (1997) pula merujuk keselarasan kepada perihal
sama, setimbal, kepadanan, kesamaan dan kesesuaian. Darjah keselarasan membawa
maksud perihal ukuran sejauh mana sesuatu perkara itu mempunyai kesesuaian atau
kepadanan dengan sesuatu perkara yang lain.

You might also like