P. 1
Identiti Rebab Di Dalam Melayu

Identiti Rebab Di Dalam Melayu

|Views: 879|Likes:
Published by aalazhar

Alat muzik tradisional Melayu merupakan alat teknologi dan kebudayaan yang wujud hasil daripada kebijaksanaan masyarakat Melayu mengadaptasi alam sekitar mereka dengan keperluan hidup. Alat seni budaya ini berperanan menghasilkan alunan bunyi yang digunakan untuk mengiringi seni persembahan yang memiliki pelbagai fungsi dalam masyarakat. Antara alat teknologi seni persembahan Melayu yang masih wujud dan digunakan sehingga kini ialah rebab (rebab tali tiga) iaitu alat muzik pembawa melodi permainan Makyung, Tarik Selampit, dan Main Puteri. Pengiktirafan teater Makyung sebagai ‘a Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ oleh UNESCO pada tahun 2005 dan pewartaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) di Malaysia telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha memelihara rebab sebagai artifak warisan tidak ketara negara. Antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi memurnikan usaha ini adalah dengan mengenal pasti identiti warisan berkenaan dalam konteks sosio-budaya masyarakat dan penulisan ini berfokus kepada aspek berkenaan. Melalui pendekatan ini identiti rebab di alam Melayu diterokai dari aspek-aspek seperti persejarahan, perbandingan antara budaya (cross cultural), teknologi serta aplikasinya di dalam masyarakat. Usaha ini diharap dapat membantu pelbagai pihak berkaitan khususnya di Malaysia memelihara dan memulihara alat muzik rebab dan muziknya supaya warisan ini dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

Alat muzik tradisional Melayu merupakan alat teknologi dan kebudayaan yang wujud hasil daripada kebijaksanaan masyarakat Melayu mengadaptasi alam sekitar mereka dengan keperluan hidup. Alat seni budaya ini berperanan menghasilkan alunan bunyi yang digunakan untuk mengiringi seni persembahan yang memiliki pelbagai fungsi dalam masyarakat. Antara alat teknologi seni persembahan Melayu yang masih wujud dan digunakan sehingga kini ialah rebab (rebab tali tiga) iaitu alat muzik pembawa melodi permainan Makyung, Tarik Selampit, dan Main Puteri. Pengiktirafan teater Makyung sebagai ‘a Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ oleh UNESCO pada tahun 2005 dan pewartaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) di Malaysia telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha memelihara rebab sebagai artifak warisan tidak ketara negara. Antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi memurnikan usaha ini adalah dengan mengenal pasti identiti warisan berkenaan dalam konteks sosio-budaya masyarakat dan penulisan ini berfokus kepada aspek berkenaan. Melalui pendekatan ini identiti rebab di alam Melayu diterokai dari aspek-aspek seperti persejarahan, perbandingan antara budaya (cross cultural), teknologi serta aplikasinya di dalam masyarakat. Usaha ini diharap dapat membantu pelbagai pihak berkaitan khususnya di Malaysia memelihara dan memulihara alat muzik rebab dan muziknya supaya warisan ini dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

More info:

Published by: aalazhar on Oct 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/12/2013

pdf

text

original

IDENTITI REBAB DI ALAM MELAYU Oleh: Azhar Bin Abdul Latiff, Ab.

Samad Kechot & Shamsul Amri Baharuddin Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak:

Alat muzik tradisional Melayu merupakan alat teknologi dan kebudayaan yang wujud hasil daripada kebijaksanaan masyarakat Melayu mengadaptasi alam sekitar mereka dengan keperluan hidup. Alat seni budaya ini berperanan menghasilkan alunan bunyi yang digunakan untuk mengiringi seni persembahan yang memiliki pelbagai fungsi dalam masyarakat. Antara alat teknologi seni persembahan Melayu yang masih wujud dan digunakan sehingga kini ialah rebab (rebab tali tiga) iaitu alat muzik pembawa melodi permainan Makyung, Tarik Selampit, dan Main Puteri. Pengiktirafan teater Makyung sebagai ‘a Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ oleh UNESCO pada tahun 2005 dan pewartaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) di Malaysia telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha memelihara rebab sebagai artifak warisan tidak ketara negara. Antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi memurnikan usaha ini adalah dengan mengenal pasti identiti warisan berkenaan dalam konteks sosio-budaya masyarakat dan penulisan ini berfokus kepada aspek berkenaan. Melalui pendekatan ini identiti rebab di alam Melayu diterokai dari aspek-aspek seperti persejarahan, perbandingan antara budaya (cross cultural), teknologi serta aplikasinya di dalam masyarakat. Usaha ini diharap dapat membantu pelbagai pihak berkaitan khususnya di Malaysia memelihara dan memulihara alat muzik rebab dan muziknya supaya warisan ini dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang. Kata Kunci: rebab, makyung , muzik melayu, teknologi melayu, teknologi seni.

Abtract:

Malay musical instrument, tools of technology and culture and exist from the intelligence of Malay society in adapting Mother Nature around them with their needs of life. This culture arts tools was used to generate combinations of sounds that were use to accompany performing arts that was and functional in the society. Rebab, a technological tool of Malay traditional performing arts was used to provide melody for performing arts play such as Makyung, Tarik Selampit and Main Teri. UNESCO acknowledgement on Makyung as ‘a Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ and implementation of

National Heritage Act 2005 (act 645) in Malaysia was showing many parties about the important of afford to preserve rebab as national intangible heritage. Apart of the steps is to identify the identity of the heritage in the context of socio-culture and this paper is focusing on the matters. From this approach, rebab identity in Malay world was discovered from many aspects including history, cross cultural comparison, technology and its applications in the society. This effort hopefully could guide many parties especially in Malaysia to preserve rebab and its music for future generation. Keywords: rebab, makyung , Malay music, Malay technology, arts technology.

1.0 Pengenalan

Alat muzik tradisional Melayu merupakan alat teknologi dan kebudayaan yang wujud hasil daripada kebijaksanaan masyarakat Melayu mengadaptasi alam sekitar mereka dengan keperluan hidup. Alat seni budaya ini berperanan menghasilkan alunan bunyi yang

digunakan untuk mengiringi seni persembahan yang memiliki pelbagai fungsi dalam masyarakat. Antara alat teknologi seni persembahan Melayu yang masih wujud dan

digunakan sehingga kini ialah rebab (rebab tali tiga) iaitu alat muzik pembawa melodi permainan Makyung, Tarik Selampit, dan Main Puteri.

Pengiktirafan teater Makyung sebagai ‘a Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ oleh UNESCO pada tahun 2005 dan pewartaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) di Malaysia telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha memelihara rebab sebagai artifak warisan tidak ketara negara. Antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi memurnikan usaha ini adalah dengan mengenal pasti identiti warisan berkenaan dalam konteks sosiobudaya masyarakat dan penulisan ini berfokus kepada aspek berkenaan.

2.0

Seni Muzik Tradisional di Alam Melayu dan Peralatannya

Seni muzik tradisional Melayu dan peralatannya merupakan sebahagian daripada unsur budaya yang wujud di dalam kebudayaan masyarakat Malaysia khususnya masyarakat

Melayu. Unsur kebudayaan ini memiliki identiti dan nilai estetikanya yang tersendiri yang dibentuk melalui satu sejarah yang panjang seiring dengan perkembangan masyarakat Melayu itu sendiri di alam Melayu. Seni muzik di Asia Tenggara khususnya di alam Melayu pada hari ini menggambarkan campuran tradisi tempatan dengan kebudayaan luar yang berasal dari China, India, Timur Tengah dan Barat. Percampuran budaya ini menghasilkan bentuk muzik yang hibrid dan memiliki identiti yang tersendiri (Wiliam P. Malm, 1967:1).

Alam Melayu1 yang asasnya digambarkan melalui dunia Melayu Lama merangkumi kerajaan Hindu Funan, kerajaan Sriwijaya, kerajaan Majapahit, dan kerajaan Melaka. Pembentukan unsur-usur kebudayaan di kawasan ini menyumbang ke arah pembentukan seni muzik tempatan hasil adaptasi dan percampuran nilai-nilai tempatan dengan kebudayaan luar melalui proses difusi budaya. Pertalian entiti ini jelas kelihatan di sempadan negara yang bersempadan pada hari ini seperti di antara Semenanjung Malaysia dengan negara Thai, Sabah dengan Filipina dan Sarawak dengan Kalimantan (Indonesia) (Mohamed Ghouse Nasuruddin, 2003:4). Negeri-negeri alam Melayu yang terletak di pertengahan kawasan ini, menggambarkan secara microscosm genre muzik rantau ini.

Penyebaran dan difusi elemen budaya seperti muzik dan peralatannya di alam Melayu dilakukan sendiri oleh masyarakatnya. Penyebaran dan integrasi di antara satu budaya dengan budaya yang lain berlaku melalui 1) penaklukan, 2) perubahan kuasa, 3) hubungan perdagangan dan 3) perkahwinan keluarga diraja (Eric Taylor, 1989: 5). Perkembangan seni muzik di alam Melayu turut membawa kepada penghasilan pelbagai artifak teknologi seperti alat muzik tradisional yang bukan sahaja berfungsi menghasilkan seni bunyi alam Melayu, malah memiliki nilai ekspresif dan simbolik serta ritual yang memiliki falsafah yang
1

Keturunan awal masyarakat Proto Melayu dan Deutero Melayu merupakan penganut kepercayaan animisme dan mereka telah mencipta pelbagai permainan dan ritual yang menghubungkan kehidupan mereka dengan alam ghaib. Amalan ritual ini diteruskan sehingga beradaptasi dengan pengaruh kebudayaan India dan diteruskannya sehingga tersebarnya agama Hindu zaman di kegemilangan kerajaan Melayu lama iaitu kerajaan Hindu Funan yang wujud sekitar abad pertama. S.M. Kerajaan Hindu Funan ini kemudian digantikan pula dengan kerajaan Sriwijaya yang wujud pada sekitar abad ke 7 S.M. dan kerajaan ini menjadikan agama Buddha yang juga berasal daripada India sebagai agama rasmi mereka. Pada abad ke 11 S.M, wujud pula Kerajaan Hindu Majapahit yang pusat di Jawa Indonesia dan diikuti pula dengan penubuhan kerajaan Melaka pada abad ke 13 S.M. yang menjadi pusat penyebaran agama Islam serantau. Daripada dunia Melayu Lama ini lahirlah kesultanan Melayu yang ada pada hari ini. Rantau ini kemudiannya melalui zaman penjajahan bangsa Eropah daripada Barat sebelum lahirnya negara-negara persempadanan yang ada di seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina melalui proses kemerdekaan.

mendukung kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri. Antara alat muzik tradisional Melayu ialah serunai, rebab, gendang, rebana, gong, gamelan, caklempong, gambus, Di alam Melayu, peralatan ini berkembang melalui pola perspektif adaptasi2 yang disesuaikan dengan pengaruh tempatan dan idiosinkratik3 yang mengekalkan bentuk asalnya. Berdasarkan sistem klasifikasi alat muzik Sach-Hornbostel 1941, alat muzik tradisional Melayu boleh diklasifikasikan kepada empat kumpulan mengikut cara menghasilkan bunyi dihasilkan iaitu: 1) Idionophone : Bunyi terhasil daripada getaran badan canang, kesi, & caklempong), 2) Membranophone: Bunyi terhasil daripada getaran membran (kulit) seperti gendang, rebana & kompang, 3) Aerophone: (serunai, seruling, bangsi & saluang), dan 4) Chordrophone ( rebab, gambus & kecapi). ( Nik Mustapha Nik Mohd. Salleh, 2009: 18). seperti gong, tetawak,

Sosiobudaya masyarakat Melayu tradisional (sebelum campur tangan pentadbiran British) bersifat feudalistik membentuk sistem beraja yang membahagikan struktur sosial masyarakat terbahagi kepada dua lapisan strata yang berbeza iaitu kelas pemerintah iaitu golongan bangsawan yang terdiri daripada raja-raja serta kerabatnya dan orang kebanyakan yang terdiri daripada rakyat yang diperintah di dalam sistem beraja yang mana raja memiliki kuasa pemerintahan yang mutlak. (Mohd. Taib Osman, 1974: 311). Sistem ini bukan sahaja dipertahankan melalui kuasa fizikal, malah melibatkan penguasaan ideologi. Dari segi

ideologi, unsur dan kepercayaan mistik terhadap konsep dewa raja dan kuasa sakti raja-raja diterapkan di dalam masyarakat melalui sastera tradisional yang wujud sama ada dalam bentuk lisan di istana dan bukan lisan di kalangan rakyat yang turut menggunakan seni muzik sebagai medium penyampaian. Pembahagian tradisi istana dan tradisi rakyat melalui sistem raja-raja Melayu tradisional turut mempengaruhi pembentukan seni muzik tradisional Melayu

2

Pola adaptasi (adaptional), dari segi pemaknaan bermaksud alat-alat muzik sama ada dari jenis yang digesek, dipalu, diketuk ataupun ditiup adalah merupakan suatu artifak seni hidup, sering bertambah dan berkembang mengikut tindak balas ekologi setempat. Perubahan dan penyesuaian amat dipengaruhi oleh tuntutan budaya setempat, khususnya dari segi suara, mode muzik, pembuatan serta hiasannya sebagai satu keindahan estetika yang bersifat luaran yang terdapat pada sesebuah alat muzik. Contoh: Serunai, rebab, dan rebana, 3 Pola idiosikratik (idiosyncratic)mengambil kira persoalan mengenai kestabilan unsur dan bentuk asal yang masih dikekalkan pada jenis-jenis alat tertentu. Contoh: Gambus, akordiaan, dan violin.

yang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu muzik istana4 yang berkembang di dalam tradisi istana dan muzik rakyat5 seperti yang berkembang di dalam tradisi rakyat. Salah satu alat muzik tradisional yang digunakan di dalam muzik istana dan muzik rakyat di alam Melayu ialah Rebab.

3.0 Rebab dan Alat Gesekan di Alam Melayu

Alat muzik bertali daripada kumpulan chordophone kurang dominan di dalam ensembel muzik Asia Tenggara berbanding dengan muzik Barat (Eric Taylor. 1989:59). Ensembel muzik di alam Melayu lebih didominasi oleh alat-alat perkusi daripada kumpulan membranophone seperti alat pergendangan serta idionophone seperti gong dan canang yang kaya dengan elemen ritma. Alat-alat muzik perkusi ini digabungkan dengan nyanyian vokal, alat muzik tiupan aerophone ataupun alat bertali chordophone bagi memberi suntikan melodi untuk melengkapkan bentuk muzik yang dimainkan. Di alam Melayu alat muzik bertali boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu 1) zither, 2) lute, dan 3) harp.

Alat muzik bertali jenis lute terbahagi kepada dua jenis iaitu lute yang dipetik dan lute yang digesek dan kebanyakannya berasal sama ada daripada China atau pun Timur Tengah. Lute yang dipetik terdiri daripada gambus (Malaysia), grajappi (negara Thai), dan chappeythom (Kemboja). Di kawasan Asia Tenggara kebanyakan lute bergesek dimainkan secara berdiri dan mempunyai kaki yang dikenali sebagai spike fiddle di kalangan etnomuzikologis barat. Dalam konteks alam Melayu, rebab dikategorikan sebagai alat gesekan berdasarkan cara alat muzik itu menghasilkan bunyi (Siti Zainon, 2000).

Pengaruh China jelas wujud pada alat gesekan yang berasal daripada kawasan utara rantau Asia Tenggara seperti dan nhi, dan gao (Vietnam), sg duang, sg u (negara Thai),, dan dra u (Kemboja). Kesemua alat muzik ini memiliki persamaan fizikal dengan alat muzik erhu yang berasal daripada China dan antara persamaan yang wujud ialah saiz leher yang panjang,
4

Muzik Istana di alam Melayu; 1) muzik adat istiadat:- nobat dan pasukan gendang diraja, dan 2) muzik hiburan: muzik gamelan, dan makyung. 5 Muzik Rakyat di alam Melayu: muzik wayang kulit, muzik rodat, muzik kuda kepang, dan muzik gendang silat.

alat gesekan dengan dua tali, kotak suara yang kecil dan penggesek duduk di antara dua tali. Pengaruh Timur Tengah pula jelas terpapar pada alat muzik bertali daripada kawasan selatan Asia Tenggara iaitu Indonesia dan Malaysia melalui cara permainan yang menggunakan penggesek yang berasingan dan juga nama alat muzik itu sendiri iaitu rebab memiliki persamaan dengan Rabab masyarakat Arab. Rebab merupakan legasi daripada penyebaran agama Islam di rantau ini.

Di Semenanjung Malaysia, rebab wujud dengan tiga tali. Terdapat juga lute daripada negara Thai yang mempunyai tiga tali dan memiliki fizikal yang hampir sama seperti rebab dan alat muzik ini dikenali dengan nama sg sam sai. Rebab yang ada di Jawa Tengah Indonesia pula memiliki kotak suara yang berbentuk hati dan memiliki dua tali dan digunakan di dalam ensemble muzik gamelan.

Dari segi persejarahan, rebab dipercayai mula wujud di kawasan utara Iran iaitu daerah Kurdistan dan dipercayai telah berkembang di rantau Timur Tengah, disebut di dalam catat al-Farabi seawal kurun ke-10 (Curtis Sach, 1940: 255 ). Alat ini dipercayai menjadi alat asas yang mempengaruhi kemunculan alat-alat gesekan lain di Eropah. Ia dibawa ke Asia Tenggara melalui perdagangan orang Arab dan kedatangan agama Islam yang tersebar ke rantau dunia Melayu sebelum kurun ke-13. Alat ini kemungkinan datang melalui Perlak dan Pasai di Sumatera dan dari sana merebak ke kawasan lain di rantau ini. (Mohamed Ghouse Nasuruddin, 2003:6-7) .

Penggunaan rebab di alam Melayu turut disebut di dalam sastera lisan tradisional Melayu yang berkembang di dalam tradisi istana (Azhar Abdul Latiff 2009 ; Siti Zainon, 2000). Sastera Melayu lama seperti teks Sejarah Melayu telah menyebut tentang rebab apabila menceritakan tentang ‘bunyi-bunyian Melayu’. Teks Hikayat Merong Mahawangsa memaparkan latar wilayah budaya Kedah, Acheh, Langkapuri dan Patani juga ada menyebut tentang ‘hebab’ sebagai alat muzik yang digesek dalam kebudayaan tersebut Walau bagaimana pun di dalam tradisi lisan ini perkataan alat muzik tidak dicatatkan secara jelas diistilahkan dengan nama ‘bunyi-bunyian’ ataupun ‘permainan’ serta dikenal pasti melalui cara dimainkan seperti ‘alat gesekan’.

4.0 Rebab dan Teknologi Melayu

Teknologi adalah gabungan ilmu, skil dan teknik, atau peraturan membuat dan menggunakan sesuatu untuk tujuan atau kepentingan tertentu. Teknologi melibatkan budaya kebendaan dalam bentuk artifak, ilmu asas kepada teknik menghasilkan artifak tersebut dan teknik menggunakan artifak tersebut. Teknologi Melayu digunakan khusus untuk menerangkan teknologi yang diwarisi oleh orang Melayu sejak zaman-berzaman. (Wan Kadir Wan Yusof, et al. 2004: 3-4). Rebab merupakan teknologi Melayu yang wujud di dalam seni muzik tradisional Melayu.

Rebab merupakan tradisi budaya Melayu yang telah mengalami proses perubahan dan penyesuaian daripada satu tahap kepada satu tahap yang dilalui oleh orang Melayu. Proses evolusi dalam budaya Melayu yang melibatkan jangka masa yang lama juga melibatkan proses evolusi dalam teknologi rebab. Pertembungan orang Melayu dengan peradaban Timur Tengah mengakibatkan proses difusi teknologi rebab berlaku. Proses ini melibatkan penghasilan rebab melalui proses perubahan dan penyesuaian keperluan serta kepentingan tempatan dengan teknologi peradaban asing oleh bijak pandai tempatan tanpa menjejaskan jati diri budaya Melayu.

Dalam realiti kehidupan pemain rebab di alam Melayu, setiap orang adalah terlibat dengan teknologi rebab, baik di peringkat memerlukan pengalaman seperti pembuatan, mahupun sebagai pengguna. Ini berbeza dengan perkembangan teknologi moden di mana majoriti pemuzik adalah terdiri daripada para pengguna. Dalam masyarakat tradisional Melayu masa lalu, pemuzik perlu mempelajari dan menguasai sebahagian daripada teknologi rebab, terutama dalam menghasilkan peralatan untuk kegunaan di dalam seni persembahan. Teknologi rebab dan muziknya menggambarkan jati diri Melayu di dalam bidang kesenian.

Dalam konteks teknologi Melayu, identiti rebab boleh dilihat melalui tiga perkara iaitu melalui 1) proses pembuatan rebab, 2) rebab dan sifatnya, dan 3) aplikasi dan

penggunaan muzik rebab. Antara rebab yang berkembang di alam Melayu dan masih digunakan sehingga sekarang ialah Rebab Makyung. Alat muzik ini merupakan salah satu alat muzik ini digunakan untuk menghasilkan melodi bagi mengiringi ensambel muzik persembahan makyung yang wujud melalui tradisi istana kerajaan Langkasuka sebelum berkembang ke kawasan selatan sehingga ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu negeri Kelantan, Kedah, dan Terengganu. Selain itu, rebab6 makyung juga digunakan untuk menghasilkan melodi untuk permainan main teri dan tarik selampit di negeri Kelantan.

a) Pembuatan Rebab

Rebab di alam Melayu dihasilkan sendiri oleh masyarakat yang mendukungnya menggunakan bahan-bahan alamiah yang ada di sekitar mereka. Bijak pandai Melayu yang terlibat dengan teknologi rebab merupakan ahli masyarakat yang mahir tentang rebab, permainan, dan pembuatannya. Rata-rata pemain rebab tradisional Melayu Kelantan dahulu memainkan rebab yang dihasilkannya sendiri. Selain itu terdapat juga rebab yang dimainkan oleh pemain rebab ini diwarisi daripada guru, warisan turun temurun keluarga dan juga dibeli daripada pembuat yang mahir. Di dalam proses pembuatan rebab di Kelantan, teknik pembuatan dipelajari secara langsung melalui perguruan dan secara tidak langsung melalui pengalaman. Reka bentuk rebab berubah berdasarkan daya kreativiti dan inovasi pembuatnya melalui peniruan unsur-unsur alam sekitar dan interaksi masyarakat terutama di kalangan pemain rebab. Bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan rebab seperti kayu nangka (tempurung), kulit tempurung(kulit perut dalam lembu), kayu cengal/petir/rengas (batang dan telinga), sabut kepala (tali penggesek), sarang kelulut (susu), batang nibong (celi), logam (tok rok), kayu setor (pacat) dan lain-lain bahan tempatan diperoleh di sekitar kawasan tempat tinggal pembuat rebab.

b) Rebab dan sifatnya

6

Penyelidik sedang membuat penyelidikan mengenai rebab makyung dari aspek teknologi dan pembangunannya di alam Melayu.

Seperti alat gesekan lain yang ada di rantau Asia Tenggara, rebab makyung dari segi struktur fizikalnya terdiri daripada tiga bahagian iaitu tempurung, batang dan kepala. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, tempurung adalah yang paling utama kerana merupakan teras kepada penghasilan bunyi rebab. Bahagian tempurung yang berbentuk hati diperbuat daripada kayu nangka dan permukaannya diliputi dengan kulit perut dalam lembu. Batang diperbuat daripada kayu-kayu keras seperti cengal dan petir. Di bahagian kepala pula diukir pula dengan motif-motif berasalkan tumbuh-tumbuhan yang lebih berfungsi memberi aspek ekspresif dan simbolik visual atas alat muzik tersebut.

Fizikal dan sifat rebab boleh dilihat melalui penelitian terhadap aspek akustik muzik yang terdiri daripada tiga elemen penting iaitu 1) penghasilan bunyi, 2) perambatan bunyi, dan 3) persepsi bunyi. Tiga tali yang ditegangkan dengan telinga merentasi tiga bahagian utama rebab iaitu tempurung, batang dan kepala rambutan memiliki nada yang berbeza dikenali sebagai Bor, Tengah,dan Ching. Setiap tali ini ditala dengan jeda nada sebanyak 4 ton (fouth) sebagai contoh tali Bor (nada G),Tengah (C), dan Ching (F). Bagaimana pun, penalaan rebab di dalam muzik tradisional Melayu boleh berubah kerana tali rebab pada kebiasaannya ditala berdasarkan kesesuaian nada vocal penyanyi yang diiringinya. Seperti alat muzik daripada chordophone yang lain, bunyi rebab terhasil daripada getaran tali yang digesek. Getaran tali rebab akan merambat merentasi tali ke tempurung rebab menerusi pacat dan kemudiannya kulit tempurung sebelum tersebar ke udara sebagai gelombang bunyi. Gelombang bunyi ini akan diterima oleh pendengar dan dipersepsi sebagai bunyi rebab. Kombinasi beberapa nada yang terhasil daripada kepintaran pemain memetik jari di bahagian batang rebab dan gesekan menggunakan penggesek akan menghasilkan alunan bunyi yang panggil muzik rebab. Suntikan pengaruh kebudayaan persekitaran dan penghayatan kesenian pemain memberi nilai estetika terhadap produk muzik yang dihasilkan.

c) Aplikasi dan penggunaan Rebab

Dalam konteks sosiobudaya Melayu, rebab didapati berkembang di dalam muzik istana melalui dalam seni persembahan teater tradisional makyung7. Di dalam persembahan makyung, rebab berperanan memberikan melodi sama ada dengan iringan penyanyi ataupun secara solo dengan diiringi paluan gendang anak, gendang ibu dan tetawak yang memberikan ritma dalam bentuk sistem kalatomik (gong sebagai penanda masa). Pemain rebab berperanan sebagai ketua pemuzik di dalam persembahan dan juga makyung juga mengetuai upacara khas seperti buka panggung dan persembahan simbolik mengadap rebab. Terdapat lebih kurang 30 bilangan (repertoire) lagu (Mohamed Ghouse Nasuruddin Nasuruddin, 2003:50) yang dimainkan di dalam persembahan makyung dan antara lagu-lagu yang sering dimainkan ialah Buka Tabuh, Mengadap Rebab, Sedayung Makyung, Sedayung Pakyung, Pakyung Muda, Barat Anjur, Barat Cepat, Kabar Belas, To’ Wok, Sri Gunung, Sedara, Sindung, Sedayung Tonggek, Chenik, Kisah Barat, Mengulit Burung Jijik, Molek, Kijang Emas dan Jinjang Raja..

Daripada tradisi istana, rebab dan muziknya berkembang pula di dalam tradisi rakyat apabila makyung dimainkan sebagai hiburan di kampung-kampung yang masyarakatnya terdiri daripada komuniti nelayan dan petani. Persembahan makyung ini membawa ceritacerita yang berkisar tentang kehidupan masyarakat di istana dan merupakan medium untuk istana menyampaikan kisah-kisah kehebatan raja kepada rakyat. Selain itu, muzik rebab juga terus berkembang di dalam masyarakat dan melahirkan seni muzik rakyat seperti tarik selampit. Tarik selampit yang merupakan bentuk kesenian nyanyian solo akan diiringi dengan gesekan rebab oleh Tok Selampit untuk menyampaikan cerita-cerita rakyat dan bentuk narator dan penceritaan.

Satu lagi bentuk kesenian tradisional yang menggunakan rebab ialah permainan main teri. Berbeza dengan makyung yang bertujuan menghiburkan masyarakat, permainan main teri lebih berfokus kepada tujuan pengubatan. Di dalam permainan ini, bomoh yang dikenali sebagai Tok Minduk menggunakan rebab dan muzik makyung sebagai medium yang
7

Makyung merupakan teater tradisional Melayu yang dipercayai berkembang di istana kerajaan Melayu lama Langkasuka yang kemudiannya dikenali sebagai kerajaan Melayu Pattani yang berpusat digenting yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dan Tanah Besar Thai. Seni persembahan ini dimainkan di istana sebagai hiburan raja-raja. Tradisi istana ini kemudiannya tersebar ke kawasan selatan Langkasuka sehingga memasuki semenanjung Malaysia di negeri Kelantan, Terangganu dan Kedah.

menghubungkan pesakit dengan alam ghaib bagi tujuan mengubati penyakit yang dihidapi. Ritual tertentu digunakan untuk memulihkan ‘angin’ atau pun semangat pesakit yang hendak dipulihkan.

5.0 Identiti Rebab di Alam Melayu

Penelitian dalam konteks sosiobudaya, persejarahan, kajian antara budaya dan teknologi Melayu jelas menunjukkan bahawa teknologi rebab telah lama wujud dan berkembang di alam Melayu .

Rebab memainkan peranan yang penting sebagai alat teknologi dalam dalam konteks sosiobudaya Melayu tradisional kerana alat ini wujud di dalam tradisi istana dan tradisi rakyat. Teater tradisional makyung yang menjadi hiburan raja-raja Melayu di istana menggunakan muzik rebab di dalam ensemble muziknya. Makyung kemudiannya berkembang di dalam tradisi rakyat yang terdiri daripada komuniti petani dan nelayan. Bijak pandai Melayu telah mempelbagaikan kegunaan muzik rebab daripada hiburan kepada tujuan pengubatan melalui permainan main teri yang mempunyai unsur ritual dan magis. Untuk tujuan pendidikan pula, rebab telah digunakan untuk menyampaikan cerita-cerita nasihat kepada rakyat melalui permainan tarik selampit. Tradisi lisan istana raja-raja Melayu juga pernah memerikan kewujudan rebab di alam Melayu sebagai alat bunyi-bunyian dan permainan.

Rebab di alam Melayu merupakan artifak teknologi yang dibawa daripada luar melalui proses difusi budaya sebelum dikembangkan di dalam kebudayaan Melayu yang mempunyai pengaruh kebudayaan Cina, India, dan Timur Tengah. Perbezaan yang jelas wujud di antara rebab dengan alat-alat muzik kumpulan chordophone jenis spike fiddle lain

yang ada di rantau Asia Tenggara yang meliputi sebahagian alam Melayu dapat dilihat melalui pemerhatian visual fizikal alat muzik tersebut di negara persempadanan. Kawasan utara yang terdiri daripada negara Thai, Laos, Vietnam dan Kemboja memiliki spike fiddle yang lebih cenderung kepada pengaruh kebudayaan China, manakala di kawasan selatan yang merangkumi Malaysia, Indonesia dan persempadanan alam Melayu mempunyai spike fiddle yang memiliki pengaruh kebudayaan Timur Tengah.

Bijak pandai Melayu telah menghasilkan sendiri rebab untuk digunakan di dalam seni persembahan. Mereka ini bukan sahaja menjadi pengguna malah menguasai teknologi rebab dengan memahami sifat alat tersebut dan cara membuatnya. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan rebab diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang ada di sekitar tempat tinggal mereka. Teknik pembuatan alat muzik dipelajari melalui perguruan dan pengalaman. Seperti alat muzik jenis alat gesekan yang lain, sifat bunyi rebab boleh dikenal pasti dengan memahami proses penghasilan bunyi rebab bermula daripada tali digesek, perambatan bunyi rebab yang terbebas ke udara daripada getaran di tempurung dan persepsi penerimaan pendengar yang mentafsir bunyi itu sebagai suara rebab.

6.0

Penutup

Kesenian tradisional yang beridentiti kebudayaan Melayu seperti rebab dan muziknya semakin dilupakan oleh masyarakat Melayu pada masa kini terutama di kalangan generasi muda. Kehadiran ‘hip hop’, rap, rock dan lain-lain muzik popular daripada ketamadunan barat yang menular ke dalam kebudayaan masyarakat Melayu pada masa kini telah menghakis nilai jati diri Melayu di kalangan ahli masyarakat. Perkara ini amat membimbangkan dan mampu menggugat ketamadunan alam Melayu yang telah wujud di rantau ini sejak berabad tahun dahulu. Mempopularkan kembali rebab di kalangan

masyarakat antara penyelesaian yang boleh diambil serius oleh pelbagai pihak terbabit seperti pembuat dasar dan polisi negara, profesional industri kreatif seni budaya dan warisan serta ahli-ahli akademik seni budaya.

Daripada tinjauan yang dijalankan, didapati bahawa masyarakat Melayu pada masa kini memandang rebab dan muziknya semakin kurang relevan di dalam dunia moden pada masa kini. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan melaksanakan proses transformasi teknologi rebab dengan memajukan fizikal rebab serta sifat bunyinya, memajukan teknik pembuatan dan meluaskan penggunaannya supaya boleh dipopularkan di kalangan bukan sahaja masyarakat Melayu, malah di peringkat dunia dalam bentuk world music. Di peringkat pembinaan negara bangsa, rebab dan alat-alat muzik tradisional Melayu lain berpotensi untuk menjadi alat penyatuan masyarakat melalui kesenian apabila dimainkan secara ensemble besar seperti simfoni orkestra ataupun kecil seperti chamber music dan pancaragam.

Proses transformasi rebab dan muziknya ini perlu diteliti dengan lebih lanjut kerana antara cabaran yang besar bakal ditempuhi di dalam proses ini ialah keupayaan untuk mengekalkan bentuk dan tradisi asalnya di dalam seni persembahan tradisional makyung, main teri dan tarik selampit. Penelitian juga perlu dibuat untuk meneroka potensi-potensi lain yang wujud di dalam rebab sama ada dari segi falsafah ekspresif serta simbolik di dalam reka bentuknya serta penggunaannya untuk tujuan pengubatan. Kajian yang lebih lanjut menjurus kepada aspek teknologi rebab dan pembangunan di alam Melayu perlu dilaksanakan di peringkat ilmiah bagi menjawab persoalan ini.

Rujukkan

Azhar Abdul Latiff. 2009. Seni Muzik Dalam Institusi Raja Melayu: Kajian Jenis, Perkembangan dan Peralatan Muzik dalam Konteks Tradisi Istana. http://www.scribd.com/doc/29391151/SENI-MUZIK-DALAM-INSTITUSI-RAJAMELAYU.

Curtis Sach , 1940. The History of Music Instrument. W.W. Norton, New York.

Eric Taylor. 1989. Musical Instrument of South-East Asia. Oxford University Press, Singapore.

Martusky, Patricia & Tan Sooi Beng. 1997. Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik, The Asia Centre, Akademi Seni Kebangsaan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancungan Malaysia, Kuala Lumpur.

Malm, William P. 1967. Music Cultures of the Pacific, the Near East and Asia. Prentice-Hall, New Jersey.

Sheppard, Mubin. 1972. Taman Indera (A Royal Pleasure Ground): Malay Decorative Arts And Pastimes. Oxford University Press.

Siti Zainon. 2000. Peranan dan Penggunaan Alat Muzik Tradisional Dalam Adat Istiadat Melayu. Dlm. Alat Muzik Tradisional: Daya dan Bunyi. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kuala Lumpur.

Mohamed Ghouse Nasuruddin. 2003. Muzik Tradisional Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd. Taib Osman. 1974. Some Observations On The Socio-Cultural Context Of Traditional Malay Music. Dlm. Traditional Drama And Music of Southeast Asia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Nik Mustapha Nik Mohd Salleh. 2009. Alat Muzik Tradisional di dalam Masyarakat Melayu di Malaysia. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur.

Wan Kadir Wan Yusof, Nuwairi Hj. Khaza’ai, Zamre Abu Hassan & Zalila Isa. 2004. Teknologi Melayu, Konsep dan Bibliografi. Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->