You are on page 1of 7

SMK PERANTAU DAMAI

26700 MUADZAM SHAH, PAHANG

KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN

TEMPAT
BADMNTON – DEWAN SERI PERMAI
BOLA TAMPAR – GELANGGANG BOLA TAMPAR
BOLA SEPAK – PADANG
BOLA JARING – PADANG
PETANQUE – GELANGGANG PETANQUE

ANJURAN

UNIT KOKURIKULUM
SMK PERANTAU DAMAI
26700 MUADZAM SHAH, PAHANG

PADA
28 JUN – 1 JULAI 2010
KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN 2010

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan pendidikan dewasa ini telah melangkaui sempadan dan tidak hanya tertumpu pada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Oleh kerana itu, Unit Kokurikulum SMK Perantau
Damai akan menganjurkan Karnival Sukan & permaianan bermula 28 Jun – 01 Julai 2010 . Karnival ini adalah
bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman yang lebih meluas kepada para pelajar. Di samping
itu, pelajar mampu menonjolkan bakat masing-masing dan melepaskan beban tekanan pelajaran supaya
keseimbangan pembinaan diri pelajar dapat direalisasikan selaras denga falsafah pendidika Negara.

2.0 RASIONAL

Kebanyakan pelajar amat berminat dengan aktiviti-aktiviti permainan yang memerlukan ketahanan dan
kekuatan dari segi fizikal dan mental. Selain itu, pelajar juga berminat dengan aktiviti yang memerlukan
kemahiran yang boleh membentuk peribadi seorang pelajar berteraskan kurikulum unit beruniform yang
jarang dilakukan di sekolah-sekolah. Justeru itu, aktiviti ini boleh menjadi wadah kepada pelajar bagi
melahirkan anggota unit beruniform yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan dapat
mengendalikan pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan kecemerlangan diri.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Anggaran Penyertaan = 200 pelajar

Para pelajar yang terdiri daripada:

a. Menengah Rendah – lelaki & perempuan

b. Menengah Atas – lelaki & perempuan

4.0 TARIKH CADANGAN

28 Jun-01 Julai 2010

5.0 TEMPAT

BADMNTON – DEWAN SERI PERMAI


BOLA TAMPAR – GELANGGANG BOLA TAMPAR
BOLA SEPAK – PADANG
BOLA JARING – PADANG
PETANQUE - GELANGGANG PETANQUE
6.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar sekolah yang berdisiplin, komited, berdaya saing dan efisien.

7.0 OBJEKTIF :

7.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara;

7.2 Melahirkan generasi yang faham, menghayati dan mengamalkan akhlak mulia serta mampu
memberi sumbangan ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara;

7.3 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran
dan kepimpinan;

7.4 Membentuk generasi yang bersemangat berpasukan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing,
semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di alam pembelajaran.

7.5 Membina dan memupuk pelajar sentiasa mengamalkan, mempraktikkan semua isi kandungan
kurikulum di dalam kehidupan seharian.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

(Sila Lihat Lampiran 1)

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

(Sila Lihat Lampiran 2)

12.0 JANGKAUAN ISU DAN IMPAK AKTIVITI

12.1 Pelajar dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepimpinan.

12.2 Pelajar dapat memiliki bersemangat berpasukan, keterampilan diri, berdaya saing, semangat
juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di alam pembelajaran.

12.3 Pelajar dapat meluaskan minda dan pengalaman.

13.0 PENUTUP

Kami berharap program yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dan akan berjalan dengan lancar
serta mencapai matlamat dan objektif . Terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang
memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ………………………..
(Mohd. Azihan Bin Abdullah) (Mohd Rizal bin Atan)
Setiausaha Sukan, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SMK Perantau Damai, SMK Perantau Damai,
26700 Muadzam Shah, 26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur Pahang Darul Makmur

Disahkan oleh,

……………..........................................
(Hajah Nor Adlah bt. Ab. Mutalib)
Pengetua,
SMK Perantau Damai,
26700 Muadzam Shah
Pahang.
LAMPIRAN 1

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : Pn. Hajah Nor Adlah Binti Ab. Mutalib


(Pengetua SMKPD)

Pengerusi : En. Mohd Rizal Bin Atan


(GPK Ko-kurikulum SMKPD)

Setiausaha : En. Mohd Azihan Bin Abdullah


(Penyelaras Sukan & Permainan)

Bendahari : Pn. Suzie Bt. Salim

Ahli Jawatankuasa Kecil :

1. PERSEDIAAN TEMPAT :
a) En. Amir Hayyu bin Kamarudin
(S/U sukan II)
b) AJK Kelab Sukan dan Permainan (Pelajar)

2. URUSETIA :
a) En Yuzamri Bin Mohd Yusoff
b) En. Mohd Hazran Bin Rahimi
c) Cik Roslina bt. Alli
d). AJK Kelab Sukan Permainan (Pelajar)

3. PERALATAN :
a) YM Tengku Nadzlan b. Tengku Ibrahim
b) En. Muzafar Bin Yaman
c) En. Mohd Syafiq Abd Rahman
d) En. Syukur Bin Sulaiman

4. KESELAMATAN /RAWATAN :
a) Cik Izziaty binti Yahya
b) Cik Rohaila Bt Osman
c) En. Mohd Azim Bin Dato’ Mokhtar
d) En. Jafni Bin Mat Yunus

5. JADUAL DAN BORANG PERTANDINGAN :


a). Ketua Penasihat Sukan
6. HADIAH/SIJIL :
a) Ketua Penasihat Sukan Permainan
b) AJK Kelab Sukan

7. PERASMIAN PENUTUP :
a) Cik Jamliawati bt. Abdul Rani
b) Cik Nurul Hafiza Bt. Amin
LAMPIRAN 2

PUNCA-PUNCA KEWANGAN
Peruntukan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

AGIHAN PERUNTUKAN

BIL PERMAINAN PERUNTUKAN (RM) CATATAN

1 Badminton 200.00 Pengurusan dan Pertandingan dikendalikan


oleh ahli kelab

2 Bola Tampar 200.00 Pengurusan dan Pertandingan dikendalikan


oleh ahli kelab

Pengurusan dan Pertandingan dikendalikan


3 Bola Sepak 200.00
oleh ahli kelab

Pengurusan dan Pertandingan dikendalikan


4 Bola Jaring 200.00
oleh ahli kelab

Pengurusan dan Pertandingan dikendalikan


5 Petanque 200.00
oleh ahli kelab

6 Tambahan Peralatan 500.00

JUMLAH 1500.00

Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………….......................................... .......................................................
(Mohd Rizal bin Atan) (Hajah Nor Adlah bt. Ab. Mutalib)
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Pengetua,
SMK Perantau Damai, SMK Perantau Damai,
26700 Muadzam Shah, 26700 Muadzam Shah
Pahang Pahang.

You might also like