You are on page 1of 38

Sulit

Bahagian A

1. Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam


sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat

A. Pengenalan (2/3 Markah)


 Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat meletakkan
raja/sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintah. Sultan mempunyai kuasa
dalam menentukan aspek politik, ekonomi , negeri , sosial dan pola hidup di dalam
pemerintahannya,dan mempunyai kuasa mutlak
 Sultan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik terdiri daripada golongan
bangsawan atau kerabat diraja. Sultan juga mendapat kesetiaan daripada golongan
rakyat dan hamba
 Sebelum kedatangan kuasa Barat (1874) raja atau sultan di negeri-negeri Melayu
mempunyai kuasa pemerintahan dengan menggunakan hukum yang tidak bertulis
 Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikaitkan sebagai sistem yang
terawal dengan penggunaan konsep sultan dalam pemerintahan

B. Isi (20 Markah)

Pengukuhan Kuasa Raja /Sultan sebagai Kuasa Tertinggi Dalam Sistem Politik Melayu

a. Sebagai Ketua Pentadbiran


 Merupakan ketua di dalam sesebuah negara pemerintahannya
 Mempunyai kuasa mutlak dan boleh melantik sesiapa sahaja untuk menjadi pembesar
dalam membantu urusan pentadbiran negeri.
 Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah
penguasaannya sahaja dan perlu taat setia kepada raja/sultan
 Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidak boleh menderhaka
 Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan
 Boleh memecat pembesar

b. Sebagai Ketua Agama Islam


 Dianggap sebagai ketua agama Islam dalam negari pemerintahannya
 Dilambangkan sebagai khalifah ataupun sebagai pembantu Allah di muka bumi
 Boleh memutuskan atau menyelesaikan masalah berkaitan agama Islam
 Dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam
 Memastikan peraturan Islam dilaksanakan

c. Sebagai Pelindung Adat Resam dan Adat Istiadat


 Dianggap mempunyai kuasa memelihara adat resam dan istiadat
 Mempunyai kuasa dalam menentukan jenis hukuman
 Dapat menerima anugerah atau pemberian daripada rakyat dan pembesar
 Dikecualikan daripada sebarang tindakan /hukuman atas sebarang pelanggaran hukum

1
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

d. Dipelihara dengan Hak Keistimewaan


 Untuk membezakan taraf antara raja dengan rakyat biasa
 Mempunyai penggunaan bahasa khusus seperti tuanku ,beta dan sebagainya yang
dikenali sebagai Bahasa Istana
 Mempunyai tempat kediaman khusus seperti istana
 Mempunyai cop mohor atas nama baginda
 Mempunyai alat kebesaran seperti kendi, ketur, tepak sirih dan sebagainya
 Payung dan pakaian berwarna putih dan kuning juga dikhususkan kepada raja/sultan
dan kerabat diraja sahaja.

e. Diperkukuhkan Unsur Mitos


 Diperkuatkan dengan perkaitan daripada tokoh-tokoh utama
 Sebagai contoh,Kesultanan Melayu Melaka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain
 Menunjukkan ketokohannya sebagai raja/sultan yang berdaulat
 Bertujuan untuk mempertingkatkan status seseorang sultan tersebut
 Kesultanan Melayu Melaka yang agung juga dikaitkan susur galurnya dengan
Kesultanan Melayu lainnya seperti Johor, Perak dan Pahang

f. Diperkuatkan dengan Konsep Daulat


 Mempunyai daulat yang tidak boleh diderhakai
 Meliputi keistimewaan sebagai seorang pemimpin
 Rakyat perlu patuh dan taat setia terhadap raja/sultan
 Penderhaka akan menyebabkan individu itu dimakan sumpah

g. Dibantu oleh Pembesar


 Keteguhan peranan raja/sultan diperkuatkan oleh pembesar yang dilantik
 Mempunyai jawatan/gelaran tertentu seperti Bendahara, Seri Paduka Tuan, Maha
Menteri, Seri Paduka Laksamana dan sebagainya
 Pembesar diperingkat daerah dibahagi pula kepada beberapa lapisan dengan Sistem
Empat Lapisan (kecuali Kelantan dan Negeri Sembilan) dengan susunan seperti Orang
Besar Berempat,Orang Besar Berlapan ,Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar
Tiga Puluh Dua
 Perlantikan melalui sultan yang menurunkan cop mohor
 Membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan negeri dengan menguruskan
ekonomi dan sosial kawasan jagaan masing-masing

h. Hubungan Saling Bergantungan Antara Raja/Sultan dan Pembesar


 Pembesar menguasai kawasan luar yang dianugerah tetapi tanpa gelaran dan
perlantikan secara rasmi oleh sultan dengan cop mohor tiada membawa makna
 Raja/sultan akan mempunyai kedudukan tanpa digugat sekiranya mendapat sokongan
para pembesar.Contohnya di Perak, Sultan Perak berhak menerima $6 daripada setiap
bahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak sebagai
perlambangan taat setia pembesar kepada raja/sultan.
 Bidang kehakiman/perundangan sebelum kedatangan kuasa Barat tiada berdasarkan
tulisan tetapi berdasarkan hukuman bersifat adat.Sultan masih memegang peranan
dalam menjatuhkan hukuman berat seperti hukuman mati termasuk seluruh negeri
pemerintahannya yang dikuasai oleh pembesar

2
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

 Hukuman jenayah dan hukuman lain dapat dijatuhi oleh pembesar dalam kawasan
mereka secara tidak langsung membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan
dalam negeri
 Pembesar juga dapat membekalkan tenaga kerja untuk keperluan sultan seperti
membina istana raja/sultan, kapal, keperluan raja/sultan, pentas untuk istiadat diraja,
membekalkan tenaga rakyat untuk tujuan peperangan dan mempertahankan negara
daripada ancaman
 Secara umumnya, pengkhususan berlaku dengan raja/sultan menumpukan kepada
pemerintahan kerajaan pusat, menguruskan hubungan luar, menyatupadukan rakyat,
mengerahkan tenaga askar dalam petempuran dan membantu negeri sekutunya
daripada ancaman musuh, dan mengekalkan keamanan,keadilan dan kesejahteraan
rakyat
 Sementara pembesar berperanan dengan membantu raja/sultan dalam mengekalkan
dan membatu raja/sultan dalam pemerintahan
 Oleh itu, Majlis Pembesar Perak sering kali campur tangan dalam perlantikan sultan dan
pemilihan takhta sultan
 Pentingnya hubungan antara pembesar dan juga raja/sultan saling mendukung antara
satu dengan yang lain.

C. Penutup ( 2 /3 Markah )

1. Kesimpulannya, sebelum kedatangan kuasa Barat di Negeri-negeri Melayu raja/sultan


sememangnya berada pada kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan.
Kedudukan ini membolehkan baginda berperanan sebagai ketua pemerintah, ketua
agama Islam, ketua adat istiadat dan adat resam.
2. Peranan raja diperkukuhkan lagi dengan keistimewaan raja/sultan dengan unsur
mitos,keistimewaan dalam bahasa dan peralatan khas termasuk tempat tinggal di istana
Dalam memperteguhkan kedudukan dan peranan raja/sultan, sokongan pembesar juga
amat penting bagi mengekalkan kesejateraan dan keamanan serta bertindak sebagai
pelaksana atau pembantu raja/sultan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara.

3
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British.

A. Pengenalan (3/2 markah)

Kegiatan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri
dan komersial. Kegiatan perdagangan juga dijalankan oleh saudagar-saudagar tempatan (Raja-
raja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu). Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi sara
diri dan komersial dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah
masyarakat pribumi yang menjalankan kegiatan ekonomi saradiri ialah orang Bajau,
Kadazan/Dusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti
menanam padi huma, padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan
penduduk menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan.

B. Isi
1. Kegiatan Ekonomi di Tanah Melayu (10 markah)

Kegiatan Ekonomi Saradiri

a. Penanaman Padi.

 Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Padi
ditanam untuk kegunaan sendiri, bukan untuk jualan. Dua jenis padi yang ditanam iaitu padi
huma dan padi sawah. Padi huma di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng-lereng
bukit kerana tidak memerlukan air yang banyak. Penanaman padi huma dijalankan secara
pertanian pindah yang kebiasaan dijalankan oleh orang Asli seperti Semai Jakun dan
Temiar.

 Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Padi sawah
ditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air.
Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebing-
tebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai.

 Kawasan penanaman padi yang utama ialah Kuala Selangor, Dataran Perlis, Seberang
Prai, Pahang dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun beras masih diimport oleh
Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Padi sawah memerlukan banyak air. Antara kaedah
yang digunakan ialah sistem pengairan . Melalui sistem ini air sungai disekat dengan
membina empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan. Kaedah yang
digunakan dalam penanaman padi ialah menggunakan binatang untuk membajak, najis
binatang, kuku kambing untuk menanam padi.

b. Tanaman-tanaman Lain.

 Selain tanaman padi, tanaman-tanaman lain juga ditanam iaitu jagung, kopi, tembakau,
pisang tebu, ubi kayu, lada hitam gambir, kelapa dan keledek.

4
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

c. Hasil hutan .

 Memungut hasil hutan merupakan kegiatan tradisi masyarakat Melayu. Antara hasil hutan
ialah rempah-ratus, kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus,
buah-buahan, getah jelutung, kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain.
Pengumpulan hasil-hasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli.

d. Memburu binatang

 Masyarakat Melayu tradisi menjalankan kegiatan memburu binatang sebagai kegiatan


sampingan. Antara binatang yang diburu termasuklah pelanduk, kancil, rusa, seladang dan
ayam hutan. Kegiatan berburu dijalankan secara meluas di Pahang dan Terengganu.
Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah boleh digunakan untuk pelbagai
kegunaan . Gajah digunakan sebagai alat pengangkutan atau pengangkutan utama
golongan pemerintah ,di samping menjadi lambang ketinggian taraf seseorang pemerintah.
Gajah juga dijadikan hadiah oleh pemerintah atau persembahan serta kenderaan semasa
peperangan. Kegiatan menjerat gajah dijalankan secara meluas di Pahang kerana terdapat
banyak binatang liar di negeri tersebut.

e. Penternakan

 Antara kegiatan menternak binatang utama masyarakat Melayu ialah ayam, itik, lembu dan
kerbau. Selain menjadi sumber makanan, binatang ternakan seperti lembu dan kerbau juga
digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.

f. Perikanan

 Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang tinggal di
kawasan persisiran pantai, tasik, dan sungai. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluan
diri dan lebihannya dijual atau dikeringkan.

 Penduduk di Kelantan, Terangganu dan Pahang menjalankan kegiatan menangkap ikan di


laut antara bulan Mac hingga Oktober. Kegiatan menangkap ikan dihentikan antara bulan
November hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada
nelayan. Cara menangkap ikan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan setempat,
sungai atau laut. Antara alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan tasik
ialah serampang, tombak, tali kail, bubu, jala, pukat, pancing, jaring, tangguk, kelong, gawai,
jermal, serkap dan lukah. Alat-alat yang digunakan menangkap ikan di laut ialah pukat, jala,
jaring kelong dan rawai.

Kegiatan ekonomi komersial.

a. Padi dan beras.

 Di Kedah , Perlis dan Kelantan kegiatan penanaman padi adalah bersifat separa sara diri
dan berorientasikan komersial. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. Manakala
Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura. Negeri-negeri yang dapat menghasilkan
lebihan hasil beras ialah Selangor, Perak dan Terengganu. Mereka mampu membekalkan
beras kepada negeri-negeri Melayu lain.

5
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

b. Hasil Hutan

 Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat diperlukan oleh para
pendagangan. Antara hasil hutan yang dieksport ialah rotan, damar, gading gajah dan
sebagainya.

Kegiatan pertanian dagang.

a. Lada hitam dan gambir

 Lada hitam dan gambir banyak ditanam di Johor dan Pulau Pinang. Di Johor penanaman
lada hitam dan gambir dijalankan oleh orang-orang Cina. Temenggong Daeng Ibrahim
memberi hak berekonomi kepada tauke-tauke dan ketua kongsi gelap Cina bagi
mengusahakan ladang-ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu atau Surat Sungai.

ii. Kopi

 Ditanam oleh peladang-peladang Eropah. Kopi ditanam secara besar-besaran di Selangor,


Negeri Sembilan dan Johor.

b. Tanaman jualan lain

 Tanaman tebu banyak ditanam di Seberang Perai dan Krian. Orang Eropah memainkan
peranan penting dalam penanaman. Banyak kilang memproses tebu didirikan di kawasan
ini. Ubi kayu banyak diusahakan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Ditanam secara
meluas pada pertengahan abad ke-19.

Kegiatan Perlombongan

a. Bijih Timah

 Diusahakan oleh raja dan pembesar Melayu. Antara pembesar Melayu yang menjalankan
kegiatan pelombongan bijih timah ialah Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat.
Mereka menggunakan buruh-buruh Cina. Kawasan kegiatan bijih timah yang utama ialah
Kinta, Larut, dan Dinding di Perak; Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan;
Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor.

b. Emas.

 Diusahakan di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor. Pada peringkat awal
emas diusahakan oleh orang-orang Minangkabau dari Sumatera.

6
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

B. Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah )

Kegiatan Ekonomi Sara diri.

a. Penanaman Padi.

 Padi huma diusahakan oleh orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara
bergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan
bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.

b. Perikanan.

 Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban
menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas
dan Batang Lupar.

c. Tanaman-tanaman lain.

 Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok
mengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.

d. Perlombongan

 Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh.

e. Perdagangan.

 Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang
didagangkan ialah sagu.

Kegiatan ekonomi komersial

a. Lada hitam

 Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh


peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.

 Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam.
Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas
Indonesia.

b. Gambir.

 Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang
Cina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai
merosot kerana harganya tidak stabil.

7
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

c. Sagu.

 Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu
dan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada
pekebun-pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan
kemudian menguasai perusahaan sagu.

d. Perlombongan.

 Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama
Sarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah )

Kegiatan ekonomi sara diri

a. Penanaman Padi

 Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun.
Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit
di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di
kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan
Bajau.

b. Tanaman-tanaman lain

 Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan ‘ makanan selang”

c. Pertukangan

 Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun
kain dan memacu kuda.

d. Perikanan

 Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai
perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.

e. Penternakan

 Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum
dusun dan Kadazan.

8
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

Kegiatan Ekonomi Komersial

a. Tembakau

 SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orang-
orang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan
peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur
Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di
Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.

 Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung
abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.

b. Perlombongan.

 Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara
komersial oleh SBUB.

C. Penutup ( 2/3 markah )

Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial.
Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan ini
menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah
kedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta
perdagangan semakin berkembang.

9
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

3. Sejauhmanakah perasaan tidak puas hati pembesar menyebabkan berlakunya


penentangan di Perak dan Pahang pada abad ke 19.

A. Pengenalan ( 3 Markah )
 Sistem Residen mula diperkenalkan di Perak setelah Perjanjian pangkor ditandatangani
pada tahun 1874. Sementara di Pahang pula sistem ini dilaksanakan pada tahun 1888
dengan perlantikan J.P Rodger
 Residen berperanan sebagai penasihat sultan dalam semua aspek pentadbiran kecuali
dalam hal ehwal agama dan adat resam Melayu.
 Bagaimanapun, sistem ini telah mendapat tentangan dari rakyat tempatan apabila
banyak pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan melanggar adat resam
dan menggugat pemerintahan tradisonal tempatan dan perkara yang paling penting
ianya telah menimbulkan perasaan tidak puas pemerintah di kedua-dua negeri.

B. Isi-isi penting

1. Faktor penentangan di Perak ( 10 Markah )

I. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah

 Perlantikan J.W.W Birch sebagai Residen setelah 10 bulan Perjanjian Pangkor


ditandatangani dan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan Raja
Abdullah tidak puas hati kerana beliau mengenepikan sultan dalam banyak perkara
 Birch telah membatalkan hak pungutan cukai Raja Abdullah dan pembesar-pembesar
Perak tanpa gantirugi yang memuaskan.
 Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee saudagar Singapura iaitu
konsesi atau hak memungut cukai kastam di Hilir Sg Perak selama 10 tahun bernilai
RM26 000 setahun. Raja Abdullah tidak diberi gantirugi yang setimpal
 Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan
Perak dan enggan menyerahkan alat-alat kebesaran untuk tujuan pertabalan sultan
kepada Raja Abdullah
 Penghapusan sistem perhambaan terutama hamba berhutang oleh Birch juga
menimbulkan kemarahan pembesar
 Ngah Ibrahim pula tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai Pembesar Larut
kerana tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu dan terpaksa mematuhi
nasihat Penolong Residen iaitu Kapten Speedy
 Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Raja Abdullah dan pembesar-pembesar
enggan bekerjasama dengan Birch dan telah bersatu untuk menentangnya

II. Kelemahan pemerintahan Raja Abdullah


 Sultan tidak mentadbir Perak dengan baik dan banyak berhutang hingga terpaksa
menjual daerah Krian untuk membayar hutang
 Untuk membayar hutang baginda terpaksa memajakkan hak memungut cukai di Kuala
Sg Perak kepada Lee Cheng Tee
 Sultan juga tidak dapat mengawal pembesar-pembesar dengan baik dan banyak
mempunyai musuh. Terdapat pembesar yang tidak puas dengan perlantikan baginda
sebagai sultan dan terdapat juga pembesar yang masih memungut cukai dengan nilai
yang tinggi di daerah masing-masing

10
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

III. Kelemahan Peribadi Birch

 Tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam dan
adat istiadat Melayu pengalaman berkhidmat di Sri Lanka tidak dapat digunakan kerana
budaya yang berbeza
 Beliau juga tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung dengan
masyarakat tempatan
 Beliau juga sombong dan menganggap dirinya bijak dalam pentadbiran dan ingin
membuat pembaharuan dengan cepat dan tergesa-gesa sehinggan mengenepikan
perasaan sultan dan pembesar Melayu
 Beliau juga bersikap biadap dan kurang diplomasi ditunjukkannya apabila beliau
membakar rumah Ngah Ibrahim dan Tengku Panglima Besar kerana masih memungut
cukai

IV. Pembaharuan-pembaharuan Birch

 Sistem pengutan cukai diubah dan diletakkan dibawah kawalannya. Seorang Pegawai
British dilantik untuk memungut cukai yang digelar Majistret atau Pemungut Cukai. Birch
telah mengambilalih hak pungutan cukai pembesar-pembesar Melayu. Birch telah
campur tangan dalam adat istiadat Melayu tanpa disedari.
 Beliau juga tidak tahu pembayaran cukai adalah untuk menunjukkan tanda taat setia
 Birch juga telah menghapuskan amalan perhambaan tetapi beliau telah memberi
perlindungan kepada hamba-hamba yang melarikan diri ke rumahnya terutama hamba
perempuan. Ianya melanggar adat Melayu. Malah memarahi Sultan yang meminta
supaya hambanya dikembalikan dan tidak mahu membayar ganti rugi.

V. Perasaan tidak puas hati rakyat

 Berapa peraturan baru telah diperkenalkan dan menimbulkan kemarahan rakyat.


 Birch memperkenalkan cukai bot dan padi. Penduduk diwajibkan membeli lesen untuk
membawa senjata, memotong kayu dan mengambil daun nipah
 Beliau juga memperkenalkan unng-undang awam dan jenayah bagi mempastikan
peraturan baru dipatuhi

VI. Kesilapan Sir William Jervois

 Beliau telah dilantik sebagai Gabenor NNS pada Mei. 1875 bagi menggantikan Andrew
Clarke. Beliau membuat keputusan mengambil alih pentadbiran Perak melalui
perlantikan pegawai British atas nama sultan
 Sultan dan pembesar diberi pencen kerana penyerahan kuasa pentadbiran
 Pada 11 September,1875 beliau mendesak Raja Ismail supaya menyerahkan alat
kebesaran Diraja Perak kepada beliau tetapi ditolak.
 Jervois juga memaksa Raja Abdullah menyerahkan kuasa pentadbiran Perak kepada
British dan akhirnya terpaksa menandatangani pengistiharan pentadbiran Perak kepada
British pada 2 Oktober 1875 kerana diugut akan dibuang negeri dan tempatnya akan
diserahkan kepada Raja Yusuf

11
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

2. Penentangan di Pahang ( 10 Markah )

I. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah.

a. Sultan

 Pengenalan Sistem Residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkan


Sultan Ahmad kehilangan banyak kuasa dan hak keistemewaan. Semua keputusan
dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh Residen. Sultan hanya menandatangani
surat-surat perintah sahaja
 Sultan juga tidak berpuas hati dengan jumlah elaun yang diberikan oleh British yang
dianggap terlalu sedikit. Kerajaan memberikan RM18 000 setahun manakala Sultan
Ahmad meminta supaya dibayar RM24 000 setahun
 Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik putera sulungnya iaitu Tengku
Mahmud sebagai Pemangku Raja yang berkuasa penuh. Tujuan British adalah untuk
mengurangkan peranannya sebagai pemerintah yang sah
 Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan oleh Majlis
Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889

b. Pembesar

 Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah pentadbiran


masing-masing. Penubuhan daerah-daerah baru diletakkan di bawah pentadbiran
pegawai British yang digelar Pemungut Cukai dan Majistret telah mengambil alih tugas
yang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah
 Tindakan Residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai Penasihat
Sultan dalam Majlis Penasihat istana melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri
 Dato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan
ditawarkan elaun sebanyak RM70 sebulan. Beliau juga tersinggung kerana British hanya
menawarkan elaun tahunan sebanyak RM840 sebagai ganti rugi atas kehilangan kuasa
di daerah Semantan. Beliau menuntut supaya jumlah dinaikkan kepada RM6 000
setahun tetapi tidak dilhiraukan oleh British
 Kemarahan beliau bertambah apabila British mendirikan Balai Polis di Lubuk Terua
tanpa meminta atau berunding terlebih dahulu dengannya. Pembinaan balai ini
menyebabkan kebebasan Dato Bahaman dan pengikutnya terbatas dan terpaksa
mematuhi undang-undang British
 Tok Gajah pula bangkit menentang kerana tuntutannya untuk mendapatkan elaun
tambahan ditolak. Perjuangannya mendapat sokongan masyarakat Melayu apabila
permintaannya agar British melewatkan pembayaran cukai tanah ditolak.

II. Perasaan Tidak Puas Hati Rakyat

 Undang-undang baru telah diperkenalkan iaitu cukai tanah sebanyak 40sen seekar
dikenakan ke atas tanah kampong, tanah paya, dusun dan tanah nipah
 Sistem lessen dan permit dilaksanakan dengan mewajibkan sesiapa sahaja yang
hendak memungut hasil hutan atau mencari nipah mesti mendapatkan lesen terlebih
dahulu
 Rakyat diwajibkan untuk bekerja sebagai buruh kerahan selama dua bulan dalam
setahun bagi kerja-kerja yang melibatkan pihak kerajaan
12
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

 Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris
kemana sahaja mereka pergi
 Kehadiran polis Sikh dan India yang kasar dan tidak memahami adat istiadat
masyarakat Melayu terutamanya membawa senjata kemana sahaja mereka pergi
 Kehadiran pelombong Eropah dan Cina juga menyebabkan kebenciaan masyarakat
tempatan bertambah kerana mereka tidak faham adat, bersikap bongkak dan sombong
terhadap masyarakat Melayu
 Dato Bahaman dan Mat Kilau sering menyerang pedagang Cina di Pahang

III. Kelemahan Peribadi J.P Rodger

 Beliau tidak pandai menggunakan diplomasi dan tolak ansur ketika berurusan dengan
Sultan Ahmad dan pembesar Pahang
 Beliau juga telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru tanpa berunding dan tidak
menghiraukan perasaan sultan dan pembesar tempatan

C. Penutup (2/3 Markah)

 Pertembungan yang berlaku antara masyarakat tempatan dengan British di Pahang dan
Perak adalah disebabkan oleh kelemahan British memahami adat tempatan dan
bertindak terburu-buru apabila melaksanakan pelbagai perubahan dan peraturan baru.
 Kemuncak penentangan masyarakat tempatan di Perak adalah peristiwa pembunuhan
J.W.W Birch pada 2 November 1895
 Sementara di Pahang penentangan terhadap British mengambil masa yang panjang dan
berlarutan selama empat tahun iaitu dari 1891-1895 namun gagal menewaskan British.
Pada 1896, Pahang menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

13
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

4. Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896

A. Pengenalan (2/3 Markah)


 Pada tahun 1893, Frank Swettenham telah mencadangkan pengabungan negeri
Pahang,Perak, Selangor dan Negeri Sembilan sebagai Persekutuan.
 Cadangan ini telah dihantar ke Pejabat Tanah Jajahan di London oleh Sir Cecil Clementi
dan seterusnya Sir Charles Mitchell telah mengarahkan agar cadangan ini dikaji dengan
serius.
 Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani pada 1 Julai 1895 dan laksanakan pada 1
Julai 1896 dengan melibatkan keempat-empat negeri di atas.

B. Isi-isi penting (20 Markah)

Sebab-sebab Penubuhan Persekutuan


1. Masalah Kewangan Pahang
 Setelah British berjaya campur tangan di Pahang sekitar tahun 1888, Perbelanjaan
negeri Pahang melebihi pendapatannya, contohnya pada tahun 1892 Pahang telah
meminjam RM 610 000 daripada Negeri-negeri Selat dan pada tahun yang sama juga
Pahang telah menambah pinjamannya kepada RM 175 000
 Pada waktu yang sama,Pahang kurang mendapat perhatian pelabur asing disebabkan
tiadanya sistem perhubungan yang baik
 Pemberontakan Pahang juga menelan belanja yang banyak bagi pihak British
 Cadangan C.P Lucas dan Sir Cecil Smith memajukan Pahang kerana mempunyai
pontesi sumber alam
 British mencadangkan agar negeri yang makmur dan kaya seperti Perak dan Selangor
dapat membantu Pahang sekiranya digabungkan dalam satu sistem pemerintahan

2. Mengurangkan kuasa Residen


 Residen British yang ditempatkan di Pahang, Selangor ,Negeri Sembilan dan Perak
menjalankan tugas tanpa sebarang panduan dan kawalan
 Bahkan Residen ada kalanya bertindak melebihi kuasa Sultan sehingga menimbulkan
rasa kurang senang di kalangan sultan,pembesar dan rakyat
 Bahkan Sultan dan Majlis Negeri sendiri tidak dapat mengawal kuasa Residen
 Residen juga kemudiannya berkuasa melantik Ahli Majlis Negeri tanpa merujuk kepada
Sultan
 Sultan hanya berkuasa dalam hal ehwal adat dan agama Islam sahaja
 Kedudukan Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura yang seharusnya mengawal
kuasa dan pelaksanaan tugas Residen tidak dapat berbuat demikian disebabkan
kedudukan Singapura yang jauh

3. Untuk menyeragamkan sistem pentadbiran


 Keempat-keempat negeri Melayu yang mempunyai Residen mempunyai pentadbiran
yang tidak seragam dan bergantung kepada Residen sendiri untuk menentukan polisi
dan pelaksanaan pentadbiran
 Setiap negeri ini juga mempunyai sistem pentadbiran kehakiman,undang-undang tanah
dan percukaian yang berbeza.Kesannya wujud pembaziran kewangan dalam
pentadbiran dan tiada kerjasama antara setiap negeri yang mempunyai Residen kerana

14
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

masing-masing menumpukan kepada pembangunan negeri di bawah pentadbiran


mereka sahaja.
 Dengan adanya sesebuah persekutuan, sistem pentadbiran dapat diselaraskan dan juga
penggunaan sumber pendapatan dan tenaga professional seperti doktor,jurutera dan
pendidik dapat dipinjamkan ke setiap negeri dan kepada negeri yang memerlukannya
 Di samping itu,sistem perkhidmatan seperti kerja raya,kesihatan dan pendidikan dapat
disatu dan diselaraskan
 Bahkan sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta api dapat
dipertingkatkan antara negeri dan secara tidak langsung akan meningkatkan minat
pelabur

4. Dasar British
 Semenjak tahun 1890an lagi British telah menggalakkan penubuhan Persekutuan ini di
Tanah Jajahannya yang lain seperti Afrika dan Australia dan kesannya menunjukkan
kejayaan.
 Sehubungan itu,dasar ini difikirkan sesuai untuk dilaksanakan di Tanah Melayu
 Melalui pergabungan ini,sistem kewangan,pembangunan ekonomi,pentadbiran dan
pemantauan dapat dilakukan dan diselaraskan serta menjimatkan pendapatan
 Secara tidak landsung dasar pro persekutuan ini memperkuatkan pandangan British
untuk memperkenalkan Persekutuan di antara negeri Pahang,Perak,Selangor dan
Negeri Sembilan.

5. Alasan Keselamatan
 Melalui penggabungan keempat-empat negeri tersebut juga akan memperkukuhkan
pertahanan British di Tanah Melayu daripada ancaman luar.
 Keempat-keempat negeri yang dicadangkan pembentukan persekutuan akan
mempunyai pasukan tentera yang disatukan
 Secara tidak langsung aspek keselamatan dapat dipantau secara menyeluruh dan
bantuan ketenteraan dapat disalurkan dengan segera sekiranya ada keselarasan.

Ciri-ciri Persekutuan
I. Negeri Pahang,Perak, Selangor dan Negeri Sembilan disatukan di bawah naungan
British yang kemudiannya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu
II. Setiap negaeri akan mempunyai Residen yang bertanggungjawab kepada Residen
Jeneral
III. Pentadbiran pusat Persekutuan akan diketuai oleh Residen Jeneral yang berpusat di
Kuala Lumpur
IV. Residen Jeneral bertanggung jawab terhadap Pesusuruhjaya Tinggi yang turut
menjawat Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura.
V. Residen Jeneral bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran kecuali
adat istiadat dan agama Islam
VI. Perkhidmatan Awam Persekutuan ditubuhkan antaranya Peguam
Negara,Pesuruhjaya Keadilan,Pesuruhjaya Polis,Pesuruhjaya Kewangan dan
Pengarah Jabatan Kerja Raya dan kesemuanya adalah di bawah kawalan Residen
Jeneral

15
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

C. Penutup (2/3 Markah)

 Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 bertujuan untuk


membantu memajukan negeri yang kurang kemampuan dari segi pengurusan kewangan
dan pembangunan ekonomi,contohnya Pahang.
 Di samping menyeragamkan sistem pentadbiran,ekoran tiadanya penyelarasan sistem
Residen

16
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu 1957

A. Pengenalan ( 2/3 Markah)

- proses kemerdekaan dipercepat oleh darurat.


- Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan utama
dalam merundingkan kemerdekaan.
- Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos tanpa pertumpahan darah.

B. Isi ( 20 Markah)

1. Sistem Ahli

- bertujuan memberi peluang kepada rakyat tempatan mendapat latihan pentadbiran.


- Ahli-ahlinya dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British atas perkenan Majlis Raja-Raja Melayu
dengan nisbah 5( orang tempatan ) : 4 ( Pegawai Kanan British )
- Ahli-ahlinya di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi
- AHli bertaraf menteri dan diberi portfolio.
- Contoh Ahli : Dato Onn ( Hal Ehwal Dlm Negeri ) , EEC Thuraisingan (Pelajaran) Tunku
Yaakob ( Pertanian dan Perhutanan ),Lee Thiang Keng ( Kesihatan ) , Dato Mahmud Mat (
Tanah,Perlombongan dan Perhubungan )

2. Pilihanraya Majlis Perbandaran 1951-1952


- bertujuan memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin mereka di peringkat tempatan.
- Merupakan latihan demokrasi berparlimen.
- Pilihanraya tempatan pertama : Pulau Pinang 1951.
- Parti Radikal memenangi 6/9 kerusi yang dipertandingkan.
- Pilihanraya bagi Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952,Pakatan UMNO- MCA memenangi
9/12 kerusi.IMP : 2 kerusi,1 kerusi dimenangi calon bebas.
- rakyat diberi peluang menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan
sendiri.

3. Pilihanraya Persekutuan 1955 ( 4 m )

- 1954,Jawatankuasa Pilihanraya ditubuhkan oleh British.


- 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan akan dipilih melalui pilihanraya.
- Parti yang bertanding : Parti Perikatan,Parti Buruh,Parti Negara,PAS,Parti Prifresif Perak.
- Parti Perikatan memenangi 51/52 kerusi, 1 kerusi oleh PAS.
- Kemenangan besar terletak pada kerjasama,kompromi dan tolak ansur antara UMNO,MCA
dan MIC ; faktor kepimpinan dan manifesto yang menarik.
- Antaranya : merdeka dalam 4 tahun,tamatkan darurat secepat mungkin,melindungi institusi
raja Melayu,meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu
- kemenangan memberi mandate kepada Parti Perikatan untuk membentuk kerajaan
dan kabinet baru ; seterusnya memulakan rundingan dengan British tentang
kemerdekaan.

17
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

4. Rundingan Kemerdekaan
- Rombongan Kemerdekaan dihantar ke London
- Terdiri daripada wakil raja dan Parti Perikatan
- Diketuai Tunku Abdul Rahman
- Beberapa persetujuan dicapai.Antaranya :
a. kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
b. menjalankan pemerintahan secara demokrasi
c. British mendapat hak menenpatkan tentara di Tanah Melayu
d. Sebuah badan khas ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu
- kepulangan rombongan disambut secara meriah di padang Bandar Hilir Melaka

5. Suruhanjaya Reid
- ditubuhkan 1955,dipengerusikan Lord Reid.
- Anggota lain : Sir Ivor Jennings,Sir William Mckell,B Malik dan Tuan Abdul Hamid
- Telah bersidang 118 kali dan menerima 131 memorandum daripada pertubuhan
dan individu.
- Memorandum Majlis Raja-Raja Melayu dan Parti Perikatan mendapat pertimbangan utama
kerana bersifat tuntutan bersama semua kaum dan dianggap sebagai Pakatan Murni.
- pindaan yang berkaitan dengan isu bahasa,agama,kedudukan raja-raja
Melayu,kedudukan istimewa orang Melayu,kerakyatan jus soli dibuat dan mendapat
penyelesaian yang sewajarnya hasil tolak ansur dan permuafakatan antara kaum.
- rang perlembagaan ditandatangani oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Pesuruhjaya
Tinggi 5 Ogos 1957. dan diluluskan oleh MPP 15 Ogos 1957.

C. Penutup ( 2/3 Markah )

- pengisytiharan kemerdekaan dibuat di Stadium Merdeka 31 Ogos 1957


- Bendera Union Jack diturunkan 30 Ogos tengah malam
- Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai secara perundingan .
- Kemerdekaan yang dicapai secara aman membolehkan Tanah Melayu mencapai kejayaan
politik,ekonomi dan sosial selepas kemerdekaan.

18
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

6. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan persekutuan bagi mencapai


matlamat perpaduan kaum di Malaysia melalui pendidikan dalam tempoh antara tahun
1956 hingga 1963

A. Pengenalan (3 Markah)
 Semasa zaman penjajah Inggeris telah memperkenalkan pendidikan vernakular yang
berasaskan empat jenis sekolah yang berbeza mengikut kaum
 Sistem pendidikan tersebut telah mencetuskan masalah perpaduan di Tanah melayu.
 Parti Perikatan yang memenangi pilihanraya umum 1955 ditugaskan membentuk
kerajaan untuk memikul tanggung jawab pentadbiran negara.
 Tugas untama kerajaan baru itu ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa pendidikan
untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara.

B. Isi (20 Markah)

1. Penyata Razak 1956 dan ordinan Pelajaran 1957


 Penyata Razak dikeluarkan pada tahun 1956 bertujuan membina sistem pendidikan
kebangsaan yang dapat diterima oleh rakyat persekutuan keseluruhannya
 Jawatankuasa ini juga ditugaskan mengkaji peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan
 Membuat pindaan semula ke atas sistem pendidikan sedia ada termasuk Ordinan
Pelajaran 1952 ke arah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh
menyatupadukan semua kaum di Tanah Melayu.
 Dua sistem persekolahan diperkenalkan iaitu sekolah umum dan sekolah jenis umum
 Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah
jenis umum menggunakan sama ada bahasa Inggeris,bahasa Cina atau Tamil sebagai
bahasa pengantar.
 Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua
sekolah.
 Bahasa Cina dan bahasa Tamil pula hanya boleh diajar sekiranya terdapat sekurang-
kurangnya 15 orang murid Cina atau India.
 Satu sukatan pelajaran yang sama digubal bagi semua sekolah rendah.
 Satu jenis sekolah menengah sahaja diwujudkan di mana bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris akan dijadikan bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid.
 Sistem pendidikan sekolah menengah akan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu
sekolah Menengah rendah( 3 tahun),sekolah menengah atas (2 tahun) dan sekolah pra
universiti (2 tahun)
 Cadangan-cadangan dari Penyata Razak telah diluluskan pada bulan April 1957
sebagai ordinan Pelajaran 1957 oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

2. Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961


 Cadangan-cadangan yang dikemukakan ialah menjamin semua kanak-kanak
bersekolah terutamanya di sekolah rendah dan peluang melanjutkan pelajaran di
sekolah menengah ditingkatkan.
 Pelajarann percuma telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah kebangsaan.
 Umur persekolahan murid-murid pula dilanjutkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun.
 Penubuhan sekolah pelajaran lanjutan.
19
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

 Penubuhan 2 jenis sekolah rendah iaitu sekolah rendah kebangsaan dan sekolah
rendah jenis kebangsaan.
 Mengesyorkan bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar di sekolah bagi
menggantikan bahasa Inggeris.
 Bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh diajar jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang
murid.
 Pengetauan agama Islam akan diajar kepada mereka yang beragama Islam jika
terdapat 15 orang atau lebih.
 Pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam akan dimasukkan dalam sukatan
pelajaran wajib mulai darjah 4 hingga tingkatan 5.
 Unsur-unsur sivik juga disertakan dalam sukatan pelajaran kajian tempatan bagi darjah
1 hingga darjah 3
 Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam dijalankan dalam bahasa rasmi
sahaja iaitu bahasa Inggeris atau bahasa kebangsaan.
 Sekolah-sekolah menengah yang enggan menukar bahasa pengantarnya kepada
bahasa rasmi negara boleh menjadi sekolah menengah persendirian.

C. Penutup. (2 Markah )
 Akta Pelajaran 1961 telah menjadi asas kepada segala penggubalan dasar serta
program-program pendidikan untuk pembangunan negara
 Penggubalan dasar pendidikan seperti yang termaktub dalam akta pelajaran 1961
adalah hasil proses kerjasama dan perundingan masyarakat berbilang kaum di negara
ini.
 Usaha ini jelas menunjukkan keazaman kerajaan untuk membentuk satu sistem
pendidikan kebangsaan.

20
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

7. Bandingkan sistem Adat yang diamalkan dalam masyarakat tradisional di China dan
India sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat .

A. Pengenalan (3 Markah )

1. Adat bermaksud peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam sesebuah masyarakat


sehingga dianggap hukum yang harus dipatuh. Ia disampaikan secara lisan daripada satu
generasi ke generasi yang lain.
2. Masyarakat Cina tradisional mula mengamalkan adat sejak dilahirkan hinggalah pada hari
kematian mereka. Mereka dipengaruhi oleh ajaran Confucius manakala masyarakat India
mengamalkan hukum adat yang berkaitan dengan pengaruh agama Hindu.
3. Semua adat ini bertujuan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat.

B. ISI

I. Adat di China (10 Markah)

1.1 Adat kowtow


Adat menghadap maharaja China dengan cara meniarap atau berlutut sebanyak
sembilan kali di hadapan maharaja. Maharaja dianggap suci dan perlu disembah
sedemikian rupa. Adat ini mengangkat darjat raja ke tahap yang paling tinggi
sebagai wakil tuhan. Adat ini dipatuhi oleh semua termasuklah duta-duta Barat
sewaktu menghadap maharaja China.

1.2 Adat wanita hamil


Diamalkan sejak mula kehamilan hingga ke seratus hari selepas bersalin.
Dilarang menyertai majlis perkahwinan dan pengebumian sehingga 100 hari
selepas bersalin. Perlu berehat dan mengambil makanan yang baik dan
mengelakkan makanan yang sejuk kerana dikatakan akan menyebabkan ibu
tersebut ditimpa penyakit.

1.3 Adat mementingkan anak lelaki.


Anak lelaki mengekalkan nama keluarga. Anak perempuan yang berumahtangga
secara langsung memutuskan hubungan dengan keluarga dan menggunakan
nama keluarga suaminya. Bagi bapa yang tidak mempunyai anak lelaki tidak
akan mempunyai persembahan yang diletakkan di atas meja pujaan rohnya
selepas meninggal kerana dianggap gagal memenuhi tanggungjawabnya.

1.4 Adat mengikat kaki anak gadis.


Kaki anak perempuan yang berumur antara tiga ke lapan tahun diikat/bebat
(dibalut dengan kain ketat) supaya kecil dan cantik. Wanita Cina berasa bangga
jika mempunyai kaki yang kecil kerana melambangkan status tinggi dan
kemuliaan. Saiz kaki besar melambangkan kehinaan dan kemiskinan.

1.5 Adat memuja roh nenek moyang


Nenek moyang dianggap sebagai ketua keluarga. Bapa yang tidak ada anak
lelaki tidak akan disembah. Penghormatan ini akan dilakukan terutama pada
hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru. Adat ini turut
dipertanggungjawabkan kepada golongan tua atau majlis orang tua.

21
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

1.6 Adat berkenaan bayi atau anak kecil


Bagi masyarakat Cina , ketika bayi itu dilahirkan dia telah berusia satu tahun dan
apabila dia berusia satu tahun sebenarnya dia telah pun berusia dua tahun.
Masyarakat Cina amat menitikberatkan soal pendidikan sejak kanak-kanak lagi
terutamanya menghormati keluarga.

1.7 Adat perkahwinan


Perkahwinan dalam masyarakat Cina diatur sejak kecil kerana ini boleh
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan tidak
dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan kerana ini hanya dilakukan oleh
pihak lelaki sahaja. Masyarakat Cina pentingkan perkahwinan kerana dianggap
akan melahirkan generasi baru yang akan menggantikan generasi lama.

1.8 Adat tilikan nasib


Masyarakat Cina amat percaya pada tilikan nasib. Sial malang dalam kehidupan
akan dapat disingkirkan dengan bantuan tukang tilik yang mahir. Sebelum
melakukan sesuatu perkara masyarakat di Asia Timur akan mendapatkan
khidmat tukang tilik untuk menentukan tarikh, hari, masa dan ketika yang sesuai
memulakan sesuatu upacara.

2. Adat di India (10 Markah)

2.1 Adat pembunuhan bayi perempuan


Pembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil iaitu semasa bayi tersebut
masih menyusu. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada
menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak itu berkahwin
kelak. Ia biasanya dilakukan oleh golongan miskin.

2.2 Adat Suttee


Adat yang melibatkan pembakaran balu dalam upacara pembakaran mayat
suami mereka. Adat ini diamalkan oleh masyarakat India sebagai bukti
kesetiaan isteri terhadap suami dengan alasan suami isteri tersebut dapat hidup
bersama di syurga.

2.3 Adat Thuggee


Merupakan amalan merompak dan pembunuhan di jalan. Amalan ini dijalankan
oleh kumpulan agama yang bersenjata menyamar lalu mencekik pengembara
jalanan sehingga mati atas nama Dewi Kali.

2.4 Adat bertindik hidung


Amalan ini dilakukan oleh kaum wanita India dengan memakai barang kemas di
hidung dikenali sebagai muukkuti. Adat ini menjadikan seseorang wanita itu
lembut, mengimbangkan suhu badan dan dianggap membawa kebaikan.

22
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

2.5 Adat Pottu


Adat meletakkan tanda di dahi berbentuk bulat yang juga dikenali sebagai
taligam. Pottu dianggap sebagai warisan bagi kaum wanita India. Terdapat juga
kaum lelaki yang memakai pottu merah atau cendana.

2.6 Amalan sistem kasta


Masyarakat di India dibahagikan mengikut golongan tertentu. Ia bertujuan untuk
menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Sistem kasta
dibahagikan mengikut empat kelas masyarakat iaitu Kysatria (perwira,
aristokrat), Brahmin (sami) , Vaisya (pedagang) dan Sundra ( rakyat biasa).

2.7 Adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu


Balu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas kematian suami mereka.
Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya memakai sari putih sahaja.
Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan
pulang ke rumah keluarga sendiri.

2.8 Adat khas bagi wanita hamil


Wanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang larang
kerana perbuatan ini akan mempengaruhi anak dalam kandungan. Wanita hamil
tidak boleh mengumpat, bergaduh dan sebagainya untuk melindungi ibu dan
anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.

C. Penutup (2 Markah)

1. Hukum adat di China dan India mempengaruhi corak pemerintahan dan kehidupan
masyarakatnya.
2. Terdapat beberapa amalan yang mencetuskan kontroversi akibat pertembungan
antara dua budaya yang bertentangan sewaktu kedatangan Barat.

23
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

8. Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Siam dan Vietnam pada abad
ke-19.

A. Pengenalan ( 2/3 Markah )

1. Vietnam dan Siam menjalankan dasar tutup pintu pada abad ke-19 kerana alasan yang
hampir sama iaitu tidak perlukan barangan Barat dan takut campur tangan kuasa Barat
dalam poliik tempatan.

B. Isi.

Siam (10 Markah)

Dasar tutup pintu siam tidak konsisten, pragmatik dan akhirnya ditamatkan langsung melalui
dasar diplomasi.
1) Zaman pemerintahan Rama 1
- Penyatuan Siam oleh Paya Taksin
- sibuk berperang dengan Burma, Kemboja dan Vietnam.

2) Zaman pemerintahan Rama II


- campur tangan di Kedah. Perang siam-Kedah.
- 1821 sultan Kedah lari ke Pulau Pinang (Penjajahan British)
- 1822 John crawford ingin mengadakan hubungan persahabatan dan perdagangan-gagal
- Siam menghalang perdagangan dengan Barat.
- Siam berhubung perdagangan dengan China untuk persahabatan dan mengekalkan
kekuasaannya di negeri-negeri Tanah Melayu.
- Siam mengadakan persahabatan dengan Portugis, Belanda dan Perancis keranan
membeli senjata.
- British berasa diri mereka dipencilkan.

3) Zaman pemerintahan Rama III


- Henry Burney mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan Siam
- Siam juga membuka pintu kepada Eropah dan Amerika tetapi terhad dan tidak
menandatangani perjanjian.
- Siam ingin melindungi persaingan saudagar-saudagar Siam dengan Barat.
- Siam bimbang campur tangan kuasa asing.

4) Zaman Rama IV (Mongkut)


- Perubahan-perubahan dalam corak perniagaan
- dasar buka pintu setelah menandatangani perjanjian Bowring 1855 (British)
- menyukakan hati saudagar-saudagar Barat.
- 1856- Perjanjian kerjasama dengan Amerika dan Perancis
- Siam tidak dijajah.

24
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

Vietnam (10 Markah)

Kerajaan Vietnam juga menjalankan dasar tutup pintu berpilih-pilih, namun begitu
dasarnya menyebabkan Vietnam ditawan oleh Perancis.
1) Maharaja Gia Long
- 1801 menawan Vietnam
- mengisytiharkan dirinya Maharaja.
- 1804 pengiktirafan dari Maharaja China keluarga Nguyen sebagai pemerintah Vietnam.
- mengikuti dasar pemencilan dalam hubungannya dengan Barat enggan memberikan
- sebarang keistimewaan kepada Barat kecuali Portugis kerana membalas jasa Paderi
Pigneau de Behaine yang banyak memberi bantuan semasa pemberontakan Tay Son
sehingga membolehkan beliau menaiki takhta.
- hanya tongkang-tongkang China dibenarkan berlabuh dan berniaga.

2) Maharaja Minh Mang


- mengikut ajaran Confucius
- juga mengamalkan dasar tutup pintu
- kerana benci kepada Barat, bimbang campur tangan Barat dalam hal negeri, tidak
percaya dengan Barat dan lain-lain.
- 1822 John Crawford datang untuk mengadakan hubungan, ditolak oleh Maharaja.
- namun Perancis mendapat layanan yang baik kerana bantuannya dalam menyatukan
Vietnam.
- tetapi tiada satu perjanjian ditandatangani atau hubungan diplomatik
- dasar agama Kristian – anti agama Kristian, enggan membenarkan agama kristian
- diamalkan berbeza dengan bapanya yang membenarkan kegiatan mubaligh
- mubaligh Kristian memasuki Vietnam dan dipenjarakan. Gereja ditutup.

3) Maharaja Thieu Tri.


- mengamalkan dasar tutup pintu-bencikan kuasa Barat.
- meneruskan dasar pemencilan-anti agama Kristian
- 1843- Kapten Levegeu belayar ke Tourane meminta membebaskan lima orang
mubaligh agama kristian yang ditangkap dan dihukum mati.
- 1847 – walaupun mubaligh Kristian dibebaskan Perancis mengepung Tourane meminta
keselamatan warganegara Perancis. Perancis gagal mendapat jaminan daripada
Maharaja.
- 1847- Thieu Tri mangkat.

4) Maharaja Tu Duc
- hubungan dengan Barat bertambah buruk
- usaha-usaha menganiaya mubalidh kristian diteruskan.
- 1857-kematian Bishop Sepanyol di Tongking
- Perancis melancarkan serangan – Tourane dan Saigon ditawan.
- 1862- perjanjian dengan Perancis – bermula pendudukan Perancis di Vietnam.

C Penutup ( 2/3 Markah )

1. Siam tidak dijajah walaupun mengamalkan tutup pintu.- diselesaikan dengan Perjanjian
Bowring 1855.
2. Dasar tutup pintu Vietnam berakhir dengan penaklukan Perancis ke atas Vietnam.

25
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

9. Sistem ekonomi di Filipina dan Indonesia pada abad ke19 merupakan sistem yang
menindas peribumi. Bincangkan

A. Pengenalan ( 3 Markah )
1. Sistem ekonomi kolonial British, Belanda, Sepanyol di Asia Tenggara abad ke 19 telah
mengubah sistem Ekonomi tradisional kepada ekonomi kalitalis
2. Sistem ekonomi kolonial juga menunjukkan perkembangan dan keuntungan kepada negara
sehingga D.J.M.Tate, Asia Tenggara dikatakan sebagai penumbang kepada Revolusi
Perindustrian di Eropah
3. Keadaan ini bersesuaian dengan tujuan utama penjajahan kuasa Barat iaitu mengaut
pulangan ekonomi sebanyak mungkin sehingga mampu menjadikan negara Barat
contohnya Belanda sebagai pusat perdagangan terpenting hasil bahan mentah yang dibawa
dari Indonesia
4. Namun, sistem ekonomi Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia bersifat memeras
peribumi dan hanya menguntungkan kelas-kelas tertentu sahaja seperti tuan tanah, kapitalis
dan pentadbir kolonial termasuk golongan gereja di Filipina

B. Isi

Sistem ekonomi Belanda di Indonesia ( 10 Markah )

1. Dasar ekonomi Belanda di Indonesia ditunjukkan dengan sistem kultur,dasar liberal dan
dasar etika
2. Sistem kultur sama seperti sistem Corvee (buruh paksa) diperkenalkan oleh Johanes Van
De Busch pada tahun 1830. Secara teori sistem ini menekankan ‘kemakmuran
bersama’antara petani dan kerajaan.Di antara syarat sistem kultur :
a) 1/5 tanah di Pulau Jawa mesti ditanam dengan tanaman eksport seperti kopi, teh, tebu,
tembakau, dan rempah
b) tanah yang diusahakan untuk keperluan itu dikecualikan daripada cukai
c) andainya hasil yang diperoleh melebihi harga sewa tanah, lebihan tersebut akan
diberikan kepada rakyat, sementara jika berlaku kerugian ia akan ditanggung oleh
kerajaan
d) pekerja akan diawasi oleh ketua tempatan (wedana)

3. Sistem kultur ini menjadi ‘urat nadi kemakmuran Hindia Timur’ dan ‘pelampung penyelamat
Belanda’telah mengikat,memeras dan menindas peribumi.
4. Keinginan kerajaan untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin telah menyebabkan
ekonomi tempatan terjejas.Tanaman makanan tidak diberi perhatian, tanah yang subur
digunakan untuk tanaman eksport,petani terpaksa bekerja lebih masa bagi tanaman eksport
mengakibatkan Pulau Jawa terutama Ceribon mengalami kebuluran yang teruk pada 1843
5. Penduduk berhijrah meninggalkan kampung menuju ke Bandar. Ini menimbulkan masalah
kesesakan dan timbulnya masalah sosio-ekonomi di Bandar
6. Petani terseksa kerana terpaksa membayar cukai dan ganti rugi sekiranya hasil tanaman
tidak menjadi, mendapat tekanan daripada wedana yang ingin mengaut keuntungan
daripada sistem peratus yang diperkenalkan oleh Belanda
7. Kesilapan,penyelewengan dan kelalaian kerajaan menyebabkan petani mengalami
kesempitan hidup, terpaksa menjual tanah kepada kapitalis, penyakit merebak dan paling
teruk sekali, petani ditindas dari segi pemikiran dan semangat sehingga tidak berupaya
menyuarakan penentangan.
26
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

8. Kecaman terhadap sistem kultur melalui novel Edward Douwes,Dekker ‘Max Haveelan’
pada 1860 dan risalah ‘Van der Putte’Peraturan kontrak gula di Jawa menyebabkan sistem
kultur diganti dengan Dasar Liberal.Namun dasar liberal tidak mengubah nasib petani Jawa
malah kini mereka ditindas oleh golongan kapitalis.
9. Dasar liberal mendatangkan kesan buruk kepada peribumi Indonesia. Kononnya sistem ini
adalah untuk memberi kebajikan kepada rakyat yang dijajah. Tetapi dari segi praktiknya
peluasan kawalan dan penggunaan buruh di ladang dan lombong telah menghancurkan
adat perpaduan peribumi.Kemasukan modal persendirian Belanda dan Indonesia telah
memajukan ekonomi tetapi faedahnya hanya dinikmati oleh usahawan dan kapitalis.
Peribumi Indonesia semakin tertindas dan kehilangan hak milik tanah. Sistem perhubungan
dan pendidikan hanya diperluaskan ke kawasan yang kaya dengan sumber ekonomi dan
peribumi tertinggal dalam semua bidang. Kebajikan peribumi diabaikan malah menderita
kerana sistem pajak sawah padi, penyelewengan kontrak buruh. Nasib peribumi Indonesia
tidak terbela

Sistem Ekonomi Sepanyol di Filipina ( 10 Markah )

1. Seperti juga di Indonesia, penjajah Sepanyol mengamalkan sistem ekonomi yang


menindas. Rakyat peribumi ditindas, diperas dan diperhambakan
2. Sistem Polo-sistem buruh paksa dimana semua orang lelaki berumur 16 tahun hingga 60
tahun kecuali ketua dan anak lelaki sulung dikehendaki menjadi buruh selama 40 hari dalam
setahun. Untuk mengelak bekerja mereka perlu membayar 1 ½ reale sehari. Mengikut
peraturan orang-orang yang dipaksa bekerja perlu dibayar gaji 1 ¼ reale sehari dan beras
percuma. Tetapi pegawai-pegawai Sepanyol tidak membayarnya malah diambil sebagai
tambahan kepada mereka sendiri
3. Sistem Encomenda- satu sistem tuan tanah bercorak feudal. Orang-orang Sepanyol ( spt
bekas-bekas tentera, pengembara-pengembara) yang membantu dan meyokong dasar
Sepanyol diberi hak penguasaan tanah termasuk penduduk-penduduk sekali seramai 500
orang hingga 1000 orang. Tuan tanah ( encomiendero) dibenar memungut cukai daripada
penduduk kawasannya. Mereka juga memaksa penduduk memberi tenaga secara percuma
sebagai balasan memberi perlindungan ke atas penduduk walaupun itu adalah
tanggungjawab mereka. Rakyat didera, dianiayai, dipaksa membayar cukai berlebihan dan
membuat kerja berat. Orang-orang Filipina diwajib membayar ufti, cukai, zakat dan cukai
kepala. Mula bayar 8 reale sekeluarga kemudian dinaikkan kepada 10 reale. Pemungut-
pemungut pula sering memaksa rakyat bayar lebih untuk diri mereka sendiri. Ini
menyebabkan peribumi Filipina sama menderita seperti peribumi Indonesia
4. Sistem Vandala-sama seperti corvee/buruh paksa/kultur di Indonesia. Rakyat dipaksa
menjual hasil keluaran kepada kerajaaan dengan harga yang ditetapkan oleh
kerajaan.Selalunya mereka tidak diberi bayaran langsung atau dibayar dengan wang kertas
yang tidak berharga.Mereka juga diberi surat perjanjian hutang sahaja seperti membayar
ufti kepada kerajaan.Penindasan ini menyebabkan tanaman makanan berkurangan dan
petani melarikan diri ke kawasan pedalaman dan mengadakan pemberontakan. Contohnya
Pemberontakan Pampangan
5. Corpuz dalam bukunya ‘The PHILIPINES’ menyatakan penjajah Sepanyol merasakan
bahawa sistem polo dan vandala merupakan tiang ekonomi yang utama kepda pemeritahan
di Filipina

27
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

C. Penutup ( 2 Markah )

1. Sistem ekonmi penjajah/kolonial lebih menguntungkan penjajah dan kapitalis


2. Peribumi sentiasa tertindas dan menderita seperti yang terjadi di Filipina dan Indonesia.
3. Mendorong kebangkitan bagi mengembalikan hak peribumi

28
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan di Indochina pada
abad ke-19.

A. Pengenalan (3 Markah )

1. Perkembangan dalam bidang perdagangan dan perindustrian telah mendorong kuasa-


kuasa Barat berlumba-lumba meluaskan pengaruh mereka di seluruh dunia.

2. Pada abad ke-19 kuasa-kuasa Barat berusaha meluaskan pengaruh politik dan ekonomi
serta membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan bahan mentah yang
diperlukan di kilang-kilang mereka. Negara-negara di Asia juga menyediakan pasaran
yang lebih luas bagi lebihan barangan hasil keluaran kilang-kilang mereka.

3. Negara-negara Barat menggunakan berbagai-bagai cara untuk menguasai negara-


negara Asia seperti peperangan, perjanjian, ataupun pengilhakan. Antara negara-
negara Asia yang terlibat dengan perluasan kuasa Barat melalui kaedah pengilhakan
ialah India oleh British dan Indochina oleh Perancis.

4. Di India dan Indochina walaupun cara campur tangannya adalah sama iaitu dengan
kaedah pengilhakan, namun proses perlaksanaannya adalah berbeza. Perluasan kuasa
melalui kaedah pengilhakan melibatkan cara kekerasan seperti peperangan, ugutan,
perjanjian, dan sebagainya.

B. Isi ( 20 Markah )

Proses pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan Indochina pada abad ke-19

1. Pengilhakan British di India ( 10 markah )

a. Dasar pengilhakan Lord William Bentick ( 1824-1835 )


i. Semasa menjadi Gabenor Jeneral di India beliau telah mengilhakan beberapa
kawasan. Beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran untuk mengilhakan Cachar,
Coorg, dan Mysore.
ii. Raja Cachar telah mangkat tanpa meninggalkan waris. Bentick telah mengilhakan
kawasan tersebut atas permintaan penduduk tempatan.
iii. Di wilayah Coorg dan Mysore, Bentick mengilhakan kawasan ini atas alasan
pemimpin tempatan telah menyalahgunakan kuasa mereka dalam pentadbiran.
Penduduk tempatan menyokong tindakan Bentick kerana mereka mahukan
pentadbiran yang adil dan saksama.

b. Dasar pengilhakan Lord Ellenborough ( 1836-1846 )


i. Lord Ellenborough telah mengilhakan Sind dan Gwalior.
ii. British telah menjalinkan hubungan dengan Sind sejak tahun 1809. Pada tahun 1823
British telah menandatangani perjanjian dengan Sind dan Gwalior untuk menyekat
kemaraan kuasa Perancis di kedua-dua kawasan tersebut. Melalui perjanjian ini
pedagang-pedagang British dibenar menggunakan sungai dan jalan-jalan raya yang
ada.
iii. Perjanjian ini telah dicabuli oleh Lord Auckland yang telah mengarahkan tenteranya
berbaris melalui Sind.

29
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

iv. Lord Ellanborough ingin merampas Sind dengan membuat beberapa tuduhan.
Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Beliau mengadakan perjanjian baru
dengan Amir Sind. Amir-amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar di
wilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri.
Hanya mata wang British yang diakui sebagai mata wang yang sah.
v. Tindakan itu menyebabkan Amir marah dan bertindak menyerang residensi British.
Amir telah ditewaskan dalam peperangan di Miani dan Dabo. Sind telah dirampas
dan diletakkan dalam empayar British di India.
vi. Ellenborough juga telah mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian
Daulat Rao Sindhia, ketua puak Maratha yang digeruni.

c. Dasar pengilhakan Lord Dalhousie ( 1846-1856 )

i. Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hak
menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British ( SHTI ), “ Doctrin of
Lapse ” ( Undang-Undang Lesap Waris ), dan keinginan untuk melanjutkan
kebaikan-kebaikan tanpa faedah yang dibawa oleh pemerintah British ke atas
wilayah-wilayah yang dibelenggu masalah penyelewengan atau penyelewengan
pemerintah tempatan.
ii. Melalui kaedah hak menakluki kuasa agung, beliau telah menakluk Punjab dengan
mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat.
Punjab berjaya diilhakan.
iii. Kaedah Doctrin of Lap paling kerap digunakan oleh Lord Dalhousie. Menurut doktrin
ini mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris untuk meneruskan
pemerintahan selepas mereka mangkat, maka negeri atau wilayah itu akan jatuh ke
bawah kuasa agung dengan sendirinya. Beliau tidak mengiktiraf hak seseorang
pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan daripada keturunannya.
Contohnya di Jhansi, perlantikan anak angkat sebagai pewaris dianggap tidak sah
oleh British. Wilayah-wilayah lain yang diilhakan cara ini ialah Satara, Jaitpur,
Baghat, dan Samalpur.
iv. Kaedah kebaikan untuk diperintah berlaku atas alasan penganiayaan, kezaliman,
dan ketidakadilan politik dalam sesebuah negeri. Misalnya Qudh telah diletakkan di
bawah naungan SHTI. Pentadbiran Qudh dikuasai oleh Nawab Khan dalam keadaan
huru-hara dan amalan rasuah berleluasa. Dalhousie mengadakan perjanjian dengan
Qudh. Dalam perjanjian itu, SHTI akan mengambil alih Qudh, manakala Nawab akan
dibenarkan mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab enggan
menandatangani perjanjian tersebut Dalhousie telah mengambil keputusan
menjalankan dasar pengilhakan atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan.

30
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

2. Pengilhakan Indochina oleh Perancis ( 10 markah )

a. Pengilhakan Kemboja
i. Kemboja sering menjadi rebutan antara Vietnam dan Thailand sejak abad ke-19
sehingga Kemboja terpaksa menghantar ufti kepada Vietnam dan Thailand untuk
menjamin kemerdekaannya.
ii. Pada masa yang sama Perancis juga berminat untuk menguasai Kemboja kerana
bimbang akan dikuasai oleh British ataupun Thailand di samping Perancis hendak
menjadikan Kemboja sebagai negeri penampan.
iii. Perebutan kuasa semasa pemerintahan Raja Norodom menjadi sebab Perancis
campur tangan tetapi dibantah oleh Thailand.
iv. Keadaan ini menyebabkan satu perjanjian ditandatangani antara Perancis dan
Thailand dan perjanjian ini menetapkan bahawa Kemboja menjadi negeri naungan
Perancis. Ini disebabkan Thailand juga turut menuntut Kemboja berada dibawah
naungan Thailand.
v. Perjanjian ini telah menamatkan persaingan antara Perancis dan Thailand
berhubungan dengan isu Kemboja.
vi. Sikap tolak ansur Thailand ini menyebabkan Perancis membalasnya dengan
mengiktiraf kedaulatan Thailand ke atas Battambang dan Siamreap.
vii. Namun pada tahun 1962, Laksamana Bonnard telah melawat Raja Norodom dan
meminta Kemboja menghantar ufti kepada Perancis dan bukannya kepada Vietnam.
viii. Pada 1863, Perancis memaksa Raja Norodom menandatangani perjanjian untuk
berhenti menghantar ufti sama ada kepada Thailand dan Vietnam.

b. Pengilhakan Tourane dan Saigon


i. Perancis menjalinkan hubungan baik dengan Vietnam semasa pemerintahan
Maharaja Gia Long.
ii. Pengganti-pengganti Gia Long kemudiannya tidak menjalinkan hubungan baik
dengan Perancis. Mereka bertindak melakukan kekejaman terhadap mubaligh-
mubaligh Kristian dan menggubal undang-undang yang melarang kemasukan
mubaligh-mubaligh Kristian ke Vietnam.
iii. Permusuhan Perancis dan Vietnam telah memuncak semasa pemerintahan
Maharaja Tu Duc. Pada masa ini kegiatan anti-Kristian dan kejadian pembunuhan
mubaligh Kristian semakin bertambah.
iv. Kegiatan ini menyebabkan Raja Perancis Napoleon III telah mengambil tindakan
menakluki Vietnam dengan menggunakan peristiwa pembunuhan Bishop Diaz,
seorang paderi Sepanyol di Tongking, sebagai alasan menyerang Vietnam.
v. Pada 31 Ogos 1858, Perancis telah menyerang Tourane bersama bersama
angkatan tentera Sepanyol di bawah pimpinan Rigault ge Genouilly dan pada 2
September 1858 Tourane jatuh ke tangan Perancis. Seterusnya Perancis
menyerang Saigon yang merupakan kawasan tanaman dan pusat pengumpulan
padi yang utama di Vietnam. Saigon telah jatuh ke tangan Perancis pada 17
Februari 1859.
vi. Peristiwa ini menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis. Tu
Duc akhirnya mengaku kalah dan menandatangani perjajanjian dengan Perancis
pada Jun 1862.

31
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

c. Pengilhakan Tongking
i. Tongking penting kepada Perancis dari segi ekonomi kerana menjadi jalan
perniagaannya ke China melalui Sungai Merah. Perancis bimbang dengan
persaingan kuasa Barat yang lain seperti Jerman, Itali, dan AmerikaSyarikat.
Penindasan Maharaja Tu Duc juga memaksa Perancis menakluki Tongking.
ii. Sewaktu Perancis bertapak di Cochin-China, keadaan huru-hara telah tercetus di
Tongking kerana kamasukan orang-orang pelarian.
iii. Perdana Menteri Perancis telah memutuskan untuk menamatkan keadaan huru-hara
di Vietnam dan menjadikan Vietnam sebagai naungan Perancis.
iv. Pada April 1882, angkatan laut Perancis tiba di Hanoi dan menakluki Tongking pada
tahun 1883.

C. Penutup ( 2 Markah )

1. Perancis dan British telah berjaya menggunakan kaedah pengilhakan untuk meluaskan
kuasa di Vietnam dan India.
2. Campur tangan Perancis dan British telah menyebabkan perubahan-perubahan berlaku
dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial di Vietnam dan India.
3. Perluasan kuasa melalui kaedah pengilhakan telah menyebabkan perasaan tidak puas
hati di kalangan rakyat tempatan yang membawa kepada berlakunya penentangan
seperti peristiwa Dahagi India 1857.

32
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

11. Huraikan sumbangan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji dalam pemodenan
negara masing-masing dari tahun 1868 hinngga 1910.

A. Pengenalan (2/3 Markah)


 Raja Chualongkorn (Rama V) menaiki takhta pada 1869-1910 .Baginda banyak
menyumbangkan idea-idea pemodenan di Thailand bagi meneruskan usaha
pemodenan yang telah diperkenalkan oleh Raja Mongkut
 Pembaharuan oleh Meiji pula dimulai apabila menerima penyerahan kuasa daripada
Shogun Hitisubashi Keiki pada 1867. Maharaja Meiji melakukan pemodenan ke atas
Jepun.
 Sumbangan kedua-dua tokoh ini diperlihatkan melalui dasar buka pintu yang diamalkan
dalam usaha mengelakkan campur tangan kuasa Barat.

B. Isi
Sumbangan Raja Chulalongkorn dalam Pemodenan Thailand (10 Markah)
1. Dasar luar negara
 Meneruskan dasar buka pintu dengan menandatangani perjanjian dengan Belgium,
Jerman dan Itali antara tahun 1868 - 1872.
 Menyerahkan Laos dan kemboja kepada Perancis dan negeri-negeri Utara Tanah
Melayu kepada Inggeris
 Mengimbangi pengaruh kuasa asing di Negara Thailand dan menjamin kedaulatan.

2. Dasar sistem pentadbiran


 Mengambil bangsa asing untuk melancarkan pentadbiran Contohnya pegawai Inggeris
diambil sebagai Penasihat Kewangan, Amerika Syarikat sebagai Penguasa Kastam dan
Perancis sebagai Penasihat Ketenteraan.
 Memperkenalkan sistem pentadbiran daerah yang dibahagi kepada 18 monthon
(daerah) dan menamatkan sistem autonomi lama
 Menubuhkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar
Negeri.
 Menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Penasihat Rendah pada tahun 1874
dengan memberi peluang untuk golongan bangsawan dan rakyat terlibat dalam hal
pentadbiran.
 1892, Jabatan hasil Dalam Negeri diperkemaskan dengan memperkenalkan cukai
langsung
 1894, sistem kehakiman diperkemaskan dengan menubuhkan Mahkamah Jenayah dan
Mahkamah Awam.
 Hakim bangsa Eropah melatih peguam tempatan dan Putera Rabi dilantik sebagai
Menteri Keadilan.
 Memperkemaskan sistem penjara dan polis.

33
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

3. Dasar Sosial
 Sekolah Sunandalaya (khusus untuk perempuan), Maktab Raja (khusus Untuk Lelaki)
dan sekolah untuk golongan pertengahan diperkenalkan
 Memberi kebebasan beragama kepada rakyat
 Sistem perhambaan dimansuhkan pada tahun 1874 dan perkhidmatan tentera bergaji
diperkenalkan
 Hak istimewa golongan bangsawan dimansuhkan
 Memperkenalkan perkhidmatan telegraf pada tahun 1875, penggunaan telefon 1881 dan
sistem pengangkutan kereta api dari Bangkok ke Patnam sejauh 16 batu pada tahun
1893, dari Bangkok ke Ayuthia sejauh 40 batu dan dari Bangkok ke Korat pada 1901.
 Sistem ekonomi barter ditukarkan dengan sistem ekonomi moden dengan penubuhan
Kewangan Diraja dan Jabatan Cetak kewangan pada tahun 1861 bertujuan
mengeluarkan wang perak.
 Perdagangan Negara Thai dengan dunia luar meningkat dan menggalakkan penanaman
modal asing .

Sumbangan Maharaja Meiji dalam Pemodenan di Jepun (10 Markah)


1. Bidang pentadbiran
 1868, Maharaja Meiji memperkenalkan perlembagaan yang mengandungi sistem
demokrasi, penghapusan feudalisme dan menerapkan tamadun barat dalam
masyarakat dan Negara Jepun.
 1872 dan 1873, memperkenalkan sistem Kementerian berasaskan sistem Barat dan
juga sistem Kabinet berasaskan sistem kerajaan Prusia pada 1885.
 Maharaja Meiji juga memperkenalkan Sistem Pemerintahan Monarki Berperlembagaan
Parlimen (DIET)
 Majlis Raja ditubuhkan pada 1885 untuk memberi nasihat kepada Maharaja dalam
urusan pentadbiran
 Pilihanraya pertama di Jepun telah dilaksanakan pada tahun 1890

2. Sistem Pendidikan
 Menghantar rakyat Jepun untuk mengkaji sistem pendidikan Barat dan luar negeri
 Sekolah rendah dan menengah telah diperkenalkan di Jepun dengan berasaskan sistem
pendidikan Barat
 Kanak-kanak berusia enam tahun diwajibkan bersekolah
 Sistem pelajaran Barat juga diperkenalkan termasuk matematik dan sains
 Sistem pendidikan vokasional berasaskan kepada orientasi Jepun diperkenalkan
 Universiti diperkenalkan dengan berasaskan kepada model Barat pada tahun 1877
 Sistem pendidikan di Jepun bertujuan melahirkan masyarakat berpendidikan mahir, celik
huruf dan mempunyai semangat cintakan tanahair
 1906, sekitar 95% pendunduk Jepun memiliki asas sekurang-kurangnya bersekolah
rendah.

34
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

3. Sistem perhubungan
 1872, jalan kereta api pertama yang menghubungkan Tokyo dengan pelabuhan
Yokohama diperkenalkan
 1877, pembinaan rangkaian jalan kereta api telah diusahakan oleh syarikat swasta
 Akhir abad ke 19, Jepun memiliki sekitar 3.417 km sistem rangkaian jalan kereta api
 Sistem telegraf dan pos diwujudkan

4. Sistem Sosial
 Sistem feudal dihapuskan dan tanah milik golongan feudal dijadikan hak milik negara
 Golongan Samurai yang mendapat kedudukan dalam masyarkat telah melibatkan diri
dalam perusahaan dan perniagaan sehingga mewujudkan kapitalis dalam sistem
ekonomi
 Penubuhan Kementerian Perusahaan pada tahun 1870 dan perusahaan tempatan dan
kecil dikembangkan dengan galakan bantuan teknikal, pemberian pinjaman dengan
kadar faedah rendah dan bantuan subsidi.
 Perkembangan perusahaan melalui pembinaan kilang alat marin (1871), kilang kaca
(1876), kilang simen (1875) kilang pembuatan senjata dan peluru di Osaka dan Tokyo
(1883 serta kilang pembinaan kapal di Hyogo

5.` Sistem Pertanian


 Diperkenalkan dengan penambahan bilangan tanah untuk pertanian
 Penyelidikan dan penggunaan jentera berat serta penggunaan baja dagangan
 Kemudahan pinjaman luar bandar untuk petani
 Petani digalakkan mempunyai tanah dan cukai tanah telah diperkenalkan pada tahun
1873
 Cukai yang dikenakan adalah sekitar 20%- 30% daripada hasil tanaman
 Sektor perikanan juga dimajukan
 Menggalakkan penyelidikan secara sainstifik dengan mendirikan kilang memproses hasil
laut
 Hak penangkapan ikan juga telah dikembangkan sehingga ke perairan pinggir pantai
laut Siberia

C. Penutup. (2/3 Markah)


 Raja Chulalongkorn dan juga Maharaja Meiji mempunyai matlamat untuk me
 Dasar Raja Chulalongkorn berjaya mengekalkan kedaulatan negaranya majukan
Negara masing-masing daripada penjajahan kuasa barat
 Pemodenan Meiji berjaya menjadikan Jepun sebagai tapak asas menuju kepada sebuah
negara yang maju di Asia.

35
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

12. Bandingkan dasar luar India dengan dasar luar Vietnam selepas kedua-dua Negara
mencapai kemerdekaan

A. Pengenalan ( 3 Markah )
1. Dasar luar merupakan instrumen sebuah negara berinteraksi dengan negara lain.
2. Dapat memperlihatkan sikap sesebuah negara sama ada ingin memainkan peranan aktif
atau pasif dalama dunia
3. India merdeka pada Ogos 1947 dan Vietnam setelah menghadapi pergelutan antara
rakyat Vietnam dan sesama kumpulan rakyat akhirnya merdeka pada 8 Mei 1954
dengan pembahagian Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Pada 1955, Vietnam Utara
dikuasai oleh komunis yang diiktiraf oleh Rusia dan China. Vietnam Selatan bebas dari
komunis
4. Bermula dari kemerdekaan itu bermulalah kedua-dua negara melaksanakan dasar luar
mereka.

B. Isi
Dasar Luar India ( 10 Markah )
1. India menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1946 dan
menganggotai banyak jawatankuasa cawangan PBB

2. Anggota penting dalam Pertubuhan Komanwel dan Rancangan Colombo

3. Pernah menjadi Pengarah Agung FAO pada 1956 dan pernah menjadi Setiusaha
pertama UCAFE

4. India menjadi ibu pejabat penyelidikan dan pusat cawangan UNESCO dan UNICEF

5. India juga seringkali menjadi tuan rumah kepada pelbagai Persidangan antarabangsa
seperti CAFE pada tahun 1956 dan 1961. Menjadi tuan rumah Persidangan Bulan Sabit
Merah Antarabangsa dan Persidangan ILO bagi Rantau Asia pada 1957

6. Semasa proses pendamaian Vietnam, Loas dan Kemboja India telah terlibat secara aktif
melaksanakan Perjanjian Damai dan Gencatan Senjata

7. India juga menghantar satu kontijen ketenteraan dibawah panji-panji PBB ke Mesir
pada 1956. Dan 700 tentera ke Congo bagi mengawal hospital tentera dan
perkhidmatan komunikasi. Pada tahun 1961 menghantar 700 orang pakar ke 24 negara
di bawah Program Bantuan Teknikal PBB

8. Dari segi ekonomi melakukan pertukaran barang dengan negara luar, melibatkan
barangan India seperti bahan mentah dan bahan industri serta tekstil dengan barangan
mesin berat dan peralatan

9. Eksport utama ialah teh dan jut. India mengekport kain kapas, rempah-ratus, tembakau,
manganese dan sebagainya

36
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

10. Import India pula melibatkan bahan keluli, peralatan pengangkutan, barangan elektrik,
kima, beras dan sebagainya. Jalinan perdagangan ini melibatkan negara sekutu utama
seperti England, Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Rusia dan Negara-negara indusitri
yang lain

Dasar Luar Vietnam ( 10 Markah)


1. Vietnam Utara di bawah komunis telah membuat pembaharuan tanah bagi menghadapi
pemberontakan petani di Wilayah Nghe-an pada Nov 1956

2. 1960 Vietnam Utara menyokong kuat pemberontakan Pathet Lao di negara jiran Laos
dengan menyalurkan bantuan pakar perang dan ketenteraan

3. Juga menyediakan bantuan aktif kepada pemberontakan di Vietnam Selatan ( Viet-


Cong) . Vietnam Utara juga menghadapi tuduhan melanggar peruntukan gencatan
senjata 1954 oleh anggota suruhnajaya Kawalan Antabangsa

4. Percubaan Vietnam Utara menjadi anggota PBB seringkali gagal kerana dihalang oleh
Vietnam Selatan. Namun Vietnam Utara menjadi anggota Persidangan Solidariti Afro-
Asia dan penyelidik bersama Institut Nuklear dan pertubuhan Bersama Kereta api.
Vietnam juga cuba menjalin hubungan dengan negara-negara Asia seperti India dan
Indonesia

5. Republik Rakyat China ada menyalurkan pinjaman kepada Vietnam Utara sebanyak 300
juta yuan dan geran 100 juta yuan dengan faedah 1% dalam tempoh 10 tahun pada
tahun 1959

6. Vietnam Utara juga menjalinkan hubungan dagang dengan Jerman Timur, Poland,
Hungary, Romania , Bulgaria, Mongolia, Peranchis, Jepun dan Hong Kong

7. Vietnam Selatan pula menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat apabila mendapat
bantuan ekonomi dan teknikal sebanyak 1699.2 juta pada tahun 1962. Perancis pula
menghulurkan bantuan sebanyak 14.5 b franc dan bagi program pelarian berjumlah 14
juta bagi tempoh 1957-1961

8. Vietnam Selatan juga mendapat bantuan teknikal dan materail daripada negara-negara
lain dari agensi-agensi PBB

9. Vietnam mengeksport getah sebanyak 3.5% kepada Amerika dan Perancis 50%.
Vietnam juga mengeksport kayu manis dengan nilai eksport sebanyak 25 juta dollar
Vietnam pada tahun 1959. Import utama pula ialah bahan mineral, logam, makanan,
kertas, perubatan, barangan elektrik dan sebagainya

10. Pembekal utama Vietnam Selatan ialah Amerika Syarikat, Jepun, dan Peranchis.
Manakala pasaran utama ialah Perancis, United Kongdom dan Jerman Barat

37
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT
Sulit

C. Penutup ( 2 Markah)

1. India dan Vietnam menggunakan pelbagai pendekatan dalam hubungannya dengan


negara luar untuk kepentingan bersama sama ada di peringkat dunia, serantau dan
antarabangsa bagi menjamin kepentingan politik, ekonomi dan sosial

2. Vietnam terbahagi kepada Vietnam Utara dan Vietnam Selatan kerana pengaruh
komunis di Vietnam Utara. Vietnam Utara mendapat dokongan negara-negara blok
komunis manakala Vietnam Selatan dibantu oleh PBB dan Amerika Syarikat

38
STPM 940/2 [Lihat Sebelah]
Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

You might also like