You are on page 1of 3

Malaysia bukan kalis gempa – Pencemaran alam

sekitar boleh mengundang kejadian gempa bumi di


Malaysia
PETALING JAYA – Pencemaran alam sekitar dilihat boleh memberi kesan drastik
kepada tekanan bumi dan mempercepatkan kemungkinan berlaku gempa bumi di negara
ini.

Lebih menakutkan, Malaysia juga bukan lagi zon selamat dan kalis gempa seperti
disangka sekiranya faktor itu tidak diberi perhatian sewajarnya.

Itu pendapat Pensyarah Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk
Mohamad Ali Hassan yang menganggap fenomena itu tidak mustahil berlaku
memandangkan siri gempa bumi yang melanda dunia telah memberi sedikit impak
kepada keadaan geologi.

“Trend ini (gempa bumi) dilihat berlarutan dan kemungkinan fenomena tsunami yang
berlaku lima tahun lepas mampu berulang. Justeru, teori yang menyebut negara ‘bebas
gempa’ perlu dikaji semula,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, tempoh masa spesifik bila bencana itu berlaku tidak dapat
ditentukan kerana ia bergantung kepada gelombang dan pergerakan kepingan kerak bumi.

Selain faktor semula jadi, katanya, antara petanda awal lain kepada ancaman tsunami di
negara ini adalah migrasi burung dan berlaku penghijrahan hidupan laut dalam jumlah
yang besar ke darat.

kredit to kosmo.com.my
Timur: Lupus sampah
Oleh Samsudin Awang

Sisa Pulau Tioman guna insinerator

ROMPIN: Menjimatkan dan mesra alam. Sampah dan sisa pepejal di Pulau Tioman tidak
lagi perlu diangkut ke tanah besar, sebaliknya dilupus menggunakan insinerator yang
dibina di Kampung Tekek, Pulau Tioman, tahun depan.

Ketika ini, sampah berkenan terpaksa diangkut dengan tongkang ke beberapa pusat
pelupusan di sekitar daerah ini dengan kos kira-kira RM25,000 bagi setiap 20 tan
penghantaran.

Justeru, sistem insinerator bakal digunakan dapat menjimatkan kos memindah sisa
pepejal dan sampah dari Pulau Tioman yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri untuk
memindahkan sampah ke tanah besar.

Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), Datuk Hashim Mat Tahir,
berkata insinerator di kawasan seluas satu hektar itu bakal menjimatkan kos penghantaran
setiap minggu, selain membendung berlakunya pencemaran alam di pulau peranginan itu.

"Dengan sistem insinerator baru itu juga, proses pelupusan sampah akan dilakukan
dengan lebih pantas melalui dua saluran insinerator yang mampu melupuskan kira-kira
20 tan sisa pepejal.

"Ia juga dapat membendung lambakan sampah di tempat pelupusan yang akan turut
memberi kesan alam sekitar lain seperti masalah bau, lalat dan air buangan larut ke dalam
tanah," katanya.

Hashim berkata, secara purata Pulau Tioman yang mempunyai 3,000 penduduk itu
menghasilkan antara 12 tan hingga 15 tan sisa pepejal sehari termasuk dari premis
pelancongan seperti hotel dan restoran.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Mohd Johari
Hussain, berkata prasarana berkenaan akan melonjakkan lagi sektor pelancongan melalui
pengurusan sampah dan kumbahan secara lebih sistematik.

"Bagaimanapun penduduk dan pelancong juga perlu mempunyai lebih kesedaran dalam
memulihara alam dengan tidak membuang sampah sesuka hati terutama di kawasan hutan
dan laut.

"Segala kemudahan dibangunkan oleh kerajaan itu tidak akan mampu mencapai objektif
jika penduduk sendiri tiada inisiatif memelihara keindahan pulau berkenaan yang menjadi
sumber pendapatan mereka," katanya.

You might also like