You are on page 1of 65

Peribahasa Maknanya

Ada air, adalah ikan. Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah
belakang. berjauhan lalu dilupakan.

Ada angin, ada pokoknya (= pohonnya). Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.

Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang


Ada bangkai, adalah hering.
mengunjunginya.

Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh. Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.

Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat


Ada batang, cendawan tumbuh.
resamnya masing-masing.

Ada beras, taruh dalam padi. Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

Ada biduk, serempu pula. Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.

Ada bukit, ada paya. Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.

Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah


Ada gula, ada semut.
orang berkumpul.

Ada hari, ada nasi. Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat


Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.
balasan juga.

Ada jarum hendaklah ada benangnya. Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.

Ada kerak, ada nasi. Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.
Ada laut, ada perampok. Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.

Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau


Ada nasi di balik kerak.
belum diperhatikan.

Ada nyawa ada rezeki. Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

Ada padang, ada belalang Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah


Ada padi masak, adalah pipit.
orang berkumpul.

Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala
deras. maksudnya mudah tercapai.

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala


Ada padi, segala menjadi.
maksudnya mudah tercapai.

Ada pasang surutnya. Untung dan malang tidak tetap.

Ada persembahan ada kurnia. Berbuat baik dibalas baik.

Ada rotan , ada duri. Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.

Ada rupa, ada harga. Harga barang menurut rupanya (= keadaannya).

Ada sampan hendak berenang. Sengaja bersusah payah.

Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu


Ada seperti tampaknya apung-apung.
dapat diambil atau dipakai.

Ada sirih hendak makan sepah. Ada yang baik, hendakkan yang buruk.

Ada tangga hendak memanjat tiang. Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan.
Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.
balasan juga.

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas


Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.
jahat.

Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan


Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak . .
kerajinan.

Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya


Adat pulau limburan pasang. . membantu yang miskin dan yang berilmu membantu
yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.

Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-


Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung . .
masing. betung = Sejenis buluh besar.

Adat teluk timbunan kapal (= kapar). Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya


(kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.) . menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.

Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita)


berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati
Adat tua menahan ragam. .
kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan
di atas kebenaran.

Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang


Adat yang kawi, syarak yang lazim. berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama
(kawi = kuat, sakti.). merupakan undang-undang negeri yang berjalan
seiring.

Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup


menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju
Adat yang menurun, syarak yang mendaki. .
ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang
menentangnya.

Agak lebih daripada agih. . Banyak bicara, sedikit kerja.

Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan


Agak-agak bertutur malam hari. .
sesuatu.
Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga
Agih-agih kungkang . menderita kesusahan sendiri.
(kungkang = kera kecil.).

Agung susut, pongah masih. Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya


(agung = besar; pongah = angkuh.) . masih ada juga.

Air beriak tanda tak dalam. . Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

Air besar sampan tak hanyut. . Maksud tidak tercapai.

Air besar, batu bersibak. Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul
(sibak = cerai, menepi.) . perselisihan besar.

Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan. Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya
pelimbahan = tempat air yang kotor.. juga.

Air dalam karang menonggok, setanggi


campurkemenyan , gula tertumpah pada kanji. Usaha yang berhasil baik.
(menonggok = melonggok, menimbun.)

Air dalam terenang. (terenang = tempat air daripada


Hidup yang tenang dan tenteram.
tanah liat.)

Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal,


Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan
bercebok.
penghasilan kita.
kumbah = mencuci dalam air..

Air di daun keladi (= talas). . Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya


Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap. .
juga.

Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan


Air dicencang tiada putus. .
oleh perselisihan.

Air didih menganak sungai . . Hiburan yang sangat mewah.


Air digenggam tiada tiris. . Sangat berhati-hati mengeluarkan wang.

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum.


Air diminum sembiluan. . sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan
sembilu.

Air diminum terasa duri, nasi dimakan


Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum.
terasasekam . .

Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan


Air ditetak tiadakan putus. .
oleh perselisihan.

Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat


Air gedang menghanyutkan. (gedang = besar)
melakukan pekerjaan yang besar-besar.

Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi


Air jernih, ikannya jinak. .
bahasa.

Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari


Air keruh, limbat keluar. .
keuntungan.

Air lalu kubangan tohor.


Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji.
(tohor = dangkal, kering.) .

Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-


Air laut hijau siapa celup? .
hebohkan.

Air mata jatuh ke dalam. . Berdukacita dengan diam-diam.

Air mata jatuh ke perut. . Berdukacita dengan diam-diam.

Air mudik sungai , semua teluk diranai. Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. .


(ranai = jalani (boleh jadi ranahi).

Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang
diturut. . kita diami.
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu
Nasib manusia tidak dapat ditentukan.
dan surut senantiasa. .

Jangan ikut campur dalam perselisihan orang


Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. . bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita
akan tersisih ke tepi.

Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. . Membesar-besarkan perkara yang kecil.

Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak


Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia
bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil,
tersangkut. .
ditinggalkan.

Air susu dibalas dengan air tuba . . Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan
dapat menghilangkan masinnya.. beban kesengsaraan yang besar.

Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat


Air tenang menghanyutkan. .
melakukan pekerjaan yang besar-besar.

Air tuba dibalas dengan air susu . . Kejahatan dibalas dengan kebaikan.

Air yang jernih, sayak yang landai. (sayak =


Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar.
tempurung kelapa .)

Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di


Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam
hulunya.
hati.
(keruh-keruh kerak = tiada jernih.).

Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya . . Orang yang diam jangan disangka pengecut.

Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam


Akal akar berpulas tak patah. .
perdebatan.

Akal labah-labah ; di gua buruk suka merakut.


Orang jahat yang suka menipu orang.
(merakut = memasang jaring.) .
Akal sebagai makan nasi lecek. . Fikiran seperti anak-anak.

Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan
tiba. . beransur-ansur.

Akan dijadikan tabuh, singkat; akan


Ilmu pengetahuan yang serba tanggung.
dijadikangendang , berlebih. .

Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan,
kepala luncung. . kerana tiada berilmu atau tidak berwang.

Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru


Dalam keadaan yang serba salah.
'lah mati. .

Akan pembasuh kaki (= tangan). . Hadiah kepada orang yang berjasa.

Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah


Dalam keadaan yang serba salah.
semak. .

Akar terjumbai tempat siamang berpegang (=


Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah
bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.
atau benarnya perbuatan seseorang.
(jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.) .

Akik disangka batu.
Sesuatu yang menghina.
(akik = Sejenis batu berwarna.) .

Aku alah engkaulah menang. . Tidak mahu mengaku kalah.

Orang bodoh yang tak mahu mengakui


Aku alah, engkau tak menang. .
kekalahannya.

Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.


Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan.
(olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.) .

Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa


Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. . lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik
daripada teori.
Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada
Alah di rumpun betung .
pihak yang kalah.

Alah limau oleh benalu.
Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru.
(benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.) .

Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan Tidak menepati janji dan menentang balik orang
pembayar. . yang diberinya janji itu. (merih = pembuluh nafas.)

Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama


Alah membeli, menang memakai. .
dipakai.

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu


Alah menang tak tahu, bersorak boleh. .
perlawanan.

Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak


Alah pinta dibuat sempena. .
tidaklah diperoleh.

Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga


Alah sabung, menang sorak. .
cakapnya.

Alang berjawab, tepuk berbalas. Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
(alang = pemberian, hadiah.) .

Alang dijawat, tepuk dibalas.


Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
(alang = pemberian, hadiah.) ..

Alang-alang berdakwat , biarlah hitam.


Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.
(alang-alang = tanggung-tanggung.).

Alang-alang berminyak, biar licin. . Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil
pangkal lengan. . daripadanya.

Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan
pengajaran (= pemanja) datang. . kerana disayangi oleh isterinya.
Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak
Alim bagai katak di tepi air. .
mendapat faedah daripada ilmunya itu.

Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat


Alim biasa menghukum syarak . .
hukum syarak .

Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. . Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

Alu pencungkil duri. . Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia.

Alur bertempuh, jalan berturut. . Dilakukan menurut adat yang biasa.

Banyak tabiat, banyak olehnya. (amak = terlalu


Amak berlela, amak berupa. .
banyak.)

Ambil pati, buangkan ampas. . Yang baik dipakai, yang tak baik dibuang.

Amra disangka kedondong . Sesuatu yang baik disangka buruk, hanya kerana


(Amra = Sejenis mangga.) . melihat rupanya sama dengan yang buruk.

Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin


Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. .
mendapat kedudukan baik.

Anak ayam kebasahan bulu. . Gelisah resah; menjijikkan.

Anak badak dihambat-hambat. . Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya).

Anak baik, menantu molek. . Sangat berbahagia.

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan


Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusu i. .
urusan orang lain.

Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan
disusukan. . urusan orang lain.
Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat
Anak harimau diajar makan daging. .
aniaya.

Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat
kukunya. . dan lebih persediaan alat senjatanya.

Jangan berbuat baik dengan orang yang suka


Anak harimau jangan dibela pelihara. .
berbuat jahat.

Anak harimau takkan menjadi anak kambing]. . Orang yang berani takkan penakut.

Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu


Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. .
menyimpan rahsianya.

Anak kambing takkan menjadi anak harimau. . Orang yang pengecut tetap pengecut.

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang


Anak kandung ditimang-timang, anak tiriditengking-
asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada
tengking. .
orang dagang.

Anak kera di hutan disusu i, anak sendiri di rumah Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan
kebuluran. . urusan orang lain.

Anak kera hendak diajar memanjat. . Hendak mengajar orang yang sudah ahli.

Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa


Anak kucing menjadi harimau. .
menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan.

Anak kuda bulu kasap. . Anak muda yang riang gembira. bulu

Suami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh


Anak kunci jahat, peti derhaka. .
isterinya.

Anak monyet di hutan disusu i, anak sendiri di rumah Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan
kekeringan. . urusan orang lain.

Anak orang, anak orang juga. . Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya.
Anak seorang, menantu malim. Sangat berbahagia.

Anak seorang, penaka tidak. Mempunyai barang hanya sebuah saja.


(penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama.).

Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang. . Pendirian yang tidak tetap.

Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan


Angan lalu, faham tertumbuk. .
ada tetapi tidak berdaya.

Angan-angan menerawang langit. Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi.

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang


Angan-angan mengikat tubuh.
bukan-bukan.

Angguk enggan, geleng ia. Lain di mulut, lain di hati.

Angguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan. Lain di mulut, lain di hati.

Anggup-anggip bagai rumput di tengah jalan. Hidup yang serba susah.


(anggup-anggip = terkulai-kulai.)

Angin berputar, ombak bersabung. Perkara yang amat sulit.

Sudah tahu akan niat seseorang. (bersiru = beralih


Angin bersiru, kami tahu.
tujuan.)

Angin bersiru, ombak bersabung. Perkara yang amat sulit.

Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan,
digenggam. kelak akan tersiar juga.

Angkat batang keluar cacing gelang-gelang. Berpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang
tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak
diperoleh daripadanya.

Angkuh terbawa, tampan tertinggal. Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya.

Menderita kesusahan kerana kematian atau


Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.
kehilangan kekasih.

Anjing bercawat ekor. Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya.

Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala
ada juga. teringat juga akan mengulangnya lagi.

Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala
mencium ada juga. teringat juga akan mengulangnya lagi.

Sia-sia memberi basihat yang baik kepada orang


Anjing diberi makan nasi takkan kenyang.
jahat.

Anjing ditepuk menjungkit ekor. Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya.

Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani,


Anjing galak, babi berani.
keras sama keras.

Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia
ke tempat bangkai yang banyak tulang. tidak akan malu.

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun


Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas,
kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.
perbuatan jahatnya itu.

Anjing kepada orang, raja kepada kita. Buruk baik anak sendiri juga.

Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak


Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.
akan binasa kebaikannya.

Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah. Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang
yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja.

Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu


Anjing terpanggang ekor. tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke
mari.

Anjing tiada bercawat ekor. Sesuatu yang hina dan tiada berguna.

Anjur surut bak bertanam. Tipu muslimat dalam melakukan pekerjaan.

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat


Antah berkumpul sama antah, beras bersamaberas.
(darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya.

Antan patah, lesung hilang. Kemalangan yang bertimpa-timpa.

Antara dua tengah tiga. Sakit hampir mati.

Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar. Susah hati dapat mengubah perangai seseorang.

Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat. Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.

Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama
sama di air. mempunyai kebolehan.

Apa guna bunga ditanam, jika tidak Apa guna anak perempuan, jika tidak diberi
diberikumbang menyerinya. bersuami.

Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada
dalam negeri betapa baiknya. orang-orang yang tidak dapat menghargainya.

Apa gunanya merak mengigal di hutan. Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada


(mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.) orang-orang yang tidak dapat menghargainya.

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu,


Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.
tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada. Cukup mempunyai segala yang diperlukan.

Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir


atas bawah. Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya.
(menawakkan = menggerakkan.)

Apa payahnya menggoyangkan lidah saja. Banyak janji tetapi tidak ditepati.

Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu,
habis. tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

Alasan yang berlawanan dengan maksud yang


Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.
sebenarnya.

Apa tampangnya, itulah tumbuhnya. Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha
(tampang = benih.) yang kita kerjakan.

Apabila orang miskin menghendaki wang, dia


Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang
mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki
dihajati lain yang diperoleh.
anak, dia mendapat wang.

Apabila tumbuh-nyiur itu patah, tumbuh-nyiur juga


akan gantinya. Ganti yang hilang mestilah yang sama pula.
(tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa .)

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesartungku , Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain,


kalau tidak dibakar. kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.

Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu
malam alangkah baiknya. diterangkan lagi.

Orang yang suka mencari barang-barang yang


Apalagi sawa , ia berkehendakkan ayamlah!
digemarinya.

Apalagilah, pemakan berulam bertemu pucuk! Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya.

Api dengan air, alangkah bezanya. Jahat dengan baik amat jauh bezanya.
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas
menjadi lawan. diperbaiki supaya jangan sampai melarat.

Api kecil baik dipadam. Basmilah kejahatan itu semasa ia kecil lagi.

Perbuatan jahat atau rindu dendam yang


Api makan sekam (= dedak ).
tersembunyi.

Api nan tak kunjung padam.


Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung =
segera, lekas.

Api padam puntung berasap. Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan
(puntung = sisa kayu api yang dibakar.) kembali.

Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi. Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.

Apung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke


Orang dagang yang melarat hidupnya.
tengah sekejap ke tepi.

Ara tak bergetah. Suatu perkara yang mustahil.

Arang di dahi (= di kening, di muka). Mendapat malu.

Arang habis besi binasa. Pekerjaan yang sia-sia.

Arang habis binasa, tukang hembus penat saja. Pekerjaan yang sia-sia.

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun


Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun,
kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga
tiada akan putih.
perbuatan jahatnya itu.

Asal ada kecil pun pada. Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.
Asal ayam hendak ke lesung , asal itik hendak ke
Tabiat orang tak mungkin berubah.
pelimbahan.

Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke


Tabiat orang tak mungkin berubah.
pelimbahan.

Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan


Asal berinsang ikanlah.
sebagainya).

Asal berisi tembolok senang hati. Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

Darjat seseorang dapat ditentukan pada sifat


Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk.
perangainya. penduk = salut sarung keris.

Asal ditugal, adalah benih.


(tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam Sesuatu usaha tentu ada hasilnya.
benih.)

Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat,


Asal sabut terapung, asal besi tenggelam.
kalau bernasib malang tentu jatuh.

Asal selamat ke seberang, biar bergantung di Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua
ekorbuaya . pertolongan itu akan diterimanya.

Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan


Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.
sebagainya).

Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu
juga. juga akhirnya.

Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu


Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.
berusaha.

Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang
papan. buruk.

Aur ditanam betung tumbuh. Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit.


Aus telunjuk mencolek garam . Hidup dalam kemiskinan.

Awak alah gelanggang usai. (usai = lengang.) Ditimpa kemalangan yang tak dapat diatasi lagi.

Awak hendak hilir, ia telah hanyut. Cita-cita yang telah didahului oleh orang lain.

Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan
terbang hendak tinggi. dengan kesanggupan diri sendiri.

Awak kurus daging menimbun. Orang kaya yang berpura-pura miskin.

Awak menangis diberi pisang. Bujukan (pujukan) yang tepat.

Awak rendah sangkutan tinggi. Besar belanja daripada pendapatan.

Awak sakit daging menimbun. Orang kaya yang berpura-pura miskin.

Awak tikus, hendak menampar kepala kucing . Melakukan sesuatu yang mustahil.

Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan,


Awak yang celaka, orang yang diumpat. kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain
pula yang disesalkan.

Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula
beroleh sagunya. yang mendapat faedahnya.
(ruyung = batang pohon enau.)

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah


Awal dibuat, akhir diingat. difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan
itu.

Orang yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya


Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak. (yang baiknya saja yang diingat) tentulah akhirnya
akan menyesal dan kecewa.

Ayam baru belajar berkokok. Baru cukup umur.


Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan
Ayam berinduk, sirih berjunjung.
perlindungan.

Ayam berlaga sekandang. Berkelahi dengan orang serumah.

Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan


Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita
emas sekalipun ke hutan juga perginya. (ayamberoga
akan negeri sendiri.
= ayam hutan.)

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar


Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau
hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

Ayam bertelur di atas padi. Hidup senang dan mewah.

Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak


Ayam dapat, musang dapat.
hilang.

Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan


Malang sekali; nasib yang buruk.
tumbuh lalang.

Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan
tanduk, hinggap di kebun rimbun. di dalam sulit, sukar diketahui.

Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-


Ayam itik, raja pada tempatnya.
masing.

Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai. Keberuntungan yang tidak ada faedahnya.


(kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.)

Ayam pulang ke pautan. Sudah pada tempatnya.

Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman,


Perkara yang nyata mudah ketahuan.
terang kepada mata orang banyak.

Ayam seekor bertambang dua. Gadis seorang, dua bujang yang ingin.


Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan
Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.
berubah nasibnya.

Ayam tak patuk, itik tak sudu. Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.

Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil,


Ayam terlepas, tangan bau tahi.
melainkan malu semata-mata.

Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil,


Ayam terlepas, tangan tercirit.
melainkan malu semata-mata.

Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang


Tidak senang melihat kebahagiaan orang.
susah beredar sekeliling.

Ayam yang tangkas di gelanggang. Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

Babi merasa gulai. Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.

Kiasan kepada orang yang membuang anaknya


Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.
sendiri kerana takut malu dan sebagainya.

Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi


Badak makan anak. dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang
lebih mengutamakan harta-benda.

Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki. Sudah sehidup semati.

Badan sudah dua senyawa. Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah.

Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-


Bagai air daun talas (= keladi).
henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

Bagai air mencari jenisnya. Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

Bagai air itik ke batu. Lemah dan lesu tanpa penyakit.


Bagai anak dara mabuk andam. Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan
(andam = anak rambut di dahi.) pengotor.

Bagai anak dara sudah berlaki. Banyak sekali.

Bagai anak nangui. Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang


(nangui = Babi kecil yang banyak anaknya.) lain.

Bagai anak sepat ketohoran. Kurus sekali.

Bagai anjing beranak enam. Orang yang sangat benci oleh masyarakat.

Bagai anjing buruk kepala. Sangat gembira; sangat gembira; sangat sombong.

Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu


tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke
Bagai anjing melintang denai.
mari.
(denai = jejak binatang besar di hutan.)
(Peribahasa lain yang sama
makna: Anjing terpanggang ekor).

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau


Bagai anjing tersepit di pagar.
diperdekatkan.

Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi


Bagai api dengan rabuk.
singgah-singgah di jalan.

Bagai ara hanyut. Satu sama lain bertolong-tolongan.

Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing


Menyerahkan diri kepada nasib.
bergantung ke aur.

Bagai aur di atas bukit. Orang yang tak pernah masuk majlis.

Bagai ayam dibawa ke lampok. Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit;


(lampok = onggok padi sesudah disabit; limpap.) sangat gelisah kelakuannya.

Bagai ayam dimakan (= kena) tungau. Mati tanpa sakit.


Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung.
Bagai ayam disambar [helang|elang]].
(kena kepala = kena lempar).

Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba


Bagai ayam lepas bertaji.
salah untuk menolongnya.

Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang


Bagai ayam mabuk tahi.
darah.

Bagai ayam mengarang telur.
Peri keelokan, merah muka seseorang.
(mengarang telur = hampir bertelur.)

Bagai ayam mengeram telur. Peri keelokan, merah muka seseorang.

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu


Bagai ayam naik ke surau.
apa-apa.

Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya
bergelumang tahi. (tombong = sombong.) dalam kemelaratan.

Bagai ayam yang terkecundang.
Sangat ketakutan.
(kecundang = kalah.)

Bagai bajak wangkang makan diangkat.


(bajak wangkang = tenggala yang selalu mesti
Orang yang gemar dipuji.
diangkat-angkat waktu menggunakannya. bajak =
perompak; wangkang = perahu besar;)

Bagai balak terendam. Orang gemuk yang malas bergerak.

Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-


Cacing hendak menjadi naga.
besar.

Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang


Cacing menelan naga. kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan
oleh orang yang lemah.
Cacing menjadi ular naga. Orang hina menjadi orang mulia.

Cakak sudah, silat teringat. Perkara sudah selesai, barulah terdengar


(cakak = kelahi.) keterangan atau sungutan.

Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun


Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.
pekerjaan yang dilakukan olehnya.

Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada. Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin.

Cakapan sejengkel dibawa sehasta. Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya.

Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara
datang. belum ada yang lebih baik;
calak-calak = lampas. sekadar untuk mencukupi keperluan saja.

Orang-orang muda yang tiada memelihara


Campak baju nampak kurap seperti anak kacang
kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain
hantu.
di jalan-jalan raya.

Campak baju nampak kurap. Mendedahkan keburukan diri sendiri.

Campak bunga dibalas dengan campak tahi. Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

Melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan


Canggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi).
sepatutnya.

Cari umbut kena buku. Mencari yang baik, mendapat yang buruk.

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan


Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
berbaik kembali.

Cekarau besar liang.


(cekarau = sejenis tumbuhan di air yang besar lubang Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang.
batangnya.)

Cekel berhabis, lapuk berteduh. Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya
(cekel = kikir, pelit.) atau hilang percuma saja.

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua;


Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.
belum ada pengalaman.

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua;


Cekur jerangau belum habis lagi.
belum ada pengalaman.

Celaka ayam, padi masak makan ke hutan. Nasib yang malang.

Celaka tiga belas. Malang sekali.


Cembul dengan tutupnya. Sesuai benar.

Cemperling nak jadi bayu. Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-
(bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan.) besar.

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan


Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.
berbaik kembali.

Cencang dua segeragai.


Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.
(geragai = pengait untuk menangkap buaya.)

Cencang putus, biang tembuk. Putusan yang mengikat.

Cencang terdadik jadi ukir. Kesalahan yang tiada disengajakan, tetapi


(terdadek = tersesat.) mendatangkan kebaikan.

Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang


Cencaru makan petang.
baik.

Cengkeling bagai ular dipukul (= dipalu).


Geliang-geliut kerana kesakitan.
(cengkeling = berbelit-belit.)

Cepat kaki ringan tangan. Rajin dan giat.

Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu


Cepat tangan terjembakan, cepat kaki
perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat
terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.
menimbulkan kesusahan.

Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri


Cerdik bagai ekor kerbau.
sendiri.

Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu
juga. tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu
(sikikih = sejenis enggang, kecil sedikit.) menanggung rugi.

Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu
menghutangkan. acap kali mendatangkan kesusahan.

Selalu berhati-hati dalam membelanjakan


Cermat masa banyak, jimat masa sedikit.
(menggunakan) sesuatu.

Cik puan melangkah ular tak lepas. Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.

Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh


Cincin emas takkan tampan bermata kaca.
dengan orang yang miskin dan hodoh.

Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela


Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?
orang lain.
Memberi pertolongan (kewangan, fikiran dan
Condong ditumpil, lemah dianduh.
sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam
(ditumpil = ditunjang.)
kesusahan.

Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada


Tiap-tiap orang lebih suka kepada keluarganya
bangsanya.
sendiri daripada kepada orang lain.
(puar = tumbuhan-tumbuhan hutan.)

Condong yang akan menimpa. Perbuatan yang sangat membahayakan.

Pemimpin yang akan membantu atau menjaga


Condong yang akan menongkat, rebah yang akan
rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa
menegakkan.
rakyatnya itu.

Undang-undang sesebuah negeri itu menurut


Corak kain mengikut kehendak penenunnya. keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid
menurut ajaran gurunya.

Cuba-cuba menanam mumbang, jika tumbuhan


Kerjakan terus walaupun kurang berharga,
sunting (= suri, turus) negeri.
barangkali ada juga hasilnya kelak.
mumbang = putik kelapa

Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya


Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.
sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum


Cubit paha sendiri dulu, baru cubit paha orang lain.
memandang pada orang lain.

Keadilan hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila


Cupak berkeesaan.
sudah cukup keterangan atau pemeriksaannya.

Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang


(=terentang). Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan.
(suri = pemidangan pada perkakas tenun.)

Cupak tegak yang diisi. Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut.

Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat


Dada manusia tidak dapat diselam.
diduga.

Dagangan bersambut yang dijualnya.


Cerita daripada orang lain yang diceritakannya.
(dagangan bersambut = barang amanah.)

Dahan pembaji batang. Menggunakan harta benda tuannya.

Dalam berselam, dangkal berjingkat. Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

Dalam dua tengah tiga. Tidak jujur.


Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat
Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu.
diduga.

Dalam menunduk dia menyonggeng. Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya
(songgeng (menyonggeng) = tonggeng.) sendiri membantah.

Dalam menyelam, cetek bertimba. Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

Dalam rumah membuat rumah. Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.

Dalam sudah keajukan, dangkal sudah


Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud
keseberangan.
seseorang.
(ajuk = duga.)

Dapat dihitung (= dibilang) dengan jari. Sangat sedikit.

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-


Dapat durian runtuh.
payah.

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-


Dapat harta karun.
payah.

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-


Dapat harta timbul.
payah.

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-


Dapat kijang teruit.
payah.

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-


Dapat tebu rebah.
payah.

Dapur tidak berasap. Terlalu miskin.

Darah setampuk pinang. Belum berpengalaman.

Dari ajung (= jung) turun ke sampan. Diturunkan pangkat.

Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak
mata. senonoh.

Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil,


Dari lecah, lari ke duri.
jatuh dalam kesukaran yang lebih besar.

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin


dengan [perempuan]] yang lebih jahat lagi;
Dari semak ke belukar.
meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang
buruk pula.

Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi
keruh. bahasa yang kasar.

Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi
jernih. bahasa yang baik.

Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak


Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.
baiklah ada.

Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati


Lebih baik mati daripada menanggung malu.
berkalang tanah. (kalang = galang.)

Daripada hidup bergelumang (= berlumur) tahi, baik


Lebih baik mati daripada menanggung malu.
mati bertimbun bunga.

Daripada segenggam jadi segantang. Bernasib baik.

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik


Datang nampak muka, pergi nampak belakang. pula; orang yang datang atau pergi hendaklah
memberitahu.

Datang seperti ribut, pergi seperti semut. Tentang penyakit.

Datang tak berjemput, pulang tak berhantar. Tetamu yang tidak penting.

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik


Datang tampak muka, pulang tampak punggung. pula; orang yang datang atau pergi hendaklah
memberitahu.

Datang tiada dijemput, dihalau dia berpaut, salah


Tentang penyakit.
hemat kita diangkut.

Datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin. Keputusan yang sangat adil.

Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih


Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga.
kepada anak saudara.

Daun keladi dimandikan. Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih


Daun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga.
kepada anak saudara.

Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal


Daun mengenalkan pohonnya.
usulnya.

Daun nipah dikatakan daun labu. Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham.

Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak
juga. pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga;
yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang.

Degar-degar merapati. Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri


(degar-degar = bunyi kayu dipukul.) yang makin merapatkan perhubungan.

Dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga. Adat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup
(berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.) melarat.

Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan


Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.
kebenarannya.

Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya


Dekat tak tercapai, jauh tak berantara.
untuk mengambilnya.

Dendang menggonggong telur. [Perempuan]] hodoh berpakaian bagus.

Dengan kartu terbuka. Dengan terus terang.

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri


Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar
masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-
cakap orang, terjun masuk lubuk.
kali mendengar cakap orang.

Kerana mendengarkan manis tutur kata orang,


Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan.
pekerjaan sendiri disia-siakan.

Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan


Deras datang dalam kena.
mendatangkan kerugian.

Deras seperti anak panah. Terlalu cepat.

Destar habis, kopiah luluh. Menderita kemalangan terus-menerus.

Di bawah ketiak orang. Di bawah kekuasaan orang.

Di bawah lancung nan tiris. Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya
(di bawah lancung = di bawah barang yang palsu.) rendah sekali.

Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya


Di bawah lantai nan tiris.
rendah sekali.

Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia


mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang
pula. menyebabkan kita menjadi serba-salah.
(mengeting = memotong urat keting.)

Kalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun


Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga.
tentu tidak baik juga.

Di laut angkatan, di darat kerapatan. Kekuatan di laut bergantung kepada angkatan


perang, kekuatan di darat bergantung kepada
persatuan.

Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu. Lahirnya baik, batinnya jahat.

Di luar berkilat di dalam berongga. Lahirnya baik, batinnya jahat.

Di luar merah di dalam pahit. Lahirnya baik, batinnya jahat.

Di lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut. Orang yang tiada bersalah menerima hukuman.

Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak


Berkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya.
air.

Di mana api padam, di situlah (= di sanalah) puntung


tercampak; di mana periuk pecah, di situlah Di mana mati di situlah dikuburkan.
tembikar tinggal.

Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh. Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.

Di mana banyak kesenangan, di situ pula banyak


Di mana buah masak, di situ burung banyak tampil.
orang datang.

Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang
langit dijunjung. kita diami.

Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak. Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda.

Di mana kapak jatuh, di situ baji makan. Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.

Tempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah


Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti. pencuri datang; siapa lengah akan mendapat
bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu.

Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal


Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup
diam.
rukun dan damai; negeri yang aman, ramai
(kelintung (kelentong) = genta kayu, sj alat bunyi-bunyian
penduduknya.
(spt gendang kecil) yg digunakan oleh penjaja)

Di mana lalang habis, di situ api padam. Di mana mati di situlah dikuburkan.

Di mana makan di situ berak. Berbuat jahat di tempat mencari rezeki.

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang


Di mana ranting dipatah, di situ air disauk.
kita diami.

Di mana tembilang terentak, di situ cendawan


Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.
tumbuh.
Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di
Menghabiskan harta ibu bapa atau harta majikan.
atas kepala.

Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan,


Di mana tumbuh, di situ disiang.
hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga.

Di manakah berteras kayu mahang. Sesuatu yang mustahil tak usah diharapkan sangat.

Di mudik sebulakan, di hilir semuara.


Persatuan yang kukuh.
(bulakan = pancaran air yang menjadi air tergenang.)

Orang yang hanya suka makan atau menerima hak


Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri
orang lain, tetapi hak sendiri disimpan atau
berjengket-jengket.
disembunyikan.

Di reban sendiri melegas, di reban orang meromok.


Berani di rumah sendiri, tetapi takut di tempat
(melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan
orang.
(seperti kuda); meromok = duduk meringkuk.)

Di rumah sendiri dapur tak berabu, ke rumah teman


Suka bertandang dan makan di rumah orang.
pergi berpasak seribu.

Orang yang mengaku dirinya pandai atau


mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di
tempat itu tidak ada orang yang pandai.

Kiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu


Di waktu garuda alah oleh ular.
kala.

Dialas bagai memengat.


Berkata dengan cukup alasan.
(memengat = memasak pengat.)

Diam di laut, masin tidak; diam di bandar tak Tidak menghiraukan segala perubahan terutama
meniru. perubahan-perubahan yang baik.

Diam penggali berkarat. Ilmu yang disimpan saja lama-kelamaan akan hilang.

Diam-diam lepu. Musuh yang pendiam jangan dipermudah-


(lepu = ikan laut "lionfish".) mudahkan.

Diam-diam ubi berisi, diam besi (= penggali) Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan;
berkarat. bekerja dengan diam-diam.

Dian sebatang dinyalakan hujung pangkalnya, Orang yang membazir tak dapat tiada akan
teraba-teraba sudahnya. menghadapi kesusahan.

Dianjak layu, dibubut (= dianggur) mati. Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi.
(dianjak = dipindahkan; dianggur = dikerat (cabang) untuk
ditanam; dibubut = dicabut.)

Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur.


Orang yang sangat dimuliakan.
(dianjung = diangkat ke atas.)

Diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali. [Perempuan]] yang tidak dipelihara oleh suaminya,
(sanggit = geser, gosok.) tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah.

Diasak (= pindah) layu, dicabut mati. Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi.

Dibakar tak hangus, direndam tak basah. Sangat berkuasa; tak mudah dikalahkan.

Dibalik-balik bagai memanggang. Difikirkan masak-masak.

Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam.


Alam rohani yang tak berbatas.
(balun = gulung.)

Dibenarkan duduk di serambi, hendak


Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak.
bermaharajalela di tengah rumah.

Diberi bahu, hendak kepala. Perihal anak yang dimanjakan.

Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka


Diberi berkuku hendak mencengkam.
hati.

Diberi berpadang luas. Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.

Diberi bertali panjang. Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.

Diberi betis hendak paha. Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak.

Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta


Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak.
hendak sedepa.

Dibilang genap, dipapar ganjil. (dipapar =


Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi.
dibentang.)

Dibuang yang keruh, diambil yang jernihnya. Yang buruk dibuang, yang baik diambil (dipakai).

Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima


Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.
orang dengan curiga.

Dicari cempedak di bawah kerambil.


Mencari tidak pada tempatnya.
(kerambil = kelapa.)

Dicecah orang bagai garam. [Perempuan]] yang baru saja kahwin lalu bercerai.

Dicocok orang hidungnya. Menurut saja.

Dicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula. Tabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.
Didenda dengan emas yang habis, dipancung Didenda atau dihukum hanya dengan syaratnya saja
dengan pedang yang hilang. kerana mencari perdamaian.

Didengar ada, dipakai tidak. Nasihat yang sia-sia.

Didukung disangka orang sakit, kiranya orang


Menolong orang tidak pada tempatnya.
kekenyangan.

Didului bak melanting babi. Mendului membuat sesuatu pekerjaan itu kadang-
(melanting = melempar.) kadang berhasil baik.

Dielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya;


dielakkan untung, tak tentu londarnya. (londar = Nasib yang tidak dapat ditentukan.
denai.)

Dientak (hentak) alu luncung. (luncung = lancip


Dialahkan oleh orang yang bodoh.
tetapi tidak runcing di hujungnya.)

Dientak (hentak) tak masuk, diumpil tak bergerak. Sangat degil.

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah


Digantung tidak bertali. atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum
ditalak.

Digantung tinggi, dibuang jauh. Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.

Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat


Digantungkan tinggi, digalikan dalam.
yang teguh.

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;


Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang.
dalam keadaan yang serba salah.

Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan


Digenggam tiada tiris.
wang.

Berbuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan


Dihujani kering, dijemur basah.
orang lain.

Diidam seperti babi lemak. (diidam = menaruh


Dendam yang tak habis.
dendam.)

Diimbau berbunyi, dilihat bersua.


Kebenaran yang tak dapat dibantah.
(diimbau = dipanggil.)

Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu. Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai
hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah
pilih.

Keadaan yang serba salah, terutama dalam


Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk. menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak
tentu fikirannya, tak diajak ia marah.

Dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai


bertanam. Mengatur-atur sesuatu supaya baik.
(bersiang = membersih-bersihkan.)

Dijual sayak, dibeli tempurung. Yang baru tidak berbeza daripada yang lama.

Perintah atau hukuman yang sangat berat dan


Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu.
keras.

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat


Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu
bak lengan. (dikacak = dipegang.) meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh
dan sombong.

Dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman. Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi
(sesapan = semak belukar.) harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa.

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;


Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa.
dalam keadaan yang serba salah.

Dikati sama berat, diuji sama merah. Pangkat atau kedudukan yang sama.

Dikembar seperti benang. [Perempuan]] yang menduakan suaminya.

Dikerkah dia menampar pipi, dibakar dia melilit Tidak mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan
puntung. yang tidak baik.

Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (=


Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
diludahkan) menjadi sekam.

Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan


Dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.
adalah sia-sia saja.

Hidup dalam pura-pura; pada lahirnya tidak suka


Dilahir serupa tidak, dibatin menggunting angin.
tetapi batinnya ingin mendapat lebih banyak lagi.

Dilambai tak nampak, diseru tak dengar. Tiada mahu mendengar nasihat orang.

Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga. Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang
(lelar = berulang-ulang.) maka lambat-laun jahat juga padahnya.

Dilengah (= dimabuk) beruk berayun. Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan. Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi.

Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang


Dilihat si pulut, ditanak berderai.
sebenarnya miskin.

Dilumas dengan daun katang-katang. Sangat marah.

Dimakan kapang habis berlubang. (kapang = sejenis


Menderita penyakit kelamin.
teritip.)

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;


Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa.
dalam keadaan yang serba salah.

Pujian yang tidak ada ertinya; pertolongan yang


Dimandikan dengan air segeluk.
tidak mencukupi.

Diminta tebu diberi tembarau. (tembarau = gelagah,


Yang diberi berlainan daripada yang diminta.
temerau.)

Dinding teretas, tangga terpasang.


Kejadian yang sudah cukup buktinya.
(retas = toreh dengan senjata tajam.)

Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya


Dipandang dekat, dicapai tak boleh.
untuk mengambilnya.

Selamat dalam menempuh berbagai-bagai


Dipanggang tiada hangus.
percubaan.

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat


Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu
sudah bak betis. meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh
dan sombong.

Membelanjakan wang dengan boros dan akhirnya


Diperbesar isap (hisap), hitam bibir.
hidup melarat.

Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah


Diperluas parak, tidak disiangi.
dijaga dengan baik-baik.

Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa. Kelakuan yang tidak senonoh.

Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu. Keadaan yang serba salah.

Diraih siku ngilu, direngkuh lutut sakit. Keadaan yang serba salah.

Diratapi langau hijau. Anak dagang yang mati di rantau orang.

Direbus tak empuk. Sangat sukar dikalahkan.


Direndam tak basah. Sangat sukar dikalahkan.

Dirintang siamang berbuai. Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya.

Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana


Disambut dengan penyapu tak bersimpai.
dibenci orang.

Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya,


Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan
tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh
tengah hari.
melarat.

Disangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil Mendapat bahaya kerana memandang ringan akan
diabaikan. perkara (bahaya) yang kecil.

Disangkakan bedena timbul, terpeluk bangkai babi Orang tamak yang tiada tahu membezakan yang
bengkak hanyut. baik dengan yang buruk.

Disangkakan langit itu rendah: dipandang dekat, Sesuatu pekerjaan hendaklah dicuba membuatnya
dicapai tak dapat. lebih dulu sebelum dikatakan mudah atau susah.

Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga


Disigai sampai ke langit.
bertemu.

Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai;


Disisih bagai antah.
tidak boleh ikut campur kerana miskin.

Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati. Harap-harap percaya tidak.

Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana


Patuh menurut perintah.
perintah, berhenti kerana tegah.

Ditakik bagai berendang, disepakkan bagai berayam. Pemberian gelaran yang tidak ada ertinya.

Ditakik getah di daun. Hidup melarat.

Ditambat tidak bertali. Hidup di luar nikah.

Ditanaknya semua berasnya. Semua kepandaiannya diperlihatkan sekali gus.

Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di


Gembira oleh kerana mendengar pujian.
muka.

Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum
tak bertanda. disuruh membuat sesuatu kerja.

Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara


Ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak.
orang.

Ditatang di anak lidah. Sangat kasih akan anak isterinya.


Ditating bagai minyak penuh. Diperlakukan dengan sangat hati-hati.

Ditebuk (= dikerbuk) tikus (= tupai). Sudah hilang gadisnya.

Ditelan tak sengkang. Semuanya berjalan dengan lancar.

Ditembak dengan peluru petunang. Perundingan yang berhasil baik.

Ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat


Terlalu lemah.
bangkit.

Ditentang langit, langit; ditentang bumi, bumi. Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun
jadinya. kesudahannya menjadi mayat juga.

Ditiarapkan tiada keluar, ditelentangkan tiada


Menghadapi perkara yang sangat sulit.
masuk.

Kemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat


Ditindih yang berat, dililit yang panjang.
melepaskan diri daripada kekuasaan orang.

Dititik belah, dipalu belah (= datar). Sesuatu kerosakan yang tak dapat diperbaiki lagi.

Ditolak tak tumbang. Pendirian yang teguh; orang yang banyak harta.

Dituba sajakah ikan, dijala dijaring bukankah ikan? Tidak malu melakukan kejahatan.

Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh


Ditumbuk dikisar barulah lumat. hati untuk memperoleh sesuatu barang yang
dikehendaki.

Jika diturut kehendak hawa nafsu, akhirnya jadi


Diturutkan gatal tiba ke tulang.
binasa.

Diuji sama merah, ditahil (= dikati) sama berat. Sudah sepadan benar.

Diuji timbang lebih sesaga. Perbezaan yang sangat kecil.

Dua badan senyawa. Sangat karib.

Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara
di tengah. orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.

Dua kali dua empat. Sama saja.

Duduk berkelompok, tegak berpusu. (berpusu = Mencari orang yang sama setaraf dalam sesuatu
berduyun-duyun, berkumpul.) majlis.

Duduk berkisar, tegak berpaling. Memungkiri apa yang telah dikatakan dulu.

Duduk berkurung siang malam. Orang yang tak keluar-keluar dari rumahnya.

Duduk dalam duri yang banyak, bersandar di batang Hidup yang serba salah, kerana menghadapi
rengas. bencana.

Duduk dengan cupak dan gantang. Ketua yang adil.

Duduk dengan sukatan. Orang yang kaya.

Duduk di ambung-ambung taji.


Selalu dalam kekhuatiran.
(ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.)

Duduk di dalam tabir langit-langit, berbau


tembelang. [Perempuan]] berkurung di dalam rumah, tetapi
(tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur kejahatannya telah tersiar ke mana-mana.
busuk.)

Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak. Selalu bekerja tidak berhenti-henti.

Duduk sama rendah, berdiri (= tegak) sama tinggi. Sama setaraf.

Duduk sehamparan, tegak sepematang. Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat.

Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu


Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (=
perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita
bersama) berlapang-lapang.
sendirian saja.

Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau. Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir.

Dulu intan daripada jawi. Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

Orang berpangkat yang telah diturunkan


Dulu besi, sekarang timah.
pangkatnya.

Dulu buah daripada bunga; dulu duduk daripada Beranggapan sudah memiliki sesuatu barang yang
cangkung. belum tentu diperoleh.

Orang berpangkat yang telah diturunkan


Dulu intan, sekarang jadi batu buatan.
pangkatnya.

Dulu parang, sekarang besi. Sudah rosak, tidak dapat dipakai lagi.

Orang berpangkat yang telah diturunkan


Dulu permata intan, sekarang batu Belanda.
pangkatnya.
Dulu rampak rimbun daun, kini 'lah sangat merarasi.
Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk.
(raras = gugur, luruh.)

Dulu sorak, kemudian tohok. Menggembar-gemburkan sesuatu yang belum


(tohok = campak buang yang diberi bertali.) terjadi.

Dulu timah, sekarang besi. Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

Mengutamakan orang tua-tua di dalam sesuatu


Dulukan yang dulu merasa garam.
pekerjaan.

Dunia diadang, saku-saku dijahit. Mahu bersuka ria, tidak mahu merugi.

Duri di hutan siapa pertajam. Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya.

Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan


Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena
orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun
golek binasa.
benar dia juga yang menanggung kerugian.

Jika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan


Durian seambung dengan timun. orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang
lemah dan baik itu.

Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar,
betul. sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga.

Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan
juga. orang-orang kaya.

Elok arak di hari panas. Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai.

Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati. Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang
(basa = tegur sapa.) selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan.

Elok buruk dan busuk hanyir. Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan.

Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu


Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar
dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya
muafakat.
pekerjaan itu selamat.

Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada


Elok lenggang di tempat datar.
waktunya yang patut.

Elok palut pengebat kurang. (palut = balut, bungkus; Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum
kebat = ikat.) baik.

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya


Emas berpeti, kerbau berkandang.
masing-masing supaya selamat.
Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik
Embacang buruk kulit.
sekali.

Embun di hujung rumput. Tiada kekal.

Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan
langit. (empang = bendungan.) yang tak dapat diubah.

Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang- Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi
dentang, ditegang berjela-jela. (gasal = ganjil.) maksudnya.

Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat


Empat sudah bersimpul satu. orang: orang yang berilmu, orang yang berakal,
orang yang mahir dan orang yang rajin.

Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-


Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.
ulang.

Enau mencari (= memanjat) sigai. Perempuan mencari lelaki.

Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang;


Enau sebatang dua sigainya.
seorang perempuan yang menduakan suaminya.

Enggan seribu daya, mahu sepatah kata. Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.

Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu,
orang. tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya.


Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman.
(atal = buah kayu makanan Enggang.)

Sebab yang secara kebetulan meninggalkan


Enggang lalu ranting patah.
akibatnya.

Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan
sampai seberang. melihat tingkah laku atau bicaranya saja.

entak sedegam, langkah sepijak. Seia-sekata; semuafakat. (degam = bunyi gemuruh.)

Entimun bongkok. Tidak masuk hitungan dalam pergaulan.

Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-


Esa hilang, dua terbilang.
sungguh dan tidak takut menanggung risikonya.

Fikir itu Pelita hati. Fikiran suluh kebenaran.

Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi
tanda akan panas. sesuatu hal. (gabak = redup.)
Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik
Gadai terdorong ke (pada) Cina.
kembali.

Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit


Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga.
akibatnya sama juga dengan yang besar.

Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun


derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah
kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah
dimasukkan pula?
ditetapkan (undang-undang, keputusan dan
sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi.

Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik


Gagak bersuara murai.
budi bahasanya.

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun


Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan
kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga
putih bulunya.
perbuatan jahatnya itu.

Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang


Gagak lalu punggur rebah.
kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.

Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai


Gaharu dibakar kemenyan berbau.
orang.

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya),


Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak
akhirnya diri sendiri binasa. (kebebangan =
berak besar, akhirnya mati kebebangan.
tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.)

Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit. Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan


Gajah berhati, kuman pun berhati juga.
bernafsu.

Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati


Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
di tengah-tengah.

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah;


Gajah dialahkan oleh pelanduk. perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang
kebanyakan.

Gajah dipandang seperti kuman. Terlalu marah.

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah;


Gajah ditelan ular lidi. perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang
kebanyakan.

Gajah empat kaki lagi tersaruk. Orang besar-besar itu ada waktunya akan
kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat
ditentukan.

Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat
bantal tak dapat dihapuskan. (tersaruk = daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah
tersandung.) sendiri di rumah tiada dapat di atasi.

Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya),
besar juga. akhirnya diri sendiri binasa.

Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan


Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli. (kusa = besi
hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk
penghalau gajah.)
menyelesaikan yang besar itu.

Gajah lalu kumpai layu. (kumpai = sejenis rumput Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya),
layu.) akhirnya diri sendiri binasa.

Gajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak
tumbang, rumput layu juga. hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah;


Gajah mati dicatuk katak. perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang
kebanyakan.

Gajah mati kerana gadingnya. Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati


Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
meninggalkan nama jahat.
nama.

Orang kaya yang mati banyak meninggalkan


Gajah mati, tulang setimbun.
hartanya.

Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang
memakan buah kayu. (aris = getah kayu yang sudah tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang
beku.) sedikit yang sudah ada di dalam tangan.

Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit. (lejang Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana
= melompat serta lari.) pujian-pujian.

Gajah rompong belalai. Raja yang tiada berkuasa.

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di


Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
tengah-tengah.

Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua


Gajah seekor gembala dua.
orang lelaki mencintai seorang perempuan.
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau Berbuat sesuatu yang kurang baik untuk
terlompat kerana belangnya. kelebihannya.

Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin,


sehingga menyusahkan orang yang menerimanya
Gajah terum di tengah rumah.
itu. (terum = duduk, dikatakan hanya tentang
gajah.)

Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan
juga. yang sia-sia.

Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik


Galas terdorong kepada Cina.
kembali.

Gali lubang menutup lubang. Meminjam wang untuk membayar hutang.

Gamak-gamak seperti menyambal. Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

Mencari ganti seseorang ketua harus dengan


Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan.
muafakat. (reda = rela, senang hati.)

Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan


Gantung tak bertali, salai tak berapi.
dan tanpa nafkah hidupnya.

Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu
belanga juga. juga akhirnya.

Garam dikulum tak hancur. Orang yang pandai menyimpan rahsia.

Garam jatuh di air. Nasihat yang diterima dengan baik.

Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan


Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya?
orang sangat.

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu,


Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya.
tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang


Garuda diburu layang-layang yang dapat.
diinginkan.

Rupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya


Gaya saja, rasanya wallah.
buruk.

Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas


Gayung bersambut, kata berjawab. dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (gayung =
pukulan.)

Gayung tua, gayung memutus. Perkataan orang tua biasanya tepat.


Gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di Tiap-tiap orang besar (mulia) di tempatnya masing-
lautan. masing. (gerundang = berudu.)

Gedang kayu, gedang dahannya. Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya.

Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang
dijunjung. sebenarnya tidak ada.

Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain
berbunga, orang berbuah dia tidak. kerana mengharapkan keuntungan, tetapi
(gelagah boreh = rambutan jantan.) perbuatannya itu sia-sia belaka.

Gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak Orang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat
dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang. kerugian.

Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua


Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya.
belah pihak.

Geleng seperti si patung kenyang. Berjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya.

Gemuk membuang lemak, cerdik membuang Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu
kawan. menolong atau bergaul dengan keluarganya.

Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah
geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh mengeluarkan wang untuk menolong ataupun
di ayam kuyu.(geneng = gagah.) untuk perjamuan makan minum.

Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah


Genggam bara api biar sampai jadi arang.
sabar sehingga mencapai kejayaannya.

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-


Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan.
setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin.


Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya
gerindin = kena sejenis penyakit yang biasa
congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau
menyerang kuda, badannya gementar macam
berpenyakitan. (dek
kedinginan.)

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang


Genting menanti putus, biang menanti tembuk.
hampir putus.

Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah


Genting putus, biang tembuk.
lagi, suami isteri yang sudah bercerai.

Geruh luka ajal mati. Untung baik luka saja; untung tak baik, mati.

Geruh menempuh dalam tubuh. Nasib buruk yang mempengaruhi diri. (geruh = sial,
malang.)

Geruh tak berbunyi, malang tak berbau. Kemalangan terjadi tanpa diketahui.

Geruh tak mencium bau. Kemalangan terjadi tanpa diketahui.

Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh. Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara.

Perhitungan yang salah. (kuaran = burung kuak-


Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.
kuak.)

Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga


Getikkan puru di bibir. (getik = menggetil.)
yang buruk kelakuannya.

Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil


Getu sementara lagi bintik.
agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.

Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami


Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.
isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

Gigi tanggal, rawan murah. Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.

Gigi telah gugur, tebu pun menjadi. Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.

Gila di abun-abun. (abun-abun = angan-angan.) Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil.

Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk.
kotor. (gombak = rambut, jambul.)

Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah. Perbuatan yang tidak sempurna.

Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan


Gulai terlampau serai maung rasanya.
akhirnya akan menjadi sia-sia.

Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu


Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan.
ditinggalkan.

Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi


Gundahkan buah dimakan burung.
isteri orang.

Biasanya orang yang sudah kaya juga yang


mendapat untung atau bertambah kekayaannya;
Gunung juga yang dilejang panas.
orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu
dituduh bila terjadi kejahatan.

Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan


Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari
habis juga jika selalu diboroskan dan tiada
digali.
ditambah-tambah.
Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
dalam hal yang tidak baik.

Adat dapat diubah atau ditiadakan oleh muafakat,


Habis adat kerana kerelaan.
dengan persetujuan atau perdamaian.

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun


Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih. kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga
perbuatan jahatnya itu.

Habis akal baru tawakal. Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua
(tawakal = berserah diri kepada Tuhan.) ikhtiar.

Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau


Habis beralur maka beralu-alu.
tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah
(beralur = berunding.)
kekuatan tenaga diadu.

Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya


Habis cupak dari pelelehan. akan dilanggar semua sekali. (pelelehan (leleh) =
tiris, bocor.)

Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang,
biasa. apabila telah menjadi kebiasaan.

Habis hulubalang bersiak. Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah,
(siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.) maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya.

Habis kapak berganti beliung. Sangat rajin bekerja.

Habis kuman disembelih hendak memberi makan Menyusahkan orang kecil kerana hendak
gajah. menyenangkan orang besar-besar.

Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu


Habis manis sepah dibuang.
ditinggalkan.

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah


Habis miang kerana bergeser.
menjadi kebiasaan.

Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak
lurus. diubah.

Habis tenggang dan (= dengan) kelakar. Tidak berdaya lagi.

Habis umpan kerong-kerong tak dapat.


Perbuatan dan usaha yang mendatangkan rugi.
(kerong-kerong = ikan laut "Terapon jarbua")
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang
juga. walaupun sudah mati.

Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki


Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok.
dan perempuan).

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun


Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair. kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga
perbuatan jahatnya itu.

Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam. Tidak bersungguh-sungguh.

Kata-kata yang lemah-lembut saja yang dapat


Hanya air dingin yang dapat memadamkan api.
mendinginkan hati yang sedang marah.

Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari. Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan.

Harap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya
tangan tak sampai. untuk mencapainya.

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana


Harap hendak melonjak, kopiah pesuk.
hendak hidup mewah.

Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam. Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana
(meraup = mencedok dengan tangan.) hendak hidup mewah.

Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh


Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.
cekap.

Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja


kurang. Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang.
(lenggang serdadu = sikap yang gagah.)

Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah


Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan
diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada
teman, buta keduanya.
anak sendiri.

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar


Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan
tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil
dilepaskan.
tetapi sudah pasti, dilepaskan.

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar


Harapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan
tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil
ditumpahkan.
tetapi sudah pasti, dilepaskan.

Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk Kerana mengharapkan keuntungan yang besar
ditinggalkan. tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil
tetapi sudah pasti, dilepaskan. (kambeh = peria;
cangkuk = pekasam.)

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar


Harapkan si untung menggamit, kain di badan
tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil
didedahkan.
tetapi sudah pasti, dilepaskan.

Harapkan si untut menggamit, kain koyak


diupahkan.
Percaya kepada orang yang sangat malas.
(untut = orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana
sakit.)

Hari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-
petang) dikejar-kejar. gopoh mengejar waktu yang sudah sempit.

Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai


Hari guruh takkan hujan.
memukul.

Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang


Hari ini patutlah redup (= panas keras).
tidak baik.

Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan


Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.
kulitnya.

Yang dapat diusahakan hari ini janganlah


Hari ini terlebih baik daripada besok.
ditangguhkan sampai besok.

Hari tak selamanya panas. Untung dan malang silih berganti.

Hari tidak siang saja. Tidak selamanya senang terus-menerus.

Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai


Harimau bertempek tak (kan) makan orang.
memukul.

Orang besar-besar itu ditakuti kerana


Harimau ditakuti sebab giginya.
kekuasaannya.

Orang jahat hendak menyembunyikan


Harimau hendak menghilangkan jejaknya.
kejahatannya.

Harimau mati kerana belangnya. Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati


Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat
meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan
meninggalkan nama jahat.
nama.

Harimau memperlihatkan kukunya. Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.

Harimau mengaum takkan menangkap. Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai
memukul.

Harimau menunjukkan belangnya. Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.

Harimau menyorokkan kuku. Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa
menolakkan mara. itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.

Harimau tidak merendahkan dirinya untuk Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan
menangkap cicak sebagai mangsanya. tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya.

Harta orang hendak digalas. Orang yang mahu mengambil harta orang lain.

Harta orang hendak dikebas. Orang yang mahu mengambil harta orang lain.

Harta pulang ke tuan (= empunya). Sudah pada tempatnya.

Harum menghilangkan bau. Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.

Harum semerbak mengandung mala. Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh
(mala = air bangkai yang telah busuk.) dengan jalan yang curang.

Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup Orang yang merantau haruslah menurut adat
banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat. kebiasaan tempat yang didiaminya.

Hati bagai baling-baling. Pendirian yang tidak tetap.

Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang. Orang yang tidak ada perasaan.

Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu


Hati bak serangkak dibungkus.
yang diingini.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama
dicecah. banyak, sedikit sama-sama sedikit.

Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya


Hati gatal mata digaruk.
kerana kurang ilmu dan tidak cekap.

Hati hendak semua jadi. Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.

Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang
orang yang cerdik itu di belakang hatinya. pandai berfikir sebelum berkata-kata.

Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan


Hati yang ringan meringankan beban yang berat.
nescaya menjadi mudah.

Hati yang suka peringan beban. Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan
nescaya menjadi mudah.

Hawa pantang kerendahan, nafsu pantang


Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.
kekurangan.

Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan,


Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.
boros dan membazir mendatangkan kesukaran.

Hempas tulang berisi perut. Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.

Hempas tulang tak berbalas jasa. Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.

Hendak air pancuran terbit. Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah
belajar memanjat dapatkan tupai. kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

Hendak bersunting bunga mala. Hendak beristeri perempuan tua.

Hendak bersunting bunga yang belum diseri


Hendak beristeri anak gadis.
kumbang.

Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela


Hendak bertanduk kepala dipahat. berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat
mendatangkan bencana kepada diri sendiri.

Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan
dalam keranjang longgar. keadaan menjadi sukar.

Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada


Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;
keluar.
dalam keadaan yang serba salah.
(termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.)

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya


Hendak harum terlalu hangit.
mendapat malu.

Hendak hinggap tiada berkaki. Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.

Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah,
bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. banyak lawan mendatangkan berani.

Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang


Malas bekerja tetapi banyak makan.
punting.

Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar Keadaan yang serba salah pada orang yang telah
telah besar. diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada
(bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = cukup wangnya, hendak undur malu kerana
maju.) pangkatnya sudah tinggi.
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya
Hendak masak langsung hangus.
mendapat malu.

Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak
tangan tak sampai. berdaya kerana kekurangan wang dan alat.

Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah


Hendak meluruskan ekor anjing.
menjadi tabiat.

Hendak memadam api tengah menyala, disiramkan


Orang yang sedang marah malah diapi-apikan pula.
minyak pula ke atasnya.

Hendak memikat balam, balam jugalah Hendak mencari orang pandai, maka orang yang
penunggunya. pandai pulalah yang tahu mencarinya.

Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang. Hendakkan laba, rugi yang diperoleh.

Hendak mendapat pisang terkupas. Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha.

Hendak menebang merebahkan, hendak Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan
mencencang memutuskan. sesuatu yang lain.

Hendak kahwin dengan perempuan yang masih


Hendak mengayuhkan perahu tertambat.
dalam edahnya.

Hendak mengepal pasir kering. Membuat pekerjaan yang sukar.

Hendak menggaruk tidak berkuku. Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada.

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya


Hendak panjang terlalu, patah.
mendapat malu.

Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar,


Hendak pergi berotan jangan takut onaknya.
janganlah takut menghadapi percubaan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.

Hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat
dalam rumput. terang daripada musuh kecil di dalam sulit.

Hendak sombong berbini banyak, hendak megah Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri,
berlawan lebih. maka hidup dalam kesukaran.

Hendak terbang tiada bersayap. Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya


Hendak tinggi terlalu, jatuh.
mendapat malu.

Hendak ucok (= damai) dilawan damai, hendak Bersedia menghadapi segala kemungkinan. (ucok =
perang giling peluru. berunding mencari jalan damai.)

Hendak ulam, pucuk menjulai. Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.

Hendak untung menjadi buntung. Hendakkan laba, rugi yang diperoleh.

Hendak(nya) saja yang besar, masuknya tak


Banyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali.
(se)berapa.

Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak


Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya.
selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian.

Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-
semuanya. sama senang, susah sama-sama susah.

Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan


Hidung dicium, pipi digigit.
perbuatan jahat dengan perbuatan baik.

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya


Hidung sudah rampung diatur orang.
dibodohi orang.

Suka ikut campur dalam urusan orang lain;


Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
menonjol-nonjolkan diri.

Hidup di hujung gurun orang. Hidup melarat.

Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-


Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada
hukum Tuhan.

Hidup dua muara. Hidup dengan dua macam pencarian.

Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri
berfaedah). sendiri dan untuk masyarakat.

Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia
tebing. dan bertolong-tolongan.

Hidup segan mati tak mahu (= embuh). Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).

Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan


Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah. jangan mengharapkan sangat pertolongan orang
lain.

Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada


Hilang adat tegal muafakat.
persetujuan orang banyak.

Hilang bahasa lenyap bangsa. Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi
maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi
bahasa hilang derajat (darjat) diri.

Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan


Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.
kepada diri.

Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah


Hilang di mata di hati jangan.
ingat di dalam hati.

Hilang dicari, terapung digenangi, terbenam Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam
diselami. kesusahan.

Hilang ikan dalam kerabu. (kerabu = sejenis Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap
makanan.) orang ikut mengerjakannya.

Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas. (rimbas = Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah),
perkakas untuk penarah kayu.) orang lain pula yang mendapat pujian.

Telah mendapat kesenangan sesudah menderita


Hilang kabus, teduh hujan.
kesusahan.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.

Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan


Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya.
dihormati orang.

Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi


Hilang kilat dalam kilau. apabila bercampur dengan orang pandai-pandai
atau orang besar-besar.

Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang


Hilang pelanduk berganti kijang emas. hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang
mulia.

Lebih banyak ongkos perkara daripada harga


Hilang penjahit berkerbau-kerbau.
barang-barang yang diperkarakan.

Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak Orang yang tidak berharta (berwang) kurang
berwang. dihargai orang.

Hilang sepuh nampak senam. (sepuh = sadur; senam


Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya.
= warna yang asal.)

Hilang tak tentu rimbanya. Hilang tidak berbekas.

Hilang tapak tukul, timbul tapak canai. (tukul = Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu
pemukul kecil; canai = asah.) itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan
orang yang kemudiannya.

Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu


Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya.
kesudahannya.

Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau


Hilang tukul hilanglah pahat.
tidak berteman.

Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya
dikatakan daun labu. sesat jalan.

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan


Hinggap bak langau, titik bak hujan.
sebagainya).

Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau
(dahan). kawan kenalan tempat menumpangkan diri.

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan


Hinggap saja bagai langau.
sebagainya).

Menumpang, kemudian merosakkan tempat


Hinggap seperti benalu. (benalu = pasilan.)
tumpangannya itu.

Hitam bagai buntut (= pantat) belanga. Perihal keburukan sifat seseorang.

Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan


Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam.
buruk; berdusta.

Orang yang berbuat jahat dengan kehendaknya


Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya.
sendiri.

Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan Orang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat
putihnya. dipisahkan satu sama lain.

Dapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak


Hitam tahan tempa, putih tahan sesah.
berubah.

Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah. (bendi = Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang
kereta kuda; sadah = kapur.) cantik.

Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.(udang Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang
kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.) mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya.

Hitam-hitam gula Jawa. Biarpun hitam tetapi manis.

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang


Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih.
cantik.
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang
hampas kelapa dibuang. yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang


Hujan berbalik ke langit.
yang lemah.

Hujan berpohon, panas berasal. Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya
lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih
sendiri. baik.

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya


Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris
negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih
lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita.
baik.

Hujan jatuh ke pasir. Berbuat baik tidak pada tempatnya.

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya


hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak
negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih
di negeri orang; baik juga di negeri kita.
baik.

Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah


Hujan menimpa bumi.
orang-orang yang berkuasa.

Hujan panas permainan hari, senang susah Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada
permainan hidup. kalanya susah.

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus.


hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat.
(simpai = gelang-gelang daripada rotan.)

Orang yang selalu memberi pertolongan kepada


Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung.
orang-orang yang mendapat kesusahan.

Hujung lurus, pangkal berkait. Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat.

Undang-undang agama kuat dengan keterangan-


Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan
keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan
tanda.
tanda-tanda bukti.

Hukum yang rata, adat yang datar. Sesuatu yang sama baiknya.

Hulu malang pangkal celaka. Permulaan segala bencana.

Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri
memakai. (hulu mujur = pangkat untung.) dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang.

Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana.


(kendana = dijaga, diamat-amati.)

Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun


dekat, hendaklah selalu dijaga.

Hutang (= pinjam) kayu ara. Hutang yang tak mungkin terbayar.

Hutang biduk belum langsai, Hutang pengayuh Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang
datang pula. lagi.

Hutang emas dapat (= boleh) dibayar, Hutang budi Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya,
dibawa mati. kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.

Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh


pula.(kajang =benda yang dianyam daripada daun Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang
nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan untuk atap lagi.
atau pelindung daripada panas

Hutang sebelit (selilit) pinggang. Sangat banyak hutangnya.

Hutang tembilang belum langsai, Hutang tajak bila Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang
pula. lagi.

Hutang tiap helai bulu. Sangat banyak hutangnya.

Kerana sayang akan perkara yang sedikit, tak


Iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat.
tercapai apa yang dimaksudkan.

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan. Sangat miskin.

Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau


rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (ke
Ibarat beban sudah ke tepi.
tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa
turun.)

Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau


Ibarat beban, belum lepas daripada bahu
anak perempuan).

Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi


Ibarat bunga: sedap dipakai layu dibuang. setelah tua lalu diceraikan. (sedap = maksudnya:
segar.)

Ibarat burung: mata lepas badan terkurung. Tidak ada kemerdekaan.

Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya.


Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai.
(semu = tipu, khianat.)

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh Suami isteri yang berkasih-kasihan.
renggang terlepas.

Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia


Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku
berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya
merayau.
juga.

Ibarat kutu, boleh diselisik. (selisik = diraba-raba Kesalahan atau keburukan tidak dapat
dengan jari di dalam rambut.) disembunyikan.

Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah Orang yang tidak tetap kedudukannya. (rasam =
musim. adat, kebiasaan.)

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada


Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.
tiap-tiap kali pemerintahan bertukar.

Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang


Ibarat perahu takkan karam sebelah.
menimpa kerabatnya.

Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan


Orang melarat mendapat pertolongan.
segar kembali.

Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ.


Pencarian yang tiada memadai.
(sebelembang = seberkas.)

Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada.


Ikan biar dapat, serampang jangan pukah.
(serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah.)

Ikan dalam keroncong.(keroncong = bilik-bilik bubu Tiada tertolong lagi (Tentang: Orang yang telah
sebelah dalam.) tertangkap).

Ikan di hulu tuba di hilir. Perbuatan yang sia-sia.

Ikan di kuali, habis melompat. Nasib yang malang.

Ikan digulai sudah melompat. Nasib yang malang.

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang


Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. belum lagi diperoleh. (sengkalan = pengisar rempah-
rempah.)

Ikan pulang ke lubuk. Telah kembali ke tempat asalnya.

Ikan seekor rosakkan ikan setajau.(tajau = tempayan


besar dibuat daripada tanah berlapis sejenis Kerana yang sedikit rosak yang banyak.
porcelain.)

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor. Kerana yang sedikit rosak yang banyak.
Mengharapkan untuk memperoleh barang yang
Ikan tergantung, kucing tunggu.
diingini.

Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang:


Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba.
tindakan yang cepat.

Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar


Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.
sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat.

Ikannya belum dapat, airnya sudah keruh. Perbuatan (= tindakan) yang tidak bijaksana.

Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?


Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali
(takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon
mengubahnya.
kelapa tempat berpijak naik ke atas.)

Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah


Ikhtiar menjalani, untung menyudahi. berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada
nasib.

Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah


Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.
orang.(memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.)

Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu


Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.
akan celaka akhirnya.

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin


Ilmu padi, makin berisi makin runduk.
merendah diri.

Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana


Inai tertepung, kuku tanggal.
terjadi kemalangan. (tertepung = sudah digiling.)

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada


Indah khabar daripada rupa.
keadaan yang sebenarnya.

Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya
mencocok, duri yang akan mengait. dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha,


Ingat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis.
jangan sampai terlambat.

Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati


menjalankan kewajipannya, jangan sampai
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan
menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-
menimpa.
waktu mungkin akan menentang kerana
kelakuannya yang tidak baik itu.
Ingin di buah manggis hutan, masak ranum
Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh.
tergantung tinggi.

Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi
ada pengayuh tidak. alatnya tidak cukup.

Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan


Ini hari orang, besok hari kita.
(nasihat supaya beringat-ingat)

Intan berlian jangan dipijakkan. Untung bahagia jangan dielakkan.

Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada


Intan dikalungkan di leher anjing.
orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.

Tidak mengetahui harga (keadaan) yang


Intan disangkakan batu kelikir.
sebenarnya.

Kebenaran akan ternyata juga, walaupun


Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun,
disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga
tiada akan hilang cahayanya.
walaupun hidupnya melarat.

Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran


Intan salah serudinya. (serudi = canai.) atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat
dan hina juga jadinya.

Isi dada bekal berjalan. Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.

Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita. Kita yang berusaha, orang lain yang senang.

Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau


Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan.
berpangkat tinggi.

Itik bertaji. Sangat penakut, tetapi sombong.

Itik diajar berenang. Membuat pekerjaan yang sia-sia.

Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat


Itik dimandikan takkan basah.
atau ajaran.

Itik mendapat air. Memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya.

Itik tak sudu, ayam tak patuk. Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.

Jadi air mandi. Sudah jadi kebiasaan.

Jadi alas cakap. Hadiah kepada orang yang berjasa.

Jadi bapa kuda. Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan
bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa
membuat sesuatu pekerjaan.

Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan


Jadi bumi langit.
segala nasihatnya dituruti.

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-


besar. (lasak = masuk, muat, isi; peti manian =
Jadi dinding lasak peti manian.
tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang
berharga.)

Jadi kuda beban. Orang suruhan.

Orang yang menyampaikan pesan seseorang dalam


Jadi penghubung hujung lidah (= mulut).
suatu perundingan atau peralatan.

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu


Jadi penghubung kaki tangan.
memberi pertolongan.

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu


Jadi penghubung mata telinga.
memberi pertolongan.

Perundingan atau perdebatan yang berputar-putar


Jadi teluk ulakan air.
di situ-situ saja.

Jahit sudah, kelindan putus. (kelindan = benang


Habis (= selesai) sama sekali.
pada jarum.)

Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau
dipijak. ke negeri orang).

Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang


Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh
menggalas. (diasak = dipindahkan; orang lalu =
orang asing yang tinggal di dalam negeri itu.
peladang; pepat = rata, dipangkas.)

Orang yang berani dan tidak memilih perbuatannya.


Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa.
(titian = jambatan kecil.)

Jalan raya titian batu. Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah.

Jambatan emas. Jalan mencapai bahagia.

Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang


Janda belum berlaki.
menjadi kekasihnya.

Janda berhias. Janda yang belum beranak.

Orang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang


Jangan bagai babi merasa gulai.
bangsawan.
Membuat pekerjaan yang sudah ada celanya,
Jangan bagai orang berjudi: menang mua, alah
nescaya merugikan semata-mata. (mua =
hendak berbela.
melampau.)

Jangan bagai orang patah selera, banyak makan.


Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali.
(patah selera = tak bernafsu makan.)

Jangan bawa resmi jagung: makin berisi makin


Makin kaya (berilmu) makin sombong.
jegang (= tegak).

Jangan bercermin di air keruh. Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

Janganlah berkelahi kerana memperebutkan


Jangan berebutkan tembikar pecah.
sesuatu yang tidak ada gunanya.

Jangan berkemudi di haluan. Jangan terlalu sangat mengikut kata isteri.

Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar


Jangan bersandar di batang rengas.
yang jahat.

Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada


Jangan bersandar di punggur.
orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya.

Orang yang menyangka dirinya bijak selalu


Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh. mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka
bertanya selalu beroleh kejayaan.

Jangan buat kerbau tanduk panjang. Jangan ikut campur dalam urusan orang lain.

Jangan digembirakan anak orang yang berkuasa


Jangan diajar anak harimau makan daging.
berbuat zalim.

Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. (dadih =


Jangan diajar orang tua makan dadih.
air susu kerbau yang dikentalkan.)

Jangan diajar orang tua makan kerak. Tidak usah diajar orang yang sudah tahu.

Jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan
dengan yang majal. berulang-ulang.

Jangan difikirkan air pasang saja. Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa.

Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula Nasihat yang baik tidak memandang orang yang
manisnya. mengatakannya.

Jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya Nasihat yang baik tidak memandang orang yang
itu pun bengkok juga. mengatakannya.
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus
Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan.
genting.

Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah,


Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat. terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang
kuat. (ikan lais-lais = sejenis ikan kecil.)

Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan


Jangan ditentang matahari condong, takut terturut
terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari
jalan tak berintis.
kemarahan orang yang berkuasa.

Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan
guri juga. (guri = sejenis buyung.) kekal terus tidak binasa.

Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara


Jangan meludah ke langit.
mara sendiri.

Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah


Jangan memanah ke langit. kerana yang serupa itu akan membinasakan diri
sendiri.

Jangan memangku ayam jantan, baik memangku Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang
ayam betina. haram.

Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada


Jangan memberi bunga kepada monyet.
tempatnya.

Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada


Jangan membuat baik, memberi itik bertaji; tempatnya.
membuat jahat, sampai ayam dikerat susuhnya.
Jangan memijak benang arang orang.Jangan
mencabul kehormatan rumah tangga orang.
Jangan menggegai sempada di bawah batang. Bahaya jangan dicari-cari.

Jangan menggerak ular tidur. Bahaya jangan dicari-cari.

Jangan menyerahkan kuasa kepada orang, nescaya


Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang.
kita dibinasakannya.

Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau


Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan
ulat lupakan daun.(menggegai = mengusik; sempada
orang yang telah berbudi kepada kita.
= ketam.)

Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi


Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung.
kebiasaan.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Jangan memberi kepercayaan kepada orang yang
tidak setia.

Jangan merempuh sarang lebah. Bahaya jangan dicari-cari.

Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan


Jangan puntung berasap jua.
diungkit-ungkit lagi.

Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa
sekali dikerat. dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan.

Jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan
(kelak). sabar tanpa dolak-dalik.

Jangan bermusuh dengan orang yang menolong


Jangan seperti si buta mematah tongkat.
kita.

Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak
lantai. beringat-ingat.

Jangan berbuat angkara pada tempat kita


Jangan tercirit di periuk. menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang
yang telah menolong kita.

Tidak dapat diajar; degil. (jangat = kulit binatang


Jangat liat kurang panggang. atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit
kerbau atau lembu.)

Janji sampai, sukatan penuh. Sudah sampai ajal.

Janjian antah tidak ceruh. Nasib yang malang.

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri


Jaras dikatakan raga jarang. (jaras = raga yang jarang
pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap
anyamannya.)
kali salah pilih.

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri


Jaras katanya raga jarang. pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap
kali salah pilih.

Jari kudung dimasukkan cincin. Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya.

Jaring berbangkit kuaran tiba. Perhitungan yang salah.

Jarum halus kelindan sutera. Tipu muslihat yang sangat halus.

Jatuh berjolok. Memperoleh sesuatu kerana diminta.

Jatuh berkait. Memperoleh sesuatu kerana diminta.


Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang
Jatuh di atas tilam.
kaya dan sebagainya.

Jatuh dihimpit tangga. Mendapat kesusahan silih berganti.

Jatuh tidak berkait (= berjolok). Membuat sesuatu tanpa diminta.

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila


Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing).
dekat selalu bertengkar.

Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup


Banyak pengalaman.
banyak dirasa.

Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh


Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan. diuji, kerana ada tanda dan buktinya. (dikakuk =
dipegang.)

Jauh dari mata jauhlah dari hati. Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.

Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa


Jauh di mata, dekat di hati.
pada yang ditinggalkan.

Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. Bercakap besar di belakang-belakang saja.

Jauh panggang dari api. Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

Orang yang bijaksana juga yang mengetahui


Jauhari juga yang mengenal manikam.
keelokan ilmu.

Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi
dihilangkan? tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah.

Berbuat sesuatu barang yang tidak diketahui,


Jejak selut kaki terbenam.(selut = lumpur.)
akhirnya akan mengecewakan.

Jejaknya keruh. Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik.

Jelatang di hulu air. Perkara yang selalu menyusahkan.

Jemur terkekar ayam tiba. Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang
(terkekar = terkembang.) datang membeli.

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik


diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal,
sempurna pekerjaan itu. (tindai-tindai = lihat
jangan ditinggalkan.
dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada
yang salah.)
Jerat halus kelindan sutera. Tipu muslihat yang sangat halus.

Anak seorang yang sangat disayangi dan


Jerat semata bunda kandung.
dimanjakan.

Jerat serupa jerami. Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.

Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya
jerat. (balam = burung tekukur.) masih tetap mengancam.

Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan


Jerih menentang boleh, rugi menentang laba. pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat
keuntungan.

Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai


Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah.
yang disindirkan itu.

Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai
tentu terasa. yang disindirkan itu.

Jika baik ada cacatnya. Tidak ada yang sempurna benar.

Jika berjumbai tempat bergantung. Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.

Jika berpuluh-puluh kali batang beralih(= bertindih), Walaupun orang besar-besar silih berganti datang
Cacing di bawah juga. dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.

Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat


peraksi kain. (raksi = bau-bauan yang harum; peraksi Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah
= bunga-bungaan dan sebagainya untuk tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah
mengharumkan.)

Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh


Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.
diarah.

Jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan
berani. menjadi berani.

Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka. Menunjukkan kebencian.

Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik


Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.
kepada anak isteri sendiri.

Yang jahat itu tetap jahat.


Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut.
Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia
Janji mesti ditepati.
dipegang mulutnya.

Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis,


Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan;
janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang
setidak-tidaknya bertempiaran kelak.
bertamu ke rumah.

Jika menebang menuju pangkal, jika melanting Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan
menuju tangkai. maksud dan tujuannya.

Jika pandai menggunting, hendaklah pandai Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah
menjahitnya. dibiarkan terbengkalai.

Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun


Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil
dibongkar, salah separuh dirambah. . (rambah =
kesalahan yang dilakukan
membabat, menebangi.)

Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah


Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah
rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak
kerukunan hidup yang aman dan damai.
tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.

Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja,
lumpur, makin dalam ia terbenam. maka makin rosaklah pekerjaan itu.

Jika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (=


Untuk menyampaikan maksudnya, maka segala
ditanjakkan). (dandang = sejenis perahu; tanjakan =
daya upaya akan dilakukan.
pendakian.)

Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain
melayang. tak dapat tiada akan menerima akibatnya.

Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati


Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu.
daripada hidup.

Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu
sagu. berusaha dan bersusah payah.

Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di


Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang,
mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan
jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.
dapat celaan kanan dan kiri.

Jikalau beranak ikut kata bidan. Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.

Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk


Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di
menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat
hilirnya keruh juga.
juga kesudahannya.

Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa
sekalipun, bernama intan juga. juga, tetap baik.

Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada


Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput.
mengasihi orang lain.

Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup
haruslah dusun itu dibuangkan. terganggu maka singkirkanlah orang itu.

Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun


Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun,
senangnya, masih berdukacita juga. (ciau atau ciu =
namun hati tiada senang juga.
tilam tempat duduk.)

Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati


Jikalau menampi jangan tumpah padinya.
jangan sampai terbuang benda yang berguna.

Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita


Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan.
ketahui.

Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat Orang yang tidak berharta (berwang) kurang
menjadi renggang. dihargai orang.

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang
mengada), masakan tempua bersarang rendah. tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh


Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.
martabatnya.

Jirus bagai bulan akan habis. Modal yang makin lama makin susut. (jirus = tirus.)

Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang


Jiwa bergantung di hujung rambut.
tidak tentu.

Perempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam


Juadah sudah dijilat cicak.
diam-diam.

Dapat ganti yang lebih berharga lagi. (mastuli = kain


Jual sutera beli mastuli.
tebal yang amat mahal harganya.)

You might also like