You are on page 1of 5

SKRIP JURUACARA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 24


SK CHINI 1&4

Bismillahirahmanirrahim,

Yang Dihormati,
En Abdul Rahim b Mahmud,
Yang Di Pertua PIBG SK Chini 1&4,

Yang Berusaha,
En Nassarudin b Abu Bakar,
Guru Besar SK Chini 1&4,

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru,para ibu bapa seterusnya


hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian...

Assalamualaikum W.B.T dan salam Satu Malaysia.....

Selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG SK Chini 1&4 Kali ke 24


sesi 2010 pada petang ini..,,

Hadirin sekalian,
Bagi memula dan memuliakan majlis,marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon berkat agar mesyuarat Agung kita pada
petang ini mendapat rahmat.Oleh itu,majlis dengan hormatnya
mempersilakan Al-Fadzil Ustaz Saiful Bahri b untuk
mengetuai bacaan doa..Dipersilakan..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz


kerana menyempurnakan bacaan doa itu tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan En Mohamad Nassarudin b Abu
Bakar,Guru Besar SK Chini 1&4 untuk menyampaikan
ucapan..Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Nassarudin b Abu


Bakar, Guru Besar SK Chini 1&4 atas ucapan itu tadi..

Seterusnya,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Abdul Rahim b
Mahmud, Yang Di Pertua PIBG SK Chini 1&4 untuk menyampaikan
ucapan...Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Abdul Rahim b


Mahmud atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi..

Hadirin sekalian,
Sebentar lagi akan berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SK Chini
1&4 bagi tahun 2010...Dengan ini saya menyerahkan majlis ini
kepada barisan Jawatankuasa PIBG yang diketuai oleh Yang Di
Pertua PIBG En Abdul Rahim b Mahmud untuk meneruskan
acara...Dipersilakan.
(Bila YB sampai)

Hadirin sekalian,
Majlis amat berbesar hati atas kesudian Yang Berhormat Dato’ Abu
Bakar b Hj Harun kerana sudi meluangkan masa beliau hadir bersama
kita pada petang yang berbahagia ini..Perhatian dan kesudian Yang
Berhormat Dato’ amat-amat kami hargai...

Untuk itu,
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan Yang
Berhormat, Dato’ Abu Bakar b Hj Harun, ADUN Kawasan Chini
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan
Mesyuarat Agung PIBG Sk Chini 1&4 kali ke 24...Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan..

Demikianlah tadi ucapan perasmian penutup untuk Mesyuarat Agung


kita pada hari ini..Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaab
dan terima kasih kepaa Yang Berhormat Dato’ Abu Bakar b Hj Harun
kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan
upacara persmian sebentar tadi..

Hadirin sekalian,
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Jawatankuasa PIBG dan AJK Kedai buku sekolah ,majlis menjemput
En Nassaruddin b Abu Bakar mengiringi Yang Berhormat, Dato’
Abu Bakar b Hj Harun untuk menyampaikan cenderahati...Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.....Dijemput.........(senarai
nama ajk).......

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat


Dato’ kerana sudi menyampaikan cenderahati sebentar tadi.....

Hadirin sekalian,
Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan, majlis
mempersilakan Yang Dipertua PIBG, En Abdul Rahim b Mahmud
mengiringi En Nassarudin b Abu Bakar,Guru Besar SK Chini 1&4
untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato’ Abu
Bakar b Hj Harun..Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..
Terima kasih diucapkan kepada En Abdul Rahim b Mahmud kerana
sudi menyampaikan cenderahati sebentar tadi...

Hadirin sekalian,
Dengan ini berakhir lah sudah Mesyuarat Agung PIBG SK Chini 1&4
kali ke 24 pada petang ini..Kepada barisan AJK
2008/2009,sesungguhnya segala usaha dan sumbangan anda semua
amat dihargai dan diingati selalu..

Majlis juga mengucapkan ribuan terima kepada semua yang terlibat


secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG SK Chini 1&4 kali ke 24 ini..

Pergi ke dusun memetik kelapa,


kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Sekian saja,salam hormat,wabilahitaufik walhidayah


wasalamualaikum warahmatullah hi waba rakatuh....

Dijemput Yang Berhormat Dato’ dan hadirin dan hadirat sekalian ke


jamuan yang telah disediakan...

SEKIAN

You might also like