Professional Documents
Culture Documents
Definisi catan
- Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
- Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang rata atau absrak.
- Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.
- Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan
warna ke atas permukaan.
- Satu ciptaan gambar yang berwarna.
- Catan ialah latihan mengaplikasi pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti
kertas,kanvas dan dinding.
- Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasi warna basah ke atas permukaan
2D.
- Satu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain.
Satu hasil karya seni mempunyai kesan bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan
bahantara pigmen warna.
Penggunaan alat, media,bahan dan teknik dalam menghasilkan catan adalah sangat penting
dan perlu dititik beratkan semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan.Ia
dapat menentukan jenis dan kualiti sesuatu catan yang dihasilkan.Terdapat berbagai jenis
alatan dan bahan untuk mewarna di pasaran sekarang.Sebelum membeli peralatan warna yang
terdapat di pasaran dan bahan-bahan lain yang hendak digunakan semasa proses
pembelajaran,pastikan pilihan yang dibuat adalah tepat dan betul.Berikut ialah di antara
contoh alatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk mencatan:
Catan adalah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan
untuk menghasilkan gambar.Bahan-bahan pewarna seperti cat poster,cat air,cat minyak,cat
tempera,cat gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat membantu seseorang
pelukis menghasilkan catan.Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas
permukaan berbagai jenis kertas,kain atau kanvas.
Dalam proses mencatan aspek yang paling penting ialah memahami berbagai jenis warna dan
cara-cara mewarna kerana ia memerlukan kemahiran mewarna dengan betul.Tujuannya ialah
untuk menghasilkan catan yang menarik.Jdual 3.1 adalah contoh beberapa jenis warna yang
digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan catan:
Dalam isi kandungan tugasan ini dinyatakan enam bidang atau aktiviti menggambar
termasuk definisi dan teknik-teknik yang digunakan untuk menghasilkan gambar lukisan,
termasuk contih-contoh gambar lukisan yang dihasilkan pelbagai media dan teknik.
Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang menggambar ini ialah lukisan, catan, kolaj,
cetakan, gosokan, resis dan percikan.
Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan
dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan kita mengenali dengan lebih
dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan, Kesedaran kita
terhadap alam sekitar melalui pemerhatian menjadi fokus utama bidang menggambar.
ISI KANDUNGAN
-Definisi kolaj
-Tekniik kolaj
-Definisi Cetakan
-Teknik Cetakan
-Definisi Gosokan
-Teknik Gosokan
-Definisi Resis
-Teknik Resis
-Definisi Percikan
-Teknik Percikan
Ada 9 topik proses menggambar yang anda telah pelajari secara detail dan khusus dalam
modul ini.
1.1 Tajuk
1.2 Katagori
1.3 Perasaan terhadap tajuk/idea tersebut
1.4 Bentuk,warna,corak,garisan,ton dan jalinan
1.5 Kadar banding,saiz,susunan corak
1.6 Penggunaan alat dan bahan
1.7 Teknik-teknik dalam aktivitiyang dijalankan
1.8 Usaha anda terhadap hasil kerja tersebut
1.9 Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan idea