P. 1
Bincangkan Kaitan Antara Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik Di Malaysia.

Bincangkan Kaitan Antara Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik Di Malaysia.

|Views: 2,935|Likes:
Published by Losinin Johalin

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Losinin Johalin on Oct 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/02/2013

pdf

text

original

Soalan 23: Bincangkan kaitan antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.

Oleh : Losinin Johalin (Universiti Malaysia Sabah) 1.0 Pendahuluan Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara yang unik dari segi perkembangan ekonomi dan hubungan etniknya. Ini adalah kerana kedua-dua perkara ini berkembang seiring dan sentiasa saling mempengaruhi di antara satu sama lain. Pembangunan ekonomi Malaysia sejak Kesultanan Melaka sehingga ke hari ini berkembang berasaskan kepada penglibatan secara langsung kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Begitu juga, pola ekonomi juga ditentukan oleh peranan yang dimainkan oleh kaum itu sendiri. Dalam kajian kepustakaan ini, kami cuba meninjau hubungan di antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik yang berlaku di Semenanjung Tanah Melayu secara mendalam berdasarkan kepada peringkat-peringkat sejarah bermula sejak pemerintahan Kesultanan Melaka hinggalah ke hari ini. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri. Untuk mencapai perpaduan dan kemakmuran bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat
1

sering

menghadapi

cabaran

serta

masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) „ .... the road to a

cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of “ onak dan duri”. Kenyataan di atas ternyata dapat kita
simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Cabaran ini bukanlah mudah untuk membangunkan Malaysia dari segi ekonomi tanpa mengambilkira faktor polarisasi kaum yang masih berlaku di tengah-tengah masyarakat kita. Selepas Tragedi 13 Mei 1969, kerajaan telah merancang dan melaksanakan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta Dasar Pembangunan Sosial (DPN) bagi menunjangi pembangunan ekonomi Malaysia dan

hubungan kaum sehingga 1990. Pembangunan ekonomi jelas mempunyai hubungan yang rapat dengan kualiti hubungan etnik di negara kita. Ini dapat dilihat melalui usaha kerajaan untuk mewujudkan peluang yang adil dan maksimum kepada semua bangsa untuk bergerak maju ke hadapan dalam bidang ekonomi dan pembangunan negara.

2.0 Perkembangan Ekonomi Malaysia dan Kehadiran Masyarakat Pelbagai Etnik Sejak Abad Ke-15 Sebelum membicarakan tentang pembangunan ekonomi negara masa kini serta pengaruhnya terhadap hubungan etnik di Malaysia, elok kiranya kita singkapkan sedikit tentang sejarah pada abad ke-15 dengan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa

2

lingua

franca

dan

pedagang-pedagang

asing

menerima

hegemoni

perdagangan Melayu. Sifat berkongsi kekayaan ekonomi Melaka di kalangan semua pedagang yang mengunjungi Melaka dapat diperhatikan melalui penerimaan dan restu Sultan dan Pembesar Melayu terhadap mereka. Mereka menggunakan dan

menggalakkan penyertaan pedagang asing seperti pedagang Gujarati, Chulia dan peminjam wang India (Chettiars). Dasar ini juga mengelakkan kelahiran Melayu kaya yang bakal menggugat kestabilan pemerintah. Perkara ini

dielakkan kerana hanya golongan pemerintah pada ketika itu yang wajar mempunyai kedudukan ekonomi yang baik. Hubungan ekonomi di Melaka pada ketika itu adalah mengikut peraturan ekonomi yang ditetapkan oleh raja-raja Melayu mengikut Hukum Kanun Melaka. Rakyat jelata Negeri Melaka dan pedagang asing terpaksa menerima syarat-syarat dalam hukum ini bila menjalankan perdagangan di Melaka. Sepanjang pemerintahan sultan-sultan Melaka, tidak terdapat sebarang penentangan sama ada dari rakyat Melaka sendiri mahupun pedagangpedagang asing yang datang ke Melaka kerana dasar perniagaan yang dilaksanakan oleh Sultan sangat disenangi oleh mereka. Portugis yang menguasai Melaka pada abad ke-16 telah melenyapkan budaya perdagangan bebas untuk seketika. Portugis menjalankan dasar monopoli dan pelbagai sekatan perdagangan dikenakan. Mereka memaksa kapal-kapal singgah di Melaka untuk membayar cukai; 10% dikenakan untuk barangan dari negara China dan 8% untuk barangan dari Teluk Benggal. Selain
3

daripada itu, pedagang-pedagang juga dikehendaki mendapatkan surat izin sebelum dibenarkan untuk berdagang di Melaka. Keadaan ini telah menyebabkan pedagang tidak puas hati dan ramai yang berpindah ke Aceh dan Pedir. Keadaan bertambah buruk apabila Belanda menguasai Melaka pada tahun 1641. Pelbagai dasar monopoli tambahan telah diperkenalkan oleh pihak

berkuasa Belanda. Belanda mengawal barangan utama yang diimport dan dieksport dari Melaka dengan tujuan untuk menetapkan harga jualan barangan berkenaan. Belanda menguasai monopoli ke atas barangan seperti lada hitam, rempah-ratus, kayu cendana, timah dan pelbagai jenis kain. Pihak Belanda telah mengenakan duti sebanyak 10% dikenakan ke atas barangan yang diimport dan 5% ke atas barangan eksport. Untuk mengaut keuntungan yang besar, pihak Belanda juga telah memaksa pedagangpedagang singgah ke Melaka untuk menjalankan urusniaga mereka. Pihak Belanda juga telah mengadakan ikatan perjanjian ekslusif dengan

pemerintah-pemerintah Melayu di Negeri-negeri Melayu untuk menjual hasil negeri mereka khususnya bijih timah kepada Belanda pada harga yang ditetapkan dan menghadkan urusan perdagangan dengan pedagangpedagang India. Tindakan pihak Belanda sedikit sebanyak tidak disenangi oleh pemerintah tempatan, rakyat jelata dan pedagang-pedagang yang singgah untuk berniaga di Melaka. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah pihak Inggeris menguasai Tanah Melayu pada ketika itu.

4

Penguasaan Francis Light ke atas Pulau Pinang pada 1786, Melaka pada 1795, dan Singapura pada 1819 telah mengubah senario ekonomi Tanah Melayu. Ketiga-tiga pelabuhan ini diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas pada 1826 dan ia menarik pedagang asing, termasuk pedagang Cina dan India. Ketiga-tiga kelompok pedagang ini tinggal dalam penempatan yang

berasingan dengan kegiatan ekonomi diidentifikasi berasaskan kaum. Oleh sebab itu, tiada interaksi ekonomi antara ketiga kaum utama ini (Melayu, Cina dan India). Pada abad ke-19 lebih ramai buruh asing, khususnya buruh Cina, India dan Jawa dibawa masuk untuk memajukan sektor perladangan (getah dan kopi) dan perlombongan. Pada awal abad ke-20 pula British mula menyingkirkan penguasaan orang Cina dalam sektor perlombongan dan bidang komersil lain yang

menguntungkan tetapi buruh India dan Cina masih dibawa masuk dalam bilangan yang besar untuk memajukan sektor pertaniah dan perlombongan ini. Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya dua pola ekonomi iaitu kawasan pantai barat telah dimajukan dengan pelbagai kemudahan. Sementara itu, di pantai timur pula masih menumpukan kepada tanaman sara diri. Bentuk ekonomi ini membawa faedah kepada kebanyakan orang Cina yang menetap di kawasan bandar. Orang Melayu pula telah terpinggir di luar bandar dengan kegiatan ekonomi sara diri seperti tanaman padi dan buahbuahan sahaja. Sebenarnya senario ini adalah disengajakan oleh British
5

dengan harapan orang Melayu akan hasilkan tanaman untuk keperluan sendiri dan British juga tidak perlu mengimport beras dari luar negeri.

3.0 Perkembangan Ekonomi Malaysia dan Keadaan Hubungan Etnik Abad Ke-17 Sultan yang memerintah Melaka telah berusaha untuk menarik lebih ramai pedagang asing dan ia muncul sebagai pelabuhan kosmopolitan. Di sini wujud interaksi yang baik antara pedagang Melayu, Cina dan India. Hubungan mereka harmonis, saling hormat-menghormati dan bersama-sama

menyumbangkan tenaga untuk memajukan ekonomi Melaka. Tambahan pula kerajaan Melaka di bawah pemerintah yang bijak

menjalankan dasar pentadbiran yang adil dan ia memberi peluang kepada semua bangsa untuk menikmati keuntungan perdagangan di Melaka. Kejayaan hidup bersama antara kesemua kaum ini dapat diperhatikan daripada kewujudan penempatan seperti Bukit Cina dan perkahwinan orang tempatan dengan pedagang asing yang melahirkan baba peranakan India dan Cina. Hubungan ekonomi antara ketiga kaum (Melayu, India dan Cina) terjejas dengan kehadiran kuasa Portugis dan Belanda yang mula mengawal pelabuhan-pelabuhan utama Melayu seperti Melaka dan Betawi. Kuasa asing ini juga mengawal perdagangan antara pulau dan jalan laut utama antara India dan China.

6

Usaha-usaha diambil untuk memaksa kerajaan-kerajaan Melayu

tunduk

kepada kuasa baru ini. Dasar monopoli yang diamalkan oleh kuasa Barat ini memaksa pedagang tempatan beralih ke pelabuhan-pelabuhan lain yang mengamalkan dasar perdagangan bebas. Keadaan ini juga memaksa pedagang Melayu berpindah ke kawasan pedalaman (hinterland) dan mereka terpaksa bekerja mengusahakan tanah dengan aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan. Akibatnya, orang-orang Melayu, India dan Cina yang

dahulunya bersatu padu dan hidup dalam satu masyarakat yang harmonis mula renggang dan lupa kepada kehidupan yang baik pada masa lampau. Keadaan ini membawa kepada kemunculan kelas petani atau komuniti Melayu luar bandar yang mengusahakan tanah pertanian dan penternakan.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh orang Melayu di bandar kini diambil alih oleh orang India 4.0 Perkembangan Ekonomi Malaysia dan Keadaan Hubungan Etnik Abad Ke 19 Pada akhir abad ke-18 adalah zaman pertapakan kuasa Inggeris di Tanah Melayu dengan penguasaan Pulau Pinang pada 1786. Ini menyaksikan perkembangan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan bebas dan kebanjiran ramai pedagang asing termasuk dari India (pedagang Chulia) dan Cina. Kemajuan Pulau Pinang pada abad ke-18 sebahagiannya disumbangkan oleh pedagang Chulia. Hampir kesemua kapitan Cina menjalinkan hubungan yang baik dengan British. Dasar British ini telah meningkatkan status ekonomi kaum Cina berbanding kaum lain. Walau bagaimanapun penglibatan orang

7

Cina dalam ekonomi Negeri-negeri Melayu membawa kepada kerjasama ekonomi antara kaum Melayu dan Cina. Ini dapat diperhatikan di negeri Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Kerjasama antara saudagar Cina dan Melayu di Selangor bermula pada tahun 1846 iaitu pada zaman pemerintahan Raja Jumaat (1840-1854). Saudagar Cina Melaka telah mendahulukan modal untuk memajukan lombong di Lukut. Sebagai balasan saudagar Cina Melaka mendapat sebahagian keuntungan yang diperolehi oleh Sultan dari lombong Lukut. Keadaan di Sabah dan Sarawak mengalami perubahan dari segi pola kegiatan ekonomi yang agak sama. Orang-orang Cina yang datang ke negeri-negeri ini semasa pemerintahan British di sini membuat penempatan kecil di kawasan strategik dan membuka pusat-pusat perniagaan kecil yang akhirnya menjadi pekan, bandar dan bandaraya. Sementara itu penduduk pribumi pula berada di kawasan-kawasan pantai yang mengusahakan aktiviti perikanan. Ini didominasikan oleh orang-orang Melayu Brunei, Bajau, Iranun, Suluk, Melayu Sarawak dan Bugis. Orang-orang Dusun, Kadazan, Rungus, Murut, Iban dan Melanau pula mengusahakan pertanian dan penternakan. Di Sabah dan Sarawak, pola ekonomi tidak menimbulkan krisis hubungan etnik seperti di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Sabah dan Sarawak saling memahami peranan mereka masing-masing. Di Johor, kerjasama telah mulai wujud di antara Cina dan Melayu di Johor. Temenggong Johor, Temenggong Ibrahim menggalakkan orang Cina

membuka tanah untuk mengusahakan tanaman lada dan gambir. Di bawah
8

sistem Kangcu yang diperkenalkan di Johor, seorang ketua Cina yang dipanggil Kangcu atau raja sungai ditempatkan untuk mengawal setiap batang sungai di tempat ladang-ladang terbuka. Kangcu akan menerima surat kuasa dari Temenggong untuk membuka ladang, mengawasi tanaman dan memungut cukai. Selepas pedagang Cina dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam perkembangan ekonomi Negeri-negeri Melayu, peranan elit pemerintah Melayu hanya dihadkan kepada pengutipan cukai eksport dan import dan urusan memperuntukkan konsesi kepada pelabur. Dengan bermulanya pentadbiran British, peranan pemerintah Melayu ini telah diambil alih oleh British dan orang Cina kini boleh melangkaui (bypass) pemerintah Melayu untuk berurusan dengan pentadbir British. Kaum Cina

juga bekerja sebagai kontraktor pembuat jalan, landasan keretapi, sebagai peniaga runcit dan pekedai. Mereka juga menjadi orang tengah dalam perniagaan. Kaum Cina kekal sebagai komuniti yang berdikari dan mampu diri. Pada akhir abad ke-18 buruh-buruh India mulai datang dan menetap di Negeri-negeri Selat. Ada yang datang sebagai pegawai polis, tentera dan pesalah yang dibawa dari India untuk bekerja sebagai buruh dalam Jabatan Kerja Raya. Ada juga pedagang India yang terlibat dalam Negeri-negeri Selat. Selepas pengenalan perniagaan di

sistem Residen di Negeri-negeri

Melayu pada 1874, ramai orang India yang direkrut dalam sektor keselamatan Negeri-negeri Melayu (NNM) seperti Malay States Guides, polis dan juga
9

dalam pembinaan jalan dan landasan keretapi. Bilangan buruh India ketika ini amat kecil tetapi ia bertambah pada penghujung abad ke- 19 dengan perkembangan pesat sektor perladangan getah.

5.0 Perkembangan Ekonomi Malaysia dan Keadaan Hubungan Etnik Abad Ke 20 Abad ke-20 adalah era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu dan penglibatan bukan Melayu, khususnya kaum Cina dalam ekonomi milik British. Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang besar dalam sektor perladangan dan sebilangan kecil dalam pentadbiran dan sebagai buruh kasar dalam sektor perladangan dan perlombongan.

Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan. Di sudut lain, pada awal abad ke-20 kaum Cina menjadi pemilik utama

lombong-lombong utama dan hanya pada 1930-an dengan peningkatan penggunaan teknologi, bangsa Eropah mula mengambilalih dominasi orang Cina dalam sektor ini. Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkan pada zaman Darurat (1948-1960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis. Kerajaan telah mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai “kampungkampung baru” (New Villages) di bawah rancangan Briggs. Sementara itu, hubungan orang-orang Melayu dengan India dari sudut ekonomi agak baik pada awal abad ke-20. Ini adalah berasaskan hubungan

10

orang Melayu golongan peminjam wang India (Chettiar). Hubungan ini menjadi renggang pada 1930-an apabila orang India membuat tuntutan politik supaya mereka diberikan lebih banyak keistimewaan. Konflik ini berlanjutan sehingga sekian lama. Kedudukan ekonomi orang India amat teruk pada zaman pendudukan Jepun. Ramai yang telah dibawa ke sempadan negeri Thai untuk membina landasan keretapi maut. Pada zaman Darurat, 1948-1960, tuntutan pekerja bertambah dan ramai buruh India telah menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran Parti Komunis India. Pada Mei 1947, buruh India telah menuntut supaya mereka diberikan upah yang sama dengan buruh Cina. Tuntutan-tuntutan lain adalah tempat kerja yang selesa, bekalan kemudahan asas dan perlantikan guru sekolah di estet. Berdasarkan kemajuan ekonomi yang dialami oleh ketigatiga kaum pada abad ke-20, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza. Ia mengakibatkan berlaku konflik yang agak rumit dan membawa kepada polarisasi kaum dan kemerosotan perpaduan. Kaum Cina juga mewakili separuh dari penduduk bandar semua negeri Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu dan Perlis. Orang Melayu pula tertumpu di kawasan luar bandar yang berkait dengan pertanian sebagai

contoh di kawasan pantai barat. Pada tahun 1947, hanya 14% orang Melayu menetap di bandar, sedangkan Cina mewakili 54% dan India 39%. Kaum India sebahagian besar tinggal di luar bandar dan mereka yang menetap di bandar tertumpu di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

11

6.0

Latar

Belakang

Perkembangan

Ekonomi

Malaysia

dalam

Kerangka Perlembagaan Merdeka 1957 dan Senario Hubungan Etnik Selepas Merdeka Perlembagaan Merdeka menyaksikan dominasi politik Melayu diinstitusikan. Pada tahun 1955 dan 1956 UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi di

bawah satu persetujuan (social contract) yang dikenali sebagai “persetujuan bersejarah” (historic bargain). Melalui persetujuan ini orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akan diberikan kepada orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagai balasan bukan Melayu bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan. Semua kompromi ini kemudiannya dimaktubkan Persekutuan 1957. Walaupun semua kehendak dalam Perlembagaan dipersetujui sewaktu

perlembagaan diterima tetapi selepasnya ia adalah satu senario yang berbeza. Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang dalam pilihanraya 1963 dan 1969. Provokasi-provokasi ini terus mewujudkan ketegangan antara kaum. Pada akhir tahun-tahun 1960-an, perasaan tidak puas kian memuncaktimbul dan telah membawa kepada Tragedi 13 Mei. Peristiwa pahit ini telah membawa kepada pemansuhan Parlimen, penubuhan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) dan pengenalan prinsip Rukunegara bagi mengukuhkan perpaduan negara serta Dasar Ekonomi Baru (DEB).

12

7.0 Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Dalam Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965) Pembangunan ekonomi Malaya selepas merdeka adalah berasaskan beberapa rancangan pembangunan 5 tahun. Rancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada dua fasa, pertama (1956-1970) dan kedua (1970-1990) yang berasaskan Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaya Pertama bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan

ekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor luar bandar. Selain itu, ia juga rancangan ini memfokuskan kepada mempelbagaikan keluaran pertanian supaya negara tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getah serta menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar

kemiskinan. Dasar pembangunan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan selepas

merdeka adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada semua rakyat Tanah Melayu.Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan ekonomi. Hampir separuh dari perbelanjaan dihalakan kepada pertahanan dan keselamatan dalam negeri (bagi

membendung ancaman komunis). Walau bagaimanapun untuk membantu orang Melayu di luar bandar, kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi seperti berikut:-

13

 RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi untuk memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur.  FELDA (Federal Land Development Authority) pada 1956 untuk

membuka dan memajukan tanah baru secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan  Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1959, satu Kementerian yang secara khusus menjaga hal-ehwal luar bandar ditubuhkan.  FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965.  1961 Jawatankuasa Pembangunan Kampung ditubuhkan bagi

melibatkan orang Melayu secara langsung dalam proses perancangan dan pelaksanaan program pembangunan.  Bank Bumiputera ditubuhkan pada 1965 dengan modal sebanyak RM20 juta untuk berperanan sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit serta khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera.  Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 untuk menggembling tabung simpanan Melayu.  Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan pada 1967 sebagai urursetia bagi golongan kapitalis Melayu.

14

Kedudukan ekonomi Cina amat teguh

selepas merdeka disebabkan

kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-persatuan Cina untuk mengumpul modal. Konsep perniagaan ala kongsi telah

membantu kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan komuniti mereka. Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di bandar yang telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik. Kaum India adalah satu komuniti yang tidak mempunyai suara politik dan lemah dari segi ekonomi dan sering ditindas oleh kerajaan British. Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk mengambilalih ladang-ladang milik pengusaha asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh eset. Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka dan meninggalkan

negara. MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh India dengan membeli ladang-ladang kecil dengan menubuhkan National Land Finance-Co-

operative Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. Antara 1961-1969, NLFCS telah
membeli 18 estet. MIC dan NLFCS telah mendesak kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal penjualan estet yang luasnya melebihi 100 ekar.

8.0 Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Sejak Tragedi 13 Mei 1969 Hingga 1990 Tun Razak menyedari bagi membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan perbalahan kaum di
15

Semenanjung

Tanah

Melayu

dan

mengukuhkan hubungan kaum di Sabah dan Sarawak. Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada 1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan ia menyaksikan penyertaan lebih banyak parti politik dan mengurangkan politiking. Tujuan utama rancangan ini adalah untuk memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar sebagai “ethnic

corporatism”.
Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat Malaysia dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ia mengandungi dasar-dasar dan strategi-strategi untuk mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan, dalam masa yang sama, menentukan perkhidmatan-perkhidmatan dan pengagihan peluang-peluang yang saksama untuk menyertai dan mendapat faedah daripada proses pembangunan. Antara 1970-1990, DEB menunjangi pembangunan negara dan ia berusaha untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Pembangunan ekonomi sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP) (1966-1970). Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat dan wujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar pengangguran, membangunkan ekonomi luar bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada getah dan bijih timah. Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kepada kerajaan bahawa timbulnya masalah perbalahan kaum adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum. Pembahagian
16

buruh seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan berterusan pada tahun-tahun 1960an dan didapati golongan yang paling menganggur ialah orang-orang Melayu dan ini diikuti oleh orang India. Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1% pelaburan dalam perniagaan berdaftar. Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi kesemua kaum mula diperkenalkan iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini. DEB diharapkan dapat menyusun semula masyarakat Malaysia dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaum seperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan. DEB berkembang dibawah Rancangan Malaysia kedua, 1971-75; Ketiga 1976-1980; Keempat 1981-1985 dan Kelima, 1986-1990.

Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah  untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi strategi membasmi kemiskinan dan  menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi,  memodenkan kehidupan penyertaan masyarakat kaum luar bandar dalam dan bidang

mempertingkatkan

bumiputera

perusahaan dan perniagaan.  Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan negara.
17

 Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah ekonomi.  Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan.  Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000.  Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang India dibawah Dasar Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB.

9.0 Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Di bawah Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000) dan Wawasan Negara (20012010) Kerajaan telah menggubal Dasar Pembangunan Nasional (DPN) selepas tamat tempoh Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB pada 1990. DPN yang termasuk dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) meliputi tempoh masa antara 1991-2000. DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang
18

perlu

dihadapi

oleh

rakyat

Malaysia

untuk

muncul

sebagai

negara

berteknologi tinggi menjelang abad ke-21. Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai banyak kelemahan. Di sini, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat mana-mana komuniti. tanpa meminggirkan

10.0 Penutup Sebagai kesimpulannya, sejak dari pemerintahan kesultanan Melaka hingga ke hari ini, Malaysia terutamanya Semenanjung Tanah Melayu telah melalui banyak perubahan dari segi pembangunan ekonomi dan telah memberikan pengaruh kepada hubungan etnik serta kualiti kesamarataan dan keadilan pengagihan kekayaan negara kita. Agak berlainan dengan keadaan di Sabah dan Sarawak, pembangunan ekonomi tidak menimbulkan krisis hubungan etnik yang serius. Kaum-kaum di kedua-dua negeri ini masing-masing memainkan peranan dalam menentukan pola perusahaan. Disebabkan pola ini, maka telah berlaku sejak abad ke 18 di mana sistem pertukaran barang

(Sistem Butter) di antara „orang-orang darat‟ yang mengusahakan sektor
pertanian dan „orang-orang

laut‟

yang

mengusahakan

perikanan.

Pembangunan ekonomi dan kesannya terhadap hubungan etnik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor pemerintahan dan dasar yang dibuat sejak
19

kesultanan Melaka, dasar Portugis, Belanda, British dan pihak kerajaan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Akibatnya, hubungan etnik di Malaysia menjadi sangat kompleks. Adakalanya membawa kepada tragedi yang tidak diingini. Kini, apa yang penting ialah kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab hendaklah memainkan peranan masing-masing ke arah meningkatkan lagi kemajuan diri dan ekonomi negara serta sedia bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini dengan cara yang sihat di samping memelihara hubungan etnik di Malaysia agar kemakmuran dan keamanan negara dapat dikecapi dan terus terpelihara.

11.0 Rujukan 1. Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Abdul Rahman Haji Embong. 2000. Negara Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 36

Panduan Prasiswazah 3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Penerbit UiTM. 4. Nazri Muslim dan Nasruddin Yunos. 2006. Hubungan Etnik. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

20

5. Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia. Kuala Lumpur: ISTAC.

6. Shamsul Amri Baharuddin,2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 7. Abdul Aziz Bari. 2000. Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan

Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
8. Andaya, B & Andaya, L. 2001. A History of Malaysia. 2nd edition. Honolulu: University of Hawaii Press

9. Azmi Aziz & Shamsul A. B. 2004. The Religious, the Plural, the Secular

and the

Modern: A Brief Critical Survey on Islam in Malaysia. InterStudies, volume 5, number 3, December

Asia Cultural

10. Crouch,

Harold.

1996.

Government and Society in Malaysia.

Ithaca: Cornell University Press

11. Jomo, K. S. 1998. Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di

Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

12. Rahimah Abdul Aziz & Mohamad Yusoff Ismail. 2002. Masyarakat,

Bahasa dan

Perubahan. Bangi: Penerbit UKM

21

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->