You are on page 1of 9

Bab 1: Apakah itu Penyelidikan dalam Pendidikan?

Diakhir Bab ini anda akan dapat:

 memberi definisi penyelidikan

 menerangkan langkah-langkah penyiasatan saintifik

 menjelaskan ciri-ciri pernyataan masalah 

 menggubal soalan penyelidikan yang baik

Definisi Penyelidikan

Menurut, The Collins International Dictionary penyelidikan ialah suatu


penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu
perkara. Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan
saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan
penyiasatan saintifik?. Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir
sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan
antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).

Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan
empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat
menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan
saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal
atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah pendidikan
terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think mencadangkan pada tahun
1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada
langkah-langkah berikut::

      Langkah-Langkah Penyiasatan                           Saintifik

1.   Mengenal pasti Masalah dan menggubal  Soalan Kajian atau Hipotisis


2.   Mereka Bentuk Kajian untuk menjawab soalan Kajian atau menguji hipotesis
3.   Mengumpul dan Menganalisis Data
4.   Menjawab Soalan Kajian atau menerima/menolak hipotesis
CONTOH: TINJAUAN LITERATUR
Tajuk Kajian:
Keberkesanan Penyoalan dalam Peningkatan Pencapaian dan Pemikiran Murid
dalam Mata Pelajaran ___________________

Soalan Penyelidikan:
a) Sejauh manakah penyoalan dalam bilik darjah meningkatkan   
  pencapaian murid dalam mata pelajaran __________?
b) Adakah terdapat perbezaan dalam pencapaian mata
  pelajaran ________ di antara murid yang ditanya soalan aras
  kognitif rendah dan murid yang diajar dengan penyoalan aras
  kognitif tinggi?

Bab 2: Tinjauan Literatur

2.1 Pengenalan

Penyoalan merupakan satu teknik yang digunakan dengan meluas oleh guru
dalam usaha menyampaikan fakta, konsep dan prinsip sesuatu bidang ilmu serta
meningkatkan pemikiran murid. Sejak beribu-ribu tahun guru telah menggunakan
teknik penyoalan untuk menyampaikan pelbagai ilmu sama ada di peringkat pra
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, mahu pun di universiti. Dalam satu
kajian awal oleh Stevens (1912), didapati guru memperuntukkan 80% masa di
sekolah menyoal murid. Kajian yang dijalanakan oleh Leven dan Long (1981)
mendapati guru bertanya 300 hingga 400 soalan sehari.

Apakah tujuan penyoalan? Menurut Morgan dan Saxton (1991) guru


menyoal untuk melibatkan murid supaya lebih aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sambil menilai pembelajaran dan membuka peluang untuk murid
memberi pendapat dan buah fikiran mereka.  Soalan memainkan peranan
penting dalam bilik darjah untuk memberi murid peluang membina ilmu atau
pengetahuan melalui asimilasi dan integrasi konsep-konsep baru (Hauser, 1990).
Untuk mempertingkatkan kefahaman, murid tidak boleh dibiarkan pasif dalam
bilik darjah dan perlu digalakkan lebih aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Davis dab Murrell, 1994)
2.2 Guru Menunggu Jawapan Murid

Dalam kajian yang dijalankan oleh Tobin (1987), didapati guru tidak sabar
menunggu jawapan yang diberi oleh murid lebih daripada 1.5 saat setelah
bertanya sesuatu soalan. Hornea (1982) melaporkan bahawa dengan
memanjangkan masa guru menunggu jawapan daripada murid, penglibatan
murid dalam kelas telah bertambah. Kadangkala tidak sedar betapa penting
menunggu sebelum meminta murid lain menjawab atau guru sendiri yang
memberi jawapan.

Wilen (2000) dalam satu kajian yang melibatkan 100 murid sekolah rendah
melaporkan bahawa guru yang menunggu kira-kira 3 saat setelah soalan
dikemukakan, jawapan yang diberi oleh murid lebih lengkap dan tepat. Murid
lemah yang biasanya menjawab 'tidak tahu' telah mencuba memberi jawapan,
walau kadang kala jawapan berkenaan tidak begitu tepat. Galakkan untuk
menjawab adalah kerana masa yang diberikan oleh guru untuk menjawab
sesuatu soalan.

2.2 Aras Kognitif Soalan

Jenis soalan yang ditanya memainkan peranan penting dalam


perkembangan pemikiran murid. Adalah diuatarakan bahawa guru yang tanya
lebih banyak soalan aras kognitif tinggi akan dapat memperbaiki pencapaian
serta proses pemikiran murid. Soalan aras rendah hanya meminta murid
mengingat kembali fakta manakala soalan aras kognitif tinggi menggalakan
murid mengaplikasi konsep, membuat analisis serta sintesis.

Kajian yang dijalankan oleh Hunkins (1969) dapati bahawa kumpulan murid
yang mana guru menggunakan banyak soalan aras kognitif tinggi berjaya
mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan murid yang
didedahkan kepada soalan aras kognitif rendah. Kajian ini telah dijalankan di
kalangan 50 murid sekolah rendah yang mempelajari kajian sosial. Kleinman
(1965) menjalankan kajian di kalangan 80 murid sekolah rendah yang
mempelajari sains. Dapatan menunjukkan bahawa guru yang menggunakan
soalan aras kognitif tinggi; markah murid dalam mata pelajaran sains telah
meningkat berbanding dengan murid yang disoal menggunakan soalan aras
kognitif rendah.

Mahlios dan D'Angelo (1990) mengkaji kesan aras kognitif soalan dalam
pengajaran pendidikan moral dapati bahawa prestasi murid telah bertambah baik
apabila didedahkan kepada soalan aras kognitif tinggi. Kajian yang dijalankan
melibatkan 70 murid sekolah rendah. Juga sikap murid terhadap pendidikan
moral lebih positif apabila disoal dengan soalan aras kognitif tinggi. Dalam
pengajaran pendidikan bahasa pula, murid yang diajar dengan kerap
menggunakan soalan aras kognitif tinggi, selain pencapaian mereka meningkat,
penglibatan murid dalam kelas telah bertambah baik dan soalan-soalan yang
ditanya lebih bernas.

Bagaimana pun terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan bahawa aras


kognitif soalan tidak berkesan. Mills, Rice dan Berliner 2000) dalam kajian
mereka dikalangan 54 kelas murid sekolah rendah mendapati aras kognitif
soalan yang dikemukakan oleh guru semas pengajaran. Begitu juga dengan
kajian yang dijalankan oleh Smith (1999) yang dapati aras kognitif soalan yang
ditanya oleh guru dalam kelas tidak mempengaruhi pencapaian murid.

2.4 Kesimpulan

Masa menunggu jawapan daripada murid dan aras kognitif soalan yang
ditanya oleh guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
pencapaian murid dalam pelbagai jenis mata pelajaran. Kebanyakan kajian
menunjukkan bahawa guru yang memberi murid lebih banyak masa untuk
menjawab berjaya meningkatkan penguasaan sesuatu bidang ilmu serta
menggalakan penglibatan murid. Juga, soalan aras kognitif tinggi berjaya
meningkatkan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran. Penglibatan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah bertambah

sehingga murid lemah telah digalakkan bertanya dan menjawab soalan.

BAB 3 KAEDAH EKSPERIMENTAL


Apakah itu Kaedah Eksperimental?
Salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan dengan meluas dalam
bidang pendidikan ialah kaedah eksperimental. Kaedah eksperimental mula
digunakan dalam pertanian dimana eksperimen dijalankan untuk menguji
keberkesanan berbagai jenis rawatan (seperti baja, air, cahaya matahari)
terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Kaedah ini juga digunakan
dalam bidang perubatan untuk menguji keberkesanan rawatan (seperti ubatan,
kaedah dan prosedur) terhadap pesakit. Kini kaedah eksperimen digunakan
dengan meluas dalam bidang pendidikan.

Eksperimen dijalankan dalam persekitaran dimana penyelidik memerhati


fenomena yang wujud akhibat daripada sesuatu tindakan dalam situasi yang
terkawal (Kerlinger, 1973). Contohnya, penggunaan kaedah inkuiri dalam
pengajaran mata pelajaran pendidikan kesihatan di kalangan murid sekolah
rendah dan sejauh mana ia mempertingkatkan pemikiran aras tinggi.

Eksperimen direka bentuk khusus untuk melihat kesan sesuatu  tindakan


atau rawatan yang sengaja diperkenalkan dan fenomena yang wujud seperti
markah ujian, jawapan pelajar kepada sesuatu soalan atau tingkahlaku pelajar
dalam kelas. Permerhatian dibuat dalam situasi yang terkawal, iaitu faktor-faktor
(selain daripada rawatan) yang mungkin mempengaruhi fenomena yang wujud
disingkirkan.
Kaedah Kuliah
dan Penyoalan
Kaedah Permainan
Kaedah Inkuiri dan Penyampaian
Kaedah Makmal

Manakah kaedah dan teknik pengajaran berikut lebih berkesan?


Kaedah Eksperimental memang sesuai untuk mengkaji keberkesanan
sesuatu kaedah atau teknik mengajar dalam bilik darjah.
Jenis Variabel

Dalam sesuatu eksperimen terdapat beberapa jenis variabel yang penting; iaitu
variabel bebas dan variabel bergantung (variabel bersandar).

 Variable Bebas ialah variable yang dimanipulasi oleh penyelidik yang


diandaikan membawa perubahan kepada variabel bersandar atau
bergantung. 

 Variabel bergantung (variabel bersandar) ialah akhibatnya daripada


sesuatu eksperimen dan tidak boleh dimanipulasi.

 Contohnya, untuk menguji sama ada terdapat perbezaan pencapaian


dalam matematik di antara lelaki dan perempuan, Variabel Bebas ialah
jantina yang dimanipulasi untuk melibatkan perempuan dan lelaki.
Variable Bergantung (variabel bersandar) ialah pencapaian matematik.

Apakah itu Variabel?


Mengapa Variabel penting dalam Kaedah Eksperimental?
Kaedah mengajar, jantina, markah ujian, sikap dan sebagainya dinamakan
VARIABEL (daripada perkataan Bahasa Inggeris 'Variable'). Variabel mempunyai
nilai tertentu. Contohnya,

 Variabel 'jantina' mempunyai dua nilai; iaitu, 'lelaki' dan 'perempuan' dan
mungkin lazimnya diberi angka 1 untuk 'lelaki' dan 2 untuk 'perempuan'.

 Variabel 'markah ujian' mempunyai nilai 0 hingga 100 atau 0 hingga 50


dan sebagainya.

 Variabel 'kaedah mengajar' mungkin dibahagikan kepada 'kaedah inkuri'


dan 'kaedah kuliah'

Seorang penyelidik ingin menentukan keberkesanan pengajaran oleh rakan


sebaya dalam penulisan karangan di kalangan pelajar tahun 5 di sekolah rendah
(Lihat Rajah di atas).

 Variabel Bebas ialah kaedah mengajar yang dimanipulasi oleh


penyelidikan dan terdiri daripada dua jenis; iaitu, pengajaran
menggunakan rakan sebaya dan pengajaran menggunakan kaeadah
kuliah. Dalam Kumpulan 1, pelajar  pencapaian tinggi mengajar pelajar
pencapaian rendah, manakala dalam Kumpulan 2, pelajar diajar oleh
guru.

 Variabel Bersandar ialah kebolehan Kefahaman Bacaan yang diukur


dengan pelajar daripada Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 diberi Ujian
Kefahaman Bacaan selepas pengajaran.
Kebolehpercayaan dan Kesahan Variabel Bersandar

Variabel bersandar boleh merupakan ujian pencapaian, skala sikap,


inventori minat, ujian personaliti dan sebagainya. Adalah penting sesuatu ujian
bersandar mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

 Kebolehpercayaan ujian ialah konsistensi atau kestabilan ujian.

 Kesahan ialah sama ada ujian itu menguji konstruk yang hendak diuji.

Menurut Christensen (1988), terdapat penyelidik yang menggunakan kaedah


eksperimental tidak memberi perhatian sewajarnya kepada kebolehpercayaan
dan kesahan ujian (variabel bersandar) yang mengukur kesan sesuatu rawatan.

Kebolehpercayaan variabel bersandar boleh ditentukan dengan konsistensi


repons yang diperolehi. Jika, respons atau jawapan subjek sama setiap kali ujian
itu ditadbirkan, ujian itu dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Kesahan ditentukan dengan mencari bukti ujian itu mengukur konstruk yang
ingin diukur. Salah satu menentukan kesahan sesuatu ujian ialah dengan
memberi definisi dan keterangan yang jelas mengenai konstruk tersebut.
Sekiranya, anda menggunakan ujian bacaan sebagai variabel bersandar,
terangkan apa yang diukur oleh ujian bacaan anda. Contohnya, adakah ia
menguji kefahaman, kosa kata dan sebagainya. Dengan membaca bahan
literatur, anda dapat memastikan maksud bagaimana penyelidikan lain mengukur
kebolehan bacaan.

Kumpulan 1: n=35 murid


    Rakan Sebaya
Kumpulan 2: n= 35 murid
Apakah yang Maksudkan dengan KAWALAN?

Untuk menjalankan eksperimen yang sah, adalah penting pengaruh variabel-


variabel extraneous atau luar dikawal, iaitu; pengaruh faktor lain yang mungkin
menjejas keberkesanan rawatan. "Kawalan" ialah tindakan yang di ambil oleh
penyelidik untuk memastikan faktor-faktor luaran tidak mempengaruhi
eksperimen yang dijalankan.

Katakanlah anda telah membahagikan murid kepada dua kumpulan (Lihat


Rajah sebelah). Dalam Kumpulan Eksperimental, murid diajar dengan
menggunakan Alat Bantuan Mengajar manakala dalam Kumpulan Kawalan,

murid diajar tanpa Alat Bantuan Mengajar.

Bayangkan apa akan terjadi sekiranya, sebahagian besar subjek di dalami


Kumpulan Eksperimantal  terdiri daripada murid yang mempunyai penguasaan
bahasa yang rendah manakala subjek dalam Kumpulan Kawalan terdiri daripada
murid yang mempunyai penguaaan bahasa yang tinggi.

Kemungkinan besar, murid dalam Kumpulan Kawalan akan mendapat


markah tinggi dalam ujian pendidikan kesihatan: Topik "Kesimbangan Makanan"
walau pun guru tidak menggunakan alat bantuan mengajar. Markah murid dalam
Kumpulan Kawalan ini mungkin lebih tinggi daripada markah yang perolehi oleh
murid dalam Kumpulan Eksperimental yang diajar menggunakan alat bantuan
mengajar.

Berdasarkan keputusan ini, anda mungkin membuat rumusan bahawa


penggunaan alat bantuan mengajar tidak membantu murid menguasai fakta dan
konsep dalam pendidikan kesihatan.

Teknik Kawalan dalam Penggunaan Kaedah Eksperimental


KAEDAH  MENGAJAR

VARIABEL
BERGANTUNG

Pendidikan Kesihatan
Topik: "Kesimbangan Makanan"

Sebenarnya, bukan "alat bantuan mengajar" itu tidak berkesan. Pemilihan


murid untuk kedua-dua kumpulan itu tidak betul. Oleh kerana, terlalu ramai murid
dalam Kumpulan Eksperimental terdiri daripada murid yang tidak fasih dalam
bahasa, maka kemungkinan besar mereka tidak memahami apa yang mereka
membaca dan tidak memahami soalan-soalan ujian.
Oleh itu, anda perlu memastikan bahawa ciri-ciri dan kebolehan murid yang
terdapat dalam Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Kawalan adalah hampir
sama; iaitu anda MENGAWAL ekseperimen anda.

Pengagihan rawak
Bagaimana Hendak melakukan KAWALAN?
Dua teknik kawalan dibincangkan; iaitu pengagihan rawak dan memadan.

1) Pengagihan Rawak

Pengagihan rawak merupakan asas bagi kaedah eksperimental.


Apakah yang dimaksudkan dengan "rawak" atau "rambang"? Rawak atau
rambang bermakna setiap subjek atau murid mempunyai peluang yang sama
atau kebarangkalian sama untuk dipilih dan diagihkan sama ada kepada
Kumpulan Eksperimenal (murid diajar dengan alat bantuan mengajar) atau

Kumpulan Kawalan (murid diajar tanpa alat bantuan mengajar).


.

Kelebihan pengagihan rawak ialah kerana ia dapat mengawal variabel


extraneous atau variabel luar yang diketahui dan juga tidak diketahui. Sekiranya,
anda mengagihkan atau memilih murid secara rawak atau rambang,
kemungkinan besar, bilangan murid yang lemah penguasaan bahasa di dalam
Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Kawalan adalah sama. Sambil itu,
bilangan murid tingii pengusaan bahasa di kedua-dua kumpulan juga hampir
sama.

You might also like