You are on page 1of 4

Kepentingan Perpustakaan

Perpustakaan merupakan sumber rujukan ilmu pengetahuan. Setiap sekolah


biasanya menyediakan kemudahan perpustakaan. Jelas sekali perpustakaan sebenarnya
banyak faedahnya.
Sewaktu berada di sekolah atau di rumah, pada masa lapang kita boleh ke
perpustakaan untuk belajar. Suasana yang selesa di perpustakaan memudahkan kita untuk
mengulangkaji pelajaran. Di perpustakaan terdapat banyak buku yang dapat dijadikan
rujukan untuk mengulangkaji pelajaran.
Perpustakaan merupakan gedung ilmu. Di situ terdapat pelbagai buku yang boleh
dibaca untuk menambahkan pengetahuan.
Melalui buku-buku di perpustakaan juga kita boleh mengetahui mengenai negara-
negara luar. Melalui pembacaan atlas, ensiklopedia dan sebagainya boleh membantu kita
mendapat pengalaman baru. Bahkan melalui pembacaan bahan-bahan tersebut kita boleh
mengenali dengan lebih dekat negara-negara luar.
Banyak juga bahan di perpustakaan dapat dijadikan sumber hiburan kepada kita.
Selepas penat mengulangkaji pelajaran kita boleh meminjam bahan-bahan ringan seperti
buku cerita dan sebagainya.
Jelaslah bahawa perpustakaan banyak kepentingannya kepada kita. Tepatlah
bahawa perpustakaan adalah sumber maklumat kepada kita.
Soalan ramalan
1.Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Tulis catatan mengenai sukan
tersebut.

2 Kamu ialah seorang pengawas sekolah. Pada waktu rehat, kamu telah melihat
dua orang murid sedang bertengkar. Kamu cuba untuk mendamaikan mereka.
Tuliskan dialog antara kamu dan dua orang murid itu.

3 Aku dan beberapa orang rakanku sedang membersihkan tapak untuk mendirikan
khemah. Tiba-tiba salah seorang daripada rakanku pengsan.
Lengkapkan cerita di atas.

Contoh Jawapan:

Soalan 1

Sabtu, 24 Mei 2010

7.30 pagi - Aku tiba di sekolah. Ramai rakan-rakanku telah tiba lebih awal. Kami
terus berkumpul di rumah sukan masing-masing untuk mendengar taklimat
daripada ketua rumah.

8.00 pagi - Para tetamu telah mula memenuhi khemah-khemah tetamu kerana
acara sukan akan bermula.

8.30 pagi - Acara sukan bermula dengan acara-acara sukanika murid pra sekolah
dan murid tahap satu. Antara acara yang menarik ialah acara tiup belon dan rebut
hadiah murid pra sekolah. Pelbagai aksi yang melucukan dapat disaksikan.

10.00 pagi - Waktu rehat, para hadirin dihiburkan dengan persembahan gimrama
oleh murid-murid tahun empat. Persembahan ini telah mendapat tepukan
gemuruh.

10.30 pagi - Acara sukan tahap dua bermula. Setiap rumah telah menunjukkan
persaingan yang sengit untuk menjadi juara. Acara kemuncak ialah tarik tali antara
rumah. Rumah saya, rumah merah telah muncul sebagai juara.

12.00 tengah hari - Upacara penutup dan penyampaian hadiah dijalankan. Tuan
Pegawai Pendidikan Daerah telah menyempurnakan upacara tersebut. Rumah
Merah telah muncul sebagai juara keseluruhan temasya sukan kali ini.
Contoh Jawapan:
Soalan 2

Pengawas : Hisham, Zaki! Mengapa kamu bertengkar?


Hisham : Zaki telah mengambil duit saya ketika saya tiada di dalam kelas.
Pengawas : Kamu tidak boleh menuduh seseorang itu mengambil duit kamu jika
kamu tidak mempunyai bukti dan saksi.
Zaki : Sebenarnya saya telah menjelaskan kepada Hisham bahawa saya tidak
mencuri duitnya. Tetapi Hisham tidak mempercayainya.
Pengawas : Bertenanglah. Janganlah kamu terus bertegang leher kerana tidak akan
menyelesaikan masalah. Hisham, sudah kamu periksa dengan teliti
meja kamu?
Hisham : Saya telah memeriksa laci meja saya tetapi duit itu tidak ada di situ.
Pengawas : Kamu Zaki! Ada kamu melihat sesiapa menghampiri meja Hisham
ketika dia tiada di dalam kelas.
Zaki : Saya kurang pasti kerana ketika Hisham pergi ke tandas, saya dan
Sailan pergi menemui Cikgu Zainab di hadapan kelas.
Pengawas : Baiklah Hisham, Zaki. Sebenarnya tiada siapa yang tahu orang yang
telah mengambil duit itu. Janganlah kamu bertengkar lagi. Biarlah
kita adukan masalah ini kepada Guru Disiplin untuk disiasat.
Hisham : Saya minta maaf, Zaki kerana menuduh kamu mengambil duit saya.
Zaki : Tidak mengapa. Saya sedia memaafkan kamu.
Pengawas : Semoga kamu akan berbaik-baik semula.

Contoh jawapan soalan 3


Aku, Nasir, dan Hilal sedang membersihkan tapak perkhemahan. Kami
mencabut rumput dan membuang daun serta ranting kering. Tiba-tiba, Hilal
menjerit, “Nasir pengsan! ”.

Aku dan Hilal tergamam seketika. Kami meghampiri Nasir. Muka Nasir
kelihatan pucat dan tidak bermaya. Aku dan Hilal segera memapah Nasir dan
membawanya ke bawah pokok. Aku menyuruh Hilal mengambil kotak ubat yang
kami bawa.

Aku pasti Nasir pengsan kerana keletihan dan tambahan pula dia belum
bersarapan lagi. Aku membuka butang bajunya, sambil mengipas-ngipaskannya.
Hilal menyapukan minyak angin di bahagian kepala dan leher Nasir. Lima minit
berlalu, namun Nasir masih tidak sedar.

Aku dan Hilal mengambil keputusan untuk membawa Nasir ke hospital. Kami
segera memapahnya ke tepi jalan. Aku menahan sebuah kereta dan meminta
pemandunya menghantar Nasir ke hospital.

Sampai di hospital , aku memberitahu doktor mengenai kejadian yang


menimpa Nasir. Nasir telah dibawa ke unit rawatan rapi. Aku berdoa semoga Nasir
akan selamat.
Sepuluh minit kemudian, doktor yang merawat Amran menepuk-nepuk bahuku
sambil berkata, “Mujurlah kamu dapat memberi pertolongan segera, kalau tidak
mungkin….” Aku bersyukur kerana Nasir selamat walaupun terpaksa membatalkan
hasrat untuk berkhemah .

You might also like