You are on page 1of 3

CARA MEMBUAT POLA PELMET

CADANGAN:

1. Untuk menghasilkan pelmet yang cantik hendaklah menggunting kain langsir tersebut secara
memangjang (tiada sebarang sambungan di bahagian tengah kain langsir.)

2. Juga Untuk menghasilkan pelmet yang cantik ia memerlukan 2 keping kain.  Anda boleh
menggunakan kain yang berbeza seperti kain hadapan lebih mahal manakala bahagian belakang
lebih murah.

Langkah-langkah membuat pola PELMET

1. Ukur lebar tingkap rumah anda.

** ukur lebar tingkap serta tambahkan 8 inci untuk ukuran lebih agar pelmet yang dihasilkan
cantik.

Contoh :

72 “ ( lebar sebenar tingkap) + 8 “ (ukuran tambahan)

*   Jika ingin membuat penyeri pelmet sehingga menutupi bahagian tepi kiri dan
kanan trek langsir, tambahkan/panjangkan ukuran kain langsir anda mengikut lebar
ukuran tepi di kedua-dua belah trek tersebut.

2. Pola Pelmet ini di sediakan lebih kurang separuh sahaja dari panjang sebenar ukuran kain
yang ingin digunakan.  Oleh itu, untuk mendapatkan bentuk dan hasil yang memuas ikuti
langkah-langkah di bawah ini.
a)Sebelum menggunting kain langsir, ukur panjang pola yang di sediakan dan di darab dengan 2.

b)Gunting memanjang mengikut ukuran panjang pola tersebut.  Manakala ketinggian pelmet
adalah mengikut citarasa anda. Lihat rajah 1.  Lebihan kain tersebut bolehlah digunakan untuk
membuat pelmet yang lain.

c) Lipat dua kain tersebut. Tindihkan pola di atas kain dan penitikan di sekeliling pola tersebut
supaya ia tidak lari/bergerak. Lihat rajah 2.  Pastikan tanda tengah di letakkan di bahagian
tengah kain(tepi kain yang di lipat dua).

*        Jika ketinggian yang anda inginkan lebih rendah daripada ukuran pola maka pola tersebut
boleh di lipat dan penitikan sepanjang bahagian atas pola tersebut mengikut ukuran anda. Begitu
juga untuk ukuran tepi kiri dan kanan pola tersebut(untuk ukuran lebar yang lebih pendek dari
ukuran pola).
    
d)Guntingkan mengikut bentuk pola di sepanjang bahagian  bawah pola sehingga selesai.

e) Tanggalkan peniti. Lakukan perkara yang sama untuk kain bahagian belakang pelmet.

f) Anda juga boleh membentuk kain pengeras(untuk bahagian tengah pelmet supaya ia
kelihatan tegang dan tegap) menggunakan pola yang sama tetapi mengurangkan ukuran
tingginya ± 1½ inci dari ukuran kain langsir yang telah di gunting.

        
*        Jika anda suka menggunakan kain pengeras bergam, hendaklah menggunakan
gam yang paling kuat(berkualiti tinggi) supaya bila kain tersebut di basuh ia tidak
tertanggal dari kain pengeras tersebut.

g) Terbalikkan kedua-dua kain tersebut dan temukan/tindihkan.  Jahitlah mengikut bentuk kain
langsir tersebut.
    
*        untuk mendapatkan hasil jahitan yang cantik(tidak berkedut setelah di jahit),
guntingkan setiap bahagian basian kain(yang melengkung) sehingga menghampiri
jahitan yang telah di siapkan.  Jarak di antara setiap guntingan tersebut ialah  1 inci.

Selesai

PERINGATAN
       *   Elakkan menggunakan kain yang elastik(tekstur yang tidak tetap seperti bergetah). Bagi
anda yang tidak mahir menjahit akan menghadapi masalah dengan kain jenis ini.
       *   Jangan di tarik-tarik/ditegangkan kain dan pola anda.  Sapukan/ratakan seadanya. Ia
juga boleh di gosak menggunakan suhu yang rendah bagi menghilangkan kesan lipatan.

You might also like