You are on page 1of 2

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

• Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) Il1cnjelaskan perkell1bangan kanak-


kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak
tersebut. Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran
terhadap kanak-kanak Jan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran .
• Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem,
iaitu :
1. Mikrosistem
Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara
langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik.
Rakan-rakan, jiran dan guru.
2. Mesosistem
Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh
mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah
boleh mempengaruhi lingkah laku individu di sekolah Contoh: rumah-sekolah,
rumah-jiran, sekolah-jiran
3. Eksosistem
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung
tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada
kanak-kanak alan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh:
sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang
dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi
perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
4. Makrosistem
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan am alan
masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan
(Santrock, 200H). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih
dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran clan pekerjaan-pekerjaan yang
penting.
5. Kronosistem
Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih
berfokus kepada permainan-permainan komputer jika di banding dengan kanak-
kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran
rumah.

You might also like