You are on page 1of 88

PENGENALAN TAMADUN

Dari segi bahasa, tamadun membawa maksud yang sama dengan perkataan
civilization. Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab iaitu “madana” yang bererti
kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Tamadun juga membawa erti
membuka bandar. Daripada perkataan “madana”, terbit pula perkataan ‘madinah’ yang
bermaksud bandar dan juga madani yang bermaksud orang yang berkelakuan seperti
orang bandar yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan beradab sopan dalam
tingkah laku.

Edward L. Farmers pula berpendapat bahawa definisi tamadun ialah sebagai satu
unit budaya yang besar dan mengandungi norma-norma sosial, tradisi, dan institusi
yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi.

Menurut Profesor Wan Hashim Wan Teh bependapat bahawa perbezaan antara
tamadun dengan budaya ialah tahap pencapaiannya.

Kesimpulannya, istilah tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan


pemerolehan dalam segala perlakuan,pemikiran dan penciptaan yang baik, halus,
sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang
mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia bagi sesebuah masyarakat
atau negara bangsa.

SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


MASYARAKAT MAJMUK

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara


yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh
Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling
utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat
membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat
dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada
beberapa kaum atau bangsa.

Oleh itu, gabungan keduadua istilah masyarakat majmuk membawa maksud


satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah
membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di
sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’. Manakala,
menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul
akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk
mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-
kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik.

Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara


kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan
cara hidup yang tersendiri. Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang
menumpukan semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan
pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk.
Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era
kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau
bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat
majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada
penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali
Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza
iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Di sini kita akan mengupas kewujudan
masyarakat majmuk di Malaysia melalui penjajahan kuasa asing.

PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

A) KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA

Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah
kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan Sultan
Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham Sultan telah menahan beberapa
pedagang Potugis yang datang berdagang.Demi membebaskan para banduan Alfonso
De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan
Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi .Keengganan baginda
sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan kehadiran 800 orang Portugis dan
600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi
jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika itu.Pada 24 Ogos 1511 orang
Portugis telah berjaya menawan Melaka.
B) RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA

Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606 –
Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga
bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.Pada tahun 1636 kapal
Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke
tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho
telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

C) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG

DUNIA KEDUA

Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British.Pendudukan British di


Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di
Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau
Pinang dan Singapura. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824,
secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Ketiga-
tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-
negeri Selat.

Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan


bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan
mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun
dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar
dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil. Tanah
Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan
perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai
buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan


pertumbuhan bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum
mengikut sektor ekonomi.
Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan
bandar dan luar bandar bertambah besar. Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule)
melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi,
masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala
masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah.

Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai


petani. Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun
selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan
jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih
banyak migrasi masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat
di penghujung abad ke-19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti
getah dan kopi. Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.

D) PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit
terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini.
Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan
ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di
Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan
daripada pentadbiran di Tanah Melayu.Dari segi pentadbiran , satu wilayah pentadbiran
dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang , Melaka , Perak , Pahang , Selangor , dan
Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis , Kedah , kelantan , dan Terengganu
diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945, dengan tujuan membalas
jasa Siam.

Penjajahan Jepun mewujudkan kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara


kaum hubungan kaum dan juga keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta
pentadbiran. Semasa Perang Dunia ke-2, terdapat 2 bentuk hubungan kaum iaitu
hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA)dan juga
hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi
terhadap etnik cina.

Penindasan Jepun terhadap orang-orang China telah menyebabkan mereka


membuka kawasan-kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah
setinggan di Tanah Melayu.Ini membawa kepada pertembungan dengan orang-orang
melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi.

Pertembungan budaya ini telah membawa kepada perkahwinan kacukan di


antara orang melayu dan China telah melahirkan generasi masyarakat Baba dan
Nyonya yang boleh kita lihat banyaknya di negeri Melaka pada hari ini. Penguasaan
Jepun di Tanah Melayu menyekat kemasukan migrasi terutamanya dari China
disebabkan peperangan antara China dan Jepun. Pada 1947 sehingga 1953, telah
berlaku pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara itu migrasi dari
India masih lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah. Pada tahun 1945
Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu.

E) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SELEPAS JEPUN

Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945,British kembali
memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui
pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.Namun begitu sokongan rakyat
terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu
menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Perkara ini
membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum
daripada pihak British.

Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana untuk
mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan
bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai
warganegara.Pada mulanya agak sukar bagi masyarakat Melayu menerima pemberian
kerakyatan kepada kaum Cina dan India.Namun dengan berlakunya keganasan Parti
Komunis Malaya yang berleluasa yang menyebabkan hubungan etnik tegang di mana
etnik Cina yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu
sebagai kaedah balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu.Berpunca daripada
keadaan ini,kerajaan teleh mengistiharkan darurat pada tahun 1948 .

Semasa darurat, hubungan etnik bertambah baik mewujudkan kerjasama


menentang komunis. Keganasan PKM menyebabkan British menawarkan kerakyatan
secara automatik kepada penduduk imigran Tanah Melayu yang akhirnya terpaksa
dipersetujui oleh orang melayu sebagai salah satu kaedah membanteras keganasan
PKM. Pada tahun 1957 , British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha
Rombongan kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman.

Darurat hanya dibubarkan pada tahun 1960.Kesan dari penjajahan British telah
memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang
dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari ini.

Kesan Penjajahan kuasa asing dalam pembentukan masyarakan majmuk di


Malaysia.
Dalam melihat perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia juga dapat
dirumuskan dengan melihat kepada tiga tempoh yang berbeza. Pertamanya, zaman
penjajahan British. Didapati ketiga-tiga kaum langsung tidak berinteraksi. Boleh
ditegaskan Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi kormesial pula milik orang Cina
dan India sementara politik milik British hinggakan orang Melayu ketinggalan.
Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat
dengan ekonomi kormesial.

Salah satu sebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan
penduduk asal serta ‘Dasar Pecah Perintah’ yang dijalankan British sewaktu
penjajahanya. Tempoh yang kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan.
Dalam hal ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan Parti
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan
India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan
kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung iaitu Parti Perikatan. Hasil
daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetuju memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957.

Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh


penjajahan Jepun pada 1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya.
Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat.
Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujuk zaman
selepas 1969. Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari
segi ekonomi. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi
yang boleh mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar
masyarakat majmuk. Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan.
Masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi
dari budaya lain.

Sekitar tahun 1965, penggunaan “Malaysian Malaysia”telah mula digunakan namun ia


tidak begitu diterima pakai. Kini, ia menjadi salah satu matlamat kerajaan dalam
memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.
Kesimpulan

Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada


penjajahan British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara
yang paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun
dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan
masing-masing. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam
hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting.
Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti
sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina
Negara-Bangsa. Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan
kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan
yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Identiti Negara-
Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma
serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.

Tamadun melayu

1.Kemunculan pusat-pusat Tamadun Melayu


 Islam Kedatangan Islam
 Pusat Tamadun Melayu Islam di Nusantara
2.Perkembangan Bahasa & Sastera Melayu

3. Sistem Pendidikan & Perundangan Dalam Tamadun Melayu Islam

4. Seni Dalam Tamadun Melayu Islam – seni tampak, seni bina, seni tekstil dan
busana

 Bangsa – Suku bangsa serumpun di Nusantara iaitu kelompok Ras


Melayu Polinesia atau Austranesia

 Budaya – masyarakat yang ‘heterogeneous’, memperlhatkan pelbagai


ragam budaya tempatan dan sukuan dari akar budaya yang sama

 Digunakan dalam lingkungan penutur & wilayah Melayu. Menjadi bahasa


‘Lingua Franca ‘ di Nusantara, bahasa agama, bahasa ilmu, undang-
undang & perdagangan

 Ratusan bahasa daerah yang dituturkan oleh penduduk Melayu yang


berjumlah 230 juta orang

Kemunculan Pusat-Pusat Tamadun Melayu Islam

 Turut dikenali sebagai Alam Melayu, Dunia Melayu atau Gugusan Pulau-
pulau Melayu

 Penduduknya ialah Ras Melayu Polinesia atau Ras Kulit Cokelat( Brown
Race )

 Wilayah Kemelayuan merangkumi selatan Vietnam & Kemboja, seluruh


wilayah Segenting Kra hingga selatan Burma.

Pengaruh tamadun melayu


PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU

Tamadun melayu menjadi pemankin kepada negara dan tamadun Malaysia


dengan berasaskan Islam. Kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara dan
penerimaannya oleh masyarakat Melayu Merubahkan hampir keseluruhan pandangan
semesta orang Melayu pra-Islam.Kedatangan Islam menjadikan pandangan semesta
Melayu mulai berubah dari fahaman animism dan Hinduisme kepada konsep tauhid.

Begitu juga dengan pengaruh sistam-sistem yang ada di dalam Islam yang turut
memantap dan mempekukuhkan lagi pandangan semesta Melayu. Maka aspek-aspek
seperti konsep Tuhan sebagai matlamat, manusia sebagai dwifungsi iaitu hamba dan
khalifah Allah di muka bumi, alam sbagai tempat atau alat untuk manusia menjalankan
segala urusan untuk kemakmuran manusia menjalan nsegala urusan untuk
kemakmuran manusia menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia sejagat
mula difahami dan difahami dan diamalkan oleh orang Melayu.Anjakan paling ketara
dalam pandangan semesta Islam ialah orang Melayu sudah memahami bahawa hidup
mereka tertumpu dan terarah kepada konsep tauhid atau kepercayaan yang teguh
kepada Tuhan Yang Esa. Berdasarkan hal ini, orang Melayu memahami bahawa Tuhan
itu adalah Tuhan Yang Maha Esa yang wajib disembah seterusnya sebagai tempat
bergantung harap dan bermohon, tidak kepada kuasa-kuasa lain sepertimana dalam
pengaruh-pengaruh sebelumnya.

Pada asanya tamadun Melayu Islam telah dibina diatas enam dasar pandangan
semesta dan prinsip tamadun berasakan wahyu seperti berikut:i.Alam ini hasil ciptaan
dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam dunia dan alam akhirat;
alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada kehidupan di alam syurga,
dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam dunia ini adalah amanah untuk
kemanfaatan kehidupan manusia.
Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan
bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki
mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insane
muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, mu’asyarat, akhlak dan
ihsan.

Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya
pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat;
balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah, balasan
yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka / kesusahan
di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan dosanya
ataupun untuk meningkatkan maqamnya.iv.Wawasan, objektif, niat, strategi, dan
operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan mematuhui segala espek
hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi, keingkaran, dan penafian terhadap
sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan makruh, yang halal adalah jelas; adat
bersendikan hukum dan hukum bersendikan kitab Allah.
PEMBINAAN JATI DIRI & MODAL INSAN

Konsep kemuliaan insan dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat
bertamadun perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah
peradapan yang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak
dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang diamalkan oleh sebahagian
besar masyrakat hari ini.Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia
memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang
jelas mutahir ini ialah nilai-nilai kemuliaan insane ini semakin terhakis akibat gelombang
modenisasi dan globalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya.
Ia juga dapat diperincikan menerusi:

Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada


kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling
menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.

Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang


menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia
dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia
tidak lagi bersifat sacral(Zulkiflee & Mohd Nasir, 2005:89).Tegasnya, dalam usaha
membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya umat Melayu hari ini
kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat Melayu zaman
kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang
tentunya akan melahirkan watak insane Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak
mulia.

perayaan
HARI RAYA AIDILFITRI

Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari
subuh hingga ke maghrib.Selain dari larangan terhadap makan dan minum, umat Islam
juga dilarang memasukkan sesuatu kedalam rongga, merokok, dan melakukan
hubungan seks di waktu siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan
untuk tidak berpuasa. Ramadhan juga adalah bulan dimana umat Islam menyucikan diri
dengan menambah amal ibadah, seperti solat terawih di malam hari, berzikir, dan
berzakat. Berpuasa juga bermaksud menahan diri dari melakukan perbuatan mungkar
seperti menipu, mengata orang lain, berbohong dan perbuatan dosa lain.

Ibadah puasa diajar termasuk kepada anak-anak kecil.Terdapat satu malam di


bulan Ramadhan yang dipanggil malam Lailatul Qadar. Ia bermaksud malam yang lebih
baik dari seribu bulan. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah di malam itu.

Ibadah zakat, iaitu bersedekah sebahagian dari harta kepada pihak-pihak yang
tertentu adalah juga rukun Islam seperti puasa. Zakat fitrah yang dikeluarkan pada
bulan Ramadhan adalah bertujuan menyucikan harta dan rohani dari kemungkaran. Ia
mesti ditunaikan sebelum akhir Ramadhan

Ketibaan bulan Syawal, iaitu bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri
bermula dari terbenamnya matahari pada 30 haribulan Ramadhan. Ia biasanya di
sahkan lagi dengan upacara melihat anak bulan.

Aidilfitri adalah masa untuk kemeriahan dan kemaafan.Kemeriahan Hari Raya


ditonjolkan dengan kembalinya beramai-ramai warga kota ke kampong. Upacara yang
digelar balik kampung’

ini menyebabkan kota-kota besar menjadi lengang dan jalanraya menjadi sesak.
Masing-masing ingin merayakan Aidilfitri bersama ibu bapa dan keluarga. Seluruh
keluarga akan bergotong royong menghias rumah dan memasak juadah.
HARI RAYA AIDILADHA
Selain dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam seluruh
dunia ialah hari raya Aidiladha.Ia disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu dua bulan
setelah Syawal.Ia juga dikenali sebagai hari raya Haji atau hari raya Korban.

Nama hari raya Haji diambil sempena dengan ibadah haji yang dilakukan
semasa bulan Zulkaedah dan Zulhijjah. Di tanah suci Makkah, kedatangan Aidiladha
menandakan sempurnanya ibadah haji. Hari raya Korban pula diambil dari peristiwa
ibadah kurban yang dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail.Walaupun
baginda berat hati untuk menyembelih anaknya , tetapi nabi Ibrahim tetap
melaksanakan ibadah korban demi taatnya baginda kepada Allah Taala.Inilah yang
menjadi ikutan oleh umat Islam sampai ke hari ini.

Setiap kali tibanya Aidiladha, seperti Aidilfitri juga umat Islam bersolat sunat pada
pagi hari.Dengan berpakaian baru, kemudian umat Islam berkumpul bersama keluarga
dan menjamah juadah.Hidangan pada Aidiladha tiada jauh bezanya dengan Adilfitri,
ketupat, lemang, rendang, serunding dan kuih muih disediakan.

Kemudian, umat Islam akan keluar ke masjid-masjid semula untuk


melaksanakan ibadah korban. Disini, lembu, kambing, biri-biri dan kerbau disembelih.
Bahkan stail terbaru sekarang terdapat juga unta disembelih di Malaysia. Ini adalah
ibadah sunat yang dituntut sempena Aidiladha, sebagai lambang tulus dan ikhlasnya
hamba terhadap Allah Taala.

Selepas binatang ternakan itu disembelih, daging akan dibahagi-bahagikan.


Satu pertiga diberi kepada tuan punya, dan selebihnya diberi kepada fakir miskin, jiran-
jiran dan semua orang Islam.Hikmah dari cara ini adalah ia mengeratkan silaturrahim
dan membatu orang-orang yang kurang berkemampuan. Aidiladha juga disambut
dengan tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka. Aidiladha juga adalah lambang
keabdian hamba kepada Allah, dimana kita harus bersyukur atas nikmatNya dengan
menyedekahkan sebahagian harta dengan mereka yang kurang bernasib baik.
\

MAAL HIJRAH

Maal Hijrah atau disebut juga Awal Muharam, adalah hari penting untuk umat
Islam.Ia adalah hari pertama dalam bulan pertama umat Islam.
Maal Hijrah bermaksud perpindahan.Pada hari ini berlaku penghijrahan Nabi
Muhammad S.A.W dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah. Peristiwa
ini berlaku pada tahun 622 masehi.Makna lain bagi hijrah ialah perubahan daripada
keburukan dan kelemahan kepada kebaikan dan kelebihan.Ia boleh menjadi permulaan
kepada penilaian terhadap pencapaian diri sendiri.

Tidak ada ibadah khusus untuk hari ini. Tetapi masyarakat Islam seluruh negara
menyambutnya dengan

mengadakan tadarus al Quran, berzanji, ceramah dan perarakan.

Terdapat juga anugerah Tokoh Maal Hijrah diperingkat negeri dan kebangsaan.
Ini adalah pengiktirafan terhadap sumbangan orang perseorangan Islam yang
cemerlang dari segi sahsiah, kerjaya, dan menyumbang pada masyarakat.

10 Muharam pula dikenali sebagai hari as Syura. Ia adalah hari dimana banyak
peristiwa besar berlaku dalam Islam.Masjid-masjid seluruh negara biasanya membuat
bubur as Syura, dan disedekahkan kepada jemaah, sebagai tanda muafakat.10
Muharram bukanlah cuti umum kepada rakyat, tetapi negeri seperti Johor, Kelantan dan
Terengganu mengisyhtiharkan Awal Muharram sebagai cuti umum.
PAKAIAN

BAJU KEBAYA

adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang
dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung batik atau pakaian tradisional
yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.Dipercayai kebaya berasal
daripada kaum Cina yang berhijrah ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu
menyebar ke Melaka Jawa Bali Sumatera dan Sulawesi. Setelah penyesuaian budaya
yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk
setempat.Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa kebaya adalah pakaian yang hanya
dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan
Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian
rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori
menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.Pakaian yang mirip yang disebut
"nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka.
Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut
"kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga
terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli
fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi desain dan membuat kebaya menjadi
pakaian yang lebih moden. Kebaya yang dimodifikasi boleh dikenakan dengan seluar
jeans.
BAJU KURUNG

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya
terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan
mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung
secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh.
Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah
istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.
Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’
walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri
tersendiri.

BATIK

merujuk kepada hiasan kain dengan menggunakan pelbagai warna dan corak. Teknik
Batik telah diketahui lebih sedekad (millennium), kemungkinannya berasal dari Mesir
kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Nigeria,
Cameroon dan Mali, atau di Asia, seperti India, Sri Lanka, Bangladesh , Iran, Thailand,
Indonesia, dan Malaysia.

Makanan
MAKANAN MELAYU

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak
beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling
mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang
unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri
Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-
masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50
peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu
menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu,
berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut
Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana
Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan
budaya seni mereka yang sangat kaya.

Belacan

Ia merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang
dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan
berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit
sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Mahupun begitu, sekiranya
dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.  Belacan juga merupakan
salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang
ditumbuk lumat dengan menggunakan lesung tangan.
Botok-botok

Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang
hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya
berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong
ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk
masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya
terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.

Cencalok

Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan


tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan
sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim
masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat
Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan
nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang
geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan
sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akan
dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-
rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari.
Untuk menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi. Untuk
menyedapkan lagi apabila dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan lada
basah dan bawang besar yang dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis atau
limau kasturi atau juga dicampurkan sedikit lada basah dan sehiris halia kemudian
digoreng dengan telur.

Gula Melaka
Gula Melaka atau dikenali juga dengan nama Gula Tuak banyak terdapat di Melaka.
Gula Melaka diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula
Melaka ini berbeza dengan gula tiruan yang berada di pasaran kini.
Proses membuat Gula Melaka bukanlah satu pekerjaan yang mudah kerana ia terpaksa
melalui tiga peringkat pemprosesan. Seseorag yang pakar dalam membuat Gula
Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang dapat menghasilkan air nira yang baik. Ini
penting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.

Peringkat pertama dalam menghasilkan Gula Melaka ialah dengan menggunakan buluh
dan pengikatnya serta pisau yang dikenali sebagai ‘penyadap’ untuk mengambil nira
kelapa. Setelah itu, mayang kelapa dilenturkan dengan membalutnya pada daun kelapa
muda. Ianya dilenturkan sedikit demi sedikit dan proses ini berterusan sehingga
seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah. Mayang yang dilentur dibuang
seludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit dan air nira ditakung ke dalam buluh yang
sepanjang 1 kaki. Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah air
nira daripda menjadi masam. Air nira ini dikenali sebagai air tuak.

Pada peringkat kedua proses memasak Gula Melaka selama empat jam. Pada
peringkat ini pengawasan dan pengalaman penting bagi mneghasilkan gula yang baik.
Tempat memasak gula Melaka dikenali sebagai sebagai ‘sabak’. Api sabak mesti dijaga
agar tidak terlalu besar ketika gula mulai pekat dan mengeluarkan buih yang berwap
panas. Nyalaan api tidak boleh dibesarkan lagi di peringkat ‘bunga sena’ di mana
keadaan gula telah menjadi agak pekat dan mengeluarkan banyak buih dan mula
dikacau perlahan-lahan. Beberapa minit kemudian, kancah diturunkan dan terus
dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.

Peringkat terakhir ialah bagi memastikan setelah cukup ukuran kepekatannya dan gula
masih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi 3 inci,
tidak tertutup di kedua-dua hujungnya dan tabung tersebut diletakkan di atas lantai
khas. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut. 

Dodol

Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis
(atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh
dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak
semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang
mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali
generasi muda mahir membuat dodol.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa,
tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam


kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana
besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan
hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa
dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan
masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam,
dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol
akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih
dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol
hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah
sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.

Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk
mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua,
berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan.
Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-
hari perayaan dan majlis kenduri.

Otk-otak

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya


dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di
Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”

Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya
boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-
otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-
otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun
kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih
enak dimakan ketika masih panas.

Tapai
Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu
tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan
tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat
menandingi tapai pulut.

Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan
bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan
sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan
daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin
sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang.
Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan
tapai yang dibungkus dengan daun pisang.

Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan
ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak
dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat
manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.

Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat
tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau
mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini
dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu
juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia
akan menyebabkan tapai menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak boleh
disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya
yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci
mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh
dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.

TAMADUN INDIA
Pengaruh Tamadun India Dalam Masyarakat Malaysia

PENGANUT AGAMA HINDU DI MALAYSIA

Pengaruh Hindu lebih awal sampai di Malaysia berbanding dengan agama Islam.
Pengaruh Hindu/bahasa Sanskrit dapat dikesan dalam bahasa Melayu, kesusasteraan
dan kesenian. Candi Lembah Bujang di Kedah adalah bukti orang Melayu di Kuala
Kedah pernah menganut agama Hindu-Buddha. Candi Borobudur dan Candi
Parambanan di Jawa, Indonesia adalah bukti penduduk Jawa pernah menganut agama
itu. Malah masyarakat Bali sehingga kini masih mengamalkan agama dan budaya
Hindu.

Penempatan India di Malaysia berasal dari wilayah Tamil Nadu di selatan India
lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang bekerja sebagai buruh ladang getah milik
peladang Eropah. Minoriti India ini di bawa ke Malaysia dari utara India dan Sri Lanka.

Sehubungan dari ini, 30% orang Tamil dari Tamil Ilagam (Tamil Nadu) juga bekerja
sebagai kerani untuk pihak British and syarikat mereka di Pulau Pinang, Singapura and
Kuala Lumpur waktu itu. Mereka yang bekerja sebagai kerani di Pulau Pinang
menyumbang kepada pertubuhan hak asasi masyarakat Tamil dan India di Malaysia.
PERAYAAN

Deepavali

Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut agama


hindu. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan ‘Dipa’ yang bermaksud
‘cahaya’ dan perkataan ‘Gavali’ yang bermaksud ‘barisan’.

Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya,
telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri
meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan
kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada
mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan
sesama manusia. Oleh itu, pada perayaan ini, lampu dan pelita dinyalakan untuk
memperingati kejayaan kuasa baik menangani kuasa jahat. Rumah-rumah mereka turut
dihiasi rekabentuk ‘kolam’ yang diperbuat daripada bijirin dan beras. Ia dilakarkan di
atas lantai pada pintu masuk rumah mereka.

Upacara mandi minyak dijalankan pada pagi Hari Deepavali untuk


melambangkan penyucian. Ini diikuti dengan upacara sembahyang yang dilakukan
sama ada di rumah atau di kuil. Maruku, Laddu dan juga kuih-kuih manis merupakan
juadah yang popular pada Hari Deepavali.

Hari Thaipusam
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang
beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau
juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada
hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau
memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua
penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada
Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan
sebagai tanda kesyukuran

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu
dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga
aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun
dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam
kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan
mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada
disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan
atau membayar nazar

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa
atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa
rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz
dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan.
Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak.

Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu
pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-
masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan
lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga
tertentu , berehat dan diberi minum
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun.
Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki
tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada
juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek
dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang
bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih
rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu. Boleh dikatakan
semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-
bahan tertentu.
SISTEM PEMERINTAHAN
Tamadun India mengamalkan konsep “Dewaraja” (dalam bahasa Sanskrit yang
bermakna God King). Konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-
dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan. Tamadun India
mengamalkan upacara pertabalan bagi mengekalkan status tinggi Raja. Di Malaysia, upacara
pertabalan turut dilakaun.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Di dalam tamadun India terdapat Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana &
Mahabharata. Hikayat Seri Rama mendapat inspirasi daripada Epik Ramayana. Epik
Mahabharata diberi wajah tempatan menjadi Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pandawa, Hikayat
Delima & Hikayat Sang Boma.

Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan


raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos. Karya sastera Melayu tradisional turut juga
diadaptasikan dalam wayang kulit.

ADAT RESAM DAN BUDAYA

Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat
Melayu contonya amalan jampi & mentera.

Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik


telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi adalah
berasal daripada tamadun India.

PAKAIAN

SARI
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia.
Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang
berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang
dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di
atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain
sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang
sememangnya indah.

KURTA
Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia
merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas
atau linen. Lelaki India turut menggayakan pakaian tradisional Vaishti beserta kain yang
diperbuat daripada kain kapas yang ditenun dengan benang emas.

SALWAR KAMEEZ

Salwar kameez (juga dieja shalwar kameez atau shalwar qameez) adalah
sebuah pakaian tradisional dipakai oleh wanita dan lelaki di Asia Tenggara. Salvar atau
shalvar adalah seluar serupa baju tidur. Kakinya adalah lebar di atas, dan sempit di
kuku lali. Kamiz adalah sebuah baju panjang atau tunic. Kelim tepi (digelarkan chaak),
dibiarkan buka di bawah baris pinggang, memberikan pemakainya lebih mudah
bergerak.
MAKANAN
Tosai

Tosai pada asalnya merupakan masakan tradisional masyarakat India.Campuran


beras dan ulundhu dalam kuantiti yang tertentu dikisar bersama air dan dibiarkan
semalaman supaya menjadi masam. Kisaran tersebut dipastikan tidak menjadi terlalu
masam. Kisaran yang masam tersebut diceduk dengan sudip dan dicurahkan secara
perlahan-lahan ke atas suatu besi masakan khas dalam satu bentuk bulatan yang
lengkap. Apabila tosai telah masak ia tidak melekat lagi pada besi masakan tersebut
bolehlah diangkat dengan mudah.Tosai biasanya dimakan bersama kari kuah dhal
ataupun bersama kisaran campuran cili padi dan bunga kelapa.
Nasi briyani

Briyani ialah sejenis  makanan berasaskan nasi dan dimasak bersama rempah, beras
(beras basmati kebiasaannya) dan juga ayam, daging atau sayur –sayuran.

PUTU MAYAM
Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi
ataupun sebagai snek.
Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air,
santan kelapa  yang kemudiannya, doh itu ditekan ke penyaring untuk menjadikannya
seperti mi halus. Selepas itu, ia akan distimkan dengan perahan air daun untuk
dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan
kelapa dan gula Melaka.

TAMADUN CHINA

Agama Buddha merupakan satu daripada agama yang dianut oleh masyarakat
China yang telah dibawa masuk ke China dari Sri Lanka.
Sidhaarta Gautama adalah seorang yang mengasaskan agama Buddha.
Kewujudanagama ini lahir kerana terdapatnya penetangan terhadap agama hindu yang
dilihat tidakadil dari segi perbezaan kasta. Oleh itu, dia melarikan diri dan mengasaskan
ajaran seperti 4 kebenaran mulia dan juga ajaran jalan 8 lapis.

Ajaran Buddha mencapai kegemilangan pada zaman Asoka dan menjadi agama
rasmi dinasti Mourya. Agama Buddha menggunakan kitab Tripithaka yang
mengandungi Sutta Pittaka, Vunaya Pittaka dan Abhidhamma Pittaka.

Diantara kebenaran mulia yang diajarkan dalam agama Buddha iaitu:-


a. Kehidupan penuh dengan kepahitan.
b. Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu.
c. Untuk mengatasi kepahitan hidup perlu mengatasi nafsu.
d. Cara mnenamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu iaitu dengan cara jalan 8
lapis.

Jalan 8 lapis mengandungi:-

a. Kepercayaan dan pengetahuan yang baik


- kepercayaan yang kuat
- memahami diri sendiri
- membangunkan warisan kehidupan yang jelas

b. Keinginan yang baik


- perlu mengambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya.

c. Pengucapan yang baik


- tidak melakukan fitnah, menipu atau mengenakan seseorang.

d. Kelakuan yang baik


- bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri dan
keterlaluan dalam tuntuan arak dan perlakuan seks.

e. Makna kehidupan yang baik


- perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan yang lain.

f. Usaha yang baik


- perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.
- mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan.

g. Penilaian yang baik


- perlu berhati-hati dengan kata-kata dengan perlakuan dengan orang lain.

h. Pertapaan yang baik.


- Menumpukan sepenuhnya kepada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang
mendalam.

KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH CHINA

Confucious

- Diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m.


- Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika
manusia.
- Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek
moyang.

Taoisme/Daoisme

- Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”>
- Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab
mereka untuk mengembalikan keharmonian.
- Mendukung aspek dualisme – menekankan keserasian melalui konsep Yin dan
Yang.

Legalisme

- Dihasilkan oleh Hsun-Tzu.


- Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi merupakan suatu pendekatan
pentadbiran yang pragmatic.
- Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-undang yang
ketat.
- Emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh
diatasi dengan pendidikan.

Mo-Tzu

- Dilahirkan oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou.


- Menekankan “universal love” dan persamaan taraf.
- Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan.
- Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan
tradisi.

Humanisme

- Merupakan asas falsafah China dan mementingkan soal kemanusiaan.


- Menekankan sifat kasih saying dan hormat menghormati.

PERTEMBUNGAN TAMADUN CHINA DENGAN ISLAM

PENGENALAN

Islam dibawa masuk ke China melalui 2 jalan iaitu jalan darat dan laut.

PERHUBUNGAN AGAMA ISLAM DENGAN BUDAYA TRADISI CINA.


Pertembungan hasil karya dan terjemahan oleh tokoh-tokoh Cina Muslim.
Mereka mempertemukan tradisi pemikiran budaya Cina yang menitikberatkan
perhubungan etika antara manusia, fahaman percantuman di antara alam dan manusia,
ajaran pendita, prinsip kesederhanaan dengan nilai-nilai Islam.

SUMBANGAN ISLAM TERHADAP PERUBATAN CINA.

1. Kaedah dan bahan perubatan Arab yang telah dibawa masuk ke Cina.
2. Buku perubatan dan penulisannya telah diusahakan.
3. Kaedah rawatan dan perubatan oleh doktor Muslim.
SUMBANGAN ISLAM TERHADAP ASTRONOMI DAN MATEMATIK CINA.

Antara alat penciptaan astronomi ialah alat lengkongan banyak, alat kedudukan
tempatan, alat bebola langit dan alat melihat cuaca. Dalam ilmu hisab, orang Muslim
telah membawa kaedah perkiraan arab ” Xiyi Lishu ”.

SUMBANGAN CINA MUSLIM DARI SEGI TEKNOLOGI.

 Ketenteraan – mereka mencipta meriam yang kuasa tinggi untuk memusnah,


menggunakan mesin untuk melancar peluru.
 Pembinaan – Cina Muslim banyak membina masjid, dewan membaca Al Quran,
Kubah dan bangunan bercorak Islam.
 Pembinaan kapal dan teknik pelayaran.

Masa Depan Tamadun CHina.

1. Berorientasikan Humanisme.
 Tamadun Cina berbeza dengan tamadun lain yang berorientasikan
teisme. Sungguhpun berbeza dari segi orientasi, manusia masih dapat
berinteraksi dan bekerjasama secara berkesan atas nilai-nilai yang
sejagat.

2. Bersifat Sekular.
 Humanisme menyebabkan cara hidup orang cina bersifat sekualar. Politi,
pendidikan, dan institusi-institusi lain adalah terpisah daripada agama.

3. Moralisme sebagai ideologi.


 Kerajaan dan sistem politik berpadu dengan akhlak. Menuntut ilmu yang
mendalam tidak bermakna sekiranya tidak berakhlak.

4. Hubungan manusia dengan alam semesta.


 Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara ” tian ” dengan ” di ”
( langit dan bumi ). Hubungan manusia dengan alam semesta akan
tercapai kesatuan yang kukuh.

5. Mementingkan institusi keluarga.


 Sistem etika Konfusianisme berpokok pada keluarga. Keluarga adalah
institusi terulung dalam tamadun Cina.

6. ” Keharmonian ” merupakan nilai utama.


 Keharmonian adalah hubungan antara dua orang, antara individu,
kelompok, keluarga, komuniti, atau dengan alam semesta. Keharmonian
sebagai nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.

pengaruh tamadun cina dalam masyarakat malaysia

perayaan

TAHUN Baru Cina


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar
mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar
tahun
pada tengah malam bagi menandakan bermulanya baru dan bagi menghalau puaka
dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai,
sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua
dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik,
yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi
bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun
Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah
turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai
kalendar qamari Cina.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory)
adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina
dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan
bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.
PERAYAAN CHING MING

Ching Ming maksudnya Jernih dan Terang. Hari Ching Ming biasanya jatuh pada bulan
April, haribulan 4. Kebanyakkan perayaan Cina mengikut kalendar bulan Cina tetapi
Ching Ming mengikut kalendar matahari. (kubur dibersihkan dan dihiasi dengan kertas-
kertas berwarna-warni melambangkan kesetiaan anak-anak, cucu-cicit kepada simati)
Perayaan Ching Ming boleh diamalkan sepuluh hari sebelum April 4 dan sepuluh hari
selepas April 4. Ini bermakna kaum Cina ada dua puluh hari untuk menunaikan
tanggungjawab mereka. Tanggung jawab apa? Tanggung jawab memberi kerhormatan
dan peringatan kepada nenek-moyang, ibu-bapa dan ahli-ahli tersayang yang telah
meninggal dunia.

Pesta Kuih Bulan Dan Tanglung

Pesta Kuih Bulan pula disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar Cina. Ia
menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman dahulu kala.Kadangkala ia
dikenali juga sebagai Pesta Tanglung.Di Malaysia, masyarakat Cina menyambutnya
dengan mengunjungi tokong, berkumpul bersama keluarga, membuat kuih bulan dan
menggantung tanglung. Amalan memberi kuih bulan kepada rakan dan saudara mara,
bagi mereka adalah untuk mengukuhkan ikatan, kerana kuih bulan adalah lambang
hormat.

Pada malam 15 haribulan, ketika bulan mengambang, jamuan kuih bulan, ayam
panggang, babi panggang, ubi, dan teh Cina dipersembahkan di tokong. Tanglung-
tanglung pelbagai jenis juga digantung di rumah. Bacaan mentera yang disertai dengan
pembakaran colok , lilin, dan kertas adalah amalan mereka di malam ini.Selepas itu,
kelihatan kanak-kanak membawa tanglung mengelilingi rumah dengan gembira.

Kuih bulan dan tanglung adalah dua aspek penting dalam perayaan ini.Kuih Bulan yang
dibuat bagi hari ini adalah melambangkan kesepakatan, kerana bentuknya yang
bulat.Biasanya ia diisi dengan inti kacang merah, kacang hitam atau kacang
soya.Manakala tanglung bagi memeriahkan perayaan ini terdapat dalam pelbai bentuk,
seperti naga, rama-rama, arnab, ketam dan sebagainya.Bentuk -bentuk ini bagi
masyarakat Cina akan memberi tuah kepada mereka. Di Malaysia, kemeriahan ini
dapat dirasai jika kita berkunjung ke Petaling Street pada malam itu.
Chap Goh Mei

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut
sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei
disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran, di mana
colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api
dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis
akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat
pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau
sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa
pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan
Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei
seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar
"Chingay"
pakaian

CHEONG SAM
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada
upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih
gemar memakai pakaian fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju
tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek
kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak
revolusi di Negera China pada tahun 1911.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut.
Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan
sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

SAMFOO

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia


merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari
oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah.
Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit
perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada
baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama
seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain
lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina di Malaysia.
makanan

Makanan Cina

Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25
peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada
pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan
pandai berniaga.

Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang
tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga
kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.

Kuih Bulan

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan
Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah
yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang
agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan.
Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di
sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk
memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka
membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.

Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk
memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini,
peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang
dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau
kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi
yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa
Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada
Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Chou Zhi Tou

Sup ini disediakan dengan menggunakan herba Chou Zhi Tou dengan direbus
menggunakan kaki khinzir. dan di masak sehingga mengeluarkan aroma yang wangi. Ia
merupakan sup herba untuk segelintir masyarakat terutamanya di kalangan masyarakat
Cina dan ia juga merupakan makanan orang Foochow.  Masakan ini amat baik untuk
pelancaran darah dan melegakan keletihan.

Peng Bing

Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah
memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya seperti yang kita lihat di atas.
Rupanya yang berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi
masih menggunakan tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.
 
 
Guang Bing (Kom Pia)

Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk
askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara
China. Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing
adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-
kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu
saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan
herba

Gan Pan Mian

Nama lainnya ialah Kampua. Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat Foochow yang
mana ianya sedap, murah dan di sukai oleh masyarakat tempatan. Harga sepinggan
Gan Pan Mian adalah sekitar RM1.50 sahaja.  Bahan-bahan nya terdiri daripada mee,
minyak khinzir, daun bawang, bawang goreng dan bak kut teh.
Ding Bian Hu

Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa


sarapan pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur
nasi dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat
berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat
khususnya untuk orang yang lemah tenaga.

Tamadun jepun

Zaman Awal

- Zaman awal ini dipanggil sebagai Jomon (800-300 s.m.)Jomon merujuk kepada
sejenis tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat peralatan.

- Manusia zaman ini hidup secara nomad dan primitive. Menggunakan peralatan batu
dan tanah liat, berburu, menangkap ikan, binatang liar sebagai pekerjaan.

- Zaman kedua ialah Zaman Yayoi – zaman perkembangan tamadun tahap kedua.
Berlaku perubahan dalam pertanian – penanaman padi. Berlaku penciptaan saliran,
pembuatan alatan logam, pemilihan tanah sesuai untuk pertanian, penyimpanan
makanan dan penentuan musim.

- Kekayaan dan kemewahan mula dikecapi – bermula pengumpulan harta kekayaan,


kekuasaan dan pengaruh.

- Muncul puak yang paling berpengaruh – puak Yamatomo (menyembah Dewi


Amateresu-Omikami – Dewi Matahari).

Zaman Feudal dan Pertengahan

- Bermula pada zaman pemerintahan Kamakura (1185-1338 s.m.)

- Sistem feudal bermula apabila wujudnya pemilikan tanah dan ladang-ladang oleh
individu. Pemilikan tanah dan ladang-ladang secara persendirian ini pula terlepas dari
kawalan pihak kerajaan.

- Tuan-tuan tanah ini dikenali sebagai syo dan mereka berhak memungut cukai dan
hasil daripada ladang. Kesannya kuasa Maharaja telah berpindah kepada tuan-tuan
tanah tersebut.

- Muncul golongan samurai/buke yang amat ditakuti oleh rakyat. Golongan buke ini
pula patuh kepada shogun yang berkuasa iaitu Keshogunan Kamakura.

- Dalam sejarah Jepun, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem feudal


ialah Yoritomo. Melalui sistem ini dilantik buke yang berperanan memungut cukai dari
syo (tuan tanah). Pegawai-pegawai yang dilantik memberi kesetiaan penuh kepada
Shogun. Inilah yang berlaku pada zaman feudal sejak tahun 1600-1868 di mana kuasa
Maharaja disingkirkan dan pemerintahan dikuasai oleh para shogun yang
mengamalkan sistem feudal.

KRONOLOGI ZAMAN FEUDAL DI JEPUN


Zaman Kamakura

Keluarga Fujiwara

Keluarga Taira

Keluarga Minamoto

Tentera Hojo

Maharaja Go Daigo

Ashikaga Takauji

Sengoku Jidai

Shogun Tokugawa

SISTEM NILAI DAN BUDAYA JEPUN

Nilai-nilai utama Yang Diamalkan oleh Masyarakat Jepun

a. Mura Ishiki – kesedaran sekampung


b. On atau giri-ninjo – hutang budi dan membalas budi.
c. Budaya malu
d. Perikemanusiaan (nasake)
e. Wa (kerukunan)
f. Menepati janji dan berdisiplin
g. Cintakan ilmu – budaya ilmu dalam masyarakat Jepun ialah mereka menjunjung
tinggi dan mempunyai sikap hormat kepada pelajaran dan mempunyai sikap
ingin tahun yang mendalam terhadap maklumat-maklumat.

Budaya Ilmu Dalam Masyarakat Jepun

Budaya ilmu (budaya cintakan ilmu) telahpun wujud sejak zaman Meiji (1860-an
-1880an). Pada akhir tahun 1888, terdapat hamper 30,000 pelajar yang menghadiri 90
buah sekolah swasta di Tokyo. 80% daripada pelajar ini datang dari luar bandar. Pelajar
miskin dibiayai oleh biasiswa pemberian tuan tanah dan hartawan.

Dalam memajukan pendidikan di Jepun, para remaja dan pelajarnya disajikan dengan
kisah kejayaan dari Timur dan Barat. Contohnya buku Yukichi Fukuzuwa, Galakan
Pelajaran dijual sebanyak 600 000 naskah pada tahun 1882. Buku tersebut
menyatakan:

”Manusia tidak dilahirkan mulia atau hina, kaya atau miskin, tetapi
dilahirkan sama dengan yang lain. Sesiapa yang gigih belajar dan
menguasai ilmu dengan baik akan menjadi mulia dan kaya, tetapi mereka
yang jahil akan menjadi papa dan hina”.

Falsafah/Agama Masyarakat Jepun

- Terdapat 3 agama yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Jepun. Agama-


agama tersebut ialah:
a. Shintoisme
b. Buddhisme
c. Konfusianisme

a. Agama Shinto
- Agama khas bagi masyarakat Jepun. Shinto bererti “Jalan Tuhan’ (kami-no-michi).

- Shinto berkait rapat dengan negara, bangsa dan alam Jepun dan merupakan symbol
perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja dan negara.

- Konsep Tuhan dan Dewa Dewi (kami) agak kabur. Terdapat 8 juta Dewa Dewi.

- Dewi Matahari (Amaterasu-omi-kami)adalah Tuhan yang besar dan Maharaja Jepun


dipercayai dari keturunan Dewi Matahari.

- Tidak mempunyai nabi/pengasas/kitab suci.

- Pendeta Shinto telah menyusun/menulis kitab untuk rujukan –Shinto Gabusho/Lima


Buku ajaran Shinto.

- Tidak ada falsafah dan etika.

- Semangat berkorban untuk Maharaja/Tuhan ditanamkan ke dalam jiwa setiap rakyat.

b. Buddhisme

- Mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku pada 592 s.m. di
mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi.

- Ajaran Buddhisme ini diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi


pelbagai aspek ajaran Buddhisme dan Konfusianisme)yang mewajibkan kakitangan
kerajaan mematuhinya.

- Beliau juga menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung tinggi “Tiga Harta
Suci” iaitu Buddha, Dharma dan Sangha, menghantar pelajar ke China untuk
mempelajari Buddha dan menulis 3 buah buku mengenai ajaran Buddha.

- Buddha Zen adalah ajaran yang paling mendominasi masyarakat Jepun di mana ia
merupakan salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak ingin kepada corak
falsafah dan lebih kepada penerangan.
c. Konfusianisme

- Ajaran ini diminati kerana memberi penekanan kepada moral. Ajaran ini juga
terkandung dalam Perlembagaan 17 Artikel.

- Pada zaman Shogun Tokugawa ajaran ini menjadi asas dalam pembinaan negara.

MASYARAKAT JEPUN DAN MODENISASI

Pendahuluan

- Masyarakat Jepun mengalami proses modenisasi melalui beberapa tahap iaitu


dari zaman Tokugawa hingga ke zaman Meiji dan moden. Hasil daripada proses
modenisasi, Jepun menjadi sebuah negara maju.
- Zaman moden Jepun mempunyai hubungan erat dengan Barat. Ini berlaku
apabila Jepun terpaksa membuka dasar tutup pintu kepada dunia luar melalui
Perjanjian Kanagawa pada Mac 1854 yang mana Jepun terpaksa membuka
pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Syarikat, diikuti Britain
(Oktober 1854) , Russia (Febuari 1855) dan Belanda (November 1855).
- Proses modenisasi pada peringkat awal dilakukan dalam skop agama Shinto,
Buddhisme dan Konfusianisme. Pada tahap ini tamadun dari Barat dicanai begitu
rapi sehingga tamadun yang dihasilkan adalah bersifat keJepunan. Keadaan ini
dapat dilihat semasa pemerintahan Kesyogunan Tokugawa.
- Jepun mula masuk ke zaman moden bermula dari zaman Reformasi Meiji (1868-
1912) dalam pelbagai aspek – politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

a. Politik
- Meiji mengembalikan semula kuasa politik kepada Maharaja Jepun dan pusat
pentadbiran dipindahkan dari Kyoto ke Edo (Tokyo).
- Menghapuskan sistem feudal yang selama ini dipraktikkan oleh Kesyogunan
Tokugawa.
- Reformasi politik – sistem demokrasi. Pengenalan Dokumen Gokajo no
Goseimon (Carta Pengakuan Lima Artikel). Maharaja adalah pemerintah tertinggi
dan penubuhan Parlimen yang dipanggil Diet yang terdiri dari Dewan
Bangsawan dan Dewan Rakyat.
- Meiji mencontohi negara Barat. Meiji mengambil contoh kekuatan ketenteraan,
pengenalan sector industri pertahanan seperti senjata dan pembuatan kapal
perang.

b. Pendidikan
- Meiji juga mengadakan reformasi pendidikan. Pelajar-pelajar dihantar ke Barat
untuk mempelajari ilmu sains dan teknologi, mengimport tenaga professional
daripada Barat, mendirikan pusat-pusat pengajian berasaskan sains dan
teknologi di samping bidang-bidang lain.

c. Ekonomi
- Modenisasi di bidang ekonomi – ekonomi moden berasaskan Kapitalisme
khususnya industri. Juga menggalakkan pertanian dan penghapusan cukai serta
pembinaan saliran.

Sains dan Teknologi Jepun

 Pembangunan teknologi Jepun – technological follower kepada technological


leader.
 Meminjam, mengubahsuai dan mengkomersialisasikan teknologi asing kepada
inovasi asli mereka.
 Jepun adalah technological leader di dalam pengeluaran berbagai produk – optik
gentian, semi-conductor, bahan-bahan komposit, perlatan-peralatan mesin,
keperluan komputer dll.

Etika Kerja Jepun

 Dedikasi
 Menepati masa
 Prinsip perniagaan yang teguh
 Profesionalisme
 Mengubahsuai idea

Pengurusan Jepun

Terdapat 4 prinsip asas

a) Sesiapa sahaja yang berupaya melakukan tugasannya dianggap bijak dan dapat
meningkatkan produktiviti dan kualiti tugasannya.
b) Berilah peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja mereka.
c) Ahli-ahli dalam satu koperasi membentuk satu keluarga besar
d) Kumpulan kerja itu lebih mustahak daripada individu pekerja.
Konsep Kaizen

 Dilaksanakan bagi melahirkan semangat yang berterusan untuk memperbaiki


hasil kerja di kalangan pihak pekerja.
 Ia adalah satu proses penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai tahap
prestasi yang lebih tinggi dari semasa ke semasa

Konsep Mottainai

 Konsep paling penting dlm. Masyarakat Jepun.


 Maksudnya segala harta di dunia adalah pembaziran atau anugerah drp. Tuhan.
Manusia sebagai pentadbir dan menguruskan harta-harta yang dipinjamkan
tersebut dengan efektif tanpa pembaziran. Jika membazir ia dianggap satu
kesalahan besar.

Budaya Kerja Islam dan Jepun Suatu Perbandingan

Budaya kerja dan konsep masa (Asr)

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan perbuatan baik dan salig berpesan satu sama lain
dengan kebenaran serta bersabar.”

(surah al-Asr :1-3)

“Maka apabila engkau telah selesai sesuatu pekerjaan maka tegaklah. Dan hanya
kepada Tuhanmu hendaklah engkau berharap.” (94:7-8)
Menurut Hamka: ayat tersebut :

 Sentuh ttg disiplin kerja


 Kerja sungguh-sungguh
 Jgn bertangguh
 Jgn jadikan keletihan sbg alasan

Kerja dan Hijrah

“sesiapa yang berpindah dari negerinya kerana Allah, nescaya akan

memperoleh tempat kediaman serta penghasilan yang banyak di muka

bumi ini.”(4:100)

Berhijrah bermakna bergerak dari suatu tempat yang merangkumi:

a. perubahan fizikal dan mental

b. Mencari keadaan yg lebih baik sama ada aspek spiritual dan mental.

 Di akhir tahun 1980-an di kawasan ASEAN, masyrakat cina berjaya


mengumpulkan lbh RM200b dengan bil. 40 juta orang sahaja.
 Di Indonesia: Cina 3.5juta/ 2.1% drpd 170 juta penduduk.- menguasai korporat
yg besar.

Penggunaan Sumber

“… makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan.” (al-A’raf:31)

Kecekapan dan sistematik


“sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan
yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.(al-
Saff :4)

Kerja dan Perubahan

 Konsep Perubahan Dalam Islam


….”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…..”

Keterangan Ayat di atas ialah:

- Perubahan sikap
- Sentiasa memperbaiki mutu kerja
- Mesti berusaha untuk berjaya
- Tidak boleh malas/berpeluk tubuh
- Mesti berikhtiar

Kesimpulan

Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara barat.
Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan
ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Ini selari dengan
apa yang digariskan oleh Al-Quran iaitu ...”Allah tidak akan mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri…..”
Pengaruh tamadun jepun dalam masyarakat Malaysia
Mura Ishiki – kesedaran sekampung
Masyarakat Jepun mengamalakan nilai kesedaran sekampung. Mereka akan
bergotong-royongf membuat sesuatu pekerjan. Contohnya membina rumah,
melakukuan majlis perkahwinan.

Masyarakt Malysia kini pun mengamalakn niliai ini. Contohnnya jika adanya
sesebuah majlis perkahwinan, semua penduduk kampung akan membantu tuan rumah
menyipakan majlis perkahwinan.

Menghormati orang lain

Masyarakat Jepun mengamalakan amalan-amalan hormat-menghormati. Apabila


mereka bertema sesam sendiri mereka akan tunduk sebagai tanda hormat.

Adat ini telah diperkenalkan di Negara kita.Sudah menjadi kebiasaan bagi orang
ramai menundukkan kepala apabila berjumpa di antara satu sama lain di lorong-lorong,
kedai-kedai, panggung-wayang dan sebagainya. Hinggakan pasukan bola sepak juga
menunduk di antara satu sama lain sebelum sebarang perlawaan dijalankan.Lama-
kelamaan Negara kita menjadi seperti negera Jepun jika dipandang dari segi adat-
adatnya.

Makanan
Sushi adalah makan jepun yang terdiri dari nasi yang dibentuk bersama lauk (neta)
berupa makanan laut, daging, sayuran mentah atau sudah dimasak. Nasi sushi
mempunyai rasa masam yang lembut karena dibumbui campuran cuka beras, garam,
dan gula.

Asal-usul kata sushi adalah kata sifat untuk rasa masam yang ditulis dengan huruf kanji
sushi. Pada awalnya, sushi yang ditulis dengan huruf kanji merupakan istilah untuk
salah satu jenis pengawetan ikan disebut gyoshō yang membaluri ikan dengan garam
dapur, bubuk ragi atau ampas sake.Penulisan sushi menggunakan huruf kanji yang
dimulai pada zaman Edo periode pertengahan.

Pakaian
Kimono
Pakaian tradisional perempuan jepun atau lebih dikenali dengan nama glamernya
kimono juga dijual di Hamamatsu... Kainnya lembut dibuat dari sutera kot... motifnya
ada dari bunga atau haiwan.

Pengurusan grafik
p
lZ
Is
n
u
m
a
T
y
K
T
a
R
p
m
.B
Bumbung
MeR
Me
lh
Tampunya
Me
n di
uM
g
n
o
S
b
e
k
r
K
ju
ib
madun
d
g
n
e
M
nggunak
umah
mpunya

a
B
ndi ng
Me la yu
Rabung
Ti buluh.
ang Ka ki
Ti nggi
p
C
M
-
w
c
jg
h
m
k
u
t
o
y
N
lb
s
d
a
r
T
iB
n
e
S
Rumusan
n
u
p
e
J
m
a
T
Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada
penjajahan British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang
paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini,
sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing.
Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama
masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan
apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu
dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara-Bangsa. Kepentingan Sejarah sesuatu
bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan
diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-
Bangsa. Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti
dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.
Setelah kami menyiapkan buku skrap ini kami mendapati pengaruh-pengaruh tamadun
Islam, Melayu, Cina, India dan Jepun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat
majmuk di Malaysia. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif.
Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pengaruh-pengaruh tamdun-tamadun
ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan,
penambahan pengaruh bahasa, adat, pakaian dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini juga
mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita
harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya
keadaan kekal harmoni dan aman.

Interaksi Tamadun India dengan China telah membawa kesan positif seperti penyebaran
agama Buddha di negara China. Agama Buddha dibawa masuk ke China pada kurun pertama
Masihi. Ketika itu, maharaja China menghantar wakil ke India untuk mendalami ajaran agama
ini dan menyesuaikannya dengan budaya masyarakat Cina seperti doktrin (prinsip) Daoisme
dan Konfusianisme. Sami dari China menetap di India untuk mempelajari kitab Buddha yang
menggunakan bahasa Sanskrit dan Pali sehingga berjaya menyusun doktrin Buddha dalam
satu koleksi yang digelar Tripitaka.

Selain itu, pelbagai kemahiran juga diperkembangkan dalam sains dan teknologi seperti
teknologi membuat gula daripada tebu dan bidang astronomi diperkembangkan oleh India
kepada China. Karya perubatan India diterjemah ke dalam bahasa Cina selain daripada 60
koleksi ilmu astronomi India turut melalui perkara yang sama. Manakala, Tamadun India
melalui perkembangan teknologi membuat kertas, bahan letupan, percetakan dan penggunaan
kompas dari Tamadun China. Dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian; Tamadun
China turut menerima banyak keuntungan melalui interaksinya dengan India. Bidang fonetik di
China menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran
Buddhisme. Disebabkan itu, perbendaharaan kata bahasa Sanskrit dan Pali banyak
mempengaruhi kesusasteraan China. Malahan, alat muzik China seperti pipa dan konghou
juga berasal dari India. Interaksi di antara kedua-dua tamadun ini berlangsung secara aman
melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Semua tamadun mempunyai nilai, estika dan institusi tersendiri. Walaubagaimanapun


tidak dinafikan bahawa di dalam aspek-aspek tersebut terdapat beberapa cirri-ciri persamaan.
Aspek yang banyak perbezaan antara tamadun adalah dalam bidang teologi. Dari segi etika
pula banyak persamaan antaranya.

BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid (1996). Hari Raya Aildilfitri. http://ms.wikipedia.org/. Diakses pada 18 Mac
2010.
Suraj Kumar (2007). Sambutan Depavali. http://ms.wikipedia.org/wiki/Deepavali
Diakses pada 20 Mac 2010.

http://budayamalaysia.blogspot.com/. Diakses pada 17 Mac 2010.

Shahrir Ahmad (2008). Makanan Malaysia. http://pmr.penerangan.gov.my/. Diakses


pada 18 Mac 2010.

Liow Siow (2004). Kepelbagaian Makanan. http://www.chanlilian.net/. Diakses pada


20 Mac 2010.

Wee Siong (2005). Perayaan Ming. http://ohmcs226.blogspot.com/. Diakses pada 21


Mac 2010.

Fatimah Ibrahim (1996). Pakaian Tradisional. http://malaysiana.pnm.my/. Diakses


pada 23 Mac 2010.

Ahmad Saberi (2008). Konsep Tamadun Islam.


http://www.geocities.com/tamadunislam/. Diakses pada 23 Mac 2010.

Yunus Mat Noor (2005). Aspek Adat dalam Masyarakat Majmuk.


http://apaniwoi.blogspot.com/. Diakses pada 20 Mac 2010.

Salim Kaswadi (2004). Kebudayaan Masyarakat Majmuk di Malaysia.


http://www.tourism.gov.my/my/. Diakses pada 20 Mac 2010.

http://www.scribd.com/doc/17295737/INTERAKSI-TAMADUN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun

http://www.scribd.com/doc/28205561/INTERAKSI-ANTARA-TAMADUN-
MELAYU-DAN-CINA

You might also like