You are on page 1of 9

Bapa Perpaduan

Tun Hussein Onn, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga, memimpin negara dari
tahun 1976 hingga 1981. Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 12 Februari 1922 dan
merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein.

Beliau menerima pendidikan awal di Singapura dan English College di Johor Bahru. Selepas
tamat sekolah, beliau menyertai Pasukan Pertahanan Johor sebagai kadet pada tahun 1940
dan setahun kemudian dihantar ke Indian Militatary Academy di Dehra Dun, India. Selepas
tamat latihannya, beliau diserap ke pasukan Indian Army dan berkhidmat di Timur Tengah
semasa meletusnya Perang Dunia ke Dua. Selepas peperangan, pihak British telah mengambil
beliau beliau sebagai jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaya di Rawalpindi.

Tun Hussein kembali ke Malaysia pada tahun 1945 dan dilantik sebagai Komandan Polis Depot
Johor Bahru. Pada tahun berikutnya beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai
Penolong Pentadbir di Segamat, Johor. Kemudiannya, beliau dipindahkan ke Selangor sebagai
Pegawai Daerah Kelang dan Kuala Selangor.

Tun Hussein, yang berasal dari keluarga yang begitu mendalam semangat nasionalismenya dan
dengan darah politik yang mengalir ditubuhnya, beliau berhenti dari perkhidmatan awam
untuk menyertai politik. Pada 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama, iaitu
parti yang ditubuhkan dengan bantuan bapanya. Pada 1950, beliau dipilih sebagai Setiausaha
Agong UMNO. Bagaimanapun, Tun Hussein meninggalkan UMNO pada 1951 untuk menyertai
bapanya menubuhkan parti baru iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).

Malangnya IMP tidak mendapat sambutan dan Tun Hussein ke London untuk melanjutkan
pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, melayakkan diri sebagai
Barrister-at-Law. Beliau kembali sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja di Kuala
Lumpur.

Tun Hussein kembali ke arena politik pada tahun 1968 apabila dipujuk oleh Perdana Menteri
Tun Abdul Razak untuk menyertai semula UMNO. Beliau bertanding dan menang dalam
Pilihanraya Umum 1969 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Pada 13 Ogos
1973 Tun Hussein telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat
Allahyarham Tun Dr Ismail. Pada15 Januari 1976 beliau dilantik pula sebagai Perdana
Menteri Malaysia selepasnya kematian Tun Abdul Razak.

Tun Hussein amat menekankan isu-isu perpaduan melalui polisi-polisi yang menjurus ke arah
matlamat perpaduan negara dengan mengimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum. Sebagai
contoh, pada 20 April 1981 menyaksikan lahirnya Skim Amanah Saham Nasional. Beliau juga
memberi perhatian yang serius terhadap konsep Rukun Tetangga dan usaha-usaha memerangi
dadah.

Tun Hussein, yang berkahwin dengan Toh Puan Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah menjalani
rawatan jantung pada awal 1981. Beliau memutuskan untuk bersara dari politik pada 17 Julai
1981 dan sekaligus meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau
meninggal dunia pada 29 Mei 1990 pada usia 68 tahun.

Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan
usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn

Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong


18 Rabiul Awal 2002

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (Tun Hussein Onn)


Perdana Menteri Ketiga (1976-1981)
"Penyambung Warisan Yang Terbilang"

Era

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah anakanda kepada


Allahyaraham Dato' Onn bin Jaafar yang memimpin ke arah penubuhan UMNO, malah
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sendiri adalah salah seorang pengasas UMNO.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru
dan merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein. Setelah
berkhidmat selama hampir 5 tahun sebagai Perdana Menteri yang ke 3, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Pada 29 Mei 1990,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meninggal dunia dan disemadikan di Makam
Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Asal Usul

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menerima pendidikan awal di English College (kini
Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Malangnya pendidikan Allahyaraham Tun Hussein
bin Dato'Onn tidak dapat diteruskan selepas menamatkan Senior Cambridge kerana
meletusnya Perang Dunia ke II. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terus menyertai
Pasukan Tentera Johor (Johor Military Forces) dan menjalani latihannya di Maktab Tentera
Sandhurst di Dehra Dun, India dan setelah ditauliahkan Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn menyertai Regimen Hyderabad ke 19. Perkhidmatan Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn sebagai Kapten tentera membawa beliau ke Mesir, Syria, Palestine, Iran dan Iraq.

Bermula tahun 1942 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terlibat secara aktif dalam
peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau
Asia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu
Pejabat Tentera British, India di New Delhi.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan


orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun
yang menawan Malaya. Dari Madras Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn merancang dan
menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.
Apabila Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
kembali ke Tanah Melayu dan memulakan tugasnya sebagai Pemerintah Polis Depot, di Johor
Bahru. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya bersara dari perkhidmatan
ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang
bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan
menepati masa.

Kemudiannya Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menjadi ahli Perkhidmatan


Pentadbiran Melayu. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dihantar ke beberapa tempat
di Johor dan Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Semangat Allahyaraham Datuk Onn b Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan
semangat Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn untuk bersama bapanya menentang
Malayan Union. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudian menyertai ayahandanya
dalam bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor
Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik
sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Allahyaraham Tun Abdul Razak pula
mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Disamping penglibatannya dalam politik, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memasuki
Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai
Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1950 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik
sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat
Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

Walau bagaimanapun penglibatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mulai pudar apabila
cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat
diterima oleh orang Melayu. Apabila Datuk Onn bin Jaafar menarik diri dari UMNO,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudianya menyertai ayahandanya keluar dari
UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) pada tahun 1951 dan
kemudiannya Parti Negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya
meninggalkan alam politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang
undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus pada tahun 1958.

Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn membuka firma
guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu beliau telah pun berumah tangga dengan
Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan mempunyai 6 orang anak.Ibarat sireh
pulang ke ganggang beliau menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Yang DiPertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO
(kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Walaupun Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah
lama menghilangkan diri dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai kepercayaan atas
kebolehan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mencalonkannya sebagai calon Perikatan
bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah sahaja
pada Mei 1969.

Peranan Dan Sumbangan

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik
menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn, Kementerian
Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi
apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada
tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8
Ogos 1973 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden
UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail.

Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik
menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan
Perindustrian. Kepulangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada
14 Januari 1976 telah mengejutkan seluruh negara. Berikutan itu dalam satu mesyuarat
tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah
disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah meneruskan agenda pembangunan yang telah
digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein khususnya dalam
menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'.

Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal
keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan
dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya
Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis.
Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-
bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan
aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang
melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi.
Dasar-dasar dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran
Dasar Ekonomi Baru.

Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia
berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pernah
menjalani rawatan jantung pada awal 1981. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya
melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup
masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain
terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein
bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu
dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi
negara.

Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan Malaysia
sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan
beliau yang merosot, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan hasratnya untuk
tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan
negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr
Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-
pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS.

Keistimewaan

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang yang amat berhati-hati apabila
membuat keputusan yang melibatkan hal-ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang
teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman ketenteraan menjadikan Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memberi kebebasan akhbar dan majalah untuk
memberi kritikan dan komentar dengan harapan ini akan meningkatkan prestasi
pentadbirannya. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang negarawan yang
disegani dan dihormati. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terkenal dengan sifat
merendah diri serta jujur dan beliau disanjungi oleh masyarakat Malaysia sebagai seorang
pemimpin.

Dalam sejarah, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai
'Penyambung Warisan Yang Terbilang'. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn juga dikenali
sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang kaum yang
lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mewarisi
kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya, mewarisi program pembangunan
yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh setia. Malah Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn pula mewariskan kerajaan kepada Dr. Mahathir dalam keadaan
yang stabil dan UMNO dalam keadaan yang begitu kukuh.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 dalam usia
68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara. Tun Hussein Onn
kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam
memupuk perpaduan di negara ini.
TOKOH KEBANGSAAN
Tun Hussein Onn
T un Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak
sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang
anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English
College, Johor Bahru. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai
kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke
Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu
beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.

Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah. Setelah peperangan
tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi.
Memandangkan kepada pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih
di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi. Ketika itu beliau berpangkat Kapten.

Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden Polis Depot, Johor
Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan tentera di Malaya, beliau memasuki
Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat
dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang. Ketika itu British sedang
mengemukakan rancangan Malayan Union dan Datuk Onn sendiri memainkan peranan penting
menentang Malayan Union dengan menubuhkan UMNO.

Berjuang di samping bapanya, Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Pegawai
Daerah untuk turut serta dalam kegiatan politik UMNO. Datuk Onn telah memberikannya
tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan
seterusnya dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan
bertugas sepenuh masa. Beliau juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri
Johor dan Majlis Undangan Persekutuan. Semasa darurat beliau dilantik menjadi Pegawai
Penjaga Pasukan Kawalan Kampung di Johor. Tun Hussein keluar dari UMNO mengikut
bapanya, setelah tercetus satu krisis dalam parti pada bulan Ogos 1951. Seterusnya Datuk
Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya, malangnya parti itu tidak mendapat sambutan.
Sewaktu bersara dari politik, beliau telah pergi ke London untuk belajar undang-undang di
Lincoln's Inn, England dan telah lulus sebagai seorang peguam pada tahun 1958.

Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein Onn kembali menyertai UMNO.
Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, dan dalam
tahun yang sama beliau telah memenangi pilihanraya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru
Timur, dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September, 1970. Sebagai Menteri
Pelajaran beliau telah menghadapi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pelajaran,
termasuk mengenai masalah keciciran di kalangan penuntut-penuntut sekolah. Pada masa ini
juga satu perjanjian antara Malaysia dan Indonesia mengenai sistem ejaan baru telah
diadakan di Kuala Lumpur. Pada tahun 1972, Tun Hussein telah dipilih sebagai salah seorang
Naib Presiden UMNO.

Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan
tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri
Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein
Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 menggantikan Tun Abdul Razak yang juga
telah meninggal dunia. Berikutnya, beliau mengumumkan satu Kabinet baru yang agak
memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam
UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting. Beliau telah memilih Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad sebagai Timbalannya.

Dalam soal luar negeri, seperti juga dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya, Tun Hussein Onn
terus mengadakan perhubungan yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar
termasuklah negara- negara barat dan lain-lain anggota ASEAN.

Pada akhir tahun 1977, krisis melanda Kerajaan Kelantan, berikutan dengan penyingkiran
Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. UMNO telah menunjukkan jalan-
jalan kepada PAS bagaimana menyelesaikan krisis itu tetapi tidak dihiraukan oleh pucuk
pimpinan PAS. Kerana krisis itu mungkin membawa kepada keadaan huru hara, Tun Hussein
Onn telah mengistiharkan darurat di negeri tersebut. Dalam bulan Mac 1978, satu
pilihanraya diadakan bagi Negeri Kelantan, yang mengembalikan kerajaan Barisan Nasional
setelah 18 tahun berada di tangan parti pembangkang.

Dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun 1978, Barisan Nasional yang bermanifesto
"A man whom you can trust" (Tun Hussein) telah beroleh kejayaan yang cemerlang dengan
131 kerusi daripada jumlah 154 kerusi Parlimen, di samping menguasai semua kerajaan-
kerajaan Negeri.

Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan
perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin- pemimpin supaya parti dapat menghadapi
cabaran-cabaran yang timbul. Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil
beberapa tindakan bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti. Di
samping itu beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya menghapuskan elemen-
elemen yang disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan pro-Komunis. B agi kemajuan parti, Tun
Hussein telah melancarkan Koperasi Usaha Bersatu (KUB) pada bulan Mei 1977. Koperasi ini
menerima keahlian daripada kalangan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu umumnya dengan
tujuan memesatkan lagi penyertaan orang-orang Melayu dalam ekonomi.

Setelah memangku jawatan Presiden selama dua tahun, Tun Hussein Onn dipilih menjadi
Presiden UMNO yang ke-4 dalam Perhimpunan Agung UMNO dalam tahun 1978. Beliau telah
menewaskan penentangnya, Tuan Haji Sulaiman Palestin dengan memperolehi majoriti yang
besar.

Dalam tahun 1979, Tun Hussein Onn telah melancarkan Rancangan Malaysia Ke-3 Peringkat
Kedua dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Salah satu program di bawah Rancangan ini
adalah untuk menambahkan peluang orang-orang Melayu dan kaum Bumiputra lain dalam
pemilikan modal saham di sektor syarikat. Pada 9hb. Januari 1981 Tun Hussein Onn telah
mengumumkan pindaan Hak Milik Skim Amanah Saham Nasional yang dikendalikan oleh
Yayasan Pelaburan Bumiputra. Melalui Rancangan ini menunjukkan satu kemajuan telah dicapai
dalam usaha Kerajaan menuju ke matlamat perpaduan negara dengan menseimbangkan
kedudukan ekonomi antara kaum. Pada bulan April, 1981, beliau telah merasmikan pelancaran
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang kemudiannya mendapat sambutan yang
menggalakkan dari rakyat.

Dalam tahun 1981, beliau menghadapi gangguan kesihatan dan telah pergi untuk mendapatkan
rawatan di luar negeri. Walaupun rawatan itu berjaya, beliau merasakan keadaan
kesihatannya tidak lagi membenarkan beliau untuk bergerak cergas dalam politik. Oleh itu
beliau mengambil keputusan untuk bersara. Dengan keputusan ini, pada 16hb. Julai, 1981 Tun
Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau
digantikan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Sejak bersara dari politik, Tun Hussein Onn aktif pula dalam bidang sosial dan lain-lain
membantu ke arah pembinaan negara. Apabila Universiti Islam Antarabangsa ditubuhkan
beliau dilantik oleh Datuk Seri Dr. Mahathir sebagai Presidennya yang pertama. Beliau adalah
juga Pengerusi Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik, Penasihat Petronas dan Presiden
Persatuan Orang-orang Buta Malaysia. Kini sebuah Hospital Mata telah mengabadikan
namanya dan dikenali sebagai Hospital Mata Tun Hussein Onn.

JANGAN BERDUKA MALAYSIAKU

Kubebat tanganmu yang luka


Kubebat dadamu yang luka
Kubebat bahumu yang luka
Kubebat pipimu yang luka

Kugiring matamu yang duka


Kuiring lagumu yang duka
Kusaring *****bumu yang duka.

Embun mencari rumput tempat berpaut


Daun mencari tangkai untuk bertaut.

Jangan berduka Malaysiaku!

Gunung dilingkari kabut


Mendung memayung bumi
Berhujan darahkah Wilayah Utara?

Serigala melolong di gunung


Todak melompati teluk tanjung
Nadim lahir lagi
Demi hidup baru
Makna baru.
Ada kilat ragu di matamu
Berhujan darahkah di Wilayah Utara?
Tiba juga pesan Warisan
Tegaklah atas nama peribadi
Senyum ibu dan sapaan Tuhan.

Jangan berduka Malaysiaku!

Kalau ada wabak


Memadami jejak-jejak putih
Kalau ada lagak menepis kasih

Akan berhujan perakkah di Barat?


Langit Timur membawa jalur-jalur sejarah
Berhujan emaskah sang ningrat?
Ada tembang pilu sang nelayan
Ada tempang lagu petani kemarau
Mencari kasih di sudut hati
Suaranya serak dan parau.
Selepas jauh berjalan
Kaki direjami sendayan
Dengan duka pertama
Pahlawan menatap cermin retak pusaka.

Jangan berduka Malaysiaku.

Empangan Utara dan Selatan


Tembok kota Timur dan Barat
Gelora dua samudera menampar
Angin tujuh zaman terdampar

Firasat ibu mencabar


Kecil-kecil bintang seribu
Langit tanahair mengedip cahaya
Kecil-kecil bintang kasihmu
Titipkan rindu pahlawan utama.
Kudakap dadamu calar
Kutatap bahumu balar
Kutatap langkahmu wajar
Semoga tetap berjiwa besar.

AHMAD KAMAL ABDULLAH (KEMALA)

You might also like